Rabu, 12 Februari 2014

SAPE YANG BEBAL

Bekas Adun Kajang Dedah Punca Sebenar Letak Jawatan Secara Mengejut

Lee Chin Cheh kelihatan tenang orangnya, hampir tidak menyedari kesan dilakukannya mampu menggemparkan negara apabila beliau secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, dua minggu lalu.

Enggan menyahut cerita-cerita yang berputar di media, ahli korporat dan peguam pindah hak itu berkata, kehidupannya berjalan seperti biasa.


Pada ketika ini, kisah mengapa bekas Adun PKR penggal pertama itu meletak jawatan, menjadi cerita biasa di kalangan rakyat Malaysia.

Lee dan partinya mendakwa langkah itu dan keputusan menempatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerusi campuran berkenaan bertujuan mengukuhkan kemampuan pakatan pembangkang untuk berkhidmat kepada pengundi bandar di samping mempertahankan Selangor daripada diambil alih oleh Umno.

Sejak minggu lalu, bekas Adun berusia 43 tahun itu bersama Anwar berjumpa dengan masyarakat dan menjelaskan keputusannya, menekankan bahawa beliau tidak berdepan dengan sebarang permusuhan atau marah daripada pengundi.

Malahan, katanya, maklum balas yang diterima amat positif.

“Persoalan mengkhianat tidak timbul kerana saya bukan berhenti dan kemudian menyertai parti lain.

“Saya meletak jawatan demi parti, untuk Pakatan dan bagi calon yang lebih baik,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual di firma guamannya di Petaling Jaya.

Berkemeja belang biru dan putih serta berseluar panjang hitam, Lee menafikan dakwaan bahawa beliau berhenti kerana tidak mampu mengendalikan beban tugas atau dipaksa, atau dibayar untuk melepaskan kerusi itu.

“Itu semua mengarut! Saya tidak minta apa-apa. Saya sukarela kerana saya percaya ia akan membawa kepada Selangor yang lebih baik pada masa depan,” katanya.

Lee berkata, beliau sudah lama berpendapat bahawa Selangor sebagai negeri industri yang paling kaya di Malaysia memerlukan Anwar untuk memperbaiki pentadbiran negeri.

“Mereka yang berumur 40 tahun ke bawah tidak pernah tahu bagaimana beliau bekerja dan ada keperluan untuk mendapatkan landasan bagi Anwar menunjukkan bakatnya,” katanya.

Peguam itu berkata, beliau berjumpa Anwar selama 5 minit sahaja, iaitu tiga jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada speaker negeri, Hannah Yeoh.

“Saya mahu tahu sama ada saya akan dikenakan tindakan jika berhenti kerana semua wakil yang dipilih diwajibkan menandatangani kontrak sebelum PRU13. Saya juga mahukan pengesahan bahawa beliau akan bertanding di situ dan nasih baik beliau menenangkan fikiran saya,” katanya.

Ketika ditanya pendapatnya mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lee berkata, Abdul Khalid mempuyai kekuatan tersendiri, tetapi dalam perkara tertentu, menteri besar itu tidak bergerak mengikut rentak yang diharapkan oleh rakyat.

Sehubungan itu, beliau percaya dengan adanya Anwar dalam pentadbiran dapat membantu mempercepat beberapa perkara.

Beliau mengaku tidak membangkitkan kebimbangan itu kepada Abdul Khalid secara langsung tetapi menekankan bahawa beliau pernah melakukannya beberapa kali dalam rangka kerja parti.

Ada juga yang melihat Lee sebagai ahli politik yang agak keberatan, seseorang yang lebih gemar bekerja di belakang tabir daripada menerima perhatian ramai.

Lee berkata, sepanjang setahun lalu menjadi Adun Kajang, kebanyakan masanya dengan purata 16 hari sebulan dihabiskan untuk berjumpa orang kawasannya dengan setiap hujung minggu penuh dengan program kawasan dari pagi hingga malam.

Sepanjang menjadi Adun, Lee berulang-alik ke Kajang sama ada dari rumahnya di Shah Alam atau pejabatnya di Petaling Jaya.

Isterinya, seorang akauntan yang turut membantu Lee di firma guamannya dan dua anak mereka berumur 9 dan 7 tahun sangat gembira dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Adun kerana ia bermakna selepas ini, beliau akan mempunyai lebih masa untuk keluarga.

“Anak saya kata `ini maknanya tidak perlu ke Kajang untuk kerja’,” katanya tertawa.

Walaupun tidak layak untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Lee tidak menyesal dan berkata, beliau masih boleh membantu pakatan pembangkang di belakang tabir atas kapasitinya sebagai timbalan setiausaha PKR negeri dan ketua bahagian Petaling Jaya Utara.

“Saya tidak mahu menggambarkan keputusan saya sebagai pengorbanan. Saya gembira melakukannya kerana saya dicalonkan oleh parti untuk bertanding di kerusi itu.

“Selagi parti memerlukan saya, saya akan terus menyumbang tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran,” katanya dan menambah seseorang boleh berkhidmat kepada parti dan rakyat tanpa memerlukan pejabat awam.

Buat masa ini, harapannya ialah Anwar akan akhirnya mengambil alih jawatan menteri besar Selangor, langkah yang beliau yakin akan memberi manfaat bukan sahaja kepada negeri, tetapi juga untuk penduduk Kajang.

PRK Kajang akan berlangsung pada 23 Mac manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

PKR dengan jelas mengumumkan Anwar sebagai calon PKR, manakala pesaingnya, Barisan Nasional masih belum menamakan calon. ~tmi

Wednesday, 12 February 2014

PARA PENYOKONG UMNO/BN SUDAH PASTI GEMBIRA DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KEPADA KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK.


Myanmar, Cambodia dan Bangladesh lebih baik dari negara Malaysia pimpinan Najib Razak.

Kedudukan Malaysia merosot ke tahap paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, hari ini.

Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara, merosot dua anak tangga lagi berbanding tahun sebelumnya (145).

Kedudukan itu meletakkannya berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).

Pasti para pemimpin dan juak-juak UMNO kata negara asing iri hati dengan Malaysia dibawah pemerintahan UMNO/BN.

Balasan amal dosa

Oleh Nazdy Harun
Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.
Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.
FotoAZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.

“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.

Wednesday, 12 February 2014

ISU T-TEAM BERSUMPAH DEPAN AL-QURAN ... PENGACARA TERKENAL TV3 PUN KRITIK KERAS.



Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mengarahkan pasukan bola sepak Terengganu, T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan beliau kelmarin dulu mengundang kritikan pedas tapi bernas dari pengacara terkenal TV3.

Tindakan bersumpah laknat kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan dalam terowong Stadium Larkin, Johor Bahru antara pasukan T-Team dan JDT yang kini dikenali sebagai "INSIDEN TEROWONG" tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.

‎Dalam kehangatan orang ramai mencemuh dan mengutuk tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan yang memualkan tersebut.

Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri Yahya menulis:

"Muhasabah diri: Quran pun jarang² ‎buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"
Kini tidak kurang ramainya orang jadi keliru dengan perbuatan bersumpah depan Al-Quran ini dan menyangka ia adalah ajaran Islam?

Sedangkan orang yang suka bersumpah itu menunjukkan ciri-ciri 'munafik' yang menjadikan sumpah sebagai perisai lalu‎ membawa orang lain kepada kesesatan.

‎"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Al-Quran tidak dibaca .. suruhannya tidak diamalkan ...  sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah.

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Posted on February 11, 2014 under Islam by
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

BERITA GEMPAR!!! IANYA BERLAKU SETELAH 24 TAHUN, MAKA BENARLAH JANJI ALLAH UNTUK KITA

PEMBACA




Ralat! Setiap rakyat  perlu baca DAN KONGSIKAN....Bukan MUDAH NAK TUNGGU SAAT INI!

BERITA DIBAWAH INI DISAHKAN BENAR DAN TELAHPUN DISIARKAN DALAM BERITA HARIAN seperti yang akan penulis buktikan dibawah nanti.

Pastinya ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk kita menanti SAAT MENDEBAR LAGI MENCEMASKAN INI. Pastinya juga  akan dirasai oleh semua RAKYAT dalam negara kita tak kira apa fahaman politik anda, tak kira anda MASIH BAYI atau sudah tidak LAGI BAYI...semua akan merasai ......
Tempoh 24 tahun adalah jangka waktu yang lama, jika anak dara atau teruna sudah BOLEH BERKAHWIN jika mereka mampu,tapi itulah bak kata orang......SABAR MENANTI AKHIRNYA KITA DAPAT JUGA.......

Kita BERJAYA  juga MEMILIKI BERITA GEMBIRA DIBAWAH.......Kita MERASA JUGA KELUAR AIR MATA BERITA DIBAWAH...TAPII, KITA PATUT BERBANGGA DENGAN BERITA DIBAWAH KERANA BUKAN CALANG CALANG PEMIMPIN MAHUPUN NEGARA YANG MAMPU LAKUKAN APA YANG DILAKUKAN OLEH Pemimpin kita.......

Ini semua satu bukti KEBIJAKSAAN  .....satu bukti bahawa NEGARA KITA SEMAKIN MAJU KE DEPAN berbanding negara negara lain........

JANGAN SALAHKAN Kerajaan yang memerintah ...MEREKA SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA........Lagipun bukan salah pemimpin.....ini semua salah Anwar Ibrahim, salah pengundi Cina, salah Gereja ,salah BERSIH ,SALAH SOROS,SALAH SPEKULASI MATAWANG... mereka semua bersalah !!! 

JADI, SEHARUSNYA KITA BANGGA KERANA MEREKA TELAH PUN BUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA INI..........

Ringgit ditutup lebih rendah, terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar
Cetak
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup keseluruhannya lebih rendah berbanding dolar AS apabila peniaga membeli mata wang asing itu berikutan kekangan pegangan di pasaran. 

Pada 5 petang, unit tempatan itu disebut harga pada 3.3390/3420 berbanding AS dolar ketika ditutup Jumaat lalu pada 3.3290/3320. Tetapi apa yang lebih ketara ialah kejatuhan besar ringgit berbanding dolar Singapura. 
Ringgit kemudiannya susut sehingga 3.3390 berbanding dolar AS ekoran Data Pengeluaran Industri pada Disember yang lebih lemah daripada jangkaan. 

Ia meningkat hanya 4.8 peratus daripada tahun sebelumnya, yang mana di bawah ramalan pertumbuhan 5.4 peratus. 

Berbanding dolar Singapura, ringgit diniagakan pada tahap paling rendah dalam tempoh 24 tahun. 

Ringgit diniagakan pada 2.6300 hari ini, jatuh hampir 80 peratus berbanding dolar republik itu sejak 1990. 
Dolar Singapura berbanding ringgit diniagakan pada 2.6300/2.6340 daripada 2.6277/6259 ditutup minggu lalu. 

Berbanding pound Britain, ringgit merosot kepada 5.4773/4836 daripada 5.4396/4465 ketika ditutup Jumaat lalu. 

Mata wang tempatan itu juga menyusut berbanding yen kepada 3.2668/2710 daripada 3.2624/2660 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.5551/5602 daripada 4.5148/5195 minggu lalu. 

- BERNAMA
BERITA PENUH DISINI 

MAKA TAK BANGGAKAH KITA ??

Monday, June 30, 2008

Masih Ingat Kes Objek Di Langit?

Pada tarikh 26 Julai 1992, mulai jam 11.30 malam hingga jam 3.00 pagi, seramai 200 orang guru dan pelajar yang tinggal di asrama Sek Menengah Agama Hishamuddin, Klang telah menyaksikan satu fenomena alam semulajadi yang amat menakjubkan, yang tidak pernah berlaku sebelumnya di mana2 pun iaitu…
AWAN YANG MEMBENTUK OBJEK2 TERTENTU SEBANYAK 28 [ dua puluh lapan ] OBJEK SEMUANYA. malah ada beberapa orang pelajar sekolah itu yg sempat merakamkan gambar2 awan itu satu demi satu dengan kamera mereka.
Dalam media massa, yg dicatatkan adalah berlaku di sekolah tersebut sahaja, tetapi ramai orang di sekitar Klang yg keluar pada malam itu, turut dapat melihat dengan jelas awan2 yg membentuk objek2 di langit itu.
Yg dilaporkan di akhbar dan majalah adalah sebanyak 26 [ dua puluh enam ] objek sahaja.
[Senarai berikut adalah berdasarkan lakaran dari muka depan Berita Harian tidak berapa lama selepas peristiwa itu ]
——————————————————————————
1. Kalimah Allah dalam tulisan Arab and kalimah Lailahaillah Muhd Rasulullah dalam tulisan Arab
2. Janin manusia
3. Manusia dewasa
4. Mayat dibungkus kafan
5. Sebiji mata berwarna merah seperti sedang marah
6. Lidah panjang
7. Lidah dipotong2 dan disambung semula, ditayangkan tiga kali
8.Perempuan berlari, rambutnya digantung atau ditarik kemudian rambutnya disambar api lalu terbakar. Mukanya bertukar menjadi binatang yg sgt hodoh, mulut meraung2 seperti dalam keadaan kesakitan yg amat..seterusnya mukanya menjadi tengkorak dan rambutnya menjadi kaku.
9. Sayap burung berkibar2
10.Perempuan berwajah babi
11. Kala jengking
12. Ular besar dengan mata bersinar2
13. Manusia berkepala anjing
14. Dua orang bergaduh kemudian bersalaman
15. Lelaki berserban sujud ke arah kaabah dan yang lain
membelakangi Kaabah dan sujud membelakangkan kaabah
16. Peta Malaysia terbalik ie Singapura di sebelah atas
17. Botol Arak
18. Tanda salib bertukar menjadi kubah masjid
19. Ayam
20. Sekor ikan
21. Peta negeri Arab Saudi
22. Mayat berkafan
23. Batu nisan
24. Seekor burung
25. Orang berdoa [ memakai telekung]
26. Tangan hendak mencapai sesuatu tetapi tidak dapat dan tapak tangannya ada bertanda bulat…
——————————————————————————
Selain itu peristiwa sama berulang di masa lain kpd pelajar2 dan guru2 Sekolah
Menengah Agama Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor seminggu selepas itu.
Seperti biasa hanya 26 objek yg diwar2kan wujud pada malam2 berkenaan, tanpa
dua imej lagi.Perkara sama juga berlaku di Balai Dakwah, Jeram, Selangor.Kejadian ini turut disahkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor dalam satu mesyuarat khusus diadakan mengenai peristiwa tersebut.
Mereka mengambil kira maklumat daripada 11 murid dan 4 guru yg menyaksikan peristiwa tersebut beserta beberapa keping gambar yg ditunjukkan.
Mereka juga telah menerima saksi mata sebanyak 200 pelajar sekolah Hishamuddin, Klang.
Dua lagi objek yg tidak disiarkan itu telah disita, dirampas gambarnya dari pelajar2 itu oleh ulama2 rasmi tersebut .

Tiada ulasan: