DI MALAYSIA !!!
PEMINPIN2 DI MALAYSIA AMAT KEBAL DARI UNDANG2 NEGARA . SEMUA HARTA PEMINPIN TIDAK DAPAT DISIASAT OLEH SPRM DAN SESIAPA SAJA , RAKYAT MALAYSIA .
WALAUPUN DAH BERIBU ADUAN DIBUAT OLEH RAKYAT . . MALANGNYA . . IA DIBIARKAN TERUS BERLAKU SETIAP HARI . .
RASUAH , PECAH AMANAH , BOROS WANG RAKYAT , KRONI DAN KEKAYAAN PALING LUAR BIASA PEMINPIN & KELUARGA .
SOALAN :-
ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA , AKAN TERUS MEMBIARKAN , IA TERUS BERLAKU , TANPA SEBARANG TINDAKAN ???
LAMAN :-
BN Tumbang - Baru Rakyat Senang
https://m.facebook.com/profile.php?id=1391228387805674
PEMINPIN2 DI MALAYSIA AMAT KEBAL DARI UNDANG2 NEGARA . SEMUA HARTA PEMINPIN TIDAK DAPAT DISIASAT OLEH SPRM DAN SESIAPA SAJA , RAKYAT MALAYSIA .
WALAUPUN DAH BERIBU ADUAN DIBUAT OLEH RAKYAT . . MALANGNYA . . IA DIBIARKAN TERUS BERLAKU SETIAP HARI . .
RASUAH , PECAH AMANAH , BOROS WANG RAKYAT , KRONI DAN KEKAYAAN PALING LUAR BIASA PEMINPIN & KELUARGA .
SOALAN :-
ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA , AKAN TERUS MEMBIARKAN , IA TERUS BERLAKU , TANPA SEBARANG TINDAKAN ???
LAMAN :-
BN Tumbang - Baru Rakyat Senang
https://m.facebook.com/profile.php?id=1391228387805674
- Low bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kanan) dan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menentang Rasuah, Datuk Hisham Nordin (dua, kiri) ketika hadir pada mesyuarat untuk pindaan Akta SPRM 2009, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, langkah memasukkan peruntukan itu akan membolehkan entiti korporat memikul liabiliti bagi perbuatan rasuah atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan pekerjanya.
“Hari ini, hanya pekerja perlu memikul liabiliti itu, jadi kami mahu mengaitkannya dengan sektor korporat,” katanya kepada media selepas majlis taklimat kepada sektor swasta tentang cadangan pindaan terhadap Akta SPRM 2009 di sini, semalam.
Taklimat itu diadakan untuk memberi maklumat terkini kepada masyarakat peniaga tentang peruntukan liabiliti korporat yang dicadangkan itu, mendapatkan maklum balas daripada mereka dan membantu meningkatkan kefahaman mereka tentang liabiliti korporat dari segi undang-undang dan operasi.
Low berkata, pindaan kepada Akta SPRM 2009 dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya menjelang Jun ini.
“Ia bergantung pada hasil perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kabinet, sebelum boleh dibentangkan di Parlimen,” katanya.
Ditanya tentang cabaran yang bakal dihadapi dalam melaksanakan cadangan peruntukan yang akan dimasukkan ke dalam Akta itu, beliau berkata ia berkaitan kesediaan syarikat dan bagaimana suatu sistem komprehensif dapat dilaksanakan mengenai integriti korporat dalam sesebuah syarikat dan mengubah budaya korporat. - Bernama
Artikel Berkaitan
- SPRM perangi rasuah dalam sektor korporat
- Pas: Siasat Taib sebelum jadi TYT
- Rasuah: Pemilik kedai telefon dipenjara sehari
- Rasuah: Penguatkuasa JPJ mengaku tak salah
- Serah bukti kepada SPRM
- PPPR harap kerajaan ambil kira pandangan UNCAC
- Kerani Jaip mengaku tidak bersalah minta rasuah
- Anggota polis didakwa terima rasuah warga asing
- Tangguh kes rasuah: Pas, PKR desak penjelasan AG
- Jabatan Peguam Negara diminta beri penjelasan
Iwa Chenta Indie II was tagged in Guruyaya OK's photo.
MB S'gor Nafi Laporan Tentang Tandatangani Surat Letak Jawatan...KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan laporan berita bahawa beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan bertarikh tunda sebagai Menteri Besar Selangor untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu.
Abdul Khalid berkata tidak ada surat seperti itu dan laporan itu tidak berasas.
"Saya tidak mahu komen isu-isu bersifat spekulasi kerana saya kini memberi tumpuan semata-mata pada pilihan raya kecil DUN Kajang," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran PBT.
Abdul Khalid diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lepas bahawa beliau menghalang usaha itu apabila enggan menandatangani surat peletakan jawatan.
Beliau dilaporkan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan kepimpinan PKR tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Surat itu dilaporkan bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Kajang.
Sementara itu, Abdul Khalid berpendapat keputusan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang sebagai calon bebas tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata lebih 400 CCTV telah dipasang di 11 kawasan PBT di Selangor dan kerajaan negeri membelanjakan hampir RM500,000 sebulan bagi kos menyewa dan menyelenggaranya.
Beliau juga berkata kerajaan Selangor sedang mengkaji kemungkinan untuk menjalankan pembenihan awan minggu ini bagi mengatasi masalah penurunan paras air di beberapa empangan di negeri itu.
Menurut beliau, sekitar RM300,000 hingga RM500,000 diperlukan untuk tujuan itu.
-- BERNAMA
Tuesday, 18 February 2014
EDISI RAKYAT KREATIF ... GUNA BANNER SEDIA ADA UNTUK TOLAK UMNO/BN!!!!
Apabila kemarahan dan kebencian sudah memuncak maka beginilah jadinya ... secara peribadi Omak Kau tidak setuju secara vandalisme yang di lakukan ini.
Budaya vandalisme tidak patut disokong dan di tolak sepertimana rakyat wajib tidak sokong dan tolak UMNO/BN.
Denmark Haramkan Penyembelihan Cara Islam, Yahudi Posted on Tuesday, February 18 @ 07:03:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.
Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.
Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.
Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.
Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.
Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.
Pesuruhjaya Eropah untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia ” bercanggah dengan undang-undang Eropah.”
Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup pula menyedari bahawa orang Islam dan orang-orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini , tetapi menegaskan bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.
“Tragedi Memali zaman Dr M, orang Islam tak lupa”
Posted on Tuesday, February 18 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 17 FEB: Rakyat Malaysia secara am dan penganut beragama Islam secara khusus di negara ini tidak lupa tragedi berdarah Memali yang berlaku ketika Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri keempat, (Tun) Dr Mahathir Mohamad.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri 22 tahun itu juga dianggap licik, kerana kemudiannya kesalahan diletakkan ke atas bahu Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun)
“Tun Mahathir licik dan bijak dalam permaianan politik kerana dia meletak semua masalah ini di atas bahu Musa Hitam,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily
Beliau mengulas Oerasi Lalang yang berlaku pada 1987 yang bermula dari kontroversi tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)
Sedangkan kata ahli parlimen Pokok Sena itu, bekas Perdana Menteri itu sendiri menarik semula bantuan pendidikan agama Islam, susulan tragedi Memali.
Tegas Mahfuz, orang Islam di negara ini tidak akan melupakan tindakan dilakukan pentadbiran Tun Dr Mahathir sehingga ke hari ini.
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera manakala beratus-ratus ditahan termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Ini tindakan yang kejam dilakukan oleh Tun M terhadap orang Islam,” kata Mahfuz.
“Sebelum ini Ustaz Ibahim melaksanakan pendidikan Islam di kampungnya, tetapi ditolak pelaksanaannya.
“Ini adalah permainan politik dia sendiri kerana dia yang mengatur segala percaturan politik ini dari mula lagi,” kata Mahfuz.-kd
Tidur Dalam Marah
Posted on Tuesday, February 18 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Jangan tidur dalam keadaan marah atau dendam, kerana kita tak kan pernah tau sama ada kita atau insan yang kita marah atau dendam itu akan bangun atau tidak pada keesokan hari.
Sebab itu dalam Islam kita disuruh untuk memaafkan semua orang sebelum tidur.
Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu, Fathimah sudah berbaring untuk tidur. Rasulullah saw lalu berkata,Untuk membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepada kita, kita dikehendaki memperbanyakkan istighfar bagi diri kita, orang tua kita dan seleuruh mukminin dan mukminat. Memohon ampun kepada Allah untuk diri kita, kedua ibubapa kita dan semua orang yang pernah berbuat salah kepada kita.
“Wahai Fathimah, Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu, serta melakukan haji dan umrah.”
Marah Bawa Aura Negatif
Kajian juga menunjukkan marah yang membawa aura negatif boleh menyebabkan kualiti tidur kita terganggu. Otak terpaksa bekerja untuk menyimpan memori marah tersebut. Marah yang berlebihan mengganggu kesihatan jantung dan menaikkan tekanan darah.
So jom sama-sama kita beristighfar sebelum tidur dan memaafkan mereka-mereka yang pernah buat salah dengan kita. Walaupun tak senang, tapi kena ada niat dan usaha untuk melakukannya. In Shaa Allah dipermudahkan.
myblogsantai
Nostalgia 40 tahun demonstrasi Baling 5 April
- Feb 18, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: PAS Kedah akan menganjurkan himpunan 'Nostalgia 40 tahun Demonstrasi Baling' pada 5 April depan di Baling bagi mengenang kembali apa yang dialami oleh masyarakat sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media semalam berkata, 40 tahun lalu rakyat Baling telah hidup dalam kemiskinan, namun senario yang dihadapi oleh rakyat sebelum ini tidak berubah apabila rakyat tetap miskin akibat daripada kos sara hidup yang semakin meningkat.
"40 tahun lalu rakyat hidup dalam kemiskinan, namum sehingga sekarang setelah 40 tahun keadaan itu tidak berubah, kemiskinan terus melanda penduduk di sana akibat daripada kos sara hidup yang semakin meningkat," jelasnya di Pejabat Agung PAS.
Tambah beliau lagi, kemiskinan bukan hanya melanda penduduk di sekitar Baling sahaja tetapi ia berlaku di seluruh negara.
"40 tahun tanpa ada sebarang perubahan kepada rakyat, kesempitan hidup terus dihadapi oleh mereka dan seluruh rakyat negara ini.
"Sepatutnya 40 tahun rakyat menikmati kesenangan tapi ternyata itu semua meleset apabila tekanan sara hidup terus dihadapi mereka, kerajaan tidak pernah merancang satu insentif jangka panjang dalam memberi kesenangan kepada rakyat.
"Apa yang dilakukan kerajaan hanya menaikan harga barang dan kadar kos, demi kepentingan pihak tertentu," sambung beliau.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga turut memberitahu pihak penganjur akan mengumpulkan ke semua individu yang terlibat dalam demonstrasi Baling sebelum ini termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita akan pastikan individu yang terlibat pada demostrasi Baling akan turut sama dalam himpunan nostalgia itu.
"Ini sebagai simbolik kita untuk mengenangkan apa yang berlaku untuk tatapan seluruh rakyat negara ini," jelas beliau.
Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena itu menasihati kerajaan agar lebih peka dengan kesempitan hidup yang dihadapi oleh rakyat agar peristiwa demonstrasi itu tidak lagi berulang.
Bagilah Kajang pada MCA
- Feb 18, 2014
- SUBKY LATIF
Pandangan awal yang mahukan MCA dikecualikan dari menjadi calon di situ ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Dan yang terakhir ialah NGO lebih Umno dari Umno iaitu Perkasa.
Khairy bersikap demikian justeru tidak berpegang kepada fikah politik UMNO/BN bahawa Kajang sudah ditradisikan milik MCA. Ikut fikah itu MCA adalah calon payah menang. Khairy berpegang kepada falsafah politik Najib yang mahu calon mudah menang.
Sehingga rencana ini ditulis Najib belum memberi pencerahan tentang calon Kajang itu. Dia mungkin celaru dan keliru. Fikah politik yang dianutinya Kajang adalah untuk MCA. Falsafah politiknya pula mahukan calon mudah menang. MCA sehingga ini adalah kumpulan payah menang.
Bukan sekadar MCA payah menang, Barisan Nasional tidak kira calon parti mana pun dirasakan payah menang. Sekalipun BN pinjam calon dari PKR sendiri Tian Chua, apabila dia gunakan lambang dacing untuk menentang Anwar, dia tidak lagi jadi calon senang menang.
Dalam kalangan masyarakat termasuk Cina, Lee Lam Thye adalah personaliti yang amat disenangi. Terbaik dari semua. Tidak diramal menang di Kajang. Maka itu payahnya memberi peluang kepada MCA.
Jika Najib berpegang kepada fikah politik BN, meletakkan calon MCA bercanggah dengan falsafah politiknya.
Bedasarkan pandangan popular tadi, Kajang wajar diberi kepada MCA, bukan kerana ia senang menang, tetapi justeru fikrah politik tadi. Di sinilah kuatnya Umno dan BN dengan ciri Melayunya, biar mati anak, jangan mati adat. Biar BN kalah asal Kajang kekal bagi MCA.
Pengundi Cina Kajang adalah antara yang awal membuat perubahan. Ketika pengundi Cina dihantui takutkan PAS sekalipun mereka meluat dengan Umno, Cina Kajang sudah dulu dari semua.
Ketika itu Cina sudah mahukan perubahan, tetapi apabila calon yang menentang BN adalah PAS, ramai antara mereka justeru takutkan PAS terpaksa mengundi BN juga. Tetapi Cina Kajang mengundi PAS dengan calonnya Dr Shafie. Bukan semua Cina mengundi Dr Shafie. Tetapi menentu yang cukup dari Cina diberi kepada PAS, Dr Shafie menang di Kajang dalam PRU 2004.
Yang PAS kalah di mana-mana sebelum ini ialah ia tidak undi Cina dan India. Dengan jumlah tertentu Cina Kajang mengundi PAS, kecundanglah MCA.
SPR pecah sempadan pillihan raya. Kajang dipecah dengan Bangi. Dr Shafie bertanding di Bangi, Kajang diberi kepada Cina PKR. Jika Melayu PAS pun Cina Kajang undi, apa lagi PKR yang meletakkan Cina pada PRU 2008. PRU 2013, PKR tukar kepada Cina lain. MCA kalah juga.
Sebelum pengundi Cina di seluruh negara terbuka hatinya untuk berubah bersama Pakatan Rakyat, tak kira calonnya dari PAS atau yang lain, Cina Kajang sudah mendahului.
Adakah setelah Cina rata-rata terbuka hati untuk mengundi MCA lagi, maka Cina Kajang terbalik semula, lalu memberi undi kepada MCA pula? Suatu kemungkinan tidak terfikikr oleh sesiapa.
MCA pun tidaklah berminat sangat. Tetapi bagi menjaga air muka, ia akui sanggup. Baginya memenangi Kajang tidak berbangkit, tetapi kalau peluang tidak diberi kepadanya, ia seperti BN membunuhnya. Maka beri jugalah Kajang pada MCA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan