Sabtu, 22 Februari 2014

INI BETUL.....TAK BOLEH BINA

Jumaat, 21 Februari 2014


Ribuan himpun di Perak bantah Kassim Ahmad


IPOH: Ribuan Umat Islam hari ini berkumpul selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ipoh bagi mengutuk kebiadaban tokoh anti hadis, Kassim Ahmad.

Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Perak itu dihadiri oleh beberapa pimpinan PAS termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Ulamak PAS Perak, Ustaz Norazli Musa dan Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri.

Ianya turut disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Insan Malaysia (Abim) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam ucapannya berkata, sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam selaras dengan agama rasmi, maka kesucian agama Islam wajib dijaga oleh seluruh umat terutama pemerintah.

Tegas beliau, sebarang tindakan sama ada perkataan atau perbuatan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam wajib diambil tindakan sewajarnya.

"Kenyataan Kassim Ahmad sebagai ilmuan sesat yang diketahui umum wajib diambil tindakan kerana disamping merosakkan aqidah dirinya,  ia juga boleh mempengaruhi dan merosakkan aqidah masyarakat umat Islam ini di negara ini.

"Kerajaan tidak boleh berdiam diri walaupun beliau (Kassim Ahmad) adalah ahli Umno," tegasnya kepada hadirin dan disambut dengan laungan Allahu akbar.

Beliau mempersoalkan dimana badan bukan kerajaan (NGO) pro Umno yang sebelum ini lantang mahu menjadi hero mempertahankan Islam namun dalam hal ini senyap membisu apabila ianya membabitkan kepimpinan Umno.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad menyelar tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mempertahankan Kassim Ahmad.

Mahathir juga katanya bertindak biadap mendakwa para ulamak tidak dapat menjawab segala hujah daripada Kassim.

"Hujah dan dakwaan yang dikekumakakan oleh beliau (Kassim) pelajar PASTI pun boleh jawab.

"Dakwaan Mahathir yang mengatakan ulamak tidak dapat menjawab hujah Kassim adalah satu pembohongan yang besar," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kesal pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan kepada Kassim Ahmad yang ketika ini bebas bermaharaja lela menyebarkan dakyahnya.

Beliau hairan kenapa Kassim Ahmad tidak berani 'disentuh' oleh mana-mana pihak sedangkan terang-terangan menghina Islam dan Rasulullah.

"Apabila ada pihak didakwa menghina pemimpin kerajaan, laju sahaja mereka diambil tindakan tetapi Rasulullah dan Islam dihina tiada sebarang tindakan diambil. Inilah yang berlaku di negara kita,"tegasnya.

Dalam nada yang sama, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Norazli Musa menyeru seluruh umat Islam bersatu mempertahankan kesucian agama Islam dan Rasulullah daripada dihina daripada mana-mana pihak termasuklah golongan anti hadis.

Kata beliau, tindakan beberapa pimpinan Umno mempertahankan Kassim sangat dikesali dan membuktikan Umno menyokong fahaman yang dibawa oleh Kassim.

"Ramai para ustaz dan ulama yang pulang daripada belajar agama di luar negara ditahan oleh sebab tiada tauliah, tetapi Kassim bebas berbicara tentang agama sedangkan tiada langsung asas ilmu agama,"jelasnya lagi.


ISU ANTI HADIS ..BEBERAPA RAKAMAN GAMBAR MENARIK DI BEBERAPA BUAH MASJID DEMO KECAM KASSIM AHMAD DAN MADEY MOHAMAD.
Umat Islam bangkit membantah ucapan Kasim Ahmad, ustaz Azlisham Azhar - Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor sedang berucap di perkarangan Masjid Jamik Bandar Baru Uda. Turut berucap ustaz Mohd Nazrin Ehsan- penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Johor.
Inikah 'syaiton yang dikenali' ??

 ·

Jumaat, 21 Februari 2014


KPM perlu tarik semula arahan pindah sekolah Pengerusi Bantah SPPBS

KUALA LUMPUR 21 FEB: Jingga13 menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pengerusi penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari ditukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari lalu.
Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, tindakan tindakan dilakukan Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM hanya bagi menyatakan bantahan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara
mansuh_PBS“Jingga 13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat
“KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya Umno,” kata Fariz dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.
Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM dipercayai ekoran kelantangan Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011
Kata Fariz, sistem PBS mempunyai banyak kelemahan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid
Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM bersama NGO diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor.

Rumah ni rumah asal felda.. Rumah yang jadi saksi pengorbanan ibu dan ayah mendidik anak-anak yang seramai 9 orang ni..

Rindu ku kirimkan pada angin laut China Selatan.. semoga ia lembut menghembus wajah tua ibu bapaku nun jauh di Terengganu..
INI RUMAH TEMPAT SAYA DIBESARKAN - SAIFUL NANG

Cerita hari ini ialah...

KISAH PETI AIS WAK ROS & WAK NANG : JIKA RAJIN, SEMUA BOLEH JADI (Mak dan Ayah saya).

Ini ialah rumah tempat saya dibesarkan, dah jadi rumah tinggal dah sekarang ni. Rumput dan lalang pun dah tinggi-tinggi. Tiada penghawa dingin, tiada Nintendo, tiada iPad, tiada komputer, tiada RO Water Filter, tiada Herbalife, tiada pil-pil kurus...hanya rumah papan, tiada ceiling dan kalau waktu tengahari terpaksa lari bawah rumah ada pangkin dan hammock guni untuk rasa sejuk sedikit.

Ayah saya tak pernah ada hutang bank. Kalau ada pun, kerana salah seorang anaknya nak beli sangat mini-compo pakai finance MBF (ketika itu). Harga RM400 tapi bayar bulan-bulan sampai 4 tahun, tahu-tahu dah bayar RM1500.Tapi itu pakai nama ayah, yang bayarnya ialah orang yang nak radio tu lah. Zaman tu agak cool juga kalau nak jadi rappers atau new jack swing yang gantung CD kat leher dengan hoodies 7 Ringgit di Kedai Mara dan jalan pakai mini-compo.

Barang kemas dibeli kerana dia tahu harganya tidak berubah malah akan menaik. Itu sebagai salah satu simpanan tetap. Tapi emak akan pakainya dan gembira. Simpanan cara ni, ramai Mek Klate buat. Pakai emas sampai ke siku, kalau anak cakap nak pergi bayar yuran, dilurutnya 2 gelang (dari berpuluh-puluh yang Mek Klate ada) untuk anaknya pergi jual atau pajak. Tapi, emak saya taklah sampai ke siku. Ada hanya 2-3 utas gelang sahaja. Keseluruhannya kalau ditimbang pun tak sampai 15g.

Saya belajar dari arwah emak macammana nak meniaga walaupun emak saya bukan usahawan. Emak memang hidup tak boleh tak ada air batu (saya selalu tegur dia tentang benda ni). Elektrik masuk ke rumah hanya pada tahun 1988, sebelum itu kami semua pakai gasolin sahaja dan terpaksa beli ais di pekan.

Bila dah masuk elektrik, emak pula buat request kepada ayah nak beli peti sejuk. Ayah kata, bajet tiada. Kalau belanja beli peti ais, nanti dapur tak keluar asap.

Tapi akhirnya, sayangkan isteri lah katakan. Beli juga peti ais tu. Dalam 2 bulan, emak dah dapat balik duit beli peti sejuk tu. Peti sejuk 1 pintu dengan harga RM500. Lori SINGER datang hantar dari Pekan Triang.

Atas peti sejuk, ada tabung lutsinar untuk letak duit. Emak mula buat aiskrim "Malaysia". Ada aiskrim jagung, asamboi, cendol dan macam-macam lagi. Emak bagitahu saya, bawa budak-budak main di laman rumah kami. Pelik juga, dulu dia marah pasal habis pokok bunga dia kami lunyaikan dengan bola dan orang.

Rupanya, ada trick. Setiap petang, tak kurang 40 batang aiskrim habis. RM0.10 x 40 batang x 30 hari = RM120 x 2 bulan = RM240. Belum cover lagi kos beli peti sejuk. Untung memang boleh kata 95% kerana kadangkala dalam kenduri, dari air lebihan tu dibuang membazir, emak akan tanya untuk bawa pulang. Esoknya, dah jadi aiskrim.

Inovasi seterusnya ialah...AIS KEPAL. Asalnya tak pakai mesin pun, hanya pakai penyagat ais sahaja yang jauh lebih murah dari mesin ABC sekarang ni. Ais Kepal boleh dijual dengan harga RM0.30 dan itu lebih menguntungkan. Jika budak-budak memang sangat. Seingat saya, perniagaan berkembang kerana peminat ais kepal bukan sekadar budak-budak. Ramai juga dari kalangan orang tua.

Kedudukan rumah ini pula di jalan sambungan antara Felda Tementi dan Rentam. Budak sekolah Menengah yang tinggal di Felda Rentam akan melalui rumah saya ini dan pasaran berkembang lagi.

Mudahnya, dalam 2 bulan sahaja kos pembelian peti sejuk 1 pintu itu telah berbayar. Tapi, emak saya bukan seorang usahawan. Setelah semuanya mencukupi, dia taklah membesarkan perniagaan yang kecil itu. Sampai kepada saya sekarang, saya akan terus besarkannya. Rumah inipun sudah lama dan kami pun tak duduk di sini lagi. Jika melalui kawasan ini dan nampak rumah ini, ia masih dalam keadaan yang sama.

Saya juga gunakan cara yang sama. Buat sesuatu dengan fungsi pelbagai. Jika dahulu suka travel, bulan 3-4 semasa di Malaysia low-season untuk wedding, biasa memang saya akan berada di Europe. Saya nak berjalan di sana, tetapi saya tidak mahu habiskan wang yang saya kumpulkan sebaliknya, pergi dan gunakan skill fotografi saya untuk membayar kembali kos perjalanan yang sangat tinggi itu. AKhirnya, berjalan pun dapat, pengalaman juga dapat, portfolio pun dapat dan duit pun siap banyak lebih untuk bawa balik ke Malaysia.

Hanya perlu rajin...insyaAllah boleh kaya. Bagaimana emak tak suka orang miskin merungut dan merengek nasib menyalahkan orang lain. Begitu juga saya benci orang menyalahkan nasib hidupnya kepada orang lain. Orang begini, tukar pemimpin ratus kali pun sama juga akan jadi loser. Orang yang rajin, campak ke mana-mana pun boleh jadi kaya.

SAIFUL NANG
Budak Felda Tementi

* Ramai orang minta izin utk share, blanket approval...semua yang saya share di FB saya boleh dishare kan. Jika saya tidak mahu anda share, saya pun tak akan post dari awal lagi

Hukum membuat binaan di atas kubur adalah tidak digalakkan. Ini berdasarkan larangan daripada Nabi SAW iaitu daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: “Rasulullah SAW melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya.” (HR Muslim)

Bahkan baginda pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau: “Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.” (HR Muslim)

Berdasarkan hadith-hadith di atas, para ilmuan Islam melarang daripada membuat binaan di atas kubur. Jika hendak menandakan itu adalah kawasan perkuburan, sebahagian ulama membolehkan meninggikan timbunan tanah sekadar satu jengkal. Ada yang membolehkan binaan sekadar untuk menahan tanah dari dihakis oleh air. Namun jika yang dibuat adalah satu binaan yang berlebih-lebihan, maka ia dilarang.

Imam Nawawi berkata: “al-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Aku telah melihat para imam Mekah memerintahkan untuk menghancurkan bangunan yang ada di atas kubur. Riwayat yang memperkuatkan tindakan tersebut adalah daripada sabda Nabi SAW, hendaklah kamu tidak membiarkan kuburan yang ada timbunan kecuali kamu ratakan.” (Syarah Sahih Muslim)

IPOH: Ribuan Umat Islam hari ini berkumpul selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ipoh bagi mengutuk kebiadaban tokoh anti hadis, Kassim Ahmad.

Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Perak itu dihadiri oleh beberapa pimpinan PAS termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Ulamak PAS Perak, Ustaz Norazli Musa dan Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri.

Ianya turut disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Insan Malaysia (Abim) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam ucapannya berkata, sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam selaras dengan agama rasmi, maka kesucian agama Islam wajib dijaga oleh seluruh umat terutama pemerintah.

Tegas beliau, sebarang tindakan sama ada perkataan atau perbuatan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam wajib diambil tindakan sewajarnya.

"Kenyataan Kassim Ahmad sebagai ilmuan sesat yang diketahui umum wajib diambil tindakan kerana disamping merosakkan aqidah dirinya, ia juga boleh mempengaruhi dan merosakkan aqidah masyarakat umat Islam ini di negara ini.

"Kerajaan tidak boleh berdiam diri walaupun beliau (Kassim Ahmad) adalah ahli Umno," tegasnya kepada hadirin dan disambut dengan laungan Allahu akbar.

Beliau mempersoalkan dimana badan bukan kerajaan (NGO) pro Umno yang sebelum ini lantang mahu menjadi hero mempertahankan Islam namun dalam hal ini senyap membisu apabila ianya membabitkan kepimpinan Umno.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad menyelar tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mempertahankan Kassim Ahmad.

Mahathir juga katanya bertindak biadap mendakwa para ulamak tidak dapat menjawab segala hujah daripada Kassim.

"Hujah dan dakwaan yang dikekumakakan oleh beliau (Kassim) pelajar PASTI pun boleh jawab.

"Dakwaan Mahathir yang mengatakan ulamak tidak dapat menjawab hujah Kassim adalah satu pembohongan yang besar," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kesal pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan kepada Kassim Ahmad yang ketika ini bebas bermaharaja lela menyebarkan dakyahnya.

Beliau hairan kenapa Kassim Ahmad tidak berani 'disentuh' oleh mana-mana pihak sedangkan terang-terangan menghina Islam dan Rasulullah.

"Apabila ada pihak didakwa menghina pemimpin kerajaan, laju sahaja mereka diambil tindakan tetapi Rasulullah dan Islam dihina tiada sebarang tindakan diambil. Inilah yang berlaku di negara kita,"tegasnya.

Dalam nada yang sama, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Norazli Musa menyeru seluruh umat Islam bersatu mempertahankan kesucian agama Islam dan Rasulullah daripada dihina daripada mana-mana pihak termasuklah golongan anti hadis.

Kata beliau, tindakan beberapa pimpinan Umno mempertahankan Kassim sangat dikesali dan membuktikan Umno menyokong fahaman yang dibawa oleh Kassim.

"Ramai para ustaz dan ulama yang pulang daripada belajar agama di luar negara ditahan oleh sebab tiada tauliah, tetapi Kassim bebas berbicara tentang agama sedangkan tiada langsung asas ilmu agama,"jelasnya lagi

Hj Muslim Karim nama sebenar pengetua Pusat Tahfiz Amal di Kedah, bukan Azhar Wahab?



Hj Muslim Karim nama sebenar pengetua Tahfiz - Pemilik akaun Facebook Mohd Zahir Osman mendedahkan Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan yang telah diarahkan untuk ditutup pada 10 Februari lalu masih beroperasi seperti biasa.

Yang peliknya, nama pengetua sekolah tahfiz berkenaan tidak sama seperti yang dihebohkan kepada umum baru-baru ini.

"PELIK TAPI BENAR. Pusat tahfiz ni dah diarahkan tutup. Tapi pagi tadi budak dia masih menjual produk di Bank Islam Jitra. Yang lagi pelik pengetua dia bukan individu yang dihebohkan. Apa ni."

Daripada sekeping gambar yang dikongsikan beliau di bawah jelas menunjukkan nama pengetua sebenar yang mengendalikan Pusat Tahfiz Amal itu ialah Tuan Hj Muslim bin Ab Karim dan bukannya Azhar Wahab.


Pada admin, ini satu lagi kekeliruan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya. Dalam kes pengetua Pusat Tahfiz Amal, siapakah nama pengetua sebenar sekolah tersebut?

Kalau Tuan Hj Muslim bin Ab Karim ialah pengetua sebenar, bagaimanakah Azhar Wahab boleh dikaitkan dalam kes ini? Memang pelik tapi benar.
ok.... sebelum ke Masjid.... Alhamdulillah
Penulis Cantik Asal Amerika Ini Masuk Islam Setelah Mencoba Kenakan Jilbab

KURANG lebih setahun, Carissa D. Lamkahouan mempelajari agama Islam meliputi prinsip-prinsip dan karakteristiknya. “Saya sebagai seorang perempuan sangat tertarik terhadap isu-isu yang berkaitan dengan perempuan. Dari ketertarikan itulah saya mulai mengenal jilbab yang menjadi identitas seorang muslimah,” tutur gadis asal Amerika Serikat ini.

Entah ada angin apa yang menembus ke dalam jiwanya, sehingga Carissa begitu terpesona dan tertarik terhadap perempuan yang mengenakan jilbab. Dan alhasil ia pun tertarik dengan agama islam. Ia sering melakukan Study Islam, rajin pergi ke toko buku, meneliti referensi Islam dalam versi bahasa Inggris, mempelajari Al-Qur’an dan hadits, serta kisah-kisah Rasulullah beserta para sahabatnya.

Suatu hari Carissa menemukan jilbab pada barisan abaya di sebuah toko. Kemudian tiba-tiba ada sebuah hasrat ingin mencoba jilbab tersebut. Saat pertamakali mengenakan jilbab, Carissa merasa ada sesuatu yang aneh menempel pada kepalanya.

“Sekilas saya menatap diri saya dari cermin. Terus terang saja diri saya ini sangat terkejut ketika melihat kain hijau yang menempel di kepala saya saat itu. Saya mengamati diri saya sebagai orang asing yang seperti terlahir kembali. Ada stereotif negatif dalam bayangan wanita berjilbab seperti digambarkan oleh media,” ungkapnya.

Tetapi, perasaan tersebut tidak berlangsung lama. Perempuan cantik ini seketika kembali ke alam rasionalnya. “Saya membeli jilbab ini hanya untuk di gunakan pada saat mengunjungi masjid saja!” tegasnya dalam hati.

Carissa memang hanya mengenakan jilbabnya pada saat mengunjungi masjid-masjid untuk mempelajari Islam lebih.

“Saat ini, saya menyadari bahwa dengan membeli jilbab pada waktu itu adalah awal dari turunnya hidayah Allah kepada saya,” tuturnya.

Bulan berganti bulan. Namun, penulis berkulit putih ini belum benar-benar memakai jilbab itu sesuai dengan apa yang telah ia rencanakan. Karena, ia tidak terlalu suka dengan warna dan model jilbab yang dibelinya. Sehingga, Carissa pun kembali ke toko buku untuk membeli jilbab dengan model dan warna yang ia sukai.

Semenjak hari itu, Carissa menyempatkan untuk memakai jilbabnya pada beberapa kesempatan. Seperti saat berkunjung ke toko makanan halal, ketika pergi ke toko buku, dan pada kesempatan-kesempatan lainnya. Sehingga sampailah pada suatu malam, Carissa pergi bersama suaminya dengan mengenakan jilbab. Dan dari sini lah terjadi perubahan yang besar.

“Saya merasa sangat aman dan nyaman saat mengenakan jilbab. Saya seolah terlindungi dari pandangan-pandangan laki-laki yang nakal dan suka menggoda,” jelasnya.

Seiring dengan berjalannya waktu, Carissa mulai terbiasa memakai jilbab dan semakin dalam mempelajari agama Islam. Hingga akhirnya, Carissa D. Lamkahouan mengucapkan dua kalimah syahadat.

Kini Carissa mengenakan jilbab dengan alasan ibadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Ia merasa emiliki martabat dan kemuliaan yang luar biasa sangat mengenakan jilbab. Ia tak takut lagi di goda oleh laki-laki dan merasa terlindung dari sengatan sinar matahari, karena jilbab adalah mahkota terindahnya. [retsa/islampos/onislam]
See Translation

KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 umat Islam hari ini berhimpun di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat bagi membantah kebiadaban pelopor antihadis Kassim Ahmad.

Rata-rata mereka membawa plakad antaranya bertulis "Ambil tindakan segera", "Kassim Ahmad taubat", "Pertahan Islam" serta "Kassim Ahmad pesong akidah umat Islam".

Mereka mendesak pihak berkuasa segera megambil tindakan terhadap Kassim yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akidah Islam.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad lalu dilaporkan  mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian' itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad ketika berucap menyelar tindakan Dr Mahathir yang menyokong pandangan Kassim Ahmad dan menyifatkannya sebagai memalukan negara apatah lagi beliau ialah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

"Dia yang rasmi seminar tersebut, maka jelas kepada kita bahawa Mahathir merestui pemikiran Kassim Ahmad.

"Kita desak supaya Dr Mahathir meletakkan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Perkim," kata beliau.

Gambaran salah

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan membisu pihak berkuasa terhadap Kassim Ahmad dan pada masa sama dipertahan pula oleh Mahathir, telah memberi gambaran salah kepada dunia.

"Seolah-olah kita memberi gambaran bahawa Malaysia, sebuah negara umat Islam, perdana menterinya Islam, menteri-menteri besar beragama Islam, bersekongkol dan membenarkan ajaran sesat ini diamalkan," kata beliau.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendesak Yayasan Kepimpinan Perdana selaku penganjur seminar pemikiran Kassim Ahmad, untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Beliau juga menyeru semua umat Islam menggunakan semua medium yang ada termasuk laman sosial untuk menyatakan bantahan terhadap pemikiran sesat tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Azhar Yahaya berkata, amat malang apabila fatwa sesat terhadap Kassim Ahmad yang telah diwartakan sejak 30 tahun lalu hanya dipandang sebelah mata oleh penguatkuasa agama.

"30 tahun sudah difatwakan sesat, tetapi Kassim Ahmad terus dibiarkan menyebarkan fahaman beliau.

"Tentu ada tangan-tangan di belakang dia sehingga dia kebal dari tindakan undang-undang," kata beliau.

Turut berucap pada himpunan itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.
Tahniah Dr. Mahathir bin Mohamad, anak lu memang pandai meniaga

p/s: dari mana dapat modal? kah kah kah
 
MOHON PEMIMPIN MALAYSIA JANGAN IKUT

gambar ni kemungkinan bakal menyebabkan rosmah mansur muntah 3 kali. Tahukah siapa di dalam gambar ni?

Presiden Turki berhimpit bersama rakyatnya di dalam train, sanggup berdiri bagi memberi laluan kepada yang lebih memerlukan.

Rosmah mansur, najib, muhyiddin, anda tak sebegini sebab anda berhak duduk sebab anda ada ciri yang diberi keutamaan untuk duduk antaraya ialah ibu mengandung, orang tua, pesakit mental.

kbt
Hanya di malaysia..

Layan..
PERKHIDMATAN PAKEJ NIKAH KAHWIN DI NARATHIWAT THAILAND.

Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan nikah kahwin di Narathiwat,Thailand.
Masa urusan Nikah lebih kurang 1 Jam.
Tempat Akad Nikah di Bilik Nikah Kahwin Majlis Agama Islam Wilayah Naratiwat, Thailand.
Sijil Nikah dari Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Akan di keluarkan selepas sahaja Akad Nikah selesai dan di Tandatangani oleh yang di Pertua Majlis.
Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama Islam dan Sijil Nikah ini diterima serta diperakui di Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan di seluruh Dunia.
Pakej adalah termasuk bayaran Nikah, Saksi, Kadi, Pengangkutan pergi balik dari sempadan Rantau Panjang Kelantan ke Narathiwat dan makan minum di sediakan.
penginapan tak termasuk ( jika ingin bermalam disini, harga hotel adalah murah kurang dari RM100.00 dan saya akan tunggu untuk semalam tanpa caj tambahan)

Harga Pakej perkhidmatan adalah RM 1,500.00 untuk sepasang pengantin sahaja.

Bayaran Pakej ini hendaklah di buat setelah masuk ke Thailand di Sungai Golok sebelum ke Narathiwat Untuk pergi Berkahwin...

CARA-CARA MUDAH DAN RINGKAS UNTUK NIKAH DI SINI :-

Sebelum nak Nikah sila telefon saya dua hari sebelum tarikh Nikah.. h/p 012-2908459 En. Azahari.

Sila bawa dokumen yang di perlukan :
1. I/C
2. passport atau border pass
3. sijil cerai / sijil mati suami ( Ibu Tunggal )

Cara perjalanan ke sini sebelum memasuki Thailand.:-

1. Menaiki Kenderaan sendiri - bertolak terus ke Rantau Panjang, Kelantan dan boleh parking kenderaan disini.
2. Menaiki Bas - sila ambil tiket ke Rantau Panjang jika tiada tiket ke Rantau Panjang boleh ambil tiket ke Kota Bharu.
3. Menaiki Keretapi - sila ambil tiket ke Pasir Mas, Kelantan.
4. Menaiki Kapal Terbang - ambil tiket ke Kota Bharu, Kelantan.

Saya akan berjumpa dan mengambil pasangan di tempat ketibaan tadi dan terus masuk ke Thailand. Selepas selesai segala urusan di Thailand saya akan menghantar balik.

INSYAALLAH SELAMAT, BERKAT DAN BERKEKALAN...

Lain-lain masalah berkenaan perkahwinan di Thailand sila hubungi saya..Insyallah saya sedia membantu..

Untuk Kahwin Ringkas, Cepat, Mudah dan Sah
Berminat sila hubungi En. Azahari 012-2908459
Like · · · 2152 · Edited · · Sponsored

Tiada ulasan: