Jumaat, 28 Februari 2014

AGAK2LAH.....TAK KAN TAK TAHU.....KESAN PERGAULAN BEBAS YANG DIHARAMKAM

Friday, 28 February 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT SEBAGAI TANDA HORMAT .... PRINSIP TAIB MAHMUD DALAM MENGURUS DAN MEMIMPIN NEGERI SARAWAK IALAH KEJUJURAN.



Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata kejujuran ketika berkhidmat kepada rakyat menjadi satu daripada prinsip kepimpinannya sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

Beliau berkata semua ahli politik mesti mematuhi prinsip ini bagi menyatukan rakyat yang dipimpin dan bukan mengelirukan mereka.

"Saya katakan apa yang saya katakan dan mungkin seboleh-bolehnya secara berdiplomasi tetapi saya masih menyatakannya. Perkara ini (menyatakan kebenaran) mungkin dilakukan secara lebih jelas dalam kumpulan kecil yang  memahami saya dengan lebih baik daripada kumpulan yang besar," kata beliau dalam wawancara khas dengan Bernama di kediamannya di Kuching.

Dalam temu bual itu, Taib berkata beliau menghadapi kesukaran pada masa awal kerjayanya sebagai ahli politik apabila kurangnya kefahaman antara kaum kerana rakyat tidak dapat memahami idea-idea beliau.

"Selepas cukup lama berkhidmat, saya fikir rakyat dapat memahami saya dengan lebih baik dan saya menggunakan perkataan 'politik pembangunan', sesuatu yang rakyat boleh faham dan berhasrat untuk (mencapainya)," kata beliau.Taib, yang akan genap umur 78 tahun Mei ini berkata kerjayanya sebagai ahli politik, yang bermula pada 1963, membolehkan beliau bercampur gaul dengan ramai orang dan keadaan itu dinikmatinya setiap saat.

"Tidak ada masa yang membosankan dalam hidup saya untuk sekian lama. Saya gembira kerana setiap kali saya bercampur gaul dengan orang, saya belajar sesuatu, saya memperoleh sesuatu", kata beliau.

Katanya beliau tidak mempunyai rancangan buat masa ini untuk berkongsi pengalaman dengan menulis buku kerana beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharu beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Taib, yang akan meletak jawatan sebagai ketua menteri esok dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu pada Sabtu.

"Ini bukan masanya bagi saya untuk menulis sesuatu dahulu. Saya mahu melihat keadaan dari luar kaca mata ketua menteri," kata beliau.

Selepas bersara, Taib memberitahu Bernama beliau perlu membuat penyesuaian diri dalam kehidupannya selepas begitu lama menjadi pemimpin politik.

Taib berharap peranan baharunya akan membolehkan beliau melawat ke seluruh Sarawak untuk berdialog dan bercampur dengan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana bukan berbaur politik.

"(Selepas mengundur diri sebagai Ketua Menteri), saya mahu menjadi rakyat Sarawak yang sebenar dan berasa bebas seperti personaliti rakyat Sarawak (daripada) hanya (dikenali sebagai) ahli politik Sarawak," kata beliau. - Bernama.

Papa Gomo Kalah Saman, Diperintah Bayar RM800,000 Kepada Anwar Ibrahim Kerana Memfitnah

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah Ketua Pembangkang itu.
Papa Gomo Kalah Saman, Diperintah Bayar RM800,000 Kepada Anwar Ibrahim Kerana Memfitnah
Papa Gomo Kalah Saman, Diperintah Bayar RM800,000 Kepada Anwar Ibrahim Kerana Memfitnah
Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.
Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.
Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.
Sumber : Ameno World

Hangat! PM Singapura ‘Unfriend’ PM Indonesia Di Facebook


Apabila PM Singapura ‘Unfriend’ Presiden Indonesia Di Facebook | PM Singapura unfriend Presiden Indonesia di Facebook? Kebudakan apakah ini? Seperti yang kita tahu, sekarang tengah isu hangat apabila Indonesia telah membuat keputusan menamakan kapal tentera laut dengan nama dua individu yang disifatkan oleh Indonesia sebagai pejuang negara.Bagaimanapun, bagi negara Singapura pula, dua individu yang dianggap pejuang bagi negara itu adalah merupakan pengganas di negara mereka. Mungkin kerana itulah berlakunya unfriend di Facebook. Oh!
Hangat! PM Singapura 'Unfriend' PM Indonesia Di Facebook
Hangat! PM Singapura ‘Unfriend’ PM Indonesia Di Facebook


The escalating tension between Singapore and Indonesia has come to a head.
Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong has unfriended Indonesia President Susilo Bambang Yudhoyono on Facebok.
This was followed by several hours of purging, where Facebook photos by PM Lee with Susilo in them were untagged.
This turn of events was the result of Indonesia naming a naval vessel after known terrorists who bombed MacDonald House in Singapore in 1965, which made Singapore very, very sad and angry.
Self-styled political pundit and international relations expert, Eric de Yaya, said: “The scale of Singapore’s retaliation is completely out of proportion. But this is a sure sign that both sides mean business.”
“This is what happens when you name a naval vessel after terrorists. You will be unfriended on social media.”
Kisah bermula apabila :
1. Indonesia berbuat keputusan untuk menamakan kapal tentera laut dengan nama dua individu yang disifatkan oleh Indonesia sebagai pejuang negara.
2. Pada Singapore, dua individu yang di anggap pejuang bagi negara itu adalah merupakan pengganas di negara mereka.
3. Singapore mempersoalkan kerajaan Indonesia yang menamakan dua kapal tentera dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan kejadian pengeboman di negara Singapore. Singapore juga menyeru agar Indonesia bersegera menukar nama kapal mereka kepada nama lain bagi mengelakkan konflik berterusan antara dua negara.
4. Indonesia nampaknya, tidak sama sekali risau ataupun takut dengan apa yang dinyatakan oleh kerajaan Singapore.
5. Maka Indonesia tetap berpendirian untuk menamakan dua kapal tersebut dengan nama dua individu yang terkait dengan insiden keganasan di SG pada tahun 1965.
Sumber : Melayukini

Lagi Pengakuan Sebenar Anak perempuan Pasangan Malaysia Di Sweden

HM difahamkan bahawa anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden, Aishah, 14 mengakui bahawa dia berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.
Aishah, 14, (kiri) dan Ammar bersalam dengan ibu saudara mereka Norshalena Norshal (kanan) ketika hari pertama memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu.- fotoBERNAMA
"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah melalui Mstar Online.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

"Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

HM harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik kerana perbicaraan dahpun lama berlanjutan. HM rasa confuse skgr mana satu yang bercakap benar. Tunggu jelah keputusan nanti huhu...

PBS ULANGI EPISOD KESILAPAN PPSMI?


PAS Negeri Selangor amat prihatin terhadap isu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang kini telah menimbulkan polemik keresahan di kalangan warga-warga pendidik anak bangsa mutakhir kini. PAS Negeri Selangor amat memandang serius keluhan dan bantahan warga pendidik ini terhadap sistem PBS kerana dikatakan ianya akan menambahkan bebanan tugas terhadap tugasan yang sediaada. PAS Negeri Selangor turut mengutuk tindakan zalim terhadap penukaran guru-guru yang membantah sistem ini ke kawasan pendalaman dan sebagainya dengan alasan yang tidak munasabah.

(http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guru-ditukar-kerana-bantah-pbs-buat-rayuan-anggap-pemindahan-secara-paksaan)

PAS Negeri Selangor menuntut pihak kerajaan supaya tidak secara wewenangnya cuba untuk melaksanakan sesuatu polisi atau dasar baru sistem pendidikan negara tanpa melalui proses diskusi, dialog dan perbincangan dengan pihak-pihak yang berautoriti di dalam bidang pendidikan di dalam negara ini. PAS Negeri Selangor tidak mahu Kementerian Pendidikan meneruskan episod malang kegagalan sistem perlaksanaan PPSMI yang terpaksa dikuburkan walaupun kerajaan telah membelanjakan hampir RM 3.5 bilion daripada RM 5.4 bilion wang rakyat untuk perlaksanaan dasar tersebut bermula tahun 2003 - 2009 kerana tidak melalui proses perbincangan yang betul.

PAS Negeri Selangor tidak mahu pihak Kementerian Pendidikan sekali lagi terburu-buru untuk melaksanakan sistem PBS ini selagi ianya tidak digarap dengan baik supaya memberi manafaat kepada semua pihak. PAS Negeri Selangor juga tidak mahu berlakunya pembaziran wang rakyat disebabkan perlaksanaan dasar-dasar baru akhirnya hanya menjadi projek gajah putih yang hanya memberi keuntungan kepada kroni dan merugikan rakyat.

PAS Negeri Selangor turut menempelak sikap angkuh Menteri Pendidikan Kedua, Dato' Seri Idris Jusoh yang meminta supaya para warga pendidik tidak perlu berasa risau dengan perlaksanaan dasar PBS ini bermula 1 April 2014 melainkan memberi tumpuan untuk melaksanakan tugasan mereka sahaja (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/warga-pendidik-tidak-harus-bimbang-terhadap-pbs-kata-idris-jusoh). Adakah Idris Jusoh pernah mengalami situasi pembelajaran yang semakin membebankan pihak warga pendidik masa kini? Adakah pihak Menteri pernah menyelami keperitan yang perlu dilalui oleh para guru-guru ini untuk mendidik anak bangsa sendiri? Pernahkah diberi ruang dan peluang kepada pihak warga pendidik ini memberikan penghujahan bantahan mereka terhadap isu ini?

PAS Negeri Selangor sekali lagi mempertegaskan supaya Pihak Kementerian Pendidikan menangguhkan dahulu cadangan perlaksanaan dasar PBS ini dan membuka ruang perbincangan dengan pelbagai pihak yang terbabit dengan bidang pendidikan dan wakil daripada parti-parti politik untuk melihat keperluan dilaksanakan dasar ini samaada boleh memberikan manafaat atau mudarat.. PAS Negeri Selangor tidak mahu lagi melihat wang rakyat sekali lagi diboroskan dengan dasar yang 'tidak cukup masak' yang akhirnya akan merugikan rakyat jelata.

Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor,
ADN Taman Templer, Selangor
28 Februari 2014

2 rakan ‘kendurikan’ gadis 15 tahun

Rakan1KUALA LUMPUR - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja bawah umur, dua minggu lalu.
Muhammad Afiq Zulkifli dan Mohamad Khaizie Hassan yang masing-masing berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah serta mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Muhammad Afiq dituduh merogol mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian, di atas tikar dalam bilik sebuah rumah di Setapak dekat sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 15 Februari lalu.
Penuntut Kolej
Mohamad Khaizie turut dituduh merogol remaja sama di tempat dan tarikh sama, kira-kira jam 9.45 pagi.

Kedua-dua penuntut kolej swasta berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Tidak tawar jaminan
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan tidak boleh dijamin, selain mangsa adalah kenalan tertuduh, lapor Berita Harian.
Mahkamah menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Tiada ulasan: