“Nama saja NGO Islam, tindakan tak Islamik”
KUALA LUMPUR 6 FEB: KEADILAN menyelar tindakan melampau dilakukan sekumpulan NGO menamakan diri sebagai ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ menyembelih ayam dan melumurkan darah ke atas kain rentang yang terpapar gambar pemimpin DAP dan KEADILAN.Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang melabelkan diri mereka sebagai NGO Islam.
“Kononnya NGO Islam tetapi sikap yang ditunjukkan langsung tidak Islamik,” kata Fahmi kepada Keadilandaily.
Kata Fahmi sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, bantahan yang dibuat haruslah dengan berhikmah ataupun melaui percakapan yang bersopan, bukannya melumurkan darah ayam ke atas gambar pemimpin Pakatan Rakyat.
Tambahnya tindakan tersebut membuatkan masyarakat melatah seolah-olah bertujuan memancing sokongan.
Kata Fahmi. tindakan kumpulan NGO itu mengesahkan penddedahan Pengarah Strategik KEADILAN Rafizi Ramli sebelum ini bahawa wujud rancangan provokasi puhak tertentu melakukan percubaan bertujuan membangkitkan sensitiviti perkauman.
Petang tadi, sekumpulan NGO menggelarkan diri mereka ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan KEADILAN berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang ini.
Pengguna media sosial di Facebook dan twitter turut mengecam provokasi dilakukan kumpulan ini.
Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah
kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila
dan tidak berhak dipanggil orang Islam.
Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut
dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan."Ini memang kerja gilalah.
"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.
Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).
Zairil bagaimanapun berkata, menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.
"Saya tidak faham, mereka nak berdemo itu hak mereka, nak berdemo selagi aman itu tidak bermasalah.
"Cuma demo yang macam ini berbentuk provokatif. Saya lihat satu tindakan yang provokatif... saya juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam," katanya.
Zairil juga mengecam tindakan menyembelih ayam sewenang-wenangnya tersebut sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
"Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya.
"Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya," tegasnya lagi.
Zairil juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok.
"Paling saya khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar...
"Ini satu ancaman untuk mencederakan beliau. Saya harap pihak polis akan ambil tindakan," katanya.
Beliau juga berkata, pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian.
"Nak kata ugutan ganas ke apa pun saya tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah.
"Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi. Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk," katanya.
Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."
Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu.
Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup. – 6 Februari, 2014.7:22AM - 7 Feb 2014
Khairul Hilmi Che Ali shared Asalkan Bukan Umno's photo.
Lembumno
Kronologi insiden Ayam Berdarah semalam. Rupanya-rupanya, kesemuanya penganut agama UMNO. Patutlah, tak mencerminkan Islam sebenar langsung.
INI adalah rentetan kejadian DEMO DARAH AYAM seperti diwarwarkan di alam maya. Talibarut / General dibelakang mereka adalah Tokey Udang, Tokey Ikan bakar. bersembunyi dibelakang DEMO DARAH AYAM - TERESA KOK. dan seperti biasa AYAHANDA kunun kununnya sentiasa mengepelai setiap tindankan begap, bebal dan bodo melayu Umno.
- Jam 10.00 Berkumpul di IbuPejabat Umno selangor
- Jam 10.30 Meeting / Discusion bla bodo bla bodo bla bodo
Hasil dari perjumpaan itu
1- Dapat upah
2- Sembelih ayam lumur darah kat poster
Thanks Info - UnderGroundUnit@PR - Jumpa kita salam dan tanya motif bengap mereka
source: komeneh gopeng.
Gambar 4 Remaja perempuan jadi model promosi iklan "lu cah" tersebar.
4 remaja perempuan dalam lingkungan umur 20'an menunjukan "Will You F*CK ME" tersebar di laman facebook dan blog sejak semalam. Tidak diketahui apakah motif mereka berbuat demikian.
Setelah diselidik melalui Google Images, tiada sumber lain melainkan gambar tersebut datang dari blog pro Kerajaan, Apple Biru.
Jika dilihat pada contrast perkataan dan kerawang-kerawang di kertas berkenaan, dapat dilihat perbezaan warna yang agak ketara. Besar kemungkinan gambar ini telah di edit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menjatuhkan maruah 4 gadis ini.
Tindakan tidak bermoral ini mencalar imej-imej wanita bertudung. Mohon pembaca jangan cepat percaya, sebaliknya selidik lebih lanjut. Mungkin 4 gadis ini adalah rakan anda.
Aceh timbang bukan Islam patuhi undang-undang kecil syariah
Majlis Perundangan Aceh sedang
mempertimbang untuk melaksanakan undang-undang kecil khas yang memaksa
bukan Islam mematuhi syariah.
Langkah itu menghendaki semua penduduk supaya mematuhi kod pakaian dan tatakelakuan Islam berdasarkan undang-undang kecil dikenali sebagai 'Qanun Jinayat' (undang-undang kecil meliputi kelakuan).
Ketua Pejabat Penguatkuasaan Syariah Aceh, Samsuddin berkata pihaknya sedang memperhebatkan pemeriksaan di jalan-jalan untuk mengurangkan perlanggaran undang-undang syariah termasuk oleh bukan Islam, harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post melaporkan pada Khamis.
Di Banda Aceh pada Rabu, dua wanita yang menunggang motosikal ditahan anggota polis Syariah kerana tidak bertudung.
Bagaimanapun, selepas mendapati mereka bukan Islam, kedua-dua wanita itu dibebaskan dengan amaran supaya memakai tudung apabila berada di tempat-tempat awam.
"Kami berharap semua wanita termasuk bukan Islam akan memakai tudung," kata Samsuddin.
Beliau berkata masyarakat Islam dan bukan Islam yang tinggal di Aceh, satu-satunya wilayah yang menguatkuasakan undang-undang syariah, hendaklah mematuhi undang-undang Syariah.
Anggota polis Syariah juga menahan penunggang lelaki, Islam dan bukan Islam yang memakai seluar pendek dan mereka diberi amaran supaya mematuhui peraturan Syariah termasuk memakai seluar panjang apabila berada di tempat umum.
Menurut Qanun No. 11/2002, wanita mesti menutup aurat dengan bertudung dan lelaki dilarang daripada memakai seluar pendek atas paras lutut apabila berada di tempat-tempat awam.
"Mereka yang didapati melanggar undang-undang (Qanun) sebanyak tiga kali, boleh dikenakan hukuman berat seperti disebat di khalayak ramai," kata Samsuddin.
Kebanyakan penduduk telah menyuarakan tidak setuju terhadap langkah pihak berkuasa di Aceh untuk melaksanakan undang-undang syariah ke atas bukan Islam.
- Bernama
Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.
Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.
Ringgit semakin jatuh bukan disebabkan dolar Singapura semakin kuat, tetapi kerana aliran modal yang tinggi daripada pasaran yang masih membangun ke pasaran maju, kata pakar yang dipetik daripada akhbar aliran perdana itu.
"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.
Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:"Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam."
Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.
Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini.
Terkini, Sedolar Singapura dibeli dengan 26.86 Baht iaitu 9,611 rupiah Indonesia.
Penganalisis berkata, setakat ini mereka masih belum dapat memastikan berapa lama lagi tempoh matawang itu akan kekal lemah.
Bagaimanapun, Wu berkata, melihat kepada beberapa pusingan pasaran lalu, bank pusat Malaysia perlu campur tangan jika ringgit terus jatuh sehingga serendah RM3.80 berbanding dolar Amerika.
Hari ini, USD1 dibeli pada nilai RM3.33.
Wong berkata, matawang Asia terpaksa menempuhi ketidakstabilan itu sehingga keyakinan muncul semula.
“Sukar untuk menjangkakan bila kita akan jatuh hingga ke bawah. Tetapi, keyakinan akan kembali dan matawang boleh naik semula dengan cepat,” katanya.
Beberapa syarikat berpendapat ringgit yang lemah tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.
Mike Lim, pengarah eksekutif syarikat pembotolan, Dr Who yang mengimport bahan daripada Singapura berkata, ringgit yang lemah boleh dilihat sebagai pelindung terhadap kenaikan kos kehidupan di Malaysia.
"Tetapi kita tidak meramalkan ia akan kekal lemah untuk masa yang lama," katanya.

Friday, 7 February 2014
BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO/BN .... NILAI RINGGIT SEMAKIN JATUH MERUDUM SEDANGKAN NILAI DOLLAR SINGAPURA SEMAKIN KUAT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan