Jumaat, 7 Februari 2014

KEADILAN AKAN DAPAT DIAKHIRAT NANTI...PERSALAH2 AKAN DIHUKUM SESUAI DENGAN KEJAHATAN2NYA....YANG TAAT AKAN MENDAPAT NIKMAT SESUAI DENGAN KETAATANNYA



Cerita Sedih Kisah Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri Dengan Kejam

Kisah Benar, Kisah Sedih, Cerita Sedih

Cerita Sedih Kisah Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri Dengan Kejam | Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!
Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki
Akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.

Berita

Ganjaran RM1,200 tampar Teresa: Polis perlu segera bertindak – Zairil

3.Pejabat pembangkang tinkat 13-sesi zairil-blok menara (24)
KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kumpulan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kerana menawarkan ganjaran RM1,200 kepada mereka yang berani menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Katanya, ganjaran pada mulakan hanya RM500 itu ditawarkan pada perhimpunan berhampiran Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur yang dilihat sebagai provokasi terbaru untuk mencetuskan ketegangan kaum.
Zairil berkata, tiada sebab bagi polis tidak mengambil tindakan, memandangkan ia adalah satu ugutan yang dibuat kepada umum dan secara terbuka, malah individu yang terbabit juga dirakam dalam gambar dan video.
“Jelas, ia adalah ugutan berbahaya. Polis perlu mengambil tindakan segera. Siapa yang akan bertanggungjawab jika keselamatan Teresa terancam?” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, beliau berharap polis tidak mengulangi sejarah, apabila laporan demi laporan berhubung insiden provokasi dan ancaman yang dibuat dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
Teresa dijangka membuat laporan polis berhubung ugutan itu di Balai Polis Tun HS Lee, Jalan Stadium, di sini, hari ini.
Perhimpunan semalam dipercayai sebagai reaksi berhubung klip video satira ‘One-derful Malaysia’ yang mengandungi kritikan terhadap isu ekonomi, keselamatan dan pemborosan pemerintah yang dihasilkan Teresa.
Ia turut menyaksikan kumpulan itu menyembelih beberapa ekor ayam dan melumurkan darahnya ke atas kain rentang yang memaparkan gambar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk, Lee Khai Loon, serta Teresa sendiri.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu juga membidas kumpulan yang menggunakan nama Islam, walaupun tindakan mereka itu bertentangan ajaran Islam.
“Mereka menggunakan nama Islam, tetapi perbuatan mereka tidak langsung mencerminkan Islam serta bertentangan dengan ajaran Islam, budaya Melayu dan Malaysia.
“Mereka juga membunuh haiwan dengan sewenangnya macam acara korban (sacrifice) seperti penganut ajaran sesat,” katanya lagi.
Beliau berkata, berikutan insiden itu kerjasama antara Pakatan Rakyat dan BN mengenai isu perkauman dan agama yang diajukan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat perlu dipercepatkan.
“Strategi keganasan ini nampaknya sudah melampau batasan. Apa-apa perbincangan perlu disegerakan bagi menangani perkara itu,” katanya lagi. -Roketkini.com

YANG NI MAMU NAK HABAG MAI DEKAT UMNO :

PAK HANPA LAAA YANG RASMI KILANG ARAK YANG PERTAMA DI TANAH MELAYU , HANPA JGN MARAH TAU ........ MELAYU METEDAGHAH APA PUN TAK PA..
Like · · · 2 hours ago ·

Friday, 7 February 2014


SENARAI GAJI PEKERJA-PEKERJA KONTRAK KUMPULAN EKSEKUTIF DAN PENGURUSAN PKNS TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA.


Dapat khabar ini adalah senarai gaji kakitangan kumpulan eksekutif dan pengurusan PKNS yang berstatus kontrak ... menerima gaji dan elaun antara RM3,367.89sen sehingga RM38,428.04 sen sebulan menjadikan RM237,306.19sen sebulan.

Mohon pihak PKNS memberikan respon pada senarai gaji ini .. justifikasinya diberikan gaji dan elaun yang sebegitu lumayan.

Tampar Teresa Kok dapat RM1200

Penunjuk perasaan menunjukkan bunting yang memaparkan gambar Teresa Kok dengan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menamparnya semasa demontrasi terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.
Penunjuk perasaan menunjukkan bunting yang memaparkan gambar Teresa Kok dengan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menamparnya semasa demontrasi terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
“Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200,” kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
“Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita.”
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
“Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita,” katanya.

Terdahulu  kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dinamakan “Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi “Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja.”
Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu.
“Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya,” katanya.
Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli Parlimen itu.
“Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli Parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli Parlimen maka dilepaskan,” katanya. – 6 Februari, 2014.

Sumber: Malaysian Insider

Ibu 100 tahun bela anak OKU 62 tahun
  • Ibu 100 tahun bela anak OKU 62 tahun Meliah Md Diah yang berusia 100 tahun (kiri) memberi minum kepada anaknya Abd Rahman Saud, 62, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing Kanan di Kuala Nerang hari ini. Turut memerhati Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang yang turun padang melawat keluarga tersebut. Warga emas itu masih mempunyai kudrat yang kuat untuk menjaga dan menguruskan anak bongsu daripada empat baradik itu yang mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak selepas diserang penyakit sawan sejak kecil. Suaminya Saud Ismail meninggal dunia sejak 20 tahun lepas dan tiga anaknya turut meninggal dunia pada usia muda. Kegigihan dan kecekalan warga emas ini perlu dijadikan tauladan kepada orang ramai dalam menjaga dan menguruskan anak istimewa ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA NERANG - Sudah 62 tahun, seorang ibu yang kini dipercayai berusia lebih 100 tahun membela anak lelakinya yang kelainan upaya (OKU).

Meliah Md Diah yang kematian suami 20 tahun lalu berseorangan menjaga anaknya Abd Rahman Daud, 62, di rumah mereka di Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing, di sini.

Abd Rahman cacat anggota badan akibat diserang sawan sejak kecil.

Anak bongsu dari empat beradik itu hanya terbaring dan tidak boleh bercakap serta memerlukan bantuan ibunya untuk makan, mandi dan bergerak.

Adik-beradik Abd Rahman yang lain sudah meninggal dunia.

"Hari-hari mak cik suap nasi sebab dia tak boleh makan sendiri. Mak cik mandi dia, pakaikan baju dan dudukkan dia di beranda rumah berehat. Ada adik beradik mak cik mai jenguk(datang ziarah) dan tolong," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini.

Ditanya mengenai usianya yang panjang, Meliah berkata beliau banyak memakan ulam dan makanan berebus.

"La ni (sekarang) cuma sakit tua saja, tak larat, telinga pun tak berapa nak dengar dan mata sikit kabur," katanya yang turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mak Cik bersyukur sebab diberi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk jaga anak istimewa ni. Kalau kata satu hari nanti Mak Cik pergi dulu (meninggal dunia), harap adik beradik lain dapat jaga dia (Abd rahman) dengan baik," katanya.

Namun nasib dua beranak ini mendapat pembelaan apabila menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrol Hisham Hashim.

Badrol Hisham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang berkata, selain menyumbangkan keperluan harian, pihaknya akan membina sebuah rumah baharu bagi memudahkan dua beranak itu bergerak dan keluar masuk rumah tanpa perlu memanjat tangga.

"Kalau lihat rumah mereka agak uzur dan mereka terpaksa naik turun tangga. Kita akan bina rumah yang lebih selesa dan akan beri kelengkapan lain seperti kerusi roda," katanya yang turut meminta pihak korporat menghulurkan sumbangan.

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut membantu dengan membuat kad pengenalan baharu untuk Abd Rahman yang kali terakhir dibuat pada Januari 1969 ketika berusia 17 tahun.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPN Kedah, Basharudin Ibrahim berkata kad pengenalan baharu itu akan siap dalam tempoh 10 hari lagi. - Bernama


haaa ambik hangpa ! baru ada akai !
Balak Oh Balak.....

Kenyataan Dato Paduka Mukhriz , Yb kama Noriah , Yb Badrul Hisyam serta pengarah jabatan perhutanan Ku Azmi bahawa balak yg ditebang sekarang hanyalah dari kelulusan zaman pentadbiran PAS dalam media tempohari merupakan kenyataan yg menipu rakyat negeri kedah...hamba lampirkan sepenuhnya tarikh penguatkuasaan lesen...bulan disember 2013 adalah semasa pemerintahan BN , bukan dari pemerintahan PAS..
MB Kedah berkata , balak yg bersaiz kecil dan cuci mangkuk tidak dibenarkan untuk ditebang..hamba lampirkan gambar saiz balak tersebut..
Soalan sy kpd BN ...
Kenapa menipu rakyat dengan media ?
Yg kedua..: Pengarah Jabatan perhutanan negeri kedah sila letak jawatan !!!

Bahasa

Mahkamah Tinggi tolak percubaan Pakatan batal keputusan PRU13

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
February 07, 2014
Latest Update: February 07, 2014 10:59 pm
Cubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi semua 222 kerusi Parlimen berakhir hari ini apabila Mahkamah Tinggi membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengenepikan percubaan tersebut.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengatakan tidak sepatutnya pembangkang yang tewas melawan keputusan PRU13 di Mahkamah Sivil.
Ini bermakna, saksi tidak akan diarahkan untuk memberikan keterangan di mahkamah.
SPR mengatakan ia di luar bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan keputusan pilhan raya tidak sah.
Pada 15 Julai lalu, PR menggesa mahkamah untuk mengenepikan keputusan bagi kerusi Parlimen dan membubarkan kepimpinan SPR serta mengadakan pilihan raya baru.
PR mendakwa langkah ini diperlukan kerana kegagalan dakwat kekal didakwa mereka sebagai penipuan besar dalam PRU13 lalu.
Selain daripada PKR, DAP dan PAS, plaintif lain dalam kes ini adalah Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), M Manogaran, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengundi Arifin Rahman dan R. Rajoo.
Hakim Rosnaini Saub dalam penghakimannya berkata, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyatakan pihak yang terlibat hanya boleh mencabar keputusan melalui petisyen yang diperdengarkan kepada hakim pilihan raya.
Beliau berkata, saman itu pada dasarnya adalah untuk mencabar keputusan pilihan raya kerana kegagalan SPR untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan betul pada PRU13.
"Kuasa untuk mengisytiharkan pilihan terbatal adalah dalam bidang kuasa eksklusif hakim pilihan raya, bukan Mahkamah Tinggi," katanya.
Beliau berkata, kaedah yang betul untuk mencabar keputusan pilihan raya adalah dengan individu memfailkan petisyen berasingan di Mahkamah Pilihanraya.
Beliau berkata, saman itu juga cacat kerana plaintif tidak menamakan pihak iaitu semua calon yang memenangi kerusi parlimen.
"Ini tidak adil kepada semua calon yang menang," katanya.
Dalam pilihan raya umum, Barisan Nasional kembali berkuasa selepas memenangi 133 kerusi manakala baki 89 kerusi menjadi milik PR.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuang anggota SPR dari pejabat.
"Ahli-ahli SPR hanya boleh dipecat daripada jawatan mereka seperti hakim Mahkamah Persekutuan, diikuti persetujuan tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong," tambah beliau.
Rosnaini berkata beliau bersetuju dengan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh bahawa saman itu tidak boleh diteruskan kerana kekurangan bidang kuasa.
Hakim juga memerintahkan bayaran sebanyak RM10,000 diberi kepada SPR.
Peguam Tommy Thomas yang mewakili plaintif, mengemukakan dakwaan bahawa SPR melakukan penipuan terhadap rakyat Malaysia kerana kegagalan dakwat kekal berfungsi yang sepatutnya kekal pada jari selama lima hari selepas mengundi.
Thomas berkata hujah SPR bahawa keputusan pilihan raya hanya boleh dicabar melalui petisyen adalah sama seperti menafikan akses plaintif bagi mendapatkan keadilan melalui tindakan sivil yang lain.
Dzulkefly dan Manogaran hadir apabila mahkamah menyampaikan keputusan itu.
Datuk Ambiga Sreenivasan yang muncul bersama Thomas berkata, plaintif mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Dzulkefly yang gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor berkata, perjuangan di mahkamah masih belum berakhir.
"Mahkamah membangkitkan isu perlembagaan asas dan kita akan membawanya ke mahkamah atasan untuk penentuan muktamad," katanya. – 7 Februari, 2014.
DI MALAYSIA !!!

PEMINPIN2 DI MALAYSIA AMAT KEBAL DARI UNDANG2 NEGARA . SEMUA HARTA PEMINPIN TIDAK DAPAT DISIASAT OLEH SPRM DAN SESIAPA SAJA , RAKYAT MALAYSIA .
WALAUPUN DAH BERIBU ADUAN DIBUAT OLEH RAKYAT . . MALANGNYA . . IA DIBIARKAN TERUS BERLAKU SETIAP HARI . .
RASUAH , PECAH AMANAH , BOROS WANG RAKYAT , KRONI DAN KEKAYAAN PALING LUAR BIASA PEMINPIN & KELUARGA .

SOALAN :-
ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA , AKAN TERUS MEMBIARKAN , IA TERUS BERLAKU , TANPA SEBARANG TINDAKAN ???

DI MALAYSIA - (2014 !!!)

GUINNESS WORLD RECORD !!!

(KAJISELIDIK KAMI (2000 - 2014)
(UTK PENILAIAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YG TERCINTA)

PEMINPIN2 DI MALAYSIA AMAT KEBAL DARI UNDANG2 NEGARA . SEMUA HARTA PEMINPIN TIDAK DAPAT DISIASAT OLEH SPRM DAN SESIAPA SAJA , RAKYAT MALAYSIA
WALAUPUN DAH BERIBU ADUAN DIBUAT OLEH RAKYAT . . MALANGNYA . . IA DIBIARKAN TERUS BERLAKU SETIAP HARI . .
RASUAH , PECAH AMANAH , BOROS WANG RAKYAT , KRONI DAN KEKAYAAN PALING LUAR BIASA PEMINPIN & KELUARGA .

SOALAN :-
ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA , AKAN TERUS MEMBIARKAN , IA TERUS BERLAKU , TANPA SEBARANG TINDAKAN ???

(RECORD2 TERBAIK NEGARA)

(1) KEBANYAKAN PEMINPIN DI MALAYSIA , MEMENANGI PILIHARAN RAYA , BUKAN DISEBABKAN MEREKA PEMINPIN BIJAK & PINTAR , TEPAPI MEREKA MEMENANGI PILIHANRAYA , KERANA BIJAK MENIPU MACAI2 BODOH DGN JANJI2 KOSONG DAN MERASUAH PENGUNDI , ANTARA PENIPU TERBAIK DI DUNIA .

(2) MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA 2 PALING RASUAH DI DUNIA .

(3) 90 % PEMINPIN2 MALAYSIA, MMPUNYAI KEKAYAAN, PALING LUAR BIASA, DI DUNIA .(MUNGKIN MEREKA DPT WANG YG JATUH DARI LANGIT SECARA TIBA2 .

(5) SPRM ADALAH YG PALING LEMAH DAN BERAT SEBELAH DI DUNIA YG DIKUASAI OLEH BN (CONTOH - BODOH/CUAI , TIDAK BOLEH DI DAKWA) INI ADALAH UNDANG2 PALING DEMOKRASI DI DUNIA .

(6) RAKYAT MALAYSIA ANTARA RAKYAT, PALING BYK TERIMA RASUAH UNDI DARI BN UMNO , DI DUNIA.

(7) MALAYSIA, ANTARA, PEMINPIN PALING RASUAH ,PALING TAMAK, BODOH, BOROS, MENGUNA WANG RAKYAT UTK KELUARGA DI DUNIA .

(8) PEMINPIN MALAYSIA ANTARA YG PALING RASUAH , PALING TAMAK, BODOH, BOROS, MENGUNA WANG RAKYAT UTK KELUARGA & KRONI DI DUNIA .

(9) MALAYSIA - MEDIA/TV MALAYSIA, ADALAH ANTARA, MEDIA/TV PALING PENIPU, FITNAH, BERAT SEBELAH DAN ULANG TAYANG BERITA YG SAMA , CERITA HAL PAKATAN RAKYAT , TRBANYAK DI DUNIA .

(10) MENTERI MALAYSIA, ANTARA PEMINPIN TERKAYA, DI ASIA, PALING PINTAR, MENIPU WANG RAKYAT , UTK KELUARGA / KRONI DAN PEMINPIN KANAN BN.

(11) CUKAI KENDERAAN DI MALAYSIA , NO 2 , PALING MAHAL DI DUNIA, SELEPAS SINGAPURA .

(12) MALAYSIA - HARGA BARANG PENGGUNA ANTARA , YG TERMAHAL DI DUNIA.

(13) PEMINPIN DI MALAYSIA, ANTARA PEMINPIN ISLAM/KADI YG PALING RAMAI DI DUNIA,, MENGHALANG HUKUM HUDUD, UTK DILAKSANAKAN DI MALAYSIA .

(14) UNDANG2 MALAYSIA & MAHKAMAH, ANTARA PALING TAK ADIL, DI DUNIA. (CONTOH - TERIMA RASUAH RM 5.000 - PENJARA 7 TAHUN & RASUAH LEBIH DARI 1 JUTA - PENJARA HANYA 12 BULAN SAJA .

(15) MALAYSIA - SPR MALAYSIA ,ADALAH ANTARA , SPR PALING PENIPU PILIHAN RAYA, DI DUNIA MODEN.

(16) ISTERI2 PEMINPIN ISLAM DI MALAYSIA, ANTARA , YG PALING BYK DEDAH AURAT, BOROS, WANG RAKYAT, DI DUNIA .

(17) MALAYSIA - MASJID DI MALAYSIA ANTARA MASJID2, YG PALING KURANG PENDUDUK, SEMBAHYANG BERJAMAAH, DI DUNIA.

(18) MALAYSIA - PEMINPIN2 MALAYSIA ANTARA PEMINPIN, YG PALING RAMAI MINAT K-POP, DI DUNIA.

(19) MALAYSIA - PEMBERIAN WANG ZAKAT DI MALAYSIA, ADALAH ANTARA , YG PALING TAK ADIL DI DUNIA .

(20) MALAYSIA ANTARA , PUSAT JUDI DAN ARAK, TERBESAR DI DUNIA .

(21) MALAYSIA ANTARA , NEGARA ,YG PALING RAMAI , WANITA ISLAM, YG DEDAH AURAT DAN TUTUP AURAT TETAPI TIDAK MENGIKUT CARA PEMAKAIAN / PERATURAN ISLAM DI DUNIA.

(22) MALAYSIA ANTARA , NEGARA YG MEMPUNYAI PALING BYK MACAI PAKAR FITNAH , EDIT PHOTO DAN VIDEO DI DUNIA.

(23) MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI KADI , TAPI TIDAK RAMAI YG BERMINAT DGN HUKUM ISLAM, DI DUNIA

(24) MALAYSIA - PEMANDU KENDERAAN DI MALAYSIA , ANTARA, PEMANDU PALING TIDAK BERTIMBANG RASA DAN SOMBONG KETIKA MEMANDU DI DUNIA .

(24) MALAYSIA - SEJARAH, SELANGOR, ANTARA NEGERI2 YG MEMPUNYAI SIMPANAN WANG MELEBIHI 2 BILLION, DI MALAYSIA

(26) MALAYSIA - TNB , CAJ ELETRIK DI MALAYSIA, ANTARA ,YG TERMAHAL DAN IPP KEPUNYAAN KRONI BN TRBYK, DI DUNIA.

(27) MALASIA ANTARA NEGARA YG PALING BYK LEBUHRAYA BERTOL DAN CAJ PENGUNA, ANTARA ,YG TERTINGGI DI DUNIA .

(28) MALAYSIA - ISU BANJIR , PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA ANTARA , YG PALING BURUK , TERMASUK TEMPAT PERPINDAHAN, DI DUNIA MODEN

(29) 48 % RAKYAT MALAYSIA ANTARA , RAKYAT PALING BODOH DI DUNIA , DALAM MEMILIH PEMINPIN YG CEKAP , BERSIH , ADIL , TELUS DAN TIDAK DPT MENILAI YG MANA BENAR DAN YG MANA SALAH, DI SELURUH DUNIA .

(30) DATUK SERI ANWAR IBRAHIM , ADALAH ANTARA PEMINPIN PEMBANGKANG , YANG PALING BYK DIFITNAH OLEH UMNO/BN, DI DUNIA.

(31) DI MALAYSIA - NEGERI TRANGGANU ADALAH ANTARA NEGERI - NEGERI DI SELURUH DUNIA , YG PALING BYK BANGUNAN2 DAN MASJID RUNTUH, TANPA SEBARANG, BENCANA ALAM, DI DUNIA .

(32) TAYYIB AL MHMUD, ADALAH ANTARA MENTERI , YG PALING BIJAK ,CURI WANG RAKYAT , PALING KEBAL DARI UNDANG2 , TIDAK BERANI DISIASAT OLEH SPRM , MEMERINTAH PALING LAMA DI KALANGAN MENTERI 2 DI SELURUH DUNIA ...

(33) MALAYSIA - MUNGKIN NEGARA PERTAMA, YG MENJUAL PULAU MALAYSIA KPD NEGARA JIRAN, TANPA SEBARANG, PAKSAAN & TEKANAN, DI DUNIA, (PULAU BATU PUTIH).

(34) NEGERI PERAK - ADALAH NEGERI YG PERTAMA DI DUNIA, PERSIDANDANGAN DUN NEGERI DIADAKAN , DI BAWAH POKOK DI IPOH , PERAK .

(35) DI MALAYSIA - PERAK DIRAMPAS OLEH BN , TIDAK MENGIKUT UNDANG , ADALAH SEJARAH PERTAMA , DI MALAYSIA, SELEPAS POTUGIS, MENYERANG MALAYSIA TAHUN 1511.

(36) MALAYSIA ADALAH NEGARA , PERTAMA DI DUNIA , (BLACKOUT, SELURUH NEGARA) KETIKA KIRAAN UNDI DLM PRU 13 (BERTUJUAN UTK MENIPU, KIRAAN UNDI)

(37) DI MALAYSIA - ADALAH NEGARA PALING BEBAS DLM PILIHAN RAYA, SELURUH PENDUDUK DI DUNIA, YG WAJAHNYA SEIRAS RAKYAT MALAYSIA, DI BERI I/ C SEMENTARA UTK MENGUNDI DI MALAYSIA, RAKYAT BANGLADESH MERUPAKAN PENGUNDI TRBANYAK YG DIBERI I/C UTK MENGUNDI, DI DUNIA .

(38) MALAYSIA MEMPUNYAI PALING RAMAI, ORANG BODOH DAPAT JADI PEMINPIN , ADUN/PARLIMEN/ MENTERI, DI DUNIA . .

(39) INSURAN KENDERAAN, DI MALAYSIA , ANTARA YG PALING MAHAL DI DUNIA .

(40) MALAYSIA - PUSPAKOM ADALAH, MMPUNYAI PALING RAMAI , KAKITANGAN / PERKERJA, YG TERIMA RASUAH, DI MALAYSIA, SELEPAS PEMINPIN BN/UMNO , DI MALAYSIA .

(41) MALAYSIA - AYAH PIN ADALAH PALING BIJAK, PEMBAWA AJARAN SESAT DI DUNIA , SEHINGGA KINI IA TIDAK DPT DITANGKAP OLEH SEMUA PIHAK BERKUASA DI MALAYSIA .

♥ (42) MALAYSIA - AKHBAR PENYOKONG KERAJAAN, ADALAH , AKHBAR PENYEBAR BERITA PALSU, DAN PALING BYK KALAH SAMAN , DI DUNIA.

♥ (43) DI MALAYSIA ANTARA ORANG ISLAM YG PALING BYK JADI, PENGURUSI , KEGIATAN PERJUDIAN DAN ARAK DI DUNIA .

♥ (44) KEBANYAKAN PENYOKONG WANITA ISLAM UMNO, YG PALING RAMAI ,TIDAK MENUTUP AURAT YG DIBENARKAN OLEH ISLAM, DARI PARTI LAIN DI MALAYSIA, KEBANYAKAN ANTARA YG PALING JAHIL DLM PENDIDIKAN ISLAM DI DUNIA .

♥ (45) PEMINPIN MALAYSIA - MENGELUARKAN , KENYATAAN YG PALING JAHIL DI DUNIA , SEJAK NABI ADAM HINGGA SKRG , IALAH, (TIADA UMNO - MELAYU AKAN MATI) SAH SYIRIK DAN JATUH AQIDAH ISLAM.

♥ (46) 45 % RAKYAT MALAYSIA, HANYA BERGANTUNG HIDUP DGN BN, MELALUI, BR1M/PR1M/SR1M/SL1M/TR1M, DAN ANTARA RAKYAT YG TERBANYAK BERGANTUNG HIDUP DGN KERAJAAN DI DUNIA (FALSAFAH MEREKA HANYA SATU - (TIADA UMNO , MEREKA PASTI MATI ?

♥ (47) PEMINPIN KERAJAAN DI MALAYSIS ADALAH ANTARA , YG PALING BIJAK BERNIAGA, DI DUNIA (CONTOH BIJAK - BELI JAM DGN HARGA RM 100 = CLAIM DGN HARGA RM 1.800 = UNTUNG - RM 1.800 - 100 = RM 1.700) BIJAK DAN PINTAR.

♥ (48) UNDANG2 DI MALAYSIA ADALAH YG TERBAIK DAN PALING DEMOKRASI DI DUNIA, YAITU, MANA PESALAH RASUAH & PECAH AMANAH, YG PANDAI PURA2 CUAI & BODOH, TIDAK BOLEH DI DAKWA DI MAHKAMAH MENGIKUT SPRM JAKUN . (JIKA ANDA TK NK DIPENJARA JIKA BERSALAH, ANDA DINASIHATKAN BERPURA2 BODOH DI HADAPAN SPRM).

♥ (49)

♥ (50)

SILA TAMBAH DI NO : 49 , 50 - JIKA ANDA MEMPUNYAI BERITA TERKINI ?
ANDA HANYA , PERLU PILIH : -
JAWAPAN :-

♥ (1) NOMBOR BERAPA , YG BENAR - NOMBOR BERAPA PULA , YG KAMI FITNAH ?

♥ (2) JIKA SEMUA BENAR ?
(SILA KONGSI SEGERA)
♥ (JWPN DIHANTAR MELALUI FB SELEWAT2NYA (PADA 30/6/2014 (SBLM JAM 12 MLM , WAKTU MALAYSIA)

KEPUTUSANNYA:-
PENGUMUMAN PEMENANG, PADA 1/7/2014 (KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUTAMAD)
KIRAAN MARKAH :-
BERDASARKAN :

1) BENAR - JUMLAH = ?????
2) FITNAH - JUMLAH = ???
3) KOMEN TERBAIK = ???
4) SHARE TERBANYAK = ???

TERMA /SYARAT :-
PENAJA RASMI OLEH :-

Laman - https://m.facebook.com/profile.php?id=1378847072377212

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

FIRMAN ALLAH ,

" BARANG SIAPA YG TIDAK BERHUKUM DGN HUKUMAN YG DITURUNKAN ALLAH , MAKA MEREKA ITU ORANG - ORANG YANG KAFIR "
(SURAH AL-MAIDAH , AYAT 44)

FIKIRKANLAH YG TERBAIK
"(JANJI ALLAH ITU PASTI)"

LAMAN :-

BN Tumbang - Baru Rakyat Senang

https://m.facebook.com/profile.php?id=1391228387805674

Tiada ulasan: