Kassim Ahmad hina Islam, Umno tengok saja...
- Feb 17, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya kerajaan memandang serius kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Kassim yang juga dikenali sebagai pelopor golongan anti hadis Malaysia.
Sehingga kini ujarnya tidak pernah ada sebarang tindakan tegas oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Kassim, walaupun sebelum ini ajaran 'anti-hadis' itu telah difatwakan haram.
"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kenyataan Kassim pada "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diselewengkan oleh sistem 'kasta paderi' yang dipanggil ulama.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau tidak terkejut jika tidak ada sebarang kenyataan tegas dari pimpinan Umno kerana Kassim merupakan antara individu yang sering menjadi rujukan kepada parti itu.
"Kalau Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tegas saya tidak hairan kerana beliau menjadi rujukan kepada Umno," jelasnya.
Mahfuz turut mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa akan tampil menyatakan bantahan sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa itu agama sebelum ini.
Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kenyataan Biadap Dr Kassim Ahmad
Posted on Tuesday, February 18 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama’ telah diseleweng melalui amalan “kasta paderi” di mana mereka (golongan ulama’) melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.
Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan bertempat di Putrajaya dengan menampilkan Dr Kassim Ahmad, individu yang dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut ke kedudukan tertinggi. Entah apa jasanya sehingga pemikiran beliau diseminar kan dan diwacanakan dengan beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak menghairankan bagaimana program sebegini boleh mendapat kelulusan, mendapat tempat teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan program agama yang lain diburu dan dipantau ketat. Mengapa tiada tindakan sebelum program dijalankan bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan mengelirukan umat Islam dilontarkan ketengah masyarakat.
Pastinya kenyataan Dr Kassim mengundang kemarahan jutaan umat Islam di negara malah di seluruh dunia. Nabi Muhammad SAW adalah insan kesayangan Allah SWT, kecintaan umatnya pada hari ini sehingga disambut kelahirannya setiap tahun. Mencintai Rasulullah SAW adalah ibadah, menjamin syafaat baginda, serta mendapat kecintaan juga daripada Allah SWT. Rasulullah SAW adalah insan maksum yang boleh dicintai dan diagungkan, kerana ia sebahagian daripada rukun Iman dan syahadah umat Islam. Mengguris peribadi Rasulullah SAW bererti mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.
Beliau juga gagal memahami bahawa para ulama’ adalah pewaris Nabi SAW. Ketiadaan Nabi SAW menjadikan para ulama’ sebagai galang ganti yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Memusuhi ulama’ (yang benar) bererti juga memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah SAW. Apakah kerana beliau gagal menempatkan diri be rsama para ulama’ maka para ulama’ pula perlu dibenci?
Selain itu, saya menganggap Dr Kassim terlalu dangkal soal hukum asas berkaitan agama Islam. Rambut menjadi topik perbincangan dengan kenyataan bahawa rambut bukanlah aurat wanita. Elok juga beliau menyatakan di manakah bahagian wanita yang dianggap sebagai aurat dan bukan aurat, dan saya kira ribuan ulama’ dan cendikiawan Islam bangkit untuk ‘sekolahkan’ beliau dengan ilmu asas Islam.
Saya amat bersetuju agar tindakan keras diambil terhadap penganjur manakala Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan hukum yang jelas terhadap kenyataan Dr Kassim Ahmad. Masyarakat perlu dijernihkan pemikiran daripada kenyataan songsang sebegini manakala beliau sendiri perlu diberikan status supaya masyarakat tidak terkeliru dan terus berpegang dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana difahami dan diajarkan oleh agama Islam.
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
(17 Februari 2014)
Facebook Dewan Ulamak PAS Pusat
Anwar: Rasa kasihan, nak gelak pada Dr M
Posted on Tuesday, February 18 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Saya kadang-kadang rasa kasihan, kadang-kadang rasa nak gelak pun ada.”
Begitu reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyamakan undi kepada ketua pembangkang itu ke arah "kerajaan pro-Amerika".
"Nak jawab, tak payah nak jawablah. Tapi kadang-kadang nak kena bagi penjelasan, nak jawab macam mana tak tahu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis "sembang petang” di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Norlela Ariff di Kajang.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang kenyataan Mahathir, mantan mentornya ketika berada dalam Umno dulu.
Sementara itu, Anwar juga menolak tanggapan bahawa beliau berminat dengan kekayaan negeri Selangor dengan mahu menjadi ADUN di negeri itu.
"Kata saya nak ambil duit kerajaan Selangor, saya lapan tahun jadi menteri kewangan," katanya.-mk
PRK Kajang: PKR Pelik Khairy Sokong Zaid, Cabar Umno Hantar Calon
Posted on Monday, February 17 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KAJANG: Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?
"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.
Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.
Menurut beliau, adalah lebih baik jika Umno sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat.
"Saya suka mencabar Ketua Pemuda Umno ini supaya Umno sendiri turun bertanding seperti mana Umno mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya.
Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah pada Ahad.
"Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah.
"Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang.-mstar
Menteri terkedu dalam Wacana RTM1 dengan soalan Usia UMNO berapa?
Posted on Monday, February 17 @ 23:15:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Penyelewengan fakta tentang kewujudan UMNO.
Oleh MediaTV
Nurul Izzah: BN tiada calon di DUN Kajang, bukti semakin goyah
Posted on Tuesday, February 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM 17 FEB: Kegagalan Barisan Nasional (BN) mengumumkan sebarang nama untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kajang menunjukkan kesepakatan dalam BN kian rapuh kerana terdapat tarik menarik antara Umno dan MCA untuk siapa layak bertanding.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata keadaan ini disebabkan fahaman parti komponen BN dalam gabungan parti itu berteraskan perkauman sehingga menyebabkan tidak dapat mewujudkan kesepakatan bersama.
Katanya, komponen BN juga gagal mencapai penyelesaian dalam banyak isu disebabkan Umno lebih gemar menggunakan isu perkauman sebagai senjata yang menimbulkan rasa tidak senang parti komponen BN lain.
“Keadaan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR), walaupun terdapat parti mempunyai majoriti anggota daripada sesuatu kaum tetapi idelogi perjuangan berteraskan perjuangan menuntut keadilan untuk semua.
“Justeru itu kita mengharapkan agar PKR, PAS dan DAP terus menggarap kerjasama erat walaupun diasak berterusan oleh parti yang belum bersedia memutuskan calonya di PRK Kajang,” kata Nurul Izzah ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PRK DUN Kajang akan dijadikan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor.
Katanya, ia juga adalah sebahagian usaha untuk menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda utama Umno-BN.
PRK DUN Kajang akan berlangsung, pada 23 Mac ini sementara pembuangan undi awal akan dibuat pada 19 Mac ini.
Kerusi DUN Kajang kosong apabila ADUN sebelum ini, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan beliau, pada 27 Januari lalu.
Seramai 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK berkenaan, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.-sk
Dr Mahathir mesti bert`jawab, mohon maaf kpd 108 orang ditahan dlm Ops Lalang
Posted on Monday, February 17 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mesti bertanggungjawab dan memohon maaf terhadap 108 orang yang ditahan dalam Ops Lalang pada 1987.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang adalah antara mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang.
Perdana Menteri yang paling lama di Malaysia itu dilaporkan telah menafikan beliau bertanggungjawab terhadap Ops Lalang pada 1987 itu.
Lebih daripada 100 pemimpin politik dan aktivis sosial ditahan ketika Ops Lalang, kononnya untuk mengelak berlakunya rusuhan kaum di Kuala Lumpur.
Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, semalam mendakwa Dr Mahathir menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab ketika Ops Lalang.
Dr Mahathir mendakwa beliau ketika itu berada di China dan Ops Lalang dijalankan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Musa Hitam
"Dr Mahathir seolah-olah melakukan amnesia terpilih, seperti apabila dia memberi keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja ke dalam video VK Lingam ," kata Kit Siang.
"Ketika RCI, Dr Mahathir mendakwa beliau tidak ingat apa-apa mengenai kejadian berkaitan dengan skandal menetapkan pelantikan hakim.
"Sekarang Dr Mahathir menunjukkan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan ketika sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam kenyataan.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, walaupun Dr Mahathir boleh berbohong, tetapi dia tidak dapat mengubah fakta sejarah dengan sewenang-wenangnya.
"Tun Musa yang akan menyambut ulang tahun ke-80 tidak lama lagi adalah Menteri Dalam Negeri yang pertama ketika pemerintahan Dr Mahathir.
"Musa menjadi Menteri Utama di antara 1981 dan 1986, sebelum berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri," katanya.
Beliau berkata, Dr Mahathir tidak boleh menafikan perkara itu kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri ketika Ops Lalang dilancarkan pada 1987 dan lebih daripada 100 orang ditahan mengikut ISA.
"Saya masih ingat pada April 1987, Musa bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba bagi merebut dua jawatan tertinggi dalam UMNO.
"Tengku Razaleigh tewas tipis 43 undi kepada Dr Mahathir selepas berlaku bekalan eletrik terputus sebagai tipu muslihat pada pemilihan itu.
"Ini menyebabkan UMNO diisytiharkan haram kerana menyalahi undang-undang sebelum Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru, " kata Kit Siang.
Menurut beliau, Dr Mahathir berada di Vancouver, Kanada kerana menghadiri mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) sebelum tahanan beramai-ramai dalam Ops Lalang.
"Dr Mahathir melakukan cara yang paling tidak layak dan pengecut apabila menafikan beliau bertanggungjawab dalam Ops Lalang sedangkan ketika itu beliau adalah Menteri Dalam Negeri," tambahnya.
Lim berkata, selepas Musa meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir mengambil alih portfolio itu dan mengekalkan cengkaman sehingga 1999 sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pemerintahan negara.
"Oleh kerana Dr Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri selama 14 tahun, ini menyebabkan Projek Mahathir, di mana pendatang tanpa izin di Sabah dikeluarkan kad pengenalan dengan sewenang-wenangnya," kata Lim.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut ditahan dalam Ops Lalang dibersihkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada sebarang pembabitan.
Guan Eng berkata, Dr Mahathir bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ops Lalang kerana beliau biasa dengan episod itu.
"Saya adalah orang pertama yang ditahan dalam Ops Lalang dan terakhir dibebaskan. Tujuan operasi itu kononnya untuk mengelak berulangnya rusuhan kaum 1969.
"Tahanan saya dan pemimpin DAP lain termasuk Karpal Singh dan Kit Siang, semuanya ditandatangani Dr Mahathir," kata Guan Eng.
"Antara sebab penahanan saya tanpa bicara mengikut ISA kerana mempertahankan pendidikan Cina," katanya.
Menurut Guan Eng, Anwar sudah bertaubat ketika bercakap dalam pembelaannya apabila dipenjarakan pada 1998.
Percubaan untuk mengaitkan Anwar dengan Ops Lalang dan rusuhan kaum 13 Mei 1969 - kedua-dua titik perbalahan sejarah masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Kecil Kajang, 23 Mac ini.-Roketkini.com
Wartawan Pro Umno Mazidul Akmal Tuduh Blogger Omak Kau Buat Fitnah!
Posted on Monday, February 17 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Isu TV3 Kantoi menggunakan rakaman tahun 2007... Jawapan Omak Kau kepada wartawan Pro Umno Mazidul Akmal tuduh Omak Kau buat fitnah!!!
Omak Kau ada membuat suatu artikel mengenai pembohongan TV3 terkantoi menyiarkan di buletin Utama mengenai gerak kerja bantuan dari Pemuda UMNO Bahagian Tenom Sabah kepada mangsa banjir setelah beberapa hari penduduk disana menderita tanpa ada bantuan yang datang terutamanya dari kerajaan dan UMNO.
Ekoran dari pembongkaran tersebut hari ini wartawan pro UMNO Mazidul Akmal menerusi blognya cuba membuat damage cotrol kononnya Omak Kau membuat fitnah dengan memberi alasan rakaman video dilakukan oleh jurukamera matur dan silap setting tarikh ...
ADEY!!!!!!... Lu siapa mau tipu rakyat... Rakyat bukannya bodohlah...
Cuba perhatikan betul-betul rakaman gambar semasa 2 hari lalu sehingga kini wajah Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar.
Wajah terkini beliau agak tembam dan gemuk tetapi wajah rakaman video kantoi jelas jauh lebih muda dan slim...
Satu lagi baju T yang dipakai beliau sepanjang 2 hari buat kerja bantu banjir tertera ada lambang 1M'sia ... gambar-gambar yang bukan dari rakaman video... dimana pada tahun 2007 lambang ini belum wujud lagi kerana Najib Razak hanya perkenalkannya pada tahun 2009... Sebab itu rakaman video tahun 2007 itu tiada lambang logo 1M'sia dipakai oleh Ketua Pemuda Tenom dengan semua pembantunya ... ini sebagai bukti kukuh betapa rakaman itu sebenarnya tahun 2007.
Kalau tahun khilaf itu boleh di terimalah kalau sampai tarikh dan bulan pun silap .. apakah itu khilaf atau penipuan????
Omak Kau hanya berpendirian ketika ada gerak kerja bantuan kepada mangsa-mangsa banjir seperti dihebohkan TV3 belum lagi berlaku hanya selepas itu baru digerakkan.
Kepada Mazidul Akmal . Nice try but not good enough and rakyat not stupid.
Diperturunkan apa yang wartawan UMNO ini tulis sebagai modal menyerang Omak Kau.
Untuk mengetahui FAKTA sebenar, saya menghubungi Noorzati Mohd Arish, penerbit Buletin Utama bertugas pada 15 Februari lalu.
"Seperti Mazidul tahu, Sabah sekarang masih dilanda banjir. Koordinator TV3 di Sabah, Alphege Godomon dan kru sibuk membuat liputan. Jadi, dia mengarahkan jurukamera sambilan untuk merekodkan visual penyerahan bantuan banjir itu pada pagi 15 Februari lalu. Mazidul boleh hubungi Alphege," saran Zati.
Sebelum itu, saya menelefon, jurukamera profesional, Rohaizat Roslan, 46 tahun, anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Lazimnya, jika visual direkodkan oleh jurukamera profesioanal, tarikh dan waktu rakaman tidak dipaparkan," komen Rohaizat Roslan.
"Setting tarikh dan waktu di kamera, berubah secara automatik atau perlu diubah secara manual?," soal saya.
"Secara manual. Kalau jurukamera bertugas kurang berpengalaman ataupun amatur, dia barangkali keliru dan tanpa disedari TIDAK mengubah data ke tarikh dan masa terkini sekaligus terakam visual maklumat tarikh dan waktu itu tanpa disedari," jelasnya.-omakkau
Keris bakal makan tuan
Posted on Monday, February 17 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh canang
....Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.
Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.
“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.
Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.
Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.
Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.
"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.
"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.
Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.
btmmari.blogspot.com
Adik Mat Indera Sertai PAS
Posted on Monday, February 17 @ 20:06:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Adik Mat Indera, Baharom Shah Indera menyerahkan borang sertai PAS kepada Naib Presiden, Salahuddin Ayob malam tadi, Sabtu 15 Feb 2014 disaksikan Dato' Tamrin Tun Ghafar dan YDP PAS Batu Hj Ishak Surin.
Takbir
Media Orang Kampung
PRK Kajang: Umno jilat ludah sendiri
Posted on Monday, February 17 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Setiausaha Agung PKR turut mencabar Umno meletakkan calon di Kajang.
KAJANG: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini menyifatkan kempen Umno dalam PRK Kajang menunjukkan Umno terpaksa menjilat ludah sendiri.
Ini ekoran tindakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang telah turut serta memulakan kempen PRK sebelum penamaan calon.
“Umno telah menjilat ludah sendiri. Ini menunjukkan bahawa tidak salah memulakan kempen sebelum hari penamaan calon,” kata Saifuddin dalam satu sidang media di Hotel Oriental Crystal di sini.
Selama seminggu Umno telah menghentam PKR ekoran tindakan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memulakan kempen sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang pada 5 Feb.
Merujuk kepada lawatan Khairy semalam, Saifuddin turut menuduh Umno sebagai menjadi dalang di sebalik keinginan bekas Presiden Parti Kita dan bekas naib presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di dalam PRK Kajang.
“Adakah Umno di belakang Zaid? Jika benar Umno anak jantan sepatutnya Umno sendiri menamakan calon mereka. Jangan baling batu sembunyi tangan,” kata Saifuddin.
Zaid mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK pada 14 Februari. Selain Zaid, Anwar telah mengumumkan untuk bertanding
Sementara itu dalam reaksi spontan Zaid mahu pengundi Kajang untuk membuat keputusan samada beliau mencalonkan dirinya dengan restu Umno.
“Saya menjangkakannya dari PKR. Mereka memang selalu mempersendakan pihak lain. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Zaid yang dihubungi untuk reaksi beliau berhubung tuduhan Saifuddin itu.
Semalam Khairy menyatakan penyertaan Datuk Zaid Ibrahim dalam PRK ini hanya akan memberi kesan kepada PKR dan BN tidak akan terjejas.
“Untuk BN persoalan siapa MB ialah krisis dalaman PKR. Zaid hanya menambahkan masalah untuk PKR yang dilihat rakyat sebagai masalah dalaman,” kata Khairy semalam selepas melawat 25 rumah penduduk Kampung Sungai Kantan.
Sementara itu Saifuddin turut menafikan laporan akhbar Star dua hari lalu bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat letak jawatan yang tidak bertarikh untuk memberikan laluan agar Anwar menjadi Menteri Besar.
“Itu semua karut. Mereka tidak merujuk kepada saya, Anwar atau timbalan presiden Azmin Ali,” kata Saifuddin.-fmt
Cara permohonan subsidi rumah pertama(MYHOME)
Cara permohonan subsidi rumah pertama(MYHOME)
| Subsidi rumah pertama adalah salah satu usaha kerajaan untuk
memberikan kesenangan kepada rakyat malaysia memiliki satu rumah untuk
satu keluarga, dengan skim myhome ini anda akan diberikan subsidi
sebanyak 30,000 sebagai bayaran kerajaan untuk rumah anda.
Fakta Bantuan Skim MyHome
Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
Terhad kepada 10,000 unit rumah
Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
Terhad kepada 10,000 unit rumah
Syarat Kelayakan Skim MyHome
Warganegara Malaysia
Terbuka kepada pembeli rumah pertama
Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Terbuka kepada pembeli rumah pertama
Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
Subsidi akan diberikan kepada pemohon
yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi
yang ditetapkan kerajaan negeri.
Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Borang Permohonan Skim MyHome
Orang ramai boleh memohon kepada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang
bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online
Skim MyHome tidak disediakan.
Tarikh Permohonan Skim MyHome
Mulai 1 April 2014
Tarikh Permohonan Skim MyHome
Mulai 1 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan