Posted on Saturday, June 29 @ 07:17:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yang haram? Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?
Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi yang haram?
Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yang dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian kepada manusia, menguji iman dan sama ada kita akan ingkar pada ajaran Allah dan sebagainya.
Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mungkin berlaku.
Sebagai contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah - dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yang ingkar arahan-Nya - mulut digunakan untuk menipu, tangan diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya.
Seperti juga seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta.
Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri kursus agama sahaja.
Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan agama yang nipis.
Hanya didikan agama yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang halal.
Yang perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar menguatkan iman dengan didikan agama yang cukup untuk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.
Mengetahui halal bukan bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau tidak diiringi dengan tindakan.
Senyum.
Jika PAS menang di Kuala Besut?
Posted on Saturday, June 29 @ 13:45:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"Assalamaulaikum,, Andaian dan perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di PRK Kuala Besut nampaknya menarik banyak respon dari kalangan ahli akedemik dan ahli politik serta ramai rakyat jelata yang rata rata bercakap di kedai kedai kopi.
Kedudukan kerusi di DUN Terengganu menyebabkan andaian kemenangan PAS menarik, kedudukan akan menjadi seri kalau PAS menang dan inilah yang menjadi faktor penarik untuk kemungkinan ini menjadi topik perbincangan sehingga BERNAMA, agensi berita UMNO turut tidak mahu ketinggalan untuk melaporkannya.
Kenapa tidak disentuh kemungkinan UMNO menang? Sebab tiada yang berubah kalau UMNO menang dan inilah yang diharapkan oleh UMNO.UMNO mungkin telah mengerakkan unit perang sarafnya dan pendedahan awal kepada bilik perang saraf UMNO ini menunjukkan kemungkinan UMNO membuat bajet untuk menang majoriti sebanyak 4,500 undi (berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ulitmayang(UM), seorang forumer TKO dalam beberapa responnya kepada artikal berkaitan PRK Kuala Besut).
UMNO juga mungkin memainkan peranan agar berlaku pergeseran antara PKR, DAP dan PAS (bilamana UM mendakwa jentera PKR dan DAP akan dihalang memasuki Kuala Besut oleh PAS). Tetapi di sebalik semua itu, tetap kedengaran analisa mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut.Analisa yang menyeluruh dan meluas di seluruh negara mungkin menggusarkan bilik perang saraf UMNO kerana perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang merupakan satu bentuk doa orang ramai malah dalam kes kes yang boleh dikesan, ramai yang mengharapkan PAS menang agar kedudukan politik di Terengganu menjadi lebih menarik.
Perbincangan yang meluas ini turut menjadi sentimen di Kuala Besut, sentimen pengundi yang mungkin turut teruja untuk memberi kemenangan kepada PAS.Perkara ini sudah tentu menjadi igauan bilik perang saraf UMNO dan kemungkinan lebih banyak aliran wang masuk ke Kuala Besut.Penduduk Kuala Besut terutamanya para penagih dadah akan mendapat untung besar kerana PRK ini, durian runtuh untuk Kuala Besut.
Kerja bilik perang saraf UMNO awal awal lagi sudah menjadi rumit, apatah lagi pengumuman PJ PAS negeri, YB Wahid Endut bahawa PAS akan menyerang habis habisan dan berkata PAS akan menggerakkan gerakkerja lebih awal di Kuala Besut.Pengumuman ini dilihat menyemarakkan semangat dan keinginan petugas PAS yang sudah lali dengan sindiran dan tindakan menganjing geng PAK TEPAK yang hanya menanti keputusan PRK untuk menangguk di air keruh.
Sehingga hari mengundi yang masih belum diumumkan SPR, perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut akan berterusan dan bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula PAS di Besut, insyaaallah!
Antara Shisa dan Rokok. Kenapa pilih kasih ?
Posted on Saturday, June 29 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: sp4n4r
"2 Negeri ( Pahang dan Perlis ) sedang berusaha mengharamkan shisa dan akan diwartakan pengharaman dalam perundangan Islam. Perak akan menyusul. Alasan pengharaman Shisa dikatakan memudharatkan kesihatan.
Adakah wujud laporan perubatan kesan keburukan Shisa yang memudharatkan kesihatan ? Sekiranya ada, sewajarnya diharamkan.
Bagaimana dengan rokok ? Laporan perubatan menunjukkan rokok juga memudharatkan kesihatan. Tetapi mufti-mufti tidak sependapat dalam hal ini dalam mengharamkan rokok. Malah ada mufti-mufti mengatakan ianya makruh sahaja.
JIka nak haram Shisa, haramkan juga rokok. Bila fikir, bengong dan bangan jugak lah orang agama yang berotak mandul dari kerajaan nih. "
Merokok Dari Pandangan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian
perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8
mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok
sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang
boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok,
malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi
penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan
dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat
beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah
kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang
menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit
jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara
membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh
Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang
bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang
kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10
jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi
kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian
berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan
banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan
tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20
billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam
kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu
makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang
boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah)
yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap
(menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis)
pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana
ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta
serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas
berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503
(masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang
dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt,
samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam
tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya
terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby
mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan
kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul
Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak
mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika
ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan
hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir
telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci
al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah
diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini
bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan
seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan
sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di
atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Rokok elektronik diharamkan di sekolah
ROME - Itali kelmarin telah mengharamkan semua penjualan rokok elektronik yang didapati mempunyai kandungan nikotin berbahaya kepada kanak-kanak dan melarang penggunaannya di sekolah.
Langkah itu dilaksanakan ketika sebuah pertubuhan pengguna mendakwa langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tidak cukup tegas.
"Menteri Kesihatan Itali, Beatrice Lorenzin mengharamkan penjualan rokok elektronik yang mengandungi nikotin kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun," jelas kementerian terbabit dalam satu kenyataan.
"Kami tidak mahu mendakwa bahawa rokok elektronik lebih berbahaya daripada rokok biasa. Namun ia tidak sepatutnya digunakan kerana ia membahayakan kesihatan," kata Lorenzin kepada saluran televisyen Rai.
"Orang ramai perlu diberitahu tentang apa kandungan rokok tersebut. Air dan aroma (kapsul) adalah satu perkara. Namun kandungan nikotin akan menyebabkan ketagihan," tambahnya.
Pertubuhan Pengguna Itali Codacons mengkritik undang-undang baharu itu sebagai benar-benar tidak mencukupi.
"Rokok elektronik sepatutnya diharamkan di tempat umum seperti rokok biasa. Tidak jelas kenapa kementerian tahu ia berbahaya dan mengharamkannya di sekolah sahaja tetapi tidak diharamkan di tempat-tempat awam," kata Presiden Codacons, Carlo Rienzi. - AFP
Dakwat Tidak Kekal yang Kantoi
Posted on Saturday, June 29 @ 20:31:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: ruhan
"
Perkara
yang sangat ingin diketahui oleh rakyat Malaysia ialah punca dakwat
kekal yang digunakan semasa PRU Ke-13 itu tidak kekal. Persoalan yang
sangat mudah seperti ini pun tidak dapat diselesaikan dengan baik dan
betul oleh pihak yang bertanggungjawab.
Mula-mula sekali Pengerusi SPR kata dakwat itu tidak kekal kerana pengendali tidak menggoncang botol dakwat yang digunakan. Selepas itu dia kata kandungan silver nitrate yang digunakan dalam dakwat itu telah dikurangkan peratusannya.
Mula-mula sekali Pengerusi SPR kata dakwat itu tidak kekal kerana pengendali tidak menggoncang botol dakwat yang digunakan. Selepas itu dia kata kandungan silver nitrate yang digunakan dalam dakwat itu telah dikurangkan peratusannya.
Orang yang paling menyokong kenyataan Pengerusi SPR dalam hal ini ialah Ketua Penerangan UMNO. Namun demikian, rakyat yang celik maklumat tidak dapat menerima kedua-dua kenyataan tersebut. Mereka terus heboh memperkatakannya. Di tengah-tengah kehebohan itu, Pengerusi SPR mengumumkan tentang penubuhan sebuah jawatankuasa penyiasat mengenai kes tersebut.
Walaupun tiada apa-apa berita yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut, sekali lagi Pengerusi SPR buat gempar. Dia menyatakan kekecewaan yang amat sangat terhadap dakwat kekal yang gagal berfungsi itu. Baginya itulah pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan sepanjang kariernya. Pengakuan tersebut menyebabkan rakyat meminta supaya pentadbir atasan SPR meletakkan jawatan. Pelbagai dalih dinyatakan untuk mempertahankan diri.
Sekali lagi kes ini menggemparkan negara. Kali ini
berlaku di Dewan Rakyat yang sedang bersidang untuk kali pertama
pascaPRU Ke-13. Jawapan menteri kepada soalan yang dikemukakan oleh
wakil rakyat pembangkang menyentak pemikiran semua orang. Dakwat kekal
itu bukan sahaja tidak mempunyai bahan kimia dan mahal harganya malahan
juga hanya dicampur dengan pewarna makanan yang dibenarkan.
Dakwat kekal Malaysia ialah dakwat yang dicampur dengan pewarna makanan. Harganya mencecah RM7.1 juta. Ketika semua orang masih terpinga-pinga dengan kenyataan itu, menteri yang lain pula muncul mengatakan bahawa ada bahan kimia dalam dakwat itu tetapi peratusannya telah direndahkan untuk tidak menjejaskan kesihatan pengundi. Itulah keunikan Malaysia. Pada hari yang sama dan di tempat mulia yang sama rakyatnya dapat mendengar dua hal yang saling bertentangan. Sekejap tiada. Sekejap ada.
Dakwat kekal Malaysia ialah dakwat yang dicampur dengan pewarna makanan. Harganya mencecah RM7.1 juta. Ketika semua orang masih terpinga-pinga dengan kenyataan itu, menteri yang lain pula muncul mengatakan bahawa ada bahan kimia dalam dakwat itu tetapi peratusannya telah direndahkan untuk tidak menjejaskan kesihatan pengundi. Itulah keunikan Malaysia. Pada hari yang sama dan di tempat mulia yang sama rakyatnya dapat mendengar dua hal yang saling bertentangan. Sekejap tiada. Sekejap ada.
Keanehan itu ditambah pula dengan kenyataan
tidak cerdik Setiausaha Agung UMNO. Dia kata Malaysia tidak perlu dakwat
kekal macam di negara-negara dunia ketiga. Cukup dengan kad pengenalan
saja sebagai bukti pengenalan diri dalam pilihan raya. Dia sebut India
sebagai contoh. Rakyat mengetawakan kepandirannya.
Hal lain yang orang cakap, dia pula cakap hal lain. Dia bukan saja terkeluar tajuk malahan juga merendah-rendahkan negara lain. Betulkah Malaysia lebih maju daripada India? Walaupun dia tidak sebut Indonesia, kita semua tau Indonesia juga menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umumnya. Adakah pengucap ini mempunyai statistik yang autentik tentang pengundi India dan Indonesia yang terjejas kesihatan mereka kerana dakwat kekal? Ternyata dia bercakap untuk membela badan yang telah berusaha keras memenangkan partinya.
Dakwat kekal digunakan untuk mengelakkan pengundi mengundi dua kali. Jika benar Malaysia bukan lagi tergolong dalam kategori dunia ketiga, apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan UMNO/BN untuk mengekang undi dua kali itu? Mampukah Malaysia menggunakan pengimbas kad pengenalan yang dapat mengenap pasti pemilik sebenar, mengecam kad pengenalan palsu, dan orang yang cuba mengundi dua kali? Atau jika sudah menjadi negara maju, mampukah Malaysia menggunakan sistem biometrik seperti yang digunakan oleh negara-negara maju itu? Usahlah bermimpi jika hendak mengurangkan defisit dalam bajet dan hutang negara pun masih terkial-kial
Hingga ke
tahap ini, rakyat sudah boleh membuat kesimpulan. Dakwat tidak kekal itu
terpaksa digunakan untuk memuaskan hati pihak yang keras mendesak
penggunaannya. Pelaksanaannya telah membolehkan kesempatan diambil untuk
merembat wang rakyat (pembayar cukai). Rakyat Malaysia telah ditipu
dalam terang melalui kes ini. Kesalahan yang dilakukan oleh SPR ini amat
besar. Mereka tidak boleh terus dibiarkan berdolak-dalik dalam hal ini.
SRP telah kehilangan kualiti, kredibiliti, dan integriti. Mereka perlu
meletakkan jawatan. Biarkan muka-muka baru yang lebih berwibawa
mentadbir badan itu seneutral mungkin. "Hal lain yang orang cakap, dia pula cakap hal lain. Dia bukan saja terkeluar tajuk malahan juga merendah-rendahkan negara lain. Betulkah Malaysia lebih maju daripada India? Walaupun dia tidak sebut Indonesia, kita semua tau Indonesia juga menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umumnya. Adakah pengucap ini mempunyai statistik yang autentik tentang pengundi India dan Indonesia yang terjejas kesihatan mereka kerana dakwat kekal? Ternyata dia bercakap untuk membela badan yang telah berusaha keras memenangkan partinya.
Dakwat kekal digunakan untuk mengelakkan pengundi mengundi dua kali. Jika benar Malaysia bukan lagi tergolong dalam kategori dunia ketiga, apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan UMNO/BN untuk mengekang undi dua kali itu? Mampukah Malaysia menggunakan pengimbas kad pengenalan yang dapat mengenap pasti pemilik sebenar, mengecam kad pengenalan palsu, dan orang yang cuba mengundi dua kali? Atau jika sudah menjadi negara maju, mampukah Malaysia menggunakan sistem biometrik seperti yang digunakan oleh negara-negara maju itu? Usahlah bermimpi jika hendak mengurangkan defisit dalam bajet dan hutang negara pun masih terkial-kial
Tak ada lagi kurma dan air Zam Zam dari Mat Said?
Posted on Saturday, June 29 @ 16:09:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: senik
"Assalamaulaikum,,..
Ramadan menjelang lagi.Untuk tahun tahun lepas selepas Mat Said menjadi MB Terengganu, saban tahun buah kurma dan air Zam Zam yang ada muka Mat Said akan diagihkan kepada rakyat berugama Islam sebagai tanda "sakit mata" dari MB jongang! Tetapi untuk tahun ini, sudah ada tanda tiada lagi kurma dan air Zam Zam diagihkan di kawasan yang dimenangi PAS.
Tanda awal menunjukkan kata kata bengong MB menyuruh rakyat pergi ke rumah YB Hj. Hanafiah Mat, ADUN Cukai kalau menghadapi masalah kerana rakyat sudah tidak mahu UMNO.Bengongnya MB ini kerana tidak pula menyuruh rakyat di kawasan PAS supaya jangan bayar cukai pintu dan cukai tanah.
Lebih pelik ialah apabila MPK diberitakan memutuskan tidak akan memberi tapak bazar Ramadan kepada penyokong PAS sehingga menyebabkan ADUN, YB Hj.Hanafiah bertindak membuka bazar Ramadan untuk penyokong PAS ini.
Peliknya kerajaan Terengganu Darul Runtuh kerana tidak dapat membezakan antara pertembungan politik dengan tanggungjawab dan amanah. Mereka ingat negeri ini pusaka tokki dan tokwan mereka, sebab itu mereka boleh lakukan apa saja.
Sementara bagi YB Hj. Hanafiah, kedatangan rakyat ke rumahnya bukan suatu yang baru.Penulis pernah bersembang dengannya satu ketika dulu beberapa tahun selepas PRU 12 dan katanya ada berbagai bagai ragam rakyat yang datang ke rumahnya(ketika itu YB hanya seorang calon PAS yang tewas di PRU 12, bukannya wakil rakyat) untuk memohon bantuan, ada yang minta wang untuk beli susu anak.
Pendek kata YB Hj Hanafiah sudahpun dianggap YB selepas PRU 12 dulu.Oleh itu Penulis tidak hairan kalau selepas ini, sesudah menjadi ADUN, rumahnya menjadi tumpuan rakyat walaupun tidak disuruh oleh MB Mat Said jongang!
Berbalik kepada pemberian kurma dan air Zam Zam, penulis percaya tidak ada lagi di kawasan yang dimenangi PAS berpandukan keputusan MPK tidak memberi gerai kepada penyokong PAS.Kalau adapun mungkin penyokong UMNO sahaja yang akan dapatnya."
Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan kegiatan penjualan, hisap shisha
Posted on Saturday, June 29 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Bernama
KANGAR 28 Jun - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Dr. Juanda berkata, amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.
Dr. Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.
Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.
Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.
"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.
Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa. - BERNAMA
Hisap shisha haram
Posted on Saturday, June 29 @ 11:33:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rozmal
"Fatwa serta undang-undang syariah seluruh negara harus diselaraskan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Ketidakseragaman ini menunjukkan seolah-olah para alim ulama di negara ini tidak bersatu padu. Bagaimana hendak mengharapkan umat Islam yang jahil bersatu padu jika fatwa dan undang-undang syariah tidak diseragamkan.
Hisap shisha haram
29 Jun 2013
KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan
menjual shisha kerana dikatakan boleh mendatangkan kemudaratan yang
lebih teruk berbanding merokok.
Mufti
Perlis, Datuk Mursyid Diraja Juanda Jaya berkata, mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lalu
membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan
Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara tersebut.
Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan