Isi
kandungan surat penceraian Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir
Isi kandungan surat penceraian Nurul Izzah Anwar - Jika semalam anak ketua pembangkang, Nurul Izzah menafikan telah menfailkan penceraian terhadap suami pada akhir Disember tahun lalu, hari ini pula surat penceraian beliau telah didedahkan oleh seorang penggua di laman sosial.
Pendedahan ini seakan-akan menutup mulut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang berusaha untuk menyimpan rahsia penceraiannya sejak beberapa bulan lalu. Tidak diketahui siapa individu pertama yang menyebarkan surat cerai ini namun tindakan sedemikian memang biadap dan tidak patut.
Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai.
Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah. Meskipun begitu, kesahihan surat perjanjian yang tersebar tidak dapat dipastikan setakat ini.
Tuesday, 4 February 2014
PRK DUN N25 KAJANG .... DATO' UJANG BAGONG MENDOAKAN KEMENANGAN DSAI.
Dalam kesibukan, Dato Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menziarahi tanda kasih dan mesra Datuk Dr Ujang bin Bagong watak lama dan dermawan yang cukup dikenali di Kajang.
Pertemuan singkat tapi amat cukup bermakna di Sg.Kantan,Kajang, malam tadi ini turut disertai oleh aktivis-aktivis Melayu yang bergelar Paduka Ayahanda,ayahanda-ayahanda kawasan dari perbagai organisasi yang aktif sekitar kajang.
Dato' Seri Anwar Ibrahim turut di iringi Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam pertemuan ringkas tetapi mesra ini, Datuk Dr Ujang Bagong mengimbau beberapa pengalaman bersama DSAI.
Dato' Seri Anwar Ibrahim sempat memberikan penjelasan isu PRK DUN N25 Kajang dan menjelaskan mengenai fitnah bahawa Pakatan Rakyat meminggirkan kepentingan orang Melayu.
Sebelum Anwar bertolak ke pelancaran Jentera PRK N25 Kajang, Datuk Ujang Bagong mendoakan kemenangan Anwar dan semua yang hadir menyatakan komitmen bagi membantu kemenangan PR dalam PRK nanti.
[VIDEO] Video Lawak Teresa Kok Sindir Rosmah Sebabkan UMNO Meroyan
Video CNY Teresa Kok cetus kontroversi
Apa yang mengundang gelak ketawa dalam video ucapan Tahun Baru Cina oleh ahli parlimen Seputeh Teresa Kok mengundang satu lagi kontroversi antara kaum.
Kali ini, naib pengerusi DAP itu, yang sebelum ini secara salah dituduh mengkritik seruan azan, dituduh "biadap" dan "menghasut kebencian kaum".
Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .
Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta. -mk
ULASAN GB
GB tak nampak ada isu perkauman di situ - ia hanyalah royanan golongan orang "yang terasa pedas kerana termakan cili" sepertimana kata Teresa.
Yang dibangkitkan oleh video berkenaan hanyalah isu-isu semmasa yang telah diketahui oleh seluruh rakyat di negara ini.
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - lagi dihebohkan lagi tersebar luas video berkenaan dan masyarakat boleh membuat penlaiannya. Memang tak wujud isu perkauman sepertimana yang digembar-gemburkan oleh UMNO.
Laporlah seberapa banyaknya. Siasatlah. Akhirnya sama macam "kes azan" dulu. Akhirnya Khir Toyo yang terpaksa meminta maaf dan membayar Teresa sejumlah wang kerana memfitnahnya.
Apa yang mengundang gelak ketawa dalam video ucapan Tahun Baru Cina oleh ahli parlimen Seputeh Teresa Kok mengundang satu lagi kontroversi antara kaum.
Kali ini, naib pengerusi DAP itu, yang sebelum ini secara salah dituduh mengkritik seruan azan, dituduh "biadap" dan "menghasut kebencian kaum".
Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .
Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta. -mk
Video 'Onederful': Teresa enggan mohon maaf
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina.
Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.
"Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas.
"Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu.
"Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.
Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang dianggap biadab.
Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.
“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya.
Pandangan sama turut dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini. - SH
ULASAN GB
GB tak nampak ada isu perkauman di situ - ia hanyalah royanan golongan orang "yang terasa pedas kerana termakan cili" sepertimana kata Teresa.
Yang dibangkitkan oleh video berkenaan hanyalah isu-isu semmasa yang telah diketahui oleh seluruh rakyat di negara ini.
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - lagi dihebohkan lagi tersebar luas video berkenaan dan masyarakat boleh membuat penlaiannya. Memang tak wujud isu perkauman sepertimana yang digembar-gemburkan oleh UMNO.
Laporlah seberapa banyaknya. Siasatlah. Akhirnya sama macam "kes azan" dulu. Akhirnya Khir Toyo yang terpaksa meminta maaf dan membayar Teresa sejumlah wang kerana memfitnahnya.
Jangkaan Saya Tepat... Anwar MB Selangor
Posted on Monday, February 03 @ 21:45:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Tulisan saya di ruang Tranungkite Online V7.0 waktu itu pada 6 Mei 2008 banyak orang tidak berminat menganggap ia adalah remeh dan tidak praktikal untuk diulas atau bukan isu!.Rujukan tulisan saya di ruang Pendapat , boleh baca:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?
name=News&file=article&sid=9725
Fenomena tragis ini bukanlah terlalu kotor dan kegagalan untuk sang pemerentah Negeri Selangor khasnya PR dalam wacana menuju pintu gerbang kecemerlangannya jika kemelut dan cengkaman berterusan dari pihak seterunya BN tidak di bendung awalakan membawa parah.
Tidak berguna laungan Reformasi yang kita agung-agungkan jika perubahan tidak terbina di jiwa pimpinan rakyat itu sendiri,untuk itu adalah benar cerminan kekuatan Anwar sebagai Bapa Reformasi Malaysia di angkat untuk menerajui Kerajaan Selangor bukan saja sebagai Kedamaian,Penyatuan malah memperdulikan amanat dari rakyat yang telah memberikan kepercayaan.Gerakan perubahan ini pastinya akan mempercepatkan proses momentum sokongan rakyat ke arah tuju Putrajaya.
Dalam erti kata yang lain Anwar harus membawa satu peradaban baru Man as a fire making untuk Kerajaan Selangor secara simboliknya begitu.Atas kapasiti Anwar dengan ketokohannya di luar negara sudah pastinya akan banyak membantu memperkasakan Kerajaan Selangor malah InsyaAllah akan makmur dan bertambah maju lagi ke hadapan dengan tidak menafikan kelebihan yang ada pada Datuk Khalid Ibrahim itu sendiri.
Saya
tidak akan mengulas lebih panjang lagi dalam hal ini,anda boleh baca
article saya sebelum ini.Kenapa Anwar sepatutnya sudah lama untuk
menerajui Kerajaan Selangor!
Terserah kepada Pengundi Kajang untuk menentukannya..
Sekian.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kudeed
Posted on Monday, February 03 @ 21:45:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Cikgu Paja shared Chubby Baby's photo.
Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya,
hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata.
Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri
boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya
yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia
muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu
tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang
hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya
memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung
zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak
bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir
nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya
lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika
hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak).
Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del
sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung
generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh
kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..
Jom "LIKE" & "SHARE" Dengan Rakan-Rakan .
Love,
♥♥♥♡ Chubby Baby ♡♥♥♥Umno tak mampu lagi fahami humor politik
Posted on Monday, February 03 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Kenyataan menteri Umno serta konco-konco Umno yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “One-derful Malaysia” menunjukkan kebankrapan modal politik Umno.
Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menteri kemajuan luar bandar dan Wilayah; Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-Umno yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik Umno-BN.
Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humor politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.
Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:
Tak sebut insiden Lahad Datu
Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah tanpa menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu.
Malah tiada apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.
Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.
Tuduhan Shafie terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya.
Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia.
Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang menteri persekutuan yang berasal dari Sabah.
Tiada nama pemimpin negara disebut
Bagaimana pemimpin Umno dan konco-konco mereka boleh mencipta perkara yang tak wujud?
Tuduhan bahawa saya memalukan perdana menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya.
Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka?
Tak sentuh isu kaum atau rendahkan martabat Melayu
Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-Umno yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan Umno akan dituduh sebagai “menghina” Melayu, seolah-olah hanya Umno yang mewakili semua orang Melayu di negara ini.
Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah tuduhan palsu.
Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. “Ma Lai” (??) dalam Mandarin bermaksud “kuda datang”, “sai lei ah” (???)dalam Kantonis bermaksud “sangat hebat”.
Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu.
Saya harap kumpulan pro-Umno yang membuat tuduhan palsu itu agar segera bertaubat kerana ia boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Dan jika boleh, selidik dahulu Bahasa Mandarin dan Kantonis sebelum membuat tuduhan tak berasas yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. Seperti kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, tentu kena muka sendiri.
Apakah Umno cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?
Isi kandungan klip video ini telah membayangkan beberapa isu semasa di negara kita yang dibimbangi oleh rakyat.
Umno sebagai parti utama dalam BN haruslah bertanya diri sendiri sama ada isu-isu yang disebutkan dalam klip video itu benar ataupun tidak, dan bukan dengan memutarbelitkan isi kandungan klip video tersebut dengan memainkan isu perkauman.
Sanggupkah Umno menafikan pandangan dan sentimen rakyat terhadap mesej yang dibangkitkan dalam klip video “Onederful Malaysia” tersebut?
Ramai orang Melayu sendiri sudah sedar tentang pembohongan Umno-BN. Kerana itulah lebih 50 peratus rakyat Malaysia termasuk orang Melayu telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap penulis blog dan pemimpin BN?
Isi kandungan klip video “Onederful Malaysia” adalah satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.
Satira politik merupakan humor yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.
Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini?
Malah, lebih jauh dari itu, mengapa penulis blog Umno yang membuat cerita palsu kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa dia mencabuli kehormatan seorang gadis bawah umur, tidak dikenakan tindakan?
Selain itu, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membuat kritikan yang amat tidak sensitif terhadap calon wanita PAS di pilihan raya kecil Tenang bahawa beliau tidak berjabat tangan dengan lelaki?
Penulisan dan kenyataan tersebut yang menyakiti hati pemimpin Pakatan tidak disiasat tetapi sekarang pihak polis dan kerajaan ingin mengambil tindakan untuk menyiasat satu klip video lawak jenaka yang menyindir isu semasa, bukankah ini membayangkan “double standard” pihak kerajaan dan PDRM?
Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan menjadi produser klip video satira politik yang pertama diambil tindakan.
Ini sudah tentunya merupakan “penindasan politik” dan “pendakwaan secara terpilih”.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Monday, February 03 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan