Posted on Wednesday, June 26 @ 12:53:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: setisab
"Berdasarkan maklumat dari Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tarikh permulaan Puasa 2013 (1 Ramadhan 1434, Awal Ramadhan) jatuh pada 10 Julai 2013.
Tarikh ini tertakluk kepada perubahan dan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2013 bersamaan 1434-1435 Hijrah, 1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu).
Sebagai rujukan (klik di sini) cuti umum bagi negeri-negeri seluruh negara sepanjang Bulan Puasa Ramadhan 2013.
Bulan Puasa 2013Ini bererti, kemungkinan besar bulan Puasa 2013 akan bermula pada 10 Julai 2013 dan berakhir pada 7 Ogos 2013 kerana 1 Syawal 1434 (Hari Raya Puasa / Idul Fitri) dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013.
Cuti Umum dalam Bulan Puasa Ramadhan 2013 adalah seperti berikut:
10 Julai 2013 (Rabu) merupakan cuti umum Awal Ramadan di negeri Johor, Kedah dan Melaka.
13 Julai 2013 (Sabtu) pula merupakan cuti umum di negeri Pulau Pinang bagi meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Governor Pulau Pinang.
Nuzul Al-Quran pula akan disambut sebagai cuti umum di negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor dan Terengganu pada 26 Julai 2013 (Jumaat).
Selain itu, tiada cuti umum peringkat persekutuan yang jatuh dalam Bulan Puasa 2013.
Vitamin B17 Biji Aprikot Terapi Semulajadi Anti Kanser
"
Jenayah pelajar, kenapa tak digesa buat solat jemaah, solat hajat?
Posted on Wednesday, June 26 @ 12:50:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rozmal
"Kegiatan jenayah dan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan. Jika masalah jerebu kita kembali kepada Allah dengan mengadakan Solat Istisqa’, kenapa tidak masalah jenayah di kalangan pelajar sekolah kita kembali juga kepada Allah dengan memastikan guru-guru dan para pelajar yang beragama Islam Solat Zuhur dan Asar berjemaah di surau sekolah, dan dari masa ke semasa mengadakan Solat Hajat di dewan atau padang sekolah agar masalah jenayah dan disiplin di kalangan pelajar sekolah berkurangan disamping kita menggunakan teknologi moden dan terkini?
******************
Guna biometrik, poligraf di sekolah
25 Jun 2013 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan penggunaan teknologi biometrik dan poligraf di semua sekolah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah dan perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sebagai permulaan, sebanyak 230 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini telah mengguna pakai sistem dikenali sebagai Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) itu.
Menurutnya, SPPTP dibangunkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
"Meskipun kes-kes jenayah melibatkan pelajar masih terkawal namun kita perlu ambil langkah pencegahan termasuklah dengan pengenalan SPPTP yang dihasilkan secara inovasi oleh IPK Kedah.
"Menerusi sistem itu pelajar yang bermasalah akan diambil cap jari atau ciri-ciri fizikal lain seperti imbasan retina (anak mata). Sekiranya terdapat kes tertentu, ujian poligraf juga boleh dijalankan untuk mengesan pembohongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi PDRM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim di sini hari ini.
utusan.com.my"
Virus Riba Di Mahkamah Syariah
Posted on Wednesday, June 26 @ 11:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: hishamahmad
"2013. Setelah bertahun-tahun usaha keras sama ada kerana ikhlas atau kerana kehendak pasaran, kini produk kewangan Islam telah berlambak di pasaran. Pilihlah antara yang berkualiti dan menguntungkan pelanggan dari yang kelihatan halal tapi mahal.
Namun ingatlah, wahai yang bersifat pesimis, bahawa pilihan produk syariah/islam (sekalipun dipertikai kualiti islamiknya) telah difatwakan sah dan halal oleh panel pakar syariah sedangkan yang satu lagi iaitu yang konventional (bukan islamik/syariah) adalah pasti atau hampir pasti kepada kedudukan paling ngeri, ”PRODUK DOSA RIBA”.
Untuk org awam pilihan ditangan sendiri, antara Islamik yang ada isu pada kualiti islamiknya versus dengan produk Dosa Besar Riba Yang Pasti. Mudah sahaja rasionalnya.
Justeru, bolehkah kalau saya katakan tiada alasan lagi untuk ’melacuri’ produk Riba.
Bagi sesiapa yang masih terpalit, terjebak dan terbelenggu dengan pinjaman Riba pada rumah, kereta, tanah, pelajaran atau pada produk lain seperti insuran dan lagi, lagi dan lagi, yang sebahagiannya masih ’membelit tengkuk’ dan akan terus membelit untuk bertahun-tahun lamanya lagi, maka:-dapatkan ilmu, berfikir, merangka, dan berusaha keras untuk menyelesaikan isu ini.
Upps. Saya sudah terlari topik. Apa yang hendak dikatakan di sini bahawa walaupun perkembangan kewangan Islam begitu baik tetapi kesan virus Riba telah menjangkiti tempat-tempat yang tidak disangka dan tidak dijangka. Antaranya mahkamah syariah. Percaya atau tidak, terserah. Ini pengetahuan peribadi seorang peguam. Adapun virus Riba di mahkamah syariah wujud dalam bentuk yang tidak besar dan mudah di atasi (jika dikehendaki). Pihak mahkamah mungkin ter ’over looked’. Namun wajarlah virus itu terus dihapuskan.Riba dalam mahkamah syariah boleh wujud secara tak langsung atau tak diperasankan hakim bicara semasa membuat keputusan mengenai sesuatu perintah pembayaran wang oleh satu pihak kepada satu pihak atau melibatkan kepentingan satu pihak yang lain.
Antaranya melibatkan nafkah anak, nafkah tunggakan, bayaran muta’ah, potongan atau tahan pendapatan, bayaran nilai harta sepencarian dan sebagainya. Pihak yang perlu dibayar (katakan Plaintif) diarahkan memberikan butiran akaun bank. Tanpa pengetahuan atau kesedaran, Plaintif dan atas kelemahan, atau ketidakhirauan peguam syarienya, butiran akaun bank konvensional bank tertentu telah diberikan bagi tujuan pembayaran dibuat secara bulanan dan sebagainya.
Akaun bank konvensional ini adalah Riba atau berunsur Riba. Apabila hakim membenarkan butiran akaun ini direkodkan dalam perintahnya atau melalui perintahnya, pembayaran oleh pihak satu lagi hendaklah dimasukkan ke dalam akaun itu, maka tidak dapat dikatakan tidak, hakim berkenaan telah turut serta dan mengedoskan satu kerjasama perlakuan yang berunsurkan Riba.
Perlu diingatkan bagi setiap pembayaran yang kemudiannya masuk ke dalam akaun Riba itu, faedah akan terbentuk dari masa ke semasa sesuai dengan pertambahan dan pengurangan wang dalam akaun itu. Saham dosa terus mengalir. Bagaimana kalau pembayaran itu melibatkan wang yang besar ke dalam akaun simpanan (berunsur Riba) dalam perbankan konvensional.
Kita tentu maklum ayat al-Quran yang antaranya bermaksud ’jangan tolong menolong dalam perkara maksiat dan dosa’ – apalagi dosa Riba. Sudah tentu, ia tidak wajar untuk dibenarkan menjejaskan kesucian mahkamah syariah.Jika tiada wang atau terlalu sedikit wang yang masuk pada akaun itu dan terlalu rendah faedah yang terbentuk, selekeh-lekeh pandangan pun harus mengatakan bahawa kerjasama itu telah memberi satu sokongan moral kepada institusi Riba untuk terus berkuasa di persada kewangan di Malaysia. Semoga dijauhi Allah Subhanahu wa Taa’la hendaknya.
Dakwah di Mahkamah (Jangan di tinggalkan)
Kes-kes syariah khususnya dalam isu tuntutan harta sepencarian dan nafkah sudah tentu melibatkan tuntutan wang dan harta.Tuntutan wang dan harta itu sebahagiannya melibatkan akaun-akaun bank dan perjanjian pinjaman yang berunsur Riba. Wang-wang dan harta yang terlibat boleh membawa kepada ribuan dan ratusan ribu ringgit atau lebih.
Hakim yang bijaksana akan membuat keputusan mengenai wang dan harta pihak-pihak yang bertikai termasuklah memutuskan siapa yang berhak, lebih berhak atau tidak berhak kepada wang dan harta itu dan dalam memutuskan pembahagian dan kadar pembahagian harta dan wang itu kepada pihak-pihak yang berhak. Oleh yang demikian itu, wajarlah hakim yang bijaksana menasihati pihak-pihak yang bertikai tersebut mengenai kedudukan harta dan wang mereka yang terlibat dengan Riba dan berusaha untuk melepaskan diri dalam Riba tersebut.
Antara langkah proaktif yang boleh dilaksanakan oleh hakim yang bijaksana ialah (1) dengan memerintahkan semua pembayaran wang dilakukan ke dalam akaun-akaun Islamik (2) menasihati mengenai kedudukan diri dan harta-harta yang terikat dengan pinjaman Riba (sama ada kerja, harta kediaman, perniagaan, kenderaan, saham dan lain-lain asset) dan memberi panduan dan kaedah untuk membebaskan diri dari Riba.
Artikel ini telah lengkap tetapi bagi siap ingin membaca kisah benar Kes Mahkamah sebagai bukti, jemput ke blog : hisham-ahmad.blogspot.com
Tajuk blog:- “invite mankind to Allah’s paradise”
Seperkara lagi, ironinya kita mungkin sebelum ini menganggap bahawa mahkamah-mahkamah sivil sahaja terlibat membicarakan kes-kes berkaitan pinjaman Riba. Realitinya tidak begitu
Saya peringatkan sekali lagi ayat ini, terjemahan. “ Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki Riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (al-Baqarah: 278) oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(al-Baqarah : 279)
hisham-ahmad.blogspot.com"
Pakatan Rakyat Bakal Bawa Usul Tergempar
Posted on Wednesday, June 26 @ 11:12:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: matuse68
"KUALA LUMPUR - PR bakal membawa satu usul tergempar mengenai jerebu, Rabu ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara tersebut antara isu terawal yang akan dibawakan PR pada sidang Parlimen kali ini.
"Isu jerebu ini penting untuk dibincangkan dan diberi perhatian khusus.
"Kita harap ada satu tindakan yang dapat diambil bagi mengurangkan kesan jerebu, di samping memikirkan bagaimana krisis jerebu dapat dihindari daripada berulang lagi," katanya.
Beliau berkata, usul tergempar itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Ching.
"Kami harap usul ini akan diterima Speaker dan dapat dibincangkan bersama supaya rakyat tahu apakah langkah yang dapat mengurang masalah ini," katanya.
Sumber asal: SH
Info terkini layari IniKalilah...
Cubaan anggota keselamatan bunuh diri gagal
Posted on Wednesday, June 26 @ 11:10:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"Statistik menunjukkan 11.3 peratus rakyat Malaysia atau sekitar 3 juta orang menghidap sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Namun tak ramai ambil peduli, amat malang ianya berlaku dalam sebuah negara yang majoritinya umat Islam yang mempunyai banyak institusi agama dari KAGAT, PERKIM, JAKIM, MAWIP, Tabung Haji dan seterusnya serta masjid-masjid yang tersergam indah.
Cubaan anggota keselamatan bunuh diri gagal
25 Jun 2013
MUAR
- Seorang anggota keselamatan yang mempunyai masalah mental mengejutkan
orang ramai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini apabila
dia cuba terjun dari tangki air setinggi lebih 20 meter kira-kira pukul 9
pagi tadi.
Bagaimanapun,
cubaan lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an gagal apabila dia
diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat daerah ini.
Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ariff Jili berkata, pihaknya
menerima panggilan kecemasan pukul 9.30 pagi dan bergegas ke tempat
kejadian dengan satu jentera bersama enam anggota. - KOSMO!
Sila tafsir gambar ini ikut ilmu masing-masing
Posted on Wednesday, June 26 @ 11:10:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: tokpepijat
"
Sila tafsir gambar ini ikut ilmu masing-masing "
Posted on Wednesday, June 26 @ 11:10:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: tokpepijat
"
Sila tafsir gambar ini ikut ilmu masing-masing "
Ada tempat antara syurga dan neraka?
Soalan:
Assalamu'alaikum wbt..
Ustazah, semoga sihat sentiasa..saya ada soalan ustazah.. kali ini tentang tafsir surah al-A'raf ayat 44-49..
ketika sharing dgn kawan ttg pengakhiran kita hanya dua, iaitu syurga atau neraka.. dan tiba2 kawan itu kata, dia pernah dgr seorg ustaz kata, yang nanti di akhirat kelak akan ada satu tempat antara syurga dan neraka yang dinamakan a'raf..
lalu dia menyebut ayat 44-49 surah al-a'raf.. mohon ustazah tolong beri pencerahan.. jazakillahu khairan katheera ustazah.. maaf jika email saya kurang baik bahasanya..
Jawapan:
Wa’alaikmuus-salam wr.wb.
Terjemahan surah al-A’raf ayat 44 – 49:
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim. (44)
Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. (45)
Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A`raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A`raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (46)
Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim. (47)
Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A`raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu. (48)
(Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak akan berdukacita. (49)
Kita dapati perkataan (al-A’raf) telah disebut sebanyak 2 kali, iaitu pada ayat ke 46 dan 48. Menurut Ibn Kathir dan para mufassir lain, (al-A’raf) ialah tembok atau dinding yang menghalang ahli neraka sampai ke syurga.
Kata Ibn Jarir, (al-A’raf) adalah kata jamak (plural) bagi ‘urf. ‘Urf bermaksud tempat yang tinggi atau tanah tinggi. Apa-apa yang lebih tinggi daripada yang lain dipanggil ‘urf.
Dinyatakan di dalam ayat-ayat di atas bahawa di atas (al-A’raf) terdapat rijal, iaitu beberapa orang lelaki (secara tidak langsung termasuk juga perempuan). Mereka dipanggil ashab al-A’raf. Siapakah pula ashab al-A’raf itu?
Al-Hafidz Ibn Mardawaih meriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai orang-orang yang kebaikan dan kejahatannya sama berat. Baginda s.a.w. menjawab: “Mereka itu adalah ashab al-A’raf. Mereka belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.”
Ibn Jarir berkata, Huzaifah r.a. juga meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. ditanya tentang ashab al-A’raf. Maha Baginda menjelaskan: “Mereka adalah kaum atau golongan yang kebaikan dan kejahatannya sama berat. Kejahatan mereka menjadi penghalang bagi mereka masuk syurga. Kebaikan mereka pula menjauhkan mereka dari neraka. Maka mereka terhenti di atas tembok itu sehingga Allah memutuskan kesudahan buat mereka.”
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang ashab al-A’raf. Baginda bersabda (maksudnya): “Mereka adalah orang terakhir dari kalangan hamba yang dibicarakan. Apabila Tuhan Rabb al-‘alamin selesai memutuskan kesudahan hamba-hambaNya, Dia berfirman kepada mereka (ashab al-A’raf): “Kamu adalah kaum yang dikeluarkan dari neraka oleh hasanahmu, dan kamu belum masuk ke dalam syurga. Maka sekarang kamu adalah orang-orang yang Aku merdekakan (‘utaqa-i). Maka masuklah kamu ke dalam syurga dari (pintu) mana yang kamu mahu.”
Apabila dosa dan pahala sama banyak...
Dan diantara keduanya (penghuni Syurga dan Neraka) ada batas ; dan di atas (Al-A’raf) itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk syurga ; “ Salamun ‘alaikum ”, mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya)(Al-A'raf :46)
Syurga dan neraka dibatasi oleh tembok
Di dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa neraka dan syurga itu telah dipisahkan oleh satu tembok yang tinggi bernama al-A’raf. Di atas tembok itu terdapat segolonganan manusia yang disebut sebagai Ashabul A’raf yang boleh menyaksikan penduduk syurga dan penduduk neraka. Kepada penduduk syurga mereka ucapkan keselamatan dan kesejahteraan. Golongan Ashabul A'raf sangat berharap untuk masuk segera ke syurga namun mereka tertahan.
Kenapa Ashabul A’raf tidak boleh ke Syurga..?
Pendapat yang masyhur mengata Ashabul A’raf tertahan untuk ke syurga kerana mereka ini ialah golongan yang sama berat timbangan amal baik dan amal jahatnya.
Haisamah bin Sulaiman meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ,
Di akhirat, Allah SWT akan menimbang segala amalan manusia, barangsiapa yang amal kebajikannya lebih berat dari kejahatan walaupun seberat telur kutu, mereka akan dimasukkannya ke dalam syurga. Ada pun orang yang amal kejahatannya lebih berat dari kebaikan walaupun seberat telur kutu, nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi sekiranya amal kebaikan dan amal keburukan mereka sama berat, maka mereka akan di hantar ke suatu tempat yang bernama Al- A’raf (tempat di antara syurga dan neraka) yakni mereka tidak masuk syurga dan juga tidak masuk neraka.
Ashabul A'raf merasa menyesal..., menyesal tak sudah !
Walaupun nasib mereka baik kerana tidak dihumban ke dalam neraka namun di akhirat, golongan Ashabul A’raaf ini sungguh menyesal..., menyesal kerana mereka tidak ‘all out’ mencari pahala di dunia sedangkan mereka hanya kekurangan pahala sebesar telur kutu untuk ke syurga.
Penyesalan yang mereka alami itu satu bentuk hukuman yang Allah SWT timpakan ke atas mereka.
Pendapat lain tentang Ashabul A’raf …
Ada juga tafsiran lain mengatakan Ashabul A’raf ialah orang-orang soleh di kalangan ulama dan syuhada yang mati meninggalkan hutang.
Ada juga pendapat yang mengatakan Ashabul A’raf ialah mereka yang keluar berjihad tanpa mendapat keizinan dan restu daripada kedua orang tuanya. Ini beradasrkan hadis apabila Rasulullah saw ditanya oleh para sahabat,
Ya Rasulullah, siapakah Ashabul A’raf ? Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya mereka adalah kaum yang keluar di jalan Allah tanpa izin dari orang tuanya, dan terbunuh di jalan Allah”
Pendapat lain mengatakan Ashabul A’raf ialah mereka yang melakukan dosa-dosa kecil semasa di dunia tetapi tidak dikaffarah dosanya oleh Allah Taala dengan bermacam-macam kesusahan di dunia. Oleh kerana dosa-dosa kecilnya tidak sempat dikaffarah dengan pelbagai kesusahan hidup di dunia, maka mereka terpaksa di tahan di Al-A’raf . Di Al-A’raf mereka akan merasa gelisah tentang kesudahan nasib mereka dan kegelisahan itulah sebagai ganti dari kesusahan yang tidak sempat dialaminya semasa di dunia dahulu.
Satu pendapat lagi seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Wahab dan Ibnu Abbas, bahawa Ashabul A’raf itu ialah mereka yang mati menanggung dosa besar tetapi jasanya kepada Islam juga besar. Justeru itu Allah SWT meletakkan mereka di Al-A’raf.
Ashabul A'raf gerun melihat neraka..
Firman Allah SWT,
Dan apabila pandangan mereka di alihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata ; “ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu” (Al-A'raf :47)
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan ketika golongan Ashabul A’raf memandang ke arah neraka, maka kecutlah hati mereka lalu mereka berdoa kepada Allah SWT agar mereka dijauhkan daripada azab sebagaimana yang menimpa ahli neraka.
Ashabul A'raf mengejek ahli neraka...
Dalam ayat seterusnya,
Dan orang-orang yang di atas Al-A’raf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan ; “ Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu” (Al-A'raf : 48)
Dari atas tembok pemisah antara syurga dan neraka itu, golongan Ashabul A’raf akan menyeru penghuni-penghuni neraka yang mereka kenal melalui tanda-tanda khas di muka mengikut jenis kejahatan dan kesombongan yang dilakukan semasa di dunia dahulu. Kata mereka dengan nada mengejek,
Mana perginya harta-harta yang kamu kumpulkan di dunia dahulu, kenapa mereka tidak mahu datang membantu kamu ?
Sebahagian ahli tafsir mengatakan kata-kata ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Abu Jahal, al-Walid bin al-Mughirah, Umaiyah bin Khalaf dan lain-lainnya. Mereka begitu sombong dengan harta dan pangkat mereka sehingga mengejek orang-orang Islam yang lemah seperti Bilal, keluarga Yasir, Salman al-Farsi dan sebagainya.
Di neraka semua yang mereka bangga-banggakan dahulu sedikit pun tidak boleh melepas apatah lagi meringankan seksaan yang mereka tanggung.
Ashabul A'raf tidak henti-henti mengejek...
Firman Allah SWT seterusnya,
(Orang-orang di atas Al-‘Araf bertanya kepada penghuni neraka : “ Itukah orang-orang (yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah…. ? (Al-A'raf :49)“
Ashabul A’raf meneruskan ejekan kepada ahli neraka, " Betulkah mereka ini (sambil menunjuk ahli syurga) yang kamu bersumpah dahulu, dengan mengatakan bahawa mereka sama sekali tidak akan mendapat rahmat daripada Tuhan kerana mengikut ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw ? Pada hal mereka inilah sekarang yang mendapat rahmat dan sudah pun menjadi penghuni syurga sebaliknya kamu pula kekal selama-lamanya mendapat azab Allah di dalam neraka".
Ahli neraka marah lalu membalas ejekan....
Setelah selesai golongan ashabul A’raf mengejek-ngejek ahli neraka, maka menjawablah penghuni neraka : "Wahai orang yang berada di atas tembok, (tak usahlah mengejek-ngejek kami) penduduk syurga sudah pun masuk ke syurga, sedangkan kamu sendiri pun tertahan di tembok sana.., tidak boleh masuk ke syurga. Kami bersumpah pasti kamu tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT ".
Ashabul A'raf kecut hati...
Mendengar kata-kata ahli neraka, maka kecutlah hati golongan Ashabul A’raf kerana mereka hanya mampu mengejek sedangkan nasib mereka pun belum tentu lagi, entah ke neraka atau pun ke syurga.
Dalam keadaan takut dan bimbang akhirnya Malaikat berseru kepada mereka,
….(Kepada orang mukmin itu dikatakan) ; Masuklah ke dalam syurga tidak ada kekhuatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati. (Al-A'raf : 49).
Dengan kata-kata Malaikat ini, akhirnya hilanglah perasaan takut dan bimbang yang mereka alami apabila dengan resminya mereka di persilakan masuk ke dalam syurga Allah SWT.
Sebelum masuk ke syurga, Ashabul A'raf kena mandi dulu...
Daripada Waqi’ dari Abu Sufiyan dari Mujahid dari Ubaid dari Abdullah bin Harith menceritakan sebuah hadis yang mafhumnya : Sebelum masuk ke Syurga golongan Ashabul A’raf ini akan di bawa ke sebatang sungai yang bernama Nahrul Hayah (Sungai Hidup). Tebing sungai ini daripada jongkong emas yang bertatahkan permata Luk-Luk. Setelah selesai mandi mereka di tanya apakah hasrat mereka. Lalu mereka menyatakan keinginan dan hasrat masing-masing. Lalu mereka persilakan masuk ke Syurga. Pada diri mereka ada tanda-tanda yang menyebabkan mereka digelar sebagai “Ahli Syurga yang miskin”.
Wallahualam.
Tafsir Al-Azhar
Tafsir Ahmad Sonhadji
Azab dan Nikmat Akhirat – Tuan Guru Nik Aziz.
سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓصٓ (١) كِتَـٰبٌ أُنزِلَ إِلَيۡكَ فَلَا يَكُن فِى صَدۡرِكَ حَرَجٌ۬ مِّنۡهُ لِتُنذِرَ بِهِۦ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ (٢) ٱتَّبِعُواْ
مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِۦۤ
أَوۡلِيَآءَۗ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَكَّرُونَ (٣) وَكَم مِّن قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَـٰهَا فَجَآءَهَا بَأۡسُنَا بَيَـٰتًا أَوۡ هُمۡ قَآٮِٕلُونَ (٤) فَمَا كَانَ دَعۡوَٮٰهُمۡ إِذۡ جَآءَهُم بَأۡسُنَآ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ إِنَّا كُنَّا ظَـٰلِمِينَ (٥) فَلَنَسۡـَٔلَنَّ ٱلَّذِينَ أُرۡسِلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَنَسۡـَٔلَنَّ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٦) فَلَنَقُصَّنَّ عَلَيۡہِم بِعِلۡمٍ۬ۖ وَمَا كُنَّا غَآٮِٕبِينَ (٧) وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡحَقُّۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٨) وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَہُم بِمَا كَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يَظۡلِمُونَ (٩) وَلَقَدۡ مَكَّنَّـٰڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيہَا مَعَـٰيِشَۗ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ (١٠) وَلَقَدۡ
خَلَقۡنَـٰڪُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ
ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ لَمۡ يَكُن مِّنَ
ٱلسَّـٰجِدِينَ (١١) قَالَ
مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬
مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬ (١٢) قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ (١٣) قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ (١٤) قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ (١٥) قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ
لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ
أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ
شَـٰكِرِينَ (١٧) قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬اۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ (١٨) وَيَـٰٓـَٔادَمُ
ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ فَكُلَا مِنۡ حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا
تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٩) فَوَسۡوَسَ
لَهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِيُبۡدِىَ لَهُمَا مَا وُ ۥرِىَ عَنۡہُمَا مِن
سَوۡءَٲتِهِمَا وَقَالَ مَا نَہَٮٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنۡ هَـٰذِهِ
ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيۡنِ أَوۡ تَكُونَا مِنَ
ٱلۡخَـٰلِدِينَ (٢٠) وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّـٰصِحِينَ (٢١) فَدَلَّٮٰهُمَا
بِغُرُورٍ۬ۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُہُمَا
وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَٮٰهُمَا
رَبُّہُمَآ أَلَمۡ أَنۡہَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل
لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمَا عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٢) قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٢٣) قَالَ ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ (٢٤) قَالَ فِيہَا تَحۡيَوۡنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنۡہَا تُخۡرَجُونَ (٢٥) يَـٰبَنِىٓ
ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسً۬ا يُوَٲرِى سَوۡءَٲتِكُمۡ
وَرِيشً۬اۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ۚ ذَٲلِكَ مِنۡ
ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُونَ (٢٦) يَـٰبَنِىٓ
ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّڪُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم
مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡہُمَا لِبَاسَہُمَا لِيُرِيَهُمَا
سَوۡءَٲتِہِمَآۗ إِنَّهُ ۥ يَرَٮٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُ ۥ مِنۡ حَيۡثُ
لَا تَرَوۡنَہُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَـٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ
لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ (٢٧) وَإِذَا
فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً۬ قَالُواْ وَجَدۡنَا عَلَيۡہَآ ءَابَآءَنَا
وَٱللَّهُ أَمَرَنَا بِہَاۗ قُلۡ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَأۡمُرُ
بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٢٨) قُلۡ
أَمَرَ رَبِّى بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِيمُواْ وُجُوهَكُمۡ عِندَ ڪُلِّ
مَسۡجِدٍ۬ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ
تَعُودُونَ (٢٩) فَرِيقًا
هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيۡہِمُ ٱلضَّلَـٰلَةُۗ إِنَّهُمُ
ٱتَّخَذُواْ ٱلشَّيَـٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَيَحۡسَبُونَ
أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٠) ۞
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ
وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
(٣١) قُلۡ
مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ
وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِى
ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةً۬ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِۗ كَذَٲلِكَ
نُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (٣٢) قُلۡ
إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡہَا وَمَا بَطَنَ
وَٱلۡإِثۡمَ وَٱلۡبَغۡىَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَأَن تُشۡرِكُواْ بِٱللَّهِ
مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ سُلۡطَـٰنً۬ا وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا
لَا تَعۡلَمُونَ (٣٣) وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ (٣٤) يَـٰبَنِىٓ
ءَادَمَ إِمَّا يَأۡتِيَنَّكُمۡ رُسُلٌ۬ مِّنكُمۡ يَقُصُّونَ عَلَيۡكُمۡ
ءَايَـٰتِىۙ فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا
هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٣٥) وَٱلَّذِينَ
كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡہَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٣٦) فَمَنۡ
أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ
بِـَٔايَـٰتِهِۦۤۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَنَالُهُمۡ نَصِيبُہُم مِّنَ
ٱلۡكِتَـٰبِۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَتۡہُمۡ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوۡنَہُمۡ
قَالُوٓاْ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِۖ قَالُواْ
ضَلُّواْ عَنَّا وَشَہِدُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَنَّہُمۡ كَانُواْ
كَـٰفِرِينَ (٣٧) قَالَ
ٱدۡخُلُواْ فِىٓ أُمَمٍ۬ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِڪُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ
وَٱلۡإِنسِ فِى ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٌ۬ لَّعَنَتۡ
أُخۡتَہَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَڪُواْ فِيہَا جَمِيعً۬ا قَالَتۡ
أُخۡرَٮٰهُمۡ لِأُولَٮٰهُمۡ رَبَّنَا هَـٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا
فَـَٔاتِہِمۡ عَذَابً۬ا ضِعۡفً۬ا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلٍّ۬ ضِعۡفٌ۬
وَلَـٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ (٣٨) وَقَالَتۡ
أُولَٮٰهُمۡ لِأُخۡرَٮٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٍ۬
فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ (٣٩) إِنَّ
ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡہَا لَا
تُفَتَّحُ لَهُمۡ أَبۡوَٲبُ ٱلسَّمَآءِ وَلَا يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ
حَتَّىٰ يَلِجَ ٱلۡجَمَلُ فِى سَمِّ ٱلۡخِيَاطِۚ وَڪَذَٲلِكَ نَجۡزِى
ٱلۡمُجۡرِمِينَ (٤٠) لَهُم مِّن جَهَنَّمَ مِهَادٌ۬ وَمِن فَوۡقِهِمۡ غَوَاشٍ۬ۚ وَكَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤١) وَٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا
وُسۡعَهَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِيہَا
خَـٰلِدُونَ (٤٢) وَنَزَعۡنَا
مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُۖ
وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا
لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ
رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ
أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٤٣) وَنَادَىٰٓ
أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ أَن قَدۡ وَجَدۡنَا مَا
وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّ۬ا فَهَلۡ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمۡ
حَقًّ۬اۖ قَالُواْ نَعَمۡۚ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنُۢ بَيۡنَہُمۡ أَن
لَّعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤٤) ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَهُم بِٱلۡأَخِرَةِ كَـٰفِرُونَ (٤٥) وَبَيۡنَہُمَا
حِجَابٌ۬ۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالٌ۬ يَعۡرِفُونَ كُلاَّۢ
بِسِيمَٮٰهُمۡۚ وَنَادَوۡاْ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ
عَلَيۡكُمۡۚ لَمۡ يَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ يَطۡمَعُونَ (٤٦) ۞
وَإِذَا صُرِفَتۡ أَبۡصَـٰرُهُمۡ تِلۡقَآءَ أَصۡحَـٰبِ ٱلنَّارِ قَالُواْ
رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤٧) وَنَادَىٰٓ
أَصۡحَـٰبُ ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالاً۬ يَعۡرِفُونَہُم بِسِيمَٮٰهُمۡ قَالُواْ
مَآ أَغۡنَىٰ عَنكُمۡ جَمۡعُكُمۡ وَمَا كُنتُمۡ تَسۡتَكۡبِرُونَ (٤٨) أَهَـٰٓؤُلَآءِ
ٱلَّذِينَ أَقۡسَمۡتُمۡ لَا يَنَالُهُمُ ٱللَّهُ بِرَحۡمَةٍۚ ٱدۡخُلُواْ
ٱلۡجَنَّةَ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡكُمۡ وَلَآ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ (٤٩) وَنَادَىٰٓ
أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَنۡ أَفِيضُواْ عَلَيۡنَا
مِنَ ٱلۡمَآءِ أَوۡ مِمَّا رَزَقَڪُمُ ٱللَّهُۚ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ
حَرَّمَهُمَا عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٥٠) ٱلَّذِينَ
ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوً۬ا وَلَعِبً۬ا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ
ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَٮٰهُمۡ ڪَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ
هَـٰذَا وَمَا ڪَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يَجۡحَدُونَ (٥١) وَلَقَدۡ جِئۡنَـٰهُم بِكِتَـٰبٍ۬ فَصَّلۡنَـٰهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ هُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ (٥٢) هَلۡ
يَنظُرُونَ إِلَّا تَأۡوِيلَهُ ۥۚ يَوۡمَ يَأۡتِى تَأۡوِيلُهُ ۥ يَقُولُ
ٱلَّذِينَ نَسُوهُ مِن قَبۡلُ قَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ
فَهَل لَّنَا مِن شُفَعَآءَ فَيَشۡفَعُواْ لَنَآ أَوۡ نُرَدُّ فَنَعۡمَلَ
غَيۡرَ ٱلَّذِى كُنَّا نَعۡمَلُۚ قَدۡ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ وَضَلَّ
عَنۡہُم مَّا ڪَانُواْ يَفۡتَرُونَ (٥٣) إِنَّ
رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ
أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ
يَطۡلُبُهُ ۥ حَثِيثً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ
مُسَخَّرَٲتِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ
تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٥٤) ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعً۬ا وَخُفۡيَةًۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٥٥) وَلَا
تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفً۬ا
وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٥٦) وَهُوَ
ٱلَّذِى يُرۡسِلُ ٱلرِّيَـٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَىۡ رَحۡمَتِهِۦۖ
حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتۡ سَحَابً۬ا ثِقَالاً۬ سُقۡنَـٰهُ لِبَلَدٍ۬
مَّيِّتٍ۬ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَآءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ
ٱلثَّمَرَٲتِۚ كَذَٲلِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَڪَّرُونَ
(٥٧) وَٱلۡبَلَدُ
ٱلطَّيِّبُ يَخۡرُجُ نَبَاتُهُ ۥ بِإِذۡنِ رَبِّهِۦۖ وَٱلَّذِى خَبُثَ
لَا يَخۡرُجُ إِلَّا نَكِدً۬اۚ ڪَذَٲلِكَ نُصَرِّفُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬
يَشۡكُرُونَ (٥٨) لَقَدۡ
أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ
ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ
عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ۬ (٥٩) قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِۦۤ إِنَّا لَنَرَٮٰكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦٠) قَالَ يَـٰقَوۡمِ لَيۡسَ بِى ضَلَـٰلَةٌ۬ وَلَـٰكِنِّى رَسُولٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦١) أُبَلِّغُكُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّى وَأَنصَحُ لَكُمۡ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٦٢) أَوَعَجِبۡتُمۡ
أَن جَآءَكُمۡ ذِكۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ عَلَىٰ رَجُلٍ۬ مِّنكُمۡ
لِيُنذِرَكُمۡ وَلِتَتَّقُواْ وَلَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٦٣) فَكَذَّبُوهُ
فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥ فِى ٱلۡفُلۡكِ وَأَغۡرَقۡنَا
ٱلَّذِينَ ڪَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآۚ إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ قَوۡمًا
عَمِينَ (٦٤) ۞
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودً۬اۗ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ
مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ (٦٥) قَالَ
ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦۤ إِنَّا لَنَرَٮٰكَ فِى
سَفَاهَةٍ۬ وَإِنَّا لَنَظُنُّكَ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٦٦) قَالَ يَـٰقَوۡمِ لَيۡسَ بِى سَفَاهَةٌ۬ وَلَـٰكِنِّى رَسُولٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦٧) أُبَلِّغُڪُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّى وَأَنَا۟ لَكُمۡ نَاصِحٌ أَمِينٌ (٦٨) أَوَعَجِبۡتُمۡ
أَن جَآءَكُمۡ ذِڪۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ عَلَىٰ رَجُلٍ۬ مِّنكُمۡ
لِيُنذِرَڪُمۡۚ وَٱذۡڪُرُوٓاْ إِذۡ جَعَلَكُمۡ خُلَفَآءَ مِنۢ بَعۡدِ
قَوۡمِ نُوحٍ۬ وَزَادَكُمۡ فِى ٱلۡخَلۡقِ بَصۜۡطَةً۬ۖ فَٱذۡڪُرُوٓاْ
ءَالَآءَ ٱللَّهِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٦٩) قَالُوٓاْ
أَجِئۡتَنَا لِنَعۡبُدَ ٱللَّهَ وَحۡدَهُ ۥ وَنَذَرَ مَا ڪَانَ يَعۡبُدُ
ءَابَآؤُنَاۖ فَأۡتِنَا بِمَا تَعِدُنَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
(٧٠) قَالَ
قَدۡ وَقَعَ عَلَيۡڪُم مِّن رَّبِّكُمۡ رِجۡسٌ۬ وَغَضَبٌۖ
أَتُجَـٰدِلُونَنِى فِىٓ أَسۡمَآءٍ۬ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ
وَءَابَآؤُكُم مَّا نَزَّلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ۬ۚ
فَٱنتَظِرُوٓاْ إِنِّى مَعَڪُم مِّنَ ٱلۡمُنتَظِرِينَ (٧١) فَأَنجَيۡنَـٰهُ
وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥ بِرَحۡمَةٍ۬ مِّنَّا وَقَطَعۡنَا دَابِرَ ٱلَّذِينَ
ڪَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَاۖ وَمَا كَانُواْ مُؤۡمِنِينَ (٧٢) وَإِلَىٰ
ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَـٰلِحً۬اۗ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا
لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۖ قَدۡ جَآءَتۡڪُم بَيِّنَةٌ۬ مِّن
رَّبِّكُمۡۖ هَـٰذِهِۦ نَاقَةُ ٱللَّهِ لَڪُمۡ ءَايَةً۬ۖ فَذَرُوهَا
تَأۡڪُلۡ فِىٓ أَرۡضِ ٱللَّهِۖ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ۬
فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٧٣) وَٱذۡڪُرُوٓاْ
إِذۡ جَعَلَكُمۡ خُلَفَآءَ مِنۢ بَعۡدِ عَادٍ۬ وَبَوَّأَڪُمۡ فِى
ٱلۡأَرۡضِ تَتَّخِذُونَ مِن سُهُولِهَا قُصُورً۬ا وَتَنۡحِتُونَ ٱلۡجِبَالَ
بُيُوتً۬اۖ فَٱذۡڪُرُوٓاْ ءَالَآءَ ٱللَّهِ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِى
ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ (٧٤) قَالَ
ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَڪۡبَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لِلَّذِينَ
ٱسۡتُضۡعِفُواْ لِمَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُمۡ أَتَعۡلَمُونَ أَنَّ صَـٰلِحً۬ا
مُّرۡسَلٌ۬ مِّن رَّبِّهِۦۚ قَالُوٓاْ إِنَّا بِمَآ أُرۡسِلَ بِهِۦ
مُؤۡمِنُونَ (٧٥) قَالَ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَڪۡبَرُوٓاْ إِنَّا بِٱلَّذِىٓ ءَامَنتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ (٧٦) فَعَقَرُواْ
ٱلنَّاقَةَ وَعَتَوۡاْ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِمۡ وَقَالُواْ يَـٰصَـٰلِحُ
ٱئۡتِنَا بِمَا تَعِدُنَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٧٧) فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلرَّجۡفَةُ فَأَصۡبَحُواْ فِى دَارِهِمۡ جَـٰثِمِينَ (٧٨) فَتَوَلَّىٰ
عَنۡہُمۡ وَقَالَ يَـٰقَوۡمِ لَقَدۡ أَبۡلَغۡتُڪُمۡ رِسَالَةَ رَبِّى
وَنَصَحۡتُ لَكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُحِبُّونَ ٱلنَّـٰصِحِينَ (٧٩) وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦۤ أَتَأۡتُونَ ٱلۡفَـٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِہَا مِنۡ أَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٨٠) إِنَّڪُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ شَہۡوَةً۬ مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ۬ مُّسۡرِفُونَ (٨١) وَمَا ڪَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦۤ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوهُم مِّن قَرۡيَتِڪُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٌ۬ يَتَطَهَّرُونَ (٨٢) فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَأَهۡلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱمۡرَأَتَهُ ۥ كَانَتۡ مِنَ ٱلۡغَـٰبِرِينَ (٨٣) وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرً۬اۖ فَٱنظُرۡ ڪَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ (٨٤) وَإِلَىٰ
مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبً۬اۗ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا
لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۖ قَدۡ جَآءَتۡڪُم بَيِّنَةٌ۬ مِّن
رَّبِّڪُمۡۖ فَأَوۡفُواْ ٱلۡڪَيۡلَ وَٱلۡمِيزَانَ وَلَا تَبۡخَسُواْ
ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ
إِصۡلَـٰحِهَاۚ ذَٲلِڪُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن ڪُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٨٥)
وَلَا
تَقۡعُدُواْ بِڪُلِّ صِرَٲطٍ۬ تُوعِدُونَ وَتَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ
ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِهِۦ وَتَبۡغُونَهَا عِوَجً۬اۚ وَٱذۡڪُرُوٓاْ إِذۡ
ڪُنتُمۡ قَلِيلاً۬ فَكَثَّرَڪُمۡۖ وَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ
ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٨٦) وَإِن
كَانَ طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنڪُمۡ ءَامَنُواْ بِٱلَّذِىٓ أُرۡسِلۡتُ بِهِۦ
وَطَآٮِٕفَةٌ۬ لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ فَٱصۡبِرُواْ حَتَّىٰ يَحۡكُمَ ٱللَّهُ
بَيۡنَنَاۚ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلۡحَـٰكِمِينَ (٨٧) ۞
قَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لَنُخۡرِجَنَّكَ
يَـٰشُعَيۡبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَكَ مِن قَرۡيَتِنَآ أَوۡ
لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَاۚ قَالَ أَوَلَوۡ كُنَّا كَـٰرِهِينَ (٨٨) قَدِ
ٱفۡتَرَيۡنَا عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا إِنۡ عُدۡنَا فِى مِلَّتِڪُم بَعۡدَ
إِذۡ نَجَّٮٰنَا ٱللَّهُ مِنۡہَاۚ وَمَا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّعُودَ
فِيہَآ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّنَاۚ وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ
شَىۡءٍ عِلۡمًاۚ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَاۚ رَبَّنَا ٱفۡتَحۡ بَيۡنَنَا
وَبَيۡنَ قَوۡمِنَا بِٱلۡحَقِّ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡفَـٰتِحِينَ (٨٩) وَقَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتُمۡ شُعَيۡبًا إِنَّكُمۡ إِذً۬ا لَّخَـٰسِرُونَ (٩٠) فَأَخَذَتۡہُمُ ٱلرَّجۡفَةُ فَأَصۡبَحُواْ فِى دَارِهِمۡ جَـٰثِمِينَ (٩١) ٱلَّذِينَ
كَذَّبُواْ شُعَيۡبً۬ا كَأَن لَّمۡ يَغۡنَوۡاْ فِيهَاۚ ٱلَّذِينَ
كَذَّبُواْ شُعَيۡبً۬ا كَانُواْ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٩٢) فَتَوَلَّىٰ
عَنۡهُمۡ وَقَالَ يَـٰقَوۡمِ لَقَدۡ أَبۡلَغۡتُڪُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّى
وَنَصَحۡتُ لَكُمۡۖ فَكَيۡفَ ءَاسَىٰ عَلَىٰ قَوۡمٍ۬ كَـٰفِرِينَ (٩٣) وَمَآ
أَرۡسَلۡنَا فِى قَرۡيَةٍ۬ مِّن نَّبِىٍّ إِلَّآ أَخَذۡنَآ أَهۡلَهَا
بِٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمۡ يَضَّرَّعُونَ (٩٤) ثُمَّ
بَدَّلۡنَا مَكَانَ ٱلسَّيِّئَةِ ٱلۡحَسَنَةَ حَتَّىٰ عَفَواْ وَّقَالُواْ
قَدۡ مَسَّ ءَابَآءَنَا ٱلضَّرَّآءُ وَٱلسَّرَّآءُ فَأَخَذۡنَـٰهُم
بَغۡتَةً۬ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (٩٥) وَلَوۡ
أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم
بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ
فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٩٦) أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَہُم بَأۡسُنَا بَيَـٰتً۬ا وَهُمۡ نَآٮِٕمُونَ (٩٧) أَوَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا ضُحً۬ى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ (٩٨) أَفَأَمِنُواْ مَڪۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَڪۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩٩) أَوَلَمۡ
يَهۡدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ أَهۡلِهَآ أَن لَّوۡ
نَشَآءُ أَصَبۡنَـٰهُم بِذُنُوبِهِمۡۚ وَنَطۡبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ
فَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ (١٠٠) تِلۡكَ
ٱلۡقُرَىٰ نَقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآٮِٕهَاۚ وَلَقَدۡ جَآءَتۡہُمۡ
رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ فَمَا ڪَانُواْ لِيُؤۡمِنُواْ بِمَا ڪَذَّبُواْ
مِن قَبۡلُۚ كَذَٲلِكَ يَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ
(١٠١) وَمَا وَجَدۡنَا لِأَڪۡثَرِهِم مِّنۡ عَهۡدٍ۬ۖ وَإِن وَجَدۡنَآ أَڪۡثَرَهُمۡ لَفَـٰسِقِينَ (١٠٢) ثُمَّ
بَعَثۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِم مُّوسَىٰ بِـَٔايَـٰتِنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ
وَمَلَإِيْهِۦ فَظَلَمُواْ بِہَاۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ
ٱلۡمُفۡسِدِينَ (١٠٣) وَقَالَ مُوسَىٰ يَـٰفِرۡعَوۡنُ إِنِّى رَسُولٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٠٤) حَقِيقٌ
عَلَىٰٓ أَن لَّآ أَقُولَ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡحَقَّۚ قَدۡ
جِئۡتُڪُم بِبَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ فَأَرۡسِلۡ مَعِىَ بَنِىٓ
إِسۡرَٲٓءِيلَ (١٠٥) قَالَ إِن كُنتَ جِئۡتَ بِـَٔايَةٍ۬ فَأۡتِ بِہَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (١٠٦) فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ ثُعۡبَانٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٠٧) وَنَزَعَ يَدَهُ ۥ فَإِذَا هِىَ بَيۡضَآءُ لِلنَّـٰظِرِينَ (١٠٨) قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّ هَـٰذَا لَسَـٰحِرٌ عَلِيمٌ۬ (١٠٩) يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُمۡۖ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ (١١٠) قَالُوٓاْ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَأَرۡسِلۡ فِى ٱلۡمَدَآٮِٕنِ حَـٰشِرِينَ (١١١) يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَـٰحِرٍ عَلِيمٍ۬ (١١٢) وَجَآءَ ٱلسَّحَرَةُ فِرۡعَوۡنَ قَالُوٓاْ إِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن ڪُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ (١١٣) قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ لَمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ (١١٤) قَالُواْ يَـٰمُوسَىٰٓ إِمَّآ أَن تُلۡقِىَ وَإِمَّآ أَن نَّكُونَ نَحۡنُ ٱلۡمُلۡقِينَ (١١٥) قَالَ أَلۡقُواْۖ فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ سَحَرُوٓاْ أَعۡيُنَ ٱلنَّاسِ وَٱسۡتَرۡهَبُوهُمۡ وَجَآءُو بِسِحۡرٍ عَظِيمٍ۬ (١١٦) ۞ وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَلۡقِ عَصَاكَۖ فَإِذَا هِىَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ (١١٧) فَوَقَعَ ٱلۡحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١١٨) فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَٱنقَلَبُواْ صَـٰغِرِينَ (١١٩) وَأُلۡقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ (١٢٠) قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٢١) رَبِّ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ (١٢٢) قَالَ
فِرۡعَوۡنُ ءَامَنتُم بِهِۦ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّ هَـٰذَا
لَمَكۡرٌ۬ مَّكَرۡتُمُوهُ فِى ٱلۡمَدِينَةِ لِتُخۡرِجُواْ مِنۡہَآ
أَهۡلَهَاۖ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (١٢٣) لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَـٰفٍ۬ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ (١٢٤) قَالُوٓاْ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ (١٢٥) وَمَا
تَنقِمُ مِنَّآ إِلَّآ أَنۡ ءَامَنَّا بِـَٔايَـٰتِ رَبِّنَا لَمَّا
جَآءَتۡنَاۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا
مُسۡلِمِينَ (١٢٦) وَقَالَ
ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِ فِرۡعَوۡنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوۡمَهُ ۥ
لِيُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَيَذَرَكَ وَءَالِهَتَكَۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ
أَبۡنَآءَهُمۡ وَنَسۡتَحۡىِۦ نِسَآءَهُمۡ وَإِنَّا فَوۡقَهُمۡ
قَـٰهِرُونَ (١٢٧) قَالَ
مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱللَّهِ وَٱصۡبِرُوٓاْۖ إِنَّ
ٱلۡأَرۡضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦۖ
وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ (١٢٨) قَالُوٓاْ
أُوذِينَا مِن قَبۡلِ أَن تَأۡتِيَنَا وَمِنۢ بَعۡدِ مَا جِئۡتَنَاۚ
قَالَ عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُهۡلِكَ عَدُوَّڪُمۡ وَيَسۡتَخۡلِفَڪُمۡ فِى
ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرَ ڪَيۡفَ تَعۡمَلُونَ (١٢٩) وَلَقَدۡ أَخَذۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ بِٱلسِّنِينَ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّڪَّرُونَ (١٣٠) فَإِذَا
جَآءَتۡهُمُ ٱلۡحَسَنَةُ قَالُواْ لَنَا هَـٰذِهِۦۖ وَإِن تُصِبۡہُمۡ
سَيِّئَةٌ۬ يَطَّيَّرُواْ بِمُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُ ۥۤۗ أَلَآ إِنَّمَا
طَـٰٓٮِٕرُهُمۡ عِندَ ٱللَّهِ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ
(١٣١) وَقَالُواْ مَهۡمَا تَأۡتِنَا بِهِۦ مِنۡ ءَايَةٍ۬ لِّتَسۡحَرَنَا بِہَا فَمَا نَحۡنُ لَكَ بِمُؤۡمِنِينَ (١٣٢) فَأَرۡسَلۡنَا
عَلَيۡہِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلۡجَرَادَ وَٱلۡقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ
وَٱلدَّمَ ءَايَـٰتٍ۬ مُّفَصَّلَـٰتٍ۬ فَٱسۡتَڪۡبَرُواْ وَكَانُواْ
قَوۡمً۬ا مُّجۡرِمِينَ (١٣٣) وَلَمَّا
وَقَعَ عَلَيۡهِمُ ٱلرِّجۡزُ قَالُواْ يَـٰمُوسَى ٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ
بِمَا عَهِدَ عِندَكَۖ لَٮِٕن كَشَفۡتَ عَنَّا ٱلرِّجۡزَ لَنُؤۡمِنَنَّ
لَكَ وَلَنُرۡسِلَنَّ مَعَكَ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ (١٣٤) فَلَمَّا ڪَشَفۡنَا عَنۡہُمُ ٱلرِّجۡزَ إِلَىٰٓ أَجَلٍ هُم بَـٰلِغُوهُ إِذَا هُمۡ يَنكُثُونَ (١٣٥) فَٱنتَقَمۡنَا
مِنۡہُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡيَمِّ بِأَنَّہُمۡ كَذَّبُواْ
بِـَٔايَـٰتِنَا وَڪَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ (١٣٦) وَأَوۡرَثۡنَا
ٱلۡقَوۡمَ ٱلَّذِينَ كَانُواْ يُسۡتَضۡعَفُونَ مَشَـٰرِقَ ٱلۡأَرۡضِ
وَمَغَـٰرِبَهَا ٱلَّتِى بَـٰرَكۡنَا فِيہَاۖ وَتَمَّتۡ كَلِمَتُ رَبِّكَ
ٱلۡحُسۡنَىٰ عَلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ بِمَا صَبَرُواْۖ وَدَمَّرۡنَا
مَا كَانَ يَصۡنَعُ فِرۡعَوۡنُ وَقَوۡمُهُ ۥ وَمَا ڪَانُواْ يَعۡرِشُونَ
(١٣٧) وَجَـٰوَزۡنَا
بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتَوۡاْ عَلَىٰ قَوۡمٍ۬ يَعۡكُفُونَ
عَلَىٰٓ أَصۡنَامٍ۬ لَّهُمۡۚ قَالُواْ يَـٰمُوسَى ٱجۡعَل لَّنَآ
إِلَـٰهً۬ا كَمَا لَهُمۡ ءَالِهَةٌ۬ۚ قَالَ إِنَّكُمۡ قَوۡمٌ۬ تَجۡهَلُونَ
(١٣٨) إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ مُتَبَّرٌ۬ مَّا هُمۡ فِيهِ وَبَـٰطِلٌ۬ مَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٣٩) قَالَ أَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡغِيڪُمۡ إِلَـٰهً۬ا وَهُوَ فَضَّلَڪُمۡ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٤٠) وَإِذۡ
أَنجَيۡنَـٰڪُم مِّنۡ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ يَسُومُونَڪُمۡ سُوٓءَ
ٱلۡعَذَابِۖ يُقَتِّلُونَ أَبۡنَآءَكُمۡ وَيَسۡتَحۡيُونَ نِسَآءَكُمۡۚ
وَفِى ذَٲلِڪُم بَلَآءٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ عَظِيمٌ۬ (١٤١) ۞
وَوَٲعَدۡنَا مُوسَىٰ ثَلَـٰثِينَ لَيۡلَةً۬ وَأَتۡمَمۡنَـٰهَا بِعَشۡرٍ۬
فَتَمَّ مِيقَـٰتُ رَبِّهِۦۤ أَرۡبَعِينَ لَيۡلَةً۬ۚ وَقَالَ مُوسَىٰ
لِأَخِيهِ هَـٰرُونَ ٱخۡلُفۡنِى فِى قَوۡمِى وَأَصۡلِحۡ وَلَا تَتَّبِعۡ
سَبِيلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (١٤٢) وَلَمَّا
جَآءَ مُوسَىٰ لِمِيقَـٰتِنَا وَكَلَّمَهُ ۥ رَبُّهُ ۥ قَالَ رَبِّ
أَرِنِىٓ أَنظُرۡ إِلَيۡكَۚ قَالَ لَن تَرَٮٰنِى وَلَـٰكِنِ ٱنظُرۡ إِلَى
ٱلۡجَبَلِ فَإِنِ ٱسۡتَقَرَّ مَڪَانَهُ ۥ فَسَوۡفَ تَرَٮٰنِىۚ فَلَمَّا
تَجَلَّىٰ رَبُّهُ ۥ لِلۡجَبَلِ جَعَلَهُ ۥ دَڪًّ۬ا وَخَرَّ مُوسَىٰ
صَعِقً۬اۚ فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَأَنَا۟
أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٤٣) قَالَ
يَـٰمُوسَىٰٓ إِنِّى ٱصۡطَفَيۡتُكَ عَلَى ٱلنَّاسِ بِرِسَـٰلَـٰتِى
وَبِكَلَـٰمِى فَخُذۡ مَآ ءَاتَيۡتُكَ وَكُن مِّنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ (١٤٤)
وَڪَتَبۡنَا
لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَلۡوَاحِ مِن ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ مَّوۡعِظَةً۬ وَتَفۡصِيلاً۬
لِّكُلِّ شَىۡءٍ۬ فَخُذۡهَا بِقُوَّةٍ۬ وَأۡمُرۡ قَوۡمَكَ يَأۡخُذُواْ
بِأَحۡسَنِہَاۚ سَأُوْرِيكُمۡ دَارَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (١٤٥) سَأَصۡرِفُ
عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ
ٱلۡحَقِّ وَإِن يَرَوۡاْ ڪُلَّ ءَايَةٍ۬ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِہَا وَإِن
يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً۬ وَإِن يَرَوۡاْ
سَبِيلَ ٱلۡغَىِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً۬ۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّہُمۡ كَذَّبُواْ
بِـَٔايَـٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ (١٤٦) وَٱلَّذِينَ
كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَلِقَآءِ ٱلۡأَخِرَةِ حَبِطَتۡ
أَعۡمَـٰلُهُمۡۚ هَلۡ يُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٤٧)
وَٱتَّخَذَ
قَوۡمُ مُوسَىٰ مِنۢ بَعۡدِهِۦ مِنۡ حُلِيِّهِمۡ عِجۡلاً۬ جَسَدً۬ا
لَّهُ ۥ خُوَارٌۚ أَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّهُ ۥ لَا يُكَلِّمُهُمۡ وَلَا
يَہۡدِيہِمۡ سَبِيلاًۘ ٱتَّخَذُوهُ وَڪَانُواْ ظَـٰلِمِينَ (١٤٨) وَلَمَّا
سُقِطَ فِىٓ أَيۡدِيهِمۡ وَرَأَوۡاْ أَنَّهُمۡ قَدۡ ضَلُّواْ قَالُواْ
لَٮِٕن لَّمۡ يَرۡحَمۡنَا رَبُّنَا وَيَغۡفِرۡ لَنَا لَنَڪُونَنَّ مِنَ
ٱلۡخَـٰسِرِينَ (١٤٩) وَلَمَّا
رَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ غَضۡبَـٰنَ أَسِفً۬ا قَالَ بِئۡسَمَا
خَلَفۡتُمُونِى مِنۢ بَعۡدِىٓۖ أَعَجِلۡتُمۡ أَمۡرَ رَبِّكُمۡۖ وَأَلۡقَى
ٱلۡأَلۡوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأۡسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ ۥۤ إِلَيۡهِۚ قَالَ
ٱبۡنَ أُمَّ إِنَّ ٱلۡقَوۡمَ ٱسۡتَضۡعَفُونِى وَكَادُواْ يَقۡتُلُونَنِى
فَلَا تُشۡمِتۡ بِىَ ٱلۡأَعۡدَآءَ وَلَا تَجۡعَلۡنِى مَعَ ٱلۡقَوۡمِ
ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٥٠) قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِأَخِى وَأَدۡخِلۡنَا فِى رَحۡمَتِكَۖ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ (١٥١) إِنَّ
ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ ٱلۡعِجۡلَ سَيَنَالُهُمۡ غَضَبٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ
وَذِلَّةٌ۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَكَذَٲلِكَ نَجۡزِى
ٱلۡمُفۡتَرِينَ (١٥٢) وَٱلَّذِينَ
عَمِلُواْ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ثُمَّ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِهَا وَءَامَنُوٓاْ
إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعۡدِهَا لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٥٣) وَلَمَّا
سَكَتَ عَن مُّوسَى ٱلۡغَضَبُ أَخَذَ ٱلۡأَلۡوَاحَۖ وَفِى نُسۡخَتِہَا
هُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلَّذِينَ هُمۡ لِرَبِّہِمۡ يَرۡهَبُونَ (١٥٤) وَٱخۡتَارَ
مُوسَىٰ قَوۡمَهُ ۥ سَبۡعِينَ رَجُلاً۬ لِّمِيقَـٰتِنَاۖ فَلَمَّآ
أَخَذَتۡہُمُ ٱلرَّجۡفَةُ قَالَ رَبِّ لَوۡ شِئۡتَ أَهۡلَكۡتَهُم مِّن
قَبۡلُ وَإِيَّـٰىَۖ أَتُہۡلِكُنَا بِمَا فَعَلَ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَّآۖ
إِنۡ هِىَ إِلَّا فِتۡنَتُكَ تُضِلُّ بِہَا مَن تَشَآءُ وَتَہۡدِى مَن
تَشَآءُۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَاۖ وَأَنتَ
خَيۡرُ ٱلۡغَـٰفِرِينَ (١٥٥) ۞
وَٱڪۡتُبۡ لَنَا فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ
إِنَّا هُدۡنَآ إِلَيۡكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنۡ أَشَآءُۖ
وَرَحۡمَتِى وَسِعَتۡ كُلَّ شَىۡءٍ۬ۚ فَسَأَكۡتُبُہَا لِلَّذِينَ
يَتَّقُونَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَـٰتِنَا
يُؤۡمِنُونَ (١٥٦) ٱلَّذِينَ
يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلۡأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُ ۥ
مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم
بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡہَٮٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ
ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ
إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡۚ فَٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ
ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧) قُلۡ
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡڪُمۡ جَمِيعًا
ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا
هُوَ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِىِّ
ٱلۡأُمِّىِّ ٱلَّذِى يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَڪَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ
لَعَلَّڪُمۡ تَهۡتَدُونَ (١٥٨) وَمِن قَوۡمِ مُوسَىٰٓ أُمَّةٌ۬ يَہۡدُونَ بِٱلۡحَقِّ وَبِهِۦ يَعۡدِلُونَ (١٥٩) وَقَطَّعۡنَـٰهُمُ
ٱثۡنَتَىۡ عَشۡرَةَ أَسۡبَاطًا أُمَمً۬اۚ وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ
إِذِ ٱسۡتَسۡقَٮٰهُ قَوۡمُهُ ۥۤ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡحَجَرَۖ
فَٱنۢبَجَسَتۡ مِنۡهُ ٱثۡنَتَا عَشۡرَةَ عَيۡنً۬اۖ قَدۡ عَلِمَ ڪُلُّ
أُنَاسٍ۬ مَّشۡرَبَهُمۡۚ وَظَلَّلۡنَا عَلَيۡهِمُ ٱلۡغَمَـٰمَ
وَأَنزَلۡنَا عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَنَّ وَٱلسَّلۡوَىٰۖ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ
مَا رَزَقۡنَـٰڪُمۡۚ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن ڪَانُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ
يَظۡلِمُونَ (١٦٠) وَإِذۡ
قِيلَ لَهُمُ ٱسۡكُنُواْ هَـٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةَ وَڪُلُواْ مِنۡهَا حَيۡثُ
شِئۡتُمۡ وَقُولُواْ حِطَّةٌ۬ وَٱدۡخُلُواْ ٱلۡبَابَ سُجَّدً۬ا نَّغۡفِرۡ
لَكُمۡ خَطِيٓـَٔـٰتِڪُمۡۚ سَنَزِيدُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٦١) فَبَدَّلَ
ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡہُمۡ قَوۡلاً غَيۡرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمۡ
فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِجۡزً۬ا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا ڪَانُواْ
يَظۡلِمُونَ (١٦٢) وَسۡـَٔلۡهُمۡ
عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِى ڪَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِى
ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعً۬ا
وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَۙ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ ڪَذَٲلِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا
كَانُواْ يَفۡسُقُونَ (١٦٣) وَإِذۡ
قَالَتۡ أُمَّةٌ۬ مِّنۡہُمۡ لِمَ تَعِظُونَ قَوۡمًاۙ ٱللَّهُ
مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُہُمۡ عَذَابً۬ا شَدِيدً۬اۖ قَالُواْ
مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ (١٦٤) فَلَمَّا
نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ
ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ بِمَا
كَانُواْ يَفۡسُقُونَ (١٦٥) فَلَمَّا عَتَوۡاْ عَن مَّا نُہُواْ عَنۡهُ قُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَـٰسِـِٔينَ (١٦٦) وَإِذۡ
تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبۡعَثَنَّ عَلَيۡهِمۡ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ
مَن يَسُومُهُمۡ سُوٓءَ ٱلۡعَذَابِۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ ٱلۡعِقَابِۖ
وَإِنَّهُ ۥ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٦٧) وَقَطَّعۡنَـٰهُمۡ
فِى ٱلۡأَرۡضِ أُمَمً۬اۖ مِّنۡهُمُ ٱلصَّـٰلِحُونَ وَمِنۡہُمۡ دُونَ
ذَٲلِكَۖ وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّيِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ
يَرۡجِعُونَ (١٦٨) فَخَلَفَ
مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ۬ وَرِثُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ يَأۡخُذُونَ عَرَضَ
هَـٰذَا ٱلۡأَدۡنَىٰ وَيَقُولُونَ سَيُغۡفَرُ لَنَا وَإِن يَأۡتِہِمۡ
عَرَضٌ۬ مِّثۡلُهُ ۥ يَأۡخُذُوهُۚ أَلَمۡ يُؤۡخَذۡ عَلَيۡہِم مِّيثَـٰقُ
ٱلۡكِتَـٰبِ أَن لَّا يَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡحَقَّ
وَدَرَسُواْ مَا فِيهِۗ وَٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّلَّذِينَ
يَتَّقُونَۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ (١٦٩) وَٱلَّذِينَ يُمَسِّكُونَ بِٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُصۡلِحِينَ (١٧٠) ۞
وَإِذۡ نَتَقۡنَا ٱلۡجَبَلَ فَوۡقَهُمۡ كَأَنَّهُ ۥ ظُلَّةٌ۬ وَظَنُّوٓاْ
أَنَّهُ ۥ وَاقِعُۢ بِہِمۡ خُذُواْ مَآ ءَاتَيۡنَـٰكُم بِقُوَّةٍ۬
وَٱذۡكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٧١) وَإِذۡ
أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ
وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ
بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا
عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢) أَوۡ
تَقُولُوٓاْ إِنَّمَآ أَشۡرَكَ ءَابَآؤُنَا مِن قَبۡلُ وَڪُنَّا
ذُرِّيَّةً۬ مِّنۢ بَعۡدِهِمۡۖ أَفَتُہۡلِكُنَا بِمَا فَعَلَ
ٱلۡمُبۡطِلُونَ (١٧٣) وَكَذَٲلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ وَلَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ (١٧٤) وَٱتۡلُ
عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ
مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ (١٧٥) وَلَوۡ
شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ
وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ
عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ
ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ
يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ (١٧٧) مَن يَہۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِىۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٧٨) وَلَقَدۡ
ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ
قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ
بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ
(١٧٩) وَلِلَّهِ
ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ
يُلۡحِدُونَ فِىٓ أَسۡمَـٰٓٮِٕهِۦۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
(١٨٠) وَمِمَّنۡ خَلَقۡنَآ أُمَّةٌ۬ يَہۡدُونَ بِٱلۡحَقِّ وَبِهِۦ يَعۡدِلُونَ (١٨١) وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا سَنَسۡتَدۡرِجُهُم مِّنۡ حَيۡثُ لَا يَعۡلَمُونَ (١٨٢) وَأُمۡلِى لَهُمۡۚ إِنَّ كَيۡدِى مَتِينٌ (١٨٣) أَوَلَمۡ يَتَفَكَّرُواْۗ مَا بِصَاحِبِہِم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ (١٨٤) أَوَلَمۡ
يَنظُرُواْ فِى مَلَكُوتِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا خَلَقَ
ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ۬ وَأَنۡ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ قَدِ ٱقۡتَرَبَ
أَجَلُهُمۡۖ فَبِأَىِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُ ۥ يُؤۡمِنُونَ (١٨٥) مَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُ ۥۚ وَيَذَرُهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِہِمۡ يَعۡمَهُونَ (١٨٦) يَسۡـَٔلُونَكَ
عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَٮٰهَاۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ
رَبِّىۖ لَا يُجَلِّيہَا لِوَقۡتِہَآ إِلَّا هُوَۚ ثَقُلَتۡ فِى
ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَا تَأۡتِيكُمۡ إِلَّا بَغۡتَةً۬ۗ
يَسۡـَٔلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِىٌّ عَنۡہَاۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ
ٱللَّهِ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (١٨٧) قُل
لَّآ أَمۡلِكُ لِنَفۡسِى نَفۡعً۬ا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَآءَ
ٱللَّهُۚ وَلَوۡ كُنتُ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ لَٱسۡتَڪۡثَرۡتُ مِنَ ٱلۡخَيۡرِ
وَمَا مَسَّنِىَ ٱلسُّوٓءُۚ إِنۡ أَنَا۟ إِلَّا نَذِيرٌ۬ وَبَشِيرٌ۬
لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ (١٨٨) ۞
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَجَعَلَ مِنۡہَا
زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَاۖ فَلَمَّا تَغَشَّٮٰهَا حَمَلَتۡ حَمۡلاً
خَفِيفً۬ا فَمَرَّتۡ بِهِۦۖ فَلَمَّآ أَثۡقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ
رَبَّهُمَا لَٮِٕنۡ ءَاتَيۡتَنَا صَـٰلِحً۬ا لَّنَكُونَنَّ مِنَ
ٱلشَّـٰكِرِينَ (١٨٩) فَلَمَّآ
ءَاتَٮٰهُمَا صَـٰلِحً۬ا جَعَلَا لَهُ ۥ شُرَكَآءَ فِيمَآ
ءَاتَٮٰهُمَاۚ فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشۡرِكُونَ (١٩٠) أَيُشۡرِكُونَ مَا لَا يَخۡلُقُ شَيۡـًٔ۬ا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ (١٩١) وَلَا يَسۡتَطِيعُونَ لَهُمۡ نَصۡرً۬ا وَلَآ أَنفُسَہُمۡ يَنصُرُونَ (١٩٢) وَإِن تَدۡعُوهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ لَا يَتَّبِعُوڪُمۡۚ سَوَآءٌ عَلَيۡكُمۡ أَدَعَوۡتُمُوهُمۡ أَمۡ أَنتُمۡ صَـٰمِتُونَ (١٩٣) إِنَّ
ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ عِبَادٌ أَمۡثَالُڪُمۡۖ
فَٱدۡعُوهُمۡ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لَڪُمۡ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (١٩٤) أَلَهُمۡ
أَرۡجُلٌ۬ يَمۡشُونَ بِہَآۖ أَمۡ لَهُمۡ أَيۡدٍ۬ يَبۡطِشُونَ بِہَآۖ
أَمۡ لَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ يُبۡصِرُونَ بِہَآۖ أَمۡ لَهُمۡ ءَاذَانٌ۬
يَسۡمَعُونَ بِہَاۗ قُلِ ٱدۡعُواْ شُرَكَآءَكُمۡ ثُمَّ كِيدُونِ فَلَا
تُنظِرُونِ (١٩٥) إِنَّ وَلِـِّۧىَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلۡكِتَـٰبَۖ وَهُوَ يَتَوَلَّى ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٩٦) وَٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ لَا يَسۡتَطِيعُونَ نَصۡرَڪُمۡ وَلَآ أَنفُسَہُمۡ يَنصُرُونَ (١٩٧) وَإِن تَدۡعُوهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ لَا يَسۡمَعُواْۖ وَتَرَٮٰهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ وَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (١٩٨) خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِينَ (١٩٩) وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ نَزۡغٌ۬ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۚ إِنَّهُ ۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٠٠) إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّہُمۡ طَـٰٓٮِٕفٌ۬ مِّنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ تَذَڪَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ (٢٠١) وَإِخۡوَٲنُهُمۡ يَمُدُّونَہُمۡ فِى ٱلۡغَىِّ ثُمَّ لَا يُقۡصِرُونَ (٢٠٢) وَإِذَا
لَمۡ تَأۡتِهِم بِـَٔايَةٍ۬ قَالُواْ لَوۡلَا ٱجۡتَبَيۡتَهَاۚ قُلۡ
إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّىۚ هَـٰذَا
بَصَآٮِٕرُ مِن رَّبِّڪُمۡ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ
(٢٠٣) وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٢٠٤) وَٱذۡكُر
رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ
ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ
(٢٠٥) إِنَّ ٱلَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِهِۦ وَيُسَبِّحُونَهُ ۥ وَلَهُ ۥ يَسۡجُدُونَ ۩ (٢٠٦) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Araf
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim, Saad. (1) (Al-Quran
ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari
Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu
mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada
orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang
yang beriman. (2) (Katakanlah
kepada mereka wahai Muhammad): Turutlah apa yang telah diturunkan
kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin
yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil
peringatan. (3) Dan
berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami
menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada
tengah hari. (4) Maka
tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka,
melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah
orang-orang yang zalim. (5) Maka
sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan
(Rasul-rasul) kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga
Rasul-rasul itu. (6) Kemudian
sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan
umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa
yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib
(bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal
mereka). (7) Dan
timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat
timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang
berjaya. (8) Dan
sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah
orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku
zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan
tempatnya). (9) Dan
sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan
Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (10) Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa
kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu
kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk
dalam golongan yang sujud. (11) Allah
berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau
(wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari
tanah. (12) Allah
berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau
berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya
engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis
berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka
(dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian
aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan
dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati
kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah
berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina
serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu,
tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang
derhaka) semuanya; (18) Dan
wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan
janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan
menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19) Setelah
itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya
(dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian
lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah
Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan
(kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari
orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20) Dan
dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah
dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua. (21) Dengan
sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan)
dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu,
terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah
menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru
mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku
katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?
(22) Mereka
berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami
sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat
kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (23) Allah
berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi
musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan tempat
kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika
(mati). (24) Allah
berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan
daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada
hari kiamat). (25) Wahai
anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan
pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu
adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (26) Wahai
anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia
telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia
menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan
kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya
Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat
melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu
teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (27) Dan
(orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu
perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami
mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah
(wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh
mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah
apa yang kamu tidak mengetahuinya? (28) Katakanlah:
Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh
supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul
pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan
mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana)
sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu
akan kembali (kepadaNya). (29) Sebahagian
(dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi
taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang
ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka
sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan
itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula
menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat. (30) Wahai
anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap
kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah
serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak
suka akan orang-orang yang melampaui batas. (31) Katakanlah
(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah
yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga
benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?
Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang
beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia;
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman
sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (32) Katakanlah:
Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji,
samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan
menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu
mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan
sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu
memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (33)
Dan
bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila
datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan
tidak dapat pula mereka didahulukan. (34) Wahai
anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu
yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang
bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula
tidak akan berdukacita. (35) Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh
(merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka,
mereka kekal di dalamnya. (36) Maka
tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah
atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat
bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka),
hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang
mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka):
Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?
Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan
mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka
adalah orang-orang yang ingkar. (37) Allah
berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang
terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang
masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila
mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir
mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami,
mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada
mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah
berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat
ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan
berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada
golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman
Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah
berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu
telah usahakan. (39) Sesungguhnya
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh
(merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan
dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk
Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas
orang-orang yang melakukan kesalahan. (40) Disediakan
untuk mereka hamparan-hamparan dari api Neraka dan di atas mereka
lapisan-lapisan penutup (dari api Neraka) dan demikianlah Kami membalas
orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya). (41) Dan
orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi
keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang
(dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah
ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (42) Dan
Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di
dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat)
masing-masing dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji
tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayat petunjuk untuk (mendapat
nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh
petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya);
sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa
kebenaran. Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu
mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (43) Dan
(apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing),
berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami
telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami,
semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah
dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar
ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua
puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang
yang zalim. (44) Iaitu
mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari
menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok
terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. (45) Dan
di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A`raaf "(yang
menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A`raaf itu ada sebilangan
orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli
Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun
menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum"
(salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk
Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (46) Dan
apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa
dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama
orang-orang yang zalim. (47) Dan
orang-orang yang berada di atas tembok Al-A`raaf menyeru beberapa orang
(Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata:
Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan
juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu.
(48) (Mereka
bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): Itukah
orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka
tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada
mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak
akan berdukacita. (49) Dan
(Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli Neraka dengan firmanNya): Ahli
Neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): Limpahkanlah kepada kami
sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah
kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah
haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir. (50) (Tuhan
berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan
perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan
permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia
(segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari
kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah
lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini
dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
(51) Dan
sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab
(Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan
pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat
petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. (52) Tidak
ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau
kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada
hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari
kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang
tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: Sesungguhnya telah datang
Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami
pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah)
kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada
apa yang kami telah kerjakan? Sesungguhnya mereka telah merugikan diri
mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang
mereka ada-adakan dahulu. (53) Sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa
lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang
yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang
Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk
kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah
Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. (54) Berdoalah
kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)
perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas. (55) Dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan
segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan
perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu
dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (56) Dan
Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga
apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang
mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan
awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan
semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya). (57) Dan
negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan
izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya
melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan
tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi
orang-orang yang (mahu) bersyukur. (58) Sesungguhnya
Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah dia:
Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan
bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan
ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat) (59) Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (60) Nabi
Nuh menjawab: Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi
aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (61) (Tugasku)
menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh)
Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui
(melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (62) Adakah
kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu,
untuk memberi peringatan kepada kamu dan supaya kamu bertakwa dan juga
supaya kamu beroleh rahmat?. (63) Mereka
terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang
bersamanya di dalam bahtera dan Kami karamkan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta
(mata hatinya daripada melihat kebenaran) (64) Dan
kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata:
Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan
bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa
kepadaNya? (65) Ketua-ketua
yang kafir dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu
berada dalam kebodohan dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari
orang-orang yang berdusta. (66) Nabi
Hud menjawab: Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi
aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (67) (Tugasku)
menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh)
Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu. (68) Adakah
kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu,
untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah
menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah
menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh
kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya. (69) Mereka
berkata: Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah
Allah semata-mata dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk
nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau
janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar.
(70) Nabi
Hud menjawab: Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan
kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai
nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang
Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya?
Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari
orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu. (71) Maka
Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari
Kami dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.
(72) Dan
kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Dia
berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada
Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada
kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor
unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan
kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah
dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau
kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. (73) Dan
kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum
Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk
kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata dan kamu memahat
gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat
Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka
bumi. (74) Ketua-ketua
yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang
dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka:
Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya? Mereka menjawab:
Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang dia diutus untuk
menyampaikannya. (75) Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya. (76) Maka
mereka pun menyembelih unta itu dan mereka menderhaka terhadap perintah
Tuhan mereka, sambil berkata: Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau
telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang
diutus (oleh Allah). (77) Oleh
itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka
mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (78) Maka
Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku
telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi
nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang
memberi nasihat. (79) Dan
Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada
kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah
dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas. (81) Dan
tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka
(Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.
(82) Maka
Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya)
melainkan isterinya, adalah dia dari orang-orang yang dibinasakan. (83) Dan
Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan).
Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan
kesalahan. (84) Dan
kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Dia
berkata: Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan
bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu
keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan
dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda
dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur)
dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul
kamu orang-orang yang beriman. (85) Dan
janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan
menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui
jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok
terpesong dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah
menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat
orang-orang yang berbuat kerosakan. (86) Dan
jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah
Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya dan segolongan
lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di
antara kita semua dan Dialah jua sebaik-baik hakim. (87) Ketua-ketua
yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: Sesungguhnya kami
akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi
pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini atau kamu berpindah kepada
agama kami. Nabi Syuaib menjawab: Adakah (kamu hendak melakukan yang
demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? (88) Sesungguhnya
(bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada
agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya dan tidaklah
harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan
kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap
sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami,
hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan),
kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim. (89) Dan
berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada
orang ramai): Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan
perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi. (90) Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. (91) Orang-orang
yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak
pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib,
merekalah orang-orang yang rugi. (92) Kemudian
Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku!
Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah
Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah
aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu).
(93) Dan
(Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang
Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka
dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya
mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
(94) Setelah
(mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan
hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan
angkuhnya): Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan
dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan). Lalu Kami timpakan
mereka (dengan azab seksa) secara mengejut dan mereka tidak
menyedarinya. (95) Dan
(Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka
mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (96) Patutkah
penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada
kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang
tidur? (97) Atau
patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman
daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa
mereka sedang leka bermain-main? (98) Patutkah
mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk
(balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang
merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah
itu melainkan orang-orang yang rugi. (99) Adakah
(yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang
mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa
bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan
mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka dan Kami meteraikan
di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar
(nasihat-nasihat pengajaran)? (100) Negeri-negeri
(yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar
beritanya kepadamu (wahai Muhammad) dan sesungguhnya telah datang kepada
mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata
(mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka
telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati
orang-orang yang kafir. (101) Dan
Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang
ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan
orang-orang yang fasik. (102) Kemudian
Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa
ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka
berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan. (103) Dan berkatalah Nabi Musa: Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (104) Sudah
semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang
benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan
yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil
menyertai aku (ke Palestin). (105) Firaun
menjawab: Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat
maka bawalah ia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari
orang-orang yang benar. (106) Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. (107) Dan
Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih
(bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya. (108) Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir. (109) Dia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu. (Firaun bertanya): Oleh itu, apa yang kamu syorkan? (110) Mereka
berkata: Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang
hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir
untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir); (111) Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir. (112) Dan
datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: Sungguhkah
kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya? (113) Firaun
menjawab: Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan
menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku). (114) Mereka
berkata: Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih
dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)? (115) Nabi
Musa menjawab: Campakkanlah kamu (dahulu)! Maka apabila mereka
mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap
mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta
mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya). (116) Dan
Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Campakkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba
tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir
mereka). (117) Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. (118) Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. (119) Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, (120) Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. (121) (Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun. (122) Firaun
berkata: Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin
kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu
lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya
dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya). (123) Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya. (124) Mereka
menjawab: Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah
kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan
rahmatNya). (125) Dan
tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami
melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika
sampainya kepada kami. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah
kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah
bulat-bulat kepadaMu). (126) Dan
berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai
Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di
bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun
menjawab: Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan
hidup anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan)
mereka. (127) (Pengikut-pengikut
Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah
pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini
kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari
hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertakwa. (128) Mereka
berkata: Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum
engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami. Nabi
Musa menjawab: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan
menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana
pula perbuatan kamu? (129) Dan
sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim
kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil
pelajaran. (130) Kemudian
apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: Ini ialah hasil
usaha kami dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas
dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya.
(Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu
hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui. (131) Dan
mereka berkata: Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat)
yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu
kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu. (132) (Allah
berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang,
dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas
nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum
yang menderhaka. (133) Dan
apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan)
berkata: Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan
(kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan
permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab
itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu dan sudah tentu
kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu. (134) (Tuhan
berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke
suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka
mencabuli janjinya (135) Maka
Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut
dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai
daripadanya. (136) Dan
Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan
daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang
Kami telah melimpahkan berkat padanya dan telah sempurnalah Kalimah
Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran
mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan
apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah
dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi) (137) Dan
Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka
sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya.
(Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa
buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai
beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum
yang jahil. (138) Sesungguhnya
mereka (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang
mereka berada di dalamnya (dari perbuatan syirik) dan tetaplah salahnya
apa yang mereka kerjakan itu. (139) Nabi
Musa berkata lagi: Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari
Allah, padahal Dia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang
sezaman dengan kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada kamu)? (140) Dan
(Tuhan berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan
kaumnya, yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan
seburuk-buruknya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan
hidup anak-anak perempuan kamu dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu
mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (141) Dan
kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat)
selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh
malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya
empat puluh malam dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun
(semasa keluar menerima Taurat): Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin)
kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku) dan janganlah
engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan. (142) Dan
ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan
Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:
Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya
aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan
sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap
berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah
Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh
pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau
(wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal
pertama beriman (pada zamanku) (143) Allah
berfirman: Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia
(yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan
dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan
jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur. (144) Dan
Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Luh-luh (Taurat) itu, dari
pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu
(dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan
amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu
berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu
suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri
orang-orang yang fasik (derhaka). (145) Aku
akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang
menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika
mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman
kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat
petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan
sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus
mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana
mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
(146) Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat,
gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan
(pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan
(dari perbuatan kufur dan maksiat). (147) Dan
kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat
dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang
bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): Tidakkah mereka memikirkan
bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat
juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala
yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan
kezaliman. (148) Dan
setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui
bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: Sesungguhnya jika Tuhan
kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (149) Dan
apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita,
berkatalah dia: Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan
sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah
Tuhan kamu? Dan dia meletakkan Luh-luh (yang mengandungi tulisan Taurat)
itu serta dia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil
menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya
kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka
membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau
menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku dan
janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang
zalim. (150) Nabi
Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi
saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah
sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani. (151) Sesungguhnya
orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa
kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia dan
demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang
tidak benar. (152) Dan
orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah
itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (153) Dan
apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Luh-luh Taurat
itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi
orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada
melanggar perintahNya). (154) Dan
Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa
bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka
ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai
Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka
bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan
kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di
antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu.
Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan
Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah
Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada
kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun. (155) Dan
tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat,
sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu
akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu
meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang
yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman
kepada ayat-ayat Kami. (156) Iaitu
orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi,
yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat
dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan
perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda
yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia
juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang
ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan
memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang
diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
/ (157) Katakanlah
(wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah
Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai
langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang
menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan
Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu
beroleh hidayat petunjuk. (158) Dan
di antara kaum Nabi Musa, ada satu golongan yang memberi petunjuk
(kepada orang ramai) dengan perkara-perkara yang hak dan dengannya
mereka menjalankan keadilan. (159) Dan
kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai
golongan-golongan besar dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika
kaumnya meminta air kepadanya: Pukullah batu itu dengan tongkatmu. Maka
terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di
antara mereka) mengetahui tempat masing-masing dan Kami naungi mereka
dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka "Manna" dan "Salwa". (Lalu
Kami berfirman): Makanlah dari benda yang baik-baik yang kami telah
kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan
kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. /
(160) Dan
(ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: Tinggallah dalam bandar ini
dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai dan berdoalah
dengan berkata: (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) dan masuklah
melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami
mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi
orang-orang yang berbuat kebaikan. (161) Maka
orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan
perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan
azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka
lakukan. (162) Dan
bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar
yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari
Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang
menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang
pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka.
Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka
sentiasa berlaku fasik. (163) Dan
(ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan
mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat)
itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah
kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. (164) Maka
ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah
diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang
daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim
dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik
(derhaka). (165) Maka
setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada
apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka:
Jadilah kamu kera yang hina. (166) Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa
sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus
menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka
dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan
kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan
sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (167) Dan
Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang
bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh
dan di antaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan
nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya
mereka kembali (bertaubat). (168) Maka
mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang
mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia
ini sambil berkata: Akan diampunkan kelak dosa kami padahal jika datang
kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya
lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam
kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan
yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di
dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? (169) Dan
orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan
sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala
orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya). (170) Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke
atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi
mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka,
(sambil Kami berfirman kepada mereka): Terimalah dengan
bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu
dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu
menjadi orang-orang yang bertakwa (171) Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan
firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172) Atau
supaya kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang
melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang
kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami)
hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat
itu? (173) Dan
demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu
(supaya nyata segala kebenaran) dan supaya mereka kembali (kepada
kebenaran). (174) Dan
bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang
kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami,
kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia
diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari
orang-orang yang sesat. (175) Dan
kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab
mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada
dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti
anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya
termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan
lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya
mereka berfikir. (176) Amatlah
buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan
mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri. (177) Sesiapa
yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka
dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah
(dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. (178)
Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai. (179) Dan
Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah
orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan
nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka
telah kerjakan. (180) Dan
di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang
memberi petunjuk dengan kebenaran dan dengannya mereka menjalankan
keadilan. (181) Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka
sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka
tidak mengetahuinya. (182) Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh. (183) Patutkah
mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman
bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit
gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan dia hanyalah seorang
(Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas. (184) Patutkah
mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi
dan segala yang diciptakan oleh Allah dan (memikirkan) bahawa harus
telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi
sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman? (185) Sesiapa
yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada
sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya dan Allah
membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.
(186) Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa
datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada
di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan
kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu
amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di
bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka
bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah:
Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (187) Katakanlah:
Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat
menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku
mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan
dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku
tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah)
yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita
gembira bagi orang-orang yang beriman. (188) Dialah
(Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan
Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),
untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain.
Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan
yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu).
Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami
isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika
Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah
kami menjadi orang-orang yang bersyukur. (189) Kemudian
ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana
yang mereka pohonkan), mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam
urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Maha Suci
Allah dari apa yang mereka sekutukan itu. (190) Patutkah
mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan
sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan? (191) Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri. (192) Dan
jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh
petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat)
kamu; sama sahaja bagi kamu, samada kamu menyerunya atau mendiamkan
diri. (193) Sesungguhnya
benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti
kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat
memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
(194) Adakah
benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat
berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka
dapat memegang (menyeksa) dengannya atau adakah mereka mempunyai mata
yang mereka dapat melihat dengannya atau adakah mereka mempunyai telinga
yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad):
Panggillah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu
semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh
lagi. (195) Sesungguhnya
pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan
Dialah jua Yang Menolong dan Memelihara orang-orang yang berbuat
kebaikan (196) Dan
benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong
kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri. (197) Dan
jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat
petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya dan engkau
nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat. (198) Terimalah
apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik,
serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang
degil dengan kejahilannya). (199) Dan
jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah
perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (200) Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan
hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan
itu mereka nampak (jalan yang benar). (201) Sedang
saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu
dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti
(melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu). (202) Dan
apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu
ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka
(secara mengejek): Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri
akan ayat itu? Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang
diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan
yang membuka hati dari Tuhan kamu dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi
orang-orang yang beriman. (203) Dan
apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah
(dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh
rahmat. (204) Dan
sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri
serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak
pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau
menjadi dari orang-orang yang lalai. (205) Sesungguhnya
mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh
(ingkar) daripada beribadat kepadaNya dan mereka pula bertasbih bagiNya
dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (206)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan