• Mukhriz Tun Dr Mahathir Mukhriz Tun Dr Mahathir
1 / 1
ALOR SETAR - Semua Exco kerajaan negeri Kedah akan menggunakan kereta Proton Perdana 2.4 L sebagai kereta rasmi, menggantikan Toyota Camry yang dibeli semasa pentadbiran Pas.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, 10 buah kereta Proton Perdana itu akan digunakan bermula Mac ini, manakala Toyota Camry yang lama akan dijual kepada bekas Exco terdahulu pada harga berpatutan.

"Kita telah menilai lima jenama kereta untuk menggantikan kereta Toyota Camry ini dan akhirnya kita pilih Proton Perdana sebagai kereta rasmi exco... termurah daripada jenama lain (yang dinilai)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ganjaran kepada atlet Kedah yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 2013 di Kuala Lumpur.

Mengenai penjualan Toyota Camry kepada bekas Exco (semasa Kedah ditadbir oleh Pas), beliau berkata ia adalah amalan biasa yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya pula masih menggunakan kereta yang telah dibeli semasa zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) iaitu kereta jenis Mercedes Benz S Class kerana kereta ini masih lagi dalam keadaan elok," katanya.

Mukhriz berkata, selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan syarikat konsesi yang melakukan aktiviti pembalakan sehingga menyebabkan pencemaran supaya menukar blok pembalakan.

Beliau berkata, terdapat rungutan daripada penduduk terutama di Sik yang menghadapi masalah pencemaran sungai akibat pembalakan, justeru blok pembalakan perlu ditukar bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku.

Katanya selain masalah pencemaran sungai, tiada aduan lain diterima daripada aktiviti pembalakan itu.  - Bernama
KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah membuka bilik gerakan pilihan raya bagi  mempersiapkan jentera pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac nanti.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sekaligus telah melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Negeri Kajang.

Sehubungan itu, bilik Gerakan Utama PAS Selangor beroperasi di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang.

"Petugas-petugas PAS dari dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang bolehlah menghubungi Mohd Shariff Din, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dewan Negeri Kajang di 013 3883700 untuk penyelarasan," katanya dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya.

Pilihan Raya N25 Kajang diadakan berikutan wakil rakyatnya Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimumkan sebagai calon PKR oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala 23 Mac pula adalah hari membuang undi.

Pencerobohan ‘China’ diminta dianggap perkara biasa

Bekas Setiausaha Negeri Sabah Datuk Simon Sipaun mengesa semua pihak melihat reaksi kerajaan Malaysia secara realistik mengenai kemasukan kapal perang di perairan James Shoal.Lebih dikenali sebagai Beting Serupai, kawasan ini merupakan sebuah beting di Laut China Selatan dengan kedalaman 22 meter terletak 80 km dari Bintulu.Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China Taiwan (ROC) dalam pertikaikan perebutan kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan.
“Apabila dilihat dan difikir dari sudut perhubungan antarabangsa, ia adalah satu reaksi yang bijak bagi kerajaan Malaysia yang tidak memperbesarkan kejadian ini,” jelas beliau semasa temubual telefon dengan FMT.
Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China sekiranya kita meminta bantuan.
“Kerajaan Malaysia juga menghadapi masalah semasa pencerobohan sekumpulan Sulu pada masa yang bulan Febuari tahun lalu.”
“Bayangkan sejumlah 7 batalion askar yang dikerah, yang mempunyai lebih kurang 6,500 orang askar untuk menghadapi pencerobohan itu yang sebanyak 235 orang.” kata beliau sambil merujuk kepada kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo Lahad Datu.

“Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sekiranya mereka ingin memperbesarkan perkara tersebut tetapi pada masa yang sama tidak dapat berbuat apa apa?” beliau mempersoalkan.
Namun, Sipaun tidak melihat pencerobohan kapal perang China di perairan Malaysia sebagai satu ancaman sebenar tetapi ia merupakan satu tindakan untuk mendapatkan pengiktirafan kuasa tenteranya dikalangan negara jiran terutamanya Malaysia
Adun Bingkor dan Ketua Star Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mengesa kerajaan persekutuan bertanggungjawab segala kesan dan akibat kegagalan mereka bertindak akan kemasukan kapal perang dalam perairan Malaysia.
“Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan kemasukan kapal perang China dan mengambil tindakan untuk melindung keselamatan dan kedaulatan perairan Sarawak dan jarak 370 km (300 nautical miles) Kawasan Zon Exclusive (EEZ) Malaysia.”
“Dengan adanya kapal selam buatan Perancis, Jabatan Pertahanan Laut Malaysia sepatutnya berhampiran lokasi Benting Serupai dan menunjukkan kuasa ketenteraan.
Kegagalan kapal selam muncul menunjukkan kelemahan dalam pertahan laut Malaysia.”
“Perlindungan keselamatan juga telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 oleh pemimpin Malaya, kepada Sabah dan Sarawak sebagai satu syarat penyertaan penubuhan Malaysia.”
“Sekiranya tentera laut Malaysia gagal bertindak keatas kehadiran kapal laut China pada jarak 80 km dari perairan Sarawak, tidak dapat dijangka sekiranya kejadian pencerobohan benar benar berlaku.”
“Adalah kerajaan Persekutuan perlu melihat lagi satu lagi kejadian seumpama di Kampung Tanduo sekali lagi untuk mengambil langkah sepatutnya untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Sarawak?”
Beliau juga mempersoalkan keperluan Sarawak untuk bersama pertubuhan Malaysia sekiranya kerajaan persekutuan gagal mengotakan perjanjian asal yang dimeterai sejak tahun 1963.


Ahmad Yunus (tengah) melawat tempat pelupusan sampah di Kajang.
KAJANG: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi telah mengambil tindakan segera untuk melakukan tinjauan sendiri ke tapak pelupusan sampah (RDF plant) di Kajang yang telah menimbulkan pelbagai persoalan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu.

Timbul persoalan di kalangan beberapa orang Ahli Dewan Negeri mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri ‘menutup mata’ dengan tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yang membiarkan timbunan sampah secara terbuka sehingga berkapasiti 50,000 tan di kawasan tersebut sebelum ini.

Ahmad Yunus yang turut disertai Ketua Penolong Pengarah Seksyen Makro dan Penswastaan, Upen Negeri Selangor, Worldwide Landfills Sdn Bhd telah melakukan lawatan ke Syarikat Recycle Energy Sdn Bhd yang mengendalikan operasi pelupusan sampah tersebut di Kajang.

Rombongan itu diberikan taklimat berkenaan perjalanan syarikat tersebut dan penerangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil Exco.

Antara yang ditimbulkan untuk perhatian beliau adalah masalah tanah untuk dijadikan tempat pembuangan sampah, masalah kontraktor pengangkut sampah serta beberapa perkara teknikal termasuk pembinaan jalan khas untuk lori pengangkut sampah ke tapak pelupusan tersebut.

Ahmad Yunus menjelaskan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk meneliti dan mempertimbangkan segala rumusan daripada hasil perbincangan bagi mencari solusi terbaik penyelesaian terhadap isu itu mengikut bidang kuasa Kerajaan negeri Selangor.

Beliau dan romgongan juga telah dibawa melawat kawasan timbunan sampah secara terbuka di dalam premis syarikat tersebut dan dimaklumkan oleh wakil syarikat bahawa sisa sampah yang masih bersisa itu adalah dalam anggaran sebanyak 4,000 tan sahaja.

Pihak syarikat memberikan akujanji dan komitmen untuk menyelesaikan timbunan sampah tersebut dalam tempoh jangka masa 2 minggu operasi.

Ahmad Yunus amat berpuas hati dengan hasil lawatan dan akan terus melakukan pemantauan terhadap operasi perjalanan syarikat secara berterusan dengan bantuan Upen dan pihak berkuasa tempatan.


UMNO BN dgn maksiat ,tidak boleh dipisahkan....

Rumah urut berahi terbongkar

urut
Gombak – Tiga rumah urut menawarkan urutan ala Thai sekitar Rawang di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.
Dalam serbuan serentak selama enam jam bermula 9 malam diketuai Asisten Superintendan Mohd Shokri Abdullah, menumpukan premis di kawasan pusat bandar Rawang serta sebuah rumah kedai di Taman Bayu Permai.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi itu seramai 16 wanita warga Thailand yang ditahan, dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.
“Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan yang menggajikan pekerja warga asing ini.
“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM180, empat kondom, lima botol minyak urut, empat tuala, kunci bilik dan kertas jadual kerja,” katanya.

Rohan Shah berkata, semua wanita warga Thailand yang ditahan itu berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran,” katanya.
Menurutnya, pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.
“Kegiatan mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana mengurus dan menjalankan premis pelacuran,” katanya, lapor Hmetro.