Khamis, 6 Februari 2014

JANGAN TERTIPU DENGAN SYAITAN...DAN JANGAN IKUT SYAITAN

Insuran kenderaan naik, BN tambah derita rakyat

KUALA LUMPUR. 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyifatkan pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan ke atas syarikat takaful adalah tambahan yang membebankan rakyat.
“Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, namun kenaikan insuran 15 peratus adalah kenaikan yang tinggi.
“Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
azrul_bimb“Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda,” kata Azrul yang dipetik daripada kepada Keadilan Daily.
Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan kenaikan premium insuran takaful 15 peratus membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan bas ekspress, bermula 15 Februari ini.
Azrul berkata, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.
“Di bandar ada pengangkutan awam, jika ingin berjimat. Tetapi, penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam dan terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.
“Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika enggan bayar, pengguna tidak dapat cukai jalan. Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan dan penduduk bandar turut terbeban.
“Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ini cukai jalan pula akan dinaikkan,” katanya.
Untung PRK. tapi kerajaan Be End bodoh terpaksa membayar pampasan Rm400 juta kepada Kroni nya. Bangang lah menteri yang menandatangani perjanjian dengan konsesi lebuh raya sebelum ni. Nasional ape kenaikan? Kos pentadbiran lbh kurang 10 percent sahaja. Tiada punca lain perkara ini blaku, punca nya hanya lah menteri Be End yang bangang.
Like · · · 92 · 14 minutes ago · 

Dua kali saya lihat Azam Abdul Rahman, mantan Presiden ABIM dan isterinya muncul di kaca TV berikut kematian anak laki-laki tunggal mereka, Amar dalam kemalangan jalan raya di Istanbul November lalu.

Sekalipun terlambat saya menyampaikan takziah kepada mereka, tetapi dengan layanan istimewa yang diberikan oleh masyarakat dan kerajaan Turki terhadap pengkebumian Amar, tidak salah kiranya takziah saya itu ditukar kepada tahniah untuk kedua ibu bapa itu.
   
Amar seorang talib iaitu pelajar agama yang cemerlang, justeru penguasaannya terhadap pengajiannya, dalam waktu yang singkat, dia berjaya mencapai kecemerlangan yang luar biasa hingga menarik perhatian masyarakat Islam Turki. Ilmu yang dituntutnya ialah segala keperluan yang mencakup bidang dakwah khususnya tentang sejarah empayar Othmaniyah.
    
Saya juga 20 tahun lalu menghantar anak ke Turki yang saya impikan untuk menjadi kepakaran dalam sejarah keagungan empayar itu seperti pencapaian satu-satunya pakar di bidang itu iaitu Abdul  Hamid Alga yang berasal dari  Britain.
   
Dakwah  Islam memerlukan penguasaan ilmu itu. Impian itu tidak tercapai, tetapi anak Azam sedang memanjat tangga ke puncak itu ketika kembali ke pangkuan Allah.
   
Maka putera bertuah itu dimakamkan bersama kuburan seorang sahabat Rasulullah di Istanbul, makam yang lazimnya di khasnya kepada pemimpin dan ulama tersohor. Pengkebumian Amar dihadiri oleh pembesar dan ulama terkenal Turki.
   
Dalam kedua kemunculan ibu bapanya di TV, saya kagum dengan ketabahan dan ketenangan ibu yang kehilangan anak laki-laki tunggal itu. Dia reda dengan kejadian itu, mungkin dapat saya  samakan dengan kebanggaan seorang ibu di zaman Rasulullah SAW yang bangga mendengar berita  anaknya syahid dalam jihad.
   
Saya dengar doa kedua ibu bapa itu moga-moga Amar diberi ganjaran dan kebahagian di alam akhirat. Amin.
   
Saya yakin doa ibu dan bapa Amar itu memang diperkenan Allah, kerana saya teringat akan hadis sahih Rasulullah SAW yang bermaksud, betapa seorang pelajar yang mati semasa menuntut ilmu, Allah sediakan istana di syurga sebesar dari rumah yang didiaminya bersama ibu bapa hingga ke tempat kematiannya.
   
Amar diyakini berada dalam kategori yang bertuah ini bahawa istana yang  dijanjikan untuknya adalah sebesar dari Malaysia hingga ke  Istanbul. Bayangkan betapa besar istananya itu hingga kita mengambil masa sekitar tujuh atau lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul. Istana itu adalah merentas benua. Jika bentuk istana itu bulat atau empat pergi dibina di muka bumi ini nescaya ia merangkum sebahagian besar benua Asia, Afrika Utara dan timur Eropah yang di dalamnya mungkin termasuk Rom dan sebahagian dari Perancis.
   
Dalam  Islam apa jua harta dan kekayaan yang  dimiliki oleh seorang anak adalah kepunyaan ibu dan bapa, sama ada anak itu suka atau tidak suka, secara atomatis ibu bapa berhak atasnya.
   
Istana yang dijanjikan untuk Amar adalah hartanya di syurga, moga-moga syafaat dari anak yang soleh ini melempah kepada ibu bapanya yang beriman, dan dipercayai merasa aman dengan ganjaran yang diperoleh dari  anak seperti itu. Jika kedua ibu bapa itu kekel dalam iman, tentulah istana  anaknya itu juga adalah istananya.
   
Maka saya tidak menyinggong Azam dan isterinya jika saya tukar takziah kepada tahniah atas  berita yang tentunya satu kegembiraan.
Dah sampai masanya rakyat Malaysia jangan tertipu lagi ! Hukum BN dengan memberi kemenangan berganda di DUN Kajang. Sebaiknya beri kekalahan sehingga hilang deposit kepada BN termasuk Undi Awal dan Undi Pos. Allahhuakbar!
Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia a)Korea(1980)-$1845.66 b)Malaysia(1980)-$1804.12 Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980.. Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu. a)Korea(2006)-$18,674.44 b)Malaysia(2006)-$5,781 Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2? Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang? Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee. Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k. Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak. Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini. Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni. Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara. Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka. Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal. Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan. Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung. Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

 Aset anak Taib Mahmud bernilai RM1.4 bilion, dedah akauntan berdaftar
Posted on Thursday, February 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Akauntan yang diupah Shahnaz Majid menyatakan kekayaan tersebut termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah. – Gambar fail.

Aset Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, dipercayai bernilai di antara RM976 juta dan RM1.395 bilion, kata akuantan bertauliah kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Andrew Heng yang merupakan akauntan yang diupah Shahnaz Majid bagi menyiasat kekayaan dan status kewangan bekas suaminya, memberitahu bahawa ini termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah.

Selepas Heng memberikan keterangan, peguam kepada anak ketua menteri Sarawak itu, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memohon tempoh selama dua bulan bagi akauntan anak guamnya untuk mengkaji semula laporan tersebut sebelum membuat pertanyaan balas kepada Heng.

Peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, bagaimanapun membantah permintaan tersebut dengan berkata pendedahan mengenai aset tersebut tidak sepatutnya mengejutkan beliau (defendan).

"Ia adalah aset yang dibuat berdasarkan laporan kewangan syarikat beliau (Mahmud Abu Bekir) sendiri," katanya.

Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab kemudiannya menetapkan sesi soal jawab Heng oleh pihak defendan pada 14 April depan.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, February 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




 

Linangan air mata

Oleh Mohd Razlan Salleh
Kota Kinabalu: Linangan air mata mengakhiri episod bekas pengurus restoran yang akhirnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol ‘isterinya’ yang berusia 12 tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh Riduan Masmud, 41, yang hadir dengan memakai kemeja-T dan seluar jean gelap dilihat menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas Hakim Ummu Khaltom Abd Samad menilai segala hujahan bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum menjatuhkan hukuman.
Dalam penghakimannya, Ummu Khaltom berkata, hukuman dijatuhkan itu sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan alasan perkahwinan untuk melepaskan diri selepas melakukan kesalahan rogol.

“Tertuduh sebagai individu dewasa boleh berfikiran waras dan matang sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa yang juga kanak-kanak dengan usia 12 tahun enam bulan.
FotoRIDUAN memeluk anak dan isterinya selepas dijatuhkan hukuman penjara, semalam.

“Malah, perbuatan tertuduh meninggalkan kesan terhadap mangsa dari segi tekanan perasaan dan emosi,” katanya.

 

 

 

 

Tiada ulasan: