Selasa, 11 Februari 2014

YANG HARAM TU JELAS

Dibelasah kerana keluar dengan isteri orang,sepupu beri penjelasan

Semalam kita dikhabarkan dengan berita seorang lelaki koma dibelasah oleh sekumpulan lelaki kerana keluar dengan wanita yang berstatuskan isteri orang itu, meninggal dunia malam tadi di Hospital Kajang.
Dibelasah kerana keluar dengan isteri orang,sepupu beri penjelasan
Dan hari ini seorang yang mengaku dirinya sepupu mangsa telah memberikan penjelasan di status facebooknya bahawa mangsa tidak pernah mengetahui wanita tersebut sudah pun berkahwin berikut adalah status sepupu mangsa
Allahyarham Ahmadi Zuhori Yahya, 28, mengalami pendarahan otak akibat dipukul dengan objek tajam.
Kini tersebar pula sekeping gambar print screen status di laman Facebook yang mendakwa dirinya adalah sepupu kepada mangsa.
Dibelasah kerana keluar dengan isteri orang sepupu beri penjelasan
Syahmieka Ieka, mendakwa mangsa tidak pernah mengetahui bahawa wanita yang didampinginya itu adalah isteri orang. Katanya lagi, sepupunya itu belum gila lagi nak mengahwini isteri orang. Syahmieka meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mangsa.
p/s:Kepada semua orang tolonglah berfikir sebelum bertindak, Gangster sangatkah anda semua sanggup belasah orang yang tidak bersenjata dan seorang diri sehingga mati? manakah nilai-nilai kemanusian dalam diri masing-masing. Lelaki tersebut baru jew keluar dengan isteri orang bukannya dia buat apa pun dan dia pun tak tahu wanita tersebut sudah berkahwin. Admin sudah banyak membaca orang-orang yang dibelasah seperti ini ada yang meninggal kerana curi rm2 duit tabung masjid dan macam-macam lagi.

Akhirnya Tembelang Peguam Umno Terbongkar

Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kepentingan peribadi dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang memutuskan melepas dan membebaskan Anwar .
Kata Latheefa, Shafee antara individu yang hadir ketika Saiful Bukhari Azlan bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri itu."Adalah jelas Shafee mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini," kata Latheefa.

Malah kata Latheefaa, Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan Anwar pada 1998.
Tindakan Shafee adalah pelanggaran etika profesional peguam seperti terkandung dalam peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978.
Selain diketahui rapat dan pernah mewakili beberapa pemimpin Umno dalam kes mahkamah terdahulu, Shafee turut melakukan kesalahan serius sebelum ini apabila tidak membuat laporan tentang tuduhan yang ditimbulkannya terhadap Peguam Negara.
Shafee gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam Anwar seperti disebut dalam afidavid bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim. ~kd

Gambar sensasi Luna Maya di Final Maharaja Lawak Mega 2013



Gambar sensasi Luna Maya di Final Maharaja Lawak Mega 2013 - Rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan begitu meriah dan menggamit emosi peminat kumpulan Sepahtu.

Pastinya, penampilan Luna Maya dan Nora Danish pada minggu tersebut antara yang ditunggu-tunggu penonton dan peminat mereka. Penantian mereka itu dianggap tidak rugi kerana Luna Maya tampil dengan fesyen gaun yang sangat seksi.

Meskipun bekas kekasih Aeril Peterpan itu dikritik penggiat-penggiat laman sosial namun tidak diendahkannya. Dah biasa kena kecam peminat di Indonesia kot. Jom layan 11 keping gambar sensasi Luna Maya di Final Maharaja Lawak Mega 2013.















Isu pakaian: Neelofa enggan komen

pakaian nelofaLepas satu-satu cerita kontroversi yang mengaitkan nama pelakon jelita ini. Selepas dakwaaan ditangkap khalwat reda, namun sepanjang hujung minggu lalu nama Neelofa (Lofa) kembali ‘panas’ sekaligus menjadi bualan hangat ramai.
Semuanya kerana pada malam Sabtu lalu, Neelofa dipersendakan dalam laman sosial gara-gara baju monyet (jump suit) rona merah jambu yang disarungnya ketika acara pembukaan disamakan dengan karakter kartun Power Rangers.
Pakaian itu turut dikecam kerana didakwa seksi apabila menampakkan bentuk tubuh pelakon dan pengacara itu.
Kritikan terhadap pakaian Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa nampaknya berterusan apabila gaun neon hijau yang digayakannya dalam majlis itu juga disamakan dengan karakter animasi.
Bercakap kepada Berita Harian, Lofa mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas lanjut berhubung insiden itu.
“Keputusan penampilan Lofa pada malam itu membabitkan banyak pihak. Jadi Lofa tak mahu komen lanjut tentang perkara itu kerana banyak hati yang perlu dijaga”, katanya.
Ditanya adakah dia menyedari penampilannya pada malam itu menjadi bahan sendaan ramai di laman sosial, Lofa berkata, dia memilih untuk tidak membacanya, lapor Berita Harian.
“Lofa tak baca pun. Tapi Lofa dapat tahu apabila ramai teman menghantar WhatApps menunjukkan baju Lofa disamankan dengan karakter kartun”, katanya.

(13 Gambar) Sekitar majlis sambutan hari jadi Neelofa ke-25



Gambar sekitar majlis sambutan hari jadi Neelofa 25 - Ketika orang ramai sibuk mengkritik fesyen pelik Neelofa di Anugerah Meletop Era 2014 pada Sabtu lalu, namun tidak ramai tahu bahawa hari tersebut adalah hari ulangtahun kelahirannya yang ke-25.

Sempena hari keberkatan itu, ibu Neelofa telah membuat kejutan buat anaknya dengan mengadakan majlis makan-makan di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya. Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan artis serta media.

Berikut ialah 12 keping gambar menarik sekitar majlis sambutan hari ulangtahun kelahiran Neelofa. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram, jelas majlis tersebut berlangsung dengan begitu meriah dan santai.













Neelofa pakai tak senonoh kerajaan PAS Kelantan pula dicemuh



‎ARTIS seksi popular, Neelofa mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila tampil di program anugerah meletop Era dengan pakaian ketat ala 'power rangers merah jambu'.

Ramai yang mengutuk artis tersebut kerana tampil berpakaian demikian. Mana tidaknya, ramai berpendapat, selain pakaiannya menjolok mata, ia juga dilihat begitu lucu dan menjadi perbualan hangat di media sosial teru‎tama di facbook dan twitter.

Namun ada cerita yang boleh disifatkan sebagai 'bodoh' apabila salah sebuah page pro Barang Naik, (BN) iaitu page Anti-DAP Club di facebook menyalahkan kerajaan PAS Kelantan apabila Neelofa berkelakuan begitu.



Memanglah Neelofa seorang artis yang berasal dari Kelantan. Namun tidak patutlah kerajaan negeri Kelantan dikaitkan dengan perangai buruk yang dilakukan oleh Neelofa‎ itu.

Hasil semakan di Google, dan laman twitter rasmi milik artis itu, aku dapati Neelofa ini juga merupakan salah seorang penyokong tegar Barang Naik, BN.

Malah beliau pernah menghadiri perhimpunan agung Umno 2012 (Sila semak Google). Selain itu, di laman twitter rasmi miliknya, beliau begitu menyokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semasa debat isu PTPTN dengan Rafizi Ramli.



"Walaupun asal Kelantan, tapi sokong Umno maka perangai ikut perangai Umno..."‎

 

Tuesday, 11 February 2014


KETUA MENTERI MELAKA BAYAR RM20,900 UNTUK BIDAAN MCM 11.


Dipercayai nak ikut cita rasa dan minat Najib Razak yang amat mengemari nombor 11 maka Ketua Menteri Melaka Idris Haron telah sanggup membayar RM20,900 untuk nombor pendaftaran kenderaan MCM 11.

Surat pengesahan pemenang bidaan untuk nombor MCM dari Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka sudah pun berlegar dialam maya.

Tiada ulasan: