Perindu Syahid Ilahi changed her profile picture.
Wednesday, 5 February 2014
BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT TAPI SEDIH UNTUK PENYOKONG UMNO .... SEBAB DUN KAJANG KOSONG DAN DSAI CALON PAKATAN RAKYAT ... TOL TIDAK DINAIKKAN.
Sebelum ini bersungguh-sungguh kerajaan UMNO/BN mau menaikkan tol tahun ini juga tapi jumlah kenaikkan belum tentu lagi sebagai usaha untuk menjimatkan wang kerajaan melalui pengurangan subsidi.
Biala DUN Kajang disitiharkan kosong dan DSAI pula calon mewakili Pakatan Rakyat maka hari ini Muhyiddin Yassin umumkan tol tidak akan dinaikkan untuk tahun ini.
Tahun depan tiada jaminan .. tapi kalau ada PRK besar kemungkinan tidak naik juga.
Jadi bila ada PRK siapa yang untung? .. Masih lagi ada segelintir rakyat tidak mau akui ini semua betapa tindakan DSAI adalah bijak dan wajar demi membantu rakyat.
Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.
Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa kabinet khas untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, seperti yang dilaporkan The Star Online.Posted by OMAK KAU!!!!
Selasa, 4 Februari 2014
KERAJAAN MALAYSIA PATUT MALU JIKA GAMBAR INI BENAR2 SAHIH..!!!
Gomen Dah Tak De Duit....MP Pulak Sebok Buat Duit...???
Posted & copy by
Rakyat Marhaen
Mahadi Hj Isa shared Zack Zackhary's photo.
Wednesday, February 5, 2014.
Chua: Setelah Hari Siang Baru Berkokok!
Kenyataan Soi Lek ibarat pepatah ‘nasi sudah jadi bubur’
Ng Kee Seng.
KOMEN: Sebenarnya tindak tanduk serta
kenyataan ahli-ahli politik Malaysia begitu mudah untuk diramalkan serta
ada segelintir dalam kalangan mereka disifatkan "tidak tahu malu".
Apabila mereka berada dalam tampuk pemerintahan serta berkuasa, pemimpin
bukan Umno dalam komponen Barisan Nasional (BN) secara harfiah menjadi
"pekak dan bisu" kepada kesengsaraan rakyat dan negara.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berada di luar bidang tampuk
kuasa dan tidak mempunyai apa-apa jawatan dengan tidak semena-mena
mereka berubah menjadi pengkritik yang tidak takut kepada pemimpin yang
mempunyai kuasa dan berada dalam lingkaran tersebut.
Terdahulu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menemui
"keberanian" untuk mengkritik dan menyalahkan bekas perdana menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad dan Umno sebagai punca yang membuatkan BN lemah.
Mengapa tidak ada pesuruh Umno yang mengetuai parti-parti gabungan BN
membuat tuduhan seperti Chua? Dimanakah pra-kontrak Presiden MCA Datuk
Seri Liow Tiong Lai? Jawapannya: 'jaga periuk nasi sendiri' semasa dalam
kuasa.
Tidak ada rakyat Malaysia yang mempercayai ahli politik sama ada dalam
BN atau Pakatan kerana dalam arena politik apa yang penting adalah untuk
berkhidmat atau menjaga kebajikan rakyat.
Satu-satunya perbezaan adalah bagaimana secara terang-terangan mereka
menyalahgunakan kedudukan mereka untuk keuntungan peribadi.
Kejayaan mereka boleh dinilai berdasarkan kekayaan dimiliki sebagai
contoh rumah banglo besar, kereta besar, majlis makan malam perkahwinan
yang lebih besar ... di negara ini tidak ada kesukaran untuk mengisi
senarai tersebut.
Salah satu "pendedahan" paling ketara yang Chua lakukan menerusi satu
kenyataan beliau di laman sosial Facebook ialah: "Keputusan yang dibuat
oleh Majlis Tertinggi Umno sering menjadikan keputusan Jemaah Menteri
dan yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam Konvensyen BN kepada
rakyat bahawa Umno adalah 'taiko' dan jika ia menjadi sombong dan
mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' ia akan memberi impak serta kesan
buruk ke atas parti-parti dalam parti komponen tersebut.
"Pendekatan ini secara tidak langsung telah melemahkan model perkongsian
kuasa yang sebelum ini berkesan dalam BN dengan membolehkan tindakan
penyalahgunaan kepada pihak yang bersetuju yang menyokong Bumiputera
seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus "mengasingkan"
masyarakat bukan Melayu.
"... Dalam tempoh 21 tahun dibawah kepimpinan Tun Mahathir, kita dapat
melihat bahawa pertumbuhan kekuatan politik Umno telah membuat
rakan-rakan gabungan berdaya saing dalam BN.
"Ia bukannya seperti kata-kata lelaki berada di jalanan tetapi merupakan
seorang bekas anggota Kabinet yang begitu banyak menyimpan rahsia.
Bolehkah Umno mempertikaikan beliau?".
Mengapa Chua dan semua bekas serta ahli-ahli Kabinet pada masa kini
membenarkan Umno untuk menentukan keputusan kerajaan apabila mereka
telah dipilih dan dengan itu bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada
rakyat dan negara?
Chua. Saya minta maaf untuk menyatakan perkara ini tetapi "pendedahan"
anda tidak akan mendapat pujian, adakah anda akan dapat membuat
kemunculan semula dalam arena politik atau mendapatkan semula keyakinan
masyarakat Cina, jika itu niat anda.
Ia hanya mengesahkan persepsi rakyat bahawa semua ahli kabinet bukan
Umno sama ada sebelumnya dan sekarang hanyalah sebagai pesuruh Umno
untuk menjaga kedudukan mereka.
Mereka tidak boleh dipercayai walaupun dalam perkara mudah untuk
mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia dan perpaduan negara.
Mereka tidak akan bertindak untuk menghentikan serangan puak konservatif
Umno yang fanatik menggunakan bangsa dan agama untuk mengancam rakyat
Malaysia dan perpaduan negara.
Chua, anda tidak akan mendapat apa-apa simpati atau hanya memperolehi
kredibiliti. Sepatutnya anda telah bertindak atau melakukan sesuatu
untuk menghentikan Umno supaya berada landasan betul apabila anda (satu
ketika dahulu) berada dalam tampuk pemerintahan dan berkuasa bukannya
sekarang.
Untuk Chua dan mereka yang seumpama dengannya, apa gunanya apabila nasi
sudah menjadi bubur? - (bermakna cuba untuk memperbetulkan kerosakan
sedia ada ternyata sudah tidak boleh diperbaiki atau diperbetulkan
lagi).
Posted by mountdweller
O.T.A.K — with Rohani Binti Abdul Hamid and 36 others.
Dmpk Tambun and Pas Tasek Ipoh Perak were tagged in Zack Zackhary's photo.
05 Februari, 2014.
Punca Sebenar Taib Mahmud Mahu Letak Jawatan Tersebar?
Posted by Addin Dee.
Spekulasi mengenai peletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan
Sri Abdul Taib Mahmud timbul kembali dan beliau dijangka akan
melepaskan jawatan bulan ini, lapor Berita Harian.
Menurut Berita Harian, keputusan untuk berundur selepas 33 tahun
menerajui Sarawak dijangka akan dimaklumkan ketika mesyuarat khas Majlis
Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sabtu ini.
Abdul Taib, 78, juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat khas bersama
semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan
Nasional (BN) Sarawak pada hari Ahad.
Akhbar itu memetik sumber yang turut memaklumkan Abdul Taib sudah
memilih beberapa calon dengan kriteria yang diinginkannya.
Berdasarkan kenyataan sumber itu kepada Berita Harian, tiga nama sudah
dikenal pasti akan menggantikan beliau, iaitu Menteri Tugas-Tugas Khas,
Tan Sri Adenan Satem, 69; Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari
Openg, 64; dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Awang
Tengah Ali Hasan, 58.
Selain itu, turut disebut calon bakal menggantikan beliau adalah bekas
anggota Kabinet Pusat, Datuk Seri Effendi Norwawi, 66.
Abdul Taib sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berundur ketika
pilihan raya negeri itu pada 2011.
Bagaimanapun, sehingga awal 2014, ianya masih belum berlaku.
"Ada yang menyatakan Taib akan dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak
menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh pada
28 Februari ini," lapor Berita Harian.
Antartika: Syukurlah MB dapat pulang dengan selamat
- Feb 05, 2014
- DR AZMAN IBRAHIM
Tegas beliau lagi, ekspedisi saintifik ke Antartika telah memberi peluang kepada peserta rombongan melihat secara dekat kerja-kerja penyelidikan para saintis dari seluruh dunia.
Sebagai rakyat Terengganu, saya menyanjung tinggi akan minat mendalam Menteri Besar terhadap bidang sains dan teknologi sehingga minatnya membawa beliau memijakkan kaki ke Kutub Selatan.
Harapan saya juga sebagai anak Terengganu, dakwaan pembaziran ini hanyalah dakwaan palsu pembangkang yang tak berasas kerana rombongan ekspedisi ini akan sedia untuk membentangkan secara terperinci butiran ‘Projek Salji’ ini kepada rakyat, antaranya:
Yang pertama, siapakah ahli rombongan tersebut dari kalangan rakyat Terengganu dan apa kelayakkan mereka dalam bidang penyelidikan?
Yang kedua, walaupun dimaklumkan bahawa kedatangan rombongan dari negeri penyu ini adalah atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile, tentunya ada belanja yang dikeluarkan. Rasanya tak munasabah pemergian mereka atas tanggungan Kerajaan Chile. Berapakah jumlah belanja tersebut?
Yang ketiga, Terengganu setakat ini masih lagi beriklim Khatulistiwa. Di hari mendatang, tiada siapa yang tahu. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah berkuasa menjadikan Terengganu sebuah negeri bersalji atau menukarkan bumi Terengganu menjadi gurun pasir yang tandus.
Saya sangat berminat untuk mengetahui walaupun sekadar makluman ringkas, apa dia kerja-kerja penyelidikan yang sedang dilakukan oleh saintis-saintis dari seluruh dunia di sana sebagaimana yang dikhabarkan oleh MB telah disaksikan oleh ahli rombongan. Kalau boleh dihuraikan sedikit apa-apa bidang penyelidikan yang boleh diaplikasikan untuk faedah rakyat Terengganu.
Saya juga merasa bangga kerana mempunyai seorang MB yang berani mengambil risiko keselamatan demi faedah rakyat, sebagaimana kata Datuk Seri Ahmad Said, “kami sebenarnya mengambil risiko tinggi kerana cuaca di sana sukar diramalkan dan berubah dalam masa yang singkat".
Syukurlah Datuk Seri dapat pulang dengan selamat. Kalau tidak, mungkin kami di Terengganu tak dapat nak membantu PRK Kajang lantaran kemungkinan PRK Dun Kijal juga diadakan serentak.
Walaupun begitu terdetik sedikit rasa hampa kerana Datuk Seri tak bawa balik seekor dua penguin sebagai buah tangan kepada kami.
Saya kecewa membaca kisah Datuk Seri, "Kalau saya nak makan angin, lebih baik saya tidak ke Antartika. Nak beli apa di sana? Nak sentuh dan bawa balik penguin pun tak boleh”.
Sebagaimana dulu Datuk Seri telah berjaya membawa angsa dari China untuk dipelihara di Tasik Kenyir sehingga kami tidak perlu lagi membelanjakan wang untuk ke China bagi melihat angsa tersebut, begitulah juga kami amat berharap untuk melihat penguin di Terengganu tanpa perlu ke Underwater World, Langkawi untuk bermesra dengan spesis salji ini.
Cuma maafkan saya Datuk Seri. Walaupun saya hanya rakyat biasa, seketika saya juga pernah berkhidmat sebagai tenaga akademik di sebuah universiti tempatan , selalu saya nyatakan kepada rakan-rakan, apa sahaja penyelidikan yang kita lakukan dengan menggunakan geran penyelidikan yang diambil dari wang rakyat, pastikan kita mampu menghasilkan sesuatu untuk faedah rakyat, dengan makna kita mampu memulangkan kembali wang rakyat yang diambil dengan nilai manfaat yang bakal mereka perolehi.
Walaupun saya cuma anak kampung dengan cara pemikiran yang agak kekampungan, tetapi secara tegas saya nyatakan, saya anti dengan penyelidikan yang cuma di atas kertas yang akhirnya dapat dimanfaatkan sekadar untuk rekod pencapaian peribadi penyelidik.
Bila nak memohon untuk kenaikan pangkat, lantas akan dikemukakan “Ini senarai research yang pernah saya buat!” lantas, dari seorang pensyarah biasa boleh naik pangkat jadi pensyarah kanan, professor madya dan seterusnya professor. Ini dalam kes di universiti.
Saya sentuh sedikit bab universiti sebab dimaklumkan bahawa antara ahli rombongan adalah sekumpulan saintis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Maafkan saya kerana cuba menyentuh bidang kerja para bijak pandai.
Berbalik semula kepada Projek Antartika, permintaan rakyat biasa seperti saya mudah sahaja Datuk Seri MB. Diharapkan selepas jutaan wang rakyat dibelanjakan, kita ingin melihat hasilnya secara nyata untuk rakyat Terengganu dan bukannya teori semata-mata. Terima kasih Datuk Seri Ahmad Said.
Rakan setugas anggota polis yang ditembak mati ditahan
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota terbabit ditangkap pada 7.00 malam dan dibawa ke Balai Polis Travers.
Polis bagaimanapun tidak menyatakan lokasi anggota terbabit ditahan.
"Umurnya dalam lingkungan 30an, polis juga telah merampas sepucuk pistol miliknya serta beberapa dokumen lain yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah bagi sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya di sini, hari ini.
Menurutnya polis akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan.
"Mangsa bunuh tidak membawa senjata api ketika kejadian, motif kejadian masih belum dapat dipastikan," katanya.
Semalam, anggota polis Cawangan Khas itu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.
Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter berdekatan sebuah motosikal.
Di lokasi kejadian polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah topi keledar dan jaket.
Dalam kes lain beliau berkata 87 laporan polis telah diterima terhadap satu penerbitan video Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang dipercayai melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
"Rakaman percakapan dengan 87 pengadu telah dilakukan dan polis akan merujuk kes ini kepada peguam negara sama ada dapat dituduh atau sebaliknya," katanya.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang berlakon sebagai pengacara telah menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina dan tetamu undangan Kok dikatakan membuat kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Sementara itu, sebanyak 50 papan kenyataan telah diserahkan kepada 50 sekolah di Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.
Papan kenyataan itu bertujuan berkongsi informasi dengan golongan pelajar dari sudut kepolisan termasuk berkaitan undang-undang, aktiviti sekolah serta keratan akhbar. – Bernama
Kelantan sumbangan RM50,000 kepada Maahad Al-Azhar
- Feb 05, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, peruntukan itu bertujuan untuk membeli kelengkapan di bilik kuliah tersebut.
“Kelengkapan yang ada itu begitu terhad, kerajaan negeri merasakan tanggungjawab sosial itu perlu untuk membeli meja, komputer dan lain-lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Menurutnya, maahad tersebut merupakan sebuah pusat pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Al-Quran dan qiraat.
“Keseluruhan pelajarnya lebih 300 orang dan majoritinya dari Kelantan.
“Sekarang kedutaan Malaysia di sana sedang berusaha untuk membeli kelengkapan itu dan meminta setiap negeri turut bekejasama menjayakan hasrat itu,” ujarnya.
Sambungnya, Kelantan akan menyalurkan keseluruhan dari peruntukan yang diperlukan itu sebanyak RM50,000.
“Kerajaan negeri dalam mesyuarat exco hari ini membuat keputusan untuk menyumbang keseluruhan peruntukan yang diperlukan dan sekiranya negeri-negeri lain juga berhasrat membantu boleh berbuat demikian,” ujarnya.
Menjawab soalan kenapa Kelantan bersedia memberikan bantuan keseluruhan peruntukan yang diperlukan, Fadzli berkata antaranya kerana sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar negeri ini.
Selain itu juga katanya, pendidikan Islam menjadi agenda utama di Kelantan dan ia begitu istimewa dirasakan oleh kerajaan negeri.
“Jadi atas sebab itu kerajaan negeri berhasrat untuk menyumbang keseluruhan peruntukkan yang diperlukan,” ujarnya.
Sambungnya, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Pelajar di sana untuk diserahkan kepada maahad tersebut.
PRK Kajang peluang pengundi hukum Umno BN
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa,” kata beliau dipetik KeadilanDaily.
Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
“Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,” kata beliau kepada Keadilandaily.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
“PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
“Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
“Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac.
Yasmin Yusof shared Kasih Sayang Ibu."'s photo.
Sebuah Kisah : Ternyata jodohku Dekat Denganku
Aku seorang wanita berumur 26 tahun. Selama 26 tahun, aku hidup bersama orang tua dan dua adikku. Kami hidup sederhana
bahkan kadang di bawah batas kemiskinan. Ya, itu sempat terjadi saat
aku kecil dulu. Kini, setelah aku bekerja, keadaan keluargaku sedikit
demi sedikit mulai membaik.
Di usia ke-26 ini, seperti halnya dengan perempuan seusiaku, akugalau
memikirkan jodoh. Wajar, bukan, jika aku memikirkan pendamping hidupku
di usia yang relatif matang untuk wanita...???
Banyak cara kutempuh agar aku bisa segera mendapatkan jodoh. Hingga
satu waktu aku bertemu dengan seorang ustadz yang menyuruhku untuk
memperbanyak sedekah, sholawat, dan membaca al-quran. Dan, aku
menurutinya. Aku melakukannya rutin setiap hari. Bersedekah semampuku
pada mereka yang membutuhkan.
Sampai pada satu masa, aku bertemu dengan teman SMA-ku. Seorang lelaki
yang dulunya adalah Ketua Umum OSIS. Kau tahu apa yang membuatku
terkejut ketika berjumpa dengannya...???
Ia memberiku pertanyaan yang benar² membuat duniaku berputar, jungkir
balik bersalto ria. Seperti ini pertanyaannya kira²,
"Aku bermimpi menikah denganmu. Dan, banyak usaha yang kulakukan agar
bisa bertemu kembali denganmu. Kini, setelah kita bertemu, maukah kau
menikah denganku...???"
Subhanallah... bayangkan saja, melalui mimpi ia bertemu denganku.
Kutanya mengapa bisa memimpikanku, ternyata ia rutin sholat istikhoroh,
meminta petunjuk agar dipertemukan dengan jodohnya. Dan, dalam mimpi
meminta jodoh tersebut, aku ada di dalamnya. Masyallah, begitu jalan
cerita yang dibuat oleh-Nya.
Dengan upaya, kami bertemu pada satu sosial media, lalu bercengkrama
dan kini bertemu di sebuah cafe. Membicarakan rencana pernikahan kami
yang tinggal dua bulan lagi.
‘‘...Allah SWT, rencanaMu selalu indah. Kami bertemu pada masa yang
tepat, ketika masing² dalam upaya memantaskan diri..
SUBHANALLAH
Semoga kita dikaruniai pasangan halal yang tulus mencintai kita dan
mampu saling membahagiakan..... Aamiin..
________________
9 TANDA DIA AKAN MENJADI JODOHMU
(Ga baca nyesel)
Baca selengkapnya disini→Cinta dalam hati
Insya Allah bermanfa'at
A
story: turns out jodohku Near Me I am a woman, 26 years old. For 26
years, I lived with my sister and two parents. Our simple life even
under the poverty threshold. Yes, that was the case when I was small I
used to. Now, after I worked, my family's circumstances began to improve
little by little.
In the age of 26, as is the case with women my age, akugalau think soul mate. Reasonable, not, if I think of my life companion in a relatively mature age for women ...???
A lot of the way straight before my face so I could soon get a soul mate. Until one time I met an ustadz who told me to multiply my charity, font, and reading the quran. And, I obeyed him. I do this routine every day. Semampuku giving charity to those in need.
Until at one time, I meet up with my HIGH SCHOOL friends. A man who was once Chairman of the STUDENT BODY. You know what made me surprised to meet him ...???
He gave me the right questions ² makes my world spin, somersault bersalto ria. As this question is about, "I marry you dreamed of. And, I did a lot of effort in order to meet again with you. Now, after we meet, will you marry me...? "
Subhanallah ... just imagine, dream, he met me. Kutanya why memimpikanku, it turns out he routinely pray istikhoroh, asking for instructions to be reunited with her soul mate. And, in a dream asking the soul mate, I'm on it. Masyallah, so the plot made by him.
With effort, we met on one social media, then chat and now meet in a cafe. Discuss plans for our wedding who lived two months longer.
‘‘...God Almighty, g. always beautiful. We met at the right time, when each square in an attempt to memantaskan themselves.
SUBHANALLAH hopefully we are endowed with genuine halal couples love us and be able to appease each other. ... Aamiin..
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 9 SIGNS HE WILL BECOME JODOHMU (Ga read nyesel) read more here → Love in your heart God willing bermanfa'at (Translated by Bing)
In the age of 26, as is the case with women my age, akugalau think soul mate. Reasonable, not, if I think of my life companion in a relatively mature age for women ...???
A lot of the way straight before my face so I could soon get a soul mate. Until one time I met an ustadz who told me to multiply my charity, font, and reading the quran. And, I obeyed him. I do this routine every day. Semampuku giving charity to those in need.
Until at one time, I meet up with my HIGH SCHOOL friends. A man who was once Chairman of the STUDENT BODY. You know what made me surprised to meet him ...???
He gave me the right questions ² makes my world spin, somersault bersalto ria. As this question is about, "I marry you dreamed of. And, I did a lot of effort in order to meet again with you. Now, after we meet, will you marry me...? "
Subhanallah ... just imagine, dream, he met me. Kutanya why memimpikanku, it turns out he routinely pray istikhoroh, asking for instructions to be reunited with her soul mate. And, in a dream asking the soul mate, I'm on it. Masyallah, so the plot made by him.
With effort, we met on one social media, then chat and now meet in a cafe. Discuss plans for our wedding who lived two months longer.
‘‘...God Almighty, g. always beautiful. We met at the right time, when each square in an attempt to memantaskan themselves.
SUBHANALLAH hopefully we are endowed with genuine halal couples love us and be able to appease each other. ... Aamiin..
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 9 SIGNS HE WILL BECOME JODOHMU (Ga read nyesel) read more here → Love in your heart God willing bermanfa'at (Translated by Bing)
Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta
Written By canang on Rabu, 5 Februari 2014 | 2/05/2014 10:41:00 PTG
Alhamdulillah. Gembira Abang Nara melihat kebahagiaan rumahtangga Ashraf Muslim di samping kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah. Walaupun sebelum ini Wan Sakinah dikritik hebat kerana menunjukkan gambar “baby bump”nya, nampak gayanya hubungannya dengan Dayana amat baik sekali. Tahniah kepada Ashraf Muslim kerana menjadi suami yang hebat dan mampu membimbing kedua-dua isterinya.
Gambar-gambar kemesraan ini telah dikongsi oleh Ashraf Muslim menerusi laman Facebooknya. Wan Sakinah dan Dayana telah datang untuk menghantar suami mereka terbang menunaikan umrah. Berikut ialah status yang telah dikongsikan oleh Ashraf Muslim.
Assalamualaikum semua.. Saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. Saya sayang kamu berdua.. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat.. Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah.. Terima kasih Allah.. Terimalah aku dan isteri2ku menjadi hambamu yg “Special” disisimu. InsyaAllah..
Kalau mereka bertiga sudah bahagia dengan kehidupan sebegini, siapalah kita untuk mengkritik bukan? Biarkanlah mereka. Jangan diganggu lagi. Jangan dipandang serong. Perkara yang sudah berlalu, biarkanlah berlalu. Yang penting mereka kini sedang mengecapi kebahagiaan hidup. Lagi 2 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan