Ahad, 30 Jun 2013

LAWAN IKHLAS ADALAH RIAK

MB Selangor: Daftar kahwin dapat insentif
Abdul Khalid Ibrahim
Berdasarkan tanda aras dan pencapaian 2008-2013 Khalid mahu mandat Pakatan Rakyat Selangor dikekalkan. - Foto Sinar Harian oleh Foto AZMI ARYANTO
SHAH ALAM - Anak Selangor atau pemastautin di negeri ini selama 15 tahun yang melangsungkan perkahwinan tahun ini digesa mendaftar perkahwinan di 56 pusat khidmat masyarakat seluruh Selangor untuk menerima insentif perkahwinan belia.

Menggesa demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian insentif RM200 seorang itu adalah untuk pasangan berumur 35 tahun ke bawah.

Mereka diminta mendaftarkan nama di pusat khidmat masyarakat masing-masing selepas tiga bulan bernikah bagi yang beragama Islam, atau bagi bukan Islam, perkahwinan mereka didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

"Dengan mendaftar, pihak kerajaan negeri mempunyai maklumat bagi memberi bantuan tambahan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) jika mereka mendapat anak, dan mengenal pasti calon-calon yang layak menerima perumahan mampu milik yang bakal dibangunkan kerajaan negeri, " kata Abdul Khalid selepas menyampaikan insentif itu kepada lebih 100 pasangan di sini, hari ini.

Buat masa ini, katanya, hanya 170 pasangan telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan kemudahan itu.

Abdul Khalid berkata pemberian insentif bagi fasa pertama adalah sebanyak RM400 setiap pasangan dan akan dinaikkan kepada RM500 pada masa akan datang.

Beliau berkata bagi pasangan beragama Islam, pemberian insentif itu akan dilaksanakan menerusi simpanan di Lembaga Tabung Haji manakala bagi bukan Islam menerusi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

"Walaupun jumlah RM200 itu kecil bagi sesetengah individu tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pengantin baru dan pemberian menerusi bentuk simpanan itu akan dapat mendidik mereka menabung untuk masa hadapan mereka dan anak-anak," katanya.

Abdul Khalid berkata setiap tahun Selangor mencatatkan lebih 25,000 pasangan yang berkahwin dengan 18,000 daripadanya pasangan beragama Islam dan selebihnya bukan Islam. - Bernama
Dakwat kekal: SPR tiada halangan disiasat SPRM
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Badan yang mengendalikan pilihan raya di negara ini sedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran terdapatnya laporan membabitkan isu dakwat kekal.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak bimbang dengan siasatan itu sebaliknya percaya, ia dapat membersihkan imej SPR yang tercalar.

Menurutnya, SPR juga ingin mengetahui sekiranya ada perkara yang tidak betul dilakukan oleh badan berkanun tersebut khususnya dalam isu dakwat kekal yang menjadi perhatian umum.

“Bagus, kita akan bagi kerjasama kepada SPRM, SPR juga nak tahu mungkin ada apa-apa perkara tak betul berlaku yang kita tak tahu.

“Itu (penyiasatan) memang betul, ia akan membersihkan nama SPR.

“Kita tak mahu perkara tidak betul berlaku dalam SPR, kita ada tanggungjawab dan kredibiliti,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dipetik daripada satu portal berita, SPRM hari ini menyatakan telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siasatan itu akan tetapi enggan mengulas  lanjut.

Bagaimanapun mengikut laporan portal berita berkenaan, difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas ekoran  terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pada itu, Wan Ahmad menyatakan SPR belum mendapat sebarang surat atau pemberitahuan daripada pihak SPRM untuk melakukan siasatan terhadap badan berkanun tersebut.

“Belum lagi setakat ini, saya pun tidak tahu semua perkara,  saya belum terima apa-apa maklumat.

“Bagaimanapun jika benar kita akan beri kerjasama,” katanya lagi.
Kuala Besut kerusi Pas, PKR 'tak faham'
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM – Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya pada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya.
Umno Besut yakin sokongan tak berubah
PRK Dun Kuala Besut
BESUT - Umno Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.
Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.
"Pengundi di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.
Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi Dun Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah. - Bernama
Umpan tunai umrah RM3,900
Umpan tunai umrah RM3,900
Pemilik agensi umrah berkenaan (kiri) bersama salah seorang ejennya.
Umpan tunai umrah RM3,900
Alias Yunus bersama isterinya menunjukkan visa yang sudah dibuat untuk mengerjakan umrah.
Umpan tunai umrah RM3,900
Sebahagian daripada mangsa yang ditipu oleh agensi umrah membuat bantahan di sebuah restoran di Kota Damansara, semalam.
Modus operandi agensi

DENGAN menawarkan pakej umrah murah, sebuah syarikat berjaya memperdaya orang ramai untuk menyertai pakej umrahnya.

Syarikat ini melalui ejennya yang dilantik akan menawarkan pakej umrah dengan serendah RM3,9000 ini kepada orang ramai.

Jika seseorang itu berminat dengan pakej itu, ejen syarikat berkenaan akan meminta mereka mendaftar dahulu dengan syarikat untuk membuat tempahan bagi menjalankan umrah.

Selepas itu, mereka akan diminta membayar RM2,000 sebagai wang pendahuluan dan syarikat berkenaan akan meminta pelanggan untuk membayar wang selebihnya secepat mungkin.

Melihat pelanggan sudah masuk ke dalam ‘perangkapnya’, syarikat itu akan memberi ‘janji manis’ kepada pelanggannya mengatakan mereka akan menyelesaikan semua urusan umrah itu secepat mungkin.

Tambahan pula, syarikat tersebut akan meminta pelanggannya untuk membayar seperti kos penerbangan, kos penginapan dan bermacam lagi.

Apabila tarikh untuk pelanggannya untuk bergerak menunaikan umrah semakin dekat, syarikat itu akan menunda penerbangan pelanggannya dan memberikan pelbagai alasan mengatakan mereka masih belum menyelesaikan beberapa perkara.

Syarikat yang dinaungi oleh seorang yang bergelar Datuk yang terletak di Kota Damansara itu berjaya menipu ramai orang dan membuat keuntungan berjuta-juta ringgit.

Pengakuan mangsa penipuan agensi umrah
Mangsa Pertama

Mangsa pertama, Biyani Saad, 62 tahun mendapat tawaran untuk menawarkan umrah dengan harga murah daripada salah seorang agennya yang dikenali sebagai Shamsul, iaitu kenalan rakannya, pada awal tahun ini.
Biyani berkata, hanya lapan orang terpilih termasuk dirinya sahaja yang mendapat tawaran hebat itu iaitu pakej mengerjakan umrah bernilai RM3,900.

“Bagi orang lain yang ingin mengerjakan umrah, syarikat itu menawarkan harga RM4,450 dan ejen itu meminta saya mencari tujuh orang lagi untuk pergi mengerjakan umrah,” katanya.

Mendengar berita itu, Biyani terus memberitahu adik-beradiknya dan rakannya mengenai perkara itu.

Katanya, dia bersama lapan orang jemaah lain mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah dan membuat menyelesaikan semua bayaran pada 5 Februari lalu.

Biyani berkata, ejen syarikat itu memberitahunya bahawa dia dan lapan orang jemaah lain akan berlepas untuk menunaikan umrah pada 10 Mei lalu.

“Walau bagaimanapun, agensi itu menukar tarikh penerbangan kepada 14 Mei atas alasan visa pelanggan masih belum siap,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, agensi itu beberapa kali menunda penerbangan jemaah dan mereka berjanji bahawa pelanggannya akan berlepas ke Makkah pada 13 Jun ini.

Kata Biyani, apabila sudah tiba waktu yang ditetapkan, dia cuba menghubungi ejen yang berurusan dengannya akan tetapi gagal dihubungi.
“Saya cuba menghubungi agensi itu tetapi usaha saya sia-sia apabila tiada siapa daripada agensi itu menjawab panggilan saya,” katanya.

Merasakan dirinya tertipu, dia terus membuat laporan polis mengenai insiden ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Mangsa kedua

“Saya tidak ke surau selama 10 hari kerana saya sangat kecewa dan sedih kerana mengetahui saya ditipu,” kata seorang lagi mangsa, Alias Yunus, 66.
Alias berkata, dia mengetahui tentang pakej umrah ini daripada saudaranya dan dia mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah bersama isteri dan saudaranya.

Katanya, dia membayar wang deposit sebanyak RM2,000 pada Disember tahun lalu dan membayar RM1,900 pada 16 Mac yang lalu.

Menurutnya, seminggu selepas membuat bayaran kedua, agensi berkenaan memintanya untuk membayar RM200 kerana agensi itu mendakwa kos makanan di Makkah sudah meningkat.

“Atas kepercayaan sesama Islam, saya membayar wang berkenaan dalam tempoh dua hari,” katanya.

Alias berkata, pada awalnya, agensi itu memberitahunya bahawa tarikh penerbangannya ke Mekah adalah pada 25 Mei 2013.

Alias berkata, walau bagaimanapun, agensi itu menunda tarikh penerbangan beberapa kali atas pelbagai alasan.
“Mereka memberi alasan seperti bilik hotel yang ditempah oleh mereka untuk kami sudah penuh dan pelbagai alasan lain,” katanya.
Akhirnya, Alias berkata, akibat tidak tahan dengan agensi itu, dia bersama anaknya terus ke pejabat agensi itu di Kota Damansara dan dia terkejut apabila pejabat itu sudah tidak berpenghuni.

Alias berkata, dia sangat kecewa dan dia terus membuat laporan polis dan pihak tribunal mengenai perkara ini.

Tindakan pihak berkuasa

Menurut Presiden bahagian Pembangunan Halalan Toyyiban dan Hal Ehwal Islam, Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail, pihaknya sudah menerima kira-kira 1,500 aduan di Lembah Klang mengenai kes ini.
Beliau juga menjangkakan lebih ramai lagi yang tertipu kerana pihaknya hanya menerima aduan dari pengadu di sekitar Lembah Klang sahaja.

Aziz berkata, ada jemaah umrah dari negeri lain yang membuat aduan mengenai penipuan yang dibuat oleh agensi ini.
“Hasil penipuan ini, agensi ini berjaya mengaut keuntungan hampir RM6 juta,” katanya ketika ditemui selepas menemui mangsa yang ditemui di Kota Damansara, semalam.
Aziz berkata, beliau akan meneliti kes ini dan akan cuba membantu mangsa yang ditipu secepat mungkin.
“Saya berharap agensi ini dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed berkata, beliau mengesahkan bahawa menerima laporan mengenai kes ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berkenaan kes ini dan belum tangkapan yang dibuat setakat ini.

"Kami masih siasat perkara ini," katanya kepada Sinar Harian.
'Saya ada ramai teman lelaki'
'Saya ada ramai teman lelaki'
Antara dua remaja perempuan yang ditahan dalam sekatan jalan raya, awal pagi kelmarin.
KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap. 

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.
Pelaris kedai kopi
Pelaris kedai kopi
Wanita warga asing yang berjaya dicekup di sebuah kedai kopi di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.
PUCHONG – Dengan bayaran RM50, pengunjung sebuah kedai kopi di sini ditawarkan khidmat pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang dijadikan peneman minum selain untuk berpelukkan.

Difahamkan, pengusaha premis juga membenarkan pelanggan membawa pulang gadis warga asing terbabit untuk layanan ekstra sekiranya bayaran ditambah RM50 lagi.

Kegiatan tidak bermoral sejak dua tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan premis bertopengkan kedai makanan terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang , kelmarin.

Pegawai  D7 IPD Serdang, Inspek-tor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan dan intipan, beliau bersama lapan anggotanya melakukan pemeriksaan dan mendapati premis terletak di Jalan Bandar 10 itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Katanya, lima wanita warga Vietnam dan empat warga China berjaya dicekup ketika leka melayan pelanggan masing-masing.

Beliau berkata, wanita terbabit akan melayan pelanggan mereka sehingga mabuk dan mendapat komisen sekiranya menjual lebih banyak minuman keras.

Jelasnya, pengusaha premis bukan sahaja menawarkan minuman keras dan pelayan tetapi bertindak seperti bapa ayam sekiranya ada pelanggan yang mahu membuat hubungan seks dengan pekerja mereka.

“Jika pelanggan mahu layanan ekstra mereka kena ‘deal’ dengan pelayan dan perlu membayar sedikit caj kepada pengusaha premis untuk membawa keluar pekerja mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi, premis ini sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha berdegil dan meneruskan operasi perniagaan haram mereka,” katanya.

Roslin berkata, seorang penjaga premis warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.
Bina hotel guna air 'haram'
Bina hotel guna air 'haram'
Operasi yang dilakukan Span dan SAMB berjaya menemui bukti syarikat kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hotel bajet di bandaraya ini melakukan penyambungan bekalan air secara haram.
BANDARAYA MELAKA - Tindakan sebuah syarikat kontraktor yang disyaki membuat penyambungan secara tidak sah bekalan air bagi kegunaan pembinaan sebuah hotel bajet di bandaraya ini akhirnya terbongkar.

Ia berikutan satu serbuan yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), di sini,  kelmarin.

Menurut Pegawai Undang-undang SAMB, Norzawani Ibrahim, serbuan dilakukan pada jam 10 pagi, diketuai wakil Span Wilayah Selatan, Mohd Hafezee Halim termasuk 10 orang kakitangan SAMB.

Jelasnya, kerja pengintipan penyambungan air haram tersebut telah dilakukan sejak 11 April lalu.

“Hasil siasatan mendapati terdapat unsur penyambungan secara tidak sah berdekatan dengan sambungan bermeter yang dilakukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Namun hasil kecekapan Unit Penguatkuasaan SAMB, satu sambungan haram menggunakan paip jenis High Density Poly Ethlene (HDPE) bersaiz 25 milimeter berjaya dikesan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Seksyen 123, kerana melakukan sambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua duanya.

“Span juga akan menyita paip yang digunakan itu sebagai bukti dan mengeluarkan notis kesalahan kepada kontraktor berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Misteri 12.20 tengah hari
Misteri 12.20 tengah hari
Mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke kiri jalan.
KUALA KANGSAR - Detik 12.20 tengah hari seumpama menjadi satu misteri apabila dua kemalangan maut berlaku pada waktu itu, di kawasan sama pada hari berbeza.

Dalam kejadian terkini, seorang lelaki maut manakala seorang parah apabila motosikal yang mereka naiki terbabas di Kilometer (KM) 257.7 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.20 tengah hari dan penunggang motosikal, Haidir Bakar, 20 maut di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala setelah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya terbabas ke kiri jalan dan turut menyebabkan pembonceng motosikal terbabit, Mohd Fikri Mad Said, 21 parah.

"Hasil siasatan, polis mendapati mangsa merupakan seorang pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Ipoh ke Bagan Serai. Pembonceng yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.

"Mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menetap di Parit Gabis, Bagan Serai, Perak tidak dapat mengawal kenderaan sewaktu tiba di tempat kejadian dan telah terbabas ke kiri jalan," katanya.

Abdul Gaffar berkata, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, dalam kes sebelum ini, seorang lelaki, Su Wai a/l Nai Perm, 33 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke sebelah kiri jalan di KM 258 Lebuhraya Utara-Selatan, Rabu lalu.

Perkara yang menghairankan adalah waktu kejadian dan kawasan adalah sama dengan kejadian kelmarin dan kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.

Kedua-dua mangsa merupakan penunggang motosikal dan membawa pembonceng pada masa kejadian.

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia? Rasul menjawab, Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.“ (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Kelebihan Solat Subuh Berjema'ah


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang solat Subuh berjema'ah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah ta'ala" (HR Ibn Majah)

Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang solat Isya' secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)

Kelebihan Solat Witir

*

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itulah Solat Witir. (HR Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Jadikan penghabisan (penutup) solatmu pada waktu malam dengan solat witir.” (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (HR Muslim).

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Solat witir adalah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami", Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Tidak Dapat Masuk Syurga Jika Tidak Mahu Bayar Hutang

*

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannyad ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.” Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.” Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus? Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)


Ringkasan :

1. Orang yang ada hutang tidak akan dapat masuk syurga.

2. Jangan ada niat untuk TIDAK MAHU BAYAR hutang.



Sumber: http://subhanallahu.multiply.com/journal/item/117

Istidraj



Istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh, termasuk juga sebahagian hamba-Nya yang kafir dan membangkang terhadap Islam. Kelebihan itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan bertambah maksiat kepada-Nya, sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu. Contohnya, kekuasaan dan keunggulan yang diberikan kepada Firaun. Yang mana dengan kekuasaan itu, Firaun tidak bertambah taat kepada Allah. Bahkan makin bertambah derhaka kepada Allah s.w.t, malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan.

Istidraj ialah tindakan maksiat yang Allah balas dengan nikmat dan Allah membuat dia lalai untuk beristighfar, sehingga dia semakin dekat dengan adzab sedikit demi sedikit, selanjutnya Allah berikan semua hukumannya.

Istidraj ialah ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan adzabnya.  

Pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Rupa-rupanya nikmat, kesenangan, kemewahan adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
 
Allah berfirman, “Nanti Kami akan menghukum mereka dengan (istidraj) beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” (Al-Qalam: 44)

Rasullulah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."  Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah, “Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al-An’am: 44) (HR At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Amal Terus Menerus

*
Nabi saw. bersabda, "Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.". (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan terus menerus dan rutin adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi terhenti-henti atau dilakukan sekali-sekala sahaja.

Syaitan kalah dengan orang yang ikhlas.

*

Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)


Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".

Ikhlas

*
Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.

Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.


Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas.
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.


Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)

Riak dan Sum'ah

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (HR Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (HR Ibnu Majah)

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (HR Bukhari dan Muslim) 


Riak ialah menampakan atau memperlihatkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. 

Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Cara penyampaian boleh secara lisan atau tulisan.

Beza antara riak dan sum'ah ialah riak bersangkutan dengan deria mata atau penglihatan, sum'ah bersangkutan dengan deria telinga atau pendengaran.

Riak ialah menampakan atau memperlihatkan.
Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu dengan cara bercakap atau menulis.

Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riya’ ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”

Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”

Dikatakan riak dan sum'ah adalah kerana  niat atau tujuan yang tidak ikhlas,  niat untuk mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Oleh itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahui orang yang riak dan sum'ah.

Ibadah orang yang riak atau sum'ah akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Firman Allah, "Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak." ( Al Ma'un: 4-6)

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)


Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Syirik

*

Firman Allah, "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar". (Luqman : 13)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang sangat besar. " (An-Nisa: 48)

Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah akan mengharamkan baginya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. " (Al-Maidah: 72 )

Dari Abdullah bin Mas'ud r. a. Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa mati dalam keadaan dia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, dia akan masuk neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan: