Selasa, 11 Jun 2013

TIADA DISEBUT DALAM QURAN ATAU HADIS...SELAIN ULAMAK ITU ADALAH PEWARIS NABI

Ini Bukan artikel SPAM
Posted on Monday, June 10 @ 20:20:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: azli79

"Saya seorang  yang ketagih internet dan hari ini saya mempunyai hari yang terbaik yang pernah saya ada. Saya log pada perkara pertama pada waktu pagi dan saya melihat satu emel daripada Dr Idowu Ndnbueze di Nigeria yang mempunyai USD$ 7,000,000.00 (TUJUH JUTA WOOO) yang sengaja tertinggal dari sebuah syarikat multi-nasional. Dia ingin memberi kepada saya 20 persen daripada jumlah itu. Itu dah lebih kurang USD$ 14 Juta! Apa yang perlu saya lakukan ialah membuka akaun bank untuk dia. Senang giler! Saya menulis kembali dan berkata

"Yes please, I'm your man."
Baik. Saya memutuskan untuk menghabiskan separuh daripada duit itu terlebih dahulu dengan melabur dalam sebuah syarikat berlian yang berjanji ianya DIJAMIN MENINGKAT DENGAN NILAI TINGGI. Ia adalah berpandukan satu tip saham panas dari orang dalam melalui satu emel dari tempat yang dipanggil Andorra. Beliau berkata ia akan meningkat 100 peratus dalam masa seminggu. Jadi sekarang saya sudah mempunyai USD$ 18 juta. I LOVE INTERNET!
Sebelum saya boleh membalas kepada ‘ANDORRA-MAN’, saya menerima satu e-mel baru yang dihantar mengenai seorang gadis sembilan tahun yang menderita kerana penyakit kanser. Jika saya klik pada pautan yang diberikan, sebuah yayasan bernama ‘MAKE A WISH FOUNDATION’ akan membayar segala kos perubatan beliau. Sekarang saya sudah jadi super kaya, jadi saya mahu salurkan sedikit kepada mereka yang memerlukan. Tetapi ketika saya sedang masih berkira-kira untuk klik pada pautan itu, satu emel muncul dengan perkataan  ‘URGENT’ dalam baris pertama subjek.

Sebelum  saya juga dapat membaca e-mel itu, saya terpaksa memadam satu lagi item sebelumnya di dalam email saya: ia adalah emel spam yang menawarkan produk untuk meningkatkan panjang dan lilitan salah satu organ lelaki kegemaran saya. Wow, mungkin mereka salah menyasarkan ‘ads’ itu. Bukan gua bro, cuba try orang lain. Serius,lu emel pada lelaki yang salah.
     
Selepas membuang emel spam itu, saya klik pada emel dengan perkataan ‘URGENT’ itu. Ia adalah dari rakan yang mengatakan bahawa Bill Gates akan membatalkan seluruh perkhidmatan MSN dalam seminggu dan hanya akan berubah fikiran jika kita hantar e-mel ini kepada semua orang dalam folder alamat kita untuk meningkatkan trafik web. Jika kita menghantar kepada 20 orang, kita akan mempunyai nasib yang sangat baik. Tetapi jika kita hantar kepada hanya 10 orang, kita akan mempunyai nasib yang biasa-biasa je. Walau bagaimanapun, jika kita hantar kepada kurang daripada sepuluh orang  sesuatu yang buruk  akan benar-benar berlaku kepada kita seperti awek kita akan mengabaikan kita selama seminggu.

Itu akan menjadi dahsyat! Atau mungkin tidak. Sepanjang minggu awek tak layan. Hmmm. Selepas memikirkan isu untuk sementara waktu, saya memutuskan saya perlu ‘FORWARD’ emel itu, untuk memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada duit USD$ 18 juta saya.
Saya hanya mampu untuk menghantar kepada  tujuh orang rakan saya apabila saya mendapat satu emel yang dikemukakan tentang seorang lelaki yang membeli makanan dari satu rangkaian makanan segera  yang menjual ayam goreng. Dia menyatakan yang dia bukanlah memakan ayam tetapi ia adalah tikus goreng.
Wuueerkkk! Saya teringat ia berlaku kepada seorang kawan saya minggu lepas. Saya membuat keputusan untuk menghantar ebook resipi  biskut yang sedap daripada Martha Stewart kepada lelaki itu. Ia bernilai USD$30, beli kat Barnes & Noble. Saya harap lelaki itu mencubanya.

Tetapi sebelum saya dapat mencari resipi dalam folder "My Documents" saya, emel tiba dari pegawai sekuriti simpanan untuk bank HSBC. Dia menulis dari akaun Hotmail, yang kelihatan agak pelik, tetapi nota beliau menjelaskan bahawa beliau telah memeriksa pada butiran akaun bank pelanggannya, dan meminta saya memberi input nama saya, nombor akaun bank dan password supaya wang saya akan selamat.

Bagusnya pegawai itu. Ini akan memastikan bahawa duit USD$ 18 juta yang bakal saya terima daripada Dr Idowu Ndubueze di Nigeria akan selamat. Saya akan ‘key-in’ kata laluan saya yang saya sembunyikan pada satu nota ‘post-it’ di dalam meja belajar saya. Tetapi sebelum saya menaip kata laluan itu, satu e-mel pula datang dari pemimpin-pemimpin sebuah kumpulan yang dikenali sebagai "Jawatankuasa Anugerah Hadiah NOBEL."
Bila dibaca, rupa-rupanya lelaki ini merasakan ada bunyi seekor kumbang merangkak ke dalam telinganya dan dia mahu menghilangkannya. Jadi dia terjumpa satu artikel di internet dan membaca caranya dengan meletakkan satu bom dinamit dekat pada telinganya dan nyalakan sumbunya.
BOOM!
Letupan itu meledakkan kepalanya, bersepai keluar tingkap. Kemudian rumahnya pula runtuh dan menimpa mayatnya pula. Kaput!

p/s: Semasa artikel ini habis ditulis, penulis telah menerima satu emel dari Dr Idowu Ndubueze dengan berkata – “ You are my HERO. Thank you.”

 Tanyalah mereka semua kerana mereka semua masih hidup lagi!!
Posted on Monday, June 10 @ 20:16:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Tidak diketahui mengapa isu penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong disensasikan oleh media terutama media baru UMNO seperti UTUSAN,TV3 dan RTM.

Sensasi oleh media barua ini dengan penampilan "hero-hero" Melayu seperti mantan IGP,mantan hakim,mantan calon yang kalah dan tidak ketinggalan Professor bertaraf "kangkung" turut tumpang semangkuk.

Bahkan Raja Melayu seperti Raja Muda Perak dan Raja Perlis juga bertitah tentang perihal Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Malaysia.

Semuanya mengutuk dan memberi "idea yang bernas" seperti wujudkan Akta Derhaka,labelkan penderhaka hingga syorkan lucutkan kewarganegaraan.

Mereka yang bertaraf"barua" UMNO berbuih-buih mulut memberi idea hingga lupakan penderhakaan dan kejahatan yang pernah UMNO lakukan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu bermula dengan Dr Mahathir, Anuar Musa,Zahid Hamidi dan juak-juak sewaktu dengannya.

Adakah media barua UMNO buat-buat lupa ? Adakah kerana yang membuat penghinaan itu orang Cina maka "serangan bertubi-tubi" mesti dilancarkan ?

Kita jangan buat lupa-lupa tentang satu perkara yang penting dan fakta. Yang memulakan penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu adalah orang Melayu sendiri.

Tanyalah Mahathir,Anuar Musa,Deris Jusoh dan Zahid Hamidi tentang hal ini.

Tanyalah mereka semua siapakah yang mencabut imuniti,siapakah yang menggelar "binatang" ke atas Sultan Terengganu yang menjadi Yang Dipertuan Agong ketika itu?

Tanyalah mereka semua kerana mereka semua masih hidup lagi!!

Tanyalah mereka semua kerana mereka semua masih hidup lagi!!"

 Ini Bukan Kisah Dogeng, PSM telah ditolak untuk bersama Pakatan Rakyat
Posted on Monday, June 10 @ 10:27:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog TKOOffline


Saifuddin Nasution menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa Pakatan Rakyat (PR) menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak.

Menurut Saifudin, keputusan tersebut telah dilakukan bersama-sama dengan ahli Majlis Tertinggi PR yang lain pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

Tambah Saifudin, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.

"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak", kata Saifudin.

"Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya lagi kepada Sinar Harian Online.

Soalnya bila PR menolak permohonan PSM?

Seperti yang saya tulis sebelum ini Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan dalam kenyataannya pada 5 April 2013 menyebut bahawa PSM tidak pasti samada akan bertanding atas tiket PSM atau atas tiket parti lain.

Kenyataan ini sebenar adalah disebabkan PR tidak menerima kehendak PSM untuk bersama PR dan menolak permintaan 2 kerusi peruntukkan untuk mereka (PSM).

Sama juga seperti saya tulis sebelum ini isu Kota Damansara (KD) tidak berbangkit sekiranya PKR meletakkan calon PKR sendiri bukan calon pengerusi PSM atas tiket PKR.

PAS tak ada masalah dengan PKR, hanya PAS tak nak calon PSM bertanding atas tiket PKR. Itu isunya. Isu-isu kemudian, soalnya BN boleh menang itu adalah isu selepas isu pokok.

Soalnya kalau PKR  menolak pengerusi PSM dan meletak calon lain di situ, isu kemudian tak timbul. Yang akan timbul pertandingan 3 penjuru antara PR (PKR), BN dan PSM. Sudah pasti PR akan menang. Tidak timbul menguntungkan BN seperti yang dihujahkan oleh Khalid sebelum ini yang saya malas nak panjangkan!

PAS berbuat demikian kerana nak selamatkan PR sebab Selangor pada masa sebelum PRU-13 masih dalam keadaan tidak menentu kedudukannya. Jika Selangor menang tipis, kedudukan PSM sebelah kaki dalam PR dan sebelah lagi di luar PR adalah cukup bahaya kepada PR sendiri.

Bahayanya kerana PSM telah ditolak untuk bersama PR
FAHAM-FAHAM???

Kalau tak bersama PR PSM boleh nak bersama PR atau tak nak bersama PR?? Kan bahaya tu!

Presiden PAS telah bertegas dalam hal ini.
Ada orang bertanya saya kenapa Khalid Samad tak tahu "kisah dogeng ini".

Apa yang saya nak hairan sangat dengan YB Khalid Samad dia bukan Presiden atau Pengerusi. Karpal Singh, Pengerusi DAP pun tak tahu "KISAH DOGENG INI"

Saifuddin berkata Karpal Singh tidak mengetahui keputusan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi Pakatan berhubung keputusan tersebut kerana dia tidak hadir ke mesyuarat berkenaan. Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka, katanya Saifuddin.

Nak tanya YB Khalid Samad ada tak dalam mesyuarat Majlis PR??
YB Khalid tahu tak keputusan PAS berhubung dengan keputusan Majlis PR?
Kalau YB Khalid tak tahu wajarkah YB Khalid "keber mengata rawa"??

Adab berjamaah sebaik-baiknya tanya, bukan menyerang dalam blog terhadap Presiden sendiri. Saya bukan pembodek presiden. Tak ada satu sen pun saya dapat untuk menulis perkara ini, tapi saya menyarankan adab-adab bagi kita berjamaah supaya kita tak tersasur dalam membuat keputusan kerana kita bukan orang tertinggi dalam Jamaah. Mungkin ada keputusan di luar pengetahuan kita.

Soal kita setuju atau tak setuju dengan keputusan orang yang lebih tinggi daripada kita itu soal lain. Keputusan Presiden bukan kisah dogeng!

Satu lagi soal parti, atau sebut jamaah. Ini bukan nak bangkit soal IRC, SUARA ISLAM, Ikhwan, dll  seperti ada yang membuat komen seolah-olah saya tak tahu YB Khalid dengan Suara Islam. Bagi saya dia IRC ke, dia Suara Islam ke,dia Syiah ke... TAPI bila dah duduk dalam PAS semuanya saya anggap berfikrah PAS. Bila PAS dia kena akur dengan cara PAS.

Bila kita PAS kita kena jelas tentang Hisbullah dan Hisbul Thaught!! Sebenarnya semua yang berada dalam gerakan Islam tahu tentang Allah s.w.t nak kita berada dalam Hisbullah.

Kenapa kita bersama PAS tak parti lain?? Masuk PSM ke atau masuk PKR ke dan boleh masuk DAP? Adakah semua parti itu sama?? Penderian ini sepatutnya kita faham!! Apatahlah YB Khalid yang telah tercimpung dalam gerakan Islam semenjak muda lagi!!

Sekali saya tegaskan ini bukan soal “Dia Sosialis”. Atau “dia susah nak kerjasama”. Atau “kerusi dipinjam”. Atau “PKR tiada calon". Pokoknya PAS tak boleh terima. Sebelum ini saya sudah berhujah berkenaan kenyataan Azmin Ali sendiri yang mengaku kesilapan PKR dalam hal ini semasa Kongres Nasional Keadilan ke-9.

Sekurang-kurangnya kenyataan Saifuddin Nasution ini membuka mata kita terhadap isu sebenar bukan seperti yang kita faham sebelum ini. Isu kemudian tak payah di besarkan oleh menutup isu yang multak PR.


Note:
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan untuk menurunkan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sebagai calon kerusi parlimen Kota Bahru, Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 2004 harus difahami!!! Bukan TGHH sahaja tapi TGNA juga mempunyai kefahaman yang sama jangan kita bersikap tidak adil dalam membuat penilaian antara TGHH dan TGNA.


....
Sumber
Ini Bukan Kisah Dogeng, PSM telah ditolak untuk bersama Pakatan Rakyat


 Anak Muda ingin bertanya....tolong jawab!
Posted on Monday, June 10 @ 08:38:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Timbul di pemikiran kita tentang penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu.


Antaranya : Adakah jika UMNO yang melakukan perkara tersebut, maka ianya sesuatu yang HALAL TOYYIBAH ?

Adakah jika UMNO yang melakukan perkara tersebut, maka ianya sesuatu yang DIPERBOLEHKAN ?

Dan jika rakyat marhein lakukan dengan automatik kita labelkan mereka penderhaka, kita buru mereka, kita dakwa mereka atas Akta Hasutan ?

Apa  kesudahan cerita tentang kes "Natang" dan isu penolakkan Istana terhadap calon-calon UMNO bagi kerusi MB Terengganu dan Perlis pada tahun 2008 ?

Itu belum lagi kisah "kehebatan" Mahathir "menelanjangi" Raja-Raja Melayu ?

Dan adakah perundangan kita bersifat seperti " Apartheid" iaitu satu untuk UMNO dan satu lagi untuk rakyat marhein dan pembangkang ?

Anak Muda ingin bertanya....tolong jawab!



Ulama Pewaris Nabi

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat serta berusaha melaksanakan segala sunnah Rasulullah SAW. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ulama’ ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu yang bermartabat tinggi kerana ia berkaitan dengan Allah, Rasulullah, Al-Quran, sistem kehidupan, politik, budaya, ekonomi dan perkara-perkara besar yang lain. Ilmu ini akan menentukan nasib baik seseorang atau sebaliknya di dunia dan di akhirat kelak. Ilmu inilah yang disebut sebagai Ad-din oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:
“Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama”. – (Muttafaqun ‘Alaih dari Mu’awiyah r.a)
Ilmu ini juga disebut Al-Hikmah seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 269:
“Allah memberi Al-Hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya; barangsiapa yang telah dianugerahkan dengan hikmah itu bermakna dia telah diberikan kebaikan yang banyak”.
Allah mengangkat martabat orang yang beriman dan berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Allah berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:
“Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat. (Ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”.
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW menegaskan:
“Sesungguhnya Allah meninggikan martabat sesuatu kaum dengan Al-Quran ini (yakni ilmu tentang Al-Quran) dan merendahkan martabat yang lain kerananya”. – (Riwayat Muslim)
Ilmu inilah yang dinyatakan oleh Allah akan direnggut dan dicabut daripada sesuatu kaum dengan dimatikan golongan orang Alim dalam kalangan sesuatu kaum itu. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu (ilmu agama) daripada umat manusia dengan sekali renggut. Akan tetapi Dia mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama’. Sehingga apabila tiada lagi seorang Alim pun hidup maka orang ramai menjadikan orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka mereka (para pemimpin itu) ditanya, lalu mereka berfatwa tanpa ilmu. Maka dengan demikian mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”.- (Muttafaqun ‘Alaih)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Apakah peranan ulama’ di dunia ini sehingga martabat mereka begitu tinggi? Peranan ulama’ antara lain ialah:
Pertama     :Sebagai pewaris para Nabi atau penyebar ajaran yang dibawanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak”. – (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)
Menghina dan mengepikan ulama’ serta menghalang mereka daripada menyampaikan ilmu malah membunuh mereka adalah satu kejahatan dan perbuatan yang berdosa. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 21-22:
“Sesungguhnya orang yang mengingkari ayat-ayat keterangan Allah, membunuh Nabi-nabi tanpa alasan yang benar dan membunuh orang yang menyuruh berlaku adil di kalangan manusia, maka sampaikanlah (berita yang menggembirakan) kepada mereka akan adanya azab yang pedih. Mereka itulah orang yang telah terbatal amal perbuatannya di dunia dan di akhirat. Mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan”.
Kedua        :Ulama’ mengajar dan memperkukuh akidah, syariah dan akhlak Islam. Ulama’ yang tidak menyebarkan dakwah dan perjuangan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w maka mereka bukan ulama’ yang sebenar.
Kefahaman hidup seperti budaya, politik, ekonomi dan lain-lain daripada perspektif Islam hendaklah menjadi butiran ilmu yang diajar oleh ulama’ kepada orang ramai. Mereka berperanan melurus dan menjernihkan umat daripada palitan dan saki-baki fahaman jahiliyyah, khurafat dan perkauman yang masih tebal yang boleh menghakis akidah Islam.
Ketiga        :Ulama’ adalah contoh budaya takut kepada Allah dan menjadi model akhlak Islam. Sikap dan perilaku ulama’ adalah mempamerkan kelakuan dan akhlak Islam yang lengkap dalam memerintah, mentadbir, memimpin, menjadi pemimpin keluarga dan sebagainya. Ulama’ bukan dari kalangan mereka yang melakukan perkara-perkara buruk seperti rasuah dan lain-lain lagi.
Keempat   :Ulama’ adalah golongan yang prihatin dan mementingkan kerja membela penderitaan umat dan berusaha mereformasikan kehidupan sosiopolitik, budaya, ekonomi dan sebagainya. Mereka adalah golongan yang terlibat berjihad untuk menobatkan pemerintahan menurut lunas-lunas ajaran Islam. Mereka berusaha memartabatkan kedudukan umat dalam setiap lapangan agar menjadi khaira ummah demi menunaikan amanah dan tanggungjawab ilmu mereka.
Kelima       :Ulama’ mestilah dijadikan sebagai tempat rujukan dan pembimbing umat daripada setiap kekalutan pemikiran dan kesesatan fahaman oleh simpang-siur ajaran dan ideologi ciptaan manusia. Sebab itu usaha menghalang ulama’ daripada menyampaikan ajaran agama adalah suatu kesalahan. Sebagai contoh, menyusahkan ulama’ menyampaikan ajaran Allah dengan memenjarakan atau mengenepikan mereka daripada khalayak ramai adalah satu usaha memadamkan sinar agama Allah di mana jua pun. Usaha para ulama’ yang berani menyatakan kebenaran seperti yang diajarkan oleh Islam adalah lambang perjuangan dan jihad mereka menyampaikan Islam walaupun dimusuhi oleh mereka yang anti ulama’.
Keenam    :Ulama’ sentiasa berperanan mencegah kemungkaran, kezaliman dan amalan yang menderhaka kepada ajaran Allah. Ini kerana Allah telah memerintahkan dalam surah Ali-Imran ayat 104:
“Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Jelaslah kepada kita betapa pentingnya kedudukan para ulama’ dan peranan mereka dalam menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kesesatan akidah. Sebab itu ulama’ dipandang serong oleh musuh Islam dan orang-orang yang sangat anti kepada perjuangan hidup Islam.
Kini terdapat usaha menjatuhkan Islam melalui tindakan memburukkan Al-Quran, nama baik Rasulullah SAW dan malah pewaris Baginda; iaitu para ulama’. Melalui tindakan jahat tersebut mereka mula membakar Al-Quran, melukis gambar-gambar kartun yang membayangkan Rasulullah s.a.w sebagai pengganas. Menjatuhkan martabat ulama’ dengan mengaitkan mereka dengan kumpulan bersenjata dan pengganas yang hendak perangi dengan apa cara sekalipun.
Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,
Oleh kerana peranan dan kedudukan ulama’ penting dalam masyarakat, marilah kita menghormati dan menghargai ulama’ kita yang soleh dan bertaqwa.
Marilah mendekati dan mempelajari ilmu pengetahuan daripada ulama’. Ini tanda kita mengagungkan dan membesarkan Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 32:
“Demikianlah (ajaran Allah), sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati (orang yang beriman)”.
Marilah kita menyediakan prasarana pendidikan yang boleh melahirkan ramai ulama’ di kalangan anak-anak kita generasi baru, agar kesinambungan pengajaran Rasul itu dapat diteruskan. Marilah kita menyokong dan bekerjasama dengan ulama’ untuk menobatkan syiar Islam melalui dakwah dan perjuangan Islam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sesungguhnya ketinggian ulama’ adalah lambang ketinggian syiar Islam. Rendah dan terpinggirnya ulama’ bermakna lemah dan terpinggirlah Islam. Mereka pewaris Rasul untuk membimbing umat. Mereka menghidupkan sunnah Rasul yang sudah ditinggalkan. Kerana itulah Allah memerintahkan agar mereka dihormati, dimuliakan bahkan segenap ilmuan perlu dihargai peranan mereka. Hasan Al-Basri menegaskan: Meninggalnya seorang Alim merupakan suatu kehilangan besar yang sukar dicari ganti sepanjang zaman. Bahkan ada hadith riwayat Ad-Darimi dan At-Tabrani menegaskan dengan maksudnya:
“Kematian seorang Alim itu merupakan musibah yang tidak dapat ditukar ganti serta lumpang yang sukar ditutup”. –  (Riwayat Ad-Darimi dan At-Tabrani)
           Sebab itu martabat dan peranan ulama’ hendaklah dihormati dan dihargai. Pertubuhan dan gerakan mereka wajib disokong sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Kegiatan mereka hendaklah dibantu dan diperkasa untuk kebaikan umat Islam dan manusia seluruhnya. Maruah dan nama baik mereka hendaklah dipertahankan kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat yang cintakan Islam.
“Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (kabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah) “. – (Surah At-Taubat: 122)
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,  suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. – Khutbah Jumaat Bacaan 14 Januari 2011


 IR., DR. & TUAN GURU
Posted on Sunday, June 09 @ 20:41:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Egineer Memali


PAS hanya teguh dengan dasar Islam yang didokong oleh para ulamak, professional dan aktivisnya.














Islam menjunjung tinggi keilmuan dan mengangkat martabat kedudukan orang-orang yang berilmu. Setiap individu muslim yang telah memiliki ilmu yang luas, mantap lagi sangat mendalam dalam sebarang cabang ilmu pengetahuan yang dituntut oleh Islam untuk manusia mempelajarinya – secara umumnya – adalah ulamak.
Ir., Dr. atau Tuan Guru, sebagai ulamak, kedalaman ilmu yang dimiliki mereka dalam apa juga bidang, mestilah membawa mereka sampai kepada menyingkap hakikat sebenar kebergantungan alam ini kepada Allah serta menyaksikan kebesaran dan kekuasaanNya, dan mengakui kebenaran ketauhidan kepadaNya.


Keadaan tersebut sehinggalah lahir dalam diri mereka perasaan bimbang berlaku cuai dalam memberikan hak pengagungan terhadap Allah s.w.t., perasaan takut daripada melakukan perkara-perkara yang mengundang murka Allah s.w.t., lantas mereka berjuang mempertahankan turath para Nabi dan Rasul a.s serta kemutlakan pengabdian dan kepatuhan yang menyeluruh terhadap suruhan-suruhan Allah s.w.t.

Oleh itu adalah tidak munasabah berlaku pertembungan dalam kalangan Ir., Dr., dan Tuan Guru, sedangkan semuanya saling meneguhkan ajaran-ajaran Islam dan saling pula mempertahankannya. Jika masih wujud pertembungan, ia bukanlah pertembungan antara golongan yang telah diberikan ilmu oleh Allah s.w.t., tetapi ia adalah pertembungan antara Islam yang diperjuangan oleh para ulamak – sama ada dengan pengertian umum atau khusus – dan kesesatan pelbagai ideologi yang didokong oleh para intelektual dan ahli akademik berjalur sekular dan liberal.

Di sepanjang zaman, tidak pernah sunyi daripada penyelewengan ilmu dan penghinaan terhadap para ulamak. Disamping menentang kezaliman para pemerintah, para Nabi dan Rasul juga telah berhadapan dengan ahli kitab di zaman mereka. Di zaman ini juga, para ulamak tidak terlepas dari cercaan dan tuduhan bahawa mereka jumud, tidak memiliki keluasan ilmu dan bodoh membicarakan soal sosial kemasyarakatan dan kenegaraan.

Namun, adalah menjadi tugas para ulamak – Ir., Dr. dan Tuan Guru – untuk terus merungkai pelbagai penyelewengan ini daripada kehidupan manusia supaya kembali kepada ketulenan Islam yang sebenar.

Di kala manusia yang berkehendakkan dunia dalam kehidupannya berharap untuk memiliki apa yang dimilki oleh musuh-musuh Allah, para ulamak tetap berharap hanya pada ganjaran daripada Allah s.w.t. – mereka beriman, beramal soleh dan tetap sabar bagi mendapatkannya.

Wallahua’lam.

http://engineermemali.blogspot.com/2013/06/ir-dr-tuan-guru.html



Siapa Ulamak Pewaris Nabi?

  “Ulamak itu adalah pewaris nabi.” Itulah kenyataan Rasulullah 1400 tahun yang lampau. Itulah juga modal bagi para ulamak ke sana ke sini. Mereka mengaku pewaris nabi. Mereka menjaja kepada orang kebanyakan bahawa merekalah pewaris nabi. Sebab mereka ulamak dan sudah dikatakan Rasulullah sebegitu rupa. Tetapi malangnya hari ini, kita tidak nampak yang kebanyakan ulamak yang mengaku ulamak itu pewaris nabi. Ini kerana kalaulah dikatakan pewaris nabi, sudut bagaimanakah yang dikatakan pewaris nabi?
Sudut ilmu, adakah ilmu mereka benar-benar mewarisi ilmu nabi yakni Rasulullah? Sebabnya ilmu yang Rasulullah bawa itu global. Tidak tertumpu pada satu-satu bidang ilmu sahaja. Ilmu Rasulullah itulah ilmu Iman, Islam dan Ihsan. Atau dalam ertikata lain, akidah, syariat dan tasauf. Ulamak hari ini, kalau alim tentang tasauf, tasauf sahaja. Kalau akidah, akidah sahaja. Kalau syariat, syariat sahaja. Kalaupun belajar dan alim semua, berapa kerat sahaja. Itupun tak pula dapat menggunakan ilmu-ilmu tersebut dalam bentuk pakej. Sehingga ilmu itu benar-benar berperanan menghuraikan persoalan isu semasa. Sehingga daripada ilmu itu, terungkai pelbagai masalah umat Islam.
Sudut ibadah, adakah mereka beribadah seperti Rasulullah? Sudahkah mereka mewarisi sifat Rasulullah yang sangat menjaga sembahyang, mengutamakan sembahyang di awal waktu, sembahyang berjemaah, sembahyang secara tertib dan cukup berhalus dalam soal sembahyang? Ibadahnya juga bukan sekadar ibadah tetapi memberi kesan pada jiwa sehingga nampak kesannya dalam kehidupan sehariannya. Rasulullah itu juga istiqamah bangun dari tidur untuk mengerjakan tahajjud dan witir di samping banyak merintih di malam hari.
Sudut rohaniah Rasulullah bagaimana pula? Rasulullah itu sabar orangnya, sangat pemurah, bertolak ansur, pemaaf, berkasih sayang dan tawadhuk? Bahkan yang paling hebat pada Rasulullah itu dia sangat kenal, cinta dan takut kepada Tuhannya. Apakah sudah ulamak mewarisi rohaniah Rasulullah seperti itu?
Sudut perjuangan, adakah mereka benar-benar berjuang mewarisi perjuangan Rasulullah? Perjuangan Rasulullah menegakkan Islam bermula daripada diri dan keluarga. Apakah diri ulamak, isteri dan juga keluarga sudah diislamkan sehingga mencapai tahap seperti yang Tuhan kehendaki? Rasulullah juga berjuang di dalam jemaah. Apakah mereka mengikut Rasulullah membentuk jemaah atau setidak-tidaknya menyertai jemaah? Yang mana jemaah itu di dalamnya tertegak sistem Tuhan baik ekonominya, pendidikannya, kemasyarakatannya, pentadbirannya, perhubungannya dan juga kebudayaannya. Yang mana jemaah itu melagangkan Islam ditengah-tengah masyarakat sehingga berperanan mempengaruhi masyarakat sekeliling.

Cukup sedikit gambaran diberi, tidak semudah itu ulamak boleh mengatakan yang mereka itu mewarisi nabi. Kecuali ulamak yang bertaraf mujaddid atau ulamak yang diilhamkan Tuhan panduan dari masa ke semasa untuk diri dan jemaahnya. Hendaklah kita faham ini semua agar kita benar-benar kenal siapa sebenarnya ulamak yang dikatakan pewaris nabi itu.


 Wan Ahmad timbalan pengerusi SPR persenda rakyat?
Posted on Monday, June 10 @ 08:37:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Wan Ahmad timbalan pengerusi SPR menolak desakan rakyat agar  dia dan seluruh kakitangan SPR meletakkan jawatan kerana mendakwa SPR sudah berjaya mengadakan pilihanraya dan menolak semua dakwaan penipuan SPR sepanjang PRU 13.

Katanya dakwat kekal yang tidak kekal tidak boleh dijadikan alasan penipuan PRU dan katanya lagi tiada warga asing yang mengundi kecuali ada rakyat yang ditahan dari mengundi oleh parti parti tertentu kerana rupanya seperti Bangla.
Bodohnya Wan Ahmad ingat rakyat tidak kenal Bangla yang diangkut dengan bas ke pusat mengundi walaupun tidak dinafikan ada warga negara yang ditahan kerana rupanya,Namun kejadian warga negara ditahan itu berpunca tedapatnya lambakan Bangla di pusat mengundi.Wan Ahmad buat muka bebal ketika membuat pembohongan mengenai Bangla.

Beliau tetap mendakwa PRU berjaya dan mahukan rakyat melupakan dakwat kekal yang tidak kekal.Apa Wan Ahmad diingat rakyat mudah melupakan setelah disusahkan dengan dakwat dijari ketika hari mengundi.Apa tujuan dakwat kekal digunakan? Apakah untuk suka suka? Tak semudah itu rakyat mahu melupakan lawak bodoh SPR ini.

Kalau dakwat kekal itu digunakan untuk tujuan yang jelas, bermakna dakwat kekal yang didapati tidak kekal yang sebelumnya beriya iya dikatakan kekal oleh SPR, tidak mencapai tujuan penggunaannya,Tetapi Wan Ahmad tidak menyatakan tujuan penggunaan dakwat kekal itu yang menunjukkan memang ada penipuan berkaitan dakwat kekal berlaku semasa PRU.
Wan Ahmad mengambil kesempatan keatas kebaikan rakyat Malaysia yang tidak mahu merusuh di hari mengundi walaupun sudah sah nyata ada penipuan di depan mata untuk membuat dakwaan pilihanraya berjaya.
Apa yang sebenarnya berjaya dan diketahui benar oleh Wan Ahamd ialah kejayaan SPR melaksanakan penipuan demi penipuan di hari mengundi tanpa sebarang gangguan rakyat yang mengetahuinya.
Itu sebenarnya ukuran berjaya yang didakwa oleh Wan Ahmad dan Wan Ahmad sebenarnya menambahkan lagi kemarahan rakyat.





  Muslimah PAS terhangat dipasaran May 2013
Posted on Monday, June 10 @ 08:39:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
Ima Sufi
Muslimah PAS terhangat dipasaran
Sepanjang May 2013 pasca pilihan raya umum ke13, nama Muslimat PAS, Ima Sufi mendapat perhatian terhangat di facebook kalangan peminat wacana politik negara.

Dalam satu statusnya, Ima Sufi menulis:
Politik balas dendam UMNO be end sudah bermula!!!..... 400 org guru drp Pasir Puteh akan menerima memo pertukaran ke luar kelantan atas alasan menjd jentera PAS dan PR dlm PRU 13, salah seorgnya ialah adik saya yg tdk pernah memegang walau sehelai bendera pun, tdk pernah menampal walau sehelai poster pun dan tdk pernah menjejakkan kaki pun ke Bilik Gerakan PAS.... alasan... krn saya iaitu kakaknya adalah muslimat PAS yg aktif.... wahai  umnobeend... engkau ku laknat dan tak ku redha atas perbuatan mu dunia hingga akhirat... Allahuakhbar
Status muslimat PAS tersebut telah di 'share' oleh ribuan pemilik akaun Facebook dan mendapat belasan ribu 'LIKE' secara keseluruhan daripada pelbagai akaun Facebook lain yang turut berkongsi status.

Ima Sufi
Ima Sufi
Ima Sufi, Muslimah PAS terhangat dipasaran

Tiada ulasan: