Selasa, 4 Februari 2014

HASIL BIJAK ATAU BODOH MENGUNDI....KESAN SENDIRI TANGGUNG....JANGAN NAK MERUNGGUT2....AMBIKKAU

Tuesday, 4 February 2014


BERITA GEMBIRA YANG DITUNGGU-TUNGGU PENYOKONG UMNO SUDAH TIBA .....INSURANS KENDERAAN KERETA DAN MOTOR NAIK 15% MULAI 15HB FEBRUARI 2014.




Tahniah kepada kesemua penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN kerana memberikan sokongan padu tidak berbelah bagi dengan berkerja keras berhempas puluas dan bertungkus lumus untuk memenangakan UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Kini salah satu hadiah dari kerajaan UMNO/BN ialah kenaikan bayaran insurans untuk semua jenis kenderaan mulai 15 hb Februari 2014.

Kalau rasa tidak puas hati kerana kenaikan di anggap terlalu kecil, apa kata desak supaya naik sampai 150%.

Ini baru betul kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat .. tidak mau rakyat hidup susah .. kerajaan berjiwa rakyat murni lagi suci. .. APA LAGI PENYOKONG UMNO MAU.

Insurans Kenderaan Kereta dan Motor naik Februari 2014. berita kenaikan insurans kenderaan ni memang tak disebut dalam berita, tetapi dijangka tidak lama lagi harga insurans kenderaan akan naik sebanyak 15% bermula 15 Februari 2014 ini menurut sumber daripada kalangan kakitangan syarikat insurans sendiri.

Menurut laporan akhbar pada 25 Feb 2011, insurans kenderaan dikatakan akan meningkat secara berperingkat bermula pada tahun 2012 hingga 2015, ianya sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai kenaikan harga insurans kenderaan bermotor pada 25 Feb 2011.

 Jadi, dinasihatkan kepada kalangan pembaca yang mana cukai jalan (roadtax) kenderaan yang mati sebelum 14 Mei 2014 boleh perbaharuinya semula dengan segera untuk mengelakkan kerugian.

Dengan kenaikan insurans naik sehingga 15%, agak tinggi juga perbezaan untuk perbelanjaan anda kelak. Walaubagaimanapun pilihan ditangan anda.

Industri kotor China
  • Industri kotor China Sisipan Global Sinar Harian hari ini
1 / 1
DAGING tikus dikatakan daging kambing, produk tenusu dicampur bahan kimia berbahaya, buah dan sayur mengandungi bahan pengawet dan toksin serta ‘minyak longkang’ kitar semula digunakan untuk memasak antara isu keselamatan makanan di China.
Minggu lalu, negara terbabit sekali lagi terpalit skandal terbaharu apabila peruncit terbesar dunia Walmart mengeluarkan arahan akan mengetatkan pemeriksaan terhadap pembekal produk makanan China selepas terpaksa menarik semula daging keldai dipercayai mengandungi daging musang.
Menurut syarikat berpangkalan di Arkansas, Amerika Syarikat itu, pihaknya juga akan mengubah peraturan di China bagi memastikan penghantaran daging diperiksa dan didokumenkan lebih terperinci sebelum dipasarkan.
Penarikan semula dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Shandong memaklumkan, produk daging keldai dengan lima rempah mengandungi daging musang.
“Antara keperluan diperlukan termasuk menyediakan label kandungan produk, laporan ujian makmal ke atas makanan dan permit pengilang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, vendor juga perlu mengesahkan produk dikeluarkan adalah organik atau mempunyai kebaikan kepada kesihatan pengguna.
Penyelidik makanan dan farmaseutikal peraturan keselamatan China, Profesor Mao menyifatkan penghasilan makanan di negara itu kini telah menjadi skala lebih besar dan lebih berteknologi.
Namun, masalah timbul apabila penggunaan teknologi canggih digunakan untuk menipu penyediaan makanan dan pengguna.


Dapatkan sisipan global di akhbar Sinar Harian hari ini .
Artikel Berkaitan
Berang cara pengusaha restoran kaut untung
  • Restoran caj lebih sempena Tahun Baharu Cina Jumlah bayaran keseluruhan termasuk bayaran caj perkhidmatan Tahun Baharu Cina yang diragui.
1 / 2
IPOH - Berang kerana berasa tertipu dengan caj tambahan dikenakan sebuah restoran terkemuka di bandar raya baru-baru ini, seorang pelanggan, Zainoori Zainal Abidin,  membuat laporan di pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, semalam.

Katanya, tindakan restoran mengenakan 'caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina' sebanyak 10 peratus dianggap menganiaya pelanggan kerana tiada notis makluman yang jelas mengenai caj itu.

Zainoori ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan, dia dikenakan bayaran RM250.95 termasuk caj tambahan RM22.81 untuk makan malam lima orang.

“Saya tidak tahu mengenai caj yang akan dikenakan tambahan pula diberi nama ‘caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina’.

“Jika sebelum ini, bayaran yang dikenakan hanya RM37 hingga RM38 sekepala, dan bagi hidangan untuk lima orang pada malam itu saya menjangkakan bayarannya tidaklah mencecah  angka yang tertera pada resit bayaran itu.

“Ketika ditanya, kakitangan itu memaklumkan pelanggan sudah pun dimaklumkan menerusi notis yang ditampal di restoran berkenaan. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung kelulusan mengenai caj berkenaan dan hanya memberitahu ia adalah arahan daripada pihak atasan,” katanya ketika ditemui setelah selesai membuat aduan di pejabat PPDNKK di sini, semalam.

Zainoori berkata, dia berharap PPDNKK melakukan siasatan lanjut berhubung laporannya termasuk kewajaran pengusaha restoran terbabit mengenakan caj tambahan 10 peratus yang diragui sama ada diluluskan pihak berwajib atau sebaliknya.

"Bolehkah pengusaha restoran mengenakan caj-caj pelik seperti ini, dan adakah ia dibenarkan?  Pihak berwajib kena siasat, jangan biar pelanggan terus tertipu dengan taktik licik mahu kaut untung lebih," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan restoran berkenaan, Noor Shafarina Jamaluddin, berharap pihak PPDNKK akan segera melaksanakan tindakan terhadap restoran berkenaan.

Katanya, sekiranya perkara berkenaan dibiarkan, lebih banyak restoran akan mengikuti kaedah berkenaan dan lebih ramai pelanggan akan tertipu oleh sikap pihak restoran yang jelas tidak bertanggungjawab itu.

“Saya sangat berharap agar pihak KPDNKK dapat melaksanakan tindakan tegas terhadap restoran berkenaan dan seterusnya memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai aduan itu, jurucakap PPDNKK berkata, pemeriksaan akan dibuat terhadap restoran berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, difahamkan segala maklumat yang diperoleh hasil pemeriksaan berkenaan akan disalurkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut kerana segala bentuk caj melibatkan cukai di bawah jabatan berkenaan.
Artikel Berkaitan

Umno untuk sikaya...
SETELAH PENAT BERBAHAS DI PARLIMEN TAK SALAH RASANYA PARA AHLI PARLIMEN MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK DAN ISTERI PERGI BERCUTI......DIMANAPUN TEMPATNYA IKUT KEMAMPUAN MEREKA..... PEEEEEWEEEEET....

Nazmi Mie Gaya hidup mewah yg d amalkan dari dulu lagi..rakyat cam tu gak..tp xreti2 nk tukar...
 
 
 
Nazmi Mie Puak2 ni mmg suka sngt tengok minda rakyat yg boleh di gula2 kan...senang dpt duit banyak giler...
 
 
Bakteria e-coli ditemui dalam Sungai Batu Ferringhi
pada 04-02-2014 01:02 
Post Pic
GEORGETOWN: Ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam mendapati ia mempunyai elemen bakteria e-coli (Escherichia coli). 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut. 
"Kami juga meminta Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap tangkapan hasil laut di sekitar perairan kawasan Batu Ferringhi sama ada mempunyai elemen bakteria e-coli atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 
Semalam, akhbar melaporkan sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi di sini, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, bertukar hitam dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan selain berdepan masalah hakisan pantai yang serius. 
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata: "Kami menyerahkannya kepada MPPP untuk makluman balas. 
Apa yang difahamkan daripada Patahiyah (Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail), ia sebenarnya oleh IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd). Saya tidak mahu menambah apa lagi. 
"Biarlah MPPP yang memberi makluman balas. Ini isu IWK. MPPP akan keluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan BEST (Bridge Express Shuttle Transit) Bertam-Komtar, di sini hari ini. 
Perkhidmatan bas percuma BEST dari Kiosk Bertam ke Komtar bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini. 
Lim berkata perkhidmatan BEST Komtar yang diperkenalkan pada 3 Disember 2012 telah memberi manfaat kepada penjawat awam yang bertugas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). 
Perkhidmatan pertama itu menggunakan dua bas Plusliner Syarikat Konsortium Nasional Berhad dengan jadual perjalanan dari Sunway Carnival, Seberang Jaya dekat sini ke Komtar pada 6.50 pagi 
dan dari Komtar ke Sunway Carnival pada 5.20 petang.
Tindakan Singapura ugut World Hijab Day mendukacitakan – Nik Nazmi
Posted on Tuesday, February 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Adalah sangat mendukacitakan apabila (Hari Tudung Sedunia) di Singapura telah dipaksa diberhentikan setelah kumpulan tersebut menerima ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura.

Namun, tujuan World Hijab Day hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014. Sejak itu, kumpulan tersebut telah dibubarkan.

World Hijab Day (WHD) merupakan satu kempen kesedaran antarabangsa yang telah dijalankan di serata dunia dan diterima oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Belgium, Belanda, Perancis dan Australia.

Kempen ini yang mempunyai duta di lebih 100 buah negara telah menunjukkan sokongan kuat daripada orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dalam meningkatkan pemahaman agama dan penghapusan diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Malaysia pula sangat aktif dalam usaha ini kerana terdapat peserta orang Islam dan bukan Islam yang memakai tudung telah berkumpul di beberapa kompleks beli-belah.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga mempunyai duta-duta yang bukan beragama Islam iaitu, Carol Lee, Mrs. Universe 2013 dan Felixia Yeap yang menyokong usaha ini.

Oleh itu, tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan WHD Singapura sangat mengecewakan kerana ini dengan jelas merupakan diskriminasi terhadap orang Islam yang bertudung dan usaha-usaha untuk menyebarkan pemahaman agama sesama walaupun kita tinggal di dalam komuniti yang pelbagai.

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

keadilandaily


 

Tuesday, 4 February 2014

PRK KAJANG .... APA LAGI UMNO MAU ... PRESIDEN PAS SOKONG PADU DSAI SEBAGAI CALON PR.



Hancur berderai impian UMNO/BN mau melihat perbalahan antara KEADILAN dengan PAS isu kekosongan DUN N25 Kajang dan DSAI sebagai calon KEADILAN/PR.

Kini secara rasmi telah keluar dari mulut Dato' Seri Presiden PAS bahawa PAS akan bersama-sama dengan KEADILAN dan menyokong padu serta membantu DSAI dalam menghadapi PRK Kajang.

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat, maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi Pihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK Kajang.

“Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS, malam tadi.

Mesyuarat itu, jelasnya telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah PRK di Dun N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan Adun Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

Mesyuarat juga, kata beliau merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.

“Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mendesak agar pihak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.

3 comments:

  1. YAHAYA BIN ISMAIL @ Facebook
    AZMIN PERNAH DISODOMI OLEH ANWAR? Adakah Yahaya Ismail a.k.a Pak Ya , Penulis, Rakan akrab Anwar semasa dalam Kerajaan sesuka hati menuduh Anwar meliwat Azmin??
    Begitu berani Pak Ya ini menuduh. Adakah beliau tidak takut bala Allah terhadap fitnah? Atau bakal disaman oleh Anwar dan Azmin?
    Pak Ya mengajak semua rakyat malaysia berdiskusi dgn beliau jika melalui facebooknya!

    Siapakah Pak Ya ini? Apa latarbelakangnya? Sesiapa yang mengenalinya harap kongsi info.
    Reply
  2. *Yahaya Ismail Penulis Upahan*



    Oleh *Ummu Natasya*
    PENULIS upahan terkemuka tanahair, Yahaya Ismail sudah menampakkan belangnya. Dalam akhbar Bebas terbitan terbaru syarikatnya, Usaha Teguh Sdn. Bhd. Yahaya memuji-muji Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain.
    Kononnya, Syed Razak ini cukup bagus dilantik menjadi Menteri Besar kerana dia lebih baik dari Tan Sri Osman Aroff dan Tan Sri Sanusi Junid.
    Dulu, Yahaya juga yang menulis buku memuji-muji Dr. Mahathir dan Osman Aroff dan meminta-minta supaya Exco-exco Kedah membelinya dalam bentuk pukal. Bila Sanusi jemput dia makan bersama dan dapat habuan, dia puji Sanusi bagi nak rak. Dia kata Sanusi seorang Menteri Besar yang mempunyai idea luar biasa dengan kepalanya yang berkilat dalam kilau.
    Berapa pula Syed Razak 'kena' dengan Yahaya kali ini. Mustahil Yahaya boleh memuji Syed Razak tanpa sebab. Di samping puji Syed Razak, Yahaya membelasah Dato' Abdullah Hasnan Kamaruddin, bekas Exco yang tewas di DUN Anak Bukit.
    Inilah Yahaya Ismail. Dia menulis kerana diupah. Dulu, dia memuji-muja Tengku Razaleigh Hamzah dan membelasah Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bila Dato' Mustapa Mohamed dan Tun Daim bagi dia duit, dia mula puji Dr. Mahathir dan membelasah Tengku Razaleigh.
    Dato' Seri Anwar Ibrahim juga merupakan tokoh yang menjadi sasarannya. Sebabnya mudah kerana Dato' Seri Anwar tidak mahu melayan manusia opoturnis seperti Yahaya ini. Dia menadah tangan dengan ugutan. Dia menulis kerana upah dan tidak peduli dosa atau pahala.
    Sama-sama kita tunggu, selepas habis duit yang Syed Razak bagi, Yahaya nak puji siapa pula. Kali ini ada juga nampak dia membelasah Menteri Pertahanan, Dato' Seri Najib Tun Razak. Kalau tiba-tiba dia berubah dari membelasah kepada memuji Najib bermakna "sudah ada kira-kiralah tu".
    Semua penulis dan pemimpin yang pernah berkawan dengan Yahaya tahu perangai manusia ini. Dia akan gunakan kawan-kawan yang rapat dengan mana-mana Menteri Besar untuk melobi bagi pihak dirinya. Dia akan menyusun kata-kata "sintuk limau dan super dahsyat" untuk menyakinkan seseorang supaya memberi dia upah untuk menulis sesuatu yang memuji-muji dan menjilat-jilat.
    Kawan-kawan yang pro reformasi di Pejabat Menteri Besar Kedah harap dapat bantu beri maklumat, berapakah jumpah wang yang Syed Razak sudah habiskan untuk mengupah Yahaya. Beritahu kepada semua laman reformasi untuk pengetahuan umum. Sekat langkah Yahaya Ismail ini dari terus menerus menabur fitnah. Orang seperti Yahaya ini suka buat fitnah dan menabur fitnah seperti makan kacing goreng (bagi orang yang ada gigi).
    Bertanyalah dengan sesiapa yang pernah kena belasah dengan Yahaya, tentu ada wakil Yahaya datang meminta "upah" untuk memujinya balik. Nanti Yahaya akan tulis dalam bukunya (atau suratkhabarnya) bahawa "sebagai penulis kenalah berubah mengikut keadaan. Penulis tidak boleh beku dan tidak boleh kaku. Kena berubah" mengikut upah… ya upah.
    Dengar-dengar khabar, Yahaya sedang berusaha menyambung perbincangan menemui Dato' Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Dulu, bila dia nak jumpa Ghani, Ghani hantar dia berunding dengan Dr. Latiff… yang kini jadi Timbalan Menteri Sumber Manusia. Yahaya kecewa kerana Dr. Latiff tidak "positif" dalam bab upah dan menyebabkan Yahaya cuba ikut "pintu belakang" nak jumpa Ghani sendiri. Kawan-kawan di pejabat Menteri Besar Johor perlu pasang telinga dan dengar-dengar kalau ada temujanji antara Yahaya dengan Dato' Ghani. Beritahulah…. Laman Reformasi tentunya memerlukan maklumat itu. (4)
    Reply
  3. Kisah Pak Ya ni bkn ssh nk cari google je.. Kuar mcm2 cite.. Pnh pow khairy jmaludin.. Dll.. Hamlau jgk org tua ni . X blh pki..

Tiada ulasan: