Pusat panggil Selangor tandatangan MoU saat akhir
Posted on Friday, February 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu
SHAH ALAM:
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengakui kerajaan
Pusat memanggil kerajaan Selangor hadir ke Putrajaya bagi
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam notis yang singkat.
Exco
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah
Ali berkata, kerajaan Pusat membuat keputusan saat akhir memaklumkan
bersetuju dengan perjanjian itu dan mahu memeterainya.
“Kita
(Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu. Malah kita juga
dah sediakan pelan peruntukan RM9.6 bilion bagi projek Langat 2.
“Pusat
yang selama ni tak berapa nak mahu,” katanya kepada FMT selepas upacara
solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.
Selangor
dan Pusat semalam menandatangani MoU bagi membolehkan kerajaan negeri
mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn
Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar
Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).
MoU
ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk
Seri Dr Maximus Ongkili dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta beberapa
menteri Kabinet dan Exco Selangor.
Pengambilalihan ini dijangka
selesai dalam tempoh tiga bulan dan empat syarikat terbabit akan
diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air dibawah Kumpulan Darul
Ehsan Berhad (KDEB), iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.
Bagaimanapun,
Abdul Khalid memberi jaminan ia hanya melibatkan pengambilalihan
pegangan ekuiti serta tangggungjawab sahaja dan tidak melibatkan
pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.
Melalui MoU, KDEB akan
membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi
terbabit manakala Kerajaan Persekutuan pula perlu menyuntik RM2 billion
untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham.
Sebagai
balasan, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk
pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).
Sementera
menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor perlu melaksanakan tiga
tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi.
Antaranya,
menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan
Pusat, memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di
Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700
Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada tahun 2050.
Selangor
juga perlu menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33%
kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.
Namun,
Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya
semalam berasa terkejut dan mengakui tidak dimaklumkan mengenai
pertemuan dan MoU itu.
“Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini.tetapi tidak yang terakhir ini,” katanya.
Sementara
itu, Halimah berkata pihaknya selepas akan mengadakan beberapa siri
solat hajat memohon agar diturunkan hujan berdasarkan respon yang
diterima.
“Mungkin ada solat di empangan,” katanya.-fmt
GST : Ahmad Maslan Cuba Perbodohkan Rakyat Lagi
Posted on Thursday, February 27 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Agak-Agak
lah Ahmad Maslan kalau ya pun lu nak MENGAMPU untuk mendapat Jawatan
MENTERI Penuh, MENTANG-MENTANG lah Ulul Amri lu akan membuat ROMBAKAN
KABINET waaaahhhh lu punya AMPU betul-betul tahap Orang GILA NAK MAMPOS
beb.
Lu tahu tak Ahmad Maslan hanya Orang Gila Nak Mampos aje
yang sanggup PUJI DIRI dengan AYAT Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang
Sebaik BN (BARANG NAIK @ BINI NAJIB)... kah kah kah!.
Memang
BETUL Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang Sebaik BN dalam MEROMPAK DAN
MENYAMUN HARTA RAKYAT dari DULU KINI dan SELAMANYA, disamping mempunyai
Pemimpin yang BERTARAF DUNIA BOROS BERBELANJA. Sebab itu NILAI MATA WANG
Malaysia yang KAYA dengan HASIL BUMI tetapi KALAH dengan Negara yang
AIR untuk MINUM pun terpaksa DIBELI dari Kita, kerana apa kerana Pandai
nya Umno And The Gang Memerintah... kah kah kah!.
Berkenaan GST
yang dikatakan akan MENURUNKAN HARGA BARANG selepas satu Tahun ianya
berjalan, tak sudah-sudah lu cuba MENIPU RAKYAT ya Ahmad Maslan, Lu
kalau dengan Kebanyakkan Ahli Umno boleh lah lu TEMBERANG beb. Sebab dia
orang Kebanyakkan nya sudah GELAP HATI untuk menerima Kebenaran hingga
untuk membezakan Harga Barang Naik dengan Harga Barang Turun pun dia
orang sudah TAK MAMPU, apa lagi kalau lu Temberang pasal GST beb.. kah
kah kah!.
Nama nya saja sudah GST iaitu yang T tersebut dalam
BAHASA BAPAK UMNO adalah TAX yang bermakna CUKAI, lu FAHAM tak apa makna
nya Cukai tu Ahmad Maslan. Seperti yang selalu dikatakan Cukai Pintu,
Cukai Tanah, Cukai Import, Cukai Export atau pun Cukai Pendapatan.
Jangan pulak lu ingat Cukai tersebut adalah seperti CHUKAI yang ada di
Negeri Menteri Besar nya baru balik dari LAWATAN SAMBIL BELAJAR di Benua
Antartika tu pulak beb... kah kah kah!.
Kalau dah nama nya Cukai
mana ada ianya MENGURANGKAN HARGA sesuatu yang dikenakan Cukai Ahmad
Masalan oiii... kecuali lah PENGHAPUSAN CUKAI itu baru dikatakan boleh
MENURUNKAN Harga sesuatu Barangan. Tapi kalau lu bercakap dengan sesama
Umno And The Gang mungkin lah boleh dia Percaya cakap lu tu atas sebab
antara ialah seperti kata Tun Mahathir iaitu "Sudah Berpuluh Tahun Yang
Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" mungkin lu salah seorang dari nya... kah
kah kah!.
Lagi satu Ahmad Maslan rasa nya TAK SESUAI lah beb bila
dikatakan yang Kerajaan BN (BARANG NAIK @ BINI NAJIB) akan menjadi
Kerajaan BARANG TURUN (BT) dari segi namanya, kecuali ditukar nama BN
tersebut kepada BT. Tapi kalau ditukar pulak nama BN kepada BT terpaksa
tukar nama BN (Barisan Nasional) kepada apa ya Ahmad Masalan, ok lah
biar gua Fikir-Fikirkan nama apa yang sesuai dengan BT tu... kejap ya
Ahmad Maslan gua FIKIRKAN DULU ok... kah kah kah!.
Setelah gua
Fikir-Fikirkan dan untuk BERLAKU ADIL kepada BN yang dulu singkatan
daripada Barang Naik @ Bini Najib, dengan rasa RENDAH DIRI, TANPA
PREJUDIS, TANPA BIAS dan TANPA WAS-WAS maka gua dapat IDEA untuk TUKAR
nama BN tersebut yang lu katakan sebagai Kerajaan BARANG TURUN (BT).
Rasa-rasa nya lu akan terima tak apa yang gua CADANGKAN ini Ahmad
Maslan, gua tak kenakan apa-apa Bayaran atau pun WANG EHSAN BAWAH MEJA
beb... kah kah kah!.
Gua IKHLAS lah Ahmad Maslan, lu tengok aje
Blog gua pun sudah cukup beb, mana ada satu IKLAN yang gua TARUK. Jadi
jangan Risau tentang Bayaran kerana ianya PERCUMA atau dalam Bahasa
Bapak Umno dikatakan sebagai FREE OT CHARGE (F.O.C). Cerita banyak pun
tak guna SEMPENA untuk MEREALISASIKAN perkataan Kerajaan BARANG TURUN
(BT) selepas satu Tahun apabila GST dijalankan seperti kata lu, apa kata
Tukar nama Barisan Nasional (BN) kepada Barisan TOTOL (BT)... kah kah
kah!. sumber klik sini
hemmmmm.....
orang jawa dikatakan seperti orang cina gak beb iaitu kebanyakkan nya
cerdik... tapi jawa seorang ni adalah antara jawa bodoh berlagak pandai
sama seperti herman tino tu... kah kah kah... A B U."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Thursday, February 27 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memothursday, 27 February 2014
KEJUTAN MALAM JUMAAT !! ANWAR IBRAHIM BUKAN CALON PRK KAJANG !
Memang aku terkejutlah ! Aku rasa orang lain yang dengar pun terkejut jugak. Dah riuh satu dunia, dah berjalan satu Kajang, dah masuk gereja, dah masuk kuil dah masuk tokong, tiba tiba Anwar Ibrahim buat keputusan nekad, tidak menjadi calon PKR dalam PRK yang tak lama lagi akan berlangsung.
Bukan pasai satay, saja hiasan
Terdapat beberapa asas kepada keputusan berat ini.
1. Kajian sikap yang dibuat terhadap pengundi Kajang menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim sangat rendah. Kajian ini dibuat oleh Jentera Wanita PKR sendiri.
2. Pengundi Cina tidak menyatakan komitmen untuk menyokong Anwar. Risikan mendapati Cina mula terasa kesan beberapa tindakan kerajaan khasnya dalam mengawal harga barang. Monopoli Cina yang dipecahkan dalam perniagaan keperluan asas, benar benar mengejutkan golongan ini.
3. Jangkaan Anwar bahawa Tan Seri Khalid akan menyerah ternyata meleset. MB Selangor mendapat sokongan hampir bulat kakitangan awam Selangor dan rakyat Selangor dan dengan sendirinya penolakan berlaku terhadap Anwar.
4. Penyokong PAS yang dari awal tidak gembira dengan apa yang berlaku, semakin marah kerana beranggapan saman terhadap Presiden mereka adalah perancangan Anwar Ibrahim dan ini merosakkan imej Haji Hadi.
5. Konflik dalam PKR semakin parah. Selain Azmin timbul pula nama nama baru seperti Hishamuddin Rais, Zaid Ibrahim dan beberapa nama lain.
6. Yang terakhir ialah faktor calon wanita yang diletakkan MCA dipercayai akan memberi kesan terhadap pengundi wanita yang terdiri daripada lebih 60%
Begitulah yang aku dengar dari Kajang. Dan yang bercakap ini adalah seorang tokoh di Kajang yang aku yakin kebenarannya...Tunggulah..
Bukan sebarang tidur
Sumbang Mahram - Ibu Dan Anak Mati Melekat Akibat Berzina
Kes persetubuhan ibu dan anak yang
tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo.
Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal
dunia masih menjadi pertanyaan.
Menurut
maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang
berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di
bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.
Ada desas desus
yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum
meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan
anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan
pembedahan untuk memisahkan keduanya.
Pembedahan itu
terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritikal. Doktor
tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.
Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluarga secara tertutup.
Haram undi Anwar Ibrahim di Kajang... kata Ustaz Mohd Syamsul
Posted on Thursday, February 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dengan bersandarkan beberapa hujah yang dibacanya dari media-media yang ditunggang oleh UMNO/BN, Ustaz Mohd Syamsul ni mengeluarkan satu resolusi bukan fatwa katanya.
Tulis Ustaz ini dalam satu status di Facebook miliknya "Resolusi NGO Suara Pondok Kelantan menyebut "Adalah bermula Pengundi Islam di Kajang hendaklah ia barang mengetahui bahawasanya Haram mengundi Anwar Ibrahim pada musim ini di atas 3 sebab musabab.-
(1) Adalah lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel.
(2) Adalah menyokong saki baki sejenis kaum Nabi Lut as.
(3) Adalah ianya bersetuju kesamarataan Ugama.
Bagi tuduhannya yang pertama iaitu Anwar secara lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel ianya adalah berdasarkan apa Anwar pernah berucap di Eropah dan katanya2 ditulis dlm Majalah "Wall Street Journal" milik Dow Jones and Company.
" I Support all efforts to protect the security of The State of Israel."(Sy menyokong sebarang usaha utk menjaga keselamatan Israel.)
Maka ayat Al Maidah ayat 82 digunakan untuk mempertahankan hujjahnya itu.. Allah swt berfirman,"Nescaya kamu akan dapati permusuhan yg paling kuat di kalangan manusia terhadap org beriman ialah org2 Yahudi".
Al Baqarah ayat 120(Dan tidak akan redha kpd kamu org2 Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah(cara kehendak) mrk.")Jelas firman Allah Yahudi adalah musuh Islam.
Hakikatnya apa yang Anwar ucapkan “..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
Manakala bagi tuduhannya yang kedua pula tak ada sebarang hujah yang dikemukakannya jadi ianya lebih kepada satu fitnah..
Tapi ada juga dia jawab dalam Facebook dia.. tulisnya "PKR Bangi dlm twitnya mengishtiharkan "Kami tetap menyokong Ds Anwar Ibrahim walaupun dia seorang gay.
Kalau inilah hujahnya maka malanglah sesiapa yang menjadi pengikut Ustaz ini.. benda macam tu pun dia boleh jadikan sandaran untuk mengeluarkan resolusi...
Bagi tuduhan yang ketiga pula baca apa AmenoWorld jawab di ( SINI )
Cadanngan aku buat Ustaz ni.. sebelum nak keluarkan fatwa atau resolusi tentang apa sekalipun, bersandarlah kepada fakta, jangan bersandar kepada Utusan Malaysia dan lain-lain media yang dikawal UMNO/BN semata-mata..
Mungkin sebab kalah dalam PRU baru-baru ini fikirannya dah bercelaru sebagaimana yang dikatakan oleh Hazmi Hanipa "kawe nmpk sbb utama kekalahan demo pru baru2 ini ada bnyk sngt merapu..kene muhasabah lah tu akhi..-AnakSgDerhaka

Iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami
Posted on Thursday, February 27 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami
Tujuan
Garis Panduan Ber`iddah Bagi Wanita Yang Bercerai atau Kematian Suami disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh `iddah menurut tuntutan syarak.
Pendahuluan
2. Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian. Selain daripada itu, satu lagi perkara penting bagi seorang isteri yang diceraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh mereka.
3. Dalam perkara ini, `iddah turut tidak terkecuali bagi seorang wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib menempuh tempoh `iddah tertentu dan berkabung atas kematian tersebut.
4. Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh `iddah sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita ber`iddah atau berkabung. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, ia turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing dan dipandu dengan sebaiknya, masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam, bahkan menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.
Kandungan Garis Panduan
5. Garis panduan ini memberi penjelasan mengenai batas hukum yang perlu dipatuhi oleh seorang wanita yang sedang berada dalam tempoh `iddah supaya kehidupan mereka sepanjang tempoh tersebut selari dengan tuntutan Islam dan mengelakkan berlakunya sebarang fitnah serta tohmahan yang tidak diingini. Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut:
a. Tafsiran.
b. Hukum `iddah dan berkabung.
c. Dalil-dalil pensyariatan `iddah.
d. Dalil-dalil pensyariatan berkabung.
e. Hikmah `iddah.
f. Jenis dan tempoh `iddah.
g. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak raj`ie.
h. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak ba’in.
i. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami.
j. Kesimpulan.
Tafsiran
Tafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini ialah seperti yang berikut:
i. Ajnabi
Tidak mempunyai hubungan kerabat. Orang asing.
ii. Berkabung (Ihdad)
Meninggalkan perhiasan dan seumpamanya bagi wanita yang sedang ber`iddah kerana kematian suami.
iii. Fasakh
Pembubaran perkahwinandengan kuasa pihak pemerintah.
iv. `Iddah
Tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.
v. Istihadhah
Darah yang mengalir daripada faraj wanita dan ia bukan darah haid atau nifas.
vi. Mut`ah
Pemberian sagu hati oleh suami kepada isteri yang diceraikan.
vii. Rujuk
Suami kembali semula kepada isteri yang diceraikan bukan secara talak ba’in, tanpa memerlukan kepada akad baharu.
viii. Suami Hilang (Mafqud)
Terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati.
ix. Talak Raj`ie
Talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh `iddah.
x. Talak Ba’in
Talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu. Talak ba’in terbahagi kepada dua iaitu ba’in baynunah sughra dan ba’in baynunah kubra.
Ba’in baynunah sughraialah perceraian yang berlaku sebelum berlaku persetubuhan sama ada secara talak satu atau dua.
Ba’in baynunah kubraialah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain.
Hukum `Iddah dan Berkabung
i. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
ii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian suami.
Dalil-Dalil Pensyariatan `Iddah
Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mensyariatkan kewajipan `iddah. Antara dalil-dalil tersebut ialah:
i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah masa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).
iii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
iv. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:
Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.
Dalil-Dalil Pensyariatan Berkabung
Terdapat beberapa dalil daripada hadith Nabi SAW yang mensyariatkan kewajipan berkabung. Antara dalil-dalil tersebut ialah:
i. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari.
ii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a., katanya yang bermaksud:
Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni.
iii. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie bermaksud:
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana kematian lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suami, mereka tidak boleh bercelak mata, tidak boleh berinai dan memakai pakaian berwarna-warni.
Hikmah `Iddah
Terdapat beberapa hikmah pensyariatan `iddah kepada wanita Islam. Antara hikmah tersebut ialah:
i. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.
ii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.
iii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.
Jenis dan Tempoh `Iddah
Secara keseluruhannya, sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami. Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempoh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:
i. `Iddah dengan kiraan suci (quru’);
ii. `Iddah dengan kiraan bulan; dan
iii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.
Perincian berhubung jenis dan tempoh `iddah adalah seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Jenis dan Tempoh `Iddah
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie
Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:
i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Talak ayat 1 yang bermaksud:
…Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…
Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.
v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in
Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah:

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
v. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada fitnah.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami
i. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;
ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
ii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
iii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
Kesimpulan
Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.
Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.
Penutup
Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam yang sebenar.
RUJUKAN
TERJEMAHAN AL-QURAN
Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cet. 12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
KAMUS
Muhammad Rawas QalÑah Ji.2006. MuÑjam Lughah al-Fuqaha’.Cet. 1. Beirut: Dar al-Nafa’is.
BAHASA ARAB
`Abd al-Karim Zaidan. 2000. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim fi al-Shari`ah al-Islamiyyah. Juz. 9. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Ibn al-Jauzi, Imam Jalal al-Din Abi al-Farj. 1998. Ahkam al-Nisa’. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
Saleh bin ÑAbd al-ÑAziz bin Muhammad bin Ibrahim. 2000.MawsuÑah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. Cet. 3. Arab Saudi: Dar al-Salam.
Wahbah al-Zuhaily. 1997.Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz. 9. Beirut: Dar al-Fikr.
Wazarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.1993. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 2. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.
__________________________________________. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 29. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.
AKTA
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). 2005. Petaling Jaya: International Book Services.
[1]Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.
sumber

BIL | JENIS `IDDAH | ADA HAID / TIADA HAID/ SEDANG MENGANDUNG | TEMPOH `IDDAH[1] | KETERANGAN |
i. | Bercerai talak raj`ie/ba’in | Ada haid | Tiga kali suci | a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat. c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat apabila datang haid yang keempat. |
ii. | Bercerai talak raj`ie/ba’in | Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain) | Tiga bulan | |
iii. | Bercerai talak raj`ie/ba’in | Sedang mengandung | Sehingga bersalin atau kandungan gugur | Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar. |
iv. | Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi | Ada haid atau tiada haid | Tiada `iddah | |
v. | Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah | a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya. b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah. | Tiga kali suci Tiga bulan | |
vi. | Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Empat bulan sepuluh hari | Kiraan `iddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat. |
vii. | Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Tiga kali suci atau tiga bulan | Kekal `iddah talak ba’in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami. |
viii. | Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Empat bulan sepuluh hari | Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung. |
ix. | Kematian suami | Sedang mengandung | Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur | Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar. |
x. | Suami hilang | Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung | Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. | Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh. |
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie
Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:
i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Talak ayat 1 yang bermaksud:
…Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…
Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.
v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in
Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah:
i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
v. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada fitnah.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami
i. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;
ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
ii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
iii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
Kesimpulan
Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.
Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.
Penutup
Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam yang sebenar.
RUJUKAN
TERJEMAHAN AL-QURAN
Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cet. 12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
KAMUS
Muhammad Rawas QalÑah Ji.2006. MuÑjam Lughah al-Fuqaha’.Cet. 1. Beirut: Dar al-Nafa’is.
BAHASA ARAB
`Abd al-Karim Zaidan. 2000. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim fi al-Shari`ah al-Islamiyyah. Juz. 9. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Ibn al-Jauzi, Imam Jalal al-Din Abi al-Farj. 1998. Ahkam al-Nisa’. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
Saleh bin ÑAbd al-ÑAziz bin Muhammad bin Ibrahim. 2000.MawsuÑah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. Cet. 3. Arab Saudi: Dar al-Salam.
Wahbah al-Zuhaily. 1997.Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz. 9. Beirut: Dar al-Fikr.
Wazarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.1993. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 2. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.
__________________________________________. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 29. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.
AKTA
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). 2005. Petaling Jaya: International Book Services.
[1]Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.
sumber
9 PELACUR YANG PALING POPULAR DI DUNIA (9 GAMBAR)
9. Lulu White
- Dia hidup pada 1900 dan berasal dari New Orleans. Dia bukan hanya
pelacur malah merupakan pemilik pusat pelacuran iaitu Mahogany Hall. Dia
selalu menghabiskan kerja malamnya dengan golongan atasan dan orang
yang paling berkuasa.
8. Nell Gwyn
- Seorang penjual buah yang memberi layanan 'extra' untuk mendapatkan
tip. Akhirnya dia berjaya menawan hati King Charles II dan dijadikan
gundiknya.
7. Cora Pearl
- Dilahirkan di England pada tahun 1835. Dia menggunakan kecantikan dan
bakat sosialnya untuk mencapai kegemilangan walaupun terpaksa menari
bogel dan mandi telanjang dalam champagne.
6. Raquel Welch
- Dilahirkan dengan nama Jo Raquel Tejada di Chicago pada 1940
5. Marilyn Monroe
- Dia memang terkenal dengan
keseksian dan kecantikannya namun ada khabar yang mengatakan dia tidak
perlu bekerja keras untuk mencapai populariti. Kononnya, dia mendapat kira-kira $ 500 sehari "melepak" dengan penerbit dan pengarah dengan melakukan beberapa kerja lucah.
4. Sally Salisbury
- Memulakan 'kerjaya' di
jalanan ketika masih di awal remaja di London pada abad kelapan belas
dan dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi.
3. Calamity Jane
- Dia dikenali sebagai
pengakap dan penembak India, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian,
dia akan 'tidur' dengan koboi di Fort Laramie.
2. Russell Brand
- Dia mempunyai masalah dengan
dadah dan dia juga merupakan escort man iaitu 'pengiring' atau
'pendamping' sebagai kerja part time. Pernah berkahwin dengan Katy Perry
tetapi kini mereka sudah bercerai.
1. Aspasia
- Pelacur yang paling popular di Athens dan hanya melayan serta meniduri orang atasan yang terkenal saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan