Kisah Me-Layu Bakal Jadi Kuli Di Negara Sendiri

| Hari ini wife tak sempat masak. Kami pergi kawasan kedai ada gerai
makan. Ada seorang peniaga indonesia menjual nasi lemak. Saya pernah
berbual dengan beliau yang datang setelah suami dapat IC merah. Beliau
belajar buat nasi lemak dan masakan-masakan melayu. Kini beliau sudah
mampu menggaji 2 orang pekerja. Beliau berniaga dari jam 6 petang hingga
1 pagi. Pendapatan bersih sekitar RM1000-2000 sehari.
Saya juga pernah beli lemang raya di
Subang Jaya. Penjualnya Bangladesh dan saya tanyakan mereka “Bangla pun
pandai buat lemang?” Mereka jawab…”ini boss Melayu punya”.
Saya kurang percaya dan setelah dikorek
mereka mengaku itu projek ekonomi yang mereka kongsi-kongsi. Juga
belajar cara buat lemang dan rendang dari orang Melayu dan menjualnya.
Mereka bergilir jaga kedai kerana mereka ada shift kerja antara kerja di
tapak pembinaan dan menjual lemang. 300-500 batang lemang boleh dijual
sehari dengan harga sekitar rm10-15 sebatang. Rendang pula dikira secara
berasingan.
Setelah saya berbaik dengan mereka, saya
dapatlah korek yang mereka berniaga dengan menyewa permit orang Melayu
dan mereka akan lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan IC merah. Kemudian
sekeluarga mereka akan turut ditaja.
Mereka ini semua sangat rajin berusaha. Saya hormati kegigihan mereka. Tidak memilih kerja dan tidak malu berniaga.
Boleh jadi, 1 hari nanti, Orang Melayu
akan digaji dek Indon dan Bangla yang hari ini bekerja sebagai kuli kang
meminjam permit orang kita.
Hari ini, kita jadi “Tuan Rumah” yang
pandai sangat bicara tentang “ketuanan” sedangkan syarikat yang kita
kerja juga tuannya ialah “orang datang”. Lagi sedih, kita masih malas
lagi berusaha dan sering nak salahkan orang lain.
Sama sahaja kita dengan atuk-atuk kita
dulu yang melepak di warung minum teh hirup dari ceper berjam-jam sambil
tengok gusti dan bersorak serta memaki hamun ahli-ahli gusti di kaca
tv. Bezanya, kita tidak menonton gusti tetapi “wayang-wayang politik”
yang tak habis-habis. “Orang Datang” tak kisah semua itu dan terus
berusaha. Mereka masih hidup senang walaupun mereka tak kenalpun nama
Perdana Menteri Malaysia.
Bukan untuk jadi rasis tapi nak
bangunkan Tuan Rumah yang “koma” lama. Semasa kita tersedar nanti,
semuanya milik kita sudah hilang. Bangunlah…
Situasi realiti pahit
SAIFUL NANG
SAIFUL NANG
8:16AM - 5 Feb 2014
MB Selangor nafi terlibat pecat 20 staf PHSB
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan 20 kakitangan Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Beliau berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.
Abdul Khalid berkata, menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.
"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor, di sini, semalam.
Semalam, PHSB memecat 20 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Ketika diminta mengulas sama ada pemberhentian itu ada kaitan dengan isu dalaman yang dihadapi PKNS kini, Abdul Khalid turut menafikan ia disebabkan perkara berkenaan malah kes itu masih lagi dalam proses pendengaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. - Bernama

Artikel Berkaitan
MB S'gor: Bukan pecat tapi tak lanjut kontrak
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30
kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.
Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.
"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Shah ALam malam tadi.
PHSB memecat 30 kakitangannya semalam, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Ketika diminta mengulas sama ada pemberhentian itu ada kaitan dengan isu dalaman yang dihadapi PKNS kini, Abdul Khalid turut menafikan ia disebabkan perkara berkenaan malah kes itu masih lagi dalam proses pendengaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
- Bernama8:00PM - 28 Jan 2014

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.
Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan
meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.
"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.
Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan
raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.
Menurut Khalid (kanan) beliau hanya membuat keputusan
sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan
mengenai pertukaran menteri besar.
Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti
beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan
perjuangan politik beliau.
"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya
tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah
sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau.
Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.
"Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu
(berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya
berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik)," kata
beliau.
Pengunduran Lee tak dirancang
Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam, dikatakan
memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ADUN negeri itu.
Khalid hari ini turut mengumumkan pencalonan Anwar untuk bertanding bersama pimpinan Pakatan Rakyat
Beliau
berkata, keputusan dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas
kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".
Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar (kiri) akan
mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan
pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di
negeri itu.
Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi"
dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan
datang.
Khalid turut mengatakan perkara itu sebenarnya dalam perancangan cuma peletakan jawatan Lee tidak dirancang.
"Ia bukannya dirancang sejak Mei 2013. Ada perbincanganlah, penilaian politik dan perbincangan (mengenai Anwar bertanding).
Raslan merupakan anggota polis yang ditugaskan menjaga Anwar di lokap ibu pejabat polis Bukit Aman, sehari selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.
“Saya tak sangka Datuk Seri Anwar akan bertanding disini. Sebagai orang Kajang, saya rasa bertuah,” kata Raslan kepada Keadilandaily.
“Insya Allah, orang-orang kampung disini akan menyokong Anwar,” kata Raslan yang kini merupakan Imam di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang.
Menceritakan pengalamannya klai pertama bertemu Anwar di lokap sehari selepas dipukul bekas Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, Raslan berkata, beliau terkejut melihat keadaan Menteri Kewangan tersebut.
“Saya tengok beliau dalam keadaan lemah. Kepalanya merah (luka). Malangnya, Anwar tak dibenarkan ke hospital. Sebab ketika itu pembesar Polis cuba nak tutup kes (tumbuk mata),” katanya.
“Syif tugasan saya sehari selepas Anwar dimasukkan ke lokap. Bila tengok keadaannya begitu, saya catit keadaan fizikal Anwar dalam laporan diari polis sebagai bukti dan rekod.
“Tapi dengan kuasa Allah, perkara itu tak boleh disembunyikan. Tiga hari selepas ditahan, seluruh dunia dapat lihat keadaan mata Anwar yang lebam,: kata Raslan yang berkhidmat dengan PDRM semenjak 1969.
Kata Raslan, selepas bersama dari polis sejak 2005, beliau beberapa kali bertemu Anwar setiap kali Ketua Pembangkang itu bertandang ke Kajang menghadiri program bersama rakyat.
“Bukan senang orang Kajang nak dapat Adun macam dia (Anwar). Kalau Datuk Seri (Anwar) yang jadi wakil rakyat kita, kira untunglah,” kata Raslan sambil ketawa.11:10AM - 5 Feb 2014
Bekas Sarjan jaga Anwar di lokap Bukit Aman sokong KEADILAN
KAJANG 5 FEB: Sarjan (B) Raslan Samsudin, 65, yakin Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.Raslan merupakan anggota polis yang ditugaskan menjaga Anwar di lokap ibu pejabat polis Bukit Aman, sehari selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.
“Saya tak sangka Datuk Seri Anwar akan bertanding disini. Sebagai orang Kajang, saya rasa bertuah,” kata Raslan kepada Keadilandaily.
“Insya Allah, orang-orang kampung disini akan menyokong Anwar,” kata Raslan yang kini merupakan Imam di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang.
Menceritakan pengalamannya klai pertama bertemu Anwar di lokap sehari selepas dipukul bekas Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, Raslan berkata, beliau terkejut melihat keadaan Menteri Kewangan tersebut.
“Saya tengok beliau dalam keadaan lemah. Kepalanya merah (luka). Malangnya, Anwar tak dibenarkan ke hospital. Sebab ketika itu pembesar Polis cuba nak tutup kes (tumbuk mata),” katanya.
“Syif tugasan saya sehari selepas Anwar dimasukkan ke lokap. Bila tengok keadaannya begitu, saya catit keadaan fizikal Anwar dalam laporan diari polis sebagai bukti dan rekod.
“Tapi dengan kuasa Allah, perkara itu tak boleh disembunyikan. Tiga hari selepas ditahan, seluruh dunia dapat lihat keadaan mata Anwar yang lebam,: kata Raslan yang berkhidmat dengan PDRM semenjak 1969.
Kata Raslan, selepas bersama dari polis sejak 2005, beliau beberapa kali bertemu Anwar setiap kali Ketua Pembangkang itu bertandang ke Kajang menghadiri program bersama rakyat.
“Bukan senang orang Kajang nak dapat Adun macam dia (Anwar). Kalau Datuk Seri (Anwar) yang jadi wakil rakyat kita, kira untunglah,” kata Raslan sambil ketawa.11:10AM - 5 Feb 2014
AMK Johor bidas Pemuda PAS isu Anwar jadi MB
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor
membidas Dewan Pemuda PAS Pusat yang tidak bersetuju Datuk Seri Anwar
Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya beliau menang pada
pilihanraya kecil DUN Kajang.
Ketua AMK Johor Khairil Adanan berkata pihaknya tidak nampak sekiranya Anwar diangkat menjadi menteri besar akan memudaratkan rakyat negeri itu bahkan mendapat sokongan bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Taib.
"Penerangan yang dibuat tentang pengosongan kerusi tersebut telah dilakukan dan sepatutnya pihak pimpinan Pakatan harus menyokong pendekatan strategi yang diperkenalkan PKR.
"Usah termakan dengan lontaran propaganda lawan yang sememangnya mahu Pakatan bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi N 25 Kajang kekal milik Pakatan-PKR," katanya.
Semalam Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mempertegaskan bahawa sayap kanan parti itu menyokong Anwar menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu tetapi tidak bermakna mereka bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.
Suhaizan berkata polemik Kajang itu tidak perlu diteruskan sehingga mengheret Pakatan Rakyat membincangkan isu menteri besar Selangor yang baru dan mendesak ia dihentikan segera.
Dalam kenyataannya, Khairil turut membidas Suhaizan yang menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi itu sebagai "pembaziran" sebaliknya menegaskan PKR mahu menawar pemimpin bertaraf dunia untuk menambah baik pentadbiran Selangor dan memantapkan lagi Pakatan.
"Kita, Parti Keadilan Rakyat jelas menumpukan sepenuh kekuatan jentera parti untuk mempastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat.
"Angkatan Muda Keadilan Johor juga memberikan tanda aras majoriti yang perlu diperolehi mestilah mencecah sekurang-kurangnya 7,000 undi," katanya.
Khairil bagaimanapun berkata AMK Johor menyambut baik kerjasama yang akan diberikan oleh Pemuda PAS dalam pilihan raya kecil itu sekaligus berharap kerjasama walaupun berbeza pendapat.10:00AM - 5 Feb 2014

PERKASA: Mengapa tiada tindakan facebook hina Islam?
NGO pendesak Melayu, PERKASA bertanya
mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) begitu
cepat bertindak terhadap facebook yang menghina Kristian tetapi tiada
tindakan diambil terhadap banyak facebook yang hina kesucian Islam walau
sudah banyak aduan dibuat.
"Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan facebook yang menghina kesucian Islam, kami kira cukup banyak, mengapa tiada lagi tindakan diambil," kata Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.
"Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kpd SKMM?," tanya Syed Hassan dalam satu kenyataan.
"PERKASA harap SKMM jangan memilih-milih aduan. Penghinaan terhadap kesucian Islam tidak sedikit dalam portal-portal berita dan facebook," tambahnya.
Katanya, PERKASA sungguh terkejut begitu cepat sekali tindakan diambil oleh SKMM apabila Kristian dihina.
PERKASA juga, katanya, menunggu pula reaksi dari pertubuhan yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara.
"Mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat kebebasan suara bila laman facebook tersebut ditutup.
"Apakah pertubuhan perjuangkan kebebasan bersuara juga memilih-milih untuk membuat kritikan? Yang hina kristian didiamkan sahaja bila SKMM ambil tindakan dan bila Islam dihina dan tindakan diambil itu satu tindakan yang melanggar kebebasan bersuara?" tegasnya.
Bagaimanapun, katanya, PERKASA mengucapkan tahniah kepada SKMM kerana bertindak segera membuang Facebook yang menghina Kristian sepertimana kenyataan pengerusi SKMM yg disiarkan oleh beberapa portal berita semalam.
Apapun, tegas Syed Hassan, PERKASA menyokong tindakan terhadap mana-mana pihak yang menghina apa jua agama dalam negara ini.
"Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara. Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang keras," tegasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan