Selasa, 4 Februari 2014

BAGI SASPEN AJE

Monday, 3 February 2014

EDISI GEMPAR!!!! .. PELANCARAN JENTERA KEADILAN PILIHANRAYA DUN N25 KAJANG TIADA MENDAPAT SAMBUTAN, KENA BOIKOT .. DEWAN KOSONG LENGANG?????



Kesiannnn!!!! .. Nampaknya DSAI sudah kena pulau dan boikot bukan saja oleh penduduk dan pengundi berdaftar DUN N25 Kajang tetapi para petugas dan sukarelawan KEADILAN sendiri.

Mesti para pemimpin UMNO/BN tersenyu lebar apabila dimaklumkan akan berita riang ini.

Cuba lihat rakam gambar-gambar diatas ... mana ada orang .. gambar paling atas lagi dahsyat .. kosong betul sebab dirakam jam 6.00 petang sedangkan program bermula jam 9.00 malam.

Kalau jam 9.00 malam alamatnya Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang tempat pelancaran itu diadakan sudah pasti penuh sesak sampai melimpah keluar dewan.

Rupa-rupanya senyuman para pemimpin UMNO/BN sekadar sekejap saja.. bila jam mencecah 8.30 malam dewan dah padat.

Ucapan alu-aluan di mulakan oleh YB Tian Chua, diikuti YAB Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali dan seterusnya YB DSAI.DSAI memberitahu kepada hadirin bahawa beliau akan tetap turun padang berkempen sepenuh masa walaupun beliau cukup yakin akan menang.

Secara beseloroh beliau memberitahu .. kalau beliau berlawan dengan Datuk Lee Chong Wei dalam pertandingan badminton memang gerenti dia kalah tetapi dalam gelanggang politik beliau cukup berkeyakinan tinggi akan menang .. Ins'yAllah.
DSAI juga berjanji akan membela nasib setiap Rakyat Selangor...beliau juga telah bentangkan beberapa cadangan memajukan Ekonomi Negeri dan Negara.

Ingatkan dengan propaganda jahat isu seks lucah yang dijaja oleh UMNO siang malam pagi petang di semua media arus perdana milik dan kawalannya,  maka tiada rakyat dan sukarelawan nak turun membantu, sebaliknya bertambah ramai yang datang memberikan sokongan.

Itu belum masuk jentera PAS dan DAP rakan sekutu KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya hasrat UMNO/BN mau melihat DSAI kecundang tidak menjadi kenyataan.

Omak Kau cukup yakin DSAI akan menang bergaya dengan majoriti makin bertambah... Ins'y Allah.

Mood rakyat sudah mau melihat UMNO tumbang sebab sudah tidak tahan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap hari.

LAWAN TETAP LAWAN ... MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.

Monday, 3 February 2014

REPORT POLIS OLEH PEMAIN IMPORT PASUKAN T-TEAM DARI BRAZIL YANG DIKATAKAN DI UGUT BUNUH OLEH PIHAK PENGURUSAN PASUKAN JDT.



" FUCK YOU BRAZIL, I'LL KILL YOU . THIS IS MY COUNTRY" .. itulah kata-kata ugutan yang yang dikatakan di hamburkan oleh Presiden Bola Sepak Johor kepada pemain import pasukan T-Team Fabio Flor De Azevedo pada 1/2/2014 jam lebih kurang 9.40 malam di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru semasa waktu rehat separuh masa pertama perlawanan bola sepak Piala FA antara Pasukan T-Team melawan pasukan JDT yang menjadi kecoh hiruk pikuk gegak gempita satu negara.

Ekoran dari kata-kata ugutan itu perlawanan separuh masa kedua di boikot oleh pasukan T-Team kerana merasakan keselamatan para pemain dan pegawainya sudah tidak terjamin maka pasukan T-Team terus bergegas keluar meninggalkan stadium Larkin.

Laporan rasmi kepada polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Insiden yang memalukan sukan negara ini pihak FAM berjanji akan menyiasat dan ambil tindakan yang sewajarnya.

Yang salah tetap salah .. setaksub manapun menyokong pasukan kegemaran anda insiden ini memberi malu besar kepada sukan negara terutamanya sukan bolasepak.

Keadilan bukan saja mesti dilaksanakan tetapi mesti juga di lihat dan di rasai dilaksanakan.

Punca Nurul Izzah fail penceraian terhadap suami



Punca Nurul Izzah fail penceraian terhadap suami - Gosip penceraian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada akhir Disember tahun lalu mengejutkan ramai pihak.

Berita ini disahkan oleh pegawai mahkamah selepas The Star Online membuat pemeriksaan rekod di Mahkamah baru-baru ini. Dalam rekod tersebut, Nurul Izzah, 33, telah membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35.

Daripada maklumat sumber awal, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menfailkan penceraian kerana dipercayai ada kaitan dengan kehadiran pihak ketiga. Meskipun, begitu dakwaan ini tidak dapat dipastikan kebenarannya setakat ini.

Untuk pengetahuan, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003. Mereka dikaruniakan sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.

Kerani `Rajin’ Di Mahkamah Ipoh Curi RM1.5 Juta Wang Denda


Pic : The Malaysian InsiderPic : The Malaysian InsiderSepanjang tempoh 18 bulan, seorang kerani wanita yang bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh boleh dijadikan contoh kepada kakitangan awam kerana dia tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau cuti tahunan.
Bagaimanapun, ketika juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah tahun lalu, sebab sebenar komitmen dan ketekunan wanita berusia 35 tahun itu terdedah.
Wanita itu menggelapkan lebih RM1.5 juta wang mahkamah, beliau diamanahkan untuk mengutip denda daripada pesalah kesalahan kecil dan misdemeanor.
Juruaudit membuat laporan polis berhubung kehilangan wang itu dan kerani terbabit digantung daripada tugas sementara siasatan dijalankan.
Menurut polis, kerani itu seorang pendiam dan pekerja yang rajin serta tidak pernah bercuti sepanjang April 2012 hingga September 2013.
Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan kelihatan sangat rajin.
Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda.
Walaupun denda yang dibayar oleh setiap pesalah bukan dalam jumlah besar, tetapi keseluruhan kutipan agak banyak di penghujung hari.
The Malaysian Insider diberitahu wanita itu akan mengambil antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari.
Dia menggunakan “kelemahan” dalam sistem untuk membuat penyesuaian yang perlu dalam pangkalan data computer mahkamah supaya jumlah yang digelapkan tidak kelihatan dalam akaun.
Kerani itu berjaya menyembunyikan aktiviti haramnya sehingga lewat tahun lalu apabila juruaudit datang untuk melihat rekod Mahkamah Tinggi Ipoh.
The Malaysian Insider difahamkan polis sudah menemubual kerani itu dan merakamkan kenyataannya.
Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menemui wang yang dicuri itu dan sedang cuba memastikan apa yang dibelanjakan dengan wang berkenaan.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kes itu.
The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerani-rajin-di-mahkamah-ipoh-curi-rm1.5-juta-wang-denda

Monday, 3 February 2014

[MALAYSIA] Stacy Masuk Islam

Punca Stacy Masuk Islam | Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas, katanya.


PETALING JAYA: Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga.

Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, punca perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.

Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat.
Nurul Izzah alu-alukan Abdul Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang

Feb 3 2014 / Nurul Farina Nazlan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 FEB: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu gandingan erat bagi melicinkan jentera PRK Kajang nanti.

"Tan Sri Abdul Khalid dengan rekod cemerlangnya menguruskan ekonomi negeri Selangor membabitkan pelbagai program untuk rakyat dan Datuk Seri Anwar selain rekod cemerlang ketika menjawat Menteri Kewangan juga cukup dikenali sebagai ahli politik tegar memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Saya yakin gandingan Abdul Khalid dan Anwar bakal menjadi satu gandingan yang mampu mengerakkan jentera kempen dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nurul Izzah turut menemplak kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang membuktikan kecenderungan parti itu melakukan fitnah termasuk menggunakan politik seks sebagai bahan kempen politik mereka.

"Dia sekadar mendendangkan irama Umno yang gemar memfitnah dan menggunakan politik kotor seperti fitnah seks bagi meraih kemenangan.

"Ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dalam mendidik mentaliti yang sihat kepada masyarakat. Beginikah kita sebagai pemimpin membentuk mentaliti masyarakat? Lebih malang lagi seruan seperti ini dikeluarkan menteri sendiri dan Inilah mentaliti menteri yang kita ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Kajang mampu menilai, sekali gus menolak permainan politik kotor yang dibawakan Umno dalam PRK itu nanti.

"Pakatan Rakyat (PR) akan berbalik kepada isu bagaimana PRK ini akan digunakan sebagai peluang untuk mengatur langkah bagi melahirkan wawasan dan agenda reformasi bagi memartabatkan rakyat Kajang dan Selangor dengan lebih baik lagi," katanya.

-NFN-
‪#‎PTIP‬
Like · · · 5 hours ago ·

Monday, 3 February 2014

PAS SELANGOR MEMBUAT KEPUTUSAN MENYOKONG PADU DSAI BERTANDING DI PRK KAJANG DENGAN MENGERAHKAN JENTERANYA TURUN MEMBANTU.




PETALING JAYA: PAS Selangor mengambil keputusan untuk mengerahkan jenteranya turun membantu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Samsudin berkata, satu pertemuan antara Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin PAS Selangor diadakan minggu lalu bagi meredakan ketegangan yang timbul dikalangan akar umbi.

Katanya, persetujuan dibuat selepas menerima penjelasan daripada Azmin mengenai perubahan DUN Kajang atas alasan ia ‘kerusi kepunyaan PKR’.

“Kita bersetuju dengan semua rancangan mereka. Kita hanya akan memberikan tumpuan dan membantu PKR mempertahankan Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Beliu enggan mendedahkan butiran penjelasan yang diberikan Azmin namun memberi jaminan ianya ‘untuk kebaikan bersama’.

“PAS Selangor akan mula bergerak minggu ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pertemuan itu tidak menyentuh tentang spekulasi peralihan kerusi Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebaliknya fokus kepada isu dalaman di Selangor yang memaksa PRK Kajang diadakan.

“Pelannya sulit untuk didedahkan tetapi umumnya ia untuk kebaikan bersama dan kita bersetuju,” katanya.

Beberapa pemimpin PAS minggu lalu memberikan respon negatif selepas bekas penyandang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding di Kajang.

Tindakan itu dianggap seolah-olah membelakangi PAS malah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengakui tidak tahu menahu tentang krisis di Selangor sehingga menyebabkan PRK di Kajang.

Azmin kemudiannya memberi kenyataan mahu berjumpa dengan pemimpin PAS di Selangor bagi menjelaskan perkara sebenar.

Walaupun beberapa pemimpin PAS Pusat termasuk Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu menyokong tindakan Anwar, namun pemerhati masih menunggu pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat masih membisu mengenai isu ini.

Abdul Hadi dijangka akan membuat kenyataan rasmi esok selepas mesyuarat Biro Politik bagi membincangkan mengenai isu Kajang dan kerusi Menteri Besar malam ini.

HABISLAH ANGAN-ANGAN UMNO/BN MAU MELIHAT KESTUAN DALAM PAKATAN RAKYAT TIDAK MENJADI SEBALIKNYA SEMAKIN KUKUH DAN ERAT.

Monday, 3 February 2014

[INFO] Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas


Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas (Menarik!) | Suatu ketika dahulu, pernah terjadi seorang lelaki yang berusaha mencari emas di sebuah terowong menemui ajalnya apabila terowong tersebut runtuh. Lebih menyayat hati, mayatnya tidak dapat dikeluarkan atas faktor keselamatan pegawai bertugas. Ini yang orang ramai sedang mencari. Emas. Harganya sentiasa meningkat, jika turun pun sedikit. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup mencari emas biarpun terpaksa bertarung nyawa. Di bawah ini tentang cara mengetahui tanah yang mengandungi emas. Menarik!
 emas

Di dunia ada pulahan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke idak Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas

Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas

  1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
  2. Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
  3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
  4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
  6. Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)

Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.

03 Februari, 2014

Patutlah Bekas SU Politik Umno Ini Tidak Akan Terlepas, Bakal Di Dakwa.. Ini Sebabnya

Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.

Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.


"Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan. Kedua-duana dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.

"Kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara dan apa-apa kenyataan SPRM hanya dikeluarkan selepas mereka bersetuju.

"SPRM sudah bersedia tetapi tiada siapa tahu mengapa ada kelewatan. Ia mungkin berlaku minggu ini tetapi tiada siapa tahu," kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, kedua-dua lelaki berusia antara 30-an dan 50-an itu akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Selasa lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM1.1 juta dan penipuan membabitkan RM1 juta.

Menurut kenyataan itu, bekas setiausaha politik dan pengarah berkenaan ditahan pada pagi dan pada petang 27 Januari itu dibebaskan dengan wang jaminan.

Katanya, ketiga-tiga yayasan yang terlibat dalam kes itu ditubuhkan pada 1980-an tetapi didaftarkan sebagai syarikat berhad dan bukan sebagai badan kebajikan.

Kedua-dua individu berkenaan adalah pengarah dan pemegang amanah salah satu yayasan dan SPRM difahamkan cara wang itu dikeluarkan bertentangan dengan objektif yayasan.

Menurut kenyataan itu, seorang pengarah bergelar Datuk turut ditahan bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat dalam siasatan berkaitan dengan yayasan.

Beberapa sumber dalaman Putrajaya berkata, Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk menghapuskan tanggapan bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dalam kes berprofil tinggi, merujuk kepada aduan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bulan lalu.

"Orang ramai memerhati kerajaan. Mereka mestilah adil dan mendakwa semua, bukan mereka yang berada di luar Umno sahaja," kata sumber dalaman.

Difahamkan kes itu berkaitan dengan penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas setiausaha politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang disahkan September lalu ditahan bagi membantu siasatan SPRM.

Suhaimi berkata, beliau disiasat atas dakwaan penyalahgunaan dana untuk golongan miskin di bawah program 1AZAM, bersama sekurang-kurangnya tujuh pegawai kementerian lain yang turut dipanggil.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang diterbitkan dalam blog dan portal online tidak sepenuhnya benar," katanya.

Laporan menyatakan SPRM merampas kira-kira 10 kenderaan mewah daripada Suhaimi, tetapi menafikan ia adalah miliknya.

"Kenderaan itu bukan milik saya," kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu.

"Sekiranya terdapat persoalan mengenai kekayaan dan rumah saya sebagaimana yang dinyatakan dalam blog, ia semua adalah hasil titik peluh saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan wang yang ada datang daripada itu," katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang.

Program 1AZAM adalah inisiatif kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia diperkenalkan pada Januari 2010 untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam sektor perniagaan, perkhidmatan dan pertanian.

Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM1.35 bilion setakat ini untuk menyediakan bantuan kepada 473,928 penerima di seluruh negara. ~tmi

Anwar di DUN Kajang elak rampasan kuasa Perak berulang

Oleh: Norhayati Umor
SHAH ALAM 3 FEB : Pemilihan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Adun Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) depan adalah bagi mengelakkan berlakunya rampasan kuasa di Perak pada 2009 berulang di Selangor.
Aktivis politik, Hishamuddin Rais, berkata rampasan kuasa boleh berlaku di Selangor selepas perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba dan tidak diketahui puncanya.
MB-AnwarSehubungan itu, katanya, satu tindakan bagi mengelakkan perkara terbabit berlaku perlu dielakkan.
“Kita ambil iktibar dari apa yang berlaku di Perak dengan kes Adun Jelapang yang dibeli dan ada cadangan pembubaran Dun hinggalah rampasan kuasa berlaku di Perak.
“Katakanlah Adun Kajang diugut atau ditimbulkan pelbagai krisis seperti Adun Jelapang, kita tidak tahu perkara dalaman yang berlaku itu.
“Jadi perlu dilakukan sesuatu mengelakkan perkara itu berlaku, ambil iktibar dari satu pensejarahan yang pernah berlaku,” katanya dalam Forum Anwar Dari Kajang ke Putrajaya di Kelab Radio Bangsar, baru-baru ini.
Hishamudin RaisHishamuddin berkata tiga perkara iaitu agama, bangsa dan raja sudah dicampur aduk bagi mewujudkan isu perkauman ketika ini.
“Berbeza dengan kes 13 Mei lalu, apabila hanya bangsa, tetapi sekarang dicampur aduk dengan lebih lagi iaitu agama dan raja. Jadi Pakatan Rakyat perlu lakukan satu tindakan menghalang perkara ini berlaku lagi,” katanya.
Pada pilihan raya umum Mei lalu, PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Sementara itu, Anwar akan menjelaskan perkara terperinci berhubung keputusan PKR meletakkan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, pada 3 Februari di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra Kajang bermula jam 9.00 malam.
EZY

Punca sebenar video Teresa Kok cetus kemarahan terbongkar!



SEBENTAR tadi Buletin Utama TV3 melaporkan tentang kontroversi video klip Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dimuat naik di YouTube. 

Sekumpulan orang termasuk Ali Tinju, ketua 'penari punggung' dilaporkan membuat laporan polis terhadap YB Teresa Kok, kerana didakwa telah menghina dan memperli pemimpin negara melalui videonya.



Aku agak terkejut dengan berita ini. Kebodohan apa pula yang dimainkan oleh geng kangkong, penyokong Barang Naik kali ini? Takkanlah perli pemimpin dalam video pun sampai nak buat laporan polis bagai? 

Pemimpin mana yang kena perli tu sampai geng kangkong ni marah sangat? 

Kepelikan dalam benak aku telah memnyebabkan aku membuka laptop, dan cuba mencari video "onederful Malaysia" yang telah menaikkan darah geng Kangkong itu. 

Selepas aku menonton video tersebut, akhirnya aku faham, apa sebenarnya yang membuatkan mereka marah sangat pada video Teresa Kok itu.


Rupa-rupanya video tersebut ada menyiarkan lakonan perempuan rambut besar, dengan cincin berlian besar di jari serta 'handbag' mewah di sisinya. 

Patutlah mereka marah sangat. Perempuan rambut besar tu pemimpin paling dihormati oleh geng kangkung. Pada hemat geng kangkong, perempuan ini sudah sama level dengan pemimpin negara atau negarawan.

"Nasib kaulah Teresa, siapa suruh kacau Big Mama... "


Tindakan "Double Standard"...

Tiada ulasan: