Jumaat, 14 Februari 2014

BILA KENA BATANG HIDUNG...BEGITU FITNAH BERLAKU...KERANA MEREKA TAK TAKUT SEKSAAN API NERAKA DISEBABKAN JAHIL DAN SOMBONG

Friday, 14 February 2014


KERANA GAMBAR SUPERIMPOSE INI MB TERENGGANU TAMPIL MEMBERIKAN PENJELASAN SEBENAR.



KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam, kecewa apabila kemudahan teknologi maklumat disalah gunakan pihak dan individu tertentu bertujuan untuk membuat fitnah dan mengaibkan orang lain.

Beliau melahirkan kekecewaan itu apabila sekali lagi menjadi mangsa fitnah trend super impose bersama seorang pelakon wanita, dramatis dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa Mohd Nor yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik di Facebook.

Ahmad ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut, menafikan akaun itu adalah miliknya, dan ia merupakan satu lagi fitnah yang tidak berasaskan ke atas dirinya yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Tahun lepas, saya telah tutup akaun Facebook saya kerana sudah bosan dengan apa yang berlaku (fitnah). Tetapi masih ada lagi yang klon akaun dengan menggunakan nama saya mendaftar dalam laman Facebook.

“Sebelum ini, apabila kita check, ia (Facebook) didaftarkan di US dan Singapura. Tindakan tidak boleh dibuat. Pegawai saya juga telah membuat penafian sebelum ini, bahawa saya tiada akaun (Facebook).

“Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum sahaja bila tengok gambar saya (dengan Neelofa),” katanya yang sempat berseloroh kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival ICT Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu, (TTC), di sini, semalam.

Tahun lalu, Ahmad telah membuat laporan polis berhubung laman Facebook palsu yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik.

Laporan dibuat kira-kira pukul 10.15 pagi pada 17 September itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau, Rosli Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Menurut Rosli yang dipetik berkata, Facebook yang dipalsukan itu lebih kepada penyamaran dan segala maklumat yang dimuat naik dalam akaun itu tidak benar dan lebih parah, ia menimbulkan kekeliruan rakyat di negeri ini.

Rosli memberi contoh pengumuman cuti tambahan selepas cuti Hari Malaysia yang dimuat dalam Facebook itu dan dikesan pihak pejabat Menteri Besar.

“Perkara ini tidak benar sama sekali dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Penyamaran diri sebagai menteri besar di laman sosial ini dan fan page Facebook tersebut telah memanipulasi maklumat pentadbiran kerajaan sehingga mengelirukan rakyat,” katanya selepas laporan itu dibuat di IPD Kuala Terengganu.

Mengenai akaun Facebook terbaharu itu, Ahmad bagaimanapun tidak mahu mengambil serius mengenainya apabila ditanya tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab terbabit.

MOHON SANGAT-SANGAT AGAR CARA INI DI HENTIKAN SEGERA. .. OMAK KAU AMAT-AMAT TIDAK SETUJU MENYERANG PIHAK LAWAN DENGAN MENGGUNAKAN AKAUN DAN GAMBAR YANG DI PALSUKAN.

TIDAK LANGSUNG MEMBERI UNTUNG JIKA MEMPERLAKUKAN SEBEGINI RUPA.

Foto aksi 'mesra' dengan Neelofa, MB T'ganu beri penjelasan


Desperado | 2/13/2014 | 0 comments
KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang terus menjadikan beliau sasaran fitnah termasuk menyiarkan gambarnya berpelukan dengan Neelofa, seorang artis jelita dalam internet.

Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.

"Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat).

"Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja," katanya berseloroh.

Ahmad mengulas paparan 'gambar' beliau bersama Neelofa yang dimuatkan dalam akaun FB yang kononnya milik beliau dan tersebar dalam internet sehingga menjadi bualan ramai.

Friday, 14 February 2014


DI KESAN AKAUN FACEBOOK PALSU TGHA SEDANG GIAT MENYEBAR FITNAH.


Omak Kau mendapat kiriman gambar satu akaun FB palsu dengan menggunakan nama Dato' Seri Presiden PAS TGHA sedang giat dengan ligatnya menyebarkan berita-berita fitnah dengan niat mau menjatuhkan reputasi dan integriti beliau.

Mohon warga siber agar idak terpengaruh dengan dakyah dan taktik jahat lagi jijik ini.

‘SPR buatlah kerja kamu, jangan campuri urusan politik’
Posted on Friday, February 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya lebih menumpukan kepada tanggungjawab sebagai pengendali pilihanraya dan tidak mencampuri urusan politik.

Beliau mengulas berkenaan cadangan SPR yang akan mengkaji undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Katanya, urusan peletakan jawatan seseorang wakil rakyat itu merupakan satu strategi politik dalam menentukan kekuatan sesebuah pasti dan SPR tidak perlu menggangap sebagai satu masalah kerana ia tidak melanggari proses demokrasi negara ini.

"Saya harap SPR lebih faham apa tanggungjawab mereka yang sebenarnya, tidak perlu mencampuri urusan politik dalam sesebuah parti politik.

"Tugas mereka adalah laksanakan pilihan raya yang lebih teratur dan telus, sebaliknya sebuah parti politik itu mempunyai strategi mereka dan jika ada peletakan jawatan wakil rakyat ia merupakan satu usaha untuk memperkuatkan parti.

"Lagipun proses ini tidak bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini, parti mempunyai hak dan selagi ia tidak bertentangan dengan sistem perundangan serta perlembagaan," kata beliau.

Tambah beliau, isu peletakan jawatan ini telah lama berlaku seperti mana peletakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ali di Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat di Parlimen.

Jelasnya lagi, segala perancangan ini merupakan satu proses yang bijak dalam memastikan kekuatan Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Isu ini timbul bila membabitkan Anwar dan jika isu pengunduran Ketua Menteri Sarawak itu lebih awal, maka perkara ini tidak menjadi isu utama sehingga cadangan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat.

"Denda yang ada sekarang sudah memadai untuk dilaksanakan, untuk cadangan baru adalah tidak munasabah," sambung beliau.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mencadangkan hukuman lebih berat itu adalah bagi mengelakkan 'penyakit' meletak jawatan tanpa  sebab 'merebak' kepada wakil rakyat lain, selain dilihat tidak bermoral.

Menurut undang-undang sedia ada, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri, seseorang wakil rakyat iaitu anggota Dewan Rakyat (persekutuan) dan anggota Dewan Undangan Negeri (perlembagaan negeri), akan hilang kelayakan menjadi anggota dewan yang berkenaan selama lima tahun, bermula tarikh peletakan jawatannya.-hd

Pengakuan seorang gadis bercinta dengan abang sendiri di Universiti

Mahasiswi1
Gambar Hiasan
Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.
Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.
Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.
Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.
Sikapnya yang susah mesra membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah menjadi mahasiswi.
Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur, walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri.
Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar.
Saya sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah berjauhan dari ibu kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu selepas ibu berpisah dengan ayah,” ujarnya.
Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.
€œKalau hari kuliah saya tak rasa begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung minggu kerana begitu bosan duduk di asrama. Kawan-kawan ada yang ajak berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka walaupun sekali-sekala saya ikutkan juga ajakan mereka,” imbasnya.
Mengenali Azam
Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya.
Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.
Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut.
€œAzam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.
Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).
€œBanyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.
Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya.
Azam merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa memberangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah ditawarkan pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum menamatkan pengajian lagi.
Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.
Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya.
Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.
Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.
Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.
€œSelepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas bercerai, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya.
Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.
Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu.
Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang,” imbas Aina.
Cuba berkawan
Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya.
Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.
Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu.
€œWalau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.
Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama,” katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan. 
Sudahlah kebebasan media corot, kerajaan larang pula BFM siar wawancara Anwar
Posted on Friday, February 14 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI: Kerajaan BN sekali lagi menunjukkan sikap tidak bertolak ansur kepada kebebasan media, apabila melarang stesen radio Business FM (BFM) menyiarkan wawancara bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wawancara berhubung ‘Langkah Kajang’ itu sepatutnya disiarkan dalam slot ‘Evening Edition’ radio itu.

Namun BFM menerima arahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tidak menyiarkan wawancara itu, lapor Malaysiakini semalam.

Sebelum ini, stesen radio itu turut pernah dilarang menyiarkan wawancaranya bersama Irshad Manji, penulis buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ – buku yang diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2012.

BFM menumpukan siarannya kepada penduduk Lembah Klang dan sekitar, dan pada tahun lalu, dilaporkan 23 peratus sahamnya dibeli The Edge Communications Sdn Bhd – juga pemilik FZ Daily, yang baru sahaja ditarik permit penerbitannya awal bulan ini sebelum sempat menerbitkan keluaran pertamanya.

Beberapa jam sebelum laporan larangan wawancara itu, badan antarabangsa Reporters Without Borders (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Media (FPI) 2014, yang menunjukkan Malaysia jatuh pada kedudukan 147.

Kedudukan itu lebih rendah berbanding kebanyakan negara Asia Tenggara lain, seperti Thailand (130) dan Indonesia (144).

Ia adalah kedudukan terendah Malaysia sepanjang 12 tahun FPI diadakan. Lebih memalukan, negara ketinggalan kepada Myanmar (145) yang sering dikatakan memiliki tahap demokrasi terburuk dunia

Kedudukan Malaysia boleh dikatakan baik pada tahun-tahun awal laporan itu dikeluarkan, dengan mendapat tempat ke 110 pada 2002, 104 (2003) dan dan 92 (2006).

Namun, sejak akhir-akhir ini terutama di bawah pemerintahan Najib, kedudukan negara terus merudum dengan tempat ke 141 pada 2010, 145 (2013) dan 147 (2014).

Wawancara BFM bersama Ketua Pembangkang tersebut berhubung topik hangat Langkah Kajang masih boleh mengikutinya melalui laman web rasmi BFM (www.bfm.my) -roketkini

(Gambar) Yang ketat, singkat dan seksi di Anugerah #MeleTOP


Desperado | 2/09/2014
Anugerah MeleTOP baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Zizan dianugerah sebagai selebriti lelaki paling top manakala Zara Zya pula menang dalam kategori wanita.

Karpet merah masih lagi menjadi tumpuan dengan fesyen-fesyen menarik dari artis-artis terutamanya wanita.

Apa yang dapat diperhatikan, kebanyakan artis-artis lama banyak yang mengenakan pakaian yang agak sopan, labuh dan longgar, mungkin sudah ada kesedaran untuk tampil sedemikian agaknya.

Berbeza dengan artis yang baru nak naik, suam-suam kuku, kehadiran mereka menjadi sasaran lensa, gaya yang ditampil memang agak daring...

PERINGATAN DARI RASULULLAH S.A.W : INILAH GOLONGAN LELAKI & WANITA PENGHUNI NERAKA...

Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Siapa Golongan Dayus..?

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:

“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:

“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:

“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 24, 09 | 12:43:04 pm MYT
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Iklan
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?

( BY : Inspirasi Syakilla )
9:45AM - 14 Feb 2014

Konsensus Nasional 5 tahun di belakang UG


Memacu peradaban negara seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kematangan berpolitik adalah satu tuntutan kontemporari ke arah pembentukan sebuah negara maju bertaraf dunia.

Pacuannya pula selari dengan anjakan pemikiran penghuninya yang terdiri daripada pemimpin dan anggota masyarakat awam.

Tanpa pacuan yang seiring dan selari antara empat elemen ini (peradaban negara, pertumbuhan ekonomi, kematangan berpolitik dan anjakan pemikiran), hasrat untuk merajah peta negara sebagai satu blok negara maju bertaraf dunia tidak akan kesampaian.

Sementara empat elemen tersebut hanya benar-benar efektif untuk diselarikan apabila terdapat faktor lonjakan yang didokong oleh seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bendera politik, warna kulit, bahasa lidah dan sijil akademik.

Faktor lonjakan yang saya maksudkan di sini ialah persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau dengan istilah yang dipopularkan mutakhir ini iaitu konsensus.

Faktor lonjakan ini (persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus) pula tidak mungkin dapat dicerna tanpa adanya konsep damai dalam politik dan hubungan sosial.

Meskipun tidak mampu dicapai dalam semua aspek, sekurang-kurangnya dapat dihasilkan dalam perkara-perkara utama yang menjadi kepentingan umum seperti aspek keselamatan, kestabilan ekonomi, kepentingan politik, keadilan sosial dan pemulangan hak.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas kapasiti presiden kepada gerakan Islam kontemporari di negara ini telah mengemukakan satu idea yang sungguh brilliant sekitar tahun 2008 bagi menghadapi kemelut negara yang tiada kesudahan pada waktu itu apabila melihat kekuatan parti-parti politik daripada blok pemerintah dan pembangkang mulai seimbang.

Persepsi UG sertai Umno

Negara dan beberapa buah negeri berdepan dengan satu situasi dilema dalam pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Masing-masing parti mempunyai keupayaan tawar menawar.

Abdul Hadi telah mengemukakan idea unity government (UG) sebagai salah satu jendela penyelesaian mendepani suasana seperti itu.

Bermaksud semua parti diberi peranan dalam pembentukan kerajaan lalu mentadbir negara dan negeri dengan adil dan saksama demi kepentingan negara dan rakyat melalui persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus yang dicapai dan dimeterai pada peringkat nasional.

Malangnya saya masih ingat pada waktu itu, belum sempat idea besar ini diwacana, dibahas dan dikaji secara tulus dan akademi, idea ini telah dibunuh dengan meletuskan satu persepsi jahat bahawa Abdul Hadi mahu mengheret PAS menyertai Umno dan polemik ini berlanjutan sehingga tiga siri muktamar tahunan PAS selepas itu.

Biarpun dinafi beribu kali oleh presiden, ia gagal menangkis serangan persepsi tersebut.

Saya dan sahabat saya Nik Mohd Abduh membuat percubaan untuk menjernihkan keadaan lalu mengemukakan pandangan mengenai "politik damai" antara tahun 2008-2009 namun percubaan itu turut gagal.

Persepsi UG sebagai menyertai Umno terlalu besar melanda masyarakat bagaikan ombak tujuh beradik.

Idea UG ditolak kerana pertemuan antara pemimpin PAS dengan Umno berjaya didedah lalu ia dijustifikasi sebagai usaha gelap untuk membawa PAS menyertai Umno.

Sungguhpun persepsi itu tidak masuk akal tetapi ia berjaya diolah dengan baik dan membentuk tanggapan awam.

Nama yang sengaja dicicirkan

Akhirnya presiden menarik balik idea UG dan saya masih ingat antara ucapan beliau sewaktu menarik balik idea ini bahawa:

"Saya terpaksa menarik balik unity government ini kerana orang masih tidak faham erti unity government dan ia tidak boleh dilaksana dalam keadaan orang tidak faham.

"Saya yakin dan percaya bahawa suatu masa nanti orang akan faham dan orang akan fikir balik apa yang saya lontarkan ini."

Berlalu mendung lima tahun, kini timbul isu Konsensus Nasional. Walaupun tidak dalam terma pembentukan kerajaan tetapi keperluan mewujudkan persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau konsensus dalam perkara-perkara tertentu mula difahami.

Sebagaimana lima atau enam tahun yang lalu, pertemuan dengan pemimpin Umno masih berlaku. Paling akhir ialah pertemuan di London dengan Datuk Zahid Hamidi sebagaimana yang didedahkan oleh The Malaysian Insider baru-baru ini.

Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat.

Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan oleh TMI, Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Zahid di London.

Saya difahamkan pada mulanya presiden turut disarankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Zahid di London kerana menurut Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Zahid.

Namun presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah presiden yang sangat berhati-hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu unity government sebelum ini.

Sungguhpun telah dibazirkan lima tahun tempoh masa, Konsensus Nasional (yang timbul pada hari ini membawa maksud serupa walaupun tidak sama dalam konotasi yang berbeza), mesti jelas matlamat, objektif dan hala tuju serta syarat memeteraikan konsensus tersebut.

3 syarat

Saya tidak mahu ia ditolak mentah-mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap UG pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ia diterima bulat-bulat hanya kerana ia datang dari Anwar tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti-parti komponen Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Asas yang paling penting ialah terhenti atas tiga perkara.

Pertama, mestilah Konsensus Nasional ini untuk kepentingan umum iaitu kepentingan negara dan rakyat. Bukan agenda individu bagi melunaskan kepentingan peribadi dalam kancah politik haru biru negara hari ini.

Kedua, Konsensus Nasional ini mesti melalui proses penelitian yang berasaskan kajian dan perbahasan lalu akhirnya menjadi suatu yang dikonsensuskan terlebih dahulu oleh semua parti komponan Pakatan.

Ketiga, syarat memeteraikan Konsensus Nasional ini mesti jelas mewakili kepentingan umum yang melibatkan negara dan rakyat.

Menurut pemerhatian saya, sekurang-kurang syarat adalah masih sama dengan syarat yang dikemukakan oleh presiden dalam cadangan beliau terhadap UG tempoh hari, iaitu:

(a) Pulangkan Royalti petroleum yang dinafikan sebelum ini seperti Terengganu dan Kelantan.

(b) Penambahan kerusi parlimen dalam pelan persempadanan semula seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.

(c) Kebebasan media dan ketelusan SPR lain-lain syarat terpulang kepada konsensus antara parti anggota Pakatan kerana prinsipnya ialah bertitik tolak dari perjuangan untuk kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.


NASRUDIN HASSAN ahli Parlimen Temerloh.

Bekas Pengurus Besar Dihukum Penjara 56 Tahun, Denda RM5.02 Juta Kerana Rasuah

Bekas Pengurus Besar Dihukum Penjara 56 Tahun, Denda RM5.02 Juta  Kerana Rasuah


Bekas Pengurus Besar Kewangan Mimos Berhad pada Khamis dijatuhi hukuman penjara berjumlah 56 tahun dan denda RM5.02 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap lapan pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah melebihi RM500,000, 12 tahun lalu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas Khairuddin Khalid, 54, didapati bersalah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Bekas Pengurus Besar Dihukum Penjara 56 Tahun, Denda RM5.02 Juta Kerana Rasuah
Bekas Pengurus Besar Dihukum Penjara 56 Tahun, Denda RM5.02 Juta Kerana Rasuah

Bagaimanapun, Khairuddin bernasib baik hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun apabila mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula Khamis.
Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Namun, tertuduh masih perlu membayar denda yang ditetapkan, sekiranya gagal, dia akan dipenjara 64 bulan.
Dalam penghakimannya, Ahmad Zamzani berkata keterangan saksi pembelaan tidak menyokong antara satu sama lain dan keterangan tertuduh juga disifatkan penafian semata-mata selain tidak berasas.
Berdasarkan empat pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah meminta untuk dirinya sendiri suapan melalui empat cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail.
Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan Mimos Berhad bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.
Bagi empat pertuduhan memperoleh rasuah pula, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap individu yang sama, serta jumlah sama mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama.
Tertuduh yang kini bekerja sebagai ketua pegawai operasi di sebuah syarikat teknologi maklumat, didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan di sini, antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002.
Terdahulu, dalam rayuan yang dikemukakan, peguam tertuduh Azi Azlin Zulkifli berkata mahkamah perlu mengambil kira kesalahan pertama anak guamnya itu selain isteri tidak bekerja serta menyara ibunya sakit tua.
“Mohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda minimum ke atas anak guam saya selain mengambil kira faktor-faktor lain,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nur Lokman Samingan memohon hukuman setimpal berbentuk pencegahan dan pengajaran untuk tertuduh dan masyarakat. BERNAMA
Sumber : Mstar

Tiada ulasan: