Selasa, 4 Februari 2014

RENTI2LAH BUAT FITNAH....INGATLAH MATI SERTA NERAKA ALLAH SWT....NAMPAK SANGAT JAHIL DAN TAK PENDULI HUKUM

Monday, 3 February 2014


KENYATAAN YB TERESA KOK ISU KANDUNGAN KLIP VIDEO TAHUN BARU CINA "ONE-DERFUL MALAYSIA" YANG DI PUTAR BELITKAN.



Kenyataan akhbar Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pada 3 Februari 2014


Kenyataan Menteri UMNO serta konco-konco UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “One-derful Malaysia” menunjukkan kebankrapan modal politik UMNO

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik UMNO-BN. Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:

1) Tidak sebut tentang insiden Lahad Datu

Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah TANPA menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah TIADA apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.

Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.

Tuduhan Shafie Apdal terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya. Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia. Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah.

2) Tiada nama pemimpin negara termasuk Najib disebut dalam klip video: Bagaimana pemimpin UMNO dan konco-konco mereka boleh mencipta perkara yang tak wujud?

Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya. Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka?

3) Klip video tidak sentuh isu kaum atau merendahkan martabat Melayu

Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-UMNO yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan UMNO akan dituduh sebagai “menghina” Melayu, seolah-olah hanya UMNO yang mewakili SEMUA orang Melayu di negara ini.

Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah TUDUHAN PALSU. Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. “Ma Lai” (马来) dalam Mandarin bermaksud “kuda datang”, “sai lei ah” (犀利啊)dalam Kantonis bermaksud “sangat hebat”. Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu. Saya harap kumpulan pro-UMNO yang membuat tuduhan palsu itu agar segera bertaubat kerana ia boleh menimbulkan ketengangan kaum. Dan jika boleh, selidik dahulu Bahasa Mandarin dan Kantonis sebelum membuat tuduhan tak berasas yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. Seperti kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, tentu kena muka sendiri.

Apakah UMNO cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?

Isi kandungan klip video ini telah membayangkan beberapa isu semasa di negara kita yang dibimbangi oleh rakyat. UMNO sebagai parti utama dalam Barisan Nasional haruslah bertanya diri sendiri samada isu-isu yang disebutkan dalam klip video itu benar ataupun tidak, dan bukan dengan memutarbelitkan isi kandungan klip video tersebut dengan memainkan isu perkauman.

Sanggupkah UMNO menafikan pandangan dan sentimen rakyat terhadap mesej yang dibangkitkan dalam klip video “Onederful Malaysia” tersebut? Ramai orang Melayu sendiri sudah sedar tentang pembohongan UMNO-BN. Kerana itulah lebih 50 peratus rakyat Malaysia termasuk orang Melayu telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap penulis blog dan pemimpin BN?

Isi kandungan klip video “Onederful Malaysia” adalah satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.

Satira politik merupakan humour yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.

Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini?
Malah, lebih jauh dari itu, mengapa penulis blog UMNO yang membuat cerita palsu kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa dia mencabuli kehormatan seorang gadis bawah umur, tidak dikenakan tindakan?

Selain itu, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membuat kritikan yang amat tidak sensitif terhadap calon wanita PAS di pilihanraya kecil Tenang bahawa beliau tidak berjabat tangan dengan lelaki?

Penulisan dan kenyataan tersebut yang menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat tidak disiasat tetapi sekarang pihak polis dan kerajaan ingin mengambil tindakan untuk menyiasat satu klip video lawak jenaka yang menyindir isu semasa, bukankah ini membayangkan “double standard” pihak kerajaan dan PDRM?

Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan menjadi producer klip video satira politik yang pertama diambil tindakan. Ini sudah tentunya merupakan “penindasan politik” dan “pendakwaan secara terpilih”.

Teresa Kok




Onederful Malaysia: Teresa nafi hina Melayu
pada 03-02-2014 04:02 
Post Pic
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menafikan klip video terbitan beliau sempena Tahun Baru Cina bersifat rasis dan biadap kepada masyarakat Melayu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa menafikan dakwaan beliau mengungkit insiden pencerobohan berdarah Lahad Datu, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan merendahkan martabat kaum Melayu dalam klip video “Onederful Malaysia” itu.
Sebaliknya, tambah Teresa, dialog dalam video itu hanya merujuk kepada peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di perairan Sabah.
“Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah tanpa menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah tiada apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu,” katanya.
Justeru beliau menolak tuduhan-tuduhan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bersabit video 11 minit itu.
“Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara,” kata beliau.
Jelasnya lagi, tiada satu pun nama pemimpin negara yang disebut di dalam video yang tersebar luas di laman sosial kini
“Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-Umno yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan Umno akan dituduh sebagai “menghina” Melayu, seolah-olah hanya Umno yang mewakili semua orang Melayu di negara ini,” tambahnya.
Tegasnya lagi, video klip tersebut hanyalah satu satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Satira politik merupakan ‘humour’ yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.
“Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini,” soal Teresa.
Tambah Teresa, pihak Polis Diraja Malaysia mengamalkan dwi-standard sekiranya menyiasat video terbitannya itu dan tidak menyiasat kenyataan pemimpin BN dan blogger-blogger Umno yang disifatkannya menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii mendakwa video bertajuk Onederful Malaysia berdurasi 11.39 minit itu memperlekeh sistem pendidikan di negara ini serta mengutuk semangat 1Malaysia dan mempersenda isteri  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Persekutuan, Datuk Seri Salleh Mat Rashid sebelum ini berkata, polis akan menyiasat klip video berbaur fitnah itu.

6:54PM Feb 3, 2014

Chua: Mahathir jadikan Umno kuat, BN lemah


Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir menjadikan Umno semakin kuat, dan pada masa sama menjadikan sekutu Umno dalam BN "tidak berkuasa".

Menurutnya, kerusi parlimen Melayu bertambah sejak tiga pilihan raya umum lalu, dan ini mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat Cina.

"Orang Cina secara umumnya risau kerajaan Melayu yang terlalu kuat akan menceroboh status serta hak ekonomi dan politik mereka," kata Chua dalam kenyataannya hari ini.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaannya yang lemah membuatkan orang Cina lebih risau dan hilang keyakinan kepada kerajaan," katanya lagi.

Bekas menteri kesihatan itu turut menjelaskan yang sebarang keputusan Majlis Tertinggi Umno kini diguna pakai sebagai keputusan Kabinet sehingga menyebabkan kesan buruk ke atas sekutu Umno dalam BN.

"Saya pernah sebut dalam Konvensyen BN sebelum ini yang bagi orang ramai, Umno adalah taiko (abang besar) dan jika ia menjadi angkuh dan bersifat diktator, ia akan menyebabkan kesan buruk kepada parti-parti komponen," kata Chua.6:00PM Feb 2, 2014

Ahmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang


Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini , depan tiga orang hakim.

Lipat ganda usaha

Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.

"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.

Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.

"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.

Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.4:17PM Feb 3, 2014

'Tak perlu ulas kempen seks, peraturan ada'


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengulas pendekatan kempen melibatkan isu seks Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno di Kajang kerana peraturan pilihan raya berkaitan perkara itu sudah jelas.

“SPR telah mengadakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berkali-kali dan SPR telah memaklumkan peraturan-peraturan dan kod etika semasa kempen pilihan raya kepada semua parti-parti politik, di samping pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (yang) memantaunya.

“Mereka faham hal ini dan tak perlu saya ulas,” kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (kanan)  bahawa BN akan ketengahkan isu seks yang didakwa melibatkan Anwar dalam kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau ditanya sama ada perkara itu melanggar peraturan dan tindakan yang mungkin diambil suruhanjaya itu.

Malaysiakini semalam melaporkan, rayuan kes Liwat II membabitkan Anwar dan video seks seorang lelaki menyerupainya dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ahmad berkata, pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.
Walaupn dah sign ahli UMNO seumur hidup,tapi janganlah diperbodohkan oleh puak yg sanggup buat apa saja utk kepentingan diri sendiri...5:00PM Feb 3, 2014

Polis akan siasat video CNY Teresa


Polis akan teliti dalam menyiasat kenyataan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam klip video yang didakwa berbaur fitnah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata sekiranya polis mendapati Kok telah melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.

"Tetapi sekiranya tidak berlaku pelanggaran undang-undang, dengan itu AG (Peguam Negara) akan kata tiada tindakan lanjut.

"Dengan itu tiada siapa boleh kata polis dan AG adalah lemah kerana jika kes itu dibawa ke mahkamah dan ditolak, dengan itu AG dan polis akan kelihatan kurang bijak," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan anggota jawatankuasa Persatuan Radio Amatur Kecemasan Sarawak (SARES) di pejabatnya di Kuching hari ini.

Kok mendakwa video itu 'Onederful Malaysia CNY2014", yang dimuat naik dalam sosial media pada 27 Jan hanya bersifat sindiran dan gurauan dan tidak menghina sesiapa.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Persekutuan Datuk Seri Salleh Mat Rashid sebelum ini berkata polis akan menyiasat klip video berbaur fitnah itu.

Wan Junaidi berkata anggota Parlimen mempunyai keistimewaan tertentu apabila bercakap di parlimen, tetapi ada batasan apabila memperkatakan sesuatu di luar dewan yang mulia itu.

- Bernama

Kerana KANGKONG Pemuda PAS Kedah Kena SAMAN

Kerana terlalu ikutkan hati dan terpengaruh dengan permainan penyokong pembangkang yang bukan dari kalangan orang Melayu dan Islam akhirnya demontrasi besar-besaran Pemuda PAS Kedah semalam mendapat bantahan.
Mungkin melihat kepada publisiti murahan yang di raih oleh Adun Machang Bubuk dalam insiden kangkung baru-baru ini menyebabkan Pemuda PAS Kedah mengambil pendirian untuk turut sama mengadakan himpunan kononnya membantah kenaikan harga barang.
"Himpunan Kangkong" besar-besaran itu hanya mendapat sokongan 50 orang ahli pemuda PAS tanpa ada kelibat dari pemuda DAP mahupun PKR.Jauh sekali pimpinan daripada kedua-dua parti tersebut dan ini menunjukkan betapa dalam barisan pembangkang sekalipun mereka sebenarnya tidak sehaluan.
Menurut sumber majoriti peniaga di Pekan Rabu Alor Setar tempat himpunan ini di adakan tidak senang dengan tindakan pemuda PAS kerana menyekat peluang mereka untuk mencari rezeki.Malah kebanyakkan orang ramai yang hadir untuk membeli belah di Pekan Rabu terbabit turut marah dengan tindakan tersebut.
Satu laporan polis turut di buat oleh pihak Koperasi Pekan Rabu memandangkan banyak rungutan di terima dari kalangan peniaga khususnya tindakan Pemuda PAS yang mengganggu ketenteraman orang ramai dan peniaga.
Tindakan Pemuda PAS yang berhimpun di Pekan Rabu itu seolah-olah mengheret sekali para peniaga sedangkan mereka tidak terlibat sama sekali.Untuk makluman peniaga-peniaga di sini adalah sebahagian daripada peniaga yang menawarkan harga yang berpatutan sejajar dengan konsep Pekan Rabu sejak dulu.
Tidak timbul soal berdemo dan berhimpun kerana mereka hanya mencari rezeki di Pekan Rabu.
Di saat kerajaan sedang berusaha untuk menangani kos kenaikan harga barang , Pemuda PAS Kedah di lihat hilang arah malah kecundang dengan permainan politik murahan dengan penganjuran himpunan tersebut.
Sesuatu yang mungkin tidak di sedari oleh Pemuda PAS Kedah adalah tindakan mereka itu menyebabkan orang ramai bertindak mengelak daripada memasuki Pekan Rabu seterusnya menutup pintu rezeki para peniaga.
-UtaraNews
Wong: Kewangan Selangor tidak terjejas jika Khalid tidak ada
pada 03-02-2014 05:02 
Post Pic
SHAH ALAM: Spekulasi bahawa kewangan kerajaan negeri akan terancam sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas, kata Exco kerajaan negeri Ellizabeth Wong.
Beliau berkata perbelanjaan kerajaan negeri selama ini ditentukan oleh Menteri Besar bersama 10 ahli Exco dan bukan hak mutlak Khalid, lapor fz.com.
“Khalid dan 10 ahli Exco kerajaan negeri sama-sama menentukan bagaimana dana harus diuruskan," tambah beliau.
ADUN Semenyih Johan Abdul Aziz berkata pengundi Kajang dan rakyat Selangor harus menolak Anwar dan pilihan raya kecil di kerusi DUN itu jika bimbangkan prestasi kewangan Selangor akan terjejas sekiranya Khalid berundur.
“Kalau semua spekulasi mengenai keadaan kewangan Selangor adalah betul, mudah sahaja..jangan undi Anwar,” kata beliau.
“Nampaknya PKR lebih risau mengenai kemelut dalaman parti daripada kebajikan rakyat. Tidak ada masalah dengan Khalid sebagai MB. Rizak negeri adalah dalam berbilion ringgit dan saya tak nampak keperluan untuk politik sebegini,” tambah beliau.
Wong akur bahawa Khalid banyak membantu memperkukuhkan pengurusan kewangan Selangor namun berkata ia tidak akan terjejas jika ada percaturan baru dalam urusan kerajaan negeri.
Beliau menzahirkan keyakinan bahawa Khalid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bergerak sebagai satu pasukan untuk memantapkan lagi Selangor.
Anwar adalah calon PKR untuk pilihan raya kecil Kajang selepas kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh minggu lalu, dipercayai atas arahan parti.
PRK itu dipercayai disusun oleh PKR bagi membolehkan Anwar dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, menggantikan Khalid sungguhpun kedua-dua pemimpin itu bedolak dalih mengenainya.
“Pada pandangan saya, kombinasi kemahiran pengurusan dan pengalaman Khalid dan Anwar akan membawa Selangor ke mercu kejayaan lebih tinggi,” kata Wong.
KOTA BHARU: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Che Azmi Mohd Ali (gambar) bersetuju menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.
Selain itu MTRK menyatakan kekesalan terhadap kenyataannya sebelum ini yang mendakwa berlaku salahguna kewangan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) oleh Exco dan pegawai AKSB untuk melancong ke luar negara.
Persetujuan perintah dan penghakiman tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim di sini, hari ini.
Che Azmi yang juga adik kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada kenyataan media pada 28 dan 29 Mei 2012 mendakwa berlaku salahguna kewangan AKSB oleh Exco terbabit dan beberapa pegawai kanan AKSB untuk melancong ke Australia, Jerman, Sweden, Finland, England, Mesir dan Afrika Selatan.
Ekoran itu Md Anizam memfailkan saman terhadap Che Azmi, MTRK dan Utusan Malaysia serta menuntut defendan menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf dan ganti rugi.
Peguam Hisham Fauzi yang mewakili plaintif berkata, kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selama empat hari bermula hari ini.
Katanya, seramai enam saksi dijadualkan dipanggil memberi keterangan.
Bagaimanapun kes terbabit telah selesai melalui rundingan di luar mahkamah.
“Dengan penghakiman dan persetujuan yang direkodkan itu juga maka tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi dikira telah selesai,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes itu.
Plaintif turut diwakili peguam Mustaqim Zaki, manakala Che Azmi dan MTRK diwakili Ilias Mohd Noor dan Norazli Ahmed. Utusan Malaysia diwakili Izral Khairy.  
Sementara itu Md Anizam melahirkan rasa syukur kerana kes tersebut telah selesai dan berharap tidak ada lagi pihak yang memfitnahnya dan AKSB lagi.

KOTA BHARU: Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, melahirkan rasa syukur kerana empat anak rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden selamat pulang ke pangkuan keluarga dua hari lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Purnama turut melahirkan rasa terharu kerana usaha kerajaan Malaysia juga akhirnya kanak-kanak berkenaan selamat pulang ke tanah air.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah ibu saudara kanak-kanak berkenaan, Shaleena Nor Shal, 43, di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor dekat sini hari ini.

Semalam Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof dan anggota exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi, turut meluangkan waktu menziarahi kanak-kanak berkenaan.

Turut serta hari ini Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Nur Aida Ismail dan timbalannya, Kamal Azam Kamaruddin.

Zabedah seterusnya berharap keempat-empat anak Shalwati selesa dengan penjaga mereka yang juga ibu saudara walaupun akan berhadapan dengan masalah komunikasi ketika berada di sekolah.

“Kita berharap Aishah menjadi pengganti kepada ibu buat sementara ini dengan menjaga kebajikan adik-adik dengan dibantu ibu saudaranya sendiri,” ujarnya.

Beliau merasa terharu apabila mengetahui Aishah dan adik beradiknya dapat pulang ke tanah air dan akan menetap di Kelantan (Melor) tempat kelahiran ibunya.

“Saya hari-hari mengikuti perkembangan Aishah dan adik beradiknya melalui media dan kami rakyat Kelantan seluruhnya sentiasa mendoakan kesejahteraan Aishah, ibu bapanya serta adik-beradiknya yang lain,” ujarnya.

Hadir sama dalam sesi lawatan itu Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan kerajaan negeri, Norhashimah Deraman dan Dewan Pemuda PAS Kelantan yang diketuai ketuanya Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Sementara itu, Shaleena memberitahu beliau akan menjaga kebajikan anak-anak saudaranya itu sebaik mungkin.

Bukan itu sahaja, katanya mereka sebelum inipun sewaktu pulang ke tanah air di rumahnya tempat mereka tinggal.

“Insyaallah, saya akan menjaganya dengan baik, apa lagi mereka adalah anak saudara saya, darah daging saya,” ujarnya.

Menjawab soalan tentang ketegasan kakaknya dalam mendidik anak-anak soal agama,  Shaleena mengakui kakaknya memang demikian.

Katanya, bukan soal solat sahaja sebaliknya setiap anak-anaknya terutama yang dewasa wajib khatam al-Quran pada bulan Ramadan.

“Begitu juga dalam bab aurat, Aishah sejak kecil diasuh ibunya supaya menjaga aurat, sebab itu apabila pulang dan tinggal bersama kami, dia sering mengadu rimas kerana terpaksa memakai tudung dalam tempoh yang panjang kecuali bila di dalam bilik,”ujarnya sambil ketawa kecil.

Aishah bagaimanapun melahirkan rasa syukur di atas doa semua rakyat Malaysia termasuk Kelantan di atas kesejahteraan untuk keluarganya sehingga mereka dibawa pulang ke tanah air.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada kerajaan Malaysia terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana berusaha membawa kami pulang ke tanah air.

“Apapun saya masih mengharapkan doa rakyat Malaysia seluruhnya supaya ibu bapa saya dibebaskan dari tahanan seberapa segera,” ujar Aishah.

Pada 18 Disember lalu pasangan suami isteri Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Nurshal ditahan reman kerana didakwa memukul anaknya kerana tidak menunaikan solat.

Tahanan reman mereka  dijangka tamat pada 10 Febuari ini.

Sejak penahanan itu, keempat-empat anak malang itu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7 tinggal dengan keluarga angkat mereka yang juga rakyat Sweden.

Pelbagai usaha dan rayuan dibuat terutama sekali ibu bapa anak-anak berkenaan dan kerajaan Malaysia akhirnya pada Jumaat lalu mereka dibawa pulang ke tanah air dan seterusnya ke Kampung Wakaf Tok Wali, Melor dekat sini.


Sunday, 2 February 2014

Najib Razak dan ADIK BERADIK Merompak dan Terus Merompak Hasil Negara Malaysia



KELUARGA PEROMPAK NAJIB RAZAK

1) Top on the list is non other than his youngest brother Nazir Razak, CEO of Nazir-RazakBumiputra-Commerce Holdings Berhad (KLSE: COMMERZ, stock-code 1023) who studied philosophy at Cambridge University. Perhaps the most business-savvy within the family members Nazir was known for his infamous controversial acquisition of Southern Bank from owner Tan Teong Hean. After failed the initial attempt Nazir turned to Chua Ma Yu who architected the downfall of Southern Bank ultimately. With the largest lender Malayan Banking Berhad’s (KLSE: MAYBANK, stock-code 1155) in its bad shape would we see Bumiputra-Commerce acquire Maybank to become the largest bank instead?
 
 
2) Johari Razak, the second eldest who read law Johari-Razakfrom University of Kent is one of the senior partners since August 2007 at Shearn Delamore & Co , a law firm located at Wisma Hamzah-Kwong Hing. He also holds the following positions:
  • Ancom Berhad (KLSE: ANCOM, stock-code 4758): Non-Executive Chairman
  • Nylex (Malaysia) Berhad (KLSE: NYLEX, stock-code 4944): Non-Executive Deputy Chairman
  • Hong Leong Industries Berhad (KLSE: HLIND, stock-code 3301): Non-Executive Director
  • Daiman Development Berhad (KLSE: DAIMAN, stock-code 5355): Non-Executive Chairman
  • Tower Real Estate Investment Trust (KLSE: TWRREIT, stock-code 5111): Non-Executive Director
  • Deutsche Bank (M) Berhad: Director
 
3) Mohamed Nizam Razak, the middle brother studied politics, philosophy and economics at Oxford University in the UK and was a stockbroker, being CEO of PB Securities Sdn Bhd in the 1990s. He also holds the following positions:

  • Hiap Teck Venture Berhad (KLSE: HIAPTEK, stock-code 5072): Non-Executive Director
  • Delloyd Ventures Berhad (KLSE: DELLOYD, stock-code 6505): Non-Executive Director
  • Mamee Double-Decker (M) Berhad (KLSE: MAMEE, stock-code 5282): Non-Executive Director
  • Yeo Hiap Seng (M) Berhad (KLSE: YHS, stock-code 4642): Non-Executive Director
  • Deutsche Bank (M) Berhad: Director
 
Nizam Razak together with Syed Mokhtar were once eyeing for the 19.4% stake in DRB-Hicom held by the family trust of late Yahaya Ahmad.
 
 
4) Mohamed Nazim Razak, the fourth brother is an architect who married former host of TV3’s Nona show, Norjuma Habib Nazim-RazakMohamed. He also holds the following positions:
  • Hong Leong Bank Berhad (KLSE: HLBANK, stock-code 5819): Non-Executive Director
  • Hong Leong Capital Berhad (KLSE: HLCAP, stock-code 5274): Non-Executive Director
Nazim is also the Chairman of Meru Utama Sdn Bhd which won a seven-year advertising concession from Malaysia Airports Holdings Berhad in late 2007. Besides, Nazim is also a director of Eng Wah Organization Limited, a Singapore-based business involved in cinema operations, film distribution and rental of retail and office space. But of course the multi-billion dollar question is would Quek’s Hong Leong Bank leverage on this latest political landscape to acquire Public Bank?
PRK Kajang: Musuh ketandusan Isu. BN/Umno sepatutnya memberi penerangan dan fokus kpd hala tuju, memperkasa ekonomi negara, benteras rasuah dan usaha2 yang sedang dan akan dilakukan oleh mereka bg mengurangkan beban rakyat. Bukan 18sx. Rakyat makin muak dan mual dgn cara kempen kamu. Jgn salahkan penyokong atas pagar jika mereka tidak menyokong kamu.
Like · · · about an hour ago ·





Tiada ulasan: