Posted on Wednesday, February 12 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Umum tahu Azmin Ali telah memasang niat untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Umum juga tahu bahawa Parti PAS dan DAP – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat – tidak memiliki keyakinan terhadap sosok yang bernama Azmin Ali. Perlu diingatkan bahawa - kurang yakinnya PAS dan DAP terhadap Azmin Ali ini tidak ada sangkut paut dengan ‘perempuan heboh’ yang bernama Ummi Hufilda Ali.
Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin. Apa dalam hati perut dua buah parti politik ini hanya mereka sendiri yang tahu. Keyakinan seharusnya wujud kerana dua parti ini terikat dalam satu perserikatan bersama PKR. Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.
Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR.
Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit.
Kenapa Azmin Ali dikatakan membawa DNA berbarah ini akan dapat kita fahami dengan melihat apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor sekarang. Heboh-heboh tentang PKNS. Berlakunya pilihan raya kecil DUN N25 Kajang. Babak-babak dan berita ini jika diselidiki akan membawa pencerahan untuk ahli PKR dan para pembaca. Akan mengenali siapa si Azmin Ali dan siapa Khalid Ibrahim. Dua protagonis politik Selangor.
Minggu ini ada satu berita tentang Azmin Ali telah bocor. Berita ini mengaitkan Azmin dengan isu duit.
Yang penting apakah surah ini hanya ayat-ayat songsang dari laman-laman web. Tidak dijelaskan bagaimana isu duit ini masuk? Siapa memasukkan? Apakah surah-surah ini sahih. Apakah Tok Perawinya boleh diyakini? Semua ini hanya boleh dirungkai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ini mengikut laporan sebuah portal – yang kepastiannya masih dianggap Pak Pandir. Apa tujuannya, jika benar, belum ada kepastian. Hanya SPRM yang maha mengetahui.
Laman berita ini – yang memang tidak bersimpati kepada PKR – pasti gembira apabila berjaya melaporkan berita ini. Tetapi kesahihan berita ini hanya Desas bin Lebai Desus. Boleh dilihat sebagai fitnah dan tohmahan untuk merosakkan Azmin Ali. Bertujuan untuk mencurah minyak agar Azmin dan Khalid terus bergelawak. Grande finale-nya untuk merosakkan PKR. Hanya SPRM yang maha mengetahui.
Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.
Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation.
Isi Twiter yang berbunyi ‘mengheret rakyat ke jalan raya, menggunakan rakyat untuk agenda peribadi’ adalah hujah yang selalu kita dengar dan kita baca. Hujah ini kita baca dari Utusan. Hujah ini kita dengar dari TV3. Kita mendengar hujah ini keluar dari mulut benggolan politikus Ketuanan Melayu. Kita mendengar hujah ini berulang-ulang seperti rekod rosak sedang berputar. Maka pada ketika itu isi Twitter si Azmin Ali ini dilihat sebagai usaha untuk mematahkan semangat anak muda yang merasa tidak puas hati kerana telah ditipu oleh SPR.
Bagaimana pula dengan protoganis seorang lagi yang bernama Khalid Ibrahim?
Si Khalid diheboh-hebohkan sebagai ‘Mat Bersih’ tidak rasuah. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Selangor ada seorang MB yang tidak makan rasuah. Tetapi dalam politik sifat tidak ambil rasuah ini belum mencukupi. Bersih tanpa rasuah adalah sifat yang baik. Sifat ini menjadi tidak bermakna apabila tidak dikahwinkan dengan kecekapan berpolitik. Kesah Khalid tak tahu ‘politik’ telah menjadi cerita rakyat.
Contohnya: PKR ingin membantu memperkuatkan kedudukan MB Khalid Ibrahim. PKR menghantar Saifuddin Nasution sebagai ‘Chief of Staff’. Apa jawapan Khalid Ibrahim? Dia buat dek. Akhirnya Saifuddin Nasution S/U Agong PKR meletakkan jawatan tersebut.
Lihat pula langkah Khalid memberhentikan pegawai PKNS. Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa beberapa orang pegawai PKNS ini adalah ‘budak suruhan Azmin Ali’ yang mendapat upah lumayan. Tetapi, dalam masa yang sama ramai juga pegawai PKNS ini yang tidak ada sangkut paut dengan Azmin Ali. Mereka ini tenaga profesional tetapi mereka juga turut ditamatkan kontrak. Mereka menjadi mangsa pertempuran Khalid dengan Azmin.
Memang betul dari segi undang-undang Khalid Ibrahim tidak boleh didakwa dakwa kerana ‘kontrak tamat’. Period. Ini sama seperti - Dolah Badawi juga tak boleh didakwa dakwi apabila menggunakan ISA untuk menangkap 10 orang Refomis. Dolah Badawi melakukan tangkapan berlandaskan undang-undang. Jelas hukum dan undang-undang dijadikan benteng untuk melakukan kezaliman.
Adalah TIDAK tepat apabila dihujah bahawa PRK N25 Kajang muncul kerana PKR ingin menyelesaikan masalah Azmin dan Khalid. Hujah dan surah songsang ini datang dari Kelas Berleter yang mengaku berimankan demokrasi. Kelas Berleter yang tidak tahu hujung pangkal, hanya mendapat maklumat dari media milik United Malays National Organisation. Kelas Berleter melihat PRK Kajang sebagai jalan penyelesaian masalah dalaman PKR.
Memang betul PKR memiliki masalah dalaman. Memang betul PKR ada masalah - Azmin dan Khalid. Tidak ada parti politik yang tidak memiliki masalah dalaman. Parti politik hidup bernafas dalam dialektik. Dialetika inilah yang memberi oksigen untuk parti politik terus berjuang.
Dalam kes PKR ini – seharusnya Azmin dan Khalid menenggelamkan perbalahan mereka. Seharusnya mereka melihat strategi N25 ini sebagai satu langkah yang menjangkau luas. Perancangan N25 yang melintasi Gombak dan Ijok. Melintasi Bukit Antarabangsa dan Bandar Tun Razak. Sayangnya kedua protoganis ini ingin terus bertempur.
Umum memahami keadaan Khalid Ibrahim yang sedang diasak. Umum tahu N25 ini akan membawa satu perubahan besar ke atas Selangor. Sama ada Anwar Ibrahim jadi MB atau tidak bukan persoalan. Yang induk ialah harapan 52% rakyat Malaysia. Jumlah 52% ini ialah pengundi yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13 tetapi kemenangan telah dirampas. 52% rakyat Malaysia mahu melihat Anwar masuk ke dalam pentabiran kerajaan Selangor secara dipilih rakyat. 52% rakyat Malaysia akan menunggu impaknya keatas politik nasional.
Jika Khalid melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim maka Khalid Ibrahim akan diingati bukan hanya sebagai sosok tidak rasuah tetapi juga sosok yang mengundur kerana faham adanya strategi politik yang lebih besar. Khalid Ibrahim juga faham bahawa dirinya akan terus diperlukan. Fikrah ekonomi Khalid Ibrahim akan terus dicontohi. Dawn Raid akan dinobatkan sebagai Khalid Ibrahim.
Umum juga memahami Azmin yang dalam keadaan - do or die. Ini berlatarkan kenyataan Khalid yang ingin membawa masuk SPRM untuk menyiasat siapa yang memberhentikan Azmin Ali dari PKNS. Pasti ramai pembaca yang lalai dan tidak ambil peka kenyataan Khalid ini. Sambil lewa Khalid berkata bahawa SPRM akan dibawa masuk untuk menyiasat. Siapa yang peka akan bertanya: Kenapa SPRM dibawa masuk walhal ini hanya kes buang kerja. Ini bukan kes rasuah. Tetapi siapa terberak dialah yang terbau kentut.
Jika Azmin tidak terketut maka dia tidak perlu takut kepada kehadiran SPRM yang akan menyiasat apa sahaja kes yang dilemparkan terhadap dirinya. Azmin Ali tak perlu takut hanya kerana dia memiliki DNA United Malays National Ornganisation.
Jika Azmin Ali dan Khalid Ibrahim ingin terus bertempur dan menganggu gugat PRK N25 – tidak banyak yang dapat kita lakukan. Khalid Ibrahim MB Selangor. Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Kedua-dua bukan kecik anak. Jika mereka ingin terus bertempur dan terus degil sombong maka Si Luncai akan terjun dengan labu-labunnya. Yang menang tenggelam jadi arang yang kalah bertaburan menjadi debu.
HISHAMUDDIN RAIS
MALAYSIAKINI.COM
Bersekedudukan: Zizan, Emma Maembong beri penjelasan
BAHARU sahaja reda dengan isu bercumbuan di dalam kapal terbang, kini nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi perhatian selepas dikatakan bersekedudukan sejak enam bulan lalu.
Mengakui terkejut dengan tindakan
jirannya yang melaporkan perkara itu kepada pihak media, Zizan atau nama
sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, bagaimanapun tidak menafikan Emma
ada beberapa kali mengunjungi rumahnya.
“Memang
Emma ada datang, tapi itu pun ketika ibu dan ayah saya ada di rumah. Dia
datang pun untuk bertemu ibu saya. Lagipun mustahillah kami
bersekedudukan kerana saya bukan tinggal seorang di rumah, sebaliknya
abang dan pengurus peribadi saya turut tinggal bersama.
“Saya juga tidak ada sebarang masalah
dengan jiran saya. Saya mesra dengan jiran-jiran saya dan saya akui agak
terkejut bila mendapat tahu ada jiran saya yang melaporkan perkara ini
kepada media,” katanya kepada media ketika ditemui sebaik tamat Anugerah
MeleTOP Era, baru-baru ini.Mengulas mengenai tindakan individu yang mendakwa sebagai jirannya itu, Zizan berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.
“Saya sedar, saya dikenali ramai dan kenapa saya mesti buat perkara tidak elok (bersekedudukan)?
“Daripada surat tersebut, saya nampak caranya sangat Islamik. Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan, lebih baik individu tersebut datang berjumpa saya untuk dapatkan penjelasan daripada dia menyebarkan fitnah.
“Kalau ya pun nak suruh kami cepat-cepat (berkahwin), bukan cara macam ini. Tapi doakanlah yang terbaik untuk kami,” ujarnya sambil tersenyum.
Sementara itu, dalam temu bual berasingan, Emma berkata dia ada membaca artikel tersebut dan mengakui agak sedih kerana difitnah sedemikian.
“Saya akui ada ke rumah dia, itu pun kalau ibu dan bapanya ada di rumah. Selain itu, saya akan ke rumahnya sekiranya saya perlu bergerak sekali dengan dia ke sesuatu acara. Kalau tiada apa-apa, saya tak akan ke rumah dia.
“Bagaimanapun saya tak salahkan dan tak marah pada individu yang menyebarkan cerita terbabit. Mungkin cerita ini timbul kerana orang asyik bercakap mengenai hubungan kami.
Mungkin juga individu terbabit hanya nampak saya seorang yang masuk, padahal dalam rumah dia ramai,” katanya.
Emma berkata, walaupun dihimpit dengan kontroversi, dia bersyukur kerana keluarganya sentiasa ada di sisi, terutama bapanya, Ismail Embong.
“Kalau saya tidak ada apa-apa aktiviti hiburan, saya akan duduk di rumah sahaja. Jadi ayah saya bila di baca gosip sebegini, dia akan ketawa kerana dia tahu saya selalu ada di rumah,” katanya.
Akui rapat
Dalam pada itu, ditebak mengenai status sebenar hubungan mereka, Zizan dan Emma, mengakui hubungan mereka rapat.
Zizan berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius dalam masa terdekat ini.
“Saya belum terfikir untuk bertunang. Lagipun jadual kami padat. Tapi saya pernah tanya dia, “awak rasa nak kahwin tak?”, kata Zizan sambil berseloroh.
Bagi Emma pula, dia enggan bercakap lebih-lebih mengenai hubungannya dengan Zizan kerana tidak mahu mendapat malu sekiranya hubungan mereka tidak berakhir dengan baik.
“Apa yang boleh saya katakan, Zizan adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Saya bukan nak rahsia atau nak sorok apa-apa tentang status kami. Tapi saya tak mahu kecoh-kecoh.
“Nanti kalau tak jadi, malu pula. Jadi buat masa ini kami berkawan saja,” jelasnya.
Keluar Wire Fame?
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai isu yang mendakwa dia bakal meninggalkan syarikat pengurusannya yang juga syarikat milik Zizan iaitu Wire Fame Entertainment, Emma berkata, ia hanya ura-ura sahaja.
“Buat masa ini saya masih lagi di bawah pengurusan Wire Fame. Tapi saya pernah menyuarakan hasrat untuk bergerak sendiri dan mereka tidak menghalang saya berbuat demikian.
“Tapi itu bukan bermakna saya sah keluar. Apatah lagi, mereka yang ada di dalam Wire Fame sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri,” jelasnya yang bakal muncul menerusi drama bersiri Yes Bos, di TV3 mulai 15 Februari ini.
Sumber : Sinar
Kempen awal: Anwar tak langgar Akta P'raya - SPR
Posted on Wednesday, February 12 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim turun awal ke Kajang sebelum tempoh kempen bermula, tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya.
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ini kerana secara teknikalnya Ketua Umum PKR itu belum sah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Tambah beliau, sebelum hari penamaan calon, badan penggendali pilihan raya itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan kerana tiada undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka berbuat demikian.
"Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Anwar," kata Abdul Aziz yang dihubungi The Malaysian Insider.
"Sekarang kuasa terletak kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," tambahnya.
Kelmarin, dilaporkan bahawa pihak polis telah membuka tiga kertas siasatan terhadap Ketua Pembangkang itu berhubung dakwaan berkempen sebelum hari penamaan calon bagi PRK Kajang yang dijadual 11 Mac depan.
Siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
Bagaimanapun, Anwar dalam satu kenyataan membidasnya dengan tidak akan melayan dakwaan tidak berasas itu bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.
Beliau turut mendakwa, BN juga sudah melancarkan kempen awal malah dengan agresif terhadap beliau melalui media kawalan mereka seperti TV3 dan Utusan Malaysia.
SPR menetapkan tarikh 23 Mac untuk hari pengundian PRK Kajang.-hd

Abdul Taib Kata Umno Rasis?
Posted on Wednesday, February 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KALAU betul apa yang dilaporkan mengenai kenyataan (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.
Media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran kepada pengganti beliau agar “memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke Sarawak”.
Ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan “politik rasis” Umno berkembang di Sarawak.
Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan Nasional Sarawak tidak perlu khuatir.
Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics).
Apakah ini benar dan adakah kepemimpinan Umno di bawah Mohd Najib
Abdul Razak akan berdiam diri menghadapi tuduhan yang sangat berat itu?
Kenyataan Abdul Taib yang dikatakan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional Sarawak pada 9 Feb. memberi gambaran jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.
Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.
Dengan pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapinya sekarang, membawa Umno ke Sarawak pastinya bukan keutamaan Mohd Najib. Secara peribadi saya tidak melihat wujud kewajaran atau kebijaksanaan bagi Umno bertapak di Sarawak.
Jadi apa perlunya Abdul Taib mengeluarkan amaran itu dan melemparkan tuduhan yang sangat berat dan menghina terhadap Umno?
Apakah ini cara beliau menghantar mesej kepada Putrajaya supaya tidak mengambil kesempatan daripada pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak? Kalau ia pun, mengapa sampai menuduh Umno rasis?
Kalau Umno masih berpegang kepada perjuangan kebangsaan Melayu, ia wajib dengan tegas dan terbuka membantah dan menyangkal tuduhan bahawa ia mengamalkan politik rasis.
Atau apakah Abdul Taib, seperti banyak orang bukan Melayu, turut tidak senang hati dasar Umno memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan?
Kalau benar Umno rasis kerana memperjuangkan hak orang Melayu, mengapa pula ramai ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya melihat Umno di bawah kepemimpinan Mohd Najib sebagai tidak cukup gigih dan lantang mempertahankan Melayu? Sebaliknya mereka melihat Mohd Najib sebagai terlalu berlembut dengan orang bukan Melayu.
Jadi apakah masalah Abdul Taib sebenarnya? Adakah cemuhannya terhadap Umno itu satu lagi manifestasi ketidakpuasan dan ketidakmesraan beliau dengan Mohd Najib yang dilihatnya sebagai tidak cukup lantang mempertahankan beliau daripada tuduhan salah guna kuasa dan rasuah sebaliknya mahu beliau berundur cepat?
Semua orang tahu bahawa Abdul Taib marah kepada Mohd Najib kerana membuat kenyataan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun 2011 bahawa beliau (Abdul Taib) akan bersara selepas pilihan raya itu.
Abdul Taib mungkin berundur sebagai KM, tetapi pengaruh beliau tidak akan berakhir serta-merta dan begitu saja, apatah lagi kalau beliau memilih untuk meneruskan kehadirannya dalam kehidupan seharian Sarawak melalui jawatan Yang di-Pertua Negeri.
Apa pun, Umno tidak ada pilihan melainkan menjawab tuduhan Abdul Taib bahawa ia mengamalkan politik perkauman.
Buat jangka masa pendek dan sederhana, Umno terpaksa terus menjalin perhubungan yang tertib dan bertamadun dengan parti-parti BN negeri, khususnya Parti Pesaka Bumiputera (PBB), kerana BN Sarawak adalah unik dan berlainan.
Tidak seperti di Semenanjung dan Sabah, parti-parti BN pusat tidak bertanding di Sarawak. BN Sarawak dianggotai sepenuhnya oleh parti-parti kaum dan suku kaum negeri.
Selepas ketegangan pada tahun-tahun awal keanggotaannya dalam Malaysia, Sarawak berubah menjadi kubu BN sehingga dilabelkan sebagai “simpanan tetap” atau negeri penyelamat BN.
Sama ada Sarawak akan terus menjadi negeri “fixed deposit” BN bergantung pada siapa yang menggantikan Abdul Taib dan di atas kebijaksanaan kepemimpinan BN pusat, khususnya Umno, menjalin hubungan dengan negeri berautonomi itu. Wallahuaklam.
A KADIR JASIN
http://kadirjasin.blogspot.com
Posted on Wednesday, February 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KALAU betul apa yang dilaporkan mengenai kenyataan (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.
Media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran kepada pengganti beliau agar “memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke Sarawak”.
Ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan “politik rasis” Umno berkembang di Sarawak.
Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan Nasional Sarawak tidak perlu khuatir.
Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics).
Mohd Najib-Abdul Taib: Jalan Tidak Seiring |
Kenyataan Abdul Taib yang dikatakan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional Sarawak pada 9 Feb. memberi gambaran jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.
Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.
Dengan pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapinya sekarang, membawa Umno ke Sarawak pastinya bukan keutamaan Mohd Najib. Secara peribadi saya tidak melihat wujud kewajaran atau kebijaksanaan bagi Umno bertapak di Sarawak.
Jadi apa perlunya Abdul Taib mengeluarkan amaran itu dan melemparkan tuduhan yang sangat berat dan menghina terhadap Umno?
Apakah ini cara beliau menghantar mesej kepada Putrajaya supaya tidak mengambil kesempatan daripada pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak? Kalau ia pun, mengapa sampai menuduh Umno rasis?
Kalau Umno masih berpegang kepada perjuangan kebangsaan Melayu, ia wajib dengan tegas dan terbuka membantah dan menyangkal tuduhan bahawa ia mengamalkan politik rasis.
Atau apakah Abdul Taib, seperti banyak orang bukan Melayu, turut tidak senang hati dasar Umno memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan?
Kalau benar Umno rasis kerana memperjuangkan hak orang Melayu, mengapa pula ramai ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya melihat Umno di bawah kepemimpinan Mohd Najib sebagai tidak cukup gigih dan lantang mempertahankan Melayu? Sebaliknya mereka melihat Mohd Najib sebagai terlalu berlembut dengan orang bukan Melayu.
Jadi apakah masalah Abdul Taib sebenarnya? Adakah cemuhannya terhadap Umno itu satu lagi manifestasi ketidakpuasan dan ketidakmesraan beliau dengan Mohd Najib yang dilihatnya sebagai tidak cukup lantang mempertahankan beliau daripada tuduhan salah guna kuasa dan rasuah sebaliknya mahu beliau berundur cepat?
Ahmad Zahid dan Lt. Jen. (Kehormat) Abdul Taib. Apa yang tersirat dalam kenyataan "Saya akan buat sesuatu yang berguna kepada negara secara santai"? |
Semua orang tahu bahawa Abdul Taib marah kepada Mohd Najib kerana membuat kenyataan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun 2011 bahawa beliau (Abdul Taib) akan bersara selepas pilihan raya itu.
Abdul Taib mungkin berundur sebagai KM, tetapi pengaruh beliau tidak akan berakhir serta-merta dan begitu saja, apatah lagi kalau beliau memilih untuk meneruskan kehadirannya dalam kehidupan seharian Sarawak melalui jawatan Yang di-Pertua Negeri.
Apa pun, Umno tidak ada pilihan melainkan menjawab tuduhan Abdul Taib bahawa ia mengamalkan politik perkauman.
Buat jangka masa pendek dan sederhana, Umno terpaksa terus menjalin perhubungan yang tertib dan bertamadun dengan parti-parti BN negeri, khususnya Parti Pesaka Bumiputera (PBB), kerana BN Sarawak adalah unik dan berlainan.
Tidak seperti di Semenanjung dan Sabah, parti-parti BN pusat tidak bertanding di Sarawak. BN Sarawak dianggotai sepenuhnya oleh parti-parti kaum dan suku kaum negeri.
Selepas ketegangan pada tahun-tahun awal keanggotaannya dalam Malaysia, Sarawak berubah menjadi kubu BN sehingga dilabelkan sebagai “simpanan tetap” atau negeri penyelamat BN.
Sama ada Sarawak akan terus menjadi negeri “fixed deposit” BN bergantung pada siapa yang menggantikan Abdul Taib dan di atas kebijaksanaan kepemimpinan BN pusat, khususnya Umno, menjalin hubungan dengan negeri berautonomi itu. Wallahuaklam.
A KADIR JASIN
http://kadirjasin.blogspot.com
Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar?
- Feb 12, 2014
- SUBKY ABDUL LATIF
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.
Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.
Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.
Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.
Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.
Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.
Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.
Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.
Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.
Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.
Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.
Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.
Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.
Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.
Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.
Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.
Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.
Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.
Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.
Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.
Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.
Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.
Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.
Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.
Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.
Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.
Selasa, 11 Februari 2014
ANWAR IBRAHIM
Ct Etnuar's photo.
Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim..
Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.
Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu...
Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!
Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.
Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.
Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti.
Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya.
Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut.
Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.
Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir.
Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.
Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai.
Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam.
Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno.
Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati.
MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!?
Anwar pernah berkata...,,, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu.
Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.
Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu.
Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah.
Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.
Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!!
Nah...,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual..!!!
Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut.
Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar...
Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat...
Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .
50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah.. Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-
##“Anwar Boneka Barat?”.
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?
Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian.
Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang...
Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.
Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.
Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn lumpur.
Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam..!!!
Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”,
Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama.
Tak kurang jg dgn kontroversi
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan.
Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan.
Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ !!!
Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.
Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yg bernama Anwar...!!!
Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu...,,,
Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri...
Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.
Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.
Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.
Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.
Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih.
Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian.
Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.
Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes.
Maka aku turut bersedih... Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif.
Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru.
Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.
Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.
Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.
Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah.
Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.
Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan.
Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.
Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali.
Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat...
Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak Malaysia ke arah yg lebih baik...!!
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!!
REFORMASI...!!!
Lawan tetap lawan...!!!
Jom UBAH Malaysia...!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan