Khamis, 6 Februari 2014

DIDUNIA HARU....AKHIRAT HURU HARA

Nyahkan bangsawan samseng – Dr Mohd Asri Zainul Abidin

February 06, 2014
Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun “kononnya mulia” dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang daripada keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi.
Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.
Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi “perompak berlesen”.
Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun berasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka.
Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka “by hook or by crook” mesti tercapai. Apabila mereka berasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.
MENGAJAR BANGSAWAN SAMSENG
Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah.
Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”. Kata ‘Umar: Ya!. Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: “Aku anak golongan yang mulia”.
Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”. Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.
Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti”. Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai”.
Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!” Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguh aku tidak tahu kes ini”.
SAMA DI SISI TUHAN
Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam.
Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).
Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad sendiri.
Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan “kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!”. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.
Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. " (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan.
Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.
PUPUS
Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampok kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?!
Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan daripada memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.
Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap.
Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.
Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.  Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya.
Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.
Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.
Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.
Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat dimuzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam “samseng”. – 6 Februari, 2014.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Besar Perlis.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

berkongsi di laman sosial

Thursday, 6 February 2014


KOLEKSI GAMBAR MACAI-MACAI PRO UMNO BUAT KERJA BODOH YANG MENGUNDANG KEMARAHAN BUKAN SAJA BUKAN MELAYU TETAPI PENYOKONG UMNO PUN NAIK MELUAT MENYAMPAH!!!


Ada upacara sembelih beberapa ekor ayam dan darahnya dipercikan ke banner ada wajah pemimpin-pemimpin DAP dan ADUN PKR yang sumbat kangkung dalam mulut olok-olok Najib.

Himpunan biadap rasis melampau gred bangang bin bahalol tahap tertinggi pernah di anjurkan oleh mana-mana macai UMNO, menunjukkan betapa gila sudah beberapa ekor macai UMNO dalam menyemarakkan api perkauman yang boleh mencetus rusuhan kaum akibat politik sempit kebencian yang dianuti mereka.

Apakah mereka ingat dengan cara biadap menganggu gugat kentenraman dan keselamatan awam ini akan meningkatkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu kepada UMNO?

Apakah dengan cara biadap melampau ini akan menerima sanjugan dan julangan dari orang-orang Melayu?

Bukan saja kaum Tionghua dan lain-lain bangsa bukan Melayu benci akan perangai dan gelagat yang ditunjukkan ini malahan yang menyokong tegar UMNO pun menyampah tengok.
Himpunan biadap ini yang diadakan oleh beberapa NGO di hadapan Seven Eleven berhadapan Menara Maybank, Jalan Tun Perak hari ini amat menyedihkan dan meloyakkan sekali.

Langsung hilang sopan dan adab serta nilai murni sebagai Bani Melayu hanya mau membangkitkan rasa benci rakyat kepada DAP/PKR dan Pakatan Rakyat..

Kenapa perlu NGO-NGO yang mengaku memperjuangkan Islam membawa banner-banner keanak-anakan dan pada masa yang sama membawa banner bertulisan ayat-ayat Al Quran. Ini bukan contoh pejuang Melayu dan Islam. Inilah yang dipanggil bodoh bertingkat-tingkat

Niat dan nawaitu mau menerbitkan rasa benci rakyat terutamanya orang-orang Melayu kepada DAP/PKR/PR tetapi rasa meluat, benci dan menyampah bertingkat-tingkat ini di tuju dan dihalakan kepada NG-NGO bebal ini.. Yang pasti UMNO akan mendapat tempiasnya.

Mohon pihak berwajib ambil tindakan tegas dengan segera bagi membendung ianya menjadi lebih karut dan kalut yang boleh menjejas ketentraman dan keselamatan awam.

Thursday, 6 February 2014


EDISI BANTU KEMPEN BN PRK DUN N25 KAJANG .. JANJI BR1M AMAT DI TEPATI???


Walaupun Omak Kau bersongsang idealogi dan pegangan politik namun atas belas ehsan dan demi pencerahan rakyat Kajang khasnya dan Malaysia amnya maka di peringatkan balik janji  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak ketka dijadikan salah satu AKU JANJI Manifesto UMNO/BN dalam PRU 13 lalu.

Sebelum PRU 13 keluarga dari RM500 dan sebaik saja menang PRU 13 setiap keluarga di janjikan RM1,200 ... Untuk bujang sebelum PRU 13 RM250 selepas PRU 13 RM600.

Realitinya?......

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Kalau memberikann janji kepada warga susah sanggup UMNO/BN menipu dan beri harapan palsu dan janji kosong ... ikut hukum akal logik .. apa lagi UMNO/BN tidak sanggup lakukan demi mau menipu rakyat.

Jadi wajar rakyat Kajang ajar cukup-cukup UMNO/BN pada 13hb Mac 2014 agar jangan asyik kerja menipu rakyat .. ENOUGH IS ENOUGH ..

PRK Kajang akan jadikan landasan pertama untuk mengajar UMNO/BN bahawa rakyat tidak boleh lagi berterusan di perbodoh dan diperkotak katikan lagi.

Thursday, 6 February 2014


EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI .... SURAT TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT KEPADA SEMUA PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HULU LANGAT UNTUK MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN UMNO BAHAGIAN HULU LANGAT.


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah bagi pihak Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Sdr Shahruddin b Yusof telah menghantar surat dialamtakan kepada semua Pengetua Sekolah-sekolah Menengah daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan mengenai suatu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran UMNO Bahagian Hulu Langat pada 9hb Februari 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Jamek, Kajang, Selangor DE.

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat mengalukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah berkenaan dalam tujuan tersebut.

Tujuanya tidak lain tidak bukan ialah untuk meramaikan majlis tersebut kerana sudah diketahui umum betapa apa jua program agama anjuran UMNO langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

Kehadiran murid-murid sekolah menengah sebagai peramai majlis dan dilihat mendapat sambutan.

Nampaknya peringkat UMNO Bahagian sahaja sudah boleh mempekudakan Pejabat Pendidikan Peringkat Daerah.

Omak Kau nak lontarkan suatu soalan .. kalau KEADILAN Cabang Hulu Langat atau PAS Kawasan Hulu Langat buat majlis agama adakah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat akan mengeluarkan surat yang serupa kepada semua Pengetua sekolah-sekolah menengah Hulu Langat?

Pelajar 13 tahun mangsa gigitan cinta guru wanita 42 tahun

Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.

Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.

Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.

Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.

Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.

Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium
dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.

Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.

Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit  terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.

Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.

Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih.

Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara. - Mynewshub/Stomp.sg
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya akan berlaku sabotaj dari pihaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tuduhan yang melucukan.

Menepis tomahan itu, Khalid berkata ianya sesuatu yang tidak masuk akal kerana beliau selaku pengarah pilihan raya yang dilantik PKR bagi pilihan raya kecil itu, tentunya mahu Anwar selaku calon, menang.

"Macam mana kata saya sabotaj. Saya pengarah PRK Kajang, kalau macam itu saya sabotaj diri saya sendiri. Itu pasti suatu yang lucu," katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di Bangunan SUK hari ini.

Unsur sabotaj itu dikatakan berkaitan dengan tindakan pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holding yang dianggap tidak kena pada masanya ketika PRK DUN Kajang bakal diadakan.

Abdul Khalid bagaimanapun mempertahankan keputusan pemecatan tersebut sebagai mengikut polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Tidak kena pada masa atau tidak bukan isu, menguruskan korporat mesti dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.

"Cuma malangnya, masanya adalah sekarang dan keputusan perlu dibuat sekarang," katanya.
KUALA LUMPUR: PAS menggesa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membatalkan tindakan pendakwaan terdahap Mejar Zaidi Ahmad kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.

"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Zaidi dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi PRU13 lalu.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam pada itu, seluruh ahli dan penyokong PAS digesa mengadakan solat hajat mendoakan agar Zaidi diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau esok.
KUALA LUMPUR: “Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?” tanya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Katanya, kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.

“Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?

Kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.

Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan.

Hakikat bahawa pilihanraya itu akan diadakan sendiri adalah satu kejutan.

Kejutan pertama, sehari selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihanraya kecil Kajang sebagai percaturan politik utama untuk menempatkan Selangor sebagai tapak peluncuk gerakan menawan Putrajaya dalam PRU14.

Kejutan kedua muncul apabila Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tanpa merasa malu telah mengumumkan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan melancarkan kempen menyerang peribadi Anwar dan mengungkit semua dakwaan seksual yang pernah dibuat sejak lebih sedekad yang lalu ke atas Ketua Pembangkang itu.

Kejutan ketiga ialah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan untuk mencipta sejarah dengan membuat penangguhan paling lama bagi pilihanraya kecil, menyebabkan Kajang akan terbiar selama 55 hari tanpa wakil rakyat, memandangkan pencalonan hanya akan dibuat pada 11 Mac dan hari pengundian pula ditetapkan pada 23 Mac – berbeza dengan pilihanraya kecil Kuala Besut yang diadakan 28 hari selepas kematian Abdul Rahman Mokhtar dan pilihanraya kecil Sungai Limau yang diadakan 39 hari selepas kematian Azizan Abdul Razak.

Tiada siapa percaya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya 'bermurah hati' memperuntukkan tempoh lebih lama untuk Kajang kerana badan itu percaya bahawa masa kempen pilihanraya memerlukan masa yang cukup agar ia dapat dijalankan secara bebas, saksama dan bersih – bukannya kerana Umno/BN telah memberi isyarat jelas bahawa pilihanraya kecil Kajang perlu dilengahkan untuk membolehkan perbezaan pandangan berkenaan pelaksanaan pilihanraya kecil meningkat dalam PKR, Pakatan Rakyat, serta di kalangan orang awam bagi menjejaskan pencalonan Anwar.

Penetapan 11 Mac sebagai hari pencalonan juga sudah tentu ada kena-mengena dengan acara pembukaan rasmi sesi kedua bagi Parlimen ke-13 pada 10 Mac oleh Yang di-Pertuan Agong serta dengan permulaan perbahasan Titah Diraja pada 11 Mac.

Tidakkah tarikh itu ditetapkan dengan tujuan mensabotaj penyertaan Anwar memandangkan beliau adalah pembahas utama Titah Diraja bagi Pakatan Rakyat yang akan bermula pada 11 Mac itu? Atau apakah ini hanya satu kebetulan?

Selain itu, masa berbaki selama 45 hari sehingga 23 Mac adalah cukup banyak untuk Umno BN mencipta pelbagai ‘kejutan’ dan ‘serangan’ ke atas Anwar, PKR dan PR – dengan matlamat utama untuk meningkatkan perselisihan dalam PKR dan PR.

Tiada siapa akan terkejut jika pilihanraya kecil Kajang berakhir sebagai pilihanraya kecil paling kotor dalam sejarah Malaysia – banjir politik wang; penyalahgunaan sumber dan jentera kerajaan persekutuan; pelacuran media di bawah kawalan Umno BN serta gerombolan cybertrooper mereka; lambakan pembohongan menerusi taktik serang peribadi ke atas Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR dan PR yang lain; dan tidak ketinggalan juga usaha mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan bagi mewujudkan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan berlakunya satu lagi peristiwa seperti 13 Mei.

‘Ibu segala kejutan’ ialah jika pilihanraya kecil Kajang berakhir sebagai pilihanraya kecil paling bersih dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, di mana politik wang tidak berlaku, sumber dan jentera kerajaan serta media tidak disalahgunakan; serangan peribadi tidak dibuat berasaskan pembohongan, serta semangat perkauman dan keagamaan tidak diapi-apikan!

Pakatan Rakyat komited sepenuhnya untuk menjadikan pilihanraya kecil Kajang sebagai pilihanraya paling bersih dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Namun cita-cita ini hanya akan tercapai jika Umno BN memberikan komitmen yang sama dengan sokongan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis.

Saya menyarankan supaya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat segera melantik wakil untuk menganggotai Jawatankuasa Bersama bagi Memastikan Pilihanraya Kecil Kajang sebagai Pilihanraya Kecil Terbersih dalam Sejarah dengan mandat khusus untuk memastikan piihanraya kecil Kajang menjadi pilihanraya kecil paling bersih dan bukan paling kotor dalam sejarah.

Apakah Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak sanggup untuk memberikan jawapan segera dan positif terhadap saranan ini?

Pilihanraya kecil Kajang akan menjadi ujian terbesar buat Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat di semua peringkat dan daripada ketiga-tiga parti PKR, PAS, dan DAP perlu menunjukkan perpaduan dan disiplin paling tinggi dalam pertempuran pilihanraya kecil Kajang sebagia sebuah kesatuan yang teguh – kerana Anwar bukan saja perlu menang dalam pilihanraya kecil Kajang, malah beliau perlu menang dengan majoriti lebih besar daripada yang diperolehi oleh Lee Chin Cheh dalam PRU13 bagi membuka jalan ke arah perubahan dan menuju Putrajaya dalam PRU14.        

Lebih 500 staf AUCMS tak dibayar gaji sejak November

Lebih 500 staf pelbagai peringkat di Allianze University College of Medical Science (AUCMS) Kepala Batas, mendakwa tidak menerima pembayaran gaji sejak November lalu.

Ekoran kegagalan tersebut mereka menghadapi pelbagai kesulitan sehingga ada yang terpaksa meminjam dari pelbagai pihak termasuk ceti haram bagi menampung kos perbelanjaan setiap hari.

Rata-rata yang ditemui semalam berkata, ada dalam kalangan mereka dibayar hanya antara RM300 dan RM500 sebagai pendahuluan oleh pihak majikan.

"Pembayaran sebegini menyebabkan kami tidak dapat menjelaskan tunggakan perumahan, kereta, kos makan dan minum keluarga, persekolahan anak serta keperluan persekolahan yang sepatutnya diselesaikan semasa sesi sekolah bermula pada awal Januari yang lalu.

"Ada antara kami terpaksa meminjam dari ceti haram bagi menampung perbelanjaan tersebut.

"Majikan kerap menjanjikan untuk menjelaskan gaji kami sejak November tahun lalu, tapi sehingga ke hari ini kami berada dalam kesulitan yang amat sangat, " kata mereka yang dirahsiakan namanya.

Malah mereka juga mendakwa beberapa perkara yang dijanjikan oleh majikan sehingga ini belum dapat diselesaikan walaupun pertanyaan dan pertemuan telah diadakan  beberapa kali.

"Sebelum ini majikan ada berjanji dengan kami untuk membayar kesemua tunggakan gaji sebelum Tahun Baru Cina. Namun begitu sehingga ini perkara tersebut tidak menjadi realiti.

"Apa yang amat menyedihkan ia melibatkan masa depan 90 peratus dari staf di sini adalah Bumiputera. Manakala nasib pelajar yang meneruskan pengajian di sini turut terjejas kerana tenaga pengajar menghadapi masalah kewangan.

"Kami amat berharap Kementerian Pendidikan serta Kementerian Sumber Manusia mengambil tindakan segera setelah beberapa aduan dibuat supaya masa depan kami dan pelajar di AUCMS tidak teraniaya, " jelas mereka lagi.

Salah seorang staf yang mahu dirahsiakan namanya berkata, aduan juga telah dibuat kepada kedua-dua kementerian supaya tindakan diambil dengan segera.

Namun begitu sehingga ini tiada perkembangan lanjut yang diperolehi mengenai nasib mereka.

Sekiranya tiada tindakan yang diambil dalam masa terdekat, mereka juga tidak teragak-agak untuk mengadakan bantahan bagi menuntut nasib mereka diberi pembelaan yang sewajarnya

Tiada ulasan: