Tuesday, 18 February 2014
EDISI JOM TERJAH ... SIAPAKAH YANG DIPELUK MESRA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG ITU?????
Laaaa ... ingatkan siapa yang dipeluk mesra dan simpati tinggi YAB Lim Guan Eng kepada seorang warga emas bangsa Melayu beragama Islam.
Rupa-rupanya YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR telah melawat keluarga kepada mangsa kebakaran yang berlaku di Jalan Rozhan, Cherok To' Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun rentung dalam kebakaran tersebut.
Dalam lawat ziarah tersebut , YAB Lim Guan Eng mengucapkan takziah dan simpati tinggi yang menimpa keluarga adik Nurul Adryana sambil menyampaikan sumbangan wang bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Jelas propaganda mengatakan Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng kononnya anti Melayu tindas Islam oleh beberapa NGO dan parti politik adalah tidak benar sama sekali dan merupakan suatu fitnah jahat jijik yang amat meloyakan.
BUKIT MERTAJAM – Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang leka mewarna buku lukisan ditemui mati rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kayu dua tingkat di Jalan Rozhan, Cheruk Tokun di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa, Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri berada dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu bersama abangnya, Danial Mukhriz, 4.
Ketika itu, nenek kedua-dua beradik itu, Siti Zanyah Yaakob, 74, pula berada di tingkat atas rumah untuk menunaikan solat sunat Duha.
“Selepas selesai menunaikan solat sunat pukul 10.45 pagi, saya berasa bahang dari belakang selain turut terhidu bau asap. Sebaik menoleh ke arah tangga, saya nampak api merebak dari tingkat bawah.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api begitu pantas menyambar rumah. Saya juga tidak dengar cucu (Nurul) meraung meminta tolong menyebabkan saya yang panik keluar dari rumah tanpa sempat menyelamatkan apa-apa,” cerita warga emas itu semasa ditemui di sini semalam
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2tdTkoOOF
Hakcipta terpelihara
Perkasa sahut cabaran PAS, desak Jakim bertindak terhadap Kassim Ahmad
Posted on Tuesday, February 18 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ibrahim menyelar kenyataan Kassim Ahmad yang menurutnya adalah keceluparan yang dahsyat. - Gambar The Malaysian Insider.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyahut cabaran PAS dengan mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan mempersoalkan umat Islam hari ini yang terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Jakim perlu segera bertindak kerana kenyataan Kassim yang turut mengatakan rambut bukanlah aurat bagi wanita dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.
"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," kata Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz yang merupakan ketua penerangan parti Islam itu mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno agar mengadakan bantahan terhadap Kassim yang dikatakan menghina Islam.
Semalam, forum berhubung pemikiran Kassim di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Ibrahim, Kasim bukanlah cendiakawan yang mendalami ilmu Islam.
"Perkasa mendesak Jakim segera menyiasat dengan mengambil semua bukti dan keterangan daripada mereka yang hadir dan juga pasti ada rakaman dibuat.
"Majlis Fatwa Kebangsaan juga diminta segera menyiasat dan membincangkan dakwaan yang serius ini. Bertindak segera wahai Jakim," katanya. – 17 Februari, 2014.-tmi
Kassim Ahmad hina Islam, Umno tengok saja...
Posted on Tuesday, February 18 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: PAS mengkritik tindakan Kassim Ahmad yang dilihat telah menghina Islam berhubung kenyataannya yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya kerajaan memandang serius kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Kassim yang juga dikenali sebagai pelopor golongan anti hadis Malaysia.
Sehingga kini ujarnya tidak pernah ada sebarang tindakan tegas oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Kassim, walaupun sebelum ini ajaran 'anti-hadis' itu telah difatwakan haram.
"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kenyataan Kassim pada "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diselewengkan oleh sistem 'kasta paderi' yang dipanggil ulama.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau tidak terkejut jika tidak ada sebarang kenyataan tegas dari pimpinan Umno kerana Kassim merupakan antara individu yang sering menjadi rujukan kepada parti itu.
"Kalau Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tegas saya tidak hairan kerana beliau menjadi rujukan kepada Umno," jelasnya.
Mahfuz turut mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa akan tampil menyatakan bantahan sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa itu agama sebelum ini.-hd
Tiada setitik darah gugur di......
Posted on Tuesday, February 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Bila Teresa Kok "menghina" PMNajib, serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.
Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitikpun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir.
Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.
Tereka, LKS dan LGE tidak hina Islam, tidak hina ulamak tetapi "menghentam dan kritik" kerajaan dan PMNajib.
Kasim Ahmad menghina Islam, Rasulullah dan ulamak serta Mahathir tukang promosi dan dokong.
Bagi NGO UMNO seperti Persatuan Pengguna Islam, PERKASA, PEKIDA menghina Najib lebih "besar dosa" dari menghina Islam dan Rasulullah.
Tiada "seekor" pun pimpinan NGO ini bersuara tentang kesesatan Kasim.
Semua menikus takut "kemurkaan" Mahathir!
Tiada setitik darah gugur di...... "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Tuesday, February 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
4 Tempat Dimana Anda Dilarang Mati
Posted on Tuesday, February 18 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Kematian merupakan sebahagian dari takdir yang pasti akan dihadapi oleh setiap makhluk hidup, tapi apabila kematian itu menjadi perkara terlarang, maka mungkin sebahagian dari kita menganggap hal tersebut sangat tidak masuk diakal.
Meski begitu, percaya atau tidak, ternyata ada beberapa tempat di beberapa bahagian dunia yang melarang kematian, bahkan kematian di tempat tersebut dianggap sebagai sesuatu kesalahan.
Berikut ini, kita akan melihat beberapa tempat dimana kematian menjadi sesuatu yang terlarang.
1. Itsukushima, Jepun.
Dalam ajaran Shinto, pulau Itsukushima dianggap sebagai pulau yang suci, dan kesuciannya masih dijaga dengan rapi hingga saat ini. Para sami di Itsukushima bekerja keras untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang meninggal di pulau mereka. Mereka lakukan sejak tahun 1887 silam.
Di tempat tersebut, wanita hamil yang akan segera melahirkan harus meninggalkan tempat tersebut dan melahirkan anaknya di tempat lain. Perkara yang sama juga berlaku untuk orang tua atau mereka yang sedang sakit keras.
Satu-satunya kematian yang berlaku di tempat tersebut hanya terjadi semasa peperangan Miyajima tahun 1555, di mana jeneral yang memenangi perang itu terus menyuruh untuk membuang seluruh mayat yang ada dari pulau tersebut. Tidak hanya mayat, mereka juga membuang tanah yang telah tercampur dengan darah dan mencuci seluruh rumah penduduk yang ada.
2. Longyearbyen, Norwaay.
Bandar Longyearbyen yang terletak di pulai Svalbard, Norway, juga memiliki tradisi yang sama dengan Itsukushima, dimana kematian merupakan sesuatu yang terlarang. Dan bandar yang hanya memiliki sedikit tanah perkuburan ini telah menolak pengkebumian baru sejak 70 tahun lalu.
Namun berbeza dengan Itsukushima, alasan penduduk menolak kematian disebabkan kerana mayat yang dikubur di tempat ini tidak pernah membusuk. Sebaliknya mayat yang dikuburkan terawetkan dengan rapi kerana suhunya yang terlalu sejuk dan mayat yang dikuburkan tidak akan mereput. Bagi ibu hamil dan orang yang sakit kuat akan dipindahkan ke bandar lain.
Sebelumnya, pengkaji pernah menemukan mayat seorang lelaki yang dikubur di sana dan mendapatkan jejak virus flu yang menyebabkan kematiannya pada tahun 1917 yang lalu
3. Falciano del Massico, Italia.
Berbeza dengan dua bandar di atas tadi, penduduk di Falciano del Massico tidak diizinkan mati di sana bukan kerana alasan lingkungan dan kepercayaan tetapi disebabkan kerana memang tidak ada ruang yang kosong untuk dijadikan tanah perkuburan.
Peraturan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar setempat akibat kes hak sengketa tanah perkuburan dengan bandar jiran yang terjadi sejak tahun 1964.
Datuk Bandar sendiri kini memutuskan membangun sebuah kompleks pemakaman yang baru, namun hingga kompleks pemakaman tersebut selesai, penduduk diperintahkan untuk menunda kematian mereka.
4. Sarpourenx, Prancis.
Peraturan yang melarang seseorang meninggal kembali dikeluarkan oleh Datuk Bandar Sarpourenx, sebuah bandar kecil di sebelah barat daya Perancis. Keputusan tersebut diambil selepas mahkamah Perancis menolak kebenaran untuk membesarkatanah perkuburan yang sedia ada.
Menariknya, tindakan yang diambil oleh Datuk Bandar Gerard Lalanne agak lebih melampau di mana beliau bukan sahaja melarang mati, tetapi mereka bersedia untuk mati di tempat yang akan tertakluk kepada kelulusan. Walaupun begitu, ia adalah tidak jelas apa sekatan akan dikenakan jika terdapat penduduk melanggar.
memobee.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan