Thursday, 6 February 2014
HEBOH KERETA RASMI EXCO NEGERI SEMBILAN PARKIR DI TEMPAT YANG DIKHASKAN KEPADA PEMANDU OKU.
Kereta nombor pendaftaran NBD 7 Honda Accord warna hitam baru dengan lambang kerajaan Negeri Sembilan terpampang diatas no plat , kereta rasmi salah seorang Exco Kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan dirakam sedang meletakkan keretanya di parkir yang dikhaskan untuk pemandu OKU.
Kejadian meloyakkan ini dirakam di Jalan Dato' Bandar Tunggal, Seremban, Negeri Sembilan berhampiran dengan bangunan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan.
Ragam dan gelagat para pemimpin UMNO/BN yang berlagak sombong, angkuh dan besar kepala bukanlah perkara baru.
Ini baru sedikit .. menang memerintah negeri pun tercungap-cungap, bayangkan jika menang besar .. lagi besar lagak mereka.
Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP?
Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP?, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno?
Jawapan: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS.
11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia -jkkk fan's club
PRK Kajang Dilewatkan Untuk Meletihkan Anwar?
Posted on Wednesday, February 05 @ 20:04:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac. Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian.
Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.
Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu.
Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai.
Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.
Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak, beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei.
Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja.
Namun dalam pilihanraya kecil Kajang di mana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut ialah pada 27 Januari, tetapi mereka menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pembuangan undi pada 23 Mac.
Ini bermakna jarak masa daripada tarikh kekosongan kerusi DUN Kajang dengan tarikh penamaan calon ialah selama 44 hari manakala jarak masa sehingga hari pengundian pula ialah 56 hari.
Terlihat ada ada sedikit keanehan di sini. Tetapi jawapan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof ialah, "SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada urusan lain dibawah tanggungjawab SPR. Tetapi apabila pengumuman yang tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat neletakkan jawatan, kita kena ubah gear...ubah semua sekali untuk membuat persediaan," jelasnya.
Selain itu, tambahnya, SPR juga perlu menyediakan daftar pemilih yang lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan calon, tempat pengiraan undi dan semua ini mesti dipersetujui pemilik bangunan.
Dalam masa yang sama, ujar beliau, SPR juga perlu menguruskan mengenai dakwat kekal yang turut memakan masa dan juga latihan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.
Ok, logik ke jawapan SPR itu atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara?
Penamaan calon bagi pilihanraya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu DUN Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.
Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya. Antaranya ia dikaitkan dengan kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 11 Februari ini. Wujud andaian bahawa kes tersebut akan digunakan sebagai bahan kempen pilihanraya dah ini merupakan kaitan yang tidak boleh diketepikan. Tambahan pula Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sudah pun mengesahkannya.
Spekulasi lain ialah mengenai pemberian BR1M yang akan bermula pada pertengahan Februari ini dan tempoh pembayaran dijangka selesai dalam masa sebulan. BN dikatakan memerlukan BR1M sebagai salah satu bahan kempen utamanya di Kajang dan bagi menunjukkan kepada pengundi pemberian itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang sedang meningkat.
Alasan lain mengapa pilihanraya kecil ini dilewatkan ialah untuk meletihkan Anwar dan jentera Pakatan Rakyat. Memandangkan mereka sudah mula turun padang mengadakan majlis penerangan, kempen dan program turun padang menemui pengundi sebaik saja DUN Kajang diisytiharkan kosong dan Anwar diumumkan sebagai calonnya, semua itu terpaksa diteruskan sehingga ke hari pengundian.
Ini bermakna untuk pilihanraya kecil Kajang ini, Anwar dan jentera Pakatan terpaksa meneruskan kempen dan bakal berkempen hampir dua bulan lamanya. In berbeza dengan UMNO dan BN yang belum pun menggerakkan jenteranya lagi.
Meskipun BN tiada harapan untuk menang, tetapi dengan melewatkan tarikh pilihanraya boleh membuatkan ramai orang keletihan, jemu, bosan dan mungkin sesetengahnya pula akan menyalahkan Anwar dan Pakatan kerana sengaja membenarkan ADUNnya meletak jawatan serta menimbulkan kesusahan dengan adanya pilihanraya kecil ini.
Strategi ini bersama bantuan BR1M dan keputusan Mahkamah Rayuan sekurang-kurangnya diharapkan melemahkan Anwar dan menjadikan undi diperolehinya turut menurun. Memandangkan mencapai kemenangan nampak mustahil, mengurangkan undi adalah pilihan yang dianggap terbaik bagi BN berbanding tidak meletakkan calon yang mungkin ditafsirkan sudah mengaku kalah sebelum berjuang. (SH 05/02/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Tuesday, April 16, 2013
SISTEM PENDIDIKAN DI ACHEH
- Sultan-sultan Acheh terlibat secara langsung dan meminati serta menaungi kegiatan ilmu pengetahuan - Contoh: Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
- Kehadiran ulama-ulama luar yang menjadi tenaga pelajar dan penasihat sultan.
- Hasil penulisan ulama-ulama Aceh juga telah membantu ke arah perkembangan pendidikan , tersedia teks-teks pendidikan
- Pedagang-pedagang yang datang ke Acheh turut memperkembangkan ilmu pengetahuan Islam. - menggalakkan pertumbuhan institusi pengajian di Acheh.
- Institusi pengajian yang lengkap dan sistematik bermula dengan sekolah rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pendidikan tinggi (universiti) - perkembangan nya pesat dan bidang ilmu ialah usuluddin, fikah, tasawuf.
- Ramai ulama tempatan muncul seperti Hamzah fansuri, Bukhari al- Jauhari, Abdul Rauf Singkili, Nuruddin al Raniri. Mereka banyak menghasilkan karya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
- Aktiviti penterjemahan kitab-kitab bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.
Institusi Pendidikan di Acheh:
- Masjid
- Muenasah
- Rangkang
- Dayah
- Universiti
- Istana
Rupa dan Jiwa
16 april 2013
Tuesday, December 25, 2012
MASYARAKAT ARAB JAHILLIYAH
Salam sejahtera....
Berjumpa lagi dengan semua pelajar yang dikasihi....
Bermulalah perjuangan kita untuk Semester Ke 2 bagi Sesi 2013. Semoga anda semua mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk terus mara di semester ini!!
GENGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG !!
Topik pertama yang kita akan discuss ialah masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Senang saja. Jangan tension !
Mula-mula anda kena tahu :
Di mana Semenanjung Tanah Arab ??
Kemudian :
Konsep Jahiliah - berasal dari, istilah Arab jahala bermaksud bodoh, dan ciri-ciri jahiliah dalam masyarakat Arab dapat dirujuk kepada empat iaitu:
- Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
- Tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
- Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
- Masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
Keempat-empat sifat ini memang terdapat di kalangan masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.
Jangkamasa Zaman Jahiliah:
-
Bermula zaman Jahiliah ini ialah selepas keruntuhan kerajaan Saba'.
Sekitar tahun 3000M hingga turunnya Al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w pada tahun 610M.
Masyarakat
Arab dikatakan jahil bukan sahaja dari aspek agama dan akhlak, tetapi
juga politik, ekonomi, sosial dan juga ilmu pengetahuan.
AGAMA
- Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Wathani
- sebahagian tidak beragama & mengamalkan animisme, unsur-unsur karut dan tahyul, bertenung nasib.
POLITIK
- Tidak mempunyai struktur kerajaan yang teratur dan berkuasa.
- kedudukan politik tergugat akibat penjajahan
- hidup berpuak-puak/ sering berperang sesama sendiri - sering berlaku peperangan untuk mendapatkan kuasa.
EKONOMI
-
Berlaku kemerosotan ekonomi, hasil pengeluaran pertanian di Selatan
semenanjung Arab merosot dengan teruk skibat tiada sistem pengairana
yang baik.
- perdagangan mereka pula tidak menguntungkan/ berlaku penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin/ riba.
- rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan
- penternakan dilakukan oleh golongan Badawi secara nomad.
SOSIAL
- Masyarakat Arab terbahagi kepada dua - bandar (Hadari) dan padang pasir (Badwi).
- Tertakluk kepada sistem kabilah - iaitu satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
- Penyatuan masyarakat berkabilah berdasarkan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai assabiyah.
- Bermegah dengan kabilah sendiri dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
- Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan & sering berlaku peperangan - Perang Al Basus melibatkan 2 kabilah.
-
Kedudukan wanita tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat dan
keluarga/ beranggapan anak perempuan membawa masalah apabila besar/
sanggup bunuh anak perempuan hidup-hidup.
- Mengamalkan sistem perhambaan/ hamba dipandang hina & mempunyai status yang rendah dalam masyarakat.
- Mengamalkan akhlak yang tidak baik seperti berjudi, minum arak dan berzina.
ILMU PENGETAHUAN
-
Mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti
politik dan ekonomi & tidak mampu menjadukan mereka bangsa yang
bertamadun.
- Kebanyakkan mereka buta huruf & tradisi ilmu hanyalah dalam bentuk lisan.
- Hanya terdapat 17 orang yang boleh membaca dan menulis.
- Tradisi kesusasteraan seperti bersajak & bersyair bertujuan mencerca, menyindir dan berseronok semata-mata.
Kabilah Arab |
maryatirahmani
rupa & jiwa
rupa & jiwa
Wednesday, January 16, 2013
PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM
Masjid al-Haram (The Holy Mosque) – Saudi Arabia |
Hi... jumpa lagi... sori lama tak upload cerita dan bahan... email saya kena hijack!! dan banyak perkara yang perlu dibereskan. VLE pun merupakan puncanya...
Walaubagaimana pun, kita akan bincangkan perkembangan dan perubahan masyarakat di semenanjung Tanah Arab selepas kedatangan Islam:
- Daripada mata pedang kepada perdamaian - Kedatangan Islam membawa perubahan baru iaitu peperangan telah digantikan dengan perdamaian - segala bentuk permusuhan telah dihapuskan - sebelum kedatangan Islam peusuhan adalah lumrah, peperangan adalah jalan penyelasaiannya.
- Kekuatan individu terhadap undang-undang - Selepas kedatangan Islam, masyarakat diikat oleh undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berbanding dengan zaman jahiliah di mana manusia tidak terikat dengan undang-undang khusus.
- Balas dendam kepada qisas (pampasan) - Islam telah mengajar masyarakat supaya bersikap luhur dan pemaaf agar dapat memupuk masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sifat berdendam, amalan menuntut bela, bunuh membunuh dihapuskan.
- Membentuk masyarakat yang suci dan halal -Islam mengajar masyarakat menjauhi perkara-perkara haram dan membentuk masyarakat yang suci.
- Membentuk masyarakat yang jujur dan boleh dipercayai - menuntut masyarakatnya jujur, ikhlas dan boleh dipercayai . sebelum Islam mereka hidup dengan merompak, merampas dan menipu.
- Memupuk keberanian dan kekuatan mempertahankan bangsa dan tanah air - Islam tidak membenarkan umat dan tanah airnya dijajah oleh kuasa lain. dengan semangat ini orang Arab beangkit dan berkembang ke Rom dan Farsi. semasa jahiliah, mereka mengasingkan diri dan takut menghadapi kuasa besar seperti rom dan Parsi.
- Membentuk masyarakat yang bertanggung jawab keatas diri sendiri - berbuat kebaikan dan membuang sifat kesukuan.
- Menyembah Allah yang satu / mengesakan tuhan - Islam mengajar umatnya percaya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan kepercayaan jahilliah.
- Memuliakan wanita dan meletakkan mereka di tempat tinggi dalam masyarakat - kedudukan wanita & lelaki sama disisi Allah serta dapat mewarisi harta pusaka.
- Melahirkah persamaan taraf di kalangan manusia - status manusia di sisi Allah adalah sama. Darjatnya disisi Allah adalah bergantung kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Cordoba Cathedral – The Mezquita – Spain |
The Umayyad Mosque – Damascus |
Rupa & Jiwa
bukit nanas 2013
Thursday, March 21, 2013
ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM
Hari ini tajuk kita ialah ETIKA peperangan dalam Islam,
terbahagi kepada 3 situasi :
- etika sebelum peperangan
- etika semasa peperangan
- etika selepas peperangan
Sewaktu di medan perang beberapa prinsip atau etika yang diajar oleh Islam :
- Ketaatan kepada perintah ketua - contohnya Perang Uhud.
- Disamping kekuatan fizikal, keberanian, ilmu pengetahuan , Nabi Muhammad saw mengingatkan tentera Islam supaya sentiasa mengingati Allah dan memohon pertolongan Allah. contoh : Perang Badar.
- Perjuangan hendaklah dengan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dengan kerelaan hati dan bukan untuk mendapatkan ganjaran.
- Sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk menegakkan agama Allah.
- Berjuang dan berperang semata-mata kerana tanggungjawab dan kewajipan kepada agama Islam.
- Bermesyuarat untuk membuat apa saja tindakan atau keputusan.
- Mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya - contoh zaman Abu Bakar al Siddiq.
- Islam hanya membenarkan umatnya berperang dan memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu - Contoh ketika Perang Badar.
- Tentera Islam tidak boleh memerangi orang yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya - kanak-kanak, wanita, orang cacat, orang tua, paderi - golongan ini tidak dikenakan jizyah.
- Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah - Contoh ketika mengepung Kota Taif.
- Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai.
- Islam juga melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh - seperti mencencang mayat atau musuh yang terbunuh.
- Sebarang perjanjian damai wajib ditaati - contoh ketika pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.
- Islam menganjurkan agar tawanan perang dilayan dengan baik - kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad saw - contoh tawanan semasa Perang Badar.
Sila buat rujukan dan jawab soalan ini:
1. Bincangkan prinsip-prinsip yang wajar dipatuhi oleh oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
“When it is
obvious that the goals cannot be reached, don't adjust the goals, adjust
the action steps”
- Confucius
maryatirahmani
rupa dan jiwa
2132013
Tuesday, April 30, 2013
PERLUASAN KUASA BARAT DALAM EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH
Sejak akhir abad ke 15 kuasa
Eropah melencarkan gerakan perluasan kuasa besar-besaran melalui bidang
perdagangan, kebudayaan, politik & penempatan rakyat mereka di
kawasan baru & sehingga akhir abad
ke - 20, sebahagian besar dunia berada dibawah kekuasaan Barat - Portugis, sepanyol, Britian, Belanda dan Peranchis.Empayar Turki Uthmaniyah |
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
- Kuasa Barat seperti Britian, Peranchis, Russia, Jerman dan Austria- Hungary bersaing antara satu sama lain untuk menguasai Empayar Turki Uthmaniyah - 1830, Peranchis menguasai Algeria, Russia terlibat dengan Perang Crimea dan berjaya menewaskan Turki - dan wilayah Romania, Serbia dan Montegnegro memerdekakan dirinya dari Turki - Bosnia Herzegovina dikuasai oleh Austria Hungary.
- Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah.
- selepas Perjanjian Berlin, Russia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan, Kyrgstan, Firghanah, Faniah dan Khuqand.
- Britian juga menguasai Cyprus, Mesir, teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Sheikh Mubaraq al Sabah pada 1899 dan membuat perjanjian di Hadramawt, bahrain dan Muscat.
- 1900 - Britaian mengadakan perjanjian dengan penguasa di wilayah di Teluk Arab menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armania supaya menentang kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Revolusi perindustrian
- Menjelang abad ke 18, kuasa Barat memerlukan bahan mentah - Britian memerlukan arang batu untuk menggerakkan enjin berkuasa wap, lokomotif berenjin kuasa wap, kapal laut berkuasa wap.
- Pemodal-pemodal eropah telah menanam modal di wilayah2 Turki Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendali lombong, mengimpot buruh dsb.
3. Bahan mentah
- Kuasa Barat memerlukan bahan mentah - 1795, British memerlukan bekalan makanan seperti gandum untuk ke Peranchis.
- Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq.
- Pada awal abad ke - 20, penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini.
4. Pembinaan Terusan Suez
- Pembinaan Terusan Suez pada 1689 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan Asia menjadi lebih dekat - urusan perdagangan dipercepatkan - perjalanan dipendekkan - kos perdagangan dapat dijimatkan.
- British berminat menguasai saham terusan Suez dan benjamin disraeli mengambil tindakan membeli saham kompeni Terusan Suez.
5. Agama
- Kempen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki Uthmaniyah.
- Barat menyemai idea bahawa Islam agama mundur, anti kemajuan dan tidak berperi kemanusiaan.
6. Menyebarkan falsafah dan pemikiran Barat
- Kuasa Barat menyebarkan hilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat peribumi. - British di Mesir.
- Peranchis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara dikalangan golongan elit di mesir.
- barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden, maju, progresif, seperti tanggagapan mereka terhadap Mustafa Kamal Atartuk.
- sesiaoa yang menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.
Bendera Turkey |
Pertempuran Ottoman |
Soalan :
Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat di kawasan empayar turki Uthmaniyah pada abad ke - 18 hinggan ke - 20.
Rupa dan Jiwa
30 April 2013
Umar Al-Khattab bertanya siapa yang membunuhnya
- Feb 04, 2014
- DETIK ISLAM
Abdullah ibn Abbas mendedahkan: "Aku masih berada di tempat Umar dan dia belum sedarkan diri hingga mata hari terbit. Setelah sedar, sambil berbaring dia bertanya: Apakah orang-orang sudah solat?"
"Sudah," jawab Abdullah ibn Abbas.
Setelah itu dia memerintahkan Abdullah ibn Abbas untuk mencari orang yang telah menikamnya. Aku akan keluar dan menemui para ketua kabilah.
"Saudara-saudaraku," kata Abdullah ibn Abbas. "Amirul mukmunin ingin mengetahui apakah peristiwa ini merupakan konspirasi kalian?"
Para pemuka kabilah yang mendengar soalan tersebut menjadi kecut dan serentak berkata, "Semoga Allah melindungi kami, kami tidak tahu. Mana mungkin itu akan berlaku. Jika kami tahu, pasti kami bersedia menebusnya dengan nyawa kami atau anak anak kami."
"Lalu siapa yang menikam amirilmukminin?" tanya Abdullah bin Abas lagi.
"Dia ditikam oleh musuh Allah, Abu Lu'luah budak Mughirah bin Syu'bah," jawab mereka.
Abdullah bin Abbas kembali dalam rumah Khalifah Umar dan menyampaikan kabar orang yang telah menikamnya. "Alhamdulillah, aku tidak dibunuh oleh seorang Muslim, tidak mungkin orang Arab akan membunuh saya," kata Umar.
Kemudian Umar R.A. menangis. Umar R.A. berkata: "Demi Allah, jika aku boleh meninggalkan dunia ini tanpa ada perkara yang memberatkanku dan tidak ada apa-apa untukku, maka aku akan bahagia."
Abdullah ibn Abbas R.A. berkata: "Ya Amirul Mukminin, Rasulullah SAW meninggalkan dunia ini dan dia merasa bahagia denganmu, tidak ada dua orang Muslim yang berselisih berkenaan dengan kekhalifahanmu, setiap orang bahagia dengan kekhalifahanmu."
Umar R.A. berkata, "Aku tahu itu, tapi kekhalifahan ini membuatku bimbang. Wahai Abdullah, dudukkan aku." Kemudian mereka mendudukkannya. Kemudian Umar memegang bahu Abdullah dan berkata, "Wahai Abdullah, mahukah kau bersaksi untukku di hari kiamat?"
Abdullah berkata, "Aku akan bersaksi untukmu di hari kiamat."
Kemudian Umar berbaring di pangkuan anak lelakinya, Abdullah ibn Umar. Dia berkata kepadanya, "Letakkan pipiku di lantai."
Abdullah ibn Umar R.A. berkata, "Kenapa ayah?" sambil mengucup kening Umar, dan meletakkan pipinya di lantai.
Umar berkata, "Jika aku ditakdirkan berada di syurga, maka bantal syurga lebih lembut daripada pahamu dan jika aku ditakdirkan masuk neraka, maka kau tidak mahukan seorang penghuni neraka di atas pahamu."
Selain itu, dia juga berpesan kepada anaknya agar menjual benda-benda yang dimilikinya untuk membayar hutang-hutangnya. Sebab dia tidak ingin meninggalkan dunia dengan membawa kewajiban yang belum diselesaikan.
Kemudian Umar R.A. memberitahu ahli keluarganya, "Lembut-lembutlah dalam mengkafaniku kerana jika Allah menakdirkanku syurga, maka Allah akan memberikanku yang lebih baik daripada ini dan jika Allah menakdirkan neraka untukku, maka Allah akan mencabutku dari semua ini. Berlembutlah dalam menggali kuburku, kerana jika Allah menakdirkanku syurga, maka dia akan meluaskan kuburku. Dan jika Allah menakdirkan neraka untukku, maka kubur itu akan menghimpitku."
Kemudian dia berkata kepada anaknya iaitu Abdullah ibn Umar, "Ya Abdullah, pergilah dan tanyakan kepada Aisyah RA, apakah dia membolehkanku untuk dikuburkan di samping Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA?"
Lalu pergilah Abdullah ibn Umar RA, dia mengetuk pintunya dan masuk ke rumah Aisyah RA. Ternyata Aisyah R.A. sedang menangis dan dia memberikan salam padanya kemudian bertanya pada Aisyah, "Umar meminta untuk dikuburkan di samping Rasulullah SAW dan Abu Bakar R.A., apakah kau mengizinkannya?"
Aisyah R.A. berkata, "Aku sudah menempah tempat itu untuk diriku, kerana Rasulullah adalah suamiku dan Abu Bakar adalah ayah ku, tapi aku akan memberikannya kepada Umar."
Dan riwayatnya menyebutkan ketika Abdullah datang, Umar sedang berbaring dan dia berkata, "Dudukkan aku". Kemudian mereka mendudukkannya, lalu Abdullah memasuki bilik dan berkata, "Wahai ayahku, keinginanmu dikabulkan."
Umar R.A. berkata "Aku tidak punya keinginan apapun melebihi itu. Ketika aku meninggal dan kau membawaku untuk dikuburkan, tanyakan kepada Aisyah RA lagi, mungkin kerana statusku dia merasa keberatan untuk memberikanku tempat itu. Tanyakan dia lagi dan jika dia setuju, maka kuburkan aku di sana, kalau tidak, maka kuburkan aku di tanah perkuburan umat Muslim."
Beberapa hari selepas peristiwa penikaman tersebut, Umar bin Khattab menghembuskan nafas terakhirnya dan meninggalkan duka mendalam di kalangan umat Islam. Seandainya kematian Umar bin Khatab tidak melalui proses yang sangat keji dan tragis, mungkin kesedihan tidak akan berlarutan dan dendam tidak akan bersarang di dalam dada para keluarga.
Bagaimanapun keadaan Islam sepeninggalan Umar saat itu? Boleh dikatakan bahawa Islam telah mencapai kegemilangan dan ini tidak dapat dilepaskan dari peranan Umar bin khattab. Inilah salah satu masterpiece Umar bin Khatab yang berjaya ditorehkan semasa hidupnya.
Umar R.A. meninggal dan dikuburkan di samping Abu Bakar RA dan Rasulullah S.A.W.
Sumber: Bab 25 buku Umar bin Khattab, Sebuah Telaah Mendalam Tentang Pertumbuhan Islam dan Kedaulatan Masa Itu laman 719-722 , yang ditulis oleh Muhammad Husain Haekal yang diterbitkan oleh Litera AntarNusa (Cetakan kesepuluh , 2010 ) setebal xliv + 803 laman ]
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
PRK Kajang: Logik ke jawapan SPR atau lawak jenaka?
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam ekoran SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula 11 Mac.
“Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian,” tulisnya.
Menurutnya, penamaan calon bagi pilihan raya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu Dun Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.
“Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil Dun Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan