Isnin, 3 Februari 2014

TIDAK PELIK JUGA....HARI NI SIHAT....ESOK LUSA MATI

Wira jalan kaki Idris Jusoh dapat Viva percuma

 
Jalan_Kaki_Viva_PercumaWira jalan kaki Idris Jusoh dan kebanggaan Umno Besut, Mohd Nor Mat, 48, dari Kampung Tok Raja, Jertih menerima sebuah Perodua Viva percuma.
Dilaporkan ianya sumbangan sumbangan lima Adun dan seorang ahli Parlimen. Ia diserahkan Dato’ Idris Jusoh. Turut bersama iaitu Adun Kota Putera, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.
“Terima kasih kepada UMNO Besut terutamanya kepada Ahli Parlimen, Dato’ Seri Idris Jusoh, dan lima Adun termasuk Adun Jabi kerana menyumbangkan kenderaan ini kepada saya. Saya begitu gembira hari ini dan akan meneruskan usaha membantu Barisan Nasional di kawasan ini,” kata Mohd Nor Mat.
Sebelum ini Mohd Nor Mat dilaporkan  berjalan kaki sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut ke Putrajaya, September tahun lalu dengan ‘sponsor’ anak syarikat kerajaan Terengganu melebihi RM500 ribu.


ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada dalam keadaan sangat tertekan menghadapi pendedahan penyelewengan dan salah urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, tindakan Mukhriz melontarkan amaran terhadap perkara itu telah menimbulkan sangsi dan menzahirkan kelemahan Mukhriz dalam mendepani dakwaan berkaitan.

"Mukhriz tidak perlu bimbang sekiranya pentadbiran beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir. Bukankah sifat berani itu benar dan takut itu salah?

"Sebagai pihak yang sedang memimpin sebuah kerajaan, beliau sepatutnya mempunyai kekuatan menjelas dan menerangkan hal sebenar.

"Bukan melontarkan amaran dan ugutan kerana sikap itu dilihat tidak matang dan kebudak-budakan," bidas Nasir.

Ujarnya, ugutan itu juga menunjukkan sifat tidak profesional dan telus Mukhriz kerana boleh dianggap melindungi penyelewengan atau salah urus tadbir jika benar dakwaannya itu wujud.

Tegas Nasir, Pemuda PAS Kedah tidak akan berkompromi dan sekali-kali bimbang dengan ugutan itu, sebaliknya akan terus mendedahkan segala bentuk salah urus tadbir dan penyelewengan kerajaan.

"Ini bukanlah serangan politik, tetapi menyatakan hak rakyat yang telah dilakukan secara tidak sepatutnya.

"Tugas parti politik dan NGO adalah sebagai 'check and balance' kerana kerajaan adalah milik rakyat. Kami bertanggung jawab memastikan rakyat mendapat maklumat sebenar mengenai urus tadbir kerajaan.

" Pada ketika ini kami terus menjejak dan menyiasat segala maklumat disalurkan kepada kami," maklum beliau.

Mukhriz dalam reaksinya kelmarin melontarkan amaran akan membuka fail lama di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sebelum ini sekiranya beliau terus diserang dengan dakwaan-dakwaan penyelewengan.
ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah mengingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak perlu mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.

Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Datuk Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak, bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah.

"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah.

"Adalah ditegaskan juga, tugas kami sebagai Pembangkang adalah membetulkan kerajaan dari sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," ujarnya membidas amaran Mukhriz itu.

Peristiwa berdarah pergaduhan kaum 13 Mei 69 sudah berlalu 45 tahun yang lalu, suatu peristiwa yang diakibatkan oleh pergeseran kaum selepas keputuan PRU tahun tersebut di mana Umno/Perikatan kalah teruk.

Seperti dikatakan peristiwa itu berlaku 45 tahun lalu dan kini tidak ada siapa lagi, bagi mereka yang waras fikirannya, untuk melambai supaya peristiwa berdarah itu berulang kembali, malah hendak menyebutnya pun tidak mahu lagi.

Generasi baru, hanya mengetahui sepintas lalu mengnai peristiwa berdarah itu dan sama sekali tidak berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut. Tetapi malangnya masih ada segelintir yang amat kecil orang Melayu yang masih mengungkit dan cuba menakut-nakutkan peristiwa itu seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari. Bagaimanapun ternyata masyarakat Melayu tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman itu.

Malangnya segelintir kecil orang Melayu yang masih mengelus-ngelus peristiwa tersebut untuk menakutkan orang bukan Melayu tidak sedar bahawa zaman dan susana telah berubah. Orang Melayu kini sudah semakin matang dan tidak mudah dihasut dengan isu perkauman seperti itu.

Mereka sedang berusaha untuk hidup damai dengan kalangan bukan Melayu, sama-sama mencari rezeki di negara yang indah ini.

Manifestasi kecintaan rakyat pelbagai kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni terpamcar dalam PRU ke-13 yang lalu, di mana pengundi pelbagai kaum telah menolak parti perkauman.

Sebanyak 52% undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat dan hanya 47% undi poppular yang diperoleh Barisan Nasional dalam PRU yang lalu adalah bukti paling soheh bahawa majoriti pengundi – amak semua bangsa – telah menolak isu perkauman yang ditiup dengan kencangnya oleh Umno/BN dalam sepanjang kempen pilihan raya umum itu. Ternyata pengndi bandar – pelbagai kaum – menolak calon parti perkauman. Malah beberapa kawasan parlimen dan Dun di kawasan luar bandar juga seperti di Johor, Perak dan beberapa megeri lagi seperti di Johor, Perak dan beberapa negeri lagi turut menolak parti perkauman.

Sementara itu saya terkesan dengan tulisan ideologi PAS, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai pemikiran baru perpaduan nasional, yang saya lihat suatu sorotan yang mendalam mengenai sejarah dan perkembangan politik tanah air.

Inilah cetusan sebuah idea yang sangat bagus, meladeni pemikiran dan perkembangan terkini apa yang dikatakan perpaduan nasional sebenarnya.

Mujahid melihat perpaduan nasional bukan lagi dalam wajah yang ditampilkan di tahun 1969, tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei, hingga kemudian tertubuhnya Barisan Nasional yang dilihat pada masa itu suatu keperluan untuk menyatukan rakyat melalui penyatuan parti politik, khususnya parti politik Melayu/Islam. Ia mengakibatkan PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun-tahun berikutnya.

Tetapi ‘Perpaduan Nasional’ itu gagal juga akhirnya, apabila PAS keluar dari Barisan Nasional beberapa tahun kemudian dengan pengalaman yang sangat getir dan pahit ‘ditendang’ oleh pemimpin BN setelah mereka mersakan kuat kembali selepas melalui krisis kekalahannya dalam PRU tahun 1969 itu.

Kini, 45 tahun kemudiannya, Dr. Mujahid Yusof melakarkan perspektif baru yang sangat jelas dan terkini mengenai perspektif perpaduan nasional sesuai dengan keadaan masa kini.

Dalam tulisannya itu, beliau berkata, sekarang isu perpaduan tidak lagi berkisar kepada gabungan wadah seperti di awal 70-an ketika negara ini memerlukan kekuatan politik untuk menjayakan agenda nasional seperti pembentukan Barisan Nasional tetapi perpaduan terkini bentuknya adalah lebih matang dapat direalisasikan melalui kesatuan kepada kepentingan negara dengan cara menguruskan perbezaan pendapat dan bukan menyekat perbezaan pendapat.

Menurutnya, untuk melaksanakan ini maka konsep by-partisan atau sokongan menjangkau kelompok atau kumpulan perlu dibudayakan untuk mencapai sesuatu kepentingan nasional. Konsensus nasional menuntut supaya parti politik mengimbangi keperluan politiknya dengan keperluan nasional, katanya.

“Ia bukan satu helah politik untuk mengekalkan kekuatan mana-mana pihak tetapi ia adalah untuk memastikan kepentingan nasional terpelihara dengan masing-masing mengekalkan ideologi masing-masing,” kata Mujahid.

Menurutnya, isu perpaduan Melayu secara relatifnya kepada gambaran yang lebih besar ini nampaknya seperti slogan yang agak kuno dan lebih cenderung untuk helah politik semata-mata. Perpaduan yang harus diajukan ialah perpaduan nasional dalam gambaran agenda nasional dan bukan agenda politik tertentu.

Di sinilah Dr. Mujahid melihat isu ketidaksamaan pendapatan atau  ‘inequality income’ tidak lagi berkisar kepada kaum tetapi ia berkisar kepada peratus pengagihan pendapatan yang kini terjulat antara peratus pendapatan tinggi dan peratus pendapatan rendah. Iaitu 60 peratus rakyat duduk di paras pendapatan rendah dan 40 peratus daripadanya adalah paras kemiskinan. Jurang besar pendapatan ini dikecilkan lagi dengan penduduk luar bandar dan penduduk bandar serta gender, katanya.

Pada pendapat saya, perspektif baru perpaduan nasional yang diajukan oleh Dr. Mujahid ini mengambil kira pandangan dan kehendak generasi baru negara ini.

Menurut suatu tinjauan, generasi baru ini akan mengambil kedudukan penting dalam arena politik nasional yang akan datang memandangkan ia menjadi kelompok besar pengundi dalam PRU akan datang, iaitu sekitar 43%.

Mereka ini dalam jarak yang sangat jauh dari generasi zaman tercetusnya Peristiwa 13 Mei 69. Tentunya perspektif dan pandangan politik mereka berbeza.

Sebab itu, slogan, spanduk, jeritan Peristiwa 13 Mei tidak akan disahut oleh generasi baru ini bagaimanapun nyaring dan garangnya. Kepada mereka, keadilan sosial, hak-hak rakyat tanpa mengira kaum, kebebasan bersuara dan seumpamanya menjadi sangat penting untuk diperjuangkan dan inilah asas untuk membina perpaduan nasional.

Oleh itu pada pendapat saya, ideolog PAS seperti Dr. Mujahid, Dr. Dzulkefly Ahmad dan lain-lain sangat sedar akan hal ini dan mereka bersama pepimpin PAS seluruhnya sedang berusaha membuat perubahan pada lanskap politik tanah air di mana tidak lagi berdasarkan premis Peristiwa 13 Mei.  
Saya warga Aceh yang pernah tinggal di Malaysia dan kini bermastautin di Sweden merasa ikut prihatin dengan kejadian yang menimpa keluarga  Azizul Raheem Awaluddin and Shalwati Nurshal yang kini sudah menjadi akhbar utama di Sweden dan Malaysia.

Sebagai sesama Muslim dan juga mempunyai anak di Sweden (7 & 4 tahun) keluarga saya juga merasakan bagaimana pertumbukan budaya antara timur dan barat ketika mendidik anak.

Oleh karena itu, sebagai rasa solidaritas sesama Muslim yang bersaudara, jika ada yang boleh dibantu pasti akan saya lakukan bersama komuniti Aceh di Sweden ini bahkan kami berencana ingin bersilaturahim berkunjung ke rumah tahanan di Stockholm untuk memberikan dukungan moral kepada Azizul dan Shalwati.

Yang Benar,

Asnawi Ali
Örebro, Sweden
Spekulasi sangat kencang Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi Menteri Selangor kiranya ia jalan keluar terbaik tentang pergolakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubungan dengan kedudukan Menteri Besar Tan Sri  Khalid Ibrahim sekarang.
    
Tetapi ada yang terasa tidak layak baginya untuknya jadi Menteri Besar sedang dia adalah calon Perdana Menteri. Adakah calon Perdana Menteri hendak turun ke negeri pula.
  
Dalam politik tiada yang mustahil.
  
Willy Brandt adalah ketua SPD, parti pembangkang Jerman Barat. Dia bukan orang Berlin Barat tetapi dia datang bertanding untuk menjadi Datuk Bandar Berlin Barat. Dia berjaya membangunkan Berlin Barat.
  
Sebagai Datuk Bandar yang berjaya dia bersetuju mengadakan kerajaan campuran dengan parti kerajaan, menjadikan kerajaan German barat sebuah kerajaan yang kuat dan ekonomi German Barat melambung.
  
Lepas itu dia tidak mahu lagi bergabung, dia jadi Censelor yng terbilang.
  
Richard Nixon, calon Presiden Parti Repulikan yang dikalahkan oleh Presiden John Kennedy. Dia berhijrah dari negerinya Calfornia ke New York. Sebagai bekas calon Presiden dia bertanding jawatan Gabenor New York. Dia menang. Dari situ  dia jadi calon Presiden  sekali lagi  dan dia menang.
   
Kalau Anwar jadi Menteri Besar, dia jadi Menteri Besar negeri yang termaju di Malaysia. Di negara-negara Arab itu kawan dia belaka. Di Amerika dan di Britain kawan dia saja. Untuk dapat pelaburan tidaklah susah sangat.
   
Cuma yang dibangkitkan setengah orang ialah sukakah Sultan berMenteri Besarkan  dia? Macam-macamlah yang boleh dikata tentang perkenan Sultan itu.
   
Adalah benar perkenan Sultan itu penting. Perlantikan itu mesti dibuat oleh Raja. Tetapi Raja Berperlembagaan tidak boleh buat sesuka hati seperti zaman Raja Bersiung dulu. Raja tidak bijaksana berpolitik.
   
Justeru jangan seret Raja  dalam politik. Raja berpolitik tidak boleh, menyokong parti politik pun tak boleh. Belajarlah dari kejadian Sultan Perak diseret dalam politik dalam kes rampasan kuasa terhadap Menteri Besar  Nizar Jamaluddin.
    
Dolah Badawi dan Najib seronok kerana dapat gulingkan Nizar. Tetapi  apa orang kata tentang Raja.  Seronokkah Najib tengok Sultan jadi buah mulut orang di gerai dan di jalanan?
  
Biar orang politik berbalah sesama mereka tentang  Menteri Besar. Kerja orang politik mesti berbalah. Bukan politik dunia kalau tidak berbalah.
   
Tetapi Raja jangan berbalah dengan orang politik. Payah  raja nanti. Bila Raja diseret dan Raja suka diseret, maka bersedialah Raja menghadapi tempias poliltik itu.
  
Apa akan jadi kalau Raja dikata begitu dan begini oleh rakyat? Akan jadilah ada orang suka raja  dan yang tidak suka raja.  Juahkah jadi Raja macam itu.
  
Buat macam Raja Siam. Bangkok dan seluruh Thailand lumpuh berminggu-minggu bahkan berbulan. Gara-gara orang politik berbalah. Raja buat tidak tahu saja. Dibiarkannya. Lantaklah apa mereka hendak buat.
    
Tetapi panggil mereka atau apa acara yang melibatkan Raja, sekalian  yang berbalah itu menerap dan merangkak di depan Raja. Seluruh Bangkok tunjuk perasaan. Apabila tiba hari keputeraan Raja cuti tunjuk perasaan. Selepas itu disambung semula.
   
Siapa sayang Raja jangan bangkit Raja begitu dan begini. Zaman sekarang zaman Facebook. Kalau orang takut guna facebook, nanti suasana kembali ke alam surat layang. Ia lebih teruk.
  
Tunggu dan dengarlah apa nak jadi?
KUALA LUMPUR: Ibu tunggal yang 85 peratus melecur akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas teman lelakinya di Desa Rejang, Setapak, Januari lalu, selamat dikebumikan di sini hari ini.

Suryana Saidin, 34, kakak kepada mangsa ketika dihubungi Bernama berkata Saliza, 29, yang meninggal dunia 5.15 petang semalam dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Muda, Batu Caves, tengah hari tadi.

Beliau berkata adiknya sebelum itu dirawat 12 hari di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan jenazahnya telah dimandi dan disembahyangkan di HKL sebelum dikebumikan.

Sementara itu, anak bongsu perempuan mangsa, yang berusia setahun lima bulan, yang turut melecur di bahagian muka dan tangan ketika kejadian itu, sudah sihat, bagaimanapun masih belum dibenarkan keluar dari hospital, katanya.

"Kami sudah berbincang; selepas anaknya keluar dari hospital, kakak sulung saya akan menjaga ketiga-tiga anak itu berusia satu hingga lima tahun di rumahnya di Nilai, Seremban," katanya.

Suryana, suri rumah sepenuh masa berkata, sebelum kejadian pernah berbual seperti biasa dengan adiknya itu, anak ketiga dalam keluarga, menerusi laman sosial Facebook.

Sementara itu, dalam Facebooknya, kakak sulung mangsa, Suryane, 35, berkata: "Demi Allah..aku bknlah KAKAK yg terbaik utkmu dik..tp aku akn sedaya upaya menjaga Zuriatmu sehingga akhir nyawaku..."

Dalam kejadian pada 1.30 pagi 21 Jan itu, bekas teman lelaki Saliza yang dikenali sebagai Mohd Hafizi Abdul Rahman, dikatakan datang ke rumahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR), sebelum mereka berdua bertengkar.

Pertengkaran itu berakhir dengan suspek masuk ke bilik wanita itu lalu mencurah petrol serta menyalakan api.

Suspek selepas itu ditahan pada keesokan harinya di sebuah taman perumahan di Hutan Melintang, Perak kira-kira jam 3 pagi.

Pada Selasa lepas, suspek, seorang mekanik, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mereka. – Bernama
KUALA LUMPUR: Dalam suasana Umno dan BN masih kalut bagi menghadapi pilihanraya kecil Dun Kajang iaitu sama ada BN perlu bertanding atau tidak dan sama ada calon Melayu atau Cina yang perlu diletakkan bertanding di kawasan itu, Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN berpegang kepada prinsip ‘lawan tetap lawan’ bagi menghadapi pilihanraya itu.

Pendirian dan sikap tegas Zahid itu tidak ada yang peliknya, malah itulah kewajaran yang sepatutnya bagi mana-mana juga pemimpin politik, tulis Shahbudin Husin.

“Tetapi yang menimbulkan sedikit pelik dan tanda-tanya ialah bila mana Zahid menggunakan ungkapan ‘lawan tetap lawan’ kerana semua orang tahu ungkapan itu begitu sinonim digunakan oleh Anwar Ibrahim sejak dipecat daripada Umno dan kerajaan pada 1998 lagi,” tulisnya di dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/.

Menurutnya, dalam kempen PRU 13, ungkapan itu menjadi lebih popular kerana Anwar hampr menyebutnya dalam setiap ceramahnya bagi menaikkan semangat dan menggelegakkan lagi darah perjuangan pengikut serta penyokongnya.

Baginya, apabila Zahid tiba-tiba menggunakan ungkapan itu, sedangkan beliau boleh memilih menggunakan ungkapan lain atau setidak-tidaknya mengulangi frasa-frasa kata yang kerap disebut oleh Najib, timbul tanda-tanya mengenai kecenderungan dan kekagumannya terhadap Anwar Ibrahim.

“Apakah beliau masih mengkagumi Anwar Ibrahim seperti dahulu?” tanya Shahbudin

Menurutnya lagi, menyanjung ungkapan ‘lawan tetap lawan’ yang dipinjamnya daripada Anwar Ibrahim sebagai menunjukkan nilai perjuangan yang seharusnya didukung oleh Umno dan BN sekarang, ia turut menunjukkan pengiktirafan dan adanya kebersamaan beliau dengan bekas ‘taukenya’, malah seperti menunjukkan darah perjuangan Anwar masih mengalir dalam tubuhnya.

Baca di sini

Sidek Baba Mengepalai Konspirasi Fitnah Untuk Jatuhkan Anwar


Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.

Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:

1) Lawatan ke Palestin

2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan

3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand

4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As. -wargamarhaen

Sidek Baba Yang Saya Kenal

1. Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

2. Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

3. Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.

4. Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.

5. Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.

6. Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.

7. Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.

8. Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.

9. Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.

10. Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.

11. Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.

12. Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.

13. Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.

14. Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.

15. Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu. Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.

16. Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.

17. Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.

18. Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.

19. Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.

20. Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

21. Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.

22. Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.

23. Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.

24. Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

Tiada ulasan: