Isnin, 3 Februari 2014

HALANG MENGHALANG NI BIASA...SELAGI ADA KUASA...AKHIRAT TIADA MAMPU MENGHALANG DIRI KALAU ALLAH NAK MASUKKAN DALAM NERAKA

Mais dan Jais yang pertama halang kempen Anwar
Posted on Sunday, February 02 @ 20:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.

Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.
Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.
Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.
Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.
Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, February 02 @ 20:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Pakatan mesti selesai isu di Selangor dahulu, kata Anwar
Posted on Sunday, February 02 @ 20:18:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis penerangan kepada penduduk Permatang Pauh berhubung keputusannya bertanding di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2014.
Pakatan Rakyat tidak perlu bercakap untuk memembentuk kerajaan alternatif jika gagal menangani "ribut" yang berlaku di Selangor sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, sejak beberapa bulan ini negeri itu diserang beberapa isu yang menguji kepimpinannya.
Ribut yang dimaksudkan Anwar adalah isu Allah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Selangor dan merampas lebih 300 naskah Bible berbahasa Melayu dan Iban serta isu  air.
"Walaupun kerajaan Selangor diuruskan dengan baik daripada segi ekonomi tetapi masalah gereja dan Bible isu besar di Selangor, jadi saya perlu membantunya," katanya pada sidang media di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam tadi.
Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 penduduk tempatan di kawasan Parlimennya itu mengenai keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Kita bercakap soal pentadbiran yang baik dan pengurusan ekonomi tetapi tidak mengambil berat kekuatan politik untuk Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan.
"Kita tidak boleh bercakap soal kerajaan alternatif tanpa kemampuan untuk menunjuk dan membuktikan kita boleh kawal ribut ini," katanya.
Anwar berkata, parti sedang melalui strategi yang kritikal pada tahap ini kerana Selangor bergerak melangkaui sekadar menjadi negeri yang efisyen dengan pertumbuhan ekonomi membanggakan.
Katanya, Selangor perlu menjadi negeri model Pakatan Rakyat yang mampu bertahan dengan pelbagai propaganda dan tekanan berterusan daripada Putrajaya.
“Ada banyak program ditangguhkan atau dilengahkan. Seperti isu air, Khalid sudah melakukan sebaik mungkin di bawah kuasanya tetapi masih belum berjaya. Sama juga dengan beberapa perkara yang berada di bawah kuasa persekutuan.
“Khalid sudah menunjukkan kemampuannya dan keberkesanannya dalam beberapa bidang tetapi masih ada perkara yang berada di luar keupayaannya,” katanya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili baru-baru ini mengumumkan bahawa Putrajaya sedang menghalusi butir untuk pengambilalihan bersama empat konsesi air di Selangor dan perjanjian akan dimuktamadkan tidak lama lagi, yang mungkin menjadi petanda berakhirnya masalah air di Selangor.
Menteri itu berkata, Selangor juga menyatakan sokongan kepada idea kerajaan persekutuan untuk loji rawatan air yang baru, Langat 2.
Khalid berkata, kerajaan negeri dan persekutuan akan bekerjasama mengambil alih pengurusan empat syarikat di bawah Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Malam tadi, Anwar sekali lagi menutup isu itu ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar dengan berkata, apa yang penting ialah kerajaan negeri perlu menang dahulu.
Beliau berkata, tidak elok jika perkara itu dikaitkan dengan sultan.
“Tidak adil untuk menghakimi sultan terlalu awal dalam perkara seperti ini. Tidak adil untuk rakyat bercakap. Undang-undang sudah jelas,” katanya.
Ketika ditanya bagaimana beliau akan mengendalikan  tugasnya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Adun di Selangor jika menang di Kajang, Anwar berkata, perkara itu sengaja dijadikan isu hanya kerana beliau ialah Anwar.
“Setakat ini, tidak ada masalah jika anda adalah ahli Parlimen daripada Sarawak atau Sabah.
“Ia jadi masalah hanya kerana saya Anwar. Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah bukan Anwar,” katanya dan menambah Pulau Pinang hanya sejauh 40 minit dari Kuala Lumpur jika naik kapal terbang.
Anwar turut menyentuh mengenai pendapat negatif awam berhubung pilihan raya kecil di Kajang dan pencalonannya dengan berkata, adalah perkara biasa jika rakyat membangkitkan soalan dan bimbang kerana tidak menerima penjelasan mengenai apa yang berlaku.
Beliau berkata, parti akan memberi maklum balas terhadap rakyat dan harap mereka bersabar tetapi mereka menjangkakan musuh politik akan mengenakan mereka dengan hebat.
“Umno akan jadi sangat kejam dan apa yang kita tahu, mereka sudah pun bermula. Rakyat akan menjangkakan perkara itu. Akan ada fobia Anwar,” katanya dan menambah organisasi media yang dikawal Barisan Nasional akan menyerangnya.
Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Kajang Isnin lalu dan keesokan harinya Anwar diumumkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil yang masih belum diumumkan.
Pencalonan Anwar menyebabkan spekulasi tersebar luas bahawa Anwar sedang meninjau untuk mengambil alih tugas menteri besar Selangor daripada Khalid untuk menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dengan Pengerusi PKR Selangor dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, February 02 @ 20:18:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 PRK N.25 Kajang : Kalau Calon Tak Setanding Lawan Tetap Lawan Apa Nya Zahid !
Posted on Sunday, February 02 @ 20:14:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Kalau sekadar Calon TANGKAP MUAT baik aje le hentikan lu punya cakap yang kata LAWAN TETAP LAWAN tu Zahid, sebab itu betul-betul Menghabiskan Duit Rakyat lu tahu tak. Mana tidak nya Duit Rakyat akan Habis, bila Umno/Bn yang Bertanding sudah tentu Menteri-Menteri dari Umno And The Gang akan MENYIBUK sekali, buat Program itu buat Program ini atas nama Kementerian tapi BERKEMPEN untuk Calon. Bukan aje setakat Kempen beb malahan lu orang punya CLIMB pun entah berapa banyak.


Tak ke itu namanya Menghabiskan Duit Rakyat tapi Calon lu orang hanya sekadar Tangkap Muat sahaja, kalau betul hendak LAWAN TETAP LAWAN letak lah Calon BOLEH MENANG seperti Ulul Amri lu ke, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor ke atau kalau SUSAH-SUSAH SANGAT lu aje yang Bertanding kat Pilihanan Raya kecil (PRK) N.25 Kajang tu. Antara sebab gua cadangkan nama lu ialah lu adalah Naib Presiden Umno yang Paling POPULAR dengan Undi Tertinggi.
Popular nya lu tu bukan CERITA KOSONG tapi KENYATAAN, kalau Popular nya Hisyamuddin dengan Auw Auw Auw... Popular nya Ahmad Maslan dengan BEBAL MELANTUN-LANTUN... Popular nya Rais Yatim dengan PAN TIN TUN juga tak terkecuali Ulul Amri lu yang Popular dengan KANGKONG, tapi Popular nya lu dengan KEBERANIAN, KETEGASAN, TELUS, AMANAH, BERADAB, BERINTERGRITI pendik kata lu memang TERBAIK lah Zahid dari Popular-Popular yang lain tu.
Kalau lu yang Bertanding memang Sesuai Sangat dengan kata-kata lu LAWAN TETAP LAWAN, selain itu tak ada bezanya lu orang dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan MEMPERMAINKAN DEMOKRASI, MEMBAZIR DUIT RAKYAT, MENYUSAHKAN RAKYAT dan entah apa lagi ucapan yang keluar dari MULUT LONGKANG Umno And The Gang, kerana Kesudahan nya Duit Rakyat juga yang DIBELANJAKN bukan Duit Mak Bapak Pemimpin Umno malahan lagi banyak lu ORANG akan Habiskan.
Jadi buat lu Zahid APA MACAM ADA BERANI ka !!!... kalau lu nak Tambah Popular ini lah JALAN TERBAIK buat lu, kalau lu dapat Mengalah Anwar Ibrahim dalam PRK N.25 Kajang gua GERANTEE tak sampai satu tahun itu Jawatan Perdana Menteri (PM) lu akan dapat beb. Kalau sudah Anwar Ibrahim lu boleh KALAHKAN apa lah sangat dengan lu punya Presiden yang LEMAH tu beb, andai kata lu Bertanding gua memang TABIK SPRING kat lu lah Zahid... Toing Toing Toing... kah kah kah !.
http://inderasipejuang.blogspot.com/
hemmmmm..... cuma gua nak ingatkan satu aje kat lu zahid, pada pandangan gua lu keluar air mata darah sekali pun semasa berkempen, untuk menang ianya adalah satu keajaiban kecuali allah swt izinkan, jadi kalau lu saja pun susah nak menang baik aje umno/bn jangan bertanding kerana itu betul-betul membazir duit rakyat beb... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Sunday, February 02 @ 20:14:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Jururawat menjadi hamba nafsu kenalan facebook 

| Malang tidak berbahu niat untuk berkawan akhirnya bertukar menjadi tragedi hitam dalam sejarah hidupnya.
Jururawat menjadi hamba nafsu kenalan facebook
gambar hiasan
Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa berkurung selama empat hari untuk meloloskan diri daripada seorang rakan kenalan facebooknya di sebuah rumah seksyen19.
Mangsa yang dikurung sejak selama 4 hari itu telah dirampas segala alat comunikasi dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, akhirnya berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.
Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.
Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa turut di rogol beberapa kali dan dijadikan seperti hamba nafsu rakan kenalan facebooknya yang berusia lewat 40 an itu, Selain itu juga suspek turut mengambil gambar tanpa seurat benangnya dan merakam aksi mereka ketika dijadikan pemuas nafsunya
Difahamkan juga kenalan facebooknya itu yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.


sumber:heyberita

 Aziz Bari: Sultan tiada kuasa mutlak lantik MB
Posted on Sunday, February 02 @ 20:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri besar kerana ia tertakluk kepada prinsip raja perlembagaan, kata pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah semalam bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Mohd Noor berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Menolak pendirian Mohd Noor, Abdul Aziz yang juga bekas profesor Univerisiti Islam Antarabangsa itu berkata kedudukan yang dinyatakan bekas hakim berkenaan adalah sebelum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, February 02 @ 20:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 5:51PM Feb 2, 2014

Petugas media diugut rakam insiden gaduh JDT, T-Team

Seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor malam semalam, diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.

Astro Arena malam semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".

Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di laman Facebook Media Soccer News menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.

Sebelum pergaduhan tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri dan keluar daripada bingkai lensa kamera.

Kamera itu kemudiannya turut menggerakkan ke kiri bagi merakam kekecohan dan pergaduhan itu tetapi tidak jelas siapa yang mengasari siapa.

Tiba-tiba kemudiannya lensa kamera bergerak ke kanan menunjukkan lelaki berjambang itu beredar dengan dikelilingi beberapa lelaki lain.

Tiada ulasan: