Ahad, 30 Jun 2013

YANG KAYA KENAIKAN HARGA BARANG MEREKA TAK TERASA SANGAT...BAGAIMANA YANG MISKIN....ATAU YANG BANYAK TANGGUNGAN....DAN ISTERI TAK BEKERJA

Speaker baru hanya gembira 1 minit, terhangat

Harakahdaily, 30 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Speaker baru hanya gembira 1 minit sahaja” bagi minggu ke-26, 2013.

Di tempat kedua pula ialah artikel bertajuk “Annuar diperlekeh kerana cuba ganggu Anwar” yang mengisahkan keghairahan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencelah ketika perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya memakan diri.

Artikel blog “Ini punca Malaysia tak marah jerebu teruk?” pula mendapat tempat ketiga di hati para pembaca Harakahdaily.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 23 hingga 29 Jun

1        Speaker baru hanya gembira 1 minit sahaja

2        Annuar diperlekeh kerana cuba ganggu Anwar

3        Ini punca Malaysia tak marah jerebu teruk?

4        Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

5        Banyaknya bayi dibuang dalam sungai ni...

6        Adun Kuala Besut meninggal, PRK pertama

7        Apa maksud tajuk ini...Asap Kembali ke Tuannya

8        Kenapa Mahathir masih jadi penasihat Petronas?

9        Penjelasan Erra Fazira isu Ustaz Azhar, terhangat

10        Speaker Dewan Rakyat: Pandikar 133 undi, Abdul Kadir 89

Banyaknya bayi dibuang dalam sungai ni...

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 27 Jun 2013


Di China...
Jika buka video di bawah jangan nangis tau..... lihatlah mayat-mayat bayi bergelimpangan di sepanjang tebing sungai..... yang dah reput entah berapa banyak.
Senangnya mereka buang anak... hanya campak dalam sungai.
 
 Penulis blog kontroversi Mutalib MD meninggal dunia
Posted on Sunday, June 30 @ 12:48:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Suasana Politik Malaysia

Rakyat Sabah hari ini dikejutkan dengan berita kematian penulis berani,  Mutalib MD atau Abdul Mutalib Mohd Daud, awal pagi Sabtu (29 Jun 2013).

Beliau diberitakan meninggal dunia pada jam tiga pagi tadi di Kuala Lumpur akibat serangan strok atau angin ahmar.

Jenazah telah diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dibawa ke rumah beliau di Sulaman Kingfisher sebelum dibawa ke Masjid Bandaraya. Selepas itu, jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan pula ke Lahad Datu.

Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang aktivis yang berani dan lantang menyatakan penentangan beliau terhadap pemberian kad pengenalan secara haram dan juga isu-isu berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di Sabah.

Keluarga beliau sebenarnya berasal daripada Kedah dan berhijrah ke Sabah lebih 40 tahun yang lepas ketika beliau masih kecil.

Walaupun dilahirkan di Semenanjung, tetapi, beliau lebih sentimen terhadap isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.

Antara buku yang pernah ditulis beliau adalah IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan 007: Lelaki Malaysia Terakhir.

Walaupun buku-buku yang ditulis beliau disifatkan sebagai penuh kontroversi, namun hingga kini, tiada pihak yang berjaya mengheret beliau ke mahkamah.

Kematian ini disifatkan ramai sebagai suatu kehilangan besar. Pada masa yang sama, kebanyakan hasil penulisan beliau turut dijadikan bahan rujukan oleh sesetengah jabatan kerajaan.

Antara tulisan-tulisan terakhir yang sempat diterbitkan adalah berkaitan dengan isu pencerobohan di Kampung Tanduo dan juga isu Nurul Izzah Anwar yang dilarang memasuki Sabah baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut sempat memberikan keterangan dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menyaman fitnah seorang pemimpin PKR Dr Chong Eng Leong di mahkamah tinggi Kota Kinabalu dua minggu lepas.

Beliau, yang juga merupakan ketua editor portal berita Sabahkini, sepatutnya mengadakan pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah tingkatan enam beliau di SMK Menggatal pada tahun 1982. Pertemuan ini dijadualkan hari ini (Ahad 30 Jun 2013).

Ini blog beliau: mutalibmd.blogspot.com

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com
 
Bila pula Ustaz Zawawi ahli PKR?
Posted on Sunday, June 30 @ 16:42:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: nordinali

"KUALA LUMPUR - PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.

Apatah lagi, ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.

"Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.

"Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.

"... ianya tidak mustahil untuk PR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.

Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.

"Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.

"Sebarang keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR," katanya lagi.

Selain itu, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di negara ini.

Jika apa yang ditulis oleh Sinar Harian benar, rasanya Azmin Ali tersilap fakta. Mungkin dulu apabila majlis Syura PAS menolak Zulkifli Nordin PKR juga tersilap fakta menyangka Zul Kulim itu adalah ahli PKR!

Untuk makluman Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426  manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Nordin
http://nordinali.blogspot.com/
 

Awas, Facebook anda dipantau, cikgu
Posted on Sunday, June 30 @ 15:33:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Malaysiakini

Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.

Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.

Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.

Malaysiakini


 Awang Selamat desak Tony Pua untuk berhijrah jika tidak gembira
Posted on Sunday, June 30 @ 15:28:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Malaysia Insider
Setiap kali berlakunya perbincangan di Malaysia yang tidak menggembirakan media milik Umno, ia akan berakhir dengan: berhijrahlah ke Taiwan, Hong Kong, China, India jika tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Malaysia.

Sasaran terbaru adalah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua. Awang Selamat, nama samaran bagi pengarang Mingguan Malaysia edisi Ahad Utusan Malaysia telah menyertai kontroversi Jonker Walk di Melaka.

Akhbar tersebut menuduh media Cina dan badan bukan kerajaan salah tafsir apa yang ingin dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron. Mereka mengatakan Idris tidak pernah mengarahkan jalan itu ditutup kepada trafik.

Ketua Menteri Melaka itu juga menafikan peniaga-peniaga di Jonker Walk diarahkan untuk menghentikan operasi.

Ahli-ahli politik DAP dan MCA mengecam langkah untuk menutup jalan itu dan menghalang peniaga untuk membuka kedai mempercayai ini adalah balasan kepada masyarakat Cina kerana mengundi pembangkang.

Pua turut menyelar Idris kerana kenyataannya yang berbeza-beza mengatakan beliau mempunyai memo dikeluarkan oleh Datuk Bandar – dihantar kepada peniaga di Jonker Walk mengatakan mereka tidak boleh mendirikan gerai sepanjang jalan itu.

Awang Selamat menyerang kembali Pua. Awang Selamat mengatakan ahli Parlimen DAP itu dalam memperjuangkan peniaga Jonker Walk telah mmenyinggung hati umat Islam apabila mencadangkan Pasar Ramadan ditutup kerana menyesakkan lalu lintas.

 “Beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwanya menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tony juga mungkin mengambil mudah kesabaran orang Islam, yang ada batasnya.

Nasihat Awang, jika beliau tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan di negara ini, elok sahaja beliau berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong,” kata penulis itu.

Mingguan Malaysia dilihat menggunakan komen Pua yang diberikan kepada pemberita di lobi Parlimen di luar konteks.

Beliau berkata jika kesesakan lalu lintas dijadikan rasional penutupan Jonker Walk, maka pasar malam, pasar tani dan pasar Ramadan di seluruh negara perlu ditutup kerana turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Utusan Malaysia dan edisi Ahadnya, Mingguan Malaysia, pada masa lalu juga pernah menggesa pemimpin parti pembangkang dan aktivis Bersih untuk meninggalkan negara ini kerana menentang penipuan pilihan raya dan isu-isu panas lain. - 30 Jun, 2013.

Malaysia Insider


 GEMPAR!! Najib Bagi Biasiswa Pada Warga Afrika?
Posted on Sunday, June 30 @ 12:23:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"

Dalam usaha terbaru Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis makan malam Rakan Bestari Global di Dar Es Salamm, Tanzania.

Beribu-ribu tahniah...
Yang mana anak melayu yg takder duit nak belajar.. pi masuk hutan!!
Kita tak perlukan anak melayu yang malas.. miskin harapkan bantuan kerajaan!!!

Info terbaru layari IniKalilah... "


 Ramainya yang susah keliling kita tapi kita masih berseronok dan mengeluh
Posted on Sunday, June 30 @ 12:19:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Kekadang kita tersentuh apabila di dalam media didedahkan kesusahan mereka yang dibelenggu kemiskinan, mereka yang dilanda konflik seperti umat Islam di Myanmar, Syria, Gaza. Tersentuh hati kita membaca dan menonton laporan berita tadi.

Memang baik kita ambil berat mereka yang memerlukan bantuan. Tapi disebabkan kesibukan kita entah dengan apa-apa, kita terlepas pandang bahawa ada saudara mara kita dan jiran tetangga kita yang susah.

Semalam saya sekeluarga melawat dua pupu sebelah emak yang kemalangan motosikal. Agak parah kemalangannya, dia telah menjalani pembedahan kepala untuk mengeluarkan darah beku. Hampir separuh kepalanya dibedah dengan lebih 40 jahitan, kini dia tiada lagi tempurung kepala. Beliau baru semalam keluar hospital dan kini sedang menjalani proses pemulihan di rumah yang doktor kata perlu masa setahun untuk pulih, tetapi tidak seperti asal.

Dua pupu ini dari golongan yang susah, bekerja biasa saja. Saya berharap saudara mara saya sebelah emak dapat menziarahi dua pupu saya ini dan membantu ikut kemampuan masing-masing, kalau tak dapat membantu dari segi kewangan, ziarah pun sudah cukup. Kerana apabila kita ziarah mereka yang sakit, beribu-ribu malaikat bersama kita.

Malamnya setelah selesai menghadiri sesi taklimat isu jenayah semasa oleh pihak polis, saya bertanyakan kepada jiran saya, hari tu dia kata jirannya dalam kesusahan, perlukan tandatangan nazir masjid untuk dapat bantuan Baitul Mal kerana anak lelakinya yang berusia 1 tahun lebih kini ICU di Hospital Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung dan paru-paru.

Jiran dia tadi hanya bekerja sebagai pembantu kedai di taman perumahan berhampiran. Isterinya surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di perumahan kos rendah dan mempunyai seorang lagi anak perempuan 4 tahun. Siapa yang tak sayang anak. Jiran dia tadi semenjak anaknya terlantar sakit dia terpaksa berulang alik dari Seremban ke KL menaiki motosikal bersama isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun. Dia terpaksa berhenti 5 kali dalam perjalanan kerana anaknya yang 4 tahun tadi tertidur ketika dikendong isterinya.

Disebabkan dia tidak dapat bekerja sepenuh masa sekarang ini, jiran dia tadi tidak dapat menjelaskan pelbagai bil, dan terpaksa berhutang dengan majikannya untuk keperluan hidup. Saya maklum kepada jiran saya, kalau jiran dia tadi pulang supaya dapat maklum supaya kita boleh bantu apa yang boleh sementara menantikan bantuan Baitul Mal atau JKM.

Sekali lagi, saya menyerulah kepada jiran-jiran saya yang berkemampuan dari segi kewangan agar dapat membantu jiran kita ini. Kalau tak mampu bantu dari segi kewangan, kita ziarahlah kalau mampu pergi ke HKL, kalau tak mampu kita berdoa agar Allah memudahkan urusan jiran kita yang kesusahan ini serta membuka pintu hati jiran kita yang lain untuk membantu.

Jadi kepada kita yang rasa selesa, atau rasa susah, atau rasa gundah gulana. Jenguk-jenguklah, cari-carilah saudara mara kita, jiran tetangga kita yang jauh lebih susah daripada kita.

Semoga ianya mendatangkan keinsafan kepada kita semua agar kita sentiasa bersyukur dan bertaubat."


 Rakyat Perlu Tahu: Apa ada dengan TPPA?
Posted on Sunday, June 30 @ 12:07:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: voice

"TPPA - Perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement

Walaupun secara zahirnya berkisar mengenai perdagangan, perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) mempunyai kesan yang menjangkau lebih daripada konteks perdagangan barangan dan perkhidmatan. Ini akan memberi kesan kepada masa depan kesihatan, sosial, ekonomi, politik, sivik, pendidikan dan budaya yang melibatkan 28 juta rakyat Malaysia.

Malaysia pada waktu ini sedang berunding mengenai TPPA bersama-sama Amerika Syarikat serta 9 buah Negara lain untuk membuka kerjasama ekonomi rantau Asia-Pasifik dan merubah cara kawalan perdagangan dan pelaburan di rantau ini. Negara-negara yang mengambil bahagian dalam perundingan TPPA ini adalah Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, dan Vietnam.

Mereka ingin memeterai dan menandatangani perjanjian ini pada Oktober 2013! Jadi, apa sebenarnya yang bermasalah dengan TPPA?

Membiarkan rakyat di dalam Kesamaran

Rundingan dan teks perjanjian (dokumen yang digunakan dalam proses rundingan) adalah rahsia, dan kesemua kerajaan TPPA telah bersetuju untuk terus menjaga kerahsiaan teks-teks rundingan tersebut sehingga tempoh empat tahun selepas daripada perjanjian itu ditandatangani secara rasmi.

Ini bermakna, katakanlah mereka menandatangani perjanjian ini pada peghujung tahun 2013, tempoh yang paling awal bagi sekalian rakyat untuk kesemua sebelas negarayang mana pemimpin mereka menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak diri merekaboleh menyemak cara rundingan itu dijalankan pada lewat tahun 2017 atau awal 2018(ataupun jika rundingan tersebut gagal).

Seolah-olah mereka memberitahu rakyat Malaysia,” Kami telah menulis perjanjian ini bagi pihak anda. Usah risau, kerana kami telah membuat draf ini dengan mempertimbangkan segala kepentingan dan kebajikan anda. Namun begitu, anda tidak dibenarkan tahu apa yang kami tulis, anda hanya boleh berbuat demikian SELEPAS kami tamat rundingan bagi pihak anda, dan anda tidak boleh tahu bagaimana kami membuat rundingan mengenai isi-isi perjanjian dan bagaimana ianya akan dijalankan, sehinggalah EMPAT TAHUN selepas dikuatkuasakan.”

Mahukah dokumen seperti itu ditandatangani bagi pihak anda? Apakah anda tidak mahu menggunakan hak anda untuk melihat draf dokumen tersebut? Untuk menentang perkara-perkara yang anda rasa tidak berapa menyenangkan? Ataupun menolak perjanjian itu sekaligus, kerana menyalahi kepentingan dan kebajikan anda?

Pelabur-pelabur Asing Boleh Menyaman

Terdapat beberapa cadangan untuk mengenakan sistem Investor-to-State Dispute Settlement(ISDS), yang mana akan membolehkan para pelabur asing untuk menyaman mana-mana kerajaan yang menandatangani TPPA untuk apa-apa jenis tindakan -– walaupun tindakan tersebut dilakukan atas alasan untuk melindungi atau mempromosikan pendidikan, kebajikan masyarakat, mahupun alam sekitar sekiranya tindakan itu dilihat mengancam hak para pelabur.

Pelbagai kes membuktikan bahawa perkara ini tidak mustahilmalah telah pun berlaku : sebagai contoh, setelah Kanada mengharamkan penggunaan methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl(MMT) kerana wujud kebimbangan mengenai bahaya penggunaannya terhadap masyarakat, kerajaan Kanada telah disaman oleh pembuat MMT tersebut Ethyl Corporation di tribunal antarabangsa, dan seterusnya terpaksa membayar wang pampasan kepada syarikat terbabit dan menarik semula pengharaman tersebut. Jumlah pampasan yang paling besar yang diketahui secara umum setakat ini adalah terhadap Ekuador iaitu sebanyak USD 2.4 Billion!

Tambahan lagi, piagam pelaburan akan memberi kuasa yang lebih kepada syarikat-syarikat asing untuk menghiraukan dan mengatasi badan kehakiman dan undang-undang domestik serta sistem parlimen di Malaysia , Perlembagaan Persekutuan dan juga pembahagian kuasa yang unik dan bersejarah antara kerajaan persekutuan dan negeri di Malaysia yang telah pun dibangunkan setelah beberapa dekad. Peruntukan yang lain pula boleh mengekang keupayaan kerajaan untuk mengimbangi kepentingan masyarakat dan hak kemanusian terhadap kepentingan syarikat-syarikat swasta.

Ubat-Ubat yang Lebih Mahal

Sebanyak 80% ubat-ubat yang digunakan oleh rakyat Malaysia merupakan ubat-ubatan generik, yang jauh lebih murah dan bersifat mampu-milik berbanding ubat-ubatan yang ‘asli’ dan yang telah dipatenkan. Sebagai contoh, di Malaysia, ubat-ubatan yang dipatenkan boleh menjadi 1055% lebih mahal dari ubat-ubatan generik yang sama sifatnya. Kerajaan Malaysia sudah pun menyediakan perlindungan yang sewajarnya untuk kajian-kajian serta produk-produk syarikat farmaseutikal, yang mana kerajaan cuba mengimbanginya dengan keperluan untuk akses kepada ubatan yang mampu milik.

Sekiranya termeterai TPPA, akses kepada ubat-ubatan mampu milik dan ‘life-saving’ untuk berjuta-juta orang akan terancam, kerana perjanjian ini memberi perlindungan yang lebih tinggi kepada paten dan data klinikal untuk syarikat-syarikat gergasi farmaseutikal, lantas menyukarkan syarikat generik untuk menghasilkan ubat generik yang mampu-milik, malah melambatkan serta menyekat akses kepada ubatan generik. Semua ini tidak mustahil melalui cadangan-cadangan yang berikut:

  • PERLINDUNGAN PATEN YANG LUAS yang meliputi segala bentuk baru, kegunaan dan kaedah untuk menggunakan bahan-bahan yang diketahui. Piawaian paten yang rendah ini akan meluaskan lagi monopoli farmaseutikal untuk variasi kecil untuk produk-produk lama, termasuklah untuk yang langsung tidak diketahui kemujarabannya.(?)

  • MELANJUTKAN TEMPOH PATEN yang menjangkau sehingga 20 tahun lamanya untuk satu-satu paten

  • RANGKAIAN PATEN yang menyekat pendaftaran ubat-ubatan generik, justeru membuka ruang kepada penyalahgunaan akta.

  • MENYINGKIRKAN PEMANTAU yang memantau sebarang penyalahgunaan paten

  • SYARAT PROSEDUR YANG BERAT SEBELAH yang menganggap mempersoalkan paten adalah sah, dan mengira kerugian berdasarkan taksiran pemegang paten

  • HAK EKSKLUSIF DATA yang menghalang pihak kesihatan yang berautoriti untuk bergantung kepada mana-mana data ujian klinikal untuk mendaftarkan versi generik sesuatu jenis ubatan

  • UKURAN SEMPADAN yang boleh menjurus kepada perampasan ubatan generik yang tidak berasas.
ANCAMAN TERHADAP UBATAN GENERIK

Untuk tahun 2004, kos bulanan yang diperlukan untuk merawat seorang pesakit HIV dapat dikurangkan dari RM1200 setiap pesakit kepada hanya RM200 hingga RM220 setiap persakit, ini dapat dijalankan dengan menggantikan ubatan paten kepada ubatan generik. Secara tidak langsung, jumlah pesakit yang dapat dirawat meningkat kepada 4000 orang berbanding hanya 1500 orang pesakit sebelumnya. Bayangkan dengan pelaksanaan TPPA, bekalan ubatan generik yang lebih murah ini akan terjejas. Dan segala manfaat ini tidak lagi dapat diperoleh

Akses kepada maklumat yang terhad

TPPA juga boleh melanjutkan tempoh berkuatkuasa hakcipta melebihi tempoh 50 tahun selepas kematian pematennya (sehingga tempoh 120 tahun, sekiranya cadangan Amerika Syarikat diterima). Ini akan memberi kesan kepada program pendigitalan di perpustakaan, yang boleh menyebabkan banyak hasil kerja yang telah digitalkan untuk akses orang awam dibuang dari simpanan data, menghadkan penggunaan semula atau penggunaan kerja yang sepatutnya bebas dari hakcipta;

Meningkatkan harga barangan perpustakaan; sekaligus kepada pengurangan pembelian barangan oleh perpustakaan. Bukan sahaja perpustakaan yang akan menerima kesannya, malah yang turut terjejas sammenjurusa adalah orang awam serta para pelajar, misalnya mereka yang mahu membuat salinan fotokopi untuk buku teks. Tuntasnya, akses langsung rakyat Malaysia untuk informasi serta ilmu pengetahuan itu sendiri akan terjejas, dan ini sudah tentu akan memberi implikasi buruk kepada sektor penyelidikan dan pendidikan negara.

Menghadkan kebebasan internet

Pembekal perkhidmatan Internet (ISP) mungkin boleh menghalang pengguna daripada mengakses internet kerana melanggar peraturan hak cipta

Jangan biarkan mereka menggadaikan masa depan anda
Perundingan TPPA ini mencadangkan beberapa usul yang mana akan memberi kesan buruk kepada ubat-ubatan mampu milik, pemuliharaan alam sekitar dan juga kemampuan untuk mengurus pelbagai bidang yang melibatkan kepentingan orang awam, malah ini akan menguatkan kuasa gergasi korporat serta kepentingannya tetapi dalam masa yang sama menjejaskan kepentingan kita sebagai rakyat.

Marilah bersama-sama bersolidariti dengan rakyat yang lain, serta sebarang gerakan yang menuntut hak mereka untuk hidup, kesihatan, mata pencarian, keadilan, kesaksamaan, makanan, alam sekitar, maklumat dan sistem tradisi kehidupan daripada didobrak oleh TPPA

Usah bertangguh, lakukan sesuatu SEKARANG! jangan tunggu sehingga tanah air kita serta hidup rakyat Malaysia ini rosak
  • Kaji perkara ini lebih mendalam! Untuk sebaranng informasi mengenai TPPA, sila layari www.ftamalaysia.org

  • Sertailah gerakan di seluruh Negara yang menolak TPPA

  • Hubungi ahli parlimen kawasan anda untuk menyeru mereka agar mendesak untuk mengeluarkan teks perjanjian ini

  • Tulis kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Mohd najib untuk menyatakan bahawa sebagai rakyat malaysia menolak perjanjian ini

  • Anda juga boleh menurunkan tandatangan anda di petisyen ini: gopetition.com Suspend- TPPA and EU Malaysia FTA Talks

  • Anda juga boleh sertai Facebook Group FTA - Facebook - Groups FTA Malaysia/
Tanah Airku bukan untuk dijual!
Jangan Biarkan TPPA Merosakkan masa depan kita


Dialih bahasa oleh: Awan Putih
artikel asal oleh Consumer Association of Penang boleh diakses melalui pautan ini (klik sini)

Sumber dari blog: caknaanakperantau.blogspot.co.nz"

Tiada ulasan: