Rabu, 12 Februari 2014

BILA AGAMA DAH TAK DIPENDULIKAN.....JANGAN KITA CAKAP BERBELIT2....SEMUA KENYATAAN ADA DISIARKAN DAN DI COPY PASTE KAN DALAM BLOG2 DAN BERITA2 DI INTERNET


Hudud tidak berjaya kurangkan jenayah, kata bekas ketua hakim negara
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:39:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"

Undang-undang hudud yang dijalankan di Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran untuk pelaksanaan hukum itu di negara lain. Gambar fail.

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut perundangan.

Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar jenayah, keadilan dan keamanan.
"Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia”, hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana situasi yang berbeza.
"Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya orang tua dan insaf.
"Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya.
Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus dipertimbangkan.
"Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya.
"Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara," katanya.
Abdul Hamid menjelaskan walaupun hukuman hudud dilaksanakan ke atas penganut Muslim sahaja, ianya masih bertentangan dengan Perlembagaan yang menjadi asas undang-undang negara.
"Jika ia dibuat hanya kepada Muslim, ia pasti bertentangan dengan Artikel 8 memandangkan ia mendiskriminasi atas asas agama dan maka itu ia bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.
Undang-undang negara berteraskan sistem perundangan “common law”, bagaimanapun undang-undang Syariah juga dilaksanakan oleh negeri kecuali Wilayah Persekutuan, namun Abdul Hamid menegaskan undang-undang Syariah tersebut mestilah selaras dengan Perlembagaan negara.
"Ramai orang berfikir memandangkan kesalahan hudud dan qisas diperuntukan dalam Syariah dan undang-undang Islam dibawah bidang kuasa negeri, maka Dewan Negeri boleh mengubal undang-undang sedemikian.
"Sebahagiannya tepat. Di Malaysia, sebarang undang-undang mestilah konsisten dengan Perlembagaan," katanya.
Beliau juga berkata Dewan Negeri tidak boleh meminda undang-undang Syariah untuk dilaksanakan ke atas bukan Muslim kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Abdul Hamid juga tidak menolak sekiranya hudud dilaksanakan secara rapi dan persediaan tidak mencukupi, seluruh agensi pihak berkuasa negara akan berdepan dengan kecelaruan.
"Polis tidak tahu apa patut mereka buat, pendakwaraya tidak tahu nak buat apa, peguam tidak tahu nak buat apa dan hakim juga tidak tahu nak buat apa.
"Peguam bergegas ke kedai buku untuk mencari apa saja buku mengenai subjek tersebut," kata Abdul Hamid menerangkan situasi yang berlaku di Sudan sebaik undang-undang Islam tersebut dilaksanakan.
Lebih mengejutkan Abdul Halim apabila kerajaan Sudan mengumumkan sekiranya doktor enggan memotong tangan penjenayah, kerajaan sendiri akan memberi latihan kepada hakim untuk menjalankannya.
Pelaksanaan hukum hudud diperjuangan oleh parti Islam PAS, bagaimanapun usaha tersebut sering menerima kritikan sama ada daripada rakan pembangkang Pakatan Rakyat serta kerajaan Barisan Nasional.
Tahun lalu, kerajaan PAS di Kelantan melontarkan sekali cadangan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.
Pengkritik tidak melihat usaha tersebut akan berjaya memandangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional masih memiliki kata putus ke atas pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut.
Pengkritik menegaskan penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.
Tahun lalu, negara jiran, Brunei Darussalam telah menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud.
Susulan pengumuman tersebut, kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama erat dengan Brunei termasuk menghantar pegawai bertanggungjawab bagi melihat pelaksanaan hukuman hudud di negara terbabit.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:39:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


 


UBAT ZINA REJAM HINGGA MATI ATAU 100 X ROTAN@SEBATAN....MANUSIA NI DEGIL....SYAITAN BERJAYA MENYESATKAN

Pasangan Zina Mati Dalam Kemalangan Yang Dahsyat Dan Sangat Memalukan

Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy……

Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?

Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahualam..

Nauzubillah Min Zalik

renungkanlah…….. dan selamat beramal - sumber:cehabaq.com 

10 Perkara yang Membatalkan Syahadat

Assalamualikum Warohmatullah Wabarokatuh.
Wahai saudaraku, pernahkah kita mendengar atau belajar tentang hal-hal yang membatalkan sholat, membatalkan puasa, membatalkan zakat, atau mungkin haji. Ada juga perkara-perkara yang membatalkan wudlu. Namun seringkah kita belajar tentang perkara-perkara yang membatalkan syahadat ??
Syahadat adalah pondasi dalam Islam yang juga merupakan rukun islam yang pertama. Batalnya syahadat berakibat fatal bagi batalnya keislaman seseorang. Untuk itu setiap mukmin diperintahkan untuk membaca syahadat minimal 9 kali atau dalam setiap 5 kali sholat setiap hari agar pondasi keislaman seorang muslim tetap terjaga. Batalnya syahadat berakibat fatal terhadap batalnya keislaman seseorang.
Nah, apasaja perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Para fuqoha’ dalam kitab-kitab fikih telah menulis bab khusus yang diberi nama “Riddah” (kemurtadan). Dan yang terpenting adalah 10 hal, yaitu :


1. Syirik Kepada Allah,

Firman Allah :


Termasuk didalamnya menyembelih karena selain Allah, misalnya untuk kuburanyang dikeramatkan atau untuk jin dan lain-lain.

2. Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantar.

Ia berdoa kepada mereka, meminta syafaat kepada merekadan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’. Kejadian ini pernah terjadi pada zaman Rosulullah SAW yaitu yang telah dilakukan oleh kaum kair Quraisy. Salah jika menganggap kaum Quraisy sepenuhnya berTuhan kepada Latta, ‘Uzza, Manat, serta Huban. Mereka hanyalah Ghoroniq buatan kaum mereka sendiri dengan dalih para ghoroniq inilah yang akan menyampaikan do’a-do’a serta permohonan mereka kepada Allah. Tuhan mereka hanyalah pemberi syafaat kepada mereka. Tampaknya hal ini juga banyak terjadi di kalangan masyarakat di negeri kita saat ini yaitu generasi-generasi jahiliyah modern.

3. Orang yang tidak mau mengkafirkan orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.

4. Orang yang meyakini bahwa selain petunjuk Nabi Muhammad SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau.

Seperti orang-orang yang mengutamakan hokum thaghut di atas hukum Rosulullah SAW, mengutamakan hukum atau perundang-undangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.

5. Siapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rosulullah SAW sekalipun ia juga mengamalkannya, maka ia kafir

6. Siapa yang menghina sesuatu dari agama Rosul SAW atau pahala maupun siksanya, maka ia kafir.

Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah :




7. Sihir

diantaranya sharf dan ‘athf (barangkali adalah amalan yang membuat suami benci kepada istrinya atau membuat wanita cinta kepadanya/pelet). Barangsiapa melakukan atau meridhoinya, maka ia kafir. Firman Allah :


8. Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam.

Firman Allah :


9. Siapa yang meyakini bahwa sebagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad SAW seperti halnya Nabi Khidir boleh keluar dari syariat Nabi Musa maka ia kafir. Sebagaimana diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan / melampaui batas) bahwa mereka dapat mencapai suatu derajatatau tingkatan yang tidak membutuhkan untuk mengikuti ajaran Rosulullah SAW.

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya.

Firman Allah :


Syaikh Muhammad at Tamimi berkata, “tidak ada beda dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda, yang serius (bersungguh-sungguh) maupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah SAW dari hal yang bisa mendatangkan murka Allah dan siksaNya yang pedih.”
Jadi pertahankanlah keislaman kalian wahai saudaraku sekalipun nyawa terpisah dari jasad.
Selamat berjuang wahai saudaraku, semoga Allah SWT melindungi . . .
Referensi : Kitab Tauhid (Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan)



20 perkara membatalkan Syahadah




1.       Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
Dalil : “Dan hanya kepada Allah kamu bertawakal sekiranya kamu benar-benar beriman” al-Maidah, 23.


Dalil : “Ketika aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan” al-Syuarak, 80

Dalil : “Dialah yg telah menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu”
2.       Insan tidak mengakui segala ni’mat ialah kurniaan Allah
Dalil : “Sekiranya kamu hendak menghitung ni’mat Allah nescaya kamu tidak  terhitung (banyaknya)”  Ibrahim,34.
Dalil : “(Sulaiman) berkata : Ini daripada kelebihan kurnia Tuhanku kepadaku untuk menguji sama ada aku bersyukur atau kufur” al-Nahl, 40
3.       Beramalan kerana sesuatu selain daripada Allah
Dalil :  “Katakan sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Allah Tuhan sekelian alam, tiada syirik bagiNya” al-An’am, 162

4.    Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada selain daripada Allah
Dalil : “Mereka mengambil pendeta2 dan rahib2 mereka sebagai tuhan-tuhan selain
daripada Allah” al-Taubah, 31.
  ‘Adi bin Hatim berjumpa Nabi, di lehernya ada salib drpd
emas, kata Nabi :
Buangkannya dan baginda baca ayat di atas.
كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ شَيْئًا اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا
 حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ
5.       Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah dan Rasul
Dalil : “Sesiapa yg taatkan Rasul sesungguhnya dia telah taatkan Allah” al-Nisak, 80
Dalil : “Siapa yg maksiat kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas hukumnya akan dimasukkan ke dlm api neraka”
6.       Berhukum dengan selain daripada hukum Allah

Dalil : “Sesiapa yg tidak berhukum dgn apa yg Allah turunkan maka merekalah orang-orang kafir”  al-Maidah, 44
Dalil : “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga hawa nafsunya dapat mengikuti apa yg aku bawa” Hadith Sahih
7.       Benci sebahagian ajaran Islam atau keseluruhan Islam
8.       Mencintai dunia melebihi akhirat
9.       Menghina apa-apa sahaja daripada Kitab atau Sunnah 
10.   Menghalal apa yg Allah haram dan mengharam apa yang Allah halal
قَالَ الشَّافِعِيُّ قَدَّسَ اللَّهُ تَعَالَى رُوحَهُ : أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ
Kata Imam al-Syafi’i : " Telah sepakat sekelian orang Islam bahawa sesiapa yang telah jelas kepadanya Sunnah Rasulullah SAW, tidak patut untuk dia meninggalkannya kerana kata-kata / pendapat seorang pun dari kalangan manusia".
11.   Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja 
12.   Mengambil orang kafir dan munafiq menjadi pemimpin selain orang-orang beriman 
13.   Tidak beradab dengan Rasulullah SAW
14.   Apabila dikaitkan sesuatu dengan Allah, memandang hina akan perkara tersebut 
15.   Mendakwa al-Quran ini ada tafsiran batin, bukan zahir berdasarkan dhauq, ilham, kashaf 
16.   Ma’rifatulLah (mengenal Allah) dengan cara yg salah, ingkar sesuatu daripada sifatnya, namanya atau perbuatannya
17.   Mengenali Nabi dengan cara yang salah atau tidak percaya baginda merupakan contoh terbaik insan
18.   Mengkafirkan Muslim, menghalalkan darah mereka
19.   Pelaksanaan ibadah dengan diniatkan selain Allah atau tidak mengikut petunjuk Nabi seperti bertawaf selain di Kabah atau bid’ah dalam ibadah.
20.   Syirik kecil seperti riyak (untuk dilihat), sum’ah (untuk orang dengar) hubb al-syuhrah (hendak kemasyhuran). Syirik kecil tidak membatalkan syahadah sebaliknya membatalkan amalan yang dibuat / tidak mendapat pahala amalan.
Dalil : Akulah yang paling kaya daripada semua syirik. Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang dia syirikkan yang lain dengan Aku, Aku tinggalkan dia bersama syiriknya”. – Hadith riwayat Muslim

Gambar Yang Ingin Kita Lihat... PRK KAJANG AKAN MENCERITAKAN SEGALANYA..!!!

Written By canang on Rabu, 12 Februari 2014 | 2/12/2014 08:05:00 PG

Gambar Yang Ingin Kita Lihat... PRK KAJANG AKAN MENCERITAKAN SEGALANYA..!!!

Salute pada masyarakat Cina yang sudah berpatah arang untuk memberi sokongan pada BEE END. Yang nyata belum pernah dilihat logo UMNNU ditampalkan diwajah mereka . Namun kini semuanya telah berubah masyarakat Cina begitu berbangga dengan logo PAS diwajah mereka.Jika dulu mereka menyokong secara senyap dan rahsia namun suasana sudah berubah tanda kebencian kepada regim pemerintah. PASTINYA PADA PRK KAJANG NANTI ORANG CINA AKAN MENUNJUKKAN PROTES SECARA BESAR2AN UNTUK MEMBERI PENGAJARAN PADA BEE END BAHAWA POLITIK PERKAUMAN DAN AGAMA AMAT DIBENCI OLEH SEMUA KAUM....

Pelakon Anzalna Nasir nyaris dijual di Thailand dan Singapore



Pelakon Anzalna Nasir nyaris dijual di Thailand dan Singapore - Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki dikenali Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan. Perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Hanya berbekalkan kata-kata dan janji-janji manis, ramai artis wanita tempatan ditipu ribuan ringgit termasuk penerbit dan pengarah terkenal, Raja Azmi.

Di sebalik ramai artis wanita yang ditipu, ada juga antara mereka yang tidak mudah percaya dan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Salah seorang daripada mereka ialah pelakon Anzalna Nasir.

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

"Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi."

"Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia ‘propa’ sangat bila bercakap."

"Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya."


Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.

Gambar berkepit Anzalna Nasir dengan kekasih baru




Gambar berkepit Anzalna Nasir dengan kekasih baru - Nampaknya pelakon antagonis drama adam dan hawa, Anzalna Nasir (24), tidak segan silu memuatnaik beberapa gambarnya yang sedang berkepit dengan kekasih baru. Buah hatinya, Hanif Zaki (24) kelihatan begitu kacak dan macho. Sebenarnya, Anzalna Nasir dan Hanif Zaki sudah berkenalan sejak lima tahun lalu namun hanya menjadi pasangan kekasih pertengahan tahun lepas, 2012. 
Sebagai info korang, Anzalna Nasir merupakan bekas finalis Dwi Remaja 2010. Beliau sering melakonkan watak jahat atau antagonis dalam kebanyakkan drama yang dibintanginya sehingga persepsi negatif masyarakat ke atasnya sukar dikikis. Jom tengok beberapa gambar mesra Anzalna Nasir dan Hanif Zaki. - Miraakim









 
 Jawapan untuk persoalan Prof Agus
Posted on Tuesday, February 11 @ 21:51:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PROF memulakan tulisan dengan berkata bahawa seorang rakannya bertanya apakah Pas masih perlu memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tewas di PRK Kajang.

Prof, sebenarnya soalan ini tidak berbangkit. Pas ingin mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor meskipun apa jua keputusan yang dicatatkan PKR di PKR Dun Kajang.

PRK Kajang telahpun menyebabkan PR berdefisit lagi daripada sudut persepsi rakyat terhadap kemampuan tiga parti untuk bekerjasama.

Niat baik Pas supaya jawatan menteri besar dikekalkan di tangan Abdul Khalid meskipun apa jua keputusan PRK Kajang adalah untuk mengelakkan defisit keyakinan awam terhadap kebolehan kerjasama antara Pas-DAP-PKR semakin mendalam.

Jika Anwar tewas di Kajang, Selangor tidak akan menjadi Dun tergantung walau macammanapun. Ini kerana Abdul Khalid akan meneruskan kerjanya sebagai menteri besar sebagaimana yang diharapkan Pas dan juga DAP, kerana Anwar sudah tewas.

Prof, sebenarnya tidak pernah timbul persoalan Pas tidak mahu PKR menjadi Menteri Besar Selangor.

Pas mahukan Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar untuk mengelakkan polemik Selangor berterusan yang akhirnya menguntungkan Umno. Abdul Khalid adalah orang PKR.

Itu sahaja pendirian Pas.

Namun Prof, apa pula yang bakal berlaku sekiranya Anwar memenangi PRK Kajang?

Jika benar telahan Prof bahawa DAP dan PKR akan menggunakan undi majoriti di Dun untuk menukar Menteri Besar Selangor tanpa persetujuan Pas, maka ini telah melanggar prinsip konsensus yang dipersetujui antara tiga parti, di mana apa-apa jua keputusan politik mesti mendapat persetujuan ketiga-tiga parti.

Sekiranya perkara yang menyedihkan ini berlaku, bukan Pas yang membelakangkan perjanjian, tapi DAP dan PKR. Dan langkah ini mempunyai potensi besar untuk membawa kehancuran kepada PR.

Dun tergantung tidak akan terjadi dalam episod ini.

Selangor masih akan mendapat menteri besar yang baru jika ini berlaku. PKR dan DAP masih boleh memerintah dengan lebihan dua kerusi.

Prof bertanya apakah Pas akan kekal kuat tanpa PR. Persoalan yang sama juga boleh ditanya ialah apakah kerajaan yang dibentuk hanya dengan gabungan PKR dan DAP ini cukup kuat tanpa Pas?

Lihatlah komposisi kaum yang membentuk kerajaan Selangor dengan hanya gabungan PKR dan DAP. Ia akan mirip kerajaan PR Perak yang tumbang lima tahun lalu. Apakah kerajaan ini akan stabil dan diterima orang Melayu, yang menjadi majoriti di negara ini?

Itulah bahayanya langkah menukar Menteri Besar Selangor ini. Ada yang berkata, ini mudah, kalau Pas bersetuju untuk menukar Menteri Besar  Selangor. Sebenarnya ia lagi mudah sekiranya PKR menyelesaikan masalah dalaman secara dalaman tanpa mengubah kedudukan Menteri Besar Selangor. Semua parti tidak perlu berkempen, dan berdepan dengan masalah defisit keyakinan rakyat akibat kemelut ini.

Pas cuma tidak mahu PR diheret bertembung dengan istana hanya kerana hasrat satu parti untuk menukar seorang Menteri Besar Selangor, yang sehingga kini tidak dapat dinyatakan apa kelemahannya. Bertembung dengan istana, pada Pas, akan merugikan PR secara keseluruhannya dari sudut persepsi orang Melayu pedalaman.

Kalau Umno akur dengan pilihan Sultan Terengganu untuk memilih Datuk Seri Ahmad Said dan tidak Datuk Seri Idris Jusoh, terpaksa menerima pilihan Sultan Perlis untuk menolak orang besar Umno Tan Sri Shahidan Kassim, apakah alasan PR untuk tidak menghormati istana untuk mengekalkan Abdul Khalid dan bertegas inginkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor?

Susah sangat nak dihujahkan.

Sekiranya pertukaran Menteri Besar Selangor masih berlaku tanpa persetujuan Pas dan pengkhianatan kepada janji perlunya konsensus ketiga-tiga parti, ia adalah amat malang. Jika betul ia berlaku, susah dijangka apa yang akan berlaku selepas itu. Apakah itu akan membawa titik nokhtah kepada setiakawan di dalam PR?

Namun, semua ini dapat dielakkan dengan mengekalkan kerusi MB di tangan PKR tanpa sebarang perubahan meskipun PKR tewas di Dun Kajang. Iaitu Abdul Khalid Ibrahim terus menerajui Selangor.

Pas mudah menjadi punching bag apabila mereka tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang melibatkan PR, meskipun bukan mereka yang membuat silap.

Tapi jangan pandang rendah dengan Pas hanya kerana Pas kurang bersuara.

Ketika pemimpinnya bersuara sumbang dan merugikan Pakatan Rakyat, Pas berani membuang Hasan Ali dan perwakilan PAS berani menukar Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden. PAS yang selalu dituduh konservatif mengekalkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden untuk dua penggal berturut-turut.

Ini semua menandakan Pas sudah matang dan lebih arif berpolitik.

Pas juga pentingkan setiakawan. Pas juga tahu pentingnya Pakatan Rakyat. Pas harapkan rakan-rakannya saling mempercayai, boleh dipercayai dan melengkapkan.

Tapi ini tidak bermakna, setiap kali, Pas terpaksa akur dengan perkara yang silap kononnya demi ‘kepentingan’ PR walhal ia adalah alasan untuk menutup bau bangkai rakannya.

PRK Kajang telahpun terjadi. Dan Pas telah berjanji akan membantu PKR sepenuh hati atas semangat PR. Cuma isu jawatan Menteri Besar Selangor, Pas meminta jangan dijadikan polemik selepas ini meskipun apa yang terjadi di Kajang. Biarlah ia kekal di tangan PKR, di tangan Abdul Khalid. Status quo, jangan buat polemik baru. Cukuplah polemik Kajang.

Jadi Prof, siapa yang tidak konsisten dalam kemelut ini?

Persoalan yang lebih besar untuk disemak Prof ialah siapa yang ingin menukar Khalid? DAP? Pas? Atau PKR sahaja? Atau segelintir pemimpin di dalam PKR sahaja?

Mengapa?

Maaf sekiranya ada salah silap menulis dalam tulisan ini.



Timmy Say
SINAR HARIAN




Tiada ulasan: