Bos SPR akui kecewa dengan dakwat kekal
Harakahdaily, | 17 Jun 2013 |
Bercakap dalam satu temubual khas dengan Sinar Harian, bos SPR itu mengakui isu dakwat kekal merupakan perkara yang paling menyedihkan dalam hidupnya.
"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya yang dipetik akhbar bahasa Melayu itu.
Bagaimanapun dalam temubual itu, tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa isu dakwat kekal tersebut menjadi perkara yang mengecewakan beliau.
Sebelum PRU13 berlangsung, SPR beberapa kali meyakinkan semua pihak khususnya rakyat bahawa dakwat yang bakal digunakan untuk pilihan raya lalu itu akan kekal sekurang-kurangnya mampu bertahan selama satu minggu.
Keadaan mula menjadi ribut apabila dakwat yang digunakan oleh pengundi awal pada 30 April lalu dilaporkan boleh tanggal selepas dibasuh, sekaligus menyangkal dakwaan SPR bahawa ianya mampu kekal 7 hari.
Bermula dari itu, krisis keyakinan mula timbul terhadap SPR berhubung isu dakwat itu ditambah lagi dengan penjelasan yang disifatkan berbeli-belit yang dibuat oleh SPR untuk menjustifikasikannya.
SPR mendakwa kejadian dakwat yang mudah tanggal itu kerana petugas SPR tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat tersebut.
Selepas daripada itu, timbul pula penjelasan kedua bahawa kandungan Argentum Nitrat (Perak Nitrat ataupun Silver Nitrate) di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Pengurangan itu dikatakan punca kenapa dakwat itu boleh tanggal selepas dibasuh.
Sehinggalah pada hari mengundi pada 5 Mei lalu, ianya menyaksikan pelbagai pihak tampil membuat aduan polis mendakwa sememangnya dakwat yang dicalit sewaktu membuang undi, boleh tanggal dan tidak kekal.
Saya akan lompat meja jika...
Mohd Sabri Said, | 17 Jun 2013 |
(Kampus tetap KUIN yang terletak di Kuala Ketil yang dibina dengan belanja lebih RM330 juta)
TASEK GELUGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kuala Ketil, Cikgu Zuki Mohd Yusuf (gambar bawah) sanggup 'lompat atas meja' pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah sekiranya kerajaan negeri bertindak menjual Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada masa depan.
Menurutnya lagi, KUIN harus menjadi kebanggaan kerajaan negeri tidak kira siapa yang memerintah kerana di situlah hak pendidikan yang harus dijagai sampai bila-bila.
Sekarang ini, timbul kemungkinan kerajaan negeri Kedah yang baru tidak akan mengambil tanggungjawab untuk mempertahanakan pendidikan tambahan lagi ianya diasaskan oleh PAS.
"Saya akan jadi Adun pertama menentang penjualan KUIN sebab KUIN amat bermakna bagi kita dan rakyat Kedah terutamanya," tegas beliau.
Semasa Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, tumpuan diberikan untuk membangunkan bidang pendidikan sehingga menjadi satu masalah kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau yakin BN tidak akan duduk diam sebaliknya tetap menentang semua projek yang dilaksanakan oleh PAS walaupun ianya merupakan hak rakyat.
Isunya kenapa SPRM tidak bertindak ke atas Nadzri?
Harakahdaily, | 17 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu untuk menyuruh
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengeluarkan
satu-satu pegawai penyiasatnya Mohd Nadzri Ibrahim daripada menyiasat
kematian dalam tahanan.
Namun, yang menimbulkan persoalan adalah apakah tindakan yang diambil oleh SPRM ke atas pegawainya itu.
“Ini bukan caranya untuk SPRM untuk berbuat demikian," kata Lim Kit Siang.
"Tetapi Nadzri yang tidak sepatutnya dipinjamkan SPRM ke EAIC dan menjadi ketua penyiasat,” kata penasihat DAP Lim Kit Siang.
Lim turut berkata tindakan SPRM mengarahkan EAIC untuk mengeluarkan Nadzri hanya semata-mata untuk mengelakkan kontroversi kematian Teoh Beng Hock dibuka semula.
“Sepatutnya, SPRM perlu menjelaskan mengapa tiada tindakan disiplin terhadap Nadzri semasa RCI Teoh Beng Hock telah membuat komen buruk mengenai kredibiliti dan integriti Nadzri serta peranannya dalam kematian misteri Beng Hock,” kata ahli parlimen Gelang Patah itu.
Nadzri merupakan salah satu pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan sebelum kematian Teoh di bangunan SPRM di Shah Alam pada 16 Julai, 2009.
“Rakyat Malaysia berhak tahu secara penuh apa yang SPRM telah lakukan untuk menghukum Nadzri dan pegawai SPRM yang lain yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Teoh dengan kerakusan salahguna kuasa,” tegas Lim.
Dalam pada itu, banyak pihak meminta agar SPRM atau mana-mana pihak yang berkaitan menjelaskan isu ini segera isu ini dengan jelas sebelum ia menjadi semakin besar dan merebak di luar kawalan.
Ini kerana, jika ia dibiarkan mungkin ada mereka yang tidak bersalah akan terfitnah dengan perkembangan yang berlaku ini.

Sultan yakin MB baru teruskan Kelantan berkat
Salmah Mat Husain, | 16 Jun 2013 |
KOTA BHARU: Sultan
Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, mengucap tahniah pada Kerajaan Kelantan
kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan di negeri ini pada PRU13
lalu.
Pada masa yang sama juga baginda mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
“Beta juga mengucapkan tahniah keada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian kerana berjaya dalam PRU lalu.
“Beta menyeru ahli-ahli berhormat dapat membalas kepercayaan rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggungjawab dan saksama,” titah baginda lagi.
Baginda juga turut menyatakan keyakinan Menteri Besar Kelantan yang baru dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan berlandaskan wawasan kerajaan negeri yang makmur, berkat dan berkebajikan.
Titah baginda dalam tempoh 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah ulama, telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran dan program termasuk pembelajaran berterusan.
“Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan, pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh anggota perkhidmatan awam negeri,”titah baginda lagi.
Terdahulu baginda telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena pembukaan istiadat itu.
21 das tembakan meriam kedengaran di sepanjang perjalanan istiadat pembukaan dan perbarisan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan menyambut keberangkatan tiba Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.
Hadir sama pada majlis perasmian itu, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, Datuk Norzula Md Diah dan Adun-Adun yang lain.
Dua Adun mengangkat sumpah hari ini iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) dan Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan