Bakal pengantin takut, tertekan tak bersunat
SAYA berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.
Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.
Lis,
Selangor.
JAWAPAN
Saiz labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia minora kiri.
Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini, amalan bersunat di Malaysia lebih kepada ‘cukup syarat’ contohnya dengan hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.
Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran berkenaan.
Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.
Labia minora memainkan peranan dalam membantu ‘menutup’ bahagian bukaan salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman, lapor Hmetro.
Amaran Kepada Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT (Wajib Baca)
Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasihAwas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
Untuk kawan-kawan Facebook, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.
Lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, saya dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita India yang sangat berbudi bahasa:
Wi: Selamat pagi boleh bercakap dgn En. Zufri?Darah dah tak tenteram, buka terus Maybank2u…
Mz: Ye saya bercakap, ada apa ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank encik.
Mz: awak ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan Malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank encik.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni cakap perkara yang sama, jadi saya percayakan dia)
Wi: Ok encik, saya cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang encik gunakan sekarang.
boleh saya tahu alamat penuh encik?
Mz: alamat saya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye saya…
Wi: dah berapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok saya ingin membuat pengesahan, kad debit encik bermula dengan 4283 3210
Mz: ye betul…
Wi: boleh encik lengkapkan no 8 terakhir
Mz: 16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…sekarang, encik ada tanda tangan dibelakang kad debit encik ke?
Mz: ye ada…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan saya no ahli kad encik?
Mz: xxx…
Wi: ok..sekarang saya ingin memberitahu En Zufri kad encik gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. Dia boleh digunakan ketika encik..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi encik potongan 30-70% di klinik-klinik terlibat.
Encik juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dan encik juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamat yang encik berikan. Jadi ini berharaga RM299.00. Saya telah pun membuat penolakan dari kad Maybank encik.
Mz: eh.awak cakap tadi nak buat pengesahan kad saya, kenapa pula tiba-tiba awak nak ambil duit saya? ada saya cakap saya nak beli kad awak ni..jangan nak memandai lah.
Wi: encik telah berikan saya butiran encik dan bermakna encik setuju..
Mz: awak jangan ingat saya nak sangat dengan kad tu.
Wi: ok tak apa..kalau encik tak nak, saya tak kan hantar kad tu..tapi duit encik telah ditolak..bila-bila masa encik nak kad tu, boleh hubungi kami dan kami akan hantarkan…encik kerja mana?
Mz: saya kerja TNB..saya tak perlukan kad awak..saya dapat semua kemudahan perubatan..mak bapa saya pun dapat kemudahan juga…kenapa perlu saya nak gunakan kad awak..saya tak nak, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) sekarang ni, saya dah tolak, encik tak boleh buat apa-apa lagi..nak tak nak saya dah tolak duit encik.
Mz: awak kerja mana ni..awak kerja dengan siapa?
Wi: saya kerja di Rawang dan ini adalah dari goverment…ok encik, ada apa-apa lagi, kalau tak ada apa-apa terima kasih kerana berikan kerjasama…( terus letak phone)
Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat call Maybank buat pengesahan…
Pegawai bank memaklumkan, ia adalah sendikit yang cuba nak dapatkan butir peribadi kad bank. Nombor 8 digit pertama disebutkan adalah nombor sama untuk pemegang kad, nombor 8 digit terakhir dia akan minta kepada kita. Untuk nombor ahli kad sebelah tanda tangan tu adalah nombor yang penting untuk pengesahan kad. Encik tak perlu risau…dia tak berjaya mengambil duit dari akaun encik…saya telah batalkan kad dan encik perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatan dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!
BERGEGAR JUGA DIDENGAR AYAT2 QURAN....JANGAN TAK BERGEGAR...TU TANDA2 YANG KURANG ELOK ISLAMNYA
Monday, 3 February 2014
PESANAN KHIDMAT RAKYAT .... KITA GEGARKAN KAJANG UNTUK TUMBANGKAN UMNO/BN.
Malam ini 3hb Februari 2014 hari Isnin jam 9.00 malam Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim akan melancarkan JENTERA PILIHANRAYA DUN N25 KAJANG di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
AYUH!!! para pejuang parti, sukarelawan kita turun susun gerak kerja.
MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.
Monday, 3 February 2014
TERUS TERANG TAPI SEMPOI PUNYA IKLAN JAWATAN KOSONG ..... MENGUTAMAKAN PEMOHON YANG SOLAT.
Jawatan kosong yang di iklankan ialah sebagai Pembantu Grafik/Designer dan Pembatu Kimpalan saja. Tapi yang mahal itu keutamaan diberikan kepada mereka yang solat.
Majikan yang amat mengutamakan pekerjanya solat bila tiba waktunya... Syabas dan Tahniah.
Muhamad Saad Shaari shared Aiman Athirah Al Jundi's photo.
SUKE....BEBENORRR.....
MP Putrajaya wajib jelaskan kpd seluruh wanita Malaysia apa hubungannya dgn wanita dlm gambar ini. Ia openly tersebar. Jika tidak saya pun tak bertanya. Jika wanita ini bukan mahramnya Adnan sebagai seorang MP Muslim dan Setiausaha Agung sebuah Parti Melayu yg juga senantiasa bicara soal Allah Islam dan Ketuanan Melayu wajar segera meminta maaf dan jangan jadikan budaya sebegini yg tidak hormat wanita diamalkan. Jika wanita ini waris dan mahramnya saya mohon sesiapapun tidak wajar mensensasikannya.
perlu penjelasan siapa wanita ini

♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Cermin Mata Digital - IEU
MACAM TAK BERSALAH/TAK BERDOSA TAK BERTUDUNG/TUTUP AURAT
5 Foto Perkahwin Safiq Rahim Dan Zandra Aziela
Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung pada pagi Ahad dan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga. Terdahulu Safiq Rahim , 27, dan Zandra Aziela, 28, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 8 September tahun lalu setelah hampir dua tahun bercinta.
Jom layan gambar selanjutnya...
PS: Syasya ucapkan semoga bahagia hingga ke akhir hayat nanti... amin. 11:41AM Feb 3, 2014
MP: Buktikan Kristian perdaya Muslim, Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
dituntut membuktikan dakwaannya bahawa penganut Kristian terlibat menipu
umat Islam, seperti dinyatakan dalam khutbah Jumaat kelolaannya Jumaat
lepas.
Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking (kiri) juga menuntut siasatan terhadap Jakim dibuat ekoran langkah itu.
“Saya lihat dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini, yang jika dibiarkan berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini,” kada Darell.
“Jadi, seperti jutaan lagi penganut Kristian dalam negara ini yang bosan dijadikan umpan untuk agenda politik, saya gesa Jakim mengemukakan bukti bahawa orang Kristian memperdaya umat Islam supaya berpecah antara satu sama lain dengan segera.”
Dalam kenyataannya, timbalan setiausaha agung PKR itu juga mahukan Datuk Seri Najib Razak segera memulakan siasatan ekoran perkara itu bawah Jabatan Perdana Menteri.
Khutbah: Kenapa terjebak perselisihan?
Khutbah bertajuk "Manhaj Islami dalam perpaduan ummah" itu antaranya mempersoal kenapa umat Islam terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama dan merugikan.
Menurut khutbah, jawapan kepada persoalan itu bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam.
Ia, menurut mimbar lagi, seperti diperingatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya (bermaksud):
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
Kit Siang kesal
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula dilapor melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat itu yang dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.
Katanya, teks khutbah itu amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan, lapor akhbar web DAP Roketkini.

APA MACAM....CUBE CITER.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan