Ahad, 9 Februari 2014

AL FATIHAH...TAKZIAH UNTUK KELUARGA AL MARHUM USTAZ@PAK YAZID JAAFAR

KUALA LUMPUR: Jenazah veteran PAS dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar yang meninggal dunia pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dengan dimami Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ribuan umat Islam turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.
Sebelum daripada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengimami solat jenazah di kediaman Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke masjid.
Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai  perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974.
Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan.
Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad  1960 hingga ke akhir hayat.
Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.
Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada dekad 80-an dan 90-an.
Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang-orang yang Saleh. Al-Fatihah.
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius peningkatan berterusan kes dan kematian disebabkan denggi apabila  7,370 kes membabitkan Sembilan kematian dicatatkann pada Januari lalu.
Peningkatan bilangan kes sebanyak 251% serta peningkatan bilangan kematian sebanyak 80% berbanding tahun lepas menunjukkan wabak denggi sudah menjadi hyperendemic terburuk dalam sejarah negara, kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin (gambar).
Menurut beliau, sehingga kini belum ada vaksin yang dapat mempertahankan tubuh mahupun ubat yang boleh merawat virus denggi.
Sehubungan itu, ujarnya masyarakat perlu memahami bahawa pencegahan adalah rawatan paling ampuh bagi memerangi denggi.
“Adalah dikesalkan walau saban tahun berperang dengan denggi, usaha pencegahan oleh kerajaan seolah mencurah air di daun keladi. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan polisi pencegahan sedia ada dengan berkesan dan kurangnya inisiatif serta idea baru,” ujarnya.
Menurut beliau, pertambahan bilangan penduduk serta kelemahan perancangan bandar menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi, masalah pada bekalan air dan sistem kumbahan mengakibatkan jangkitan denggi akan berterusan pada tahap yang tinggi.
“Justeru, kerajaan perlu lebih tegas dalam mengawal selia kegiatan pembangunan. Tindakan undang-undang perlu diambil kepada syarikat pembinaan yang memandang enteng piawaian tatacara operasi terutama melibatkan perihal pencegahan penyakit berjangkit di tapak pembinaan.
“Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu sedar akan peranan besar yang perlu mereka laksanakan termasuklah dalam  mengenalpasti dan membersihkan kawasan terbiar di pinggir bandar dan kawasan pembakaran sampah yang menjadi sarang pembiakan nyamuk,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Beliau menyarankan kerajaan membentuk jawatankuasa pemandu melibatkan kementerian terbabit dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan program  pendidikan dan pencegahan dapat meresap ke akar umbi.
Ikuti tulisan lanjut beliau di kolum “Rakyat Sihat Negara Berkat”.
KOTA BHARU: Empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, hari ini memulakan sesi persekolahan selepas dibawa pulang ke negara ini 2 Feb lepas.
Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, hari ini mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berhampiran rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali di sini.
Aishah ditempatkan di kelas Tingkatan 3 Mulia dan Ammar di Tingkatan 1 Mulia sekolah menengah itu manakala Adam di kelas Tahun 6 Rajin dan Arif di Tahun 2 Rajin di sekolah kebangsaan. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.
Keempat-empat mereka sebelum itu dikumpulkan bersama terlebih dahulu di dewan sekolah menengah tersebut yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang.
Aishah dan Ammar kemudiannya menerima buku teks yang diserahkan Hussain.
Selepas itu Adam dan Arif yang dihantar ke sekolah kebangsaan.
Aishah yang ditemui sebelum memasuki kelasnya berkata dia dan adik-adiknya sangat gembira untuk bersekolah walaupun khuatir sukar untuk menyesuaikan diri.
"Kami adik beradik bangun pukul 6 pagi dan rasa gembira dan bersemangat untuk ke sekolah hari ini walaupun saya rasa khuatir pada mulanya.
"Tapi bila hadir ke sekolah dan lihat ramai pelajar perasaan gementar hilang dan berharap dapat sokongan rakan-rakan bagi kami dapat menyesuaikan diri di sini," katanya.
Sebelum itu Hussain ketika berucap di hadapan pelajar sekolah menengah itu berharap semua pelajar dapat membantu keempat-empat beradik itu untuk menyesuaikan diri di sekolah.
Hussain berkata ia penting agar kanak-kanak itu berasa gembira dan dapat belajar dengan baik di sekolah masing-masing.
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Kala Ab. Aziz Salleh berkata pihak sekolah telah melantik seorang guru penyelaras dan dua guru sebagai guru pendamping kepada Adam dan Alif.
"Guru penyelaras itu akan memantau keadaan dua pelajar itu dari segi perkembangan bahasa dan komunikasi dengan rakan-rakan di sekolah ini manakala dua guru pendamping itu merupakan guru kaunselor yang boleh membantu mereka nanti," katanya.
Beliau berkata pihak sekolah juga akan mengadakan kelas tambahan Bahasa Melayu bagi membolehkan Adam dan Alif dapat menguasai bahasa itu dengan cepat.
Bapa saudara kanak-kanak tersebut Badrul Hisham Mahzan, 55, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga anak-anak saudaranya itu dapat meneruskan persekolahan masing-masing.
"Saya ucapkan terima kasih dan berharap semua rakyat dapat berdoa agar anak-anak ini dapat kembali bersama-sama ibu bapa mereka," katanya.
Beliau berkata semua gambar dan keratan akhbar mengenai empat beradik itu telah diserahkan kepada peguam bela untuk dihantar kepada ibu bapa mereka di Sweden.
"Ibu bapa mereka sangat gembira apabila melihat keratan akhbar dan gambar tersebut," katanya.
Azizul Raheem Awalludin adalah pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. - Bernama
MARANG: Polis Terengganu telah merakam 17 keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, pada 1 Feb lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua mereka yang dipanggil adalah di kalangan pemain dan pegawai pasukan T-Team yang berada ketika insiden itu berlaku.
Katanya hasil keterangan itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
"Bagi pengadu dan saksi kejadian yang berada di Terengganu kita telah panggil bagi merakamkan percakapan mereka sebaik menerima laporan daripada pemain serta pengurusan pasukan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Ronda Bermotosikal di sini hari ini.
Jamshah berkata selain merakamkan keterangan, pihaknya turut menerima empat laporan polis berhubung kejadian itu.
Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA ketika T-Team menentang Johor Darul Takzim (JDT), kekecohan berlaku di terowong stadium ketika pemain menuju ke bilik persalinan.
Pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagiazzo mendakwa dikasari ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.
Selepas laporan polis dibuat, insiden itu semakin meruncing apabila pemain pertahanan T-Team, Irfan Ghani membuat sidang media di Johor Baharu bagi menyangkal dakwaan itu.
Kejadian itu juga menyebabkan lembaga disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT apabila T-Team enggan meneruskan permainan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, memberi tawaran wang ringgit kepada sesiapa yang dapat menampar seseorang tidak ada bezanya dengan menawarkan upah untuk melakukan pembunuhan.

"Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang, dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang.

"Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku, jika ada mereka yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar perkara yang lebih teruk akan berlaku.

"Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian, adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap pihak berkuasa akan mengambil tindak tegas kepada individu yang membuat tawaran tersebut dan lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan negara.

Menurut beliau lagi, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga turut memberi imej buruk kepada negara ini kerana pelancong luar akan mengganggap unsur ugutan serta tawaran upah untuk cederakan seseorang bukan satu kesalahan di Malaysia.

Sunday, 9 February 2014

ADAKAH INI JUGA SALAH SATU SEBAB PRK KAJANG DIADAKAN PADA HUJUNG BULAN MAC????.... PRK BAKAL DI ADAKAN DI DUN BALINGIAN BILA TAIB MAHMUD LETAK JAWATAN UNTUK JADI YANG DIPERTUA SARAWAK YANG BARU.



Pilihan raya kecil (PRK) Balingian mungkin akan diadakan berikutan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal melepaskan semua jawatannya selewat-lewatnya hujung bulan ini.
 
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi berkata, jika perlu PRK, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat keputusan.
 
"Kita perlu memenuhi keperluan oleh SPR sekiranya perlu.
 
"Jika pilihan raya kecil itu adalah perlu (kita) akan melakukannya seperti yang diperlukan... terpulang pada SPR untuk membuat keputusan. Saya fikir anda (wartawan) lebih tahu daripada saya," katanya  pada sidang media selepas mesyuarat negeri Barisan Nasional di sini hari ini. 
 
Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan seterusnya berhubung perkara itu.
 
Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Balingian.
 
Rundi berkata, Taib akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri menjelang akhir bulan.
 
"Bila-bila boleh berlaku," katanya.
 
Semalam, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa Taib akan disokong sebagai Yang Dipertua Negeri seterusnya.


07-Feb-2014 | Mimbar Jumaat Yang Menyentuh Jiwa

Written By canang on Ahad, 9 Februari 2014 | 2/09/2014 05:20:00 PTG


Tiada ulasan: