Isnin, 3 Februari 2014

KAKI BODEK ...IA AKAN BEKERJA MEMBODEK AJE....KAKI LUCAH AKAN GUNA JENTERA PASAL LUCAH JUGA...KAKI AGAMA AKAN GUNA JENTERA KEARAH AGAMA...KAKI NERAKA AKAN BUAT KERJA2 NERAKA.....AHLI SYURGA AKAN BERAMAL KERJA2 UNTUK DAPAT RAHMAT ALLAH SWT

12:57PM Feb 3, 2014

Prof: Langkah Kajang bukan alih perhatian kes liwat


Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang dilihat bukan bertujuan mengalih perhatian terhadap rayuan kes liwat, kata ahli akademik.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman (kiri) berpendapat, Anwar sudah mangli dengan kes mahkamah kerana menghadapinya sejak 1998 lagi.

“Sejak 1998, Anwar sudah sering keluar masuk mahkamah dan saya tidak fikir langkah bertanding di Kalang untuk mengalih perhatian daripada rayuan pasukan pendakwaan dalam kes pembebasannya dari Liwat II kerana beliau sudah sering keluar masuk mahkamah dan malah pernah dipenjara.

“Hakikatnya, orang ramai juga sedar tentang kes berprofil tinggi seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang dan lain-lain yang dilihat sebagai kegagalan pendakwaan dan bagaimana kerajaan menguruskannya berbanding kes Anwar,” katanya kepada Malaysiakini.


kSiapa kata semua naik?? Ini bukti turun....!!! 5 tahun lagi harga kereta turun...BN pun tu


KENAPA TAK PUJI KERA..JAAN ? Inilah nasib orang kampung... umur semakin tua.. tenaga semakin kurang.. getah semakin sedikit.. barang semua naik harga.. hasil titik peluh tiada harga.. Nasib rakyat malaysia... getah toreh sendiri.. jual getah murah.. tayar buat sendiri.. tapi bila kera..jaan cukai sana cukai sini nak beli tayar mahal x ingat.. hairannya Singapura tiada industri getah tapi tayar kat sana murah2.. Makan la hasil rakyat puas2 najib.. tabur kat kroni.. serah kat anak bini.. kat akhirat hang jawab la nanti..

UMNO memperjuangkan Politik bukannya perjuang agama...
Like · · · 14 minutes ago ·
 
 


AKU CUMA NAK NASIHATKAN PENCACAI UMNO TAK YAH MEMFITNAH YANG BUKAN-BUKAN TUDUHAN PALSU TENTANG PEMIMPIN PR,,,, DAH BASI.... PEMIMPIN YANG KORANG SANJUNG PUN BUKAN CLEAN SANGAT. berita mengenai si gadis misteri Flora Ong dalam senarai 'wanita panas' Najib telah menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pemimpin2 UMNO, di mana kononnya sudah ada beberapa plot untuk menggulingkan Najib oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Timbalannya Muhyiddin Yassin dan mentornya Mahathir Mohamad. "Kami telah melakukan siasatan latar belakang Flora Ong ini. Dia adalah seorang warganegara Malaysia berketurunan Cina dan alamatnya pada masa itu adalah di Ampang," kata Deepak. Pendedahkan terbaru Deepak dibuat ketika Deepak memfailkan saman terhadap PM Malaysia. Yang pertama adalah saman fitnah RM100 juta terhadap respons Najib yang menuduhnya sebagai "orang yang tidak boleh dipercayai" semasa sidang akhbar Januari 17. "Kenyataan yang dibuat oleh Najib telah menjejaskan kredibiliti saya kerana ia datang dari seorang Perdana Menteri" , Deepak memberitahu pemberita di lobi Mahkamah Tinggi, di mana peguam beliau memfailkan saman itu pada Jumaat lalu. Berikutnya pula, ada satu lagi saman sebanyak RM3 bilion terhadap Najib, Rosmah, adiknya dan Kerajaan Malaysia akan difailkan,berkaitan "sambungan ke atas semua tawaran yang mereka menarik diri daripada kami(Deepak)(beberapa firma kepunyaannya dan keluarganya)" tegas Deepak. Deepak telah mendakwa dirinya sebagai'orang utama'digunakan oleh pasangan PM bagi meraih tawaran kontrak kerajaan yang dianugerahkan itu untuk memberi manfaat kepada keluarga PM dan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, setelah perniagaan bersama Rosmah gagal, Deepak mendakwa bahawa syarikatnya telah disasarkan dan dia kehilangan sejumlah wang yang besar kerana tawaran2 yang diperolehinya dahulu telah ditamatkan. Pejabatnya telah diserbu dan dia mendapati dirinya telah 'disenaraihitamkan' daripada kontrak kerajaan, tambahnya.- malaysian chronicle
 6:00PM Feb 2, 2014

Ahmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang


Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini , depan tiga orang hakim.

Lipat ganda usaha

Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.

"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.

Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.

"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.

Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.
 PRK Kajang: Khir Toyo Mohon BN Tidak Bertanding
Posted on Monday, February 03 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Khir Toyo mohon agar BN tidak masuk bertanding di PRK DUN N25 Kajang lawan DSAI kerana kekalahan adalah pasti.

Biarlah rakyat kata UMNO/BN pengecut ...

Bekas Menteri Besar Selangor yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah DS Mohd Khir Toyo telah menggesa agar BN melupakan PRK N25 Kajang kerana mengganggap kemenangan BN di sana sebagai suatu yang mustahil.

“Don’t contest. It is quite impossible to win the seat and a victory will be pointless as it changes nothing,”

Beliau berkata demikian merujuk kepada jumlah kerusi yang diperolehi BN Selangor pada PRU13 lalu yang cuma mendapat 12 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi. Jika BN menang di Kajang sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Kemenangan besar Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 pada PRU 13 mungkin menjadi penyebab Khir Toyo menganggap kemenagan di DUN itu sebagai mustahil.

Khir Toyo juga menganggap PRK Kajang merupakan satu perangkap politik. Beliau menggesa BN agar tidak bertanding kerana baginya hanya  membazir wang. Sebaliknya beliau menyeru BN memberi fokus kepada penyelesaian kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia sekarang.

“So never mind if they call us cowards for not contesting. Let them. We should think about the bigger picture,”

APA LAGI UMNO MAU?????
 6:00PM Jan 29, 2014

Mat Sabu: PAS tak akan boikot kempen di Kajang


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya,  Lee Chin Cheh dua hari lepas.
anak muda yg berani......
Inilah dia Hamzah, pemuda dari aljazair telah membongkar dan merosak Website kejahatan Israil yang bernilai 3 Juta, Kini Hamzah tertangkap dan disuruh membetulkan website yang telah ia hack tetapi beliau tidak mau walaupun dibayar jutaan dolar, bahkan Dia memilih mati syahid atau penjara, tak peduli walaupun disiksa . . SHARE ~
NI BETUL BUKU DENGAN RUAS......BERSUMPAH DI MASJID....CUBA TEST
PENDEDAHAN ESKLUSIF: MENGAPA MCA BANTAH UMNO MELETAKKAN CALON DI PRK N25 KAJANG.

INFO LEAKED.. Patutlah MCA bantah bagai nak gila cadangan dimana UMNO nak meletakkan calonnya diKajang untuk menentang DS Anwar Ibrahim. Lagipun isyarat kempen lucah oleh UMNO telah diwar-warkan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=607729765965480&set=a.382209945184131.87595.382077561864036) baru baru ni..

Rupanya inilah calon cadangan UMNO.. Bagi mereka i...See More
Like · · · 942130 · 4 hours ago ·


Hmmm... macam menyampah je Syasya bila baca tajuk diatas... Syasya paling tak suka kawan makan kawan sendiri. Depan je baik tapi berniat jahat disebaliknya.. Syasya kena hati-hati selalu dengan kawan sebegini. Baik lupakan je kawan macam tu kan...

Baca selanjutnya...

Niat baik seorang kawan dikenali Hana untuk membantu pelakon Watie Elite memiliki kereta sendiri memakan diri sendiri apabila diisytiharkan muflis. Ini berikutan kegagalan Watie untuk menjelaskan hutang kereta tersebut sejak beberapa tahun dulu.

Pemilik nama penuh Norhanasafiza Mat Adnan menceritakan kisah lapan tahun lalu itu kepada media tentang bagaimana dia telah bersetuju untuk meminjamkan namanya kepada pelakon itu semata-mata untuk membolehkan Waite membeli kereta.

Kata Hana, dia bersetuju membantu rakannya kerana kesiankan Watie yang ketika itu digantung tidak bertali oleh bekas suami dan hidup dalam kesusahan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka Watie diisytiharkan pada tahun April 2013 dan menyebabkan baki hutang kereta meningkat dari kira-kira RM60,000 kepada RM99,000 lapor Harian Metro.

“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali. Anaknya pun masih kecil, tak tergamak biarkan mereka hidup dalam keadaan begitu." 

“Tawaran berlakon banyak, tetapi susah untuk dia berulang alik kerana tiada pengangkutan. Dia mahu beli kereta Toyota Wish tetapi tidak boleh buat pinjaman bank kerana namanya disenarai hitam."

“Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya. Saya cuma pinjamkan nama dan bayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta."

“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayaran tidak konsisten.”

Ekoran berasa dianiaya, ibu kepada dua cahaya mata itu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Watie Elite dan kini hanya menunggu panggilan dari pihak Mahkamah untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Hana memberitahu pernah menasihatkan Watie agar menjual kereta itu andai tidak mampu dan wang diperoleh boleh digunakan untuk membeli kereta terpakai secara tunai namun tidak diendahkan pelakon itu.
“Dia asyik mengelak apabila saya tanya perkara itu. Tidak lama selepas itu, saya menetap sekejap di Australia dan apabila pulang ke tanah air, saya dapat tahu dia berkahwin dan guna Toyota Harrier. Saya ingatkan hal pinjaman Toyota Wish itu selesai dan buat tak tahu saja."

“Sampailah awal tahun lalu, saya dan beberapa kawan mahu ke Singapura tetapi saya tak boleh memasuki negara itu berikutan nama disenaraihitam. Apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mahu keluarkan duit di bank tetapi tak boleh."

“Selepas menyelidik, rupa-rupanya akaun saya dibekukan dan dinasihatkan supaya berurusan dengan pihak Insolvensi."

“Saya dimaklumkan nama saya diisytihar muflis pada April 2013 kerana tidak membayar tunggakan pinjaman kereta. Terus saya teringat kereta yang digunakan Watie.” 

"Bagi menyelesaikan perkara itu, dia berusaha mencari Watie dan bertemu pada November lalu tetapi dia mendakwa sudah menyerahkan kereta kepada seseorang untuk diselesaikan dan ada membuat laporan polis individu itu melarikan diri."

“Tuhan itu Maha Kaya, akhirnya saya jumpa Watie dan mengikutnya hingga ke pusat beli-belah The Curve. Dia bersumpah sudah serahkan kereta itu kepada seorang lelaki yang akan selesaikan perkara itu dengan saya. Dia juga mendakwa sudah buat laporan polis dan saya ajak dia ke balai polis untuk buat laporan."

 “Selepas disemak, tak ada pun laporan polis dibuat dan saya cadangkan dia laporkan dia yang menggunakan kereta itu. Syukur dia buat laporan dan itu bukti yang saya boleh ketengahkan dialah pengguna kereta itu."

“Ketika mahu beli kereta itu, kami ada buat perjanjian bertulis depan jurujual tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti sebab tidak matikan setem.”

Tiada ulasan: