Sabtu, 15 Februari 2014

TABIK SPERING....DAN NI KESAN MENAFI HUKUM ALLAH....PENGUASA AGAMA TUTUP MATA DAN MULUT

[KISAH] Azab Anak Derhaka Menghadapi Sakaratul Maut | KISAH NYATA KISAH BENAR


[KISAH] Azab Anak Derhaka Menghadapi Sakaratul Maut | KISAH NYATA KISAH BENAR | Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi.

kematian

Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.”

Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

“Panggil ibunya segera,” kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara,

“Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

 Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”

 “Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.

Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.

 Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya.

 Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar.

 “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu.

 “Ahhh, saya tak kira.”

 “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ.

 Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.

Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.

Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

 “Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.

Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar.

Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya.

Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.

Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal.

 Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

 Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu.

Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.

 Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.

Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham

“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”

“Apa masalahnya itu?” tanya saya.

“Kubur adik saya berlubang ustaz.”

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.
ahmy ShooterBISNES PALING MELETOP
BOGEL DIBALUTI SELIMUT

"Awak lah buka pintu. Cakap awak seorang sahaja di dalam bilik ni"

tengok Gambar macam mana di pakai baju..

Lihat selanjutnya ---> http://mestimaupunyer.blogspot.com/2014/02/bogel-dibaluti-selimut.html

TVE
Like · · · 8 hours ago ·

Friday, 14 February 2014

BOGEL DIBALUTI SELIMUT

"Awak lah buka pintu. Cakap awak seorang sahaja di dalam bilik ni" Mungkin itu perbualan antara seorang pemuda dan teman wanitanya sebaik pintu diketuk oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Johor, JAJ, tengah malam tadi. Anggota penguatkuasa terpaksa menunggu sehingga lima minit sebelum pintu dibuka oleh gadis berusia 19 tahun, lengkap berpakaian. Apabila bilik diperiksa, teman lelaki seusianya sedang bersembunyi di belakang pintu di dalam bilik air unit hotel di Taman Melodies, Johor Bahru. Mungkin itu bukti cinta lelaki terbabit terhadap teman wanitanya didapati mendaftar masuk ke kamar itu sejak jam 4.15 petang semalam.

  
 Dua individu itu antara 13 pasangan ditahan dalam serbuan Ops Mawar Merah JAJ bagi membanteras kegiatan maksiat di kalangan umat Islam menyambut Hari Kekasih.

  

 Operasi bermula pada jam 12 tengah malam itu diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Zamri Kambari dibantu 10 anggota. Manakala pasangan warga Indonesia berusia lingkungan 40an, gagal mengemukakan bukti sebagai suami isteri selepas diperiksa malah turut mencari helah kononnya diperdaya kadi palsu dengan membayar RM7,000 sebelum ini.

  

 Lelaki berusia 50-an ini hanya sempat membalut separuh tubuhnya dengan cadar manakala teman wanitanya kaku berselimut tanpa seurat benang. Kesemua ditahan disiasat mengikut Seksyen 21(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan, pasangan terbabit berdepan hukuman denda RM3,000 atau tiga tahun penjara atau keduanya.

   

Saturday, 11 January 2014

KERANA LAPORAN YANG DIBUAT OLEH MACAI UMNO SENDIRI .... KINI UMNO SESAMA UMNO BERGADUH SAMPAI BUAT LAPORAN POLIS!!!!!

Pada jumaat jam 9.00 pagi 10 January 2014 saya telah terbaca satu posting dalam Facebook seorang rakan saya terdapat satu posting oleh page AFIQ KL TOWN berkaitan seorang menteri kabinet barisan nasional yang akan meletakkan jawatan iaitu Yb Dato Hasan bin Malek menteri KPDNKK.

Saya seterusnya telah berhubung dengan setiausaha politik Yb Dato hasan malek utk mengesahkan perkara tersebut dan saya di maklumkan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Pemuda Umno Bhg Kuala pilah merasa posting dalam facebook tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu hasutan kepada masyarakat untuk menjatuhkan kredibiliti Yb Dato Hasan Malek sebagai Seorang menteri kabinet daj kerajaan.

Posting tersebut dilihat mempunyai unsur utk rakyat berfikir bahawa kerajaan barisan yang ada sekarang adalah lemah dan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan di khuatiri akan menimbulkan suasana huru hara di serta mencetus keadaan tidak sihat dlm pentadbiran negara.

Saya juga merasa khuatir bahawa ia adalah satu tindakan terancang yg di susun oleh pihak tertentu utk menjatuhkan kan imej kerajaan melalui serangan kepada imej kementerian yg menjaga hal ehwal pengguna dlm negara dan di kaitkan dengan isu kenaikan brg serta kos sara hidup yg di propaganda kan oleh pihak pembangkang sehingga mencetus kan satu perhimpunan bantahan kepada kjaan pada 31 disember lalu yg kita telah sedia maklum bahawa himpunan TURUN adalah satu cubaan utk mencetuskan huru hara serta menjatuhkan kerajaan.

Saya juga merasakan posting tersebut satu fitnah yg jelas kerana mengaitkan seolah olah kenyataan tersebut datang dari pihak keluarga Yb dato hasan malek sedangkan saya di maklumkan tiada ahli keluarga Yb Dato hasan malek mengenali penulis.

Saya mohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan melalui peruntukan yg sedia ada terhadap penulis dan yg berkaitan dengan beliau bagi membersihkan nama Yb Dato hasan malek dan keluarga , kementerian yg di wakili oleh Yb dato hasan malek serta kerajaan secara umumnya ..

Begitu bunyi kandungan yang Omak Kau cilok mengenai Pemuda UMNO Kuala Pilah naik minyak satu mengamuk sakan sampai buat laporan polis keatas blogger pro UMNO dari kumpulan Nadi Rakyat.

Rupa-rupanya yang menyampah, meluat dengan Hassan Malek sebagai Menteri KPDNKK bukan saja datang dari rakyat 53% yang tolak UMNO/BN pada PRU 13 lalu tetapi sudah merebak merayap ke para blogger tegar kaki fitnah penipu UMNO.

Kalau dia boleh fitnah menteri dan pemimpinnya sendiri .. nak fitnah pemimpin PR lagilah mudah dan menjadi santapan hariannya.

Yang seronoknya itu .. yang kuat menggelar Hassan Malek sebagai Menteri Ayam ialah para blogger UMNO/BN sendiri. .. dan juak-juak Pemuda UMNO Kuala Pilah yang diketuai anak hassan malek sendiri telah melabelkan blogger pro UMNO sebagai berperangai Yahudi.

Saturday, 15 February 2014

PRK KAJANG .. KINI GILIRAN SEORANG LAGI MANTAN PRESIDEN MCA ONG TEE KEAT BELASAH LUMAT GELAGAT MCA YANG ACUH TIDAK ACUH.


MCA beritahu dunia akan bertanding di PRK Kajang lawan DSAI mewakili komponen yang diketuai IMNO iaitu Barisan Nasional ... tapi siap siaga dan gerak kerja masih sifar dan tidak nampak apa-apa .. sampaikan mantan Presiden MCA sendiri kutuk kaw-kaw kepimpinan MCA kini yang dilihat lebih ghairah untuk masuk semula kedalam jemaah menteri kabinet Najib dari bertembung PRK Kajang untuk uji penerimaan rakyat kepada kepimpinan baru MCA yang diterjaui Liow Tiong Lai.

"Gerakan kempen paling lambat dalam sejarah, sehingga saat ini, bahang kempen MCA belum dirasai", demikian menurut bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Menurutnya, sepanjang episod penglibatannya dalam sejarah menghadapi PRK sebelum ini, PRK Dun Kajang pada pengamatannya menyaksikan MCA benar-benar lambat dalam memalu gendang perang terhadap calon lawan.
"Dalam sejarah PRK yang pernah saya alami sebelum ini, PRK Dun Kajanglah yang menyaksikan ketidaksediaan MCA dalam memenangi kerusi tersebut.
"...bagi saya PRK Dun Kajanglah paling lambat dirasai...sebab dari segi kesediaannya kita belum nampak lagi, kalau kita lihat 'pihak sebelah sana' (Anwar) mereka bukan main lagi," katanya yang juga bekas Menteri Pengangkutan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tee Keat berpandangan, perkara itu berlaku berkemungkinan dek kerana sikap pemimpin tertinggi MCA sekarang yang dilihat lebih sibuk untuk "membuat keputusan baru bagi menyertai Kabinet".
"Saya rasa mereka ini terlalu ghairah untuk merebut tawaran baru yang mungkin akan ditawarkan oleh PM bagi menyertai Kabinet sehingga mereka terlupa Dun Kajang kerusi MCA," ujarnya lagi.
BN sebelum ini memutuskan MCA untuk menewaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK Dun Kajang, Mac depan.
Walaupun tempoh kempen belum bermula, Anwar kini dilihat giat berkempen bagi memastikan kemenangannya di kerusi yang disifatkan sebagai platform untuk merungkai konflik politik di Selangor.

BOTTOM LINE NYA .. MCA SEBENARNYA GENTAR KETAR LUTUT .. ITU SAJA.

Saturday, 15 February 2014

KERAJAAN PR PULAU PINANG PANGGIL PEMAJU PERUMAHAN YANG NAIKKAN HARGA RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH BERLIPAT KALI GANDA.


Ini baru betul kerajaan berjiwa rakyat .. tidak gentar tidak memihak ... siapa yang cuba nak cekik darah darah akan kena cekik terlebih dahulu dengan kerajaan.

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini.

“Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.

“Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini,” tegas Jagdeep pagi tadi di sini.

Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.

Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.

Semalam, satu laporan media online dipetik memberitahu, pembeli-pembeli rumah terbabit merungut selepas menerima notis daripada pemuju pada 29 November tahun lepas bahawa rumah yang dibeli oleh mereka berharga antara RM160,000 hingga RM180,000.

Mereka menuntut Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sendiri campur tangan mewakili mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemaju.

Pengubahsuaian pada rumah tersebut, tidak termasuk RM28,500 kos lot parkir antara punca pemaju menaikkan harga jualan rumah kos sederhana rendah tersebut
.

Tabik untuk Mejar Zaidi, kata-kata terkini beliau

 
Mejar_Ahmad_ ZaidiJuruterbang Mejar Zaidi Ahmad, 45 kini berhadapan dengan tindakan mahkamah dan bakal dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun kerana aduannya dakwat kekal yang tak kekal pada PRU lalu.
Beliau yang terpaksa didakwa, SPR dan pembekal dakwat dilepaskan begitu sahaja.
“Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya,” kata Zaidi kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.
Zaidi tetap bertegas, sebagai seorang Islam beliau perlu membuat laporan.
“Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.
“Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal,” katanya.‎
“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”
“Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.
“Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar,” katanya. Seterusnya untuk maklumat penuh, rujuk di sini
Tabik untuk  Mejar Zaidi Ahmad dan sokongan untuk Ahmad Zaidi di sini

Tiada ulasan: