Sabtu, 8 Februari 2014

KALAU RUNTUH...PUNAH...SEMUA MENCOPONG@TAK DAPAT...RUGI ADALAH...SUSAH KALAU TAMAK DAN GILA KUASA


2 polis Australia didakwa merogol ketika bertugas
pada 08-02-2014 04:02 
Post Pic
 
BRISBANE: Dua pegawai polis Australia semalam didakwa merogol seorang wanita ketika bertugas dalam kes yang disifatkan Pesuruhjaya Polis Queensland, Ian Stewart, sebagai tamparan kepada reputasi pasukan itu. 
 
Kedua-dua pegawai, berusia 28 dan 29 tahun, setiap seorang didakwa dengan lima kesalahan rogol, satu kesalahan menyerang dengan niat merogol dan menghalang kebebasan. 
Tiada rayuan 
 
Mereka tidak mengemukakan sebarang rayuan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Mackay pagi semalam, dengan kedua-duanya dibenarkan ikat jamin. 
 
Mereka didakwa merogol wanita itu di Mackay, 970 kilometer ke utara Brisbane, pagi Ahad lalu. Beliau memfailkan aduan keesokan hari yang mencetuskan siasatan dalaman. 
 
Stewart berkata, kedua-duanya ditahan petang kelmarin dan digantung kerja. 
 
“Saya tidak boleh memberi komen mengenai perkara ini sebelum mahkamah membuat keputusan. Kami bekerja dalam masyarakat yang mengutamakan persetujuan dan sokongan komuniti. - AFP

Pendedahan mengejutkan peserta ratu cantik

Maya-Nava-565x339Venezuela – Seorang remaja yang bercita-cita menjadi Miss Venezuela bukan sahaja melakukan pembedahan hidung dan implan payu dara, malah sanggup menjahit plastik di lidahnya, bertujuan memastikan dia sentiasa kurus.
Maya Nava ketika mendedahkannya berkata, apabila plastik itu dijahit ke lidahnya, dia akan berasa sangat sakit apabila makan makanan pepejal.
Dia hanya boleh makan makanan berupa cecair dan sungguhpun ia merupakan sesuatu yang menyakitkan, namun Maya berpendapat itu sahaja cara untuk memastikan dia kekal langsing serta berpeluang menjadi ratu cantik.
“Saya berasal dari keluarga miskin dan saya mahu orang ramai tahu bahawa kami juga boleh berjaya.

“Hanya dengan menjadi ratu cantik, maka ia dapat mengubah nasib saya dan keluarga saya serta keluar daripada kemiskinan ini,’’ katanya ketika ditemubual BBC 3.
Harapan tinggi Maya itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia menetap di Santa Cruz, iaitu kawasan di mana pembunuhan berlaku setiap 40 minit, lapor Mynewshub.
Dengan memenangi Miss World, karier mereka dalam bidang hiburan akan berkembang dan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Maya merupakan antara peserta yang menyertai kem kecantikan yang ketat yang diselia oleh Osmel Sousa.
Dalam kem itu, mereka sentiasa diawasi oleh kamera dan pembedahan kosmetik merupakan perkara rutin.
Pemimpin politik Myanmar terselamat dari cubaan bunuh di Bukit Bintang
pada 07-02-2014 01:02 
Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung terselamat dalam cubaan membunuh di kawasan Bukit Bintang di sini, Rabu lalu. 
 
Menurut sumber polis, beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal tidak mengenai sasaran iaitu kereta BMW yang dinaiki pemimpin itu bersama tiga lagi kenalannya di Jalan Alor. 
 
Dalam kejadian 11.30 malam itu, turut bersama Aye Maung ialah Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan dua lagi warga Myanmar. 
 
Mereka dikatakan baru meninggalkan Plaza Low Yat sebelum kenderaan mereka diserang dua lelaki berkenaan yang dipercayai rakyat Myanmar. 
 
"Susulan tembakan itu, kenderaan dinaiki Aye Maung terus memecut ke sebuah hotel di ibu negara sebelum laporan polis dibuat. Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mereka," kata sumber itu. 
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. 
 
Aye Maung adalah pengerusi sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine.
Waythamoorthy akan letak jawatan timbalan menteri Isnin ini, kata Hindraf
pada 08-02-2014 03:02 
Post Pic
SHAH ALAM: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan termasuk keahliannya di Dewan Negara pada Isnin ini, demikian menurut Hindraf hari ini.
 
Setiausaha Hindraf P. Ramesh berkata pengasas gerakan itu mengambil keputusan untuk berundur kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal penuhi janji PRU13, Mei tahun lalu.
 
"Kita telah mengikat perjanjian dengan BN yang sebelum ini musuh Hindraf semata-mata atas kepentingan kaum India dan atas keyakinan bahawa kepimpinan BN akan menunaikan janjinya," kata beliau.
 
"Kini kami telah hilang keyakinan itu selepas menunggu lapan bulan.
 
Justeru jawatankuasa pusat Hindraf sebulat suara bersetuju agar Waythamoorthy berundur dari semua jawatan dan senator pada 10 Januari ini, kata Waythamoorthy.
 
"Kami kesal kerana gagal untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan kepada kaum India sebelum ini.
 
"Kami mohon maaf diatas kegagalan ini," kata beliau.
 
Waythamoorthy dilantik sebagai Senator Dewan Negara dan Timbalan Menteri selepas PRU13.
 
Sebelum PRU itu Hindraf telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan yang menyatakan komitmen bersama untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi kaum India yang merangkumi hampir 10 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia.
 
Ramesh berkata Waythamoorthy telah bersetuju menerima jawatan didalam kerajaan diatas kepercayan bahawa kerajaan akan melaksanakan janji-janji dalam MOU.
 
"Namun ini jelas PM dan BN tidak mempunyai iltizam politik dan keberanian untuk menpati janji-janji yang dibuat dalam MOU berkenaan," kata beliau.
 

Tawaran tampar Teresa Kok bukan ancaman, kata Zahid

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
February 08, 2014
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tawaran menampar Teresa Kok bukannya ancaman seperti ancaman bunuh. – Gambar fail.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tawaran menampar Teresa Kok bukannya ancaman seperti ancaman bunuh. – Gambar fail.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ancaman tawaran badan bukan kerajaan (NGO) Islam kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok daripada DAP dengan mengatakan "tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman."
"Mengapa kita perlu siasat itu?
"Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman," katanya selepas sebuah majlis di Penjara Kajang hari ini.‎

Beliau berkata polis hanya akan mengambil tindakan sekiranya tamparan tersebut berlaku.
"Jika mereka tampar (Teresa Kok), kami akan ambil tindakan.
"Hal tamparan ini antara Teresa dan badan NGO itu," tambahnya.
Bagaimanapun, polis mendedahkan semalam, mereka mula menyiasat ancaman tersebut dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semalam berkata, ketiadaan tindakan  Putrajaya terhadap NGO tersebut bermakna kerajaan bersetuju dengan tindakan tersebut.
"Kerajaan sepatutnya mengecam tindakan ini, apa yang susahnya? Mengapa mereka tidak dapat keluar dan berkata sesuatu? Disebabkan inilah adanya budaya sewenang-wenangnya kerana badan sebegini fikir mereka boleh terlepas dengan apa sahaja," kata Ambiga dan menambah, ia juga membuatkan polis kelihatan lemah.
Semalam, badan yang menggelar dirinya "Majlis NGO Islam" menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Kok sebagai simbol kemarahan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cina yang bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014”.
Mereka juga mencalit darah ayam yang disembelih ke atas kertas rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Dewan Undangan PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon.
Kok dan penyokongnya membuat sebanyak 7 laporan polis di Kuala Lumpur semalam dan meminta polis untuk mengambil tindakan terhadap badan tersebut tentang ugutan mereka.
Peguam juga mengkritik ketiadaan tindakan polis semasa protes itu berlaku, dengan berkata mereka tidak sepatutnya menunggu untuk laporan polis oleh mangsa sebelum menyiasat insiden itu.
"Mereka perlu proaktif dalam situasi sebegini. Mereka perlu mencantas situasi tegang antara kaum dan agama sebelum ia di luar kawalan," Datuk Baljit Sidhu berkata kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Zahid juga mendedahkan terdapat lebih 300 laporan polis terhadap Kok atas video beliau.
"Kami sudahpun memulakan siasatan dengan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang perkara ini.
"Kami akan mengumpul kesemua laporan yang diterima daripada NGO tersebut dan meneliti perkara ini."  – 8 Februari, 2014.
Keluhuran adab berpolitik PKR dan PAS semakin berbeza
pada 08-02-2014 10:02 Ditulis Oleh  Abdul Rahman Malik
Post Pic
[ULASAN] PKR sudah melepasi pusingan pertamanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dan kini mula menyusun langkah kempen dalam pusingan kedua pula. 
 
Jika dalam pusingan pertama kempennya bermatlamat menjustifikasikan mengapa ia “memaksa” PRK itu diadakan dan mengapa pula Ketua Umumnya patut bertanding, kini ia mempersiapkan alasan jika ia kalah. 
 
Memang payah juga baginya menjelaskan mengapa tiba-tiba ada wakil rakyat meletak jawatan. Tidak sakit, tiada masalah kewangan, tiada krisis keluarga, dan tiada persengketaan dalam parti, tiba-tiba ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan. 
 
Isu itu belum terjawab sepenuhnya menyebabkan ramai di kalangan pemimpin PAS yang tidak seronok dengan alasan PKR. Malah lebih besar lagi bilangan di antara pengundi Kajang yang masih kaget dengan gelagat PKR.
 
PAS dan DAP terpaksa menelan politik melampau PKR
 
Namun atas dasar perkiraan politik, PAS dan DAP terpaksa menelan sahaja “dongeng” PKR kononnya mahu menjadikan Selangor kubu dan tapak melancarkan kempen mengambil alih Putrajaya. 
 
Soal mengapa Anwar yang patut memimpin Selangor untuk “menyerang” Putrajaya? Apakah pemimpin lain seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli ataupun Zuraida Kamarrudin tidak berkaliber mengetuai Selangor?
 
Bukankah Anwar secara tidak langsung memang sudah diiktiraf pengerusi majlis presiden Pakatan Rakyat selama ini? Apa lagi yang Anwar mahu dengan mengatur langkah mahu mengambil jawatan Menteri Besar Selangor terlebih dahulu sebelum menakluki Putrajaya?
 
Tidakkah dengan mengatakan bahawa dengan meletakkan Anwar sahaja memimpin Selangor baru Pakatan Rakyat berdaya menumbangkan BN di Putrajaya secara langsung mengatakan bahawa pemimpin lain, khususnya dari PAS, tidak ada yang berkaliber untuk melaksanakan tugas itu. 
 
Namun semakin banyak ceramah diadakan oleh pemimpin-pemimpin PKR di Kajang semakin lebar pula jurang kontradiksi hujah di antara satu dengan lain dan kadangkala menyanggah kenyataan awal masing-masing.
 
Alasan mengapa PRK perlu diakan semakin mencapah
 
Di satu sudut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, inisiatif Kajang ini ialah “melancarkan” usaha menawan Putrajaya. Sebab itu Anwar perlu menjadi Menteri Besar demi menjadikan Selangor model negeri idaman bagi Pakatan Rakyat.
 
Bagaimanapun Rafizi Ramli kelmarin mendakwa PRK Kajang “tidak dirancang” malah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali sendiri lambat mengetahui tentang keputusan mengosongkan kerusi DUN itu.
 
Sebaliknya, Azmin berkata keputusan mengosongkan kerusi Kajang dan meletakkan Anwar untuk bertanding di situ dirancang dua minggu sebelum itu sebagai strategi mengukuhkan usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
 
Namun lain pula perkiraan Rafizi. Beliau sebelum ini mendakwa dirinya penggerak utama keputusan PKR mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan Anwar menjadi ADUN.
 
Kekalutan itu masih belum reda. Bagaimanapun proses PRK terus berjalan, PKR kini memasuki pusingan kedua kempennya – mengumpulkan alasan jika calonnya, Anwar Ibrahim, kalah. 
 
Seperti lazimnya kambing hitam utama PKR ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie cuba menyuntik keraguan di kalangan rakyat mengenai kewibawaan SPR ini.
 
Katanya, tempoh masa panjang yang diberikan SPR sebelum hari penamaan calon dan pengundian menimbulkan kecurigaan bahawa SPR mempunyai muslihat “memberikan kemenangan kepada parti lawan”.
 
"Kita syak bahawa kemungkinan besar SPR mengguna pakai senarai pemilih yang baru; maknanya bukan yang digunakan semasa PRU13, kebarangkalian mereka masukkan senarai pengundi untuk suku keempat tahun 2013.
 
"Pastinya mereka mempunyai satu muslihat yang tertentu dan kita akan terus pantau dan waspada untuk memastikan tidak ada manipulasi dalam senarai daftar pemilih dan juga perkara yang diusahakan.
 
"Walaupun kita tak menuduh tapi kita bimbang kerana track rekod sebelum ini menunjukkan bahawa memang SPR memainkan peranan membantu parti politik tertentu," katanya.
 
Curiga tapi sambut baik tempoh panjang yang diberikan SPR
 
Walaupun curiga, kata Suhaimi, mereka 'menyambut baik' keputusan SPR itu yang memberikan tempoh masa panjang sebelum hari penamaan calon untuk melakukan persiapan awal. 
 
SPR menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada 11 Mac, manakala tarikh pembuangan undi jatuh pada 23 Mac, dengan tempoh berkempen selama 12 hari. 
 
Bibit keraguan ini juga cuba ditanamkan oleh bakal calon PRK Kajang sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa SPR sengaja memilih 11 Mac sebagai hari penamaan calon bagi menghalang beliau berhujah dalam sidang Parlimen sesi pertama bagi tahun 2014 sebagai Ketua Pembangkang.
  
"10 haribulan Yang di Pertuan Agong akan rasmi Parlimen. 11 haribulan giliran ketua pembangkang berucap di Parlimen. SPR tetapkan 11 haribulan penamaan calon.
 
"Haih.. Jadi macamana kita nak buat? Saya insyaAllah, penamaan calon selalunya habis jam 12 tengahari. Jam 1 petang, kita boleh bergerak. Jam 2.30 petang saya sampai di Parlimen dan saya akan lawan berucap sebagai ketua pembangkang di Parlimen," katanya.
 
Jika tahu beliau masih sempat melaksanakan tugas sebagai Ketua Pembangkang mengapa cuba menanamkan kesangsian di hati rakyat mengenai SPR? Jika gusar tidak dapat menjadi ketua pembangkang yang sempurna, mengapa mahu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pula?
 
Ini memang kelaziman PKR dan ia dapat diperhatikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila Anwar mendakwa SPR “merekrut” 40,000 pemilih Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional. Sehingga hari ini dakwaan itu tidak dapat dibuktikan. 
 
Panjang atau pendek tempoh berkempen, SPR tetap dikecam Pakatan Rakyat
 
Lazimnya, apabila SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi mana-mana PRK, PKR sering merungut bahawa tempoh kempen tidak memadai untuk mereka menerangkan isu-isu pilihan raya kepada pengundi.
 
Bagaimanapun apabila SPR menetapkan tempoh yang agak lama kali ini, ia juga dijadikan isu dan cuba diterjemahkan sebagai “konspirasi baru SPR dan BN” pula. 
 
Apa pun PAS mengambil pendirian yang berbeza apabila Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menolak kemungkinan bahawa tempoh lama PRK Kajang itu bertujuan “memberi tekanan” kepada PKR dan Anwar.
 
Katanya, SPR mempunyai alasan tersendiri apabila memilih tarikh 23 Mac (Ahad) untuk pembuangan undi dan 11 Mac (Selasa) untuk penamaan calon. 
 
"Jadi tidak kira apa alasan SPR sebab itu kerja dia untuk tentukan tarikh pilihan raya.
 
"Saya mengambil keputusan SPR ini sebagai satu yang positf (ertinya) memberi ruang kepada kita untuk membuat persediaan awal yang cukup panjang (untuk) menghadapi pilihan raya kecil ini," ujar Hatta.
 
Kini belang politik PKR semakin jelas jauh berbeza dengan adab dan pemikiran PAS.

[KELANTAN BERGOLAK] Akan Berulangkah Tragedi 1977?


Kerajaan Kelantan bergoncang akibat dua serangan dalaman

Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎

Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.

Che Ibrahim adalah penyokong utama Datuk Husam Musa yang keempat dipecat oleh pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang baru.

Sebelum ini, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya dipecat.


Che Ibrahim hari ini menyerahkan kembali cek daripada KIAS yang diberikan sebagai pampasan sebagai tanda protes.

Penyokong Che Ibrahim menamakan secara langsung Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Amar sebagai pihak yang tidak disenangi mereka dalam krisis ini.

Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan memfailkan kes ini kepada Mahkamah Perusahaan jika ia tidak diselesaikan dengan baik.

"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri," katanya.

Semalam, dalam kenyataannya kepada media, Nik Amar menafikan beliau adalah dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.

Beliau adalah Pengerusi Lembaga KIAS yang menandatangani surat pemecatan Che Ibrahim mulai 1 Februari 2014 lalu.

KIAS adalah kolej yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Sebuah lagi kumpulan adalah 50 orang penyokong PKR dari Jeli yang menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di Tumpat malam kelmarin setelah pemecatan Ramlan Mat.

Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu itu dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu tetapi secara tiba-tiba pelantikannya ditarik balik sebelum cukup tempoh setahun.

Penyelia DUN adalah pegawai kerajaan negeri yang dilantik untuk menguruskan kawasan DUN yang dimenangi oleh pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Ia setaraf dengan wakil rakyat untuk kawasan berkenaan.

Pemecatan Ramlan menjadi sensitif kepada hubungan PAS dan PKR kerana sesetengah pemimpin PAS di Kelantan menganggap kehadiran PKR tidak penting di Kelantan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, kesemua calon Pakatan Rakyat (PR) daripada PKR kalah di Kelantan.

Namun menurut pemerhati politik Kelantan, penyokong PKR memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan calon PAS terutama di kerusi-kerusi marginal.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Husam tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi menteri besar.

Sejak itu, satu persatu penyokong beliau diberhentikan selain beliau sendiri.

Anak-anak syarikat yang selama ini ditubuh dan diketuai beliau juga diambil pihak lain.

Berikutan itu, tawaran kerajaan negeri kepada beliau untuk mengetuai dua anak syarikat ditolak oleh Husam sendiri.

Tidak seperti yang lain, Che Ibrahim tidak mendiamkan diri selepas beliau dipecat.

Beliau menulis dalam akaun Facebook di samping membuat protes bersama penyokongnnya hari ini secara terbuka. -TMI


Bela Che Ibrahim: Beliau pernah gegarkan negara, kata Husam


Datuk Husam Musa membela penyokongnya, bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dengan mendakwa tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh kerajaan Islam.

"Kerajaan Islam perlu bertindak adil dan ihsan kepada pekerja kita.

"Lagipun beliau (Che Ibrahim) adalah pengasas KIAS dan ingatlah jasanya yang pernah menggegarkan negara suatu ketika lalu," kata naib presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula pemecatan itu.

Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata:"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri."

Sementara itu, dalam kenyataan kepada media, Mohamad Amar menafikan beliau dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.

Selepas pilihan raya umum lalu, Husam tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan.

Semalam, Che Ibrahim dan penyokongnya berhimpun di depan kolej dan menyerahkan kembali cek yang diberi KIAS untuk pampasan sebagai tanda penentangan ke atas pemecatan itu.

"Sekurang-kurangnya kenanglah jasa beliau sebagai khatib yang pernah menggegarkan negara apabila berkhutbah menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara berdepan ketika lawatan beliau ke Kelantan dahulu," kata Husam.

Pada 1993, Che Ibrahim pernah membacakan khutbah Jumaat di depan Dr Mahathir di Masjid Bukit Marak sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar selama beberapa hari kerana beliau mengkritik bekas perdana menteri itu yang turut menunaikan solat di depannya ketika itu.

Husam berkata, bercakap benar di depan pemerintah yang zalim adalah antara ajaran Islam dan ia dilakukan oleh Che Ibrahim pada ketika itu.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II).
TMI


ULASAN GB

Berita-berita di atas tidak ada di dalam harakahdaily. Namun GB faham kenapa ia tidak disiarkan di dalam akhbar milik PAS berkenaan. Harakahdaily selama ini memang cuba bertindak supaya ia tidak memihak kepada mana-mana kumpulan malah jika dapat kita tidak mahu menampakkan ada "perpecahan" di dalam parti.

Namun kebenaran adalah kebenaran. Apa yang berlaku di Kelantan adalah serius dan campurtangan dari pihak PAS Pusat adalah perlu sebelum gejala tersebut memusnahkan kerajaan PAS Kelantan.

Tindakan Nik Amar itu adalah keterlaluan. Ia tidak pernah berlaku di dalam PAS selama ini. Memecat pegawai-pegawai yang tak sebulu dengannya. Tiada lansung apa yang dipanggil "ukhwah Islamiah". Sekalipun hal tersebut merupakan hal "administratif", namun ia amat jelas sesuatu tindakan zalim yang tidak berperi-kemanusiaan.

Semenjak tahun 2009 lagi GB sudah peringatkan supaya PAS Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Nik Amar! kerana pada ketika itu GB melihat Nik Amar beriya-iya benar mendesak TG Nik Aziz supaya menamakan penggantinya.

GB mengulas ketika itu (petikan):

Kenapa PAS tidak terus mengambil tindakan disiplin seperti memberikan amaran kepada Nik Amar Nik Abdullah yang pertama mencetuskan isu pengganti ini?

Mengapa pimpinan PAS terlalu banyak memberikan "reservation" kepada golongan UG yang kerap kali menimbulkan masalah kepada parti?

Kenapa hanya yang anti-UG sering diberikan amaran untuk tutup isu UG sedangkan pemimpin pro-UG bebas untuk berbicara dan melakukan kerja sesuka hati untuk memecah belahkan jemaah?


Hal yang sama turut berlaku di Selangor. Khalid Samad "digugurkan" jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Shaari Sungip dari Ketua Penernagan selepas berlaku perubahan di dalam Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor. Ingat, Hassan Ali juga pernah menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari jawatan-jawatannya itu dan ia dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan yang sama semasa Hassan Ali, Mohd Khairuddin namanya! Kebetulan? Bukan, Ia satu perancangan!

Berbalik kepada isu di Kelantan. Apakah tragedi 1977 dimana Kelantan dirampas oleh UMNO BN akan berulang apabila UMNO berjaya menggunakan Datuk Muhammad Nasir ketika itu? Kita tunggu dan lihat.

Sementara itu marilah bersama kita berdoa sepertimana doa yang GB minta bacakan semasa isu Hassan Ali dulu:

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Denda macam ni pun, murid boleh terjun tingkat 3 ke?

Hiasan
Harian Metro menyebut hukuman "luar biasa" ke atas seorang murid Tahun 5, Aziz  di sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai.

Denda tersebut menyebabkan dia tertekan dan terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.  Kejadian berlaku jam 1.40 petang, 5 Februari lalu.

Hukuman luar biasa tersebut iaitu "supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas."

Ayat seterusnya HM, "Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya." Ada bezanya dengan ayat di atas kan!!

Adakah maksudnya dengan berdiri di antara meja murid-murid perempuan?

Adakah denda tersebut "luar biasa" seperti denda pakai loceng dan diberi makan rumput seperti sebelum ini?

Kalaulah berdiri di antara murid perempuan pun tak boleh, denda apa lagi yang boleh dilaksanakan guru?

Selepas ini bolehlah guru berkata seperti berikut, "Mari sini nak, guru nak denda kamu, duduk baik-baik di atas kerusi cikgu. duduk baik-baik ya nak!!"

Apapun ibu bapanya telah membuat laporan polis, biarlah polis menyiasatnya.

Tanya juga murid tersebut, apa masalahnya sehingga boleh terjun tingkat 3?

Tiada ulasan: