Bukti Firaun Ditenggelamkan
Share it Please
Kebenaran Al-Quran!
Fir'aun Yang Ditenggelamkan...
Gambar - Sebuah Bandar Didalam Air Ditemui Selepas 1500 Tahun
Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.
Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.
Firman Allah...
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun
dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).
Kamera intip dalam tandas wanita Hospital Bentong dikesan
Gambar hiasan |
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.
Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.
“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.
Al-Kisah gambar gadis Melayu mengghairahkan di Facebook
* SAYA tidak sempat melihat gadis-gadis
seksi kita yang dipaparkan dalam sebuah akaun Facebook @ FB. Sebaik
sahaja laporan polis dibuat laman sosial berkenaan telah ditutup, dan
gambar-gambar yang mendebarkan itu hilang dari maya.
Sejak sebulan lalu FB berkenaan telah
memuatkan banyak gambar-gambar gadis kita dalam gaya yang
mengghairahkan. Orang menukar status diri (gambar) di FB adalah perkara
biasa. Ada orang menukar status setiap dua hari!
Tetapi memuat gambar-gambar seksi di
laman sosial bagi setengah orang adalah dianggap luar biasa, walaupun
sebenarnya ada orang yang memang suka bertukar-tukar gambar seksi
menerusi FB, untuk syok sendiri.
Hakikatnya ialah FB, juga laman-laman
sosial lain, memang telah menjadi medan untuk orang berlucah-lucah,
bersyok-syok. Juga untuk orang mencaci, memaki-hamun, memfitnah, dan
menabur seribu satu macam racun.
* ADAPUN perihal gadis seksi kita di FB
mulanya dibangkitkan oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia
(MJMM) yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala
Lumpur.
Kata Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup
mengenai gadis-gadis dalam FB berkenaan: “Kita tidak tahu sama ada
mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan.”
Beliau mahu pihak berkuasa – termasuk
polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – menyiasat siapa
dalangnya, dan menyekat gejala negatif ini daripada terus berkembang
serta membawa budaya buruk dalam masyarakat.
Untuk pengetahuan MJMM di laman sosial
kita, kelucahan sudah menjadi perkara biasa, memang sudah menjadi satu
lagi penyakit sosial. Kita kini mempunyai lebih 15 juta akaun FB. Kalau
tidak ada iltizam, kita semua, terutama remaja, akan tenggelam dan lemas
dalam kelucahan…
* MENGENAI salah guna laman sosial,
Dewan Negara Jumaat lalu diberitahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan
membentangkan rang undang-undang baharu bagi memerangi perbuatan fitnah
serta penghinaan ke atas Islam dan institusi diraja, khususnya dalam
internet.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengenalan kepada rang undang-undang
baharu itu adalah perlu, sejajar dengan pendirian kerajaan untuk tidak
mengharamkan media berkenaan.
Untuk pengetahuan, SKMM menerima
sebanyak 36 aduan terhadap laman web dan blog membabitkan kes-kes
penyebaran ajaran sesat, Syiah dan menghina Islam setakat ini. 29 kes
sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (AKM 98).
Menurutnya, KDN menyedari berlaku banyak
salah guna di media alternatif, terutama melibatkan aspek fitnah – juga
kelucahan – justeru masalah tersebut perlu ditangani dengan
undang-undang baharu. Undang-undang lagi!
* PERLUKAH dibuat undang-undang baharu
untuk menangani gejala salah guna laman sosial? Apakah peraturan dan
undang-undang sedia ada tidak boleh digunakan untuk membanteras kegilaan
ini?
Sebenarnya kita sudah ada cukup
undang-undang untuk menangani perkara ini. Seperti yang dijelaskan oleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kita
sudah ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98). Apakah itu tidak
cukup untuk melawan gejala buruk internet?
Kita ada Akta Hasutan, Akta Fitnah. Kita
ada polis, pihak berkuasa agama, dan lain-lain agensi yang boleh
digerakkan untuk memerangi perkara ini. SKMM telah menubuhkan Biro Aduan
untuk mempermudah orang ramai mengadu, ada pula kempen ‘Klik Dengan
Bijak’ untuk membangkitkan kesedaran umum.
Baru-baru ini di Dewan Negara juga Ahmad
Shabery menegaskan: “Pada masa ini, AKM, Akta Hasutan dan Akta Fitnah
sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman
sosial termasuk 15 juta akaun Facebook.”
Kalau begitu apa perlunya undang-undang baharu? Apa gunanya banyak undang-undang sekiranya tidak ada penguatkuasaan?
* AKHIR kalam, mula-mula heboh mengenai
Syiah. Ada bukti gred A, ada gred B. Dengan bukti bergred-gred itu orang
yang tidak mengakui Syiah, hendak didakwa. Peliknya sebelum ini ramai
orang yang mengakui Syiah – termasuk pengakuan dalam TV – tidak pula
didakwa.
Kemudian semua bercakap dan berhujah
mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kemudian sebut pula empat mazhab. Dan
sehari dua ini sibuk pula mengenai Wahabi. Banyak sangat isu, tetapi
tidak ada penjelasan lengkap.
Akhirnya semua keliru!
- TOK PERAK
Pelakon Baru Dedah Pengarah Minta Habuan Seks!
Bekas
peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly Sarimah atau nama
sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi menakutkan apabila
seorang pengarah drama mengajaknya ke ‘bilik tidur’ ketika dia baru
memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.
Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.
Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.
“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.
“Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu,” katanya.
Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.
Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.
Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.
“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.
“Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu,” katanya.
Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.
“Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.
“Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.
“Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.
Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya.
“Dia tanya bila mahu ‘bermesra’ dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.
“Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku,” katanya.
Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.
“Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.
“Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.
“Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa,” katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi.
Artis mimpi meninggal dunia serta dikafankan Akhirnya jadi realiti
Kematian
itu memang pasti. Tidak lambat atau mahupun cepat sesaat. Namun begitu,
bilakah kita akan mati itu hanya akan meninggal persoalan untuk kita.
Seorang artis yang dikenali sebagai Aden, merupakan vokalis kumpulan
nasyid dari Indonesia telah memuat baik satu tweet tentang mimpinya yang
dalam keadaan meninggal dunia, malah turut dikafankan. Takdir Allah
SWT, mimpinya menjadi kenyataan selepas beberapa hari.
VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia pada 30 Disember 2013.
Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.
Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia pada 30 Disember 2013.
Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.
Beliu juga ada bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.
Sebelum ini juga Aden pernah berkolaborasi bersama Inteam dengan terbitnya album yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.
Sumber : kisahbeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan