Zaid Ibrahim hanya lantang bersuara, tindakan masih ikut budaya Umno-BN
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato’ Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.Kebelakangan ini, Dato’ Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.
Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.
Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.
Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato’ Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato’ Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.
Dato Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Saya memaklumkan perkara ini kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.
Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas email Dato’ Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan Kerajaan Negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta Kerajaan Selangor.
Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklumbalas pelaksanaan dasar. Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.
Jelas bahawa kelantangan Dato’ Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau. Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Dato’ Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan budaya Umno/Barisan Nasional setelah meninggalkan Umno/Barisan Nasional?
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
26 Februari 2014
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59638
Info Penting: Apa Yang Anda Boleh Tuntut Melalui Lebihan RM50 (Insurans) Dari BR1M 2014
Kepada anda yang telah pun mendapat bantuan BR1M 2014 dari
kerjaan Malaysia sebanyak RM650, mesti tertanya tanya ke mana lagi RM50
tu pergi? Sebenarnya nilai RM50 itu adalah insurans. Lihat gambar rajah
ini untuk mengetahui apa yang anda boleh tuntut.
Sumber : Abe Long The Kacak
Wednesday, 26 February 2014
8 orang terbunuh dan 30 lain cedera parah insiden orang ramai sedang angkat sebuah keranda menyeberangi jambatan gantung tiba-tiba terputus dan runtuh.
Wednesday, 26 February 2014
BILA KRISIS AIR DI SELANGOR SEMAKIN TENAT MERUNCING BARULAH PUTRAJAYA SETUJU SERAHKAN TADBIR URUS AIR BERSIH DI NEGERI SELANGOR KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR!!!!!!
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.
Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.
“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. -selangkorku
Anwar Ibrahim Pemimpin Lemah dan Gila Publisiti, Najib Perlu Perbaiki Persepsi Rakyat – Daim Zainuddin
February 25, 2014 · 15 CommentsOleh Ab Jalil Backer
Bekas Menteri Kewangan dan Supremo ekonomi Malaysia, Tun Daim Zainuddin, menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.
Tokoh yang pernah mendidik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dan “penguasa” dalam koridor kuasa UMNO itu menganggap Anwar Ibrahim tidak pernah boleh atau mahu menyelesaikan masalah. Beliau hanya mahu menjadi bahan berita sama ada berita itu baik atau buruk.
Anwar has never been able to solve any problem (laughing). Again, the weak leadership. He’s not even elected in Parti KeAdilan Rakyat (PKR), yet he wields so much power and influence. He decides what to do and so far, the president and the rest are keeping quiet. They’re elected fellows (laughs).Sementara Daim juga menyifat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu memperbaiki persepsi umum bahawa beliau kelihatan lemah dalam kerajaan yang lemah.
Anwar wants to be in the limelight all the time. Whether good news, bad news, it doesn’t matter for him, as long as he’s in the news (laughing). That’s Anwar lah. And you all have given so much space to him — that’s what he loves. It doesn’t matter, even if you criticise him also it’s news. You praise him also it’s news.
Bercakap kepada Bizkini (Sisipan Malaysikini.com), Daim menyatakan beliau adalah penyokong kuat kerajaan tetapi dalam masa yang sama mengkritik kerajaan atas isu tertentu. Dan ini menurut Daim sering disalah erti sebagai menentang kerajaan.
“Adalah tidak benar saya menentang kerajaan (Barisan Nasional)”, kata Daim.
What we want is to make sure that the government is moving in the right direction, that people have confidence in the government and support the government. But people want to see, they want to feel comfortable with the government. And I think that the majority — if you go to the ground —feels that something is not right somewhere.Daim turut mencadangkan agar Najib melantik kabinet di kalangan mereka yang memahami sejarah dan boleh menjangka masalah bukannya sekadar react (hanya bertindak balas bila ada masalah).
But it is for the government now to make the assessment, not for me.
You must plan so that people know this is the direction that you’re going to take and if people think it’s a good direction to take, they will support it.Daim juga menyatakan bahawa Rakyat mahu melihat Najib lebih tegas dalam membuat sebarang keputusan dan polisi kerajaan.
In the end it’s about leadership and your policies. That’s more important. In this country people always want peace and stability.
If there are those who are out there to create problems, you must nip them in the bud. There are enough laws to handle this. But if you delay, procrastinate, then people will take advantage. That’s where the danger is.
Ayob Hussin was tagged in Reformasi Minda's photo.
JAUHI DARIPADA BID'AH KESESATAN....!!!KERANA lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya........
#Fadhilat Hadith:
(1) lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah
bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
(2) Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama
mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan
sebagainya.
(3) Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.
Sumber: Matan Arba'in-Imam Nawawi rmh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan