Beku lesen: DBKL boleh contohi Selangor
Harakahdaily, | 20 Jun 2013 |
“Pembekuan ini dilihat sebagai usaha membendung penyalahgunaan premis tersebut sebagai tempat perjudian,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.
Akhir-akhir ini, ujarnya premis-premis pusat siber tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Menurutnya, pusat-pusat siber dilihat beroperasi dengan cara yang agak meragukan kerana ada di antaranya melebihi waktu operasi yang dibenarkan dan di sebalik cermin yang gelap.
Beliau berkata, selain dari menawarkan khidmat layaran internet, ada di kalangan pusat siber ini beroperasi hanya untuk menawarkan khidmat permainan komputer semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Namun apa yang lebih membimbangkan lagi, ujarnya ialah pusat-pusat siber menjadi pusat perjudian haram berselindung di sebalik cermin-cermin gelap dan mereka ini turut membenarkan pelajar-pelajar sekolah masuk.
Katanya, walaupun syarat lesen pusat siber ini tidak membenarkan premis menggunakan cermin gelap dan beroperasi tidak lebih dari jam 12 tengah malam, namun masih banyak lagi pusat siber yang berbuat demikian.
“Ketegasan daripada pihak penguasa DBKL amatlah ditagih dalam membendung aktiviti yang tidak bermoral ini,” katanya lagi.
DPPWP juga, ujarnya ingin menyarankan kepada pihak DBKL agar turut mengambil langkah yang sama terhadap pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang melata di ibu negara bertujuan bagi membendung aktiviti yang tidak bermoral dan pelacuran.
Tambah beliau, tindakan kerajaan Selangor yang membekukan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut, pusat hiburan dan pusat siber semenjak 2008 boleh dijadikan contoh oleh pihak DBKL.
Ia, katanya sekaligus dapat membendung penambahan premis-premis itu yang tidak mengikut peraturan.
PAS Perak kerah ahli turun Black 505 Sabtu ini
Muhamamd Faeez Azahar, | 20 Jun 2013 |
“Seluruh rakyat di Perak terutama ahli PAS diarah turun beramai-ramai, arahan telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat," tegas Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien.
Abu Bakar berkata, PAS Perak sentiasa menyokong gerakan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka yang dirampas dan dicabuli oleh BN bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, PAS Perak bersama dengan rakyat seluruh Malaysia menolak serta mengutuk penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
“Himpunan ini adalah medan untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati akan sistem pilihan raya di negara ini yang tidak benar-benar adil serta bersih,” katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut, Adun Titi Serong itu menjelaskan, PAS melahirkan keyakinan perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman dan ianya adalah satu hak rakyat melalui sistem demokrasi.
Jelas beliau, himpunan seperti itu sangat penting untuk memberi isyarakat kepada BN yang selesa dengan kemenangan berasaskan penipuan.
Kata beliau, Pakatan Rakyat Perak gagal untuk membentuk kembali kerajaan apabila kurang 3 kerusi walaupun gabungan tiga mendapat undi popular dengan memperoleh 54.79 peratus sokongan daripada rakyat di negeri ini.
“Perjalanan pilihan raya lalu ternyata tidak bersih dan adil dengan pelbagai perkara yang berlaku antaranya pengundian dua kali, dakwat kekal yang tidak kekal dan sebagainya.
“Jika (pilihanraya) berjalan dengan adil sudah pasti Pakatan Rakyat akan berjaya mengambil alih kembali kerajaan Perak dan PAS akan menang lebih banyak kerusi di negeri Perak,” jelas beliau.
Tegas beliau, penipuan yang berlaku di Perak sudah cukup menjadikan alasan untuk rakyat bangkit untuk menyuarakan bantahan secara lebih besar di Kuala Lumpur.
Pasar Payang: NGO serah memo bantahan kepada MB
Hazayani Zakaria , | 19 Jun 2013 |
KUALA TERENGGANU: Sekumpulan 10 wakil NGO Jawatankuasa Bertindak Pasar Payang hari ini menyerahkan memorandum bantahan pembinaan Pasar Payang baru kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Memorandum tersebut diserahkan oleh jurucakap jawatankuasa tersebut Jeffry Jahid yang juga anggota persatuan peniaga Pasar Payang kepada Ahmad di pekarangan Dewan Utama Wisma Darul Iman sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) berhenti rehat untuk makan tengah hari. (Gambar atas)
Ahmad dilihat menerima memorandum tersebut tanpa bercakap panjang dengan Jeffry sebelum berlalu ke tingkat 18.
Jeffry pada sidang media bersama Adun Pakatan Rakyat selepas menyerahkan memorandum itu berkata, pihaknya menuntut Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan melaksanakan projek tersebut selain menuntut pendengaran awam dilakukan.
"Kita minta pihak Menteri Besar kaji balik keputusan dan kalau boleh diadakan pendengaran awam supaya rakyat boleh mendengar sendiri penjelasan kerajaan.
"Saya sebagai peniaga di situ sudah bertahun-tahun tidak mahu hilang punca pendapatan bila Pasar Payang dirobohkan dan dibina yang baru yang sudah tentu sewanya meningkat," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, majoriti rakyat tidak mengetahui mengenai pembinaan Pasar Payang baru bersekali dengan pembinaan hotel dan apartmen.
"Rakyat hanya tahu kerajaan nak bina Pasar Payang baru tapi mereka tak tahu hotel dan apartmen akan turut dibina.
"Bagaimana nanti soal sewa kedai? Mesti meningkat apabila dinaiktaraf dan piawaian penjualan akan meningkat. Ini akan menjejaskan punca pendapatan peniaga asal," katanya.
Semalam, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul berhubung perkara tersebut yang dikemukakan Adun PAS Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
'Kalau sentiasa puji, kita sudah jadi pemerintah'
Hazayani Zakaria, | 19 Jun 2013 |
Hishamudin Abd Karim (PAS-Tepoh) berkata, Kerajaan Negeri perlu kepada kritikan bagi menjadi sebuah kerajaan yang bagus.
"Ada wakil BN kata pembangkang tak pernah memuji usaha-usaha murni yang dilakukan kerajaan. Ini tidak betul.
"Ada perkara yang kita perlu kritik kerajaan. Kalau sentiasa puji barang kali kita (PAS) sudah jadi pemerintah, bukan pembangkang.
"Sebab itu kita ambil komitmen untuk menjadi pembangkang yang berkualiti untuk mengkritik kerajaan (negeri)," kata beliau sewaktu membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Beliau turut membidas kenyataan Iskandar Jaafar (BN-Jabi) semalam mengenai perhimpunan Blackout505 dengan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sedih dengan dakwat kekal.
Iskandar dalam ucapannya semalam mendakwa perhimpunan Blackout505 adalah berhubung peristiwa 'elektrik padam' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
"Menyentuh mengenai Blackout505, saya kira berlaku silap faham. Blackout505 bukan menceritakan elektrik padam semata-mata tetapi menceritakan demokrasi yang malap, demokrasi yang dikira sudah padam dalam PRU baru-baru ini.
"Laporan temu bual Sinar Harian dengan pengerusi SPR, Pengerusi SPR kata 'kalau orang tanya saya sekarang ini apa perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya jawab dakwat kekal'," kata Hishamudin.
Beliau mengambil contoh laporan yang dibuat oleh Jabatan Kimia yang telah mengambil sampel tisu dalam dakwat kekal.
"Laporan menunjukkan percanggahan dengan apa yang didakwa SPR iaitu dakwat kekal hingga tujuh hari.
"Oleh sebab itu apa salahnya kita beri ruang keapda rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka," katanya yang merupakan muka baru mewakili PAS di Dun Terengganu.
Selain itu, beliau membangkitkan isu pembangunan belia dan sukan yang didakwa tidak diuruskan dengan baik menurut laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Beliau bersetuju agenda dan strategi yang dirangka untuk memartabatkan belia dan sukan.
"Tapi strategi agenda pendekatan ini tidak termaktub untuk membicarakan tentang agama secara komprehensif untuk diterapkan," katanya.
Tahun 2013 ini belum terlewat untuk melakar agenda yang komprensif untuk membimbing remaja dan belia.
"Penemuan dalam laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu mendapati projek lambat disiapkan, kerja tidak mengikut spesifikasi, kemudahan sukan tidak diselenggara dengan baik, daftar pengagihan peralatan sukan tidak disediakan, peralatan sukan belum diagihkan dan kerja tidak lengkap.
"Jadi kelemahan ini perlu diberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dilaksanakan dengan baik.
Tuanku Mizan sewaktu merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dun Ke-13 Isnin lalu bertitah, generasi remaja sekarang memerlukan sentuhan mesra daripada pihak bertenggungjawab.
Kerajaan negeri titah baginda, perlu mempunyai pendekatan yang mampu menarik golongan ini mengikuti program-program belia dan sukan.
"Beta percaya sentuhan ke atas golongan muda mampu mencegah golongan ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Malah perlu diingat, golongan ini akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negeri.
"Modul program-program belia dalam bentuk ilmiah dan sahsiah diri mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan.
"Kesannya ruang bagi golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti kurang sihat dapat diminimakan. Dalam masa yang sama dapat membentuk generasi ulung yang berkualiti dan dihormati," titah baginda.
Kemudahan kesihatan di T’ganu masih ketinggalan
Buletin Online, | 19 Jun 2013 |
KUALA TERENGGANU:
PAS menggesa kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pembangunan
kemudahan dan khidmat kesihatan termasuk memastikan penempatan dan
perjawatan para pegawai kesihatan yang mesti diselaraskan dengan
kemudahan fikizal yang ada.
Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (gambar) berkata,
usaha yang serius mesti diambil terhadap pelbagai perkara melibatkan
aspek kesihatan kerana berdasarkan data dan fakta yang ada, ia masih
tidak mencapai tahap membanggakan berbanding negeri lain.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri turut membangkitkan beberapa perkara termasuk perbandingan masalah kematian anak yang baru lahir.
Ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu di Dun Terengganu semalam, beliau berkata, statistik yang dikeluarkan pada 2012 menunjukkan ramai bayi yang berumur 28 hari ke bawah yang lahir dengan selamat, meninggal dunia di negeri ini berbanding peringkat nasional.
Katanya, dalam 1,000 kelahiran melibatkan bayi yang dilahirkan hidup, hanya tiga orang bayi meninggal di peringkat nasional tetapi seramai 6.4 bayi meninggal dunia di negeri ini.
Beliau menambah, keadaan itu menunjukkan kadar kematian bayi tersebut di negeri ini lebih tinggi berbanding peringkat persekutuan dan perlu diambil langkah segera untuk memastikan keadaan lebih baik pada masa depan.
“Inilah taraf kesihatan yang ada pada kita. Dari segi kematian bayi, kematian anak yang umur setahun ke bawah, kita (negeri) mencatatkan sebanyak 9.2 perseribu lahir hidup pada tahun 2012 sedangkan Malaysia pada 2010, sudah mencapai 5.4 perseratus ribu lahir hidup.
“Ini kita masih lagi duduk separuh, 100 peratus kurang daripada peringkat persekutuan. Indikator ini menunjukkan bahawa kemudahan kesihatan di Terengganu masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dalam negara kita,” katanya.
KUALA TERENGGANU: Sekumpulan 10 wakil NGO Jawatankuasa Bertindak Pasar Payang hari ini menyerahkan memorandum bantahan pembinaan Pasar Payang baru kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Memorandum tersebut diserahkan oleh jurucakap jawatankuasa tersebut Jeffry Jahid yang juga anggota persatuan peniaga Pasar Payang kepada Ahmad di pekarangan Dewan Utama Wisma Darul Iman sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) berhenti rehat untuk makan tengah hari. (Gambar atas)
Ahmad dilihat menerima memorandum tersebut tanpa bercakap panjang dengan Jeffry sebelum berlalu ke tingkat 18.
Jeffry pada sidang media bersama Adun Pakatan Rakyat selepas menyerahkan memorandum itu berkata, pihaknya menuntut Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan melaksanakan projek tersebut selain menuntut pendengaran awam dilakukan.
"Kita minta pihak Menteri Besar kaji balik keputusan dan kalau boleh diadakan pendengaran awam supaya rakyat boleh mendengar sendiri penjelasan kerajaan.
"Saya sebagai peniaga di situ sudah bertahun-tahun tidak mahu hilang punca pendapatan bila Pasar Payang dirobohkan dan dibina yang baru yang sudah tentu sewanya meningkat," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, majoriti rakyat tidak mengetahui mengenai pembinaan Pasar Payang baru bersekali dengan pembinaan hotel dan apartmen.
"Rakyat hanya tahu kerajaan nak bina Pasar Payang baru tapi mereka tak tahu hotel dan apartmen akan turut dibina.
"Bagaimana nanti soal sewa kedai? Mesti meningkat apabila dinaiktaraf dan piawaian penjualan akan meningkat. Ini akan menjejaskan punca pendapatan peniaga asal," katanya.
Semalam, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul berhubung perkara tersebut yang dikemukakan Adun PAS Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri turut membangkitkan beberapa perkara termasuk perbandingan masalah kematian anak yang baru lahir.
Ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu di Dun Terengganu semalam, beliau berkata, statistik yang dikeluarkan pada 2012 menunjukkan ramai bayi yang berumur 28 hari ke bawah yang lahir dengan selamat, meninggal dunia di negeri ini berbanding peringkat nasional.
Katanya, dalam 1,000 kelahiran melibatkan bayi yang dilahirkan hidup, hanya tiga orang bayi meninggal di peringkat nasional tetapi seramai 6.4 bayi meninggal dunia di negeri ini.
Beliau menambah, keadaan itu menunjukkan kadar kematian bayi tersebut di negeri ini lebih tinggi berbanding peringkat persekutuan dan perlu diambil langkah segera untuk memastikan keadaan lebih baik pada masa depan.
“Inilah taraf kesihatan yang ada pada kita. Dari segi kematian bayi, kematian anak yang umur setahun ke bawah, kita (negeri) mencatatkan sebanyak 9.2 perseribu lahir hidup pada tahun 2012 sedangkan Malaysia pada 2010, sudah mencapai 5.4 perseratus ribu lahir hidup.
“Ini kita masih lagi duduk separuh, 100 peratus kurang daripada peringkat persekutuan. Indikator ini menunjukkan bahawa kemudahan kesihatan di Terengganu masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dalam negara kita,” katanya.
Pasar Payang: NGO serah memo bantahan kepada MB
Hazayani Zakaria , | 19 Jun 2013 |
KUALA TERENGGANU: Sekumpulan 10 wakil NGO Jawatankuasa Bertindak Pasar Payang hari ini menyerahkan memorandum bantahan pembinaan Pasar Payang baru kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Memorandum tersebut diserahkan oleh jurucakap jawatankuasa tersebut Jeffry Jahid yang juga anggota persatuan peniaga Pasar Payang kepada Ahmad di pekarangan Dewan Utama Wisma Darul Iman sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) berhenti rehat untuk makan tengah hari. (Gambar atas)
Ahmad dilihat menerima memorandum tersebut tanpa bercakap panjang dengan Jeffry sebelum berlalu ke tingkat 18.
Jeffry pada sidang media bersama Adun Pakatan Rakyat selepas menyerahkan memorandum itu berkata, pihaknya menuntut Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan melaksanakan projek tersebut selain menuntut pendengaran awam dilakukan.
"Kita minta pihak Menteri Besar kaji balik keputusan dan kalau boleh diadakan pendengaran awam supaya rakyat boleh mendengar sendiri penjelasan kerajaan.
"Saya sebagai peniaga di situ sudah bertahun-tahun tidak mahu hilang punca pendapatan bila Pasar Payang dirobohkan dan dibina yang baru yang sudah tentu sewanya meningkat," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, majoriti rakyat tidak mengetahui mengenai pembinaan Pasar Payang baru bersekali dengan pembinaan hotel dan apartmen.
"Rakyat hanya tahu kerajaan nak bina Pasar Payang baru tapi mereka tak tahu hotel dan apartmen akan turut dibina.
"Bagaimana nanti soal sewa kedai? Mesti meningkat apabila dinaiktaraf dan piawaian penjualan akan meningkat. Ini akan menjejaskan punca pendapatan peniaga asal," katanya.
Semalam, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul berhubung perkara tersebut yang dikemukakan Adun PAS Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
'Kalau sentiasa puji, kita sudah jadi pemerintah'
Hazayani Zakaria, | 19 Jun 2013 |
KUALA TERENGGANU: Pakatan Rakyat khususnya PAS Terengganu berazam menjadi pembangkang yang berkualiti dalam mengkritik kerajaan negeri.
Hishamudin Abd Karim (PAS-Tepoh) berkata, Kerajaan Negeri perlu kepada kritikan bagi menjadi sebuah kerajaan yang bagus.
"Ada wakil BN kata pembangkang tak pernah memuji usaha-usaha murni yang dilakukan kerajaan. Ini tidak betul.
"Ada perkara yang kita perlu kritik kerajaan. Kalau sentiasa puji barang kali kita (PAS) sudah jadi pemerintah, bukan pembangkang.
"Sebab itu kita ambil komitmen untuk menjadi pembangkang yang berkualiti untuk mengkritik kerajaan (negeri)," kata beliau sewaktu membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Beliau turut membidas kenyataan Iskandar Jaafar (BN-Jabi) semalam mengenai perhimpunan Blackout505 dengan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sedih dengan dakwat kekal.
Iskandar dalam ucapannya semalam mendakwa perhimpunan Blackout505 adalah berhubung peristiwa 'elektrik padam' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
"Menyentuh mengenai Blackout505, saya kira berlaku silap faham. Blackout505 bukan menceritakan elektrik padam semata-mata tetapi menceritakan demokrasi yang malap, demokrasi yang dikira sudah padam dalam PRU baru-baru ini.
"Laporan temu bual Sinar Harian dengan pengerusi SPR, Pengerusi SPR kata 'kalau orang tanya saya sekarang ini apa perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya jawab dakwat kekal'," kata Hishamudin.
Beliau mengambil contoh laporan yang dibuat oleh Jabatan Kimia yang telah mengambil sampel tisu dalam dakwat kekal.
"Laporan menunjukkan percanggahan dengan apa yang didakwa SPR iaitu dakwat kekal hingga tujuh hari.
"Oleh sebab itu apa salahnya kita beri ruang keapda rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka," katanya yang merupakan muka baru mewakili PAS di Dun Terengganu.
Selain itu, beliau membangkitkan isu pembangunan belia dan sukan yang didakwa tidak diuruskan dengan baik menurut laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Beliau bersetuju agenda dan strategi yang dirangka untuk memartabatkan belia dan sukan.
"Tapi strategi agenda pendekatan ini tidak termaktub untuk membicarakan tentang agama secara komprehensif untuk diterapkan," katanya.
Tahun 2013 ini belum terlewat untuk melakar agenda yang komprensif untuk membimbing remaja dan belia.
"Penemuan dalam laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu mendapati projek lambat disiapkan, kerja tidak mengikut spesifikasi, kemudahan sukan tidak diselenggara dengan baik, daftar pengagihan peralatan sukan tidak disediakan, peralatan sukan belum diagihkan dan kerja tidak lengkap.
"Jadi kelemahan ini perlu diberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dilaksanakan dengan baik.
Tuanku Mizan sewaktu merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dun Ke-13 Isnin lalu bertitah, generasi remaja sekarang memerlukan sentuhan mesra daripada pihak bertenggungjawab.
Kerajaan negeri titah baginda, perlu mempunyai pendekatan yang mampu menarik golongan ini mengikuti program-program belia dan sukan.
"Beta percaya sentuhan ke atas golongan muda mampu mencegah golongan ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Malah perlu diingat, golongan ini akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negeri.
"Modul program-program belia dalam bentuk ilmiah dan sahsiah diri mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan.
"Kesannya ruang bagi golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti kurang sihat dapat diminimakan. Dalam masa yang sama dapat membentuk generasi ulung yang berkualiti dan dihormati," titah baginda.
Hishamudin Abd Karim (PAS-Tepoh) berkata, Kerajaan Negeri perlu kepada kritikan bagi menjadi sebuah kerajaan yang bagus.
"Ada wakil BN kata pembangkang tak pernah memuji usaha-usaha murni yang dilakukan kerajaan. Ini tidak betul.
"Ada perkara yang kita perlu kritik kerajaan. Kalau sentiasa puji barang kali kita (PAS) sudah jadi pemerintah, bukan pembangkang.
"Sebab itu kita ambil komitmen untuk menjadi pembangkang yang berkualiti untuk mengkritik kerajaan (negeri)," kata beliau sewaktu membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Beliau turut membidas kenyataan Iskandar Jaafar (BN-Jabi) semalam mengenai perhimpunan Blackout505 dengan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sedih dengan dakwat kekal.
Iskandar dalam ucapannya semalam mendakwa perhimpunan Blackout505 adalah berhubung peristiwa 'elektrik padam' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
"Menyentuh mengenai Blackout505, saya kira berlaku silap faham. Blackout505 bukan menceritakan elektrik padam semata-mata tetapi menceritakan demokrasi yang malap, demokrasi yang dikira sudah padam dalam PRU baru-baru ini.
"Laporan temu bual Sinar Harian dengan pengerusi SPR, Pengerusi SPR kata 'kalau orang tanya saya sekarang ini apa perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya jawab dakwat kekal'," kata Hishamudin.
Beliau mengambil contoh laporan yang dibuat oleh Jabatan Kimia yang telah mengambil sampel tisu dalam dakwat kekal.
"Laporan menunjukkan percanggahan dengan apa yang didakwa SPR iaitu dakwat kekal hingga tujuh hari.
"Oleh sebab itu apa salahnya kita beri ruang keapda rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka," katanya yang merupakan muka baru mewakili PAS di Dun Terengganu.
Selain itu, beliau membangkitkan isu pembangunan belia dan sukan yang didakwa tidak diuruskan dengan baik menurut laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Beliau bersetuju agenda dan strategi yang dirangka untuk memartabatkan belia dan sukan.
"Tapi strategi agenda pendekatan ini tidak termaktub untuk membicarakan tentang agama secara komprehensif untuk diterapkan," katanya.
Tahun 2013 ini belum terlewat untuk melakar agenda yang komprensif untuk membimbing remaja dan belia.
"Penemuan dalam laporan audit Majlis Sukan Negeri Terengganu mendapati projek lambat disiapkan, kerja tidak mengikut spesifikasi, kemudahan sukan tidak diselenggara dengan baik, daftar pengagihan peralatan sukan tidak disediakan, peralatan sukan belum diagihkan dan kerja tidak lengkap.
"Jadi kelemahan ini perlu diberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dilaksanakan dengan baik.
Tuanku Mizan sewaktu merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dun Ke-13 Isnin lalu bertitah, generasi remaja sekarang memerlukan sentuhan mesra daripada pihak bertenggungjawab.
Kerajaan negeri titah baginda, perlu mempunyai pendekatan yang mampu menarik golongan ini mengikuti program-program belia dan sukan.
"Beta percaya sentuhan ke atas golongan muda mampu mencegah golongan ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Malah perlu diingat, golongan ini akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negeri.
"Modul program-program belia dalam bentuk ilmiah dan sahsiah diri mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan.
"Kesannya ruang bagi golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti kurang sihat dapat diminimakan. Dalam masa yang sama dapat membentuk generasi ulung yang berkualiti dan dihormati," titah baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan