Posted on Wednesday, February 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ah Jib Gor digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.
Menurut portal
Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November
tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke
luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan
menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.
Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe
Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini
dengan biaya Rp 11.8 miliar.
Seterusnya adalah mantan
Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp
48.5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara
television yang disukai beliau pada 2011.
Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5.8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un
yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan
teater peribadi.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8.4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3.9 triliun dalam satu tahun.
Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294.2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.
~ Hebat PM kita .......... rakyat susah tak ape janji PM dan pemimpin kerajaan
SOFI WAHAB
http://mutaligat.blogspot.com
PKR: Kes saman RM2 juta Presiden PAS tidak perlu diteruskan
Posted on Wednesday, February 26 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM 24 FEB: Pimpinan PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah.
Kes saman fitnah ini adalah apabila Hadi Awang diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan.
“Namun sdr Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya kes itu tidak perlu diteruskan demi kebaikan dan kesepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat.-sk

UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi
Posted on Wednesday, February 26 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir kedarat dan kebaroh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agong UMNO pada tahun 2006 dahulu.

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib
dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua
Pemuda Khairy membela Nbeliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib
merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin
dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota
Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela
Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang
Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan
meletakan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpinan mereka itu tidak
mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan
bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela
melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara
ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan
saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin
mengaggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun
dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk
pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh
pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah
jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh
pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai
kepimpinan seperti itu sudah dianggap ‘out-of- date’ kata setengah yang
baru main politik, hari ini.
Tun Husien Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh
dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin
sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan
yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981
nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang
sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli
UMNO tidak menyokong beliau.
Beliau juga tahu yang beliau telah di sabotaj oleh Timbalannya sendiri
yang tidak sabar mahu mengambil alih kepimpinan negara dari beliau.
Hakikatnya penyertaan Hj Sulaiman Palestin untuk menandingi beliau
adalah dari galakan ‘invisible hands’ yang mahu beliau berundur
secepatnya kerana mahu mangambil alih kepimpinan negara itu. Beliau
mengundurkan diri bukan kerana penolakan rakyat yang ramai tetapi oleh
kerana ‘insubordinations’ yang dilakukan oleh pimpinan yang hampir
dengan beliau.
Menyedari keadaan ini beliau mengambil keputusan untuk memberikan
sahaja jawatannya kepada orang yang tidak sabar mahukan jawatan itu.
Maka pada tahun 1981, Husein tidak mempertahankan jawatannya dan
memberikan laluan kepada Dr Mahathir secara percuma.
Pada perhimpunan itu dalam ucapan penangguhan Dr Mahathir telah
mengucapkan kepada semua pihak kerana memberikan sokonagn terhadap
beliau menerajui negara dan dengan nada yang jelas beliau telah meminta
semua pihak memberi tahu beliau yang jika ada tanda-tanda yang
menunjukan ada yang tidak menyokong beliau lagi supaya memberitahu
beliau. Kata beliau yang bekliau akan mengundurkan diri secara
terhormat.
Beliau berkata demikian kerana beliau tahu yang Husein bersara kerana
kerenah beliau sendiri dan kata-kata itu tidak lebih dari mulut manis
dengan janji-janji yang tidak akan terkota. Pada perhimpunan itu jugalah
Dr Mahathir memulakan permainan politik beach perintah dengan
berlaganya dua tokoh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam prtandingan
yang amat sengit buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan parti UMNO
itu.
Dr Mahathir merasakan semua yang berada disekeliling beliau itu
meresahkan beliau. ‘Inferiority complex’ yang menebal dalam diri beliau
membuatkan beliau tidak boleh selesa dan siapa sahaja yang mempunyai
kepimpinan tidak disenangi oleh Dr Mahathir. Secara sistematik mereka
yang berkepimpinan hilang dari barisan kepimpinannya dan akhirnya beliau
dikelilingi oleh mereka yang ada sekarang ini yang tidak pernah
diperlukan pemikiran mereka oleh Mahathir.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir semuanya tidak perlu berfikir kerana
hanya beliau sahaja yang boleh berfikir. Ahli-ahli kabinetnya tidak
perlu berfikir dan tugasan mereka amat mudah dan senang...hanya jadi
burung balam dan bertepuk tangan jika beliau perlukan tepukan itu.
Segala institusi demokrasi dikuasai oleh eksekutif dan sampai ke hari
ini institusi itu belum lagi kebah dari sakit hasil kerja tangan Dr
Mahathir itu.
UMNO mula berpecah belah dan buat kali pertamanya rasa resah gelisah
dikalangan ramai pemimpin kerajaan dari UMNO mula timbul. Dalam masa
lima atau enam tahun pentadbiran beliau, sudah mula terserlah budaya
pemimpin yang ingin menjadi kaya raya.
Budaya rasuah mula berputik dengan cepat melalui projek express dengan
penganugeraham kontrak secara runding terus yang kini sudah menjadi
budaya dalam kerajaan semata-mata untuk memberikan ‘duit luar’ yang
begitu besar jumlahnya tanpa memikirkan isu-isu yang berkepentingan
rakyat. Inilah warisan Dr Mahathir yang paling besar kepada negara.
Budaya songsang pentadbiran kerajaan hari ini bermula dari Dr Mahathir
dan ianya diwariskan kepada pentadbiran Pak Lah dan sekarang kepada
Najib. Acuan ini sudah begitu terpahat ke dalam sistem pentadbiran
negara kita dan siapa pun dikalangan yang ada dalam MKT parti itu
semuanya dari acuan itu.
Gagal Selesaikan Saman Terhadap Presiden Pas, Ini Satu Lagi Kerja Bodoh Pemimpin
Posted on Wednesday, February 26 @ 06:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"
hemmmmm.....
lu orang boleh tidak bersetuju dengan gua kerana itu hak lu orang dan
gua meraikan perbezaan pendapat, tapi harus di ingat yang gua tak
mahu jadi penyokong seperti disebelah sinunnnn yang dikatakan oleh tun
mahatir penyokong kuat kassim ahmad anti hadis... kah kah kah... A B U"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Wednesday, February 26 @ 06:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Posted on Wednesday, February 26 @ 06:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"
Jangan salahkan orang lain bila SENDIRI MAKAN PENGAT TAPI SENDIRI TAK
MAHU INGAT beb, baik dipihak Parti Islam Semalaysia (PAS) mahu pun di
pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) semua nya tak mahu belajar dari
KESILAPAN yang lepas atau pun boleh dikatakan sebagai BODOH SOMBONG. Gua
tak salah kan Ahli PKR yang MENYAMAN Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi
Awang kerana itu HAK beliau sebagai INDIVIDU yang MERASA diri beliau
DIFITNAH dan TERINAYA.
PAS sendiri yang gua rasa cukup Bodoh kerana langsung tidak
memperdulikan perihal SAMAN terhadap Presiden mereka sendiri, kerana
GAGAL memfailkan PEMBELAAN terhadap Saman tersebut. Sesuatu yang cukup
MEMALUKAN kerana diperintahkan membayar sebanyak RM2 juta bukan nya
kerana KALAH tetapi kerana INGKAR. Ini apa cerita ni beb sedangkan kita
ketahui yang PAS mempunyai Barisan Peguam-Peguam yang dikatakan HEBAT
dan BERIBAWA.
Manakala dipihak PKR pula jelas yang Pemimpin PKR boleh dikatakan
tidak dapat MENGAWAL Ahli-Ahli mereka, patut lah Ahli-Ahli PKR
daripada Pemimpin Peringkat TINGGI sampailah ke Peringkat AKAR UMBI
seperti AIR PAIP menjadi KATAK dengan meninggalkan PKR. Mungkin
dipihak PKR akan mengatakan yang mereka telah MENASIHATI Ahli nya
supaya tidak Menyaman Presiden PAS, tapi bagi gua itu hanya cakap
MULUT yang tidak boleh DIBUKTIKAN.
Bila sudah terjadi perkara sebegini barulah SIBUK seperti orang MABUK
PIL KUDA, baik dipihak PAS mahu pun di pihak PKR semua nya mengatakan
yang KES ini akan DISELESAIKAN secara BAIK dan PENUH HIKMAH.
Lawak-Lawak beb, Baik dan Penuh Hikmah apa nya kalau sampai sudah
Mahkamah Mengeluarkan Perintah. Lu orang ni faham tak Bahasa Melayu
berkenaan Baik dan Penuh Hikmah atau lu orang pun sama dengan Spicies
Umno yang TERKENAL dengan TAK FAHAM BAHASA MELAYU.
Kalau disebelah Umno Tak Faham Bahasa Melayu memang patut beb, lahir
nya Umno pun hasil PERSETUBUHAN HARAM INGGERIS PENJAJAH yang tak dapat
dipastikan siapa Ibunya. Sebab itu nama Umno pun SINGKATAN dari
perkataan United Munafikun National Organisations, jadi TAK HERANNN
kalau dia orang Tak Faham Bahasa Melayu. Tapi lu orang yang satu nya
bernama Parti Islam Semalaysia dan yang satu nya Parti Keadilan Rakyat
ni apa cerita ni beb... kah kah kah !.
Selalu gua katakan apabila saja NYAWA Umno dalam KENAZAKAN akan adalah
PERTOLONGAN CEMAS dari pihak Pakatan Rakyat (PR) sama ada Secara
SEDAR atau pun KECUAIAN. Ini kenyataan yang walaupun PERIT untuk lu
orang Kepimpinan PR terima, rasanya TAK SALAH kalau ada Penyokong PR
yang MARAH dan MENGENCINGKAN KUBUR lu orang bila lu orang MATI nanti.
Kerana tiada BEZA nya antara lu orang dengan Pemimpin Umno yang akhir
nya Umno/Bn juga yang Menang... kah kah kah !. sumber klik sini
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Wednesday, February 26 @ 06:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?
Posted on Wednesday, February 26 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut yang selalu mengeluarkan kenyataan melampau.
Beliau berkata, memberi publisiti kepada kumpulan pelampau boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian, sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.
Tambah Najib lagi, kenyataan demi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh kumpulan pelampau ini tidak perlu dikecam, sebaliknya tindakan terbaik ialah "tidak mempedulikannya dan jangan beri publisiti".
Menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang bahangnya mulai terasa dan mungkin juga memberi kesan kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini, rekonsilasi nasional ini memberi tafsiran yang pelbagai di kalangan rakyat. Sementara ada yang menganggapnya ssbagai bukti menunjukkan betapa Najib sentiasa memandang ke hadapan demi kepentingan negara, kelompok yang lain pula melihat ianya sebagai strategi politik untuk memastikannya berada lebih lama lagi di kerusi empuk Perdana Menteri.
Sama ada atas nama rekonsilasi, konsensus atau apa saja tetapi ianya tidak dinafikan memberi ruang kepada Najib untuk mendekati dan berbaik-baik dengan pimpinan Pakatan Rakyat, apatah lagi jika selepas ini Anwar Ibrahim mempunyai tapak yang lebih kukuh sebagai MB Selangor, hubungan saling berbaik mungkin boleh dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan.
Dengan tapak kukuh yang dimiliki Anwar dan memberi lebih potensi untuk memenangi PRU 14, dalam masa yang sama ia juga memberi tekanan kepada Najib dalam mempertahankan kedudukannya kerana golongan kanan dalam UMNO yang masih menggunakan pengaruh Mahathir Mohamad pasti saja mahukan Najib diundurkan bagi digantikan dengan pemimpin lain pula.
Oleh itu, rekonsilasi ini boleh juga merupakan perisai bagi Najib dari serangan dalam UMNO sendiri.
Apatah lagi dalam masa Najib mahu melaksanakan rekonsilasi ini, beliau turut juga juga mengecam golongan pelampau yang dianggapnya hanya mahukan publisiti yang diidam-idamkan bagi melakukan pelbagai tuntutan.
Dalam mana-mana komuniti pun, golongan pelampau ini sentiasa wujud. Di negara kita, baik dalam masyaraka Melayu, Cina mahupun India, kumpulan pelampau ini sentiasa ada. Tetapi dari sekian banyak golongan yang boleh dianggap pelampau dan kerap mendapat publisiti, Perkasa yang diterajui oleh Ibrahim Ali adalah berada di kedudukan paling depan sekali.
Ini kerana Perkasa bukan saja aktif menuntut macam-macam perkara dan memberi reaksi hampir dalam semua isu termasuk mahu membakar Bible yang mengandungi nama Allah, bahkan Perkasa juga merupakan NGO yang paling banyak mendapat publisiti media. Di dalam akhbar Utusan Malaysia misalnya, hampir setiap hari ada saja berita mengenai NGO itu, bahkan akhbar itu seolah-olah hilang serinya jika tiada berita mengenai Perkasa didalamnya.
Sebelum pilihanraya lalu, sementara Najib menjaja dasar 1Malaysia tetapi di masa yang sama beliau juga memberi ruang untuk mendekati kelompok yang boleh dianggap pelampau semata-mata untuk mendapatkan undi. Bukan saja Perkasa yang didekatinya, malah Dong Ziong dan Hindraf juga cuba dijadikan rakan karib kerajaan.
Akhirnya, bukan saja hubungan baik dengan Dong Ziong tidak menjadi, bahkan ikatan kasih dengan Hindraf juga sudah terlerai. Perkasa yang dulunya banyak memuji Najib dan kerajaan juga mulai berubah nada sebaik pilihanraya berakhir kerana kecewa dengan kelemahan dan sikap tolak ansur yang keterlaluan oleh kerajaan.
Di suatu ketika Perkasa malah menyatakan mereka kini bersikap berkecuali terhadap Najib dan kerajaan. Namun di masa yang sama, Perkasa tetap mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Dengan melaungkan rekonsilasi dan di masa yang sana mahukan golongan pelampau tidak terus-terusan diberikan publisiti, Najib seolah-olah sedang membaling dua ekor burung dengan seketul batu. Selain untuk kepentingan negara dan menyelamatkan kedudukannya, beliau juga ingin menjauhi golongan yang boleh menyusahkannya.
Najib seperti mulai menyedari bahawa Perkasa lebih menyusahkannya, bukan saja dalam pelbagai tuntutan dan ugutan mahu membakar Bible, malah terbaru ini NGO itu juga menolak penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang diinisiatifkan Najib. Lebih dari itu, Perkasa turut menubuhkan badan sendiri yang menyerupai MKPN untuk membincangkan isu perpaduan mengikut acuan mereka sendiri.
Tidak diragui, jika dibiarkan berterusan sambil publisiti meluas yang diperolehinya, Perkasa adalah ancaman bukan saja kepada Najib tetapi juga kepada kestabilan pelbagai etnik di negara ini.
Jika selama ini Perkasa mendapat dana daripada kerajaan dan publisiti melimpah daripada Utusan khususnya, dengan petunjuk yang diberikan Najib ini, era itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi. (SH 25/02/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com

‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu
Posted on Wednesday, February 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Kita masih belum ‘selesai’ berbicara tentang Syiah.
Tumpuan beralih pula kepada Anti Hadith.
Isu demi isu, yang muncul dan menjadi perdebatan masyarakat, sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita bahawa ada sebab, mengapa perintah Allah yang pertama bukan “berimanlah!”, bukan “sujudlah” dan bukan juga “sembahyanglah!”
Perintah Allah yang pertama adalah “Bacalah!” [Al-'Alaq 96 : 1]
Ia adalah langkah pertama untuk menjadi manusia beragama. Bertuhan dalam kehidupan. Apa yang menjadi tunggak penting dalam agama ini adalah ILMU. Bukan beragama secara membuta tuli. Bukan sekadar ikut-ikutan.
Malah, al-Zuhri menurut Goldziher, memakai pakaian seragam tentera Umawi!
Akan tetapi, Ignaz Goldziger kelahiran Hungary itu adalah Yahudi.
Tidak mengapa seorang Yahudi itu begitu skeptis dengan Islam hingga membuat analisis yang begitu ekstrim. Bukan hanya ekstrim kepada kita, tetapi ekstrim di pandangan sarjana-sarjana terkemudian yang menyemak hasil kerjanya yang banyak itu.
MENGAPA KITA MENJAMAH METODE MEREKA?
Tetapi mengapa idea-idea ‘Anti Hadith’ oleh Goldziher, dan kemudiannya juga Joseph Schacht (1902 – 1969), dijamah oleh seorang Muslim?
Itu yang cuba saya fahami dalam dua artikel sebelum ini iaitu PEMIKIRAN SKEPTIS DALAM BERAGAMA dan MUSLIM SKEPTIS: MENGAPA MANGSA JADI PEMANGSA?
Rashad Khalifa (1935-1990) adalah tokoh yang mempopularkan idea ‘Anti Hadith’ ini melalui gerakan Submission beliau di Amerika Syarikat. Apakah yang menjadi punca, idea-ideanya begitu sinonim dengan Ignaz Goldziher? Secara jujurnya, saya tidaklah mengkaji dengan mendalam akan hal ini. Hanya mengetahuinya sebagai seorang orang biasa yang membaca. Namun ia tidak menghalang saya daripada bertanya, apakah kerana latar belakang bapa dan keluarga Rashad Khalifa yang begitu kuat tradisi Sufi tradisionalisnya, Rashad Khalifa memberontak?
Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Kafr El-Zayat di Mesir pada tahun 1935. Bapa beliau adalah pemimpin kepada Tarekat Ar-Rashad Al-Shathlya, sebuah tarekat besar dengan ribuan pengikut, dan beliau namakan bersempena dengan nama anaknya, Rashad.
Rashad Khalifa dan golongan ‘Anti Hadith’ sering menggambarkan Ulama sebagai perosak agama Islam sebagaimana paderi merosakkan agama Kristian sering disebut sebagai mengagung-agungkan Muhammad, serta menggunakan otoriti Ulama untuk mendesak penerimaan satu-satu pendapat agama. Dakwaan ini datang daripada pemerhatian, dan apa yang mungkin Rashad Khalifa perhatikan berkemungkinan dipengaruhi oleh amalan dalam tradisi Sufi, di mana elemen-elemen ini sangat mendasar lagi ketara.
Keperluan untuk mencari jawapan kepada hal ini, adalah untuk membantu kita memahami jalur penghubung intelektual yang menemukan seorang Muslim, dengan idea-idea Kritikan Sejarah Barat.
MOTIF TEMPATAN
Ada pun Dr. Kassim Ahmad merupakan seorang sarjana dalam bidang politik dan pengajian Melayu, saya tertanya-tanya apakah idea yang beliau bawa di dalam isu ‘Anti Hadith’ ini merupakan sebuah idea asli daripada kajian beliau yang mendalam, atau memakai sahaja idea-idea sedia ada yang dibawa oleh Rashad Khalifa malah yang terdahulu laginya Ignaz Goldziher?
Lebih menghairankan saya, mengapakah idea ‘Muhammad terlalu diagung-agungkan’, ‘rambut wanita bukan aurat’, dan ‘hadith bukan sumber Islam’ dibincangkan dalam kerangka ‘HALA TUJU NEGARA 30 TAHUN AKAN DATANG?” Apa kena mengenanya semua itu dengan pembangunan negara? Kajian manakah yang menunjukkan jika wanita bertudung rambut mereka akan busuk dan negara menjadi mundur? Dan mengapa Tun Mahathir beriya-iya menyokong Dr. Kassim Ahmad dan menggunakan bahasa ‘play victim‘ bahawa mereka berdua senasib, mangsa label, sedangkan rakyat sebenarnya tertanya-tanya, “apa yang kamu mahu?”
Apa penyataan masalah (problem statement) kepada idea ‘Anti Hadith’ Dr. Kassim Ahmad apabila ia dikaitkan dengan hala tuju negara 30 tahun akan datang?
Apa objektif yang hendak dicapai?
Apa literatur dan metode yang dipakai?
Apa dapatan yang hendak diketengahkan?
Dan apa yang lebih utama, apa kepentingannya?
Persoalan-persoalan ini menjadikan isu ‘Anti Hadith’ semacam tidak berbaloi untuk didebatkan dalam kerangka Dr. Kassim Ahmad. Tetapi memandangkan isu ‘Anti Hadith’ dan idea-idea golongan Quranist adalah lebih besar daripada beliau, dan cergas mengisi wacana intelektual urban semasa di negara ini, saya kira ada kewajarannya hal ini terus dibincangkan. Kirakan saya sebagai salah seorang pelajarnya. Bukan calon pendebat seperti yang diusulkan di sebuah akhbar harian baru-baru ini.
Saya juga tertarik dengan sanggahan Claire Khaw yang mahu mengenengahkan gagasan Secular Koranism. Beliau menegur A. Farouq Peru apabila golongan ‘Anti Hadith’ membicarakan soal halalnya homoseksualiti kerana al-Quran tidak mengharamkannya, hanya Hadith yang begitu, juga topik seperti boleh bela anjing atau tidak, rambut wanita aurat atau tidak, yang kesemua itu menjadikan idea ‘Anti Hadith’ atau Quranism sukar diterima oleh Muslim Orthodoks (seperti kita)!
Ia persoalan yang valid, walaupun yang bertanya bukan Secular Koranist lagi atheist seperti Claire Khaw.
Apa sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh golongan ‘Anti Hadith’ ini?
Dan sebenarnya (kerana saya tidak mengenali mereka), adakah golongan ‘Anti Hadith’ ini dalam hidup mereka merupakan seorang yang kuat beragama (religious) dengan versi al-Quran, atau debat ‘Anti Hadith’ ini hanya wisata intelektual semata?
INTER DISIPLIN
Apa yang penting, topik ‘Anti Hadith’ ini adalah topik inter disiplin. Ia memerlukan kerjasama ilmuwan dari pelbagai bidang untuk saling kukuh mengukuhkan. Alangkah berbezanya landskap kita hari ini, jika saranan Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 1978 melalui bukunya Tsaqafah al-Da’iyah kita ambil secara serius. Al-Qaradhawi menyenaraikan 6 kategori ilmu yang mesti dikuasai oleh para pendakwah agar mereka dapat berfungsi dengan baik di medan.
6 kategori ilmu itu ialah:
Ia juga bukan isu klasik.
‘Anti Hadith’ adalah isu ISLAM DAN MODERNISME. Maka literatur ilmuwan kita mesti menyeluruh untuk menggarap persoalan ini dengan baik.
Ignaz Goldziher al-Majari itu hanya setahun menuntut ilmu dan bertalaqqi di al-Azhar (1873 – 1874). Dia menjadi bapa besar dalam mempelopori aliran ‘Anti Hadith’ sehingga kini. Justeru mahasiswa dan mahasiswi pengajian Islam yang tidak bersungguh dalam pengajian masing-masing, walaupun tinggal di tanah Arab selama hayat seekor unta, ada pelajaran besar yang perlu kita insafi bersama, sebelum nasi menjadi bubur!

Selagi kita disibukkan bukan dengan ilmu, kita akan disibukkan dengan isu.
Sekadar isu. Datang dan pergi, seperti tidak punya apa-apa implikasi dan makna.
Berilmu
pula, kelihatannya kebanyakan masalah yang mencabar keberagamaan kita
adalah masalah-masalah yang berbentuk inter-disiplin. Dalam erti kata
yang lain, ia membabitkan pelbagai disiplin ilmu. Kepakaran dalam satu
ilmu mungkin tidak cukup untuk memberikan reaksi yang setimpal terhadap
isu yang mendatang. Apatah lagi dengan mengabai dan menafikan
ilmu-ilmu selain satu ilmu yang dikuasai itu.
ANTI HADITH
Anti hadith kelihatannya seperti isu dalam tema ilmu Hadith.
Namun hakikatnya, ia adalah permasalahan yang perlu lebih mencapah daripada sekadar ilmu Hadith.
Ia adalah permasalahan yang membabitkan disiplin sejarah, juga falsafah, malah juga psikologi dan sosiologi.
Justeru,
menjawab permasalahan Anti Hadith hanya dengan ilmu Hadith, jawapan
yang diberi mungkin hanya dapat menjelaskan isu berkenaan kepada yang
mengimani Hadith sebagaimana yang sepatutnya. Ada pun yang menolak
Hadith, atau sudah pun cemas dalam pegangannya terhadap Hadith, jawapan
ilmu Hadith kepada isu-isu anti Hadith ada kelompangan yang fatal.
Anti Hadith lebih besar daripada Dr. Kassim Ahmad.
Melihat
keperluan menangani isu ini sekadar untuk menangani Dr. Kassim Ahmad,
adalah pandangan yang tidak tepat. Bukan hanya Dr. Kassim Ahmad yang
berpegang dengan idea ‘semakan semula terhadap Hadith’ ini, di
Malaysia. Malah generasi berikutnya yang lebih muda, lebih dinamik, dan
tiada rekod sosialis atau UMNO, wujud dan aktif di negara kita.
Nama-nama
seperti A. Farouq Peru yang aktif dalam kegiatan Quranist, merupakan
pensyarah di King’s College London, adalah di antara tenaga muda yang
giat mewacanakan idea-idea ’Anti Hadith’ pada fasa semasa.
Justeru,
menganggap isu ini sudah selesai dengan terjawabnya segala
permasalahan pada era 1980′an, akan menyebabkan semua mata tertumpu
kepada Dr. Kassim Ahmad, ketika mana masyarakat berwacana dan
beraktiviti dengan pihak yang lain.
Soal penguatkuasaan, menjadi tanggungjawab penguatkuasa untuk menentukan sikap dan tindakan mereka.
Soal
orang politik mahu pangkah memangkah dengan soalan “mana dia” dan
“mengapa dia”, biarlah orang politik meneruskan agenda masing-masing
yang kita doakan tinggi manfaat dari mudaratnya.
Ada pun bagi kita selaku anggota masyarakat, masalah ini memerlukan kepada asas yang sama iaitu ILMU.
MENYEMAK ASAS ILMU
Secara
jujur, saya sendiri berasa kerdil dalam menanggapi isu ini. Satu dua
artikel yang saya tulis sebelum ini, tidak menyentuh topik yang
diwacanakan oleh golongan Anti Hadith. Sebaliknya saya berusaha untuk
memahami, apa yang menjadi latar belakang munculnya golongan ini, agar
ada teladan yang boleh saya sempadani.
Saya
sudah belajar tentang ilmu Hadith, semenjak di bangku universiti.
Pembelajaran itu membabitkan sebuah sistem yang amat kompleks pada
meneliti kualiti kesahihan sebuah riwayat sehingga kebenarannya teguh
untuk diterima sebagai rujukan. Apabila saya kenang kembali, ada
benarnya bahawa sejarah terbentuknya ilmu Hadith sama ada secara
dirayah atau riwayah, tidak diperkatakan secara mendalam. Tumpuan
diberikan banyak kepada aplikasi ilmu berkenaan, mengenali
klasifikasi-klasifikasi Hadith serta kaedah berinteraksi dengannya. Dan
apabilaHadith disanggah kedudukannya sebagai hujah, kerana
mempertikaikan hal-hal yang berlaku di dalam sejarah perkembangan ilmu
Hadith, bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk para agamawan sulit
hendak bertindak.
Coretan Semasa Umrah Jun lalu
Pembelajaran
Hadith ini juga berkait rapat dengan satu lagi subjek, iaitu Aqidah
II. Di dalam subjek ini, pelajar dikehendaki mempelajari tentang satu
sahaja topik iaitu Nubuwwah (Kenabian / Prophethood)
tetapi mencakupi konsep Nubuwwah di dalam Islam, Kristian, Yahudi dan
idea Nubuwwah di dalam Falsafah Barat.
Ramai
pelajar Syariah kebosanan semasa mempelajari subjek ini. Salah satu
puncanya, subjek ini berbentuk analisis kualitatif dan bukannya diuji
di dalam peperiksaan ala-ala Alif Ba Jim Dal (ABCD).
Saya
masih ingat, semasa peperiksaan akhir, soalan berkaitan subjek ini
berbunyi, “setelah kamu mempelajari konsep Kenabian di dalam agama
Islam, Kristian, Yahudi dan Falsafah Barat, terangkan, bagaimanakah
konsep Kenabian dalam agama Yahudi mempengaruhi perkembangan semasa
yang berlaku di Palestin”
Tidak sedikit pelajar yang termenung.
Saya juga mengambil masa yang lebih untuk menjelaskan di minda, apakah kehendak soalan ini.
Salah
satu kekurangan yang ada semasa subjek ini kami pelajari (1996), kami
tidak tahu apa kepentingannya pada masa hadapan, dan bagaimana banyak
aspek kesarjanaan Islam berdiri di atas dasar-dasar Nubuwwah yang
dibincangkan semasa itu. Rupa-rupanya topik Nubuwwah ini amat mendasar.
Dan apabila isu Anti Hadith muncul, kedudukan Nubuwwah dalam menanggap Sejarah, mula bergegar.
Anti
Hadith, adalah istilah kepada pemikiran ‘tersebut’ apabila ia
diungkapkan pada lisan kita kaum mukmin yang beriman dan beramal
dengannya. Di dalam istilah yang lebih ‘neutral’ ia adalah satu topik
yang cuba membincangkan Hadith dengan nada ‘objektif’ dengan
menggunakan metod ahli sejarah moden dalam mengkaji tradisi agama.
Ertinya, Hadith dikaji sebagai topik sejarah, bukan topik Hadith.
Maka dalam membicarakan tentang Hadith dalam kerangka ini, ia tiada nilai Nubuwwah!
Mempelajari
Hadith secara ‘sekular’ seperti ini, boleh menatijahkan satu antara
dua. Sama ada secara positifnya ia meluaskan pemahaman kita tentang
asal usul Islam serta dasar yang menjadi akar bercabangnya keseluruhan
daerah ilmu Islam, atau pun secara negatifnya, ia menjadi dominasi
satu pandangan alam ke atas satu pandangan alam yang lain.
Natijah kedua ini sudah tentu akan berantakan kerana Hadith dipelajari dengan pandangan alam (Weltanschauung) dan epistemologi tsaqafah (Wissenschaftslehre) yang berbeza, malah bertentangan.
Muslim bukan hanya pada ritual yang nampak di mata (digambarkan sebagai tip of the iceberg dalam gambarajah di atas).
Perbuatan seseorang sebenarnya menterjemahkan software di dalam dirinya. Dan sebagai Muslim, software
itu mestilah Islam. Justeru, sistem kepercayaannya, sistem berfikir
dan memerhati serta sistem nilai, mestilah versinya versi Islam. Jika
di puncak iceberg itu ada ketayap dan tudung, malah dibawa ke sejadah
untuk bersujud, tetapi sistem-sistem dalamannya tidak dibentuk dengan
sistem Islam, maka dengan pantas, gangguan-gangguan boleh mengubahnya
menjadi jahiliah.
Apabila
kita sebagai umat Islam mengimani Nubuwwah sebagai satu daripada
fondisi sistem kepercayaan kita, keimanan itu membentuk satu setting
yang khusus dalam kritikan Hadith di kalangan umat Islam. Biar pun ada
aliran di dalam hadith yang berpendapat bahawa asal muslim itu adil
hingga ada dalil yang menafikannya (madrasah mutasahilin) dan ada yang berpendapat keadilan seorang muslim itu mesti berdalil dan bukannya secara default (madrasah mutasyaddidin), apa yang pasti, SKEPTICISM bukan dasarnya.
TRADISI EROPAH TERHADAP TEKS SEJARAH
Ini berbeza dengan Historical Critical Method (HCM) oleh sarjana Barat yang terbit dari Renaissance Humanism, khususnya di Jerman pada kurun ke-18 dan 19.
Eropah
mempunyai pengalaman yang berbeza dengan agama. Sejarah yang panjang
antara sarjana dengan geraja sangat mempengaruhi apa yang difahami dan
dipegang tentang Tuhan, Nabi dan Kenabian, Wahyu, dan hidup ini secara
keseluruhannya.
Kerana itu, tidak sulit
untuk kita memahami, mengapa Max Weber (1864-1920) sebagai seorang
ahli sosiologi berpendapat bahawa para pengasas agama bukanlah pihak
yang bertanggungjawab untuk memformulasikan ajaran mereka. Sebaliknya
ia dirumus oleh generasi terkemudian untuk membentuk otoriti agama
pengasas tersebut dalam bentuk yang berinstitusi. Ia adalah satu
analisis yang pembolehubahnya adalah agama Yahudi dan Kristian.
Manakala Islam, andai diheret sama untuk dianalisis sedemikian rupa, ia
memulakan sengketa.
Ertinya, Islam
sebagaimana ia sekarang, yang ada al-Quran, al-Sunnah, Ijma’, Qiyas,
Mufti, Fatwa, Ulama, Qadhi apatah lagi pejabat agama dan yang seumpama
dengannya, bukanlah Islam seperti Islam di zaman hanya ada Muhammad
(sallallahu alayhi wa sallam), al-Quran dan sahabat. Islam hari ini
adalah Islam rekaan Ulama. Bukan Islam sebagaimana yang
Muhammad (sallallahu alayhi wa sallam) tahu dan mahu. Sebagaimana
Kristian hari ini bukan Kristian Nabi Isa, sebaliknya Jesus St. Paul
dan paderi-paderi yang seterusnya… andai kerangka Max Weber ini kita
guna.
Justeru, cara ‘Barat’ berinteraksi
dengan Hadith, adalah sama dengan cara mereka berinteraksi dengan
mana-mana teks sejarah. Tiada kekudusan. Tiada kemaksuman. Apa yang ada
adalah satu analisis yang ‘neutral’. Ia dirumuskan oleh Prof Jonathan A
C Brown sebagai:
- Meragui keabsahan dan keboleh percayaan teks-teks sejarah.
- Mencurigai naratif ortodoks yang terdapat di dalam teks berkenaan.
- Pensabitan boleh terhasil apabila sarjana yang menganalisa sumber sejarah dapat menyaring antara yang sahih dan tidak sahih dengan mengenal pasti bahagian manakah di dalam satu-satu teks berfungsi memenuhi agenda-agenda tertentu di dalam sejarah.
Malah, al-Zuhri menurut Goldziher, memakai pakaian seragam tentera Umawi!
Akan tetapi, Ignaz Goldziger kelahiran Hungary itu adalah Yahudi.
Tidak mengapa seorang Yahudi itu begitu skeptis dengan Islam hingga membuat analisis yang begitu ekstrim. Bukan hanya ekstrim kepada kita, tetapi ekstrim di pandangan sarjana-sarjana terkemudian yang menyemak hasil kerjanya yang banyak itu.
MENGAPA KITA MENJAMAH METODE MEREKA?
Tetapi mengapa idea-idea ‘Anti Hadith’ oleh Goldziher, dan kemudiannya juga Joseph Schacht (1902 – 1969), dijamah oleh seorang Muslim?
Itu yang cuba saya fahami dalam dua artikel sebelum ini iaitu PEMIKIRAN SKEPTIS DALAM BERAGAMA dan MUSLIM SKEPTIS: MENGAPA MANGSA JADI PEMANGSA?
Rashad Khalifa (1935-1990) adalah tokoh yang mempopularkan idea ‘Anti Hadith’ ini melalui gerakan Submission beliau di Amerika Syarikat. Apakah yang menjadi punca, idea-ideanya begitu sinonim dengan Ignaz Goldziher? Secara jujurnya, saya tidaklah mengkaji dengan mendalam akan hal ini. Hanya mengetahuinya sebagai seorang orang biasa yang membaca. Namun ia tidak menghalang saya daripada bertanya, apakah kerana latar belakang bapa dan keluarga Rashad Khalifa yang begitu kuat tradisi Sufi tradisionalisnya, Rashad Khalifa memberontak?
Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Kafr El-Zayat di Mesir pada tahun 1935. Bapa beliau adalah pemimpin kepada Tarekat Ar-Rashad Al-Shathlya, sebuah tarekat besar dengan ribuan pengikut, dan beliau namakan bersempena dengan nama anaknya, Rashad.
Rashad Khalifa dan golongan ‘Anti Hadith’ sering menggambarkan Ulama sebagai perosak agama Islam sebagaimana paderi merosakkan agama Kristian sering disebut sebagai mengagung-agungkan Muhammad, serta menggunakan otoriti Ulama untuk mendesak penerimaan satu-satu pendapat agama. Dakwaan ini datang daripada pemerhatian, dan apa yang mungkin Rashad Khalifa perhatikan berkemungkinan dipengaruhi oleh amalan dalam tradisi Sufi, di mana elemen-elemen ini sangat mendasar lagi ketara.
Keperluan untuk mencari jawapan kepada hal ini, adalah untuk membantu kita memahami jalur penghubung intelektual yang menemukan seorang Muslim, dengan idea-idea Kritikan Sejarah Barat.
MOTIF TEMPATAN
Ada pun Dr. Kassim Ahmad merupakan seorang sarjana dalam bidang politik dan pengajian Melayu, saya tertanya-tanya apakah idea yang beliau bawa di dalam isu ‘Anti Hadith’ ini merupakan sebuah idea asli daripada kajian beliau yang mendalam, atau memakai sahaja idea-idea sedia ada yang dibawa oleh Rashad Khalifa malah yang terdahulu laginya Ignaz Goldziher?
Lebih menghairankan saya, mengapakah idea ‘Muhammad terlalu diagung-agungkan’, ‘rambut wanita bukan aurat’, dan ‘hadith bukan sumber Islam’ dibincangkan dalam kerangka ‘HALA TUJU NEGARA 30 TAHUN AKAN DATANG?” Apa kena mengenanya semua itu dengan pembangunan negara? Kajian manakah yang menunjukkan jika wanita bertudung rambut mereka akan busuk dan negara menjadi mundur? Dan mengapa Tun Mahathir beriya-iya menyokong Dr. Kassim Ahmad dan menggunakan bahasa ‘play victim‘ bahawa mereka berdua senasib, mangsa label, sedangkan rakyat sebenarnya tertanya-tanya, “apa yang kamu mahu?”
Apa penyataan masalah (problem statement) kepada idea ‘Anti Hadith’ Dr. Kassim Ahmad apabila ia dikaitkan dengan hala tuju negara 30 tahun akan datang?
Apa objektif yang hendak dicapai?
Apa literatur dan metode yang dipakai?
Apa dapatan yang hendak diketengahkan?
Dan apa yang lebih utama, apa kepentingannya?
Persoalan-persoalan ini menjadikan isu ‘Anti Hadith’ semacam tidak berbaloi untuk didebatkan dalam kerangka Dr. Kassim Ahmad. Tetapi memandangkan isu ‘Anti Hadith’ dan idea-idea golongan Quranist adalah lebih besar daripada beliau, dan cergas mengisi wacana intelektual urban semasa di negara ini, saya kira ada kewajarannya hal ini terus dibincangkan. Kirakan saya sebagai salah seorang pelajarnya. Bukan calon pendebat seperti yang diusulkan di sebuah akhbar harian baru-baru ini.
Saya juga tertarik dengan sanggahan Claire Khaw yang mahu mengenengahkan gagasan Secular Koranism. Beliau menegur A. Farouq Peru apabila golongan ‘Anti Hadith’ membicarakan soal halalnya homoseksualiti kerana al-Quran tidak mengharamkannya, hanya Hadith yang begitu, juga topik seperti boleh bela anjing atau tidak, rambut wanita aurat atau tidak, yang kesemua itu menjadikan idea ‘Anti Hadith’ atau Quranism sukar diterima oleh Muslim Orthodoks (seperti kita)!
Ia persoalan yang valid, walaupun yang bertanya bukan Secular Koranist lagi atheist seperti Claire Khaw.
Apa sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh golongan ‘Anti Hadith’ ini?
Dan sebenarnya (kerana saya tidak mengenali mereka), adakah golongan ‘Anti Hadith’ ini dalam hidup mereka merupakan seorang yang kuat beragama (religious) dengan versi al-Quran, atau debat ‘Anti Hadith’ ini hanya wisata intelektual semata?
INTER DISIPLIN
Apa yang penting, topik ‘Anti Hadith’ ini adalah topik inter disiplin. Ia memerlukan kerjasama ilmuwan dari pelbagai bidang untuk saling kukuh mengukuhkan. Alangkah berbezanya landskap kita hari ini, jika saranan Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 1978 melalui bukunya Tsaqafah al-Da’iyah kita ambil secara serius. Al-Qaradhawi menyenaraikan 6 kategori ilmu yang mesti dikuasai oleh para pendakwah agar mereka dapat berfungsi dengan baik di medan.
6 kategori ilmu itu ialah:
- Ilmu-ilmu Islam : Al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf dan sistem-sistem Islam.
- Ilmu Sejarah
- Ilmu Kemanusiaan: Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Falsafah, Etika dan Sejarah (diasingkan dalam satu bab khas).
- Ilmu Kesusasteraan dan Bahasa
- Ilmu Sains
- Ilmu Kajian Semasa (Current Affairs)
Ia juga bukan isu klasik.
‘Anti Hadith’ adalah isu ISLAM DAN MODERNISME. Maka literatur ilmuwan kita mesti menyeluruh untuk menggarap persoalan ini dengan baik.
Ignaz Goldziher al-Majari itu hanya setahun menuntut ilmu dan bertalaqqi di al-Azhar (1873 – 1874). Dia menjadi bapa besar dalam mempelopori aliran ‘Anti Hadith’ sehingga kini. Justeru mahasiswa dan mahasiswi pengajian Islam yang tidak bersungguh dalam pengajian masing-masing, walaupun tinggal di tanah Arab selama hayat seekor unta, ada pelajaran besar yang perlu kita insafi bersama, sebelum nasi menjadi bubur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan