Tanggal 8 April 2006
adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah
aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu.
pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal
kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari
Malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan
baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk
mengendali kes ini.
Apabila
kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan
labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter
milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.petang menyinsing
dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang
difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan
keperluan bantuan mangsa ribut disana.Pihak Malaysia begitu perihatin
utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun
atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
Aku,ramzul
dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan
30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa
la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain
saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan
lantai-lantai ni.Aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar
berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu
disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa
bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai
nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard
depa senjata pon ada.
Jawab
aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak
terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang
aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik
dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene
lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga
setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.
Aku
hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal
ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma
tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi
empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu
jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat
tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang
dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga
korank.. ingat misi kita apa disini..
kita
lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata
kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa?
sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah
ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan
biarkan hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan
kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap
singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan
pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa
yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada
negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera
marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada
keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila
kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau
apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di
tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah
dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan
melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya
bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa
risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.
“ini
pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga
kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas
dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para
petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah
tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran
itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau
mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut
atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan
ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia
katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.
Aku
terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa
dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian
tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang
kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala
angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.Ramzul dan
bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan
keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya
melayu dan seorang adalah berbangsa singh.
Kapal Columbus Muncul depan Mata
Dalam penghayatan aku di
lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”weiii.. korang
nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul
pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali
kabus yang semakin tebal dan hitam. ”mana taka ada apa2 pon” pintas
ramzul. ”ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ”apa yang kamu
nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar.
“Ahhh..
kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul
lagi. ” takk.. aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi.
”biar betul kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.Aku sekali
lagi mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat
sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin
tebal dan hitam.
Tiba2
mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam
kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya
sebuah kapal perang lama.. ”Ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul
teropong. Ramzul segera memberi padaku beliau pun sudah dapat melihat
kapal tersebut.
Aku
melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan
apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi
keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA
kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492
dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.
Hati aku sekali lagi
berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata
disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain..
Mereka
semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar
setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami
rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo
kami ini setara sahaja. Sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia
beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal
tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia
pun didalam kapal tersebut.
Kelibat dinasor
Tiba-tiba siren kapal
kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan
kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ”apa yang terjadi kapten”?
“entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang
besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang
dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di
luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini.
Awan
tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir
sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak
kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila
dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.Aku turun dan membaca
bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar..
” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin kencang..
para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan
tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun
bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan
”ahh kapal ni tak bergerak ni...
Kabus
itu yang datang menghampiri” kata ku. sebab aku kata begitu kerana
melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan
masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring
dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar
masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau
dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu
berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati
kecil”. Dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal
merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh
dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak
tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat
terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru
kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu
muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami
lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri
tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk
rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan
mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan.
aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN..
tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
Ya
Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang
besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas
seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air
laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang
terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami.
Memohon Pertolongan Allah
Aku
memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu
dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja ..
kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan
nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata
hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil
lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini..
tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara
yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema
Azan..
Selesai
Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya
tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini
aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa
yubsiruun ”
diulang
banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan
sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan
izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal
santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari
yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan.
Pusaran
air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan
yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh
tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA
PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain
memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku
Keadaan
pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa
yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal
kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan
mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak
teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir
tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut
penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang
lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja.
Lautan
atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang
bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa
maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.perjalanan pulang kami
tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan
berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin
juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat
yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang
terjadi.
Yang
baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu
memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha
esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur
alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu
belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa
berada di lautan Atlantik..ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR..
wassalam…
sumber
sumber
Microsoft Berkira-Kira Untuk Menyokong Aplikasi Android Pada Windows Phone?
Posted on Saturday, February 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dengan lebih ramai membeli telefon pintar, salah satu perkara utama yang menjadi punca pembelian adalah sokongan aplikasi pada sesuatu platform. Buat masa ini, kebanyakkan pembangun seluruh dunia hanya memfokuskan kepada dua platform sahaja, iaitu Android dan juga iOS.
Perkara ini adalah disebabkan oleh angka penggunanya yang ramai, sekaligus memberikan pulangan yang bersesuaian kepada mereka.
Ia juga turut memberikan impak kepada platform lain, membuatkan platform seperti BlackBerry dan juga Sailfish OS menyokong pemasangan aplikasi Android pada peranti yang menggunakan platform mereka.
Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan pihak Microsoft turut sama sedang berkira-kira untuk membawakan sokongan aplikasi Android pada Windows Phone dan juga Windows.
Bagi pengguna Windows, terdapat beberapa perisian yang menawarkan sokongan menjalankan aplikasi Android pada komputer, dan salah satu yang popular adalah BlueStacks. Namun, tidak untuk pengguna Windows Phone.
Ia dikatakan Microsoft masih dalam perbincangan secara dalaman, dan terdapat pihak yang setuju dan ada juga pihak yang kurang setuju.
Bagi kami sendiri, memandangkan terdapat beberapa peranti Windows Phone yang membawakan rekaan menarik, ia semestinya akan membuatkan pengguna tertarik sekiranya sokongan aplikasi Android turut disertakan. Namun, ia pada masa yang sama akan memberikan kesan kepada pembangun platform Windows Phone, selain mana pengalaman penggunaan yang akan memberi kesan negatif kepada platform tersebut.
Keputusan daripada Microsoft berkenaan perkara ini masih tidak diketahui sepenuhnya lagi. Bagi anda, adakah ia akan memberikan kesan positif atau negatif kepada platform Windows Phone? Ataupun mungkin Microsoft perlu fork Android itu sendiri dan menggantikan ia dengan perkhidmatan mereka – seperti mana diperkatakan akan dibawakan oleh Nokia Normandy.
Sumber Rujukan: The Verge
amanz.com
PAS Paya Besar lancar tabung bantu maahad tahfiz terbakar
- Feb 15, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
KUANTAN: PAS Kawasan Paya Besar melalui Dewan Pemudanya, melancarkan tabung derma bagi sumbangan segera berikutan malapetaka Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin yang hangus dijilat api malam semalam.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Tarmizi Yahaya, kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika pengetuanya Tengku Muhammad Tengku Jaafar bersama 18 orang pelajarnya mengikuti program Ijtima' Tarbawi di Balai Islam Darul Salam, Permatang Badak.
Katanya, pada waktu itu hanya beberapa orang yang tinggal termasuk isteri pengetua, anak, cucu, menantu, adik ipar dan seorang lagi tenaga pengajar masing-masing sempat menyelamatkan diri keluar ikut pintu belakang meredah longkang untuk ke rumah jiran.
“Saya difahamkan tiada apa yang dapat diselamatkan kerana kebakaran begitu pantas. Keseluruhan asrama, katil, tilam, bantal, pakaian tahfiz dan harian,ruang surau, pejabat, kerusi meja rak, kitab tafsir dan al-Quran hangus dijilat api.
“Kita masih bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa. Bagi yang ingin menyumbang wang tunai, boleh memasukkannya ke akaun Dewan Pemuda PAS Paya Besar Bank Islam 0601-9010-0368-98. Sila maklumkan jumlah sumbangan anda di nombor bendahari DPPPB 0169868639,” katanya.
Tambahnya, barangan lain juga boleh disumbangkan seperti pakaian, makanan kering dan yang sesuai.
Untuk bertanya lebih lanjut atau untuk menghantar sendiri bantuan, boleh menghubungi pengetuanya Ustaz Tengku Muhammad di talian 013-9380762.
Maahad tahfiz ini membiayai anak yatim dan anak fakir miskin juga tempat persekolahan tahfiz pelajar dari Rumah Anak Yatim dan Miskin D'NASTI kelolaan Nisa’ Pahang.
ONEderful M'sia: DAP siar sarikata penuh dakwa disembunyi Utusan
- Feb 15, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Suara rasmi DAP, Roketkini.com sejak semalam meyiarkan sarikata penuh, video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.
Menurut laporan di web itu, tindakan tersebut bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap isi kandungannya yang didakwa disiar tidak lengkap oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Menurut mereka, Utusan telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi sebahagian video ONEderful-Malaysia tersebut.
"Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit.
"Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum.
"Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia," lapor portal itu.
Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.
Berikut terjemahan sarikata penuh versi Bahasa Melayu, menurut laporan portal itu.
TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!
Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.
Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.
Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .
ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.
TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa wang untuk berbelanja tidak mencukupi”. Anda semua ada sebarang komen?
MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!
PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, ”Jimat, Jimat” yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!
PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.
TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?
MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah dianugerahkan tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.
ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.
MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural “Berhati-hati! Perompak ada berdekatan”. Pemandangan yang sangat cantik.
ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang.
MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!
TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?
ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu Bersih. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.
MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.
PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.
Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.
ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.
PUAN JIT: Tidak apa.
TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka?
ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!
TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.
Apa maksudnya?
PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh!
SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?
PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.
Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.
ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini “Steady, jangan lembik”
PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah!
TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?
MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.
PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga.
MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik!
TERESA: Ya, penonton ini.
SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?
PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? ”Jual Cina!”
TERESA: ”Jual Cina”? Bagaimana untuk menjual?
ABANG WAI: Jika anda ingin ”Jual Cina”, anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi “pengkhianat”.
MASTER YAN YAN: Selepas menjadi ”pengkhianat”, anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.
PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada ”Menjual Cina”?
TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan?
PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin?
PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru.
MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru)
PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu…
(Penonton membaling sampah kepada panelis)
MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya.
TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.
PUAN JIT: Apa-apalah!
MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya.
MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes!
PENONTON: No No No!
ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik.
PUAN JIT: Diamlah kau!
TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik!
PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.
MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!
ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!
SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang “ONEderful”!
Video penuh boleh ditonton di sini.
PELIK TAPI BENAR: Operasi Melibatkan 4,503 Anggota Tapi Pati Yang Di Tahan Cuma...
Posted on Saturday, February 15 @ 21:46:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Operasi melibatkan 4,503 anggota... Pati Yang Di Tahan Cuma 3,000, Biar Benar Pak... Yaa Ampunn!
Tiga Ribu Pendatang Asing Ditahan Dalam Operasi Bersepadu
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Hampir 3,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk 18 majikan yang melindungi mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2.
Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, K.M. Saravana berkata penahanan dilakukan menerusi 334 operasi di seluruh negara sejak 21 Jan sehingga Ahad lepas.
"Daripada seramai 2,959 pendatang asing tanpa izin yang ditahan itu, 2,390 daripadanya adalah lelaki, 443 wanita dan selebihnya kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Bernama.
Operasi melibatkan 4,503 anggota Jabatan Imigresen, Pasukan Sukarelawan Malaysia, polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.
Operasi 6P Fasa 2 dimulakan pada 21 Jan lepas bagi membersihkan Pati selepas tempoh yang diberikan kepada mereka dan majikan mereka untuk mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin (PKPP) berakhir.
atsixty-zakriali
Kenapa kejar juruterbang TUDM dan lepaskan jerung besar, soal DAP
Posted on Saturday, February 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya mendakwa juruterbang Mejar Zaidi Ahmad kerana mengadu mengenai dakwat kekal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara membiaran sahaja “jerung besar yang rasuah, mencuri ratusan juta ringgit hartanah dan kekayaan, berlagak bebas tanpa hukuman dan menikmati imuniti”.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya malu kerana berkelakuan jahat dan sempit terhadap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu.
“Mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak bertimbang rasa sehingga mereka lebih memilih mendakwa Zaidi menggunakan undang-undang ketenteraan yang berusia 40 tahun.
“Zaidi melakukan apa yang setiap warganegara Malaysia mahu buat, dia bercakap benar mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lalu kerana ia memang mudah dibasuh dan boleh tanggal.
“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Zaidi menunjukkan pemimpin ketenteraan tidak ada pendirian dan mengambil perintah daripada pemimpin politik,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Lim juga mendesak Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk campur tangan dan menarik balik semua tuduhan terhadap Zaidi, yang berdepan hukuman penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.
“Jika Zaidi dihantar ke penjara, kedua-duanya Najib dan Hishammuddin patut rasa malu dan segan di mata dunia. Tetapi, mereka nampaknya membisu dan tidak sensitif,” katanya.
Beliau berkata, ketika Zaidi membuat laporan polis mengenai kegagalan dakwat kekal, beliau bertindak atas kapasiti sebagai pengundi dan rakyat Malaysia.
“Beliau bukan membuat laporan polis atas kapasti juruterbang TUDM.
“Mana lebih tinggi, kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan atau peraturan birokrasi dan syarat dalam perkhidmatan ketenteraan,” katanya.
Beliau berkata, jika Putrajaya tidak bersedia untuk menarik balik semua tuduhan terhadap Zaidi, maka beliau akan membangkitkan isu itu dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 10 Mac.
Zaidi membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang apabila dibasuh hanya beberapa jam selepas mengundi dalam PRU13.
Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am.
Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara.
Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.
Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.
Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, dikenakan tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.
"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.
"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan dielak – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian." – 15 Februari, 2014.-tmi
Post by Jom! Gelak2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan