Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu
merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada
permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air
mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan
berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa
mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan
ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak
kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca
artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak
tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun
tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan
dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga
hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua
yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca
Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah
satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu
marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami
“keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali
selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan
merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang
mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan
dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah
Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah,
selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat
satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
- Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru
sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang
boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan
putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih
Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah
kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita
kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya
kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa
tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya
mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
TAMBAHAN
6. HADIR KE MAJLIS ILMU
7. SHOLAT JEMAAH BAGI LELAKI
8. BERKAWAN DENGAN ORANG SOLEH2
9. BERSANGKA BAIK APA TERJADI ADA HIKMAH
10.REDA ANGGAP ITU SEBAGAI TAKDIR TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH
TAMBAHAN
6. HADIR KE MAJLIS ILMU
7. SHOLAT JEMAAH BAGI LELAKI
8. BERKAWAN DENGAN ORANG SOLEH2
9. BERSANGKA BAIK APA TERJADI ADA HIKMAH
10.REDA ANGGAP ITU SEBAGAI TAKDIR TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH
3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki
Rezeki, Allah yang pegang.Minta dengan Dia dulu..
Ramai diantara kita
mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam
hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh
dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan
bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki,
tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh
sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..
1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan
bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si
pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud
sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan
kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang
peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan?
Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita
berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan
sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk
diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini kerana
ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya
memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu
yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas.
ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah
tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera
beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang
itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah
disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima
sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk
perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam
masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka
membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi
sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku
ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu
tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding
mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita
yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku
yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan
yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin
dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada
mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang)
yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan
seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana
kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat
perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira.
Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah
hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan
mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan
lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan
diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula
jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari
oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat
sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit
doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan
niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah
dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli
perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini
seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang
memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu,
InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan
magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan
segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika
diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak
cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk
membuat simpanan wang.
Namun, setakat ini Allah masih
mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang
lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewa ruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan
dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan
saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya
sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha.
=)
***
Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Solat
sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar,
perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat juga cara untuk menjemput
rezeki.
Apa yang saya nyatakan diatas adalah apa
yang saya telah lalui.. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang
mahu dikongsi bersama, mohon dapat dicatatkan dibahagian komen dibawah
=)
4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!
Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh
tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari
rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman
sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan
darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu
sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham
satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu
ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat
kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup
dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :
1. Tunduk
Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila
kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut
atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah
membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.
3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki
yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi
saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan
sangat menarik perhatian.
See?
4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan
nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan
kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.
Tonton juga video ini:Kisah Taubat Yang Hebat
Zun Nun
Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka
pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai
seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala
ke bawah.
Orang itu berkata: “Wahai
diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan
hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”
Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.
“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.
“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.
Dengan
jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah
sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.
“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.
“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”
“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.
“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.
“Boleh juga,” kata Zun Nun.
“Nah,
sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau
akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.
.
Maka
segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia
berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang
pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu
ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun
sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun
bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.
Pemuda itu
menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam
beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar.
Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita
cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.
Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai
manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun
engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah
mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”
Disebabkan
kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya
yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.
“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu.
“Maka
dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian
keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul
wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”
.
Sayang
puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun
Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja
cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.
Katanya
ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada
Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya
sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin
Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya,
dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.
*begitulah
taubat para orang yang alim, merasakan setiap setiap kesalahan yang
kita anggap ringan, sebagai suatu perkara yg menghalang dari syurga.
Jadi dimanakah tahap kita? adakah syurga itu sudah terjamin untuk kita?
11 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab
Syurga Tanpa Hisab
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a.
Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.
Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)
- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah
- mereka yang saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)
11. Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
****
sumber daripada buku Misteri di sebalik
tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta
wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada
menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani
yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan