Isnin, 17 Februari 2014

SEDARLAH KITA PUN ADA TARIKH LUPUT....JANGAN PERASAN AJE

Monday, 17 February 2014

TAKLIMAT PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR, NOH OMAR OLEH MBSA MENGENAI PERHENTIAN BAS DAN TEKSI BARU, TIDAK BERI SAMBUTAN LANGSUNG OLEH PARA PENGUSAHA BAS DAN TEKSI.



Pagi tadi, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pegerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor serta mantan Menteri Kabinet, Dato' Seri Noh bin Omar telah menghadiri suatu taklimat dari pihak Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) mengenai dua projek Hentian Akhir Bandar di Seksyen 17 dan 19 Shah Alam yang akan dilaksanakan oleh MBSA bernilai RM7 juta dan RM4 juta setiap satu.

Projek ini akan di beritakan akan memberi manafaat kepada kira-kira  140 ribu penduduk setempat.

Malangnya dalam taklimat tersebut,  para pemain utama sektor Pengangkutan Awam yang bakal menggunakan Hentian Akhir Bandar iaitu para pengusaha bas dan teksi langsung tidak nampak kelibat muka mereka, sedangkan talikmat diadakan di Hentian Akhir Bandar yang sedia ada.

Amat mustahil mereka tidak dijemput sama memandangkan ianya melibatkan perniagaan dan urus perkhidmatan mereka seharian.

Apakah isu penolakkan rakyat dibandar kepada UMNO/BN masih bertambah memuncak sebab berang dengan kenaikan kos sara hidup yang menghimpit hidup mereka?
Cer tngok 'mainan' beliau.
Like · · · 17 minutes ago · 12:15PM - 17 Feb 2014

PAS minta Umno tak terus buli MCA

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut.

"Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding. Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz  yang juga MP Pokok Sena berkata beliau tiada masalah untuk bekas ahli Majlis Sekretariat Pakatan Rakyat, Zaid bertanding dalam pilihan raya kecil itu atas semangat demokrasi.

"Bagaimanapun PAS akan sepenuhnya bergerak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang," kata Mahfuz yang juga yang pesuruhjaya PAS Kedah.

Sementara itu ADUN Batu Burok PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata beliau bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Terengganu dipanggil bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Jumaat ini.

Beliau berkata MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Bandar Azan Ismail serta kerabat diraja Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan bersamanya membawa laporan dan dokumen berkenaan isu rasuah dan korupsi di negeri itu.

"Hari Jumaat ini akan saya akan bawa empat isu penyelewengan dan rasuah di negeri iaitu isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir serta pembinaan dan perubahan Pasar Payang," kata beliau

Kantoi Malam Valentine: Mak Ayah Tak Kisah Kami Bersekedudukan, Tahu Hubungan Kami


“Emak dan ayah saya tidak kisah jika saya bersekedudukan kerana mereka tahu hubungan kami,” kata seorang pemuda berusia 25 tahun, yang ditahan bersama teman wanitanya ketika sedang seronok memadu asmara di sebuah bilik di hotel di sini, malam kelmarin.
Pekerja sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu memberi alasan dia menginap di situ bersama kekasihnya dikenali sebagai ‘Ana’, 28, kerana mahu berehat sementara menunggu penerbangan ke Bangkok jam 6 pagi.
Kantoi Malam Valentine: Mak Ayah Tak Kisah Kami Bersekedudukan, Tahu Hubungan Kami
Kantoi Malam Valentine: Mak Ayah Tak Kisah Kami Bersekedudukan, Tahu Hubungan Kami
“Kami ‘check in’ jam 8 malam kerana pada jam 6 pagi saya mahu menghantar Ana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Dia mahu ke Bangkok tonton perlumbaan motosikal di sana bersama rakan-rakannya, sementara itu kami berehat di sini,” katanya.
Menurutnya, mereka juga sudah merancang untuk berkahwin dan kini dalam proses mengumpul wang.
“Keluarga saya tahu hubungan kami dan jika kami ditahan pada malam ini pun, mereka tidak kisah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, mereka antara tiga pasangan kekasih yang ditahan oleh penguatkuasa JHEAINS dalam Ops Valentine di dua buah  hotel berasingan di sini.
Menurutnya, kesemua pasangan terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Sekyen 61(1) iaitu percubaan melakukan persetubuhan haram.
“Turut ditahan tiga wanita dan dua lelaki berusia 18 hingga 40 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah iaitu meminum minuman yang memabukkan,” katanya.
Malah dalam operasi berkenaan turut ditahan seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Remaja perempuan berusia 18 tahun itu ditahan bersama empat lagi rakannya di sebuah pusat karaoke di sini atas kesalahan meminum minuman memabukkan.
“Saya mula minum lepas SPM dan biasanya saya minum lima cawan sahaja sebab baru belajar. Bila tertekan, saya akan minum arak,” katanya.
Sementara itu, di PORT DICKSON, pasangan muda berusia lingkungan awal 20-an merupakan yang paling ramai ditemui berdua-duaan di tepi pantai semasa Kempen Sayangi Diri anjuran Jabatan Amal Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan diadakan malam kelmarin.
Kebanyakan pasangan tersebut sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sekitar Negeri Sembilan.
Pengarah Kempen Sayangi Diri, Mahfuz Roslan berkata, kempen ini untuk menyantuni golongan yang belum bernikah tetapi bersama pasangan masing-masing dan berkelakuan salah di sisi Islam.
“Kita mahu mendidik masyarakat agar mereka tidak terikut-ikut dengan budaya Barat meraikan hari Valentine.
“Kempen seperti ini julung kali dilakukan Jabatan Amal negeri dan dari semasa ke semasa ia akan terus dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih pelbagai,” katanya.
Sumber : Sinar
Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan kos Umrah akan dinaikkan hingga 10%. Secara tak langsung rakyat dimomokkan dengan berita bahawa caj penginapan & perkhidmatan di Arab Saudi telah dinaikkan.

Aku pernah menuntut di Arab Saudi selama 3 tahun lebih, dan sahabat-sahabat aku masih lagi belajar di sana hingga sekarang. Tiada kenaikkan caj penginapan pun dikenakan.

Malah caj perkhidmatan seperti bas dah 20 tahun sampai sekarang masih lagi dengan harga 1 riyal. Disebabkan matawang Malaysia jatuh teruk, nama Pak Arab Saudi pula diburukkan....

p/s: gambar dan artikal tak sangkut paut yg hidup atau mati

~~~ Info Politik Malaysia ~~~~~
11:56AM - 17 Feb 2014

Pengunduran Taib peluang SUPP tarik undi Cina

Pengunduran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhir bulan ini selepas 33 tahun berada ditampuk kekuasan, telah mengundang pelbagai reaksi dalam BN.

Di kala anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam keadaan sedih, ahli parti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pula berasa lega untuk menarik sokongan kaum Cina untuk mengundi BN.

Banyak pihak dalam SUPP menyifatkan prestasi buruk parti dalam dua kali pilihan raya lalu disebabkan polisi kurang popular Taib.

Ia melibatkan tanah, pembinaan empangan, pengurusan hutan, dan kontrak kerajaan dalam industri pembinaan serta perniagaan lain - daripada pengutipan sampah kepada pemonopolian pembekalan besi dan simen - yang telah memberi kesan kepada komuniti perniagaan kaum Cina secara khususnya.

Pada pilihan raya negeri 2011, SUPP kalah di 13 kerusi yang didominasi kaum Cina kepada pembangkang daripada 19 kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Mereka menang dua kerusi majoriti kaum Cina, satu daripadanya menang dengan majoriti tipis. Tetapi di kawasan Dayak, mereka menang empat kerusi dengan majoriti yang besar.

Sementara pada pilihan raya umum 2013, SUPP kalah enam kerusi, semuanya di kawasan majoriti Cina tetapi menang di kawasan yang didiami oleh kaum Bidayuh.11:50AM - 17 Feb 2014

Guan Eng: Keharmonian terus dicabar di PP

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan keharmonian masyarakat di negeri itu terus dicabar ekoran insiden terbaru semalam apabila sebuah masjid di Machang Bubuk dibaling daging, dipercayai babi.

“Jelas kumpulan perosak yang terlibat dalam penodaan terhadap tempat ibadat ini tidak berputus asa dalam usaha melemahkan dan menggugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri berpegang teguh kepada mandat melalui sokongan 68 peratus undi popular dalam pilihan raya umum, terdapat kebimbangan kumpulan itu tidak akan berhenti sehingga mereka mencapai tujuan.

Dalam insiden di Masjid Cherok Tokun semalam, ketua CID  negeri Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Pembantu Iman, Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh dan membuat laporan polis kerana tidak puas hati.
 
 Anwar Sebagai MB Selangor Seharusnya Dialu-alukan
Posted on Monday, February 17 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Satu-satunya kejayaan yang terlihat menonjol di sebalik tindakan SPR melewatkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang ialah menjadikan peluang Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor mula tidak menentu dan caca-marba. Walaupun DAP amat konsisten dan lebih memandang peluang yang mungkin lebih terbentang dalam PRU 14 jika Anwar menjadi MB Selangor, PAS sebaliknya tidak mempunyai kesepakatan pemikiran yang sama.

Selain sikap Pas yang masih menjadi perbualan, semakin masa berlalu, tersebar pula pelbagai berita mengenai MB Selangor, Khalid Ibrahim yang kononnya tidak mahu berundur dan bakal merencatkan peluang Anwar untuk menggantikannya. Semua ini seolah-olah permainan yang sengaja diatur kerana dengan ruang masa yang masih terbuka, banyak duri dan jarum dapat dicucuk-cucukkan untuk menggugat kesepakatan dalam PR.

Meskipun pimpinan tertinggi PAS memberi sokongan kuat untuk memastikan kemenangan beliau di Kajang, tetapi masih kedengaran suara-suara kecil daripada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas dan bekas Ketua Pemudanya, Nasharuddin Tantawi yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pendekatan politik PKR memaksa pilihanraya kecil DUN Kajang ini diadakan.

Lebih dari itu, seperti dalam keadaan terpaksa juga mereka hanya bersedia memberikan sokongan dan memastikan kemenangan Anwar dalam pilihanraya kecil itu saja, tetapi tidak mahu ia melibatkan pertukaran jawatan MB Selangor.

Dengan memberi hujah bahawa jawatan MB Selangor haruslah disepakati bersama antara Pas, PKR dan DAP dan Anwar atau PKR tidak seharusnya memandai-mandai sendiri memutuskan jawatan itu milik mereka, terlihat bahawa Pas cuba menghantar mesej tentang jumlah kerusi DUN dimilikinya adalah 15 berbanding PKR yang hanya 14. DAP, walaupun juga mempunyai jumlah kerusi 15 tetapi tidak berpeluang menjadi MB kerana peruntukan memutuskan jawatan itu mesti dipegang oleh Melayu dan Islam.

Tindakan beberapa gelintir dalam Pas mula mengocakkan keadaan dalam Pakatan dan seolah-olah mereka sudah termakan dengan hasutan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berulang-kali mengatakan bahawa jawatan MB Selangor sepatutnya dipegang oleh Pas kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih berbanding PKR.

Sementara Mahathir terlupa atau buat-buat lupa bahawa UMNO yang mempunyai jumlah kerusi lebih juga memberikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, beberapa gelintir dalam Pas tadi juga mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa kerana pertembungan Pas dengan PKR yang sama-sama meletakkan calon di DUN Kota Damansaralah yang menjadikan jumlah kerusi PKR menjadi 14.

Jika tidak, komposisi Pakatan Rakyat di Selangor ialah 15-15-15 dan mungkin tidak merangsang sesiapa untuk bangga kepada kelompok sendiri.

Dengan DAP tiada masalah untuk menyokong Anwar sebagai MB Selangor, Pas juga seharusnya memberikan sokongan yang sama bulat sebagai menebus kesilapan yang dilakukan di Kota Damansara dulu.

Lagi pula, dengan menyokong Anwar sebagai MB Selangor, ia juga turut memberi keuntungan kepada Pas sendiri dari segi keupayaan menembusi dan mendapat sokongan yang lebih meluas di kawasan bandar, separa bandar dan juga daripada kalangan pengundi bukan Melayu.

Berbanding dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas sejak dua pilihanraya yang lalu telah berjaya memenangi beberapa kerusi bandar yang sebelum ini dianggap mustahil kerana sokongan Pas secara sendirian lebih tertumpu kepada kawasan kampung, pedalaman dan kelompok Melayu sahaja.

Harus juga diakui bahawa keinginan rakyat untuk berubah begitu terserlah dalam PRU 13 lalu. Kemenangan BN yang hanya bertunjangkan sokongan 47 peratus pengundi, turut juga dibantu oleh persempadanan kawasan pilihanraya.

Oleh yang demikian, untuk meneruskan momentum dalam PRU 14, pemikiran dan gerak kerja yang luar biasa amat diperlukan. Salah satunya ialah dengan menjadikan Anwar sebagai MB Selangor. Dengan kedudukan sebagai MB Selangor, Anwar akan mempunyai ruang yang lebih luas untuk berperanan, bukan saja di Selangor tetapi juga di seluruh negara.

Beliau bukan saja berpeluang membuktikan keupayaan mentadbir sebuah negeri terlebih dahulu untuk meyakinkan keupayaan mentadbir negara pula, hubungan dan buah fikirannya juga boleh dilontarkan ke arena yang lebih meluas seperti dslam mesyuarat Menteri-Menteri Besar serta mengiringi Sultan Selangor dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Semua ini, jika Anwar dapat melakukan dengan baik, lebih-lebih lagi jika cemerlang, pasti akan mempengaruhi keputusan pilihahraya 2018 nanti.

Dalam masa yang sama, jika Anwar menjadi MB Selangor selepas 23 Mac nanti, terdapat tempoh kira-kira empat tahun sebelum PRU 14 nanti. Dengan Mahathir sendiri tidak menyembunyikan kerisauannya bahawa jawatan MB Selangor itu akan menjadi tangga untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, dalam tempoh yang sama juga akan menyaksikan kekuatan politik yang seimbang antara BN dan PR.

Politik yang seimbang ini tentu saja akan membuatkan kedua-dua pihak, iaitu BN dan PR, saling berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu yang terbaik untuk rakyat. Bukan saja berlaku "check and balance" yang lebih menguntungkan rakyat, malah rakyat tidak lagi menjadi mangsa buli mana-mana parti yang berkuasa.

Setelah kejayaan Anwar mewujudkan gabungan pembangkang yang kuat sehingga menggegar Putrajaya dalam PRU 13 lalu, mewujudkan kekuatan seimbang antara BN dan PR dalam tempoh empat tahun akan datang yang sekaligus mengalir pelbagai faedah dan kebaikan untuk rakyat, ia merupakan satu lagi sumbangan yang seharusnya dihargai dan dialu-alukan.

Menyokong Anwar sebagai MB Selangor sebenarnya tidak merugikan sesiapa, bahkan semua pihak yang menyokong itu ada bahagian keuntungan masing-masing. Yang rugi hanyalah UMNO dan BN.

Tetapi, tidak mengapalah UMNO dan BN rugi kali ini kerana mereka sudah untung sejak lebih 50 tahun lalu. (SH 16/02/2014)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Tiada ulasan: