Ahad, 9 Februari 2014

BIAR ADA UNIT AMAL JANGAN ADA UNIT SAMSENG

Hotel di Madinah terbakar, 15 jemaah maut

Riyadh: Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah pada Sabtu telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain, lapor agensi berita SPA.

Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia.

Agensi tersebut melaporkan, beberapa pegawai yang ditemui berkata kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah.

Laporan sebelum ini berkata 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut.

Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia.

"Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan . Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran," kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut.

Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi.

Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut.

Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar.- Astro Awani
Seorang muslimah mujahidah hendaklah berusaha untuk miliki 6 sifat Aisyah R.anha.
Seseorang muslimah yang mempunyai sifat2 ini akan menjadi penyebab kepada kebangkitan agama dan kemajuan ummat Islam dalam menjadi muslimah sejati, isteri/anak yg solehah, ibu yg mithali, umat yg bertaqwa dan hamba yg taat.

1-SOLEHAH
Mentaati Allah dan Rasul melebihi segala galanya.

2-DAIEYAH
Sentiasa memikirkan tentang jatuh dan bangkitnya agama dalam alam ini dan berusaha memberikan apa sahaja sumbangan untuk membangunkan Islam.

3-ABIDAH
Sentiasa menyibukkan diri dengan ibadah dan juga istiqamah dalam setiap amal ibadat.

4-ALIMAH
Mempelajari ilmu agama dan memahami setiap kehendak agama sehingga dapat mendidik anak2 dengan didikan agama yang sebenar bertepatan denga sunnah rasulullah SAW.

5-ZAHIDAH
Mengamalkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan, tidak tamak dengan kemewahan dan kesenangan dunia, merasa cukup dengan apa yang ada serta tidak memaksa suami untuk mencari kemewahan dan kesenangan dunia.

6-KHADIMAH
Sentiasa bersedia untuk memberi khidmat untuk agama dan ahli agama. Sanggup letih dan susah demi agama Allah.

Ya Allah, bentuklah jiwa setiap muslimah islam dengan sifat2 ini..

~Maulana Usamah~

*Allahumma ameen :') — with Srikandi Mujahidah and 1 other
Like · · · 28 minutes ago ·

Unit Amal Pas lindungi Teresa

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah bersetuju supaya Unit Amal Pas bertanggungjawab untuk melindungi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang diancam tampar oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, maklumat mengenai usaha melindungi Teresa akan dimuktamadkan secara bersama oleh DAP dan Pas.
Guan Eng berkata, beliau mencadangkan Pas melindungi Teresa kerana berpendapat usaha sedemikian akan menonjolkan usaha saling melindungi tanpa mengira kaum antara Melayu atau Cina.
Katanya, DAP perlu berhati-hati mengenai isu keselamatan Teresa memandangkan wakil rakyat tersebut merupakan pemimpin DAP selain seorang wanita.
Dalam pada itu, Guan Eng percaya pemimpin NGO yang menawarkan ganjaran RM1,200 untuk menampar Teresa merupakan orang UMNO berdasarkan gambar yang tersebar melalui Internet.
Mengikut gambar tersebut, pemimpin NGO yang menawarkan ganjaran RM1,200 telah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemimpin UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Semalam aku ke plaza alam sentral shah alam, kebetulan waktu zohor tu aku ke surau untuk solat, ternampak brother ni tgh mintak derma dalam surau..lepas solat aku pergi kat dia tanya dia x mintak bantuan baitulmal @ lembaga zakat ke? dia kata ada mintak tapi dia suruh tunggu 2 bulan, saya dah dua bulan x de kerja, mau pakai wang. cari kerja semua pun x dapat lagi.Baitulmal ada bagi sekali je duit belanja RM80.00. duit tu belanja sehari dua habis la. Dia ni muallaf baru masuk Islam x sampai setahun..masih belajar ttg Islam di PERKIM. Aku dengar pun geleng kepala....aku tau kalo cerita dia ni dapat kat mubaligh2 kristian confirm x sampai sehari dua datang bantuan...aku pun malas nak cerita panjang pasal lembaga zakat atau nak burukkan diorang tapi kalo korang x caya cuba la pi bawak orang fakir mintak bantuan macam mana layanan diorang ........kadang kadang aku rasa macam nak pi cari sendiri asnaf dan bayar zakat direct je kat diorang x payah bagi ke Lembaga Zakat lagi....bro ni mintak bantuan untuk mulakan berniaga je pun katanya dapat motosikal roda 3 pun jadi la untuk jual sayur atau ikan sebab susah sangat nak dapat kerja. kalo ada sesiapa yang nak bantu esspecially dari segi pekerjaan yang sesuai dgn beliau boleh hubungi beliau 018 2831816 (Muhamad Farid Chong Abdullah)

Mangsa dendam teman lelaki tiada tempat hendak dituju

Teman lelaki Jenny memujuknya untuk berbogel dan beraksi di hadapan kamera. Dia berjanji yang gambar ini hanya untuk tatapannya seorang sahaja.

Dia turut berjanji yang gambar Jenny akan selamat disimpan dalam komputernya. Jenny mempercayainya.

Tetapi apabila mereka berpisah, gambar ini muncul di Internet. Bekas teman lelakinya mengancam untuk memuatnaik gambar ini dan menghantarnya kepada keluarga dan majikan Jenny. Mimpi ngeri Jenny baru sahaja bermula.

Jika Jenny tinggal di California, masalah Jenny mungkin dapat diselesaikan. Gabenor, Jerry Brown telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang menjadikan rakaman lucah dendam, satu perbuatan melanggar privasi yang dilakukan bekas suami/isteri atau kekasih dengan menyebarkan gambar lucah peribadi seseorang itu dengan tujuan memalukannya, sebagai suatu tindakan jenayah.

Bagi ramai mangsa, gambar mereka muncul hanya selepas beberapa bulan atau tahun hubungan mereka putus. Menerusi undang-undang baru California ini, pesalah kali pertama akan dipenjara selama enam bulan dan didenda sebanyak US$1,000 (RM3,150). Malahan di sana, perbuatan mengambil gambar atau video bogel seseorang tanpa kebenaran dan pengetahuan orang itu adalah suatu jenayah.

Tindakan ini menangani perbuatan mengkhianati kepercayaan yang selalunya dilakukan pasangan sebagai membalas dendam atas tindakan memutuskan perhubungan. Rakaman ini selalunya tersiar di laman-laman sesawang yang menyiarkan kandungan seperti ini, dan ada antaranya yang meminta bayaran dari mangsa yang ingin gambar mereka dari dihentikan siarannya.

Di Malaysia, tiada sesiapa yang lebih masak dengan kejadian ini selain Datuk Seri Michael Chong, pengerusi jabatan perkhidmatan dan aduan awam MCA.

Tahun lepas sahaja, dia menguruskan 21 kes seperti ini. Dalam enam dari kes ini, gambar ini dihantar kepada wanita itu sendiri oleh bekas pasangan mereka. Dalam kes selebihnya, pasangan yang dikatakan memiliki gambar itu, tidak menyebarkannya.

Chong kemudiannya mengadakan empat sidang media untuk memberi amaran kepada orang awam terhadap bahaya perlakuan ini, dan untuk memberi kesedaran kepada wanita supaya tidak menjadi mangsa. Malangnya usaha beliau sia-sia apabila bilangan kes ini tidak menurun.

Sehingga penghujung November 2013, dia telah menghadapi 19 kes ini, enam darinya dengan bukti yang jelas. Kebanyakan mangsa berumur dalam 20an dan 30an. Walaupun mangsa ini adalah wanita berpendidikan, mereka bagaimana pun sangat mentah. Ada beberapa dari mereka telah menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka beberapa tahun lamanya.

“Apabila lelaki ini menyatakan hasrat untuk mengahwini mereka, wanita ini akan diminta membuktikan dara mereka dengan cara menghantar gambar bogel kepada teman mereka. Itulah mula masalahnya,” jelasnya.

Baru-baru ini, media melaporkan yang laman blog sweetyoungmalaysiangirls.blogspot.com dan laman Instagram gadismukabukumy telah disekat kerana menyebarkan gambar gadis Malaysia yang diambil tanpa kebenaran. Seperti yang dijangka, orang awam mengecam pencerobohan privasi dan perbuatan mengseksualkan gadis ini, yang tidak menyedarinya.

Apabila mangsa kejadian ini meminta bantuan Chong, mereka selalunya terdesak dan menghadapi tekanan perasaan, dan ada yang sudah berkira-kira membunuh diri.

“Mereka datang kepada saya sambil bercucuran air mata. Mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat,” jelasnya.

Jumlah sebenar mangsa kejadian ini tidak diketahui, kerana ramai dari mereka takut untuk membuat laporan polis. Cubaan untuk mendapatkan statistik kejadian dari pihak berkuasa tidak berhasil.

Seorang peguam yang enggan namanya didedahkan, menceritakan sebuah kes pada tahun 2011 di mana bekas kekasih seorang anak guamnya telah memuat naik gambar lucah, dan mengugut untuk menyebarkan banyak lagi. Dia hanya menghentikannya setelah diancam dengan tindakan undang-undang.

Satu lagi cara yang boleh diambil adalah dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah tuduhan penggunaan Internet secara tidak wajar, menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun tidak seperti California, Malaysia tidak memiliki undang-undang khusus untuk menangani rakaman lucah dendam. Jadi tidak banyak kes yang dibawa ke mahkamah, dan tidak ramai mangsa yang tampil membuat laporan polis.

Sudah tentu Chong kecewa apabila menghadapi kes seperti ini. “Bila saya bertanya kepada mangsa mengapa mereka membenarkan diri mereka dirakam, mereka berkata yang mereka sedang dilamun cinta. Jadi mereka merelakannya kerana percaya yang teman mereka tidak akan melakukan apa-apa untuk membahayakan mereka. Yang lelakinya pula sanggup menitiskan air mata dan membuat janji palsu bagi meyakinkan pasangan mereka,” tambahnya.

Apabila mangsa kejadian ini datang kepadanya, Chong bertegas supaya mereka membuat laporan polis, walaupun ramai yang enggan. Buat mangsa yang hanya mendapat ancaman tetapi belum disebarkan gambar mereka, Chong memainkan peranan sebagai orang tengah. Jika ini gagal, dia akan bertindak mengugut lelaki ini dengan mendedahkan pula mereka kepada media, untuk memalukan mereka.

Ramai dari mangsa ini melupakan episod kelam ini. Ada pula yang bertindak meninggalkan negara ini dan orang yang mengenali mereka, seperti Australia dan Taiwan.

Namun bagi Chong, ini ibarat melarikan diri dari masalah. Dia percaya yang undang-undang perlu melindungi mangsa, supaya mereka tidak diganggu lagi. 
* Artikel ini pertama kali diterbitkan dalam The Heat isu 14 Disember 2013  
Ranking Blog pro PR terkini 1 FEBRUARI 2014 - Carta Daunkari
Posted on Sunday, February 09 @ 10:35:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Ranking top50 untuk kali ni naik sikit cuma 5,802 mata kepada 178,350.

Blog Omak Kau masih di tangga pertama dan blog AmenoWorld masih gagal pintas. Tempat ketiga dan keempat macam biasa blog Greenbox dan AnakSungaiDerhaka berganti-ganti kedudukan.

Aku malas nak tulis panjang-panjang, yang lain hangpa tengok sendiri.

TopBlog PR
Pilihan Cenangau
M'sia
1/2/14
PRblog
16/1/14
M'sia
16/1/14
PRblog
16/1/14
M'sia
+/-
Turun
Naik
Omak Kau3831385120
AmenoWorld41224072-50
Kelab Greenboc41734564391
Anak Sungai Derhaka424443137-1
Tukar Tiub72155975-1240
ek-eleh8286104762190
Helen Ang109771298102013
Addin1100810927-8-1
Cenangau1138912678129-1
Mohd Sayuti Omar158610163512492
IdaMan15991112729-327-2
Gendang Perang195612535439339827
Biaqpila200113153711-464-2
Kedahlanie.info205814168813-370-1
Shahbudindotcom2146152748206025
Manjongmari231116216316-1480
Bloglist Malaysia2390173070226805
Naimnikmat239218226117-131-1
Kerengga245419211115-343-4
Kedah.kini248620175114-735-6
Penburuk25262136552811297
Mountdweller26472245233118769
Warta Maya2686233438267523
Zakri Ali273124298321252-3
Milosuam3026253621275952
AnjungRakyat312726264019-487-7
Dunia Cacamerba326527236018-905-9
Aspan Alias348928333324-156-4
Bicara World35292949233513946
Ibnu Hasyim357230340425-168-5
Kachip Emas366131381429153-2
Kerajaan Rakyat376832315323-615-9
Sisi Bukit40823365134224319
Batu vs kayu41103453353812254
Pakat-pakat kalih411835485134733-1
PASPB4225365020367950
Pahang Daily48533765544317016
Cipan Tapir Tenuk489538436130-534-8
Sedaka Sejahtera561139512537-486-2
Kerabu Bersuara5635401203457639917
Cananglahnie618241475332-1429-9
Utusankini6762427296475345
Paria Jalanan682543483633-1989-10
Dialog Rakyat7024441023654321210
Karat Hijau709845678544-313-1
Kita Bantai751246709046-4220
Sakmongkol752847687345-655-2
Mat Indera Sipejuang7541481498768744620
Mutaligat7818491250960469111
Wfauzdin880350802450-7790

The Cyber Sniper893351797449-959-2
Yong suka kuning8968529690537221
Bebaskan Malaysia904253812651-916-2
Siyasahsyariah9471541859879912725
Haluan Kiri9555551584470628915
Idah Salam1050356745448-3049-8
Malaysiaberih1054357no data93#VALUE!36
Salehudin10567581719975663217
Wartawan Lmn Reformasi1089859880852-2090-7
Mimpi Senja1121760568441-5533-19
Era Pasca11773611228259509-2
Gaya Peneroka12392621715974476712
Sharpshooter13745631210358-1642-5
AgenDSAI14256641174356-2513-8
Penyokong PAS14912651933880442615
Al-Husseyn150956632645911755025
Ibnu Mustaffa151306715745696152
Faqar15783681473266-1051-2
Fendi Tazkirah15834691467465-1160-4
Blog Hangit16060701409463-1966-7
Al-Brangi16598711496067-1638-4
Kopitiam Bang Nan1734672no data100#VALUE!28
Pak Karamu17396731674772-649-1
Orang Ni17985741126555-6720-19
Musafir Lalu180487518396783483
Sokong PR1830676218978435918
Paapaada188147719729819154
UstrazCyber19311781618671-3125-7
Nizar Coretanku2044779no data99#VALUE!20
Aiyang21370801807376-3297-4
Edyesdotcom2195581no data114#VALUE!33
LensaHp22939821372661-9213-21
Tempayan Retak23086831392862-9158-21
Ikutsukaaku ISA2315284no data92#VALUE!8
Freezone Terengganu23996851991582-4081-3
Dango Mamamat24484861449664-9988-22
Pencacai Semalaysia25080872514187610
Lagi Berita26792882043383-6359-5
Ada Aku Kesah27811892372985-4082-4
Ajijoi2811790no data108#VALUE!18
Misai Merah2909991no data130#VALUE!39
Ajensifakap2929992540540-23894-52
Laksamana Bkt Bintang31665932523489-6431-4
sabahdaily32477942514788-7330-6
* Data pada 1 Februari 2014 11.58pm.
Macam biasa, kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.

Cenangau D'kari

Datuk Ong Kim Swee: Budaya samseng bola sepak merisaukan

Budaya samseng bola sepak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini merupakan fenomena yang amat merisaukan dan perlu dibanteras, kata Ketua Jurulatih Sementara Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.
Ketua Jurulatih Harimau Muda A itu berkata, semua penyokong bola sepak di negara ini seharusnya mempunyai mentaliti positif apabila menunjukkan sokongan terhadap pasukan mereka bagi memastikan keharmonian dalam bola sepak di Malaysia dapat dikekalkan.
Datuk Ong Kim Swee: Budaya samseng bola sepak merisaukan
Datuk Ong Kim Swee: Budaya samseng bola sepak merisaukan
“Saya amat terkilan apabila penyokong walaupun dari negeri berbeza begitu (bergaduh sesama sendiri), kita perlu tahu bola sepak ini menang kalah adat permainan tetapi keharmonian itu perlu dikekalkan.
    
“Mungkin bukan semua (penyokong) hanya segelintir tetapi yang mustahak mentaliti positif, pasukan kita menang atau kalah kita tetap sokong dengan harmoni,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara Melaka United dan Harimau Muda A di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.
    
Perlawanan yang turut disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron itu berkesudahan seri 1-1, dengan Amir Shahreen Abd Mubin menjaringkan gol Melaka United pada minit ke-24 manakala gol Harimau Muda A dijaringkan Mohd Azrif Nasrulhaq pada minit terakhir perlawanan, minit ke-90.
    
Insiden terbaharu pergaduhan antara penyokong berlaku pada Jumaat lepas apabila seorang penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) cedera di kepala dipercayai akibat dibaling objek keras selepas berlaku provokasi antara kumpulan penyokong JDT dan Pahang di Stadium Darul Makmur dalam aksi Liga Super berkesudahan Pahang menewaskan JDT 3-2.
    
Mengulas tentang persembahan anak buahnya pada perlawanan persahabatan itu, Kim Swee berkata ia merupakan permulaan yang baik dalam persediaan pasukan Harimau Muda A menghadapi Liga Queensland di Australia bulan depan.
    
“Kita telah merekrut beberapa pemain baharu daripada Harimau Muda B dan C juga pemain luar, mereka ini tunjukkan komitmen yang cukup baik dalam perlawanan sejak kita berlatih tiga minggu lepas dan kita ada dua lagi perlawanan persahabatan sebelum berlepas ke Australia,” katanya.
    
Beliau berkata Harimau Muda A bermain di Australia bagi tujuan pendedahan kepada permainan bola sepak bertaraf tinggi dan percaya permainan anggota pasukan itu akan bertambah baik selepas bersaing dalam liga di sana nanti.
    
Ditanya perancangannya untuk pasukan kebangsaan, tanpa mendedahkan perancangannya dengan teliti, Kim Swee berkata beliau akan mengumpul pemain terbaik negara pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk aksi persahabatan menentang Filipina pada 1 Mac depan sebelum bertemu Yemen pada 5 Mac dalam aksi kelayakan Piala Asia.
    
Sementara itu, Idris memohon kerjasama semua penyokong Melaka United supaya tidak melakukan perkara yang memberi impak negatif kepada pasukan itu seperti membakar suar, bermain mercun dan bergaduh dengan penyokong pasukan lawan.
    
“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sentiasa mengawasi secara rapat insiden seperti ini, dalam pada kita gigih mencari dana untuk mengisi tabung pasukan jangan pula ada penyokong kita yang bocorkan dana untuk membayar denda dengan melakukan perkara sedemikian,” katanya. – Bernama
Sumber : Sinar


 
Tok Imam masjid di pecat kerana berkhutbah jumaat isu harga barang dan hudud
Posted on Sunday, February 09 @ 07:06:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Subhanallah...!!!
Imam yangg bercakap benar pun dipecat...
Benarlah apa yang Rasulullah SAW pernah bersabda :
سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامة

"Akan datang kepada manusia suatu zaman tahun² yang tandus. Orang  yang berdusta dikatakan benar dan orang yag benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akann disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "ruwaibidhah" sahabat bertanya apalah "ruwaibidhah" itu? Maka Rasulullah menjawab:Org yang kerdil lagi hina yang tak pandai mengurus hal org ramai.

PEMECATAN IMAM KERANA BERKHUTBAH ISU HUDUD DAN KENAIKAN HARGA BARANG

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak didapati telah memecat seorang imam jemputan yang telah berkhidmat selama dua tahun dimasjid tersebut.

Antara sebab utama imam tersebut dipecat ialah beliau telah menyampaikan khutbah yang diklasifikasikan berbaur politik iaitu hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana halangan Kerajaan Persekutuan dan kenaikan harga barangan masakini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Setelah membuat penelitian, Dewan Pemuda PAS Perak :

1- Menyokong pendirian imam tersebut yang berani melontar pandangan berkaitan isu-isu semasa walaupun ianya menyentuh Kerajaan Persekutuan. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang bermaksud “berkata benarlah walaupun ianya pahit”.

2- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang memecat imam tersebut tanpa dipanggil membela diri. Tindakan ini amat-amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan soal keadilan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bahawa isi khutbah yang diucapkan oleh imam tersebut tidak menyalahi agama bahkan menegaskan bahawa isu hudud adalah isu aqidah umat Islam yang perlu diperjelaskan dengan sejelasnya.

3- Tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dilihat lebih kepada sentiment politik kepartian sedangkan tindakan imam tersebut melalui ucapan isi khutbahnya lebih kepada tuntutan agama iaitu mengajak masyarakat kembali kepada islam.

4- Pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlulah menyedari tugas mengimarahkan institusi masjid adalah focus utama mereka dengan menjadikan masjid sebagai duta penyelamat ummah.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Perak membantah pemecatan imam tersebut dan mendesak supaya pemecatan terhadap imam tersebut hendaklah ditarik semula demi memelihara Institusi agama yang mulia ini.

AKMAL HJ KAMARUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Bertarikh : 07 Rabi’ul Akhir 1435H bersamaan 07 Februari 2014


SURAT PEMECATAN


ABDUL MANAF BIN ISMAL MEMENGGANG SURAT PEMECATAN SEBAGAI IMAM SOLAT JUMAAT

Orangni
*Mari Mengenal Ilmu Tajwid*
1. Ilmu Tajwid ialah pengetahuan tentang cara dan kaedah yang betul dalam membaca AlQuran dengan sebaiknya.
2. Tujuan Ilmu Tajwid ialah demi memelihara bacaan AlQuran dari sebarang kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan dari kesalahan membaca.
3. Perkara utama dalam ilmu Tajwid ialah mengenal huruf hijaiyah dan harakahnya (barisnya) serta hubungannya.
4. Huruf hijaiyah ada 29. Jika disebut 28, itu bermakna dikecualikan huruf alif.
5. Belajar ilmu Tajwid hukumnya Fardhu Kifayah manakala membaca AlQuran dengan baik (sesuai dengan ilmu Tajwid) itu hukumnya Fardhu 'Ain.

Tiada ulasan: