Selasa, 25 Jun 2013

IMAN PUN ADA PASANG SURUT....INI PULA SEMANGAT

Tidakkah SPR khianati amanah Agong?
Posted on Tuesday, June 25 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Subky Latif

TIDAK dipastikan apakah rakyat bertambah celik atau kian mundur kerana banyak aduan dan protes tentang orang itu menghina raja dan orang ini mengkhianati raja.

Itulah demokrasi kita bertambah banyaknya orang yang mendakwa peka tentang kesetiaan kepada raja.

Anak yang beradab dan bijak tidak menghebohkan adik beradiknya menderhaka kepada bapanya, kerana ia boleh mengaibkan bapanya sekalipun bapa itu terkenal beramal soleh. Anak yang bijak tadi menyorokkan keburukan itu supaya ayahnya tidak malu.

Begitu juga tidak bijaknya masyarakat yang setia kepada raja menghlebohkan orang itu melawan raja dan orang ini derhaka, kerana ia akan menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah jadi dengan rakyat dan apa sudah jadi dengan raja? Apa sudah jadi pada orang Melayu?

Dalam yang panas tentang pengkhianatan ini orang heboh dengan apa yang dikatakan kepincangan SPR melaksanakan tugasnya.

Antara PRU12 hingga PRU13, terdapat sekurang-kurangnya tiga kali tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur membantah perjalanan SPR. Setiap unjuk rasa melibatkan ratus ribu orang. Semuanya menyoal kebebasan dan kebersihan SPR melaksanakan pilihanraya yang bebas dan bersih.

Bahkan selepas PRU13, SPR sedang dibicarakan oleh rakyat betapa ia dikatakan telah melakukan penipuan dan mengkhianati keputusan pilihan raya. Siri Gelap (Black) 505 berlangsung di setiap negeri mempersoal  kejujuran SPR dan pemimpin-pemimpinnya.

51 peratus pengundi popular merasa mereka telah ditipu dan dikhianati.

Persepsi umum sejak sekian lama sejarah pilihanraya penipuan telah berlaku. Penyelewengan itu tidak pernah dipersoal sepanas yang terjadi selepas PRU 505 itu. SPR didakwa umum mengkhianati amanah yang diberi kepadanya.

Ia tidak melaksanakan  dengan telus, adil, bebas dan bersih.

Siapa yang memberi amanah kepada SPR? Ialah  Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong yang membentuk suruhanjaya itu  dan bagindalah yang perkenan melantik Pengerusi dan lembaganya.

Amanah yang diberikan kepadanya ialah jadilah ia suruhanjaya yang bebas, bersih, adil  dan telus.

Tetapi adalah SPR sudah melaksanakan amanah yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong itu? Jawabnya ialah ia meragukan. Persepsi semua ialah ia tidak bebas dan ia penuh dengan penyelewengan.

SPR mengikut kata setengah penyokong UMNO yang buta pentadbiran berkata, SPR dibayar gaji oleh kerajaan, maka ia mesti patuh kepada kerajaan yang ada. Maka ia mesti  dengar apa saja yang dihendaki oleh kerajaan.

Maka dengan ini SPR telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, menjalankan tugas seperti lain-lain badan di JPM, patut  dengan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Lalu SPR dilihat seperti satu biro dari UMNO dan BN.

Setiap Perdana Menteri mahu SPR jadi begitu, bekerja untuk kepentingan dan kekuasaan UMNO, tanpa mengira amanah yang diperi oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tiada Presiden UMNO mahu SPR bebas dari pengaruhnya. Dengan PM berbuat begitu, menjadikan SPR tidak bebas dan tidak menjalankan amanahnya, maka yang memalsukan amanah Agong itu mulanya PM sendiri dan selepas itu SPR yang patuh keapda tekanan PM dan UMNO.

Tidakkah memalsukan amanah Agong itu tidak dianggap mengkhianati Agong? Apakah ia tidak menderhaka dan apakah ia tidak menghina institusi raja-raja?

Pakar undang-undang dan perlembagaan mesti tampil memberi huraian, tidakkah SPR sudah mengkhianati raja. Walaupun mereka  tidak tunjukkan mereka menentang raja, dengan tidak amanah kepada amanah raja, adalah pengkhianatan kepada raja dan perlembagaan. Bolehkan Peguam Negara bersetuju dengan tafsir itu dan melakukan pendakwaan?

Sumber: Harakahdaily


  Tutup pasar Jonker Street, UMNO besar kepala
Posted on Tuesday, June 25 @ 14:19:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Roketkini

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi.

Demikian ulas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua yang menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan.

“Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu.

“Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang,”katanya dalam satu siaran media.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu.

“Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” ulas Pua.

Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN ini adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan “1Malaysia” seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Tetapi kita telah diperlihatkan wajah 1UMNO yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja,” ujar beliau.

Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata “kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira.”

Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana “mengikut kehendak orang ramai.”

“Persoalannya kini, adakah pasar di Petaling Street juga akan menjadi mangsa politik jahiliah UMNO akibat kecewa dalam PRU13 yang lalu?” Soal Pua.

“Dalam pada kerajaaan PR membantu dan berkhimat kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahu pun fahaman politik, kita telah menyaksikan kegelojohan BN memangsakan hidup dan periuk nasi rakyatnya.

“UMNO telah tunjukkan taring perkaumannya dan kita seluruh rakyat perlu menghentikan penularan wabak ini,” kata Pua.

Sehingga kini, Perdana Menteri , Najib Razak masih belum memberikan komen beliau berhubung penutupan pasar malam Jonker Street.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa janjinya untuk berpegang pada prinsip 1Malaysia adalah sia-sia dan palsu belaka.

Roketkini.com


 Masalah jerebu dedahkan kelemahan kita mengurus bencana
Posted on Tuesday, June 25 @ 13:54:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Kita di sini termasuklah pemimpin, kerajaan dan rakyat, tak kiralah parti apa sekali pun. Masalah jerebu yang melanda negara membuka pekung di dada kita semua. Nak isytihar darurat di Muar, kita kena tunggu Indeks Pencemaran Udara yang dibuat 3 kali sehari pada jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang. Sedangkan di negara barat walaupun tiada jerebu mereka diwajibkan untuk membuat bacaan IPU setiap jam.

AS baru nak buat bacaan setiap jam atas permintaan orang ramai, bukan sebagai SOP atau bukan sebagai peraturan dari mana-mana akta sedia ada. Betapa tidak prihatinnya kita dari rakyat sampailah ke pemimpin tertinggi negara masalah alam sekitar.

Untuk mengurangkan pencemaran udara bukan setakat tidak membakar sampah dan tidak merokok tapi banyak perkara lain perlu dilakukan.

Adakah kita selalu servis kenderaan kita supaya ekzos tidak berasap? Adakah kita mengamalkan kitar semula apabila buang sampah di rumah, asingkan yang botol, plastik, kertas, supaya pekerja yang kutip sampah boleh jual semula sampah ini untuk duit tambahan mereka dalam pada masa yang sama mengurangkan sampah yang tidak dikitar semula?

Apa pula SOP untuk Darurat Jerebu? Semua kilang, kedai, restoran tutup? Tiada siapa boleh berada di stadium, padang bola, konsert? Tidak boleh pergi masjid, surau? Apa hukuman mereka yang melanggar perintah darurat? Siapa pula yang akan menguatkuasa perintah darurat ini, polis, tentera, bomba, penguatkuasa PBT?

Ini baru Darurat Jerebu, belum lagi Darurat Nuklear, Darurat Gas Beracun dan sebagainya yang kita mohon pada Allah agar dijauhkan.

*******************

How are fine particles measured?

Every hour of every day, air quality is being measured around the country by automated continuous monitors. This is because the UK Government is legally required to measure air pollution by the European Union. The EU, through legislation called Directives, requires the countries of Europe that are members to measure and improve air quality.

In the UK the most common way of measuring PM10 and PM2.5 automatically is to use an analyser called a TEOM (Tapered Element Oscillating Microbalance).

Air is sucked in through a sampling head, which is designed to stop large particles entering the device (for instance a PM10 sampling head will only allow particles with a diameter less than or equal to 10 microns). Some of the air then passes through the device and onto a filter that sits on a vibrating quartz rod (this is the oscillating microbalance part).

*******************

Jerebu: JAS Akan Kemas Kini Bacaan Kualiti Udara Setiap Jam
Jun 25, 2013 MYT 10:49:00 AM

PETALING JAYA: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akan dikemaskinikan setiap sejam.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan berkata, bacaan itu akan boleh didapati di laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan akan dibuat untuk paparan di portal JAS tidak lama lagi.

“Kami akan memaklumkannya setiap jam berikutan permintaan orang ramai,” katanya.

http://care4air.org
www.mstar.com.my"



Piala FA: Tiket habis, 2,000 penyokong merusuh
Piala FA: Tiket habis, 2,000 penyokong merusuh
Kelihatan penyokong beratur untuk mendapatkan tiket sejak awal pagi. – Foto Sinar Harian oleh ROSALWANI CHE SOH
KOTA BHARU - Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter tiket seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap pada Sabtu ini.

Tindakan terbabit menyebabkan pintu masuk orang kenamaan (VVIP) turut mengalami kerosakan akibat dirempuh sekumpulan penyokong.
Pemerdagangan Orang: Kedudukan Malaysia masih sama
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai Perdagangan Orang telah berada di tahap 2 (Tier 2 Watchlist) sejak empat tahun berturut-turut.

Menurutnya, kedudukan negara kekal di tahap tersebut kerana mempunyai pelan tindakan yang konkrit "Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang" bagi tahun 2013-2014.

Beliau juga berkata, kerajaan sentiasa melakukan usaha secara berterusan bagi mempertingkatkan inisiatif nasional untuk membanteras jenayah khususnya dari aspek penambahbaikan kepada elemen perlindungan mangsa kes tersebut.

"Kita telah berada di tahap ke-2 secara automatik dan diberi pengecualian daripada letak di tahap ketiga kerana usaha yang telah dilakukan kerajaan.

"Kita juga akan terus memastikan keadaan tersebut berterusan dengan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang digariskan dalam pelan lima tahun tersebut dan projek rintis akan dilaksanakan pada Oktober depan," katanya pada sidang media, hari ini.
Di mana Azmin Ali?
Azmin Ali
Azmin Ali
WALAUPUN hadir memberikan sokongan kepada himpunan Black505 semalam, menjadi tanda tanya apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak mengambil bahagian di pentas ceramah di Padang Merbok.

Azmin antara pemimpin PKR yang lantang berhujah di pentas-pentas ceramah, namun ketiadaan beliau di pentas berkenaan, menimbulkan sedikit perasaan hairan.

Adakah ini suatu petanda bahawa Azmin cuba mengasingkan diri atau sudah disisihkan oleh PR?

Menerusi laman mikro Twitter miliknya semalam, Azmin menulis, "saya dan YB Khalid Samad sekarang menghala ke Padang Merbok, "peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. Laungan SPR letak jawatan bergema!".

Sementara menerusi posting di blognya tertulis, "sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor. Kumpulan berkenaan dikawal oleh Unit Amal Pas, dan diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Azmin Ali kemudian bersantai di tengah padang bersama rakyat di bawah cuaca panas dan jerebu dari jam 2 petang sehingga jam 5 petang".

Namun, Azmin - seperti kelazimannya akan menyampaikan sepatah dua kata di pentas ceramah, tidak berlaku semalam.

Walhal, pentas itu semalam sewajarnya digunakan beliau untuk mengembalikan 'populariti' yang kian hari kian pudar dek kerana pelbagai kontroversi yang muncul.

Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh sebilangan penyokong pembangkang sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan.

"Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya.

Malah kontroversi Azmin membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, dakwaan amalan nepotisme dalam PKR bukan lagi rahsia.

Namun apa yang berlaku semalam, pandangan mata kasar penulis, Azmin seolah-olah 'dipulau' kerana kelantangannya mengkritik kredibiliti kerajaan Negeri Selangor.

Terbaru, beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu.

Maka tidak hairanlah himpunan Black505 kali ini seolah-olah memandang sepi akan kehadiran Azmin Ali.

Tiada ulasan: