GAMBAR! BANJIR BEAUFORT, TENOM & LAIN2 TEMPAT DI SABAH TIDAK ADA LIPUTAN MELUAS DARI TV3??
11.26
Posted in: BERITA
KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.
“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.
Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.
“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.
Ribuan rakyat tempat bersesak-sesak datang ke suatu rumah terbuka sambutan tahun baru Cina 2014 Peringkat Kajang malam ini di Sg Chua sambil mendengar penerangan dari DSAI calon PKR/PR PRK DUN N25 Kajang.
Dari sambutan yang diberikan memang nampak amat jelas sekali sokongan rakyat kajang kepada calon KEADILAN/PR PRK Kajang, DSAI cukup-cukup mengerunkan UMNO/BN.
Turut hadir ialah Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Pengarah Pilihanraya KEADILAN PRK Kajang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Bukit Lanjan YB Elizabeth Wong.Posted by OMAK KAU!!!!
Post by Jom! Gelak2.
Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah
(Oleh: Nabihah Hamid)KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.
“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.
Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.
“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.
Friday, 14 February 2014
PRK KAJANG .. RIBUAN RAKYAT TEMPATAN DATANG MENDENGAR PENERANGAN DSAI DI SG CHUA MALAM INI.
Ribuan rakyat tempat bersesak-sesak datang ke suatu rumah terbuka sambutan tahun baru Cina 2014 Peringkat Kajang malam ini di Sg Chua sambil mendengar penerangan dari DSAI calon PKR/PR PRK DUN N25 Kajang.
Dari sambutan yang diberikan memang nampak amat jelas sekali sokongan rakyat kajang kepada calon KEADILAN/PR PRK Kajang, DSAI cukup-cukup mengerunkan UMNO/BN.
Turut hadir ialah Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Pengarah Pilihanraya KEADILAN PRK Kajang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Bukit Lanjan YB Elizabeth Wong.Posted by OMAK KAU!!!!
Rohani Binti Abdul Hamid was tagged in Mafiaboss Melayu's photo.
1. Berapa banyak tanah rezab Melayu UMNO dah gadai terutama di johor.
2. Berapa banyak saham bumiputra pemimpin umno dah sapu?
3. Berapa banyak permit AP pemimpin umno dah sapu?
4. Berapa banyak permit teksi pemimpin umno dah sapu?
5. berapa banyak lesen lori pemimpin umno dah alibabakan?
6. Berapa banyak lesen pasir pemimpin umno dah kasi taukeh cina dan pemimpin umno?
7. Berapa banyak konsesi balak pemimpin umno dah sapu?
8. berapa banyak kontrak-kontrak kerajaan pemimpin umno dah sapu?
9. Berapa banyak biasiswa pelajar pemimpin umno kasi anak beranak?
10. Berapa banyak duit rakyat pemimpin umno dah sapu?
11. Berapa ekor lembu kak ijat dah sapu?
KOTA BHARU: Pada awal 1990-an Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskan pindaan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula apabila wakil rakyat melompat parti.
Ketika itu Adun Semangat 46 di Sungai Pinang dan Limbongan menyertai Umno. Berikutan pindaan tersebut pilihan raya kecil diadakan.
Pilihan raya tersebut memberi kemenangan kepada calon Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46. Namun Umno membawa kes tersebut ke mahkamah. Dan mahkamah mengisytiharkan pilihan raya tersebut tidak sah dan mengembalikan kerusi tersebut kepada penyandang.
Naib Presiden PAS, Datuk Ibrahim Tuan Man berkata, peletakan jawatan sebagai wakil rakyat lebih bermaruah berbanding melompat parti kerana ia menghina mandat diberi rakyat.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat contoh yang berlaku di Kelantan pada awal 1990-an sebelum meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.
“SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak berhubung cadangan tersebut. SPR seharusnya melihat tuntutan keperluan dan bukannya desakan serta kepentingan pihak tertentu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidur Rasul Dun Bunut Payong di JKR 10 petang semalam.
Hadir sama pada program tersebut Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim serta jawatankuasa Muslimat Dun terbabit.
Baru-baru ini SPR dilaporkan mahu mengkaji keperluan dan cadangan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pindaan itu bagi mengelakkan 'penyakit' meletak jawatan tanpa sebab 'merebak' kepada wakil rakyat lain.
Cadangan itu ada kaitan tindakan Lee Chin Chen mengosongkan kerusi Dun Kajang pada 27 Jan lalu, bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan pada Mac ini.
Tuan Ibrahim juga berkata, contoh yang pernah berlaku di Perak pada 2008 di mana kerajaan Pakatan Rakyat diambil alih melalui kudeta hanya berpunca tiga Adun PKR dan DAP berpaling tadah.
Kata beliau sepatutnya tiga Adun terbabit meletak jawatan seperti dilakukan bekas Adun Kajang bagi mengembalikan semula mandat rakyat dan bukan menukar kerajaan melalui pintu belakang.
“Ini isu yang jauh lebih besar jika dibandingkan seorang Adun mengosongkan kerusinya kerana merasakan tidak mampu lagi untuk berkhidmat kepada rakyat.
“SPR perlu menilai sejarah yang berlaku sebelum ini dan bukannya bertindak kerana ada desakan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan,” ujarnya.
Katanya juga, adalah lebih bermaruah seseorang Adun itu mengosongkan kerusinya sekiranya tidak mampu lagi berkhidmat kepada rakyat, lagi pun ia dibenarkan oleh perlembagaan.
Selain itu menurutnya juga SPR tidak boleh bersikap double standard terhadap kes Dun Beliangan di Sarawak apabila Adunnya, Tan Seri Taib Mahmood mahu mengosongkan kerusi tersebut.
"Kalau di Kajang kita tekan atau kritik, bagaimana kes yang sama berlaku di Sarawak kita biarkan," ujarnya.
KUALA LUMPUR:
Tidak mustahil sokongan Kaum Iban terhadap BN di Sarawak akan merosot
pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas Timbalan Ketua
Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang tidak dilantik menjadi Ketua Menteri
Sarawak.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid berkata, tindakan Abdul Taib Mahmud mengenepikan Jabu memilih iparnya Tan Sri Adenan Satem yang bukan berketurunan Iban akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Iban.
Ini kerana katanya, Jabu merupakan orang yang paling lama berkhidmat dengan Taib.
Jabu daripada keturunan Iban dari Betong, menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB selama lebih tiga dekad, tidak dicalon untuk menggantikan Abdul Taib.
Sebaliknya Adenan, Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan merangkap Timbalan Presiden II PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Perancangan Sumber II dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Awang Tengah Ali Hassan yang dicalonkan.
"Jabu hanya menumpang belas kasihan Taib sebab dia ni orang yang paling taat kepada ketua menteri.
"Jabu juga mungkin orang Iban paling kaya sebab banyak kumpul harta sewaktu bersama ketua menteri.
"Dia diam tak mahu komen apa-apa apabila Taib memilih Adenan sebagai ketua menteri, mungkin sedih dan kecil hati.
"Mungkin Iban-iban di Sarawak boleh fahamlah bagaimana politik yang diamalkan PBB. Orang PBB sama dengan orang Umno dia punya trend untuk mengumpul kekayaaan untuk diri sendiri bukan untuk menolong semua rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sehingga semalam, Jabu enggan memberikan sebarang komen kepada media apabila ditanya berhubung pelantikan Adenan sebagai ketua menteri.
Adam juga berkata, PAS turut menjangkakan pelantikan Adenan hanya sementara dan akan digantikan dengan orang lain selepas PRN yang dijangkakan diadakan pada tahun hadapan.
"Adenan mungkin sementara sahaja sebagai ketua menteri dan akan diganti dengan orang lain selepas PRN.
"Walau bagaimanapun, sementra itu kita harap Adenan sebagai ketua menteri walaupun sementara beliau akan membangunkan Sarawak dengan maju lagi khasnya ekonomi Bumiputra Sarawak," katanya yang bertanding di Sebuyau pada PRN lalu.
Tambah beliau juga, pergolakan dalaman PBB itu diharapkan dapat membuka mata rakyat Sarawak dan memberi peluang yang cerah kepada Pakatan Rakyat dalam PRN akan datang.
"Kita harap dalam PRN nanti hasil daripada kurang kesefahaman ini mungkin ada kesan untuk Pakatan Rakyat," katanya.
KUALA LUMPUR: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
berpandangan walaupun hanya sepuluh orang sahaja yang hadir pada
'Himpunan 222: Mansuh PBS' nanti ia merupakan satu kejayaan yang mampu
menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Himpunan 222: Mansuh PBS itu akan diadakan di hadapan pekarangan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya bermula jam 2.20 petang.
Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta yang menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari ketika dihubungi, beliau tidak berhajat untuk ‘menghasut’ kalangan guru untuk hadir bersama menyatakan sokongan.
Namun, katanya sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak, para pendidik perlu hadir untuk memberi sokongan atas usaha tersebut.
"Kita dari SGMM berasakan walaupun hanya sepuluh orang yang hadir pada himpunan 222 itu nanti, ia merupakan satu kejayaan besar serta mampu mengugat pendirian KPM dalam soal pelaksanaan PBS yang dilihat banyak kepincangan.
"Saya tidak akan menghasut para pendidik untuk hadir tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa, mereka perlu hadir dalam usaha kita mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga merupakan Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS itu turut memberitahu, walaupun perbincangan telah diadakan dengan KPM dengan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada 24 Disember tahun lalu secara tertutup.
Namun, tiada penyelesaian diperolehi sebaliknya segala maklum balas yang diperolehi dari perbincangan itu digunakan untuk menutup segala kelemahan di dalam PBS.
"Tidak ada apa perkembangan diperolehi dari perbincangan secara tertutup itu, sebaliknya pihak kementerian mengambil segala topik perbincangan itu untuk mengubah fakta dan menutup kelemahan PBS.
"Bagi kami dari SGMM perbincangan itu gagal mencapai apa yang kami kehendaki, kita bukan ingin menghalang sesuatu pelaksanaan sistem tetapi biarlah ia menepati segala apa yang kita kehendaki.
"Adalah lebih baik dimansuhkan dan kembalikan kepada sistem lama, demi masa depan pelajar biarlah mereka belajar seperti mana sebelum in dan kita yang diberitanggungjawab mendidik anak bangsa hanya mahukan yang terbaik untuk mereka," sambung beliau.
Beliau yang juga merupakan seorang guru di Pahang turut didatangi pihak polis di sekolah tempat beliau bertugas, disebabkan pada waktu itu beliau tidak berada di sekolah, pihak polis hanya mengambil nombor telefon dari rakan beliau.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemuda PAS Anak Sarawak memohon Raja-Raja Melayu untuk memperkenankan permohonan agar mempertimbangkan untuk tidak melantik Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sehingga dibersihkan dari segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti yang telah pihak patik kemukakan.
Demikian dinyatakan Pengerusinya, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam Memorandum Berkenaan Perlantikan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang diserahkan kepada Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, pagi tadi. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Berikut kandungan memorandum berkenaan.
Adalah patik yang mewakili sayap Pemuda dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta rakyat jelata merafak sembah Ke Bawah Duli Tuanku bagi memaklumkan berkaitan perkembangan politik di Sarawak khususnya melibatkan perletakan jawatan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014 yang akan datang. Dalam masa yang sama, tempoh perjawatan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak turut akan berakhir pada tarikh tersebut.
Perkara ini memungkinkan jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak boleh diisi oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sepertimana khabar angin yang sedang kencang melanda rakyat Bumi Kenyalang tersebut dan amnya seluruh rakyat Malaysia.
Ampun Tuanku,
Berdasarkan kepada rekod kes yang melibatkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sepanjang lebih 30 tahun memimpin Sarawak, beliau telah dikaitkan dengan berbagai-bagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru, bersama-sama ini patik dengan penuh rendah diri memohon perkenan dan limpah kurnia Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempersembahkan isu-isu berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi helaian lampiran yang disertakan untuk pertimbangan pihak Tuanku.
Ampun Tuanku,
Berdasarkan lampiran yang dipersembahkan, patik memohon limpah kurnia Ke Bawah Duli Tuanku untuk memperkenankan permohonan agar mempertimbangkan untuk tidak melantik Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sehingga beliau dibersihkan dari segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti yang telah pihak patik kemukakan.
Ampun Tuanku,
Mohon cadangan patik diperkenankan.
SHAH ALAM: Kediaman wartawan TV3 Datuk Karam Singh
Walia di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Sri Andalas, Klang dipecah masuk
sekumpulan perompak yang turut melarikan kereta miliknya dalam kejadian
petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarulzaman Mamat berkata kejadian disedari isteri Karam yang berusia 55 tahun selepas menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sistem penggera keselamatan kediaman pada pukul 4 petang.
"Selepas menerima SMS automatik daripada 'alarm' rumah yang menunjukkan rumah itu dipecah masuk, mangsa (isteri Karam) bergegas pulang dan mendapati kunci pada pintu pagar rumahnya telah dipecahkan.
"Pada waktu kejadian, rumah teres dua tingkat berkenaan tidak berpenghuni berikutan isteri Karam sedang bekerja di Shah Alam manakala Karam pula berada di Sabah atas urusan kerja," katanya menerusi SMS kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata isteri Karam mendapati kereta jenis Volkswagen Passat milik wartawan itu yang diletakkan di dalam pekarangan rumah juga hilang.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati bilik tidur utama berselerak selain beberapa barangan berharga termasuk televisyen hilang, katanya.
"Jumlah kerugian sebenar kes ini masih belum diperoleh," kata Kamarulzaman yang menambah kata kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan. – Bernama
Mengadu domba (An-Naminah)
Naminah adalah menyampaikan perkataan suatu kaum kepada kaum yang lain untuk menimbulkan kerosakan antara mereka. Sesungguhnya Allah telah mencela orang yang memiliki sifat ini, dan melarang mendengarkan perkataan, Allah berfirman:
“Dan jangan engkau ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela, yang suka menyebar fitnah. Yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa.” (Al-Qalam : 10-12)
Firman-Nya (yang suka menyebar fitnah) maksudnya dia mengadu domba antara manusia, menghasut dan memfitnah antara mereka, sebagaimana di sebutkan di dalam tafsir Ibnu katsir
Namimah termasuk dosa besar, dalam Ash-shahihain dari ibnu Abbas disebutkan:
“Rasulullah SAW lalu di berhampiran dua kubur dan kedua penghuninya sedang diseksa. Dan keduanya tidaklah diseksa kerana perkaran yang besar – sesungguhnya itu adalah azab yang benar - Adapun salah satunya berjalan di antara manusia dengan mengadu domba. Adapun yang lain, tidak menjaga dirinya dari air kencing
Sabda beliau: “Keduanya tidaklah di seksa kerana perkara yang besar maksudnya namimah dan tidak membersihkan diri dari najis kencing adalah pebuatan yang kecil, ringan atau mudah menjauhi keduanya akan tetapi azabnya sangat keras.
Iman Bukhari berkata (10/6056):
Abu Nu’aim telah berkata kepada kami: Sufyan telah berkata kepada kami dari manshur, dari Ibrahim, dari Hamam, dia berkata: kami bersama Hudzaifah, maka dikatakan kepadanya bahawa sesungguhnya seseorang menyandarkan hadis itu sampai ke Usman maka Hudzaifah berkata: saya mendengar nabi Bersabda:
“Qattat tidak akan masuk surga”
Sabda beliau “Qattat” ditafsirkan oleh hadits riwayat muslim
“seseorang mengadu domba tidak akan masuk syurga “
Di sebutkan bahwa Qattat adalah orang yang mendengar sesuatu secara sembunyi-sembunyi (mencuri dengar) kemudian menyampaikan apa yang di dengarnya.
Para pengadu domba dikhabarkan tidak masuk syurga demikian pula dalil-dalil tentang ancaman seperti ini menjadi syubhat (keracunan) bagi orang-orang khawarij yang mengkafirkan pelaku maksiat walaupun dia seorang yang mengesakan allah,
Syubhat ini dijawab dengan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan-Nya dan Allah mengampuni dosa selain syirik itu bagi siapa yang Allah kehendaki.”(An-Nisa : 116)
Allah menjadikan doa-dosa itu di bawah kehendak-Nya. Jika Allah menghendaki maka Allah mengampuninya dan jika Allah menghendaki maka Allah menyeksa sesuai kadar dosanya, kemudian tempat kembalinya adalah syurga, kecuali syirik. Kerana pelaku syirik akan kekal di neraka.
Iman Bukhari berkata (1/64) : Abdul Yaman telah mengkhabarkan kepada kami dia berkata: syu’aib telah mengkhabarkan kepada kami dari Az-zuhri, dia berkata: Abu idris ’A’idzullah bin Abdullah telah mengkhabarkan kepada saya bahawa ‘Ubadah bin Ash-shamit dia mengikuti perang badr dan merupakan salah seorang naqib (pemimpin kaum) pada malam ‘Aqabah – bahawa Rasullah berkata di sekitar beliau ada sekelompok sahabat.
Berbai’atlah kepadaku bahwa janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatupun, janganlah mencuri, jangan berzina, janganlah membunuh anak-anak kamu, janganlah membuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan-tangan dan kaki-kaki kamu dan janganlah kamu derhaka dalam hal kebaikan. Barang siapa antara kamu yang memenuhi bai’atnya maka pahalanya di sisi Allah dan barang siapa yang melakukan salah satu hal itu lalu dia di seksa di dunia maka hal itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya dan barang siapa yang melakukan sesuatu yang terlarang itu kemudian Allah menutupinya maka perkaranya dikembalikan kepada Allah. Jika Allah menghendaki maka Allah memaafkan dan jika Allah menghendaki maka Allah menyeksa maka kami berbai’at kepadaku di atas demikian itu,”
Nabi mengkhabarkan bahawa dosa-dosa itu berada di bawah kehendak Allah, jika dia berkehendak maka dia menyeksanya, dan jika dia berkehendak maka dia mengampuninya.
Dalil-dalil tentang ancaman yang tidak masuk surga seorang yang bertauhid jika dia melakukan dosa besar, berkemungkinan bahwa di dalamnya ada kalimat yang dihilangkan, dan kalimat lengkapnya : jika Alah membalasnya; atau bahawa ia tidak langsung masuk syurga, dia diseksa dahulu sesuai kadar dosanya kecuali jika Allah mengampuninya, kemudian tempat kembalinya adalah surga, atau bahawasanya jika dia menganggap halal perbuatan itu, bererti dia telah mendustakan dalil, sama ada dia melakukan atau tidak.
Disebutkan daripada sebahagian ulama salaf bahwa dalil tentang ancaman ditetapkan sebagaimana adanya dan tidak dipertentangkan maknanya. Kerana hal itu akan lebih mengena dalam memberi peringatan, (hukum suatu perkara dalam) agama tidak hanya diambil dari suatu dalil, namun diambil dari semua sisi dalilnya, Allah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamuke dalam islam secara keseluruhannya,” (al-Baqarah : 208)
Tatkala orang-orang khawarij hanya memegang dalil yang memberikan ancaman dan meninggalkan dalil yang mengandungi harapan, mereka sesat dan menyesatkan, dan mereka disepakati oleh mu’tazilah dalam menghukumi bahwa pelaku dosa besar di akhirat nanti akan kekal di neraka namun mereka berselisih dengan orang-orang khawarij yang berkata: “kami menamakan kafir” sedangkan orang-orang Mu’tazilah berkata: “kami menamakan fasik”.
Bantahan terhadap orang-orang Mu’tazilah: Allah berfirman;
“Dia-lah yang menciptakan kamu, maka di antara kamuada yang kafir dan ada pula yang beriman.” (At-taghabun : 2)
Allah membagi manusia menjadi dua : kafir atau mukmin. Allah tidaklah membahagi mereka menjadi tiga bahagian kita berlindung kepada Allah daripada kehinaan.
Akan tetapi ahlus sunnah adalah orang-orang yang di sucikan oleh Allah dengan berfirman;
“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kalian (umat Islam) sebagai umat yang adil dan pilihan, agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian.” (Al-Baqarah:143)
Al-wasath maknanya yang terpilih, mereka bimbang bahawa orang yang berbuat jahat akan diseksa, dan mereka mengharapkan, balasan syurga bagi pelaku kebaikan.
Untuk mendapatkan tambahan penjelasan dalam masalah ini, silakan merujuk syarah al-‘Aqidah ath thahawiyyah (hal, 316 dan yang setelahnya).
Masalah namimah adalah masalah yang sangat berbahaya. Namimah dapat merosak hubungan antara dua kawan dan hubungan persaudaraan yang sangat kuat.
Janganlah engkau memperluas namimah di antara dua kawan, yang kerananya dua sahabat akan saling membenci
Namimah mendatangkan kerosakan dan pemusuhan, padahal sugguh Allah telah melarang melakukan kerusakan, Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.” (al-A’raf : 74)
Orang yang membuat kerosakan tidak dicintai oleh Allah. Allah berfirman:
“Dan janganlah engkau berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan,” (al-Qashash : 77)
Bahkan allah telah memerintahkan melakukan pembaikan. Allah berfirman :
“Maka bertaqwalah kapada Allah dan perbaikilah hubungan antara kalian.” (Al-anfal : 1)
Dan allah berfirman:
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.“ (al-Hujurat : 9)
dan Allah berfirman:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia, dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberinya pahala yang besar.” (an-Nisa : 114)
Allah telah memberi anugerah kepada hamba-hamba-Nya iaitu dua menyatukan hati mereka. Allah berfirman;
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya.” (Ali-Imran : 103)
http://salafy.or.id/
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Negeri Selangor komited
dalam usaha untuk mengharmonikan budaya rempit dan lumba haram yang kian
menular di kalangan anak muda kini.
“Budaya negatif ini jika tidak dibendung akan membawa pelbagai masalah lanjutan kepada masyarakat,” kata ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, anak muda yang sepatutnya menjadi modal insan terhadap pembangunan tamadun dan perjuangan Islam akan disia-siakan jika gejala ini tidak dikawal dengan baik.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Selangor berpandangan bahawa budaya rempit dan lumba haram ini sebenarnya boleh dibentuk menjadi sesuatu yang positif.
Menurutnya, alternatif perlu diberikan kepada anak muda yang biasanya terdiri daripada mereka yang suka kepada aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti ini.
Oleh hal yang demikian, jelasnya Pemuda PAS Selangor dengan kerjasama ARC Selangor Motorsport yang diketuai oleh saudara Asmawi Askor iaitu sebuah entiti di bawah seliaan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah menyampaikan hasrat secara langsung kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya litar lumba rakyat dapat dibina untuk tujuan ini.
Beliau berkata, hasrat itu telah disampaikan sempena majlis penyerahan plak sokongan anak muda terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor oleh gabungan kelab permotoran Selangor dalam gimik upacara penyerahan watikah perlantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor, 8 Februari 2014 yang lepas.
Katanya, Pemuda PAS Selangor melihat "Litar Rakyat" ini jika dibina akan dapat memberi alternatif kepada anak-anak muda yang cenderung terhadap budaya rempit untuk menggunakan semangat dan keberanian mereka pada tempat yang betul.
Tambah beliau, selain daripada soal keselamatan, bakat terpendam mereka juga boleh dicungkil untuk dibawa keperingkat yang lebih tinggi.
“Pastinya menjadi satu kesukaran terhadap anak-anak muda ini untuk terus mencebur diri secara profesional di litar sedia ada kini oleh kerana kos untuk pembabitan dalam bidang ini agak tinggi,” ujarnya lagi.
Justeru, kata Syarhan litar ini akan menjadi alternatif untuk menunjukkan kebolehan mereka tanpa memerlukan pembiayaan yang mahal, apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup kini.
Selain itu, ujarnya Pemuda PAS Selangor melalui ARC Selangor Motorsport juga menggerakkan usaha untuk menyelitkan slot-slot pembinaan rohani dan peribadi kepada anak muda.
Usaha itu, jelasnya dilakukan untuk mendidik serta menyedarkan generasi muda bahawa mereka sebenarnya adalah aset besar dalam pembangunan agama, negara dan bangsa.
Katanya lagi, Pemuda PAS Selangor juga mengucapkan tahniah kepada ARC Motorsport Selangor kerana telah berjaya menganjurkan program "Santai Kaki Motor" di litar sementara Stadium Kuala Selangor.
“Program yang berjaya menarik seramai 1,500 belia bermotor itu membuktikan bahawa jika kita memberikan alternatif kepada mereka, ia akan digunakan sebaiknya dan mengubah gejala negatif rempit dan lumba haram menjadi sesuatu yang selamat dan berguna,” katanya.
Sehubungan itu, kata beliau pihaknya berharap agar "Litar Rakyat" ini dapat dibina di setiap daerah di Selangor untuk memudahkan anak-anak muda yang berminat menggunakannya.
“Ia adalah penting kerana ada diantara mereka yang berminat tidak mampu untuk pergi ke lokasi yang jauh dari kediaman,” katanya.
Kata beliau lagi, keberkesanannya juga akan dapat ditingkatkan kerana gejala rempit dan lumba haram biasanya terdapat disetiap daerah, bukan hanya tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja.
“Semoga rancangan pembinaan "Litar Rakyat" ini lancar dan mendapat kerjasama dan perhatian yang serius daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor sekaligus dapat membantu mengawal masalah sosial yang kian meruncing,” ujarnya.
2. Berapa banyak saham bumiputra pemimpin umno dah sapu?
3. Berapa banyak permit AP pemimpin umno dah sapu?
4. Berapa banyak permit teksi pemimpin umno dah sapu?
5. berapa banyak lesen lori pemimpin umno dah alibabakan?
6. Berapa banyak lesen pasir pemimpin umno dah kasi taukeh cina dan pemimpin umno?
7. Berapa banyak konsesi balak pemimpin umno dah sapu?
8. berapa banyak kontrak-kontrak kerajaan pemimpin umno dah sapu?
9. Berapa banyak biasiswa pelajar pemimpin umno kasi anak beranak?
10. Berapa banyak duit rakyat pemimpin umno dah sapu?
11. Berapa ekor lembu kak ijat dah sapu?
Hukum Adun: SPR perlu rujuk kes Kelantan, Perak
- Feb 14, 2014
- RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Pada awal 1990-an Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskan pindaan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula apabila wakil rakyat melompat parti.
Ketika itu Adun Semangat 46 di Sungai Pinang dan Limbongan menyertai Umno. Berikutan pindaan tersebut pilihan raya kecil diadakan.
Pilihan raya tersebut memberi kemenangan kepada calon Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46. Namun Umno membawa kes tersebut ke mahkamah. Dan mahkamah mengisytiharkan pilihan raya tersebut tidak sah dan mengembalikan kerusi tersebut kepada penyandang.
Naib Presiden PAS, Datuk Ibrahim Tuan Man berkata, peletakan jawatan sebagai wakil rakyat lebih bermaruah berbanding melompat parti kerana ia menghina mandat diberi rakyat.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat contoh yang berlaku di Kelantan pada awal 1990-an sebelum meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.
“SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak berhubung cadangan tersebut. SPR seharusnya melihat tuntutan keperluan dan bukannya desakan serta kepentingan pihak tertentu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidur Rasul Dun Bunut Payong di JKR 10 petang semalam.
Hadir sama pada program tersebut Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim serta jawatankuasa Muslimat Dun terbabit.
Baru-baru ini SPR dilaporkan mahu mengkaji keperluan dan cadangan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pindaan itu bagi mengelakkan 'penyakit' meletak jawatan tanpa sebab 'merebak' kepada wakil rakyat lain.
Cadangan itu ada kaitan tindakan Lee Chin Chen mengosongkan kerusi Dun Kajang pada 27 Jan lalu, bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan pada Mac ini.
Tuan Ibrahim juga berkata, contoh yang pernah berlaku di Perak pada 2008 di mana kerajaan Pakatan Rakyat diambil alih melalui kudeta hanya berpunca tiga Adun PKR dan DAP berpaling tadah.
Kata beliau sepatutnya tiga Adun terbabit meletak jawatan seperti dilakukan bekas Adun Kajang bagi mengembalikan semula mandat rakyat dan bukan menukar kerajaan melalui pintu belakang.
“Ini isu yang jauh lebih besar jika dibandingkan seorang Adun mengosongkan kerusinya kerana merasakan tidak mampu lagi untuk berkhidmat kepada rakyat.
“SPR perlu menilai sejarah yang berlaku sebelum ini dan bukannya bertindak kerana ada desakan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan,” ujarnya.
Katanya juga, adalah lebih bermaruah seseorang Adun itu mengosongkan kerusinya sekiranya tidak mampu lagi berkhidmat kepada rakyat, lagi pun ia dibenarkan oleh perlembagaan.
Selain itu menurutnya juga SPR tidak boleh bersikap double standard terhadap kes Dun Beliangan di Sarawak apabila Adunnya, Tan Seri Taib Mahmood mahu mengosongkan kerusi tersebut.
"Kalau di Kajang kita tekan atau kritik, bagaimana kes yang sama berlaku di Sarawak kita biarkan," ujarnya.
Pilih Adenan: Jabu diam mungkin sedih dan kecil hati
- Feb 14, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid berkata, tindakan Abdul Taib Mahmud mengenepikan Jabu memilih iparnya Tan Sri Adenan Satem yang bukan berketurunan Iban akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Iban.
Ini kerana katanya, Jabu merupakan orang yang paling lama berkhidmat dengan Taib.
Jabu daripada keturunan Iban dari Betong, menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB selama lebih tiga dekad, tidak dicalon untuk menggantikan Abdul Taib.
Sebaliknya Adenan, Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan merangkap Timbalan Presiden II PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Perancangan Sumber II dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Awang Tengah Ali Hassan yang dicalonkan.
"Jabu hanya menumpang belas kasihan Taib sebab dia ni orang yang paling taat kepada ketua menteri.
"Jabu juga mungkin orang Iban paling kaya sebab banyak kumpul harta sewaktu bersama ketua menteri.
"Dia diam tak mahu komen apa-apa apabila Taib memilih Adenan sebagai ketua menteri, mungkin sedih dan kecil hati.
"Mungkin Iban-iban di Sarawak boleh fahamlah bagaimana politik yang diamalkan PBB. Orang PBB sama dengan orang Umno dia punya trend untuk mengumpul kekayaaan untuk diri sendiri bukan untuk menolong semua rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sehingga semalam, Jabu enggan memberikan sebarang komen kepada media apabila ditanya berhubung pelantikan Adenan sebagai ketua menteri.
Adam juga berkata, PAS turut menjangkakan pelantikan Adenan hanya sementara dan akan digantikan dengan orang lain selepas PRN yang dijangkakan diadakan pada tahun hadapan.
"Adenan mungkin sementara sahaja sebagai ketua menteri dan akan diganti dengan orang lain selepas PRN.
"Walau bagaimanapun, sementra itu kita harap Adenan sebagai ketua menteri walaupun sementara beliau akan membangunkan Sarawak dengan maju lagi khasnya ekonomi Bumiputra Sarawak," katanya yang bertanding di Sebuyau pada PRN lalu.
Tambah beliau juga, pergolakan dalaman PBB itu diharapkan dapat membuka mata rakyat Sarawak dan memberi peluang yang cerah kepada Pakatan Rakyat dalam PRN akan datang.
"Kita harap dalam PRN nanti hasil daripada kurang kesefahaman ini mungkin ada kesan untuk Pakatan Rakyat," katanya.
Walau 10 orang bantah PBS tetap menggugat - SGMM
- Feb 14, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Himpunan 222: Mansuh PBS itu akan diadakan di hadapan pekarangan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya bermula jam 2.20 petang.
Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta yang menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari ketika dihubungi, beliau tidak berhajat untuk ‘menghasut’ kalangan guru untuk hadir bersama menyatakan sokongan.
Namun, katanya sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak, para pendidik perlu hadir untuk memberi sokongan atas usaha tersebut.
"Kita dari SGMM berasakan walaupun hanya sepuluh orang yang hadir pada himpunan 222 itu nanti, ia merupakan satu kejayaan besar serta mampu mengugat pendirian KPM dalam soal pelaksanaan PBS yang dilihat banyak kepincangan.
"Saya tidak akan menghasut para pendidik untuk hadir tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa, mereka perlu hadir dalam usaha kita mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga merupakan Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS itu turut memberitahu, walaupun perbincangan telah diadakan dengan KPM dengan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada 24 Disember tahun lalu secara tertutup.
Namun, tiada penyelesaian diperolehi sebaliknya segala maklum balas yang diperolehi dari perbincangan itu digunakan untuk menutup segala kelemahan di dalam PBS.
"Tidak ada apa perkembangan diperolehi dari perbincangan secara tertutup itu, sebaliknya pihak kementerian mengambil segala topik perbincangan itu untuk mengubah fakta dan menutup kelemahan PBS.
"Bagi kami dari SGMM perbincangan itu gagal mencapai apa yang kami kehendaki, kita bukan ingin menghalang sesuatu pelaksanaan sistem tetapi biarlah ia menepati segala apa yang kita kehendaki.
"Adalah lebih baik dimansuhkan dan kembalikan kepada sistem lama, demi masa depan pelajar biarlah mereka belajar seperti mana sebelum in dan kita yang diberitanggungjawab mendidik anak bangsa hanya mahukan yang terbaik untuk mereka," sambung beliau.
Beliau yang juga merupakan seorang guru di Pahang turut didatangi pihak polis di sekolah tempat beliau bertugas, disebabkan pada waktu itu beliau tidak berada di sekolah, pihak polis hanya mengambil nombor telefon dari rakan beliau.
TYT Sarawak: Mohon Raja-Raja Melayu tidak lantik Taib
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemuda PAS Anak Sarawak memohon Raja-Raja Melayu untuk memperkenankan permohonan agar mempertimbangkan untuk tidak melantik Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sehingga dibersihkan dari segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti yang telah pihak patik kemukakan.
Demikian dinyatakan Pengerusinya, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam Memorandum Berkenaan Perlantikan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang diserahkan kepada Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, pagi tadi. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Berikut kandungan memorandum berkenaan.
Adalah patik yang mewakili sayap Pemuda dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta rakyat jelata merafak sembah Ke Bawah Duli Tuanku bagi memaklumkan berkaitan perkembangan politik di Sarawak khususnya melibatkan perletakan jawatan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014 yang akan datang. Dalam masa yang sama, tempoh perjawatan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak turut akan berakhir pada tarikh tersebut.
Perkara ini memungkinkan jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak boleh diisi oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sepertimana khabar angin yang sedang kencang melanda rakyat Bumi Kenyalang tersebut dan amnya seluruh rakyat Malaysia.
Ampun Tuanku,
Berdasarkan kepada rekod kes yang melibatkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sepanjang lebih 30 tahun memimpin Sarawak, beliau telah dikaitkan dengan berbagai-bagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru, bersama-sama ini patik dengan penuh rendah diri memohon perkenan dan limpah kurnia Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempersembahkan isu-isu berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi helaian lampiran yang disertakan untuk pertimbangan pihak Tuanku.
Ampun Tuanku,
Berdasarkan lampiran yang dipersembahkan, patik memohon limpah kurnia Ke Bawah Duli Tuanku untuk memperkenankan permohonan agar mempertimbangkan untuk tidak melantik Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sehingga beliau dibersihkan dari segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti yang telah pihak patik kemukakan.
Ampun Tuanku,
Mohon cadangan patik diperkenankan.
Rumah Karam Singh Walia disamun, keretanya dilarikan
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarulzaman Mamat berkata kejadian disedari isteri Karam yang berusia 55 tahun selepas menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sistem penggera keselamatan kediaman pada pukul 4 petang.
"Selepas menerima SMS automatik daripada 'alarm' rumah yang menunjukkan rumah itu dipecah masuk, mangsa (isteri Karam) bergegas pulang dan mendapati kunci pada pintu pagar rumahnya telah dipecahkan.
"Pada waktu kejadian, rumah teres dua tingkat berkenaan tidak berpenghuni berikutan isteri Karam sedang bekerja di Shah Alam manakala Karam pula berada di Sabah atas urusan kerja," katanya menerusi SMS kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata isteri Karam mendapati kereta jenis Volkswagen Passat milik wartawan itu yang diletakkan di dalam pekarangan rumah juga hilang.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati bilik tidur utama berselerak selain beberapa barangan berharga termasuk televisyen hilang, katanya.
"Jumlah kerugian sebenar kes ini masih belum diperoleh," kata Kamarulzaman yang menambah kata kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan. – Bernama
Penyakit-penyakit lisan (3)
- Feb 14, 2014
- .
Naminah adalah menyampaikan perkataan suatu kaum kepada kaum yang lain untuk menimbulkan kerosakan antara mereka. Sesungguhnya Allah telah mencela orang yang memiliki sifat ini, dan melarang mendengarkan perkataan, Allah berfirman:
“Dan jangan engkau ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela, yang suka menyebar fitnah. Yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa.” (Al-Qalam : 10-12)
Firman-Nya (yang suka menyebar fitnah) maksudnya dia mengadu domba antara manusia, menghasut dan memfitnah antara mereka, sebagaimana di sebutkan di dalam tafsir Ibnu katsir
Namimah termasuk dosa besar, dalam Ash-shahihain dari ibnu Abbas disebutkan:
“Rasulullah SAW lalu di berhampiran dua kubur dan kedua penghuninya sedang diseksa. Dan keduanya tidaklah diseksa kerana perkaran yang besar – sesungguhnya itu adalah azab yang benar - Adapun salah satunya berjalan di antara manusia dengan mengadu domba. Adapun yang lain, tidak menjaga dirinya dari air kencing
Sabda beliau: “Keduanya tidaklah di seksa kerana perkara yang besar maksudnya namimah dan tidak membersihkan diri dari najis kencing adalah pebuatan yang kecil, ringan atau mudah menjauhi keduanya akan tetapi azabnya sangat keras.
Iman Bukhari berkata (10/6056):
Abu Nu’aim telah berkata kepada kami: Sufyan telah berkata kepada kami dari manshur, dari Ibrahim, dari Hamam, dia berkata: kami bersama Hudzaifah, maka dikatakan kepadanya bahawa sesungguhnya seseorang menyandarkan hadis itu sampai ke Usman maka Hudzaifah berkata: saya mendengar nabi Bersabda:
“Qattat tidak akan masuk surga”
Sabda beliau “Qattat” ditafsirkan oleh hadits riwayat muslim
“seseorang mengadu domba tidak akan masuk syurga “
Di sebutkan bahwa Qattat adalah orang yang mendengar sesuatu secara sembunyi-sembunyi (mencuri dengar) kemudian menyampaikan apa yang di dengarnya.
Para pengadu domba dikhabarkan tidak masuk syurga demikian pula dalil-dalil tentang ancaman seperti ini menjadi syubhat (keracunan) bagi orang-orang khawarij yang mengkafirkan pelaku maksiat walaupun dia seorang yang mengesakan allah,
Syubhat ini dijawab dengan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan-Nya dan Allah mengampuni dosa selain syirik itu bagi siapa yang Allah kehendaki.”(An-Nisa : 116)
Allah menjadikan doa-dosa itu di bawah kehendak-Nya. Jika Allah menghendaki maka Allah mengampuninya dan jika Allah menghendaki maka Allah menyeksa sesuai kadar dosanya, kemudian tempat kembalinya adalah syurga, kecuali syirik. Kerana pelaku syirik akan kekal di neraka.
Iman Bukhari berkata (1/64) : Abdul Yaman telah mengkhabarkan kepada kami dia berkata: syu’aib telah mengkhabarkan kepada kami dari Az-zuhri, dia berkata: Abu idris ’A’idzullah bin Abdullah telah mengkhabarkan kepada saya bahawa ‘Ubadah bin Ash-shamit dia mengikuti perang badr dan merupakan salah seorang naqib (pemimpin kaum) pada malam ‘Aqabah – bahawa Rasullah berkata di sekitar beliau ada sekelompok sahabat.
Berbai’atlah kepadaku bahwa janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatupun, janganlah mencuri, jangan berzina, janganlah membunuh anak-anak kamu, janganlah membuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan-tangan dan kaki-kaki kamu dan janganlah kamu derhaka dalam hal kebaikan. Barang siapa antara kamu yang memenuhi bai’atnya maka pahalanya di sisi Allah dan barang siapa yang melakukan salah satu hal itu lalu dia di seksa di dunia maka hal itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya dan barang siapa yang melakukan sesuatu yang terlarang itu kemudian Allah menutupinya maka perkaranya dikembalikan kepada Allah. Jika Allah menghendaki maka Allah memaafkan dan jika Allah menghendaki maka Allah menyeksa maka kami berbai’at kepadaku di atas demikian itu,”
Nabi mengkhabarkan bahawa dosa-dosa itu berada di bawah kehendak Allah, jika dia berkehendak maka dia menyeksanya, dan jika dia berkehendak maka dia mengampuninya.
Dalil-dalil tentang ancaman yang tidak masuk surga seorang yang bertauhid jika dia melakukan dosa besar, berkemungkinan bahwa di dalamnya ada kalimat yang dihilangkan, dan kalimat lengkapnya : jika Alah membalasnya; atau bahawa ia tidak langsung masuk syurga, dia diseksa dahulu sesuai kadar dosanya kecuali jika Allah mengampuninya, kemudian tempat kembalinya adalah surga, atau bahawasanya jika dia menganggap halal perbuatan itu, bererti dia telah mendustakan dalil, sama ada dia melakukan atau tidak.
Disebutkan daripada sebahagian ulama salaf bahwa dalil tentang ancaman ditetapkan sebagaimana adanya dan tidak dipertentangkan maknanya. Kerana hal itu akan lebih mengena dalam memberi peringatan, (hukum suatu perkara dalam) agama tidak hanya diambil dari suatu dalil, namun diambil dari semua sisi dalilnya, Allah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamuke dalam islam secara keseluruhannya,” (al-Baqarah : 208)
Tatkala orang-orang khawarij hanya memegang dalil yang memberikan ancaman dan meninggalkan dalil yang mengandungi harapan, mereka sesat dan menyesatkan, dan mereka disepakati oleh mu’tazilah dalam menghukumi bahwa pelaku dosa besar di akhirat nanti akan kekal di neraka namun mereka berselisih dengan orang-orang khawarij yang berkata: “kami menamakan kafir” sedangkan orang-orang Mu’tazilah berkata: “kami menamakan fasik”.
Bantahan terhadap orang-orang Mu’tazilah: Allah berfirman;
“Dia-lah yang menciptakan kamu, maka di antara kamuada yang kafir dan ada pula yang beriman.” (At-taghabun : 2)
Allah membagi manusia menjadi dua : kafir atau mukmin. Allah tidaklah membahagi mereka menjadi tiga bahagian kita berlindung kepada Allah daripada kehinaan.
Akan tetapi ahlus sunnah adalah orang-orang yang di sucikan oleh Allah dengan berfirman;
“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kalian (umat Islam) sebagai umat yang adil dan pilihan, agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian.” (Al-Baqarah:143)
Al-wasath maknanya yang terpilih, mereka bimbang bahawa orang yang berbuat jahat akan diseksa, dan mereka mengharapkan, balasan syurga bagi pelaku kebaikan.
Untuk mendapatkan tambahan penjelasan dalam masalah ini, silakan merujuk syarah al-‘Aqidah ath thahawiyyah (hal, 316 dan yang setelahnya).
Masalah namimah adalah masalah yang sangat berbahaya. Namimah dapat merosak hubungan antara dua kawan dan hubungan persaudaraan yang sangat kuat.
Janganlah engkau memperluas namimah di antara dua kawan, yang kerananya dua sahabat akan saling membenci
Namimah mendatangkan kerosakan dan pemusuhan, padahal sugguh Allah telah melarang melakukan kerusakan, Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.” (al-A’raf : 74)
Orang yang membuat kerosakan tidak dicintai oleh Allah. Allah berfirman:
“Dan janganlah engkau berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan,” (al-Qashash : 77)
Bahkan allah telah memerintahkan melakukan pembaikan. Allah berfirman :
“Maka bertaqwalah kapada Allah dan perbaikilah hubungan antara kalian.” (Al-anfal : 1)
Dan allah berfirman:
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.“ (al-Hujurat : 9)
dan Allah berfirman:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia, dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberinya pahala yang besar.” (an-Nisa : 114)
Allah telah memberi anugerah kepada hamba-hamba-Nya iaitu dua menyatukan hati mereka. Allah berfirman;
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya.” (Ali-Imran : 103)
http://salafy.or.id/
‘Litar Rakyat’ sebagai alternatif kepada belia Selangor
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
“Budaya negatif ini jika tidak dibendung akan membawa pelbagai masalah lanjutan kepada masyarakat,” kata ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, anak muda yang sepatutnya menjadi modal insan terhadap pembangunan tamadun dan perjuangan Islam akan disia-siakan jika gejala ini tidak dikawal dengan baik.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Selangor berpandangan bahawa budaya rempit dan lumba haram ini sebenarnya boleh dibentuk menjadi sesuatu yang positif.
Menurutnya, alternatif perlu diberikan kepada anak muda yang biasanya terdiri daripada mereka yang suka kepada aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti ini.
Oleh hal yang demikian, jelasnya Pemuda PAS Selangor dengan kerjasama ARC Selangor Motorsport yang diketuai oleh saudara Asmawi Askor iaitu sebuah entiti di bawah seliaan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah menyampaikan hasrat secara langsung kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya litar lumba rakyat dapat dibina untuk tujuan ini.
Beliau berkata, hasrat itu telah disampaikan sempena majlis penyerahan plak sokongan anak muda terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor oleh gabungan kelab permotoran Selangor dalam gimik upacara penyerahan watikah perlantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor, 8 Februari 2014 yang lepas.
Katanya, Pemuda PAS Selangor melihat "Litar Rakyat" ini jika dibina akan dapat memberi alternatif kepada anak-anak muda yang cenderung terhadap budaya rempit untuk menggunakan semangat dan keberanian mereka pada tempat yang betul.
Tambah beliau, selain daripada soal keselamatan, bakat terpendam mereka juga boleh dicungkil untuk dibawa keperingkat yang lebih tinggi.
“Pastinya menjadi satu kesukaran terhadap anak-anak muda ini untuk terus mencebur diri secara profesional di litar sedia ada kini oleh kerana kos untuk pembabitan dalam bidang ini agak tinggi,” ujarnya lagi.
Justeru, kata Syarhan litar ini akan menjadi alternatif untuk menunjukkan kebolehan mereka tanpa memerlukan pembiayaan yang mahal, apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup kini.
Selain itu, ujarnya Pemuda PAS Selangor melalui ARC Selangor Motorsport juga menggerakkan usaha untuk menyelitkan slot-slot pembinaan rohani dan peribadi kepada anak muda.
Usaha itu, jelasnya dilakukan untuk mendidik serta menyedarkan generasi muda bahawa mereka sebenarnya adalah aset besar dalam pembangunan agama, negara dan bangsa.
Katanya lagi, Pemuda PAS Selangor juga mengucapkan tahniah kepada ARC Motorsport Selangor kerana telah berjaya menganjurkan program "Santai Kaki Motor" di litar sementara Stadium Kuala Selangor.
“Program yang berjaya menarik seramai 1,500 belia bermotor itu membuktikan bahawa jika kita memberikan alternatif kepada mereka, ia akan digunakan sebaiknya dan mengubah gejala negatif rempit dan lumba haram menjadi sesuatu yang selamat dan berguna,” katanya.
Sehubungan itu, kata beliau pihaknya berharap agar "Litar Rakyat" ini dapat dibina di setiap daerah di Selangor untuk memudahkan anak-anak muda yang berminat menggunakannya.
“Ia adalah penting kerana ada diantara mereka yang berminat tidak mampu untuk pergi ke lokasi yang jauh dari kediaman,” katanya.
Kata beliau lagi, keberkesanannya juga akan dapat ditingkatkan kerana gejala rempit dan lumba haram biasanya terdapat disetiap daerah, bukan hanya tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja.
“Semoga rancangan pembinaan "Litar Rakyat" ini lancar dan mendapat kerjasama dan perhatian yang serius daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor sekaligus dapat membantu mengawal masalah sosial yang kian meruncing,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan