Khamis, 30 Januari 2014
Cara Rasulullah (s.a.w. ) Mengelak Menyembuhkan Penyakit
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail).
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al A'raaf:179)
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail).
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al A'raaf:179)
kredit: Ibnu Qaiyum
Salam Ukhuwah..~
Ameerah Tanah Merah shared Islam Agama Ku's photo.
tu dia.. kalau wat kat m'sia ni, ramai calon yg x lulus agaknya...
Saya cadangkan ujian ini dilakukan kepada semua wakil rakyat kita yg beragama islam
Kuasa mutlak Sultan Selangor lantik MB - bekas hakim
- Feb 01, 2014
- CHANDRAVATHANI SATHASIVAM
Keputusan itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk hasrat Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun persoalan yang sering diutarakan ialah adakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak dilantik memegang jawatan itu.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu.
Beliau berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, baru-baru ini.
Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang anggota Dun sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan, dan syarat kedua, seorang menteri besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya.
Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah merupakan pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik menteri besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.
"Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya.
Namun, Mohd Noor berkata calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti PAS atau PKR.
Katanya, Sultan juga tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelantikan itu.
"Namun, sebagai contoh, sekiranya wakil A yang mendapat majoriti undi, tetapi wakil B pula menjadi pilihan Sultan, maka parti akan membuat keputusan siapa menjadi menteri besar melalui proses lobi antara satu sama lain. Jadi, apabila wakil B dipilih, maka wakil B akan berjumpa Sultan dan mendapatkan perkenan Sultan.
"Ini bermakna (satu daripada) parti beralah. Tapi, kalau parti tetap dengan keputusan majoriti untuk memilih wakil A, maka Sultan tidak boleh lantik B. Ini kerana sekiranya wakil B dilantik dan kemudian mendapat undi tidak percaya, dia kena buang juga," terang beliau.
Dalam situasi sekarang, Mohd Noor berkata Dun Selangor sudah bersidang dan katakan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu, maka boleh diusulkan di dewan, beliau dicalonkan jadi menteri besar.
"Menteri Besar sedia ada (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menjadi MB atas perkenan Sultan untuk lima tahun. Kalau beliau hendak meletak jawatan sebelum lima tahun, beliau boleh menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan.
"Sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan, maka adakan usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dan (jika) usul (itu) menang, beliau kalah. Maka, beliau kena lepaskan jawatan," terang Mohd Noor.
Katanya selepas melantik menteri besar, Sultan juga diperuntukkan kuasa untuk melantik Exco kerajaan negeri berdasarkan cadangan menteri besar.
Berdasarkan Undang-undang dan Perlembagaan negara, Mohd Noor berkata kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi Dun, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis dan tidak pernah dipenjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).
"Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang, mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor. Tetapi, undang-undang tidak menyatakan berapa lama calon perlu duduk di Selangor," katanya.
Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.
Kepada persoalan sekiranya keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar nanti berpihak kepada kerajaan, adakah ia akan menjejaskan peluang Anwar untuk bertanding, Mohd Noor berkata ia tidak terjejas kerana Anwar masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"(Namun), sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan tuduhan itu adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjayanya sebagai ahli politik atau profesion yang lain akan berakhir," jelasnya.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara.
Bagaimanapun, pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Pada 20 Jan 2012, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan rayuan terhadap pembebasan Anwar dijangka didengar pada 12 dan 13 Feb ini di Mahkamah Rayuan. - Bernama
D'Din Din shared King Jason's photo.
About hospital Shah Alam. Hospital penuh sendat. Buat spital katakan kos 500juta. At list ada la siap spital sebijik. 52 bilion duit rakyat lesap dalam skandal BMF...kalau bina spital agak2 setiap daerah dalam negara ni boleh buat Spital. 14.5 bilion PKFZ skandal duut rakyat lesap.. kalau bina lebuhraya percuma kepada rakyat ada gak manafaatnya.. Tu baru 2 skandal.. Skandal FOREX masa Madey kuty gila berjudi guna aset negara sampai negara kena game dengan G.Soros berapa ratus bilion negara rugi? Kemana wang rakyat baratus bilion hilang kalau bukan diam diam bayar kepada speculation ni? Kalau pimimpin tak berjudi negara tak jadi teruk hari ini. Bila pertikai kos sara hidup. Main isu khalimah Allah la bla bla..liwat part ii part iii .. fitnah sana sini. Mentang2 tv1.. tv3 all tv kamu kawal.. kamu boleh bodohkan 46%... Kalau dah rasuah.. tak pandai memerintah.. mohon suaka politik. Berambus.. jangan menyusahkan kami semua rakyat yg sayangkan Negara Malaysia ni. Jelas?
Aishah, Farah Asyikin minta padam gambar lama
- Feb 01, 2014
- MOHD SABRI SAID
JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.
Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.
"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour. Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.
Bagi mereka, perkara yang sudah biarkan ia pergi kerana yang penting matlamat masa depan diteruskan dengan penuh kesedaran.
Menyentuh mengenai masa silam sambung Aishah, mula mendapat hidayah apabila kehilangan emak saudara serta rasa terlalu ingin bertudung selepas itu.
"Selepas kematian emak saudara tiba saya rasa lain pada diri. Kehendak bertudung rasa makin menghampiri. Bila bertanya pada diri kenapa tidak boleh bertudung sedangkan semasa menziarahi emak saudara boleh pakai sampai seharian," terangnya.
Manakala Farah Asyikin pula menjelaskan, ia berpunca daripada penceraian yang membawa kepada kemurungan dan sepi.
Beliau sanggup bermain dengan kucing untuk menghilangkan perasaan sunyi.
Katanya, kucing yang dijumpai di tepi jalan itulah sebenarnya teman bercakap untuk menghilangkan 'stress'.
"Kemusnahan rumah tangga pertama membuatkan diri terumbang ambing. Lalu memasuki peraduan nyanyian sebagai suka-suka dan cuba merakamkan album namun ada saja rintangan yang datang," ujarnya.
D'Din Din shared Cendra Waseh's photo.
AKU CUMA NAK NASIHATKAN
PENCACAI UMNO TAK YAH MEMFITNAH YANG BUKAN-BUKAN
TUDUHAN PALSU TENTANG PEMIMPIN PR,,,,
DAH BASI....
PEMIMPIN YANG KORANG SANJUNG PUN
BUKAN CLEAN SANGAT.
berita mengenai si gadis misteri Flora Ong dalam senarai 'wanita panas'
Najib telah menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pemimpin2 UMNO,
di mana kononnya sudah ada beberapa plot untuk menggulingkan Najib oleh
pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Timbalannya Muhyiddin Yassin dan
mentornya Mahathir Mohamad.
"Kami telah melakukan siasatan latar belakang Flora Ong ini. Dia adalah
seorang warganegara Malaysia berketurunan Cina dan alamatnya pada masa
itu adalah di Ampang," kata Deepak.
Pendedahkan terbaru Deepak dibuat ketika Deepak memfailkan saman
terhadap PM Malaysia. Yang pertama adalah saman fitnah RM100 juta
terhadap respons Najib yang menuduhnya sebagai "orang yang tidak boleh
dipercayai" semasa sidang akhbar Januari 17.
"Kenyataan yang dibuat oleh Najib telah menjejaskan kredibiliti saya
kerana ia datang dari seorang Perdana Menteri" , Deepak memberitahu
pemberita di lobi Mahkamah Tinggi, di mana peguam beliau memfailkan
saman itu pada Jumaat lalu.
Berikutnya pula, ada satu lagi saman sebanyak RM3 bilion terhadap Najib,
Rosmah, adiknya dan Kerajaan Malaysia akan difailkan,berkaitan
"sambungan ke atas semua tawaran yang mereka menarik diri daripada
kami(Deepak)(beberapa firma kepunyaannya dan keluarganya)" tegas Deepak.
Deepak telah mendakwa dirinya sebagai'orang utama'digunakan oleh
pasangan PM bagi meraih tawaran kontrak kerajaan yang dianugerahkan itu
untuk memberi manfaat kepada keluarga PM dan dirinya sendiri.
Walau bagaimanapun, setelah perniagaan bersama Rosmah gagal, Deepak
mendakwa bahawa syarikatnya telah disasarkan dan dia kehilangan sejumlah
wang yang besar kerana tawaran2 yang diperolehinya dahulu telah
ditamatkan. Pejabatnya telah diserbu dan dia mendapati dirinya telah
'disenaraihitamkan' daripada kontrak kerajaan, tambahnya.- malaysian
chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan