Selasa, 11 Februari 2014

MANA UNDANG2 MURTAD....MANA UNDANG2 ALLAH YANG LAIN

Lima pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa
  • Lima pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa Fadhil Rushdan (seluar coklat) dikawal ketat pegawai polis ketika prosiding ditangguhkan.
1 / 1
SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.

Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu dia menggunakan tali dan memakai sarung tangan ketika melakukan perbuatan itu selepas diarahkan oleh tertuduh iaitu rakan baiknya, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, pada malam 9 Mac, dua tahun lalu.

Fadhil Rushdan memberitahu mahkamah dia melihat keadaan Omar Peter seperti meminta pertolongan sebelum badan pesara itu sejuk.

"Mat Rof (Mohamad Sharafe) yang memeriksa keadaan badan Omar Peter dan mendapati ia sejuk serta tidak bernafas," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Pelajar jurusan Perbankan Islamic Kolej Antarabangsa Cybernatic Taman Maluri itu juga memberitahu, tertuduh Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau dikenali sebagai Boy mengikat tangan lelaki itu dengan menggunakan tali.

"Tali dan sarung tangan itu diberikan oleh salah seorang tertuduh, tapi saya tidak mengingati siapa yang memberikannya," katanya.

Sebelum itu, dia dan empat tertuduh yang lain dijemput oleh pensyarahnya, Zara Eleena, 23 untuk menuju ke rumah wanita itu yang terletak di Kinrara, Puchong, Selangor.

Aidatul Azura      : Apa tujuan kamu ke sana?
Fadhil Rushdan   : Saya dan yang lain diajak oleh Mat Rof untuk mengubati Miss Zara ( Zara Eleena)
Aidatul Azura.     : Ada kamu dimaklumkan Miss Zara sakit apa?
Fadhil Rushdan.  : Tidak.
Aidatul Azura      : Setelah sampai, apa yang berlaku.
Fadhil Rushdan   : Kami iaitu saya, Mat Rof, Boy, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20,
                            atau Shah serta Miss Zara memasuki rumah itu dan nampak
                            bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aidatul Azura      : Selepas itu apa yang berlaku?
Fadhil Rushdan   : Lebih kurang lima minit selepas itu Zara dan Shah keluar untuk
                           mengambil Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang dikenali
                           sebagai Chap dan ustaz di lapangan terbang.

Fadhil Rushdan memberitahu semasa ketiadaan Zara Eleena, mereka bertiga ke dapur selepas bapa pensyarah itu menyuruh mengambil air minuman di dapur.

Selepas keluar dari dapur, Fadhil Rushdan berkata, Boy ke tandas dan keluar dengan memakai sarung tangan serta menekup mulut Omar Peter sebelum lelaki itu ditarik ke dalam bilik hadapan.

"Mat Rof mengacukan pisau dan menekup mulut serta hidung Omar Peter dengan menggunakan kemeja T yang berada di dalam bilik berkenaan sementara saya dan Boy diarahkan untuk mengikat kaki serta tangan dengan menggunakan tali," katanya.

Dia memaklumkan lebih kurang 30 minit selepas itu, Zara Eleena sampai dan mahu berjumpa dengan ayahnya namun dihalang oleh Shah.

Fadhil Rushdan memberitahu, Dia terdengar bunyi tulang patah datang daripada bilik belakang yang mana Shah dan Zara Eleena berada.

"Boy memasuki bilik itu selepas Shah meminta tolong untuk menutup muka Miss Zara yang terbaring dengan menggunakan bantal.

"Ketika terbaring, saya nampak Miss Zara meronta-ronta sebelum tidak bergerak," katanya.

Ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh pertama Shah, Afifuddin Ahmad Hafifi, dia berkata mengenali Zara Eleena sebagai pensyarah di kolejnya, Mat Rof sebagai rakan serumahnya manakala tiga lagi tertuduh sebagai kenalan biasa.

Selain itu, ketika sesi pemeriksaan balas itu juga, Fadhil Rushdan menafikan dia yang mencuri kad bank dan mengeluarkan wang milik Zara Eleena.

Afifuddin dalam soalannya berkata, sebenarnya Fadhil Rushdan yang merancang serta melakukan pembunuhan itu namun dinafikan.

"Saya tidak bersetuju," katanya.

Kesemua tertuduh yang juga pelajar kolej tersebut didakwa membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

 

 



MOHON SEBARKAN!! PENTING DAN HARUS DIBACA! Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.' Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira. kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.) Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan. SEBARKAN!!!

Kenapa orang Cina tolak BN?

 | February 11, 2014
MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina.

Sudah dua kali PRU, orang Cina menolak Barisan Nasional (BN). Kali pertama pada tahun 2008, apabila orang Cina memilih DAP dan bukan MCA rakan BN. Apabila orang Cina menolak BN, secara automatik BN gagal dapat majoriti dua pertiga.
Begitu juga dalam PRU 2013. Orang Cina tetap memilih DAP. Sekali lagi BN gagal dapat majoriti dua pertiga. Pada tahun 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) apabila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.
Sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan walaupun BN gagal meraih majoriti dua pertiga. Alasannya prestasi Umno semakin baik. Yang teruk MCA, Gerakan, MIC dan PPP.
Bukan sahaja MCA kalah teruk sebaliknya MCA enggan menerima jawatan dalam kabinet. Ini menyebabkan kerajaan BN didominasi oleh orang Bumiputera (termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak).
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gembira suasana ini kerana orang Cina tidak ada dalam kabinet. Selama ini orang Cina sering menjadi rakan kongsi politik. Katanya, MCA berada di luar kabinet merugikan orang Cina.
Inilah bezanya orang Cina di zaman Dr Mahathir dengan zaman Pak Lah. Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno pada tahun 1998, BN tetap menang majoriti dua pertiga kerana orang Cina tetap menyokong BN pimpinan Dr Mahathir.
Sebaliknya peluang perniagaan di zaman Pak Lah dilihat susah cari makan. Maka orang Cina meninggalkan BN pimpinan Pak Lah dan menyokong Pakatan Rakyat. Walaupun MCA berkempen jika mengundi Pakatan bermakna menyokong hudud PAS, orang Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat.
Zaman Dr Mahathir orang Cina dapat peluang berniaga walaupun yang ada dapat permit orang Melayu, tetapi yang dapat sewa permit itu orang Cina. Yang dapat tender orang Melayu, yang dapat subkontrak itu orang Cina. Maka orang Cina tetap mewah di zaman Dr Mahathir.
Pak Lah berbangga dapat jimatkan wang rakyat tetapi orang Cina terseksa kerana tak dapat peluang subkontrak lagi bila orang Melayu tak dapat tender direct nego lagi di zaman Pak Lah. Betul kata Dr Mahathir, buat apa ada duit banyak, kalau duit itu tidak dibelanjakan.
Bila sesuatu projek dibuat, semua bisnes berkembang, bisnes restoran, bisnes dobi, bisnes kedai tayar, bisnes hardware, maka semua peniaga dapat limpahan dari projek ini. Kalau sekadar berbangga menyimpan duit yang banyak, rakyat yang rugi kerana duit tidak dapat bertukar tangan sesama mereka.
TPM Cina?
Sudah dua kali orang Cina menolak BN. Bagaimana PRU ke 14 (2018)? Adakah mereka masih bersama Pakatan Rakyat? Oeh itu BN perlu memikirkan sesuatu untuk menarik semula undi Cina.
Mereka tertarik dengan janji Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan orang Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Anwar Ibrahim berjanji melantik Lim Kit Siang sebagai TPM. Apa salahnya orang Cina jadi TPM? Bukankah jawatan itu tidak ada dalam perlembagaan Malaysia? Tidak semestinya TPM itu menjadi PM. Maka BN perlu menilai janji Pakatan Rakyat ini.
Kalau di Sabah ada tiga Timbalan Ketua Menteri, orang Bumiputera Islam, orang Cina dan orang Bumiputera Bukan Islam apa salahnya BN melantik lima TPM untuk membantu PM iaitu TPM Melayu (Tan Sri Muhyiddin Yassin), TPM Cina (Datuk Seri Liow Tiong Lai), TPM India (Datuk Palanivel), TPM Sabah (Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) dan TPM Sarawak (Dr James Jemut Masing).
Jika Najib boleh buat perubahan ini, orang Cina mungkin kembali menyokong BN pada PRU akan datang. Kalau di zaman Tunku Abdul Rahman, MCA menguasai beberapa kementerian penting seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, maka jawatan Menteri Kewangan II wajar diberi semula kepada MCA manakala MITI diberi semula kepada MCA.
Pandangan ini mungkin mendapat kritikan dari orang Umno, tetapi ini adalah formula terbaik untuk menarik semula sokongan orang Cina kepada MCA. Umno masih memegang jawatan Menteri Kewangan walaupun Menteri Kewangan II diberi kepada MCA. Umno masih memegang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna walaupun MITI diberi kepada MCA.
Ada juga orang takut bila MCA pegang dua jawatan ini, orang Umno tidak mendapat layanan dari menteri MCA seperti mana berlaku apabila Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menjadi Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, wanita Umno tidak dapat peruntukan daripada menteri MCA itu.
Tidak perlu dibimbangkan kerana Menteri Kewangan pertama tetap dipegang oleh Umno. Justru itu BN perlu terbuka menerima cadangan ini untuk menarik semula sokongan orang Cina terhadap MCA.
PBS ditangguh sehingga April...

 

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata ustaz PAS



Seorang bekas AJK Dewan Ulama PAS negeri Selangor yang semakin terkenal di kalangan golongan Melayu sederhana, menyalahkan jabatan agama negeri bagi kes murtad orang Melayu, dan bukannnya kegiatan dakwah orang Kristian.
Wan Ji Wan Husin yang merupakan seorang ustaz, berkata, adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
"Untuk berkata orang Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.
"Ini tidak pernah berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli PAS itu berkata, sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.
"Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.
"Sudah banyak kes di mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan tempat berlindung," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.
"Malah, di dalam Al-Quran, Kristian diminta berjanji atas nama Allah apabila mereka perlu menafikan dakwaan terhadap diri mereka.
Beliau menegaskan mereka yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sedang menggunakan 'sentimen Melayu', dan bukannya prinsip Islam.
"Tiada asas tentang ini dalam ajaran Al-Quran dan Hadis. Ini semua sentimen Melayu."
Pada 2 Januari, Jabatan Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban kerana mempunyai perkataan Allah di dalamnya.
Serbuan itu dilihat sebagai dicetuskan oleh kenyataan pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew, yang berkata gereja di Selangor akan terus menggunakan perkataan 'Allah' dalam sesi bahasa Melayu mereka, selepas amaran daripada Jais untuk menghentikannya.
Lawrence kini sedang disiasat polis dan mungkin didakwa kerana menghasut.
Wan Ji memberi amaran tentang kesan menyekat kebebasan beragama orang bukan Islam berkemungkinan menyebabkan hak orang Islam disekat di negara lain.
"Hari ini, Jais menyekat orang Kristian yang minoriti daripada mengamalkan agama mereka, dan esok, orang Islam akan melihat perkara yang sama berlaku kepada mereka di negara di mana mereka minoriti," katanya.
Wan Ji mengatakan pendidikannya di Mesir dan Pakistan mendedahkan beliau kepada ajaran sebenar agama, dan hairan dengan perbezaan Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014.Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, itu juga mengecam Jakim yang baru-baru ini menyalahkan orang Kristian dan Yahudi atas perpecahan orang Islam dalam khutbah Jumaat.
"Itu satu dakwaan yang tidak berasas. Dalam sejarah Islam, orang Islam sudah berpecah sejak zaman Nabi Muhammad. Tidak ada kena-mengena dengan Kristian dan Yahudi.
"Janganlah pandai menuding jari kepada yang lain sahaja," katanya, merujuk kepada Jakim. "Semak kelemahan sendiri dahulu."
Alasan mengapa Jakim meletakkan kesalahan itu kepada Kristian dan Yahudi, kata Wan Ji, adalah untuk menutup kelemahan sendiri.
"Orang Islam di Malaysia berpecah kerana ada yang mengajar keadilan mengikut Islam sementara ada yang meletakkan 'kaum Melayu' sebelum apa-apa, termasuklah Islam sendiri." katanya.
Beliau mengatakan pendidikannya di Mesir dan Pakistan mendedahkan beliau kepada ajaran sebenar agama, dan hairan dengan perbezaan Islam di Malaysia.
"Ia diMelayukan, dan meletakkan kaum sebelum agama, ini sangat merbahaya.
Terdahulu, Wan Ji menarik perhatian kontroversi selepas membuat kenyataan menghasut tentang keluarga diraja.
Beliau mendedahkan beliau sudahpun disoal polis sebanyak enam kali kerana kenyataan tersebut.
Bagaimanapun beliau tetap dengan kritikan beliau terhadap monarki Malaysia, bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.
"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama.
"Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa sahaja yang dilakukan oleh ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam.
"Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," tegasnya.
Beliau menamakan ahli PAS lain, Khalid Samad (ahli Parlimen Shah Alam) dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa sebagai 'obor harapan' dalam hubungan Islam-Kristian.
Kedua-dua Khalid dan Mujahid penting dalam jalinan hubungan dengan penganut Kristian selepas isu kalimah Allah meletup pada 2009, dan sudahpun melawat 30 gereja di seluruh negara untuk mengadakan dialog.
"Saya amat berbangga dengan mereka. Merekalah lambang sebenar agama Islam - keamanan dan kasih sayang.
"Kelemahan orang Islam di Malaysia ialah menuntut orang bukan Islam untuk memahami mereka apabila mereka sendiri tidak berusaha memahami golongan yang berlainan agama.
"Di sini kita ada dua orang Muslim yang berbuat begitu, dan ia pasti akan memulihkan dan membaiki hubungan yang keruh antara agama," katanya. – 9 Februari, 2014.
Madu acasia,tualang dan kelulut:madu 3

KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT

1. MADU LEBAH KELULUT

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.


2. PROPOLIS LEBAH KELULUT

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
“Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar


3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH KELULUT

Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.


4. KOLONI KELULUT

Disamping mengeluarkan madu, roti lebah dan propolis, Lebah Kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan dan pertanian. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan berkesan kepada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah tualang dan lebah lalat. Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan.
“Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.” – Utusan Malaysia 21/11/2011.
Like · · · 23 hours ago ·

Bekas Ahli Majlis MPK salah guna kuasa?

K. Deepakaran
K. Deepakaran
Bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), K.Deepakaran didakwa menyalahgunakan kuasa apabila masih mengunakan tanah simpanan kerajaan tanpa permit untuk tujuan perniagaan peribadi.
Menurut sumber, K. Deepakaran yang dilantik menjadi Ahli Majlis MPK bagi sesi 2010-2012 telah membuka pusat khidmat yang beroperasi di dalam kabin kontena di Taman Muhibah, Meru sepanjang tempoh tersebut.
Jelas sumber, bagaimanapun Pusat khidmat itu telah diletakkan di persimpangan jalan di kawasan perumahan berkenaan.
"Halangan kabin itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga kemalangan kerap berlaku apabila tidak kurang satu kes setiap minggu.
"Banyak aduan telah dibuat kepada MPK mengenai perkara ini, namun sampai ke hari ini tiada satu tindakan yang diambil walaupun beliau tidak lagi bergelar Ahli Majlis MPK,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.
Kata sumber, apa yang mengecewakan penduduk, Deepakaran yang juga Ketua Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) masih lagi menggunakan kabin kontena sampai ke hari ini dengan menjalankan perniagaan kereta sewa pula.
Jelasnya, ini menyebabkan kawasan perumahan itu menjadi lagi sesak apabila dia meletakkan barisan kereta sewanya di situ.
"Sudahlah aduan pasal kabin yang menyebabkan kemalangan sering berlaku tiada tindakan, sekarang dia buka pula perniagaan kereta untuk tujuan peribadi.
"Sepatutnya apabila tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Majlis MPK, dia patut menutup pusat khidmat itu dan mengalihkan kabin kontena ke kawasan. Ini tidak, semakin menjadi-jadi pula apabila buka perniagaan peribadi di situ.
"Penduduk sudah banyak kali hubungi Deepakaran namun dia tidak mahu menjawab panggilan telefon,” kata sumber yang berharap K.Deepakaran mencari tapak baharu jika ingin menjalankan perniagaan sendiri.
Kata sumber, isu itu turut dibawa kepada pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat, Dr. Halimah Ali.
Namun jawapan yang diberikan sangat mengecewakan apabila penduduk perlu menghormati Deepakaran sebagai orang lama di sana selain selain wakil bukan Islam yang menyokong Pas.
"Akibatnya kini, masyarakat sudah mula bercakap Deepakaran ini mempunyai kabel kuat dengan Halimah dan kebal daripada sebarang tindakan.
"Ini secara tidak langsung boleh menjejaskan nama Halimah sebagai wakil rakyat,” katanya dalam nada sedih.
Sementara itu, sumber turut mendakwa, Deepakaran juga kini sedang berdepan aduan oleh seorang individu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan bayaran kerja pemasangan pam air di tandas awam Pulau Ketam semasa menjadi Ahli Majlis MPK. - MalaysiaGazette
Category: 

Bahasa

Anwar tidak langgar mana-mana undang-undang pilihan raya, kata SPR

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
February 11, 2014
Latest Update: February 11, 2014 11:01 pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak berhubung isu berkempen awal kerana ketua pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sebelum hari penamaan calon, badan penggendali pilihan raya itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan karana tiada undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka berbuat demikian.
"Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Anwar," kata Abdul Aziz apabila dihubungi The Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.
"Sekarang kuasa terletak kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.
Menurut Abdul Aziz, calon bagi PRK Kajang hanya dapat diketahui selepas Pegawai Pengurus, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman mengumumkan nama calon semasa hari penamaan calon pada 11 Mac akan datang.
 Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) berkata SPR tidak mempunyai kuasa mengambil apa-apa tindakan sebelum hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) berkata SPR tidak mempunyai kuasa mengambil apa-apa tindakan sebelum hari penamaan calon."Itu pun kalau ada pertandingan. Kalau tak ada orang hantar borang penamaan calon? Macam mana?" soal Abdul Aziz.
Hari ini Majlis Peguam menggesa SPR mengambil tindakan terhadap parti yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata SPR harus menguatkuasa undang-undang, tidak kira sama ada terhadap Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).
"Saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam kerana memberikan respon. Ini positif. Tapi mungkin mereka tidak faham.
"SPR hanya boleh menasihatkan sahaja kepada semua pihak agar tidak berkempen. Sebelum penamaan calon, kuasa di tangan polis," katanya.
Berita Harian melaporkan hari ini polis memulakan siasatan terhadap Anwar kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac.
Semantara Anwar menafikan langkah beliau melanggar undang-undang pilihan raya dan bertegas BN sudah melancarkan kempen agresif terhadap beliau melalui media kawalan mereka seperti TV3 dan Utusan Malaysia.
Minggu lalu, SPR menetapkan tarikh 23 Mac untuk PRK Kajang dan 11 Mac untuk hari penamaan calon.
PRK tersebut diadakan berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Adun Kajang, pada 27 Januari. – 11 Februari, 2014.

Tiada ulasan: