Sabtu, 8 Februari 2014

JANGAN BERPOLITIK SYOK SENDIRI

Saturday, 8 February 2014

DR AFIF BAHARDIN EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TELAH MENGUMUMKAN MENAWARKAN DIRI BERTANDING TIMBALAN KETUA AMK PUSAT BERGADINGAN DENGAN YB AMIRUDDIN SHARI ADUN BATU CAVES.



Sebentar tadi
Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Seberang Jaya, YB Dr. Afif Bahardin telah mengumumkan untuk menawarkan diri sebagai calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat dan akan bergandingan dengan YB Sdr Amiruddin Shari ADUN Batu Caves sebagai calon Ketua Angkatan Muda Keadilan


Kini sudah ada dua set yang di tawarkan kepada anggota KEADILAN untuk memimpin AMK . Hanya YB Nik Nazmi masih belum mengumumkan siapakah regunya.

Saturday, 8 February 2014

ISU SIAPA LAYAK MENJADI MB SELANGOR SELEPAS PRK KAJANG???? .... KUPASAN TANPA BIAS PROF AGUS YUSOFF.



MENGAPA PAS TIDAK MENJADI MB SELANGOR?

Seorang rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah PAS memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?

Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, PAS merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. PAS lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi DUN semuanya, PAS perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.

Adakah PAS mempunyai kerusi sebanyak itu? PAS tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika PAS bergabung dengan BN (UMNO) pun, PAS akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.

Tapi PAS tidak berbaik dengan BN. Kawan PAS dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.

Maka, apa lagi isunya yang PAS tidak puas hati? Apakah kerana DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB, maka kita boleh katakan DAP membuli PAS? Saya tidak nampak begitu.

Oleh itulah, jika PAS tidak berpuas hati dalam soal calon MB ini, PAS jangan menyokong calon PKR menjadi MB. Jika itu berlaku, maka hanya DAP dan PKR sahaja yang perlu mendapat 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika DS Anwar Ibrahim memang dalam PRK Kajang nanti, maka PKR dan DAP masih lagi mempunyai suara majoriti untuk mencalonkan MB mereka.

Tetapi sekiranya DS Anwar Ibrahim tewas dalam PRK Kajang dan PAS tidak menyokong calon PKR untuk menjadi MB, maka kedudukan kerusi ialah 28 kerusi bagi DAP dan PKR, PAS 15 kerusi dan BN 13 kerusi.

Jika ini berlaku, maka yang pasti ialah akan berlakunya DUN yang tergantung. Apabila berlaku DUN yang tergantung, siapakah yang layak menjadi MB Selangor? Jawapan kepada pertanyaan ini telah saya bincangkan dalam posting saya bertarikh 2 Mei 2013 mengenai parlimen tergantung.

Satu pertanyaan menarik sebelum saya tutup perbincangan ini ialah, puas hatikah PAS apabila calon PKR tidak lagi menjadi MB Selangor? Puas hatikah PAS apabila wujudnya DUN tergantung di Selangor? Apakah PAS merasakan kedudukan mereka akan kekal kuat tanpa kerjasama dalam PR?

Aduhai, sikap pemimpin politik kita sukar untuk kekal konsisten.
Zahid Hamidi tidak setuju anak perempuannya bertanding PRK Kajang
pada 08-02-2014 04:02 
Post Pic
 
KAJANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan hasrat anak perempuannya untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
 
Anak beliau Nurul Hidayah hari ini dilapor Sinar Harian berminat untuk bertanding, namun Ahmad Zahid berkata kerusi tersebut adalah milik MCA.
 
"Itu adalah kerusi MCA. Kita perlu hormat MCA," kata menteri tersebut semasa sidang media selepas menghadiri majlis di penjara Kajang hari ini.
 
Ahmad Zahid bagaimanapun mengakui anak perempuannya tersebut adalah ahli Umno tetapi tidak bersetuju jika anaknya tersebut mahu terlibat dalam politik.
 
"Dia tidak perlu terlibat dalam politik.
 
"Ya, dia ahli Umno di Bagan Datoh," kata Ahmad Zahid sambil ketawa, merujuk kepada kerusi Parlimen yang disandang beliau.
 
Nurul Hidayah dilaporkan berkata menyerahkan keputusan penuh kepada parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletaknya sebagai calon ataupun tidak.
 
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
 
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
 
 


KUALA LUMPUR: Pengumuman Kerajaan BN membekukan kenaikan tol pada tahun ini tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup rakyat ketika ini, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat pula yang harus menanggung kos RM400 juta yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya sebagai pampasan.  

"Dulu kerajaan kata tarif elektrik dinaikkan, subsidi minyak dan gula dikurangkan untuk buat projek yang lebih diperlukan tetapi sekarang daripada subsidi yang ditarik, semuanya untuk bayar kepada syarikat konsesi sebanyak RM400 juta.

"Tol yang paling besar bagi rakyat ialah BN," kata beliau sewaktu bercucap di Pelancaran Roadshow Kempen Jom Turun di Desa Pandan, dekat sini malam tadi.

Beliau juga berkata, dalam isu kenaikan harga barang, Kerajaan BN tidak dapat memahami masalah rakyat sebaliknya bertindak menyalahkan peniaga kerana didakwa sengaja menaikkan harga barang.

Tindakan pemimpin BN memantau harga barang di pasar-pasar adalah bermusim dan tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

"Menteri turun ke pasar-pasar tak selesai masalah kenaikan harga barang, yang pasti perbelanjaan dia turun melawat pasar kita yang tanggung.

"Menteri kata peniaga, orang tengah jahat (naikkan harga barang) nak bagi rakyat marah kepada pembangkang. Yang disalahkan pemborong, peniaga dia kata tak ada tolak ansur, tindakan akan diambil.

"1.6 juta peniaga kecil dikambing hitam oleh BN kerana isu kenaikan harga barang. Sedangkan punca kenaikan harga barang ialah kenaikan harga minyak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Secara sinis beliau berkata, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata harga kangkung turun, namun tinjauan yang dibuat di pasar raya di Alor Setar tidak menggambarkan keadaan tersebut.

"Harga kangkung di Alor Setar RM4 sekilo, itu di Pasar Raya Giant milik Syed Mokhtar iaitu pasar raya yang masuk dalam kempen yang dilancar Perdana Menteri iaitu kempen turun harga barang besar-besaran tapi dalam pasar raya ini baru 3 hari lepas harga kangkung RM4 dan di Tesco RM2.90," katanya lagi.

Justeru katanya, BN merupakan Juara Maharaja Lawak Malaysia kerana sering mempermainkan rakyat.

"Ramai yang minat Bocey, Sepahtu, Jambu, Shiro dan Nabil tapi mereka lupa ada satu lagi yang pasti lawak walaupun tak masuk final tapi dia pasti johan Maharaja Lawak Malaysia iatu BN," katanya disambut ketawa hadirin.

Dalam majlis tersebut juga turut dilancarkan kempen tolak harga barang naik peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinamakan Serik, dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzzaman Mohamed.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy akan meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan dan Dewan Negara pada Isnin ini.
  
Setiausaha Hindraf P. Ramesh dalam kenyataannya hari ini berkata Jawatankuasa Pusat Hindraf sebulat suara memutuskan supaya Waytha Moorthy, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meletakkan jawatannya pada Isnin.
  
Hindraf menandatangani satu memorandum persefahaman dengan kerajaan pada 18 April tahun lepas dalam usaha menyelesaikan masalah sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.
  
Ramesh mendakwa Hindraf sudah berputus asa meneruskan usaha itu selepas lapan bulan Waytha Moorthy menerima jawatan kerajaan untuk menerajui pelaksanaan perjanjian itu.
  
"Satu-satunya kekesalan Hindraf ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini. Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka," katanya. – Bernama
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan organisasi yang mendakwa membela Islam dan Melayu agar tidak melakukan sesuatu yang menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Islam.

“Malah ia menunjukkan tindakan melanggar adab Islam boleh mendatangkan fitnah kepada masyarkat Islam dan Islam itu sendiri,” kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, betapa marah sekalipun terhadap perlakuan pihak lain tidak boleh menjadi alasan untuk menunjukkan kelakuan melampau yang tidak diajar dalam Islam.

“Sesungguhnya tingkah laku orang lain tidak boleh menjadi pedoman kepada kita melakukan sesuatu yang sama atau melampau sebagai tindak balas,” ujarnya lagi.

Katanya, kelakuan seperti yang ditunjukkan oleh beberapa NGO dan perkumpulan Melayu itu tidak boleh mendakwa mewakili NGO Islam, jauh sekali mewakili bangsa Melayu mahupun Islam.

Lebih parah lagi, ujar beliauperbuatan itu menonjolkan sikap nasionalisme yang menyimpang dari kehendak Islam dan boleh menimbulkan kebencian orang lain terhadap Islam.

“Kami berpandangan umat Islam dinegara ini tidak memerlukan perjuangan seperti yang ditunjukkan oleh kumpulan tersebut kerana betapapun kemarahan meluap-luap ia tidak boleh mendakwa memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurutnya lagi, menghalalkan perbuatan batil untuk mencapai matlamat yang sah adalah tertolak sementara melakukan kemudaratan kecil untuk mengundang kemudaratan lebih besar sama sekali tidak boleh diterima.

“Kami menggesa supaya perjuangan memperkukuhkan status bangsa dan Islam jangan dicemari oleh perlakuan yang tidak senonoh,” katanya.

Justeru, kata beliau semua pihak mesti menunjukkan kematangan yang lebih dihormati berdasarkan ilmu dan hujah yang kukuh, bukan dengan cara yang bersifat cabar mencabar serta membakar emosi yang tidak bermanfaat.

Menurutnya, menunjukkan sifat ranggi dan samseng bukan cara orang Melayu yang diasuh oleh perjuangan Islam yang tulen.

Tegasnya, perjuangan Melayu yang berteraskan nasionalisme cauvinis tidak boleh mewakili perjuangan Islam yang mulia.

“Kami menggesa pihak berkuasa tidak memandang ringan intimidasi yang merbahaya dan boleh mencetus ketegangan antara kaum,” ujarnya.

Beliau menambah, perbuatan seperti yang ditunjukkan oleh pihak berkenaan adalah resepi untuk mencetus keganasan yang tidak boleh dikompromi.
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling sejumlah bahan letupan dipercayai mercun hingga mengakibatkan kerosakan di sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah di sini, awal pagi tadi.
  
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tindakan itu dilihat sebagai cabaran  melampau pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya yakin polis mempunyai mekanisme untuk menjalankan siasatan dengan  teliti dan memastikan pelakunya diberkas secepat mungkin. Saya difahamkan keadaan adalah terkawal serta tiada keresahan atau kesan lain," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Terdahulu, beliau melawat dan mendengar taklimat ringkas daripada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh mengenai insiden berkenaan.
  
Ketika kejadian 4.50 pagi itu, empat anggota polis sedang bertugas. Tiada yang cedera namun kerugian dianggarkan antara RM10,000 dan RM15,000.
  
Sementara itu, Nasir berkata polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa premis berdekatan balai itu untuk mengenal pasti  suspek.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.
  
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta  menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) DSP Aziz Ahmad 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama

Tiada ulasan: