Salam Ukhwah shared Haniff Abu Talib's photo.
Friday, February 7, 2014
Lawak Satay & Penjara, Sepahtu Jelas Hina Anwar!!
Beberapa pihak memaklumkan kepada aku sebentar tadi bahawa kumpulan
lawak yang agak terkenal, Sepahtu yang sedang bersaing dalam satu
pertandingan lawak jenaka tempatan, menggunakan tema satay dan penjara
dalam lawak mereka - tindakan yang dilihat cubaan menghina Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang kita tahu sedang mengintai peluang bertanding di Kajang
(terkenal dengan satay) dalam pilihanraya kecil yang diadakan bulan
depan dan dalam masa yang sama, turut berhadapan risiko dipenjarakan
sekirannya rayuan mengenai pembebasannya dalam satu kes liwat pada 2012,
ditolak Mahkamah Rayuan.
Kebetulan, jentera propaganda UMNO/BN sedang hebat menggasak Anwar
dengan menggunakan imej satay ini dan mendakwa Anwar mabuk kuasa
sehingga nak menjadi Menteri Besar dan ADUN di Selangor setelah gagal
dalam usaha menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 yang lepas.
Antara Poster Mengaitkan Anwar Dgn Satay |
Dari mata kasar, nampak jelas dakwaan itu ada kebenaran dan dengan ini
aku meminta semua penyokong Pakatan Rakyat yang mungkin sedang menonton
rancangan tersebut agar tidak mengundi kumpulan lawak bodoh ini kerana
jelas mereka kurang ajar dengan Anwar.
Kita tidak perlukan satira-satira bodoh macam ini untuk menafikan
kemenangan Anwar di Kajang kerana seperti yang dijelaskan lebih awal,
tidak ada kuasa yang mampu menghalang kemenangan itu dan seterusnya
perlantikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.
Biar kumpulan itu kalah dan dalam masa yang sama boleh menjadi
pengajaran kepada pelawak-pelawak lain di Malaysia ini agar tidak
mengikut jejak langkah yang sama.
Aku yakin, semua penyokong Pakatan Rakyat yang menonton rancangan tersebut dan membaca artikel ini, bersetuju dengan aku.
Singkirkan kumpulan Sepahtu!!
Insurans kenderaan: Jaga hak rakyat, bukan utama kroni
- Feb 07, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Namum perkara tersebut terus menjadi persoalan apabila sebelum kelulusan kadar kenaikan tersebut ia langsung tidak dimaklumkan kepada rakyat serta pengguna kenderaan.
Berkata kepada Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menjelaskan walaupun rakyat hanya membayar insurans kenderaan pada setiap tahun tetapi sebagai pengguna tindakan tidak memaklumkan kepada mereka berhubung cadangan kenaikan tarif adalah suatu yang tidak wajar.
Jelasnya, kerajaan mahupun BNM perlu mendapat maklum balas dari rakyat terlebih dahulu mengenai cadangan kenaikan tarif dan ia perlu diputuskan berdasarkan pandangan rakyat sebelum keputusan kelulusan itu diperolehi.
"Perkara ini telah lama berlaku, apabila berlakunya kenaikan tarif insurans kenderaan ia hanya dilaporakn dalam akhbar dan itu pun setelah mendapat kelulusan.
"Bagi saya kerajaan dan BNM perlu mencari mekanisma di mana sebelum cadangan kenaikan tarif dilakukan, rakyat perlu dimaklumkan agar mendapat maklum balas daripada mereka.
"Pandangan rakyat perlu diambil kira, dan mereka tidak perlu dibebankan demi kepentingan syarikat insurans dalam negara ini," jelas beliau yang merupakan pakar ekonomi.
Beliau turut berharap agar satu konsultan pengguna berkenaan isu ini diwujudkan bagi memberi penerangan mengenai sebarang cadangan kenaikan kadar.
BNM melalui satu laporan mengatakan kadar tarif baharu itu akan berkuatkuasa pada 15 Februari ini ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.
Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.
Jelas Dr Rosli lagi, situasi sekarang pihak BNM hanya menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sahaja sedangkan rakya tidak mendapat apa-apa notis makluman.
"Setiap tahun tidak ada pengurangan apabila rakyat memperbaharui insurans kenderaan mereka, walaupun hanya tempoh setahun sekali tetapi ia turut membebani rakyat.
"Kita tahu pemilik kenderaan sentiasa mengharapkan kadar bayaran insurans mereka berkurangan setiap tahun tetapi itu tidak pernah berlaku sebaliknya mereka tetap membayar pada kadar yang sama," sambung beliau.
Katanya, pelarasan tarif ini dilakukan adalah disebabkan wujud penipuan dalam tuntutan kemalangan sehinggakan syarikat menggesa kenaikan tarif tersebut.
"Kenaikan ini tidak lain adalah wujud penipuan dalam tuntutan insurans kemalangan dari pihak tidak bertanggungjawab maka pihak insurans menggesa kerajaaan melaksanakannya bagi menampung kerugian.
"Dalam hal ini kerajaan perlu membuat pemantuan yang lebih tegas agar penipuan yang ada ini dapat dibendung dan secara tidak langsung rakyat menikmati kadar yang lebih rendah pada setiap tahun," katanya lagi.
Dr Rosli yang menggesa sebarang keputusan kenaikan tarif kadar harga, kerajaan perlu mengambil kira hak rakyat terlebih dahulu dan bukannya menjaga kepentingan kroni sahaja.
BAGI TAU KAT CAI DAN JUAK UMNO .... MELAYU...MELAYU....MELAYU .... TU
GAMBAR PERARAKAN UMNO DAN MCA DAN MIC THN 1949 .... LAAA NI DOK MAIN ISU PERKAUMAN ... RAKYAT TAK BUTA SEJARAH LAAA...

Like · · Share · 14 minutes ago ·
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.
Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut
Anwar: Saya Sedia Diaibkan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.
Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut
Cananglahnie Original shared Islam Bangkit's photo.
Jangan besar diri kerana kita orang "melayu"!
Like Page
Duit Rakyat digunakan untuk membiayai kehidupan mewah Azlina Aziz, isteri Nazir Razak. Terima Kasih Azlina dan Nazir.
Jangan api-apikan sensitiviti kaum dan agama
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Di Pulau Pinang, ujarnya rentetan daripada isu penggunaan kalimah Allah berlaku provokasi molotov cocktail di gereja dan kain rentang ‘Jesus Anak Allah’ menimbulkan ketegangan.
Sebelum ini, di Shah Alam terdapat pihak tertentu mengheret kepala lembu dan membuang kepala babi di masjid.
Tambahnya, terkini respons sebuah NGO terhadap seorang ahli politik dilihat keterlaluan yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Justeru, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas segera serta penyiasatan yang adil tanpa memilih bulu terhadap mana-mana pihak yang mengapi-apikan sensitiviti perkauman dan agama di negara ini.
Menruutnya, slogan 1Malaysia yang digagaskan oleh PM perlu digarap berlandaskan penyelesaian Islam yang melihat manusia sebagai anak cucu Nabi Adam yang perlu diberikan hak kemanusiaan dan kerakyatan serta meraikan kepelbagaian dan perbezaan.
“Hanya penyelesaian Islam dan bukannya perkauman boleh menyatupadukan masyarakat dan membentuk integrasi nasional,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam satu kenyataan.
Dakwat kekal: Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah
- Feb 07, 2014
- ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: Mejar Zaidi Ahmad hari ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau ekoran pendedahan mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tentera di pangkalan TUDM, Sungai Besi, petang tadi.
Biarpun pihak peguambela mengemukakan bantahan awal terhadap tuduhan yang dikenakan, mahkamah menolak bantahan itu dan memutuskan untuk meneruskan perbicaraan tersebut.
Hakim kemudiannya menetapkan 8 hingga 10 April depan bagi sebutan semula kes tersebut.
Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.
Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.
Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.
Sementara itu, isteri beliau, Shafinah Abdul Hamid ketika ditemui menyatakan sokongan penuh kepada suaminya dan menyifatkan tindakan mendedahkan isu dakwat kekal itu merupakan hak suaminya sebagai pengundi.
"Dia (Mejar Zaidi) tahu apa yang akan berlaku jika buat pendedahan itu, tapi baginya itu adalah haknya untuk menyatakan pendiriannya sebagai pengundi," ujar beliau ringkas.
Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang perasaannya dan harapan beliau terhadap perbicaraan yang akan bermula April depan.
Turut hadir pada sebutan kes petang tadi ialah Ketua dan Naib Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ir. Khairil Nizam Khirudin.
Semalam, PAS menggesa TUDM membatalkan tindakan pendakwaan terhadap Mejar Zaidi dan menyifatkan pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar, malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.
"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.
"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.
"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
Matsamanwaran Mat shared Danish Haikal's photo.
Ikuti pelancaran Jom Turun secara langsung malam ini
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Siaran langsung program itu akan pancar melalui Hijau FM, radio internet Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Pengguna boleh mendengar Hijau.fm melalui beberapa kaedah sama ada melalui laman web PAS , Laman web Hijau.fm (www.hijau.fm) dan TuneIn (www.tunein.com).
Selain itu pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Android Pas Touch n Get percuma dari Google Play dan sentuh pilihan radio Hijau FM.
Sebagai alternatif, pendengar boleh menggunakan aplikasi percuma telefon bimbit pintar yang lain seperti: Shoutcast Radio (iPhone & iPad), Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad, Blackberry & Android). Perlu buat carian "Hijau.fm" di dalam aplikasi tersebut.
Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama Penerangan PAS Wilayah Persekutuan ini akan bersiaran langusng pada pukul 9.00mlm dari Padang Blok E, Desa Pandan Kala Lumpur.Orang ramai dijemput hadir.
Like · · Promote · Share
GEORGETOWN:
Gabungan 13 badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bertekad akan
mendedahkan kepincangan Umno Pulau Pinang pada kempen Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac ini bagi menyahut
kenyataan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang
mahu mendedahkan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh pada kempen PRK tersebut.
Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali (gambar) berkata, pihaknya bersedia mendedahkan "Diari Jambu" Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bahagian Permatang Pauh yang dikepalai Zaidi sepanjang kempen PRK Kajang nanti.
Amir menyifatkan kenyataan Zaidi umpama bola tanggung untuk Pakatan Rakyat negeri.
Antara isu yang bakal dibawa NGO Pulau Pinang pada kempen PRK Dun Kajang adalah tindakan pemimpin Umno negeri menggadai tanah milik orang Melayu di negeri tersebut.
Antaranya, jelas beliau adalah isu penjualan tanah orang Melayu seluas 362 hektar di Kampung Terang, Balik Pulau oleh sebuah syarikat yang dimiliki pemimpin Umno negeri.
Syarikat tersebut, ujarnya memperolehi keuntungan 'atas angin' berjumlah RM5.5 juta hasil penjualan tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM13.5 juta.
"Zaidi kena jelaskan terlebih dahulu penyelewengan syarikat milik pemimpin Umno ini sebelum berhasrat mendedahkan kelemahan Anwar di Kajang kelak, " saran beliau.
Antara NGO negeri yang akan membantu kempen Pakatan Rakyat di Kajang adalah Bara, Turun, Ragas, Jingga 13, Hapus dan Langgar.
Zaidi dalam satu kenyataan media baru-baru ini menyatakan kesediaan Umno Bahagian Permatang Pauh untuk menghantar 30 petugas sepenuh masa bagi membantu kempen BN di Dun Kajang.
"Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang," kata Zaidi yang baru menerajui Umno bahagian September lalu.
Menurut Zaidi, Umno Bahagian juga akan membentuk pasukan untuk berkunjung dari rumah ke rumah di kawasan Permatang Pauh bagi mengumpulkan masalah rakyat yang gagal diselesaikan Anwar.
Beliau berharap "segala pendedahan , kejutan dan kempen" yang dilakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi Dun Kajang untuk menolak Anwar.
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini.
Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius
akan perkara ini. Allah SWT berfirman, maksudnya:
“...apabila dia telah dewasa dan usianya sampai 40 tahun, ia berdoa, Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Surah al-Ahqaf : ayat 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah SWT, maksudnya;
“...apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?...” (Surah al-Fathir : ayat 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janji-Nya dalam ayat selepas itu - (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun.” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun; Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun; John F Kennedy, 44 tahun; Bill Clinton, 46 tahun; Paul Keating, 47 tahun; sementara Tony Blair, 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) tahap, iaitu
1.Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2.Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3.Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW;
“Seorang hamba muslim apabila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Apabila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan apabila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.” (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah SWT sekali gus konsisten terhadap Islam, maka Allah SWT akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas RA dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syarak lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada pencipta-Nya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad SAW;
“Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.”
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam AS sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah SWT tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.
http://detikislam.blogspot.com/
7 Febuari 2014, cukup setahun Yazid Sufaat dan Hilmi Hasim mendekam
dalam penjara akibat Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)
Sosma. Yazid, Hilmi dan Halimah Hussein merupakan tiga orang mangsa
pertama Sosma yang ditahan pada 7 Febuari 2013. Mereka dituduh mengikut
Seksyen 130 G(a) Kanun Keseksaan, iaitu cuba untuk membangkit ideologi
atau perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang awam di Syria.
Walaubagaimanapun, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan ketiga-tiga mereka pada 20 Mei 2013. Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan tersebut berdasarkan alasan teknikal, iaitu Sosma hanya boleh digunakan bagi kesalahan keselamatan yang dibuat terhadap Malaysia.
Namun, selepas genap seminggu mereka dibebaskan, Yazid dan Hilmi ditahan semula pada 27 Mei 2013. Kali ini mereka ditahan dibawah pertuduhan Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, iaitu dituduh menjadi ahli kumpulan pengganas Al Qaeda. Halimah Hussein pula masih diburu oleh pihak Polis. Satu perkara penting yang perlu diketahui, pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Oleh itu mereka akan terus kekal dalam penjara sehinggalah proses perbicaraan selesai.
Selain Yazid, Hilmi dan Halimah, 30 orang di Sabah juga mengalami nasib yang sama. 30 orang tersebut merupakan mereka yang ditahan dalam Ops Daulat Lahad Datu. Tiga orang daripada mereka adalah warga tempatan dimana seorang daripada mereka merupakan satu-satunya wanita yang ditahan dalam Ops Daulat tersebut.
Pendirian SUARAM mudah, setiap yang bersalah perlu dihukum. Tapi hukuman itu mestilah menepati prinsip keadilan. Hak-hak orang yang dituduh perlu ditunaikan termasuklah hak untuk mendapatkan pembelaan dalam sebuah perbicaraan yang adil. Hak ini termaktub dalam Perkara 10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Hak inilah yang dicabuli oleh Sosma. Sosma memberi kuasa kepada Polis untuk menahan orang yang dituduh selama 28 hari tanpa perlu memohon perintah reman daripada mahkamah. Perbicaraan dibawah SOSMA juga tidak adil apabila pihak pendakwa memiliki banyak kelebihan. Pihak pendakwa boleh memanggil mana-mana saksi tanpa perlu mendedahkan identiti saksi tersebut kepada pihak pembela. Pihak pendakwa juga boleh mendapatkan kenyataan saksi secara rakaman tanpa perlu saksi tersebut hadir ke mahkamah. Segala bukti atau bahan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa perlu diterima oleh mahkamah termasuk keterangan kanak-kanak. Perkara ini terkandung dalam Bahagian IV,V,VI dan VII Sosma iaitu Bahagian Maklumat Sensitif, Perbicaraan, Saksi terlindung dan keterangan.
Dalam bahasa mudah, Sosma memberi banyak kelebihan kepada pihak pendakwa sehingga perbicaraan menjadi berat sebelah. Dalam kes Sosma di Sabah contohnya, perbicaraan tidak dijalankan di Mahkamah, sebaliknya diadakan di Penjara Kepayan. Hal ini menyebabkan perbicaraan tersebut tidak dijalankan secara terbuka untuk dinilai oleh orang awam. Perkara ini bercanggah dengan Perkara 14 Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik iaitu semua orang berhak mendapatkan perbicaraan terbuka, bebas, dan tidak berat sebelah.
Oleh itu, berdasarkan trend semasa pihak polis yang gemar mengugut rakyat menggunakan Sosma dan juga kaedah perbicaraan yang berat sebelah, SUARAM mengulangi tuntutan agar Kerajaan Malaysia memansuhkan Sosma dan akta lain yang mencabuli hak asasi manusia seperti Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (PCA) serta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA).
*Penulis adalah Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Ingat kepincangan Umno negeri sebelum dedah kelemahan Anwar
- Feb 07, 2014
- Mohd Sabri Said
Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali (gambar) berkata, pihaknya bersedia mendedahkan "Diari Jambu" Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bahagian Permatang Pauh yang dikepalai Zaidi sepanjang kempen PRK Kajang nanti.
Amir menyifatkan kenyataan Zaidi umpama bola tanggung untuk Pakatan Rakyat negeri.
Antara isu yang bakal dibawa NGO Pulau Pinang pada kempen PRK Dun Kajang adalah tindakan pemimpin Umno negeri menggadai tanah milik orang Melayu di negeri tersebut.
Antaranya, jelas beliau adalah isu penjualan tanah orang Melayu seluas 362 hektar di Kampung Terang, Balik Pulau oleh sebuah syarikat yang dimiliki pemimpin Umno negeri.
Syarikat tersebut, ujarnya memperolehi keuntungan 'atas angin' berjumlah RM5.5 juta hasil penjualan tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM13.5 juta.
"Zaidi kena jelaskan terlebih dahulu penyelewengan syarikat milik pemimpin Umno ini sebelum berhasrat mendedahkan kelemahan Anwar di Kajang kelak, " saran beliau.
Antara NGO negeri yang akan membantu kempen Pakatan Rakyat di Kajang adalah Bara, Turun, Ragas, Jingga 13, Hapus dan Langgar.
Zaidi dalam satu kenyataan media baru-baru ini menyatakan kesediaan Umno Bahagian Permatang Pauh untuk menghantar 30 petugas sepenuh masa bagi membantu kempen BN di Dun Kajang.
"Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang," kata Zaidi yang baru menerajui Umno bahagian September lalu.
Menurut Zaidi, Umno Bahagian juga akan membentuk pasukan untuk berkunjung dari rumah ke rumah di kawasan Permatang Pauh bagi mengumpulkan masalah rakyat yang gagal diselesaikan Anwar.
Beliau berharap "segala pendedahan , kejutan dan kempen" yang dilakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi Dun Kajang untuk menolak Anwar.
Apabila usia melebihi 40 tahun
- Feb 07, 2014
- .
“...apabila dia telah dewasa dan usianya sampai 40 tahun, ia berdoa, Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Surah al-Ahqaf : ayat 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah SWT, maksudnya;
“...apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?...” (Surah al-Fathir : ayat 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janji-Nya dalam ayat selepas itu - (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun.” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun; Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun; John F Kennedy, 44 tahun; Bill Clinton, 46 tahun; Paul Keating, 47 tahun; sementara Tony Blair, 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) tahap, iaitu
1.Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2.Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3.Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW;
“Seorang hamba muslim apabila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Apabila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan apabila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.” (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah SWT sekali gus konsisten terhadap Islam, maka Allah SWT akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas RA dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syarak lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada pencipta-Nya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad SAW;
“Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.”
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam AS sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah SWT tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.
http://detikislam.blogspot.com/
Hari ini genap setahun Sosma bernyawa
- Feb 07, 2014
- SYUKRI RAZAB
Walaubagaimanapun, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan ketiga-tiga mereka pada 20 Mei 2013. Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan tersebut berdasarkan alasan teknikal, iaitu Sosma hanya boleh digunakan bagi kesalahan keselamatan yang dibuat terhadap Malaysia.
Namun, selepas genap seminggu mereka dibebaskan, Yazid dan Hilmi ditahan semula pada 27 Mei 2013. Kali ini mereka ditahan dibawah pertuduhan Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, iaitu dituduh menjadi ahli kumpulan pengganas Al Qaeda. Halimah Hussein pula masih diburu oleh pihak Polis. Satu perkara penting yang perlu diketahui, pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Oleh itu mereka akan terus kekal dalam penjara sehinggalah proses perbicaraan selesai.
Selain Yazid, Hilmi dan Halimah, 30 orang di Sabah juga mengalami nasib yang sama. 30 orang tersebut merupakan mereka yang ditahan dalam Ops Daulat Lahad Datu. Tiga orang daripada mereka adalah warga tempatan dimana seorang daripada mereka merupakan satu-satunya wanita yang ditahan dalam Ops Daulat tersebut.
Pendirian SUARAM mudah, setiap yang bersalah perlu dihukum. Tapi hukuman itu mestilah menepati prinsip keadilan. Hak-hak orang yang dituduh perlu ditunaikan termasuklah hak untuk mendapatkan pembelaan dalam sebuah perbicaraan yang adil. Hak ini termaktub dalam Perkara 10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Hak inilah yang dicabuli oleh Sosma. Sosma memberi kuasa kepada Polis untuk menahan orang yang dituduh selama 28 hari tanpa perlu memohon perintah reman daripada mahkamah. Perbicaraan dibawah SOSMA juga tidak adil apabila pihak pendakwa memiliki banyak kelebihan. Pihak pendakwa boleh memanggil mana-mana saksi tanpa perlu mendedahkan identiti saksi tersebut kepada pihak pembela. Pihak pendakwa juga boleh mendapatkan kenyataan saksi secara rakaman tanpa perlu saksi tersebut hadir ke mahkamah. Segala bukti atau bahan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa perlu diterima oleh mahkamah termasuk keterangan kanak-kanak. Perkara ini terkandung dalam Bahagian IV,V,VI dan VII Sosma iaitu Bahagian Maklumat Sensitif, Perbicaraan, Saksi terlindung dan keterangan.
Dalam bahasa mudah, Sosma memberi banyak kelebihan kepada pihak pendakwa sehingga perbicaraan menjadi berat sebelah. Dalam kes Sosma di Sabah contohnya, perbicaraan tidak dijalankan di Mahkamah, sebaliknya diadakan di Penjara Kepayan. Hal ini menyebabkan perbicaraan tersebut tidak dijalankan secara terbuka untuk dinilai oleh orang awam. Perkara ini bercanggah dengan Perkara 14 Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik iaitu semua orang berhak mendapatkan perbicaraan terbuka, bebas, dan tidak berat sebelah.
Oleh itu, berdasarkan trend semasa pihak polis yang gemar mengugut rakyat menggunakan Sosma dan juga kaedah perbicaraan yang berat sebelah, SUARAM mengulangi tuntutan agar Kerajaan Malaysia memansuhkan Sosma dan akta lain yang mencabuli hak asasi manusia seperti Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (PCA) serta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA).
*Penulis adalah Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH (SAW)
- Pada malam berlakunya peristiwa hijrah, rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah dikepung oleh pemuda – pemuda yang dipilih daripada kabilah – kabilah kafir Quraisy. Tujuan mereka mengepung rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ialah untuk membunuh baginda.
- Sebelum Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam keluar dari rumahnya, baginda menyuruh sepupunya Sayidina Ali bin Abi Talib tidur di tempat tidur baginda. Setelah itu, baginda keluar dari rumah dengan membaca firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
- Baginda berjaya keluar dari rumahnya dalam keadaan selamat dan terus menuju ke rumah Sayidina Abu Bakar As – Siddiq. Sayidina Abu Bakar menjadi teman setia baginda sepanjang perjalanan ke Yathrib tanpa diketahui oleh kafir Quraisy.
- Sebelum terbit fajar, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar keluar melalui pintu belakang rumah sahabat baginda itu menuju ke Gua Thur. Mereka sengaja mengikut arah Selatan dan tidak mengikut arah Utara yang menjadi jalan biasa agar tidak dikesan oleh musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju ke Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.
- Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar sampai di Quba, iaitu kira – kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh perjalanan yang meletihkan selama 8 hari. pada hari Isnin, 8 Rabi’ul Awal bersamaan dengan 20 september 622 Masehi baginda mendirikan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
Maksudnya: “… Sesungguhnya masjid yang
didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah
lebih patut kamu solat di dalamnya …”
Gambar 1. Masjid Quba terletak di Kota Madinah Al – Munawwarah
- Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan rombongan berangkat meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Yathrib, baginda singgah di suatu tempat yang bernama Lembah Ranuna. Di lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Juma’at. Ini adalah solat Juma’at yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan juga khutbah pertama disampaikan.
- Pada hari Juma’at, 12 Rabi’ul Awal bersamaan 24 September 622 Masehi, baginda dan rombongan telah sampai ke Yathrib. Inilah hari bermulanya Kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Ketibaan baginda dan rombongan disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan kegembiraan oleh penduduk Yathrib. Mereka mendendangkan alunan nasyid.
- Di setiap jalan, unta Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ditahan oleh penduduk Yathrib meminta baginda berhenti dan tinggal di tempat mereka. Namun Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasaalam mengarahkan agar membiarkan sahaja unta yang ditunggangi baginda itu berhenti sendiri. Akhirnya, unta itu berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Di sinilah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mendirikan masjid yang terkenal dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah Al – Munawwarah.
Gambar 2. Masjid An – Nabawi di Kota Madinah Al – Munawwarah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan